The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izanida12, 2021-09-26 23:27:07

MINIT MESYUARAT RBT DEARAH 1/2021

MINIT MESYUARAT 1

MINIT MESYUARAT JK PANITIA RBT SM DAERAH KUBANG PASU BIL 1/2021

MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT) SEKOLAH MENENGAH DAERAH

KUBANG PASU BIL 1/2021

TARIKH : 14 April 2021 (Rabu)

MASA : 2.30 Petang-5.00 Petang

TEMPAT : Bilik Mesyuarat, SMK Sanglang

SENARAI KEHADIRAN 11. En Adzmi bin Abdul Ghani
SM Sains Kubang Pasu
1. Pn. Sharifah binti Shafie
Pegawai SISC+TVET 12. Pn Suzana Binti Saad
SMK Jitra
2. En Azmi bin Khalid
Pegawai SISC+TVET 13. En Mansor bin Ibrahim
SMK Ayer Hitam
3. Pn. Nornisa binti Asmaran
Pengetua SMK Sanglang 14. Pn Mahani binti Sahari
SMK Hosba
4. Nor Khaida binti Halim
Setiausaha 15. Pn Intan Syahirah binti Mohamad
SMK Jerlun
5. Pn. Noriza binti Hijaz
SMK Sanglang 16. En Mohd Zairie bin Ismail
SMK Changloon
6. Pn Maziah binti Abdul Ghani
SM Sultan Abdul Halim 17. Pn Isyarah binti Md Isa
SMK Darulaman Heights 1
7. Pn Ramlah binti Musa
SMK Bandar Baru Darul Aman 18. Pn Salmah binti Yatim
SMK Seri Mahawangsa
8. Pn Noraini binti Hashim
SMK Tanjung Pauh 19. Pn Normi binti Azmi
SMK Tunku Seri Indera Putera
9. Pn Nurhayati binti Rahim
SMK Agama Jerlun 20. Pn Haruddaini binti Halim
SMK Paya Kemunting
10. Pn Norhabibah binti Abas
SMK Pulau Nyior 21. Pn Norsyazila binti Mahamad Noh
SMK Bandar Baru Sintok

1

22. En Mohd Hafaris bin Hassan MINIT MESYUARAT JK PANITIA RBT SM DAERAH KUBANG PASU BIL 1/2021
SMK Bandar Bukit Kayu Hitam
26. En Roslizam bin Zakaria
23. Pn Rozanita binti Ahmad SMA Nurul Islam
SMK Tunku Bendahara
27. Pn Suraya binti Ahmad
24. Pn Fatimah binti Mansor SMK Permatang Bonglai
SMK Megat Dewa
TIDAK HADIR BERSEBAB
25. En Azuan bin Arsat
SBPI Kubang Pasu 1. En Muhammad Edi Soffi bin Ramli
SMK Al Hidayah Islamiah

3.1 ALUAN PENGERUSI

3.1.1 Pengerusi mengalu – alukan kedatangan keseluruhan ahli mesyuarat panitia RBT
Daerah Kubang Pasu. Mesyuarat akan dijalankan secara harmoni dan jika ada
percanggahan pendapat, perbincangan akan dilakukan bagi mencapai kata sepakat.

3.1.2 Pengerusi mengingatkan ahli mesyuarat supaya sentiasa menjaga SOP (Standard
Prosedur Operasi) sepanjang mesyuarat berlangsung. Ahli mesyuarat diwajibkan
duduk dalam penjarakan fizikal yang sesuai disamping memakai alat pelitup muka.

3.1.2 Pengerusi turut mengingatkan bahawa semua usaha ahli panitia adalah untuk menuju
SKPMG 2 Standard 5 iaitu memfokuskan kepada kemenjadian murid. Guru
memainkan peranan penting dalam standard 4 iaitu Pembelajaran dan
Pemudahcaraan.

Tindakan : Untuk makluman sahaja

3.2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

3.2.1 Minit mesyuarat yang lalu dibentang oleh Setiausaha Panitia Daerah yang baharu iaitu
Pn. Nor Khaida binti Halim yang telah mengantikan En Liem A/L Tan Bung Bang.

3.2.2 En. Mohd Zairi Bin Ismail (SMK Changloon) mencadangkan supaya minit mesyuarat
diterima dan Pn Mahani binti Sahari (SMK Hosba) mengesahkannya.

Tindakan : Untuk makluman sahaja

2

MINIT MESYUARAT JK PANITIA RBT SM DAERAH KUBANG PASU BIL 1/2021

3.3 PENGESAHAN LANTIKAN AJK PANITIA RBT DAERAH 2021

3.3.1 Pengerusi mengesahkan lantikan AJK Panitia RBT Daerah 2021. Semua Ketua Panitia
Sekolah merupakan AJK Panitia Daerah.

3.4 HALA TUJU PANITIA DAERAH

3.4.1 Hala tuju panitia adalah selaras dengan Hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia
dan Jabatan Pendidikan Negeri. Segala program yang dirancang adalah berlandaskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Tindakan : Untuk makluman sahaja

3.6 PERANCANGAN AKTIVITI 2021 CADANGAN PERLAKSANAAN
3.6.1 Sila rujuk jadual berikut MEI
Diuruskan oleh Cikgu Mahani
BIL NAMA AKTIVITI
1 Program peningkatan PDPC guru MEI
Diuruskan oleh Cikgu Azmi
(Pembinaan item dan JSU)
2 Bengkel pemantapan PBD JUN
Di uruskan oleh Cikgu Azwan
3 PLC dan Cikgu Isyarah
(Bengkel Magnetcode)
NOV
4 Program peningkatan murid Diuruskan oleh Cikgu Hafariz
• Perkongsian amalan terbaik Diruskan oleh Cikgu Mansor
• Teknik menjawab RBT PT3

3

5 Kursus Pengurusan Stok MINIT MESYUARAT JK PANITIA RBT SM DAERAH KUBANG PASU BIL 1/2021

JULAI
Diuruskan oleh Cikgu Suzana

Tindakan : Untuk Tindakan KP terlibat

3.7 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

3.7.1 Puan Sharifah Pegawai SICS+ PPD Kubang Pasu mengingatkan bahawa semua guru
hendaklah melaksanakan PBD ketika PDP. Guru yang masih kurang jelas pemberian
Tahap Penguasaan hendaklah merujuk DSKP. Beliau menyatakan, antara kelemahan
para guru ketika menjalankan pemantauan ialah guru tidak menyediakan Rekod
Perkembangan Murid.

3.7.2 Pelaporan murid akan dikeluarkan sebanyak dua kali setahun iaitu Pelaporan
Pertengahan Tahun dan Pelaporan Akhir Tahun. Murid yang mencapai TP1 dan TP2
belum menguasai tahap minimum.

3.7.3 PBD wajib dibincang dalam mesyuarat panitia secara professional. Ketua Panitia
hendaklah membimbing ahli panitia bukan opsyen dalam melaksanakan PBD. Guru
juga hendaklah berbincang usaha yang perlu dijalankan untuk meningkatkan TP
murid.

3.7.4 Pemberian TP keseluruhan adalah berdasarkan pertimbangan profesional guru.

Tindakan : Untuk makluman sahaja

3.8 LAPORAN KEWANGAN PANITIA
3.8.1 Tiada kewangan.

3.9 HAL – HAL LAIN
3.9.1 Pn. Norhabibah binti Abas, Ketua Panitia RBT SMK Pulau Nyior telah bertukar ke aliran
Pendidikan Khas. Terima kasih diucapkan atas sumbang bakti beliau dalam panitia
RBT.

4

MINIT MESYUARAT JK PANITIA RBT SM DAERAH KUBANG PASU BIL 1/2021

3.9.2 Pn. Maziah (KP RBT SMSAH) membangkitkan isu penggunaan buku/modul dalam
melaksanakan PBD. Sehubungan itu, semua KP diminta merujuk pihah pengurusan
bagi proses pembelian/penyediaan buku.

3.9.3 KP RBT SMKTB berkongsi bahawa mereka menggunakan buku untuk PBD. Surat
pembelian buku untuk pelajar di usulkan ketika mesyuarat PIBG.

3.9.4 KP RBT SMAHI memohon ahli panitia kongsikan surat pekeliling pemberian 2 waktu
bagi pengurusan bengkel dan bilangan maksimum 25 pelajar bagi satu kelas bengkel.

3.9.4 Puan Sharifah meminta surat pekeliling berkaitan panitia dimasukkan dalam fail
panitia. Satu group telegram Ketua Panitia RBT akan dibina bagi memudahkan
penyebaran maklumat dan mengeratkan ukhwah sesama ahli panitia.

3.9.5 KP SMAHI turut membangkitkan isu ketiadaan guru opsyen RBT disekolah mereka dan
bilangan pelajar mencecahi 35 orang satu kelas. Puan Sharifah memberi maklumbalas
bahawa pihak PPD akan cuba mengatasi isu dengan redeployment para guru.

3.9.6 Menurut pekeliling Pengurusan Bengkel boleh diberikan kepada semua ahli panitia
sebanyak 2 waktu seminggu. Masa yang diperuntukkan tersebut hendaklah
digunakan untuk mengemaskan bengkel.

3.9.7 Label nama bengkel yang dinaiktaraf daripada Kemahiran Hidup kepada RBT
hendaklah dirujuk pada guru kanan.

3.9.8 Isu PPKI mengambil bengkel RBT, Pn. Sharifah mengingatkan supaya semua KP
menjaga hak panitia. Bengkel RBT tidak boleh diambil alih oleh PPKI dan isu ini telah
dimaklumkan kepada guru kanan.

3.9.9 KP RBT SMKC membangkitkan isu bengkel disekolahnya dijadikan kelas terapung.
Puan Sharifah meminta agar isu ini dibincangkan bersama guru kanan dan pengetua.
Pihak PPD akan menjalankan pemantauan.

3.9.10 KP RBT SMKIP memaklumkan bengkel telah dinaiktaraf dan barang – barang lama
perlu dilupuskan. Pn Shafirah menjelaskan bahawa pihak sekolah perlu adakan
pelupusan. Guru Kanan akan uruskan dan sekiranya terdapat masalah boleh rujuk
pihak PPDKP.

Tindakan : Untuk Tindakan KP terlibat

5

MINIT MESYUARAT JK PANITIA RBT SM DAERAH KUBANG PASU BIL 1/2021

3.10 PENUTUP
3.10.1 Pengerusi merakamkan terima kasih atas penglibatan semua pihak dalam mesyuarat
kali ini. Beliau menasihatkan agar semua ahli panitia membina kemajuan profesion.
Jika ketua panitia mengalami masalah hendaklah merujuk kepada guru kanan. Guru
kanan akan memanjangkan isu kepada Penolong Kanan dan akhirnya pengetua.
Dalam SKPMG2 Aspek 3.1.2 ialah Pengurusan Mata Pelajaran, semua ketua panitia
diminta mengikuti aspek tersebut dalam menguruskan panitia.
3.10.2 Pengerusi memohon maaf atas sebarang kekurangan dan kelemahan semasa
mesyuarat diadakan.
Tindakan : Untuk makluman sahaja

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang
Minit disediakan oleh

Nor khaida halim
…………………………

( NOR KHAIDA BINTI HALIM)
S/U PANITIA RBT DAERAH KUBANG PASU

6


Click to View FlipBook Version