WARISAN
TIDAK
KETARA
PAKAIAN TRADISONAL KAUM
WANITA DI MALAYSIA
AHLI KUMPULAN
NAMA AHLI KUMPULAN :
NUR AISHAH AQILAH BINTI AZMI (294021)
NURUL AQILAH BINTI AUZAIR (293972)
NORFAIEZAH BINTI KHAIRULANUAR (293808)
YUAVA RANI A/P KALAI ARASU (293266)
NOR SHAHASHILIZA LYANA AIDA BINTI
MOHD ASNIZAD (295699)
isi kandungan muka surat
1 Pengenalan 1-2
2 Latar Belakang Kajian perkara 3-4
3 Objektif 5
4 Metodologi Kajian 6
Isi-isi Perbincangan
5 1.0 Mendedahkan tentang latar belakang pakaian tradisional kaum melayu dan india yang 7 - 13
lebih jelas dan terperinci.
2.0 Menjelaskan tentang cara atau teknik pembuatan pakaian tradisional kaum tersebut.
2.1 Baju Kurung Kedah
6 2.2 Baju Kebaya Kain Songket 14 - 21
2.3 Baju Kebaya Pendek 22 - 34
2.4 Pandavai Thavani
2.5 Saree
3.0 Meneliti evolusi serta perkembangan pakaian tradisional tersebut bagi menepati citarasa
pengguna dan keperluan serta kehendak kaum melayu dan india mengikut arah pengaruh
pemikiran dan perubahan gaya masyarakat dari masa ke semasa.
3.1 Baju Kurung Kedah
7 3.2 Baju Kebaya Kain Songket
3.3 Baju Kebaya Pendek
3.4 Pandavai Thavani
3.5 Saree
8 Kesimpulan
pengenalan
Negara Malaysia merupakan negara yang mempunyai
masyarakat majmuk yang berbilang kaum. Dengan adanya
masyarakat yang pelbagai kaum sudah tentu setiap kaum memiliki
pakaian tradisional yang melambangkan budaya dan adat resam
kaum itu sendiri. Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat,
pakaian didefinisikan sebagai sesuatu yang dipakai seperti baju,
seluar, kasut dan sebagainya. Manakala tradisional pula
bermaksud bersifat atau mengikut tradisi. Contohnya, masyarakat
yang mengamalkan cara hidup yang turun temurun atau
ketradisionalan keadaan. Setiap kaum yang terdapat di Malaysia
mempunyai warisan kesenian masing-masing yang wujud sejak
dari zaman dahulu lagi. Salah satu warisan kesenian yang diwarisi
sejak zaman dahulu sehingga sekarang adalah pakaian tradisional
yang masih digunapakai oleh rakyat Malaysia. Pakaian tradisional
juga merupakan adat sesuatu kaum itu untuk menunjukkan budaya
dan nilai-nilai tersendiri yang dimiliki oleh kaum tersebut.
Pakaian tradisional kaum melayu yang sering dipakai oleh
golongan wanita terdiri daripada baju kurung, baju kebaya kain
songket, baju kebaya pendek dan sebagainya. Baju kurung
lazimnya merupakan sejenis baju longgar yang labuh sehingga ke
paras lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang bersusun
tepi. Selain itu, Baju Kebaya Kain Songket mempunyai kekek dan
tidak bertulang di atas bahu sama seperti baju kurung. Ia
mengenakan kain songket yang mempunyai abstrak yang sama
untuk bahagian baju kebaya dan kain kebaya tersebut. Manakala,
baju kebaya pendek pula berlainan dengan baju kebaya kain
songket. Kerana baju kebaya ini merupakan Baju Kebaya Sulam
dari kain kasa yang digayakan dengan kain batik sarung.
Pakaian tradisional kaum India bagi golongan wanita pula boleh
dikategorikan kepada dua iaitu Saree dan Pavadai Thavani. Saree
merupakan pakaian tenunan khas yang dipakai dikalangan wanita
india. Saree juga sering dipakai mengikut kehendak dan bagi
menunjukkan kumpulan keturunan seseorang wanita india.
Pavadai Thavani pula merupakan pakaian tradisional India yang
dipakai oleh golongan perempuan India belum berkahwin yang
berusia 13 tahun sehingga 18 tahun. Pavadai Thavani juga boleh
didapati dalam pelbagai warna dan corak yang menarik.
Akhir sekali, setiap pakaian tradisional yang terdapat di Malaysia
mempunyai nilai yang tersendiri terhadap sesuatu kaum. Budaya,
adat dan nilai yang terdapat pada pakaian tersebut juga
merupakan identiti yang akan menunjukkan asal usul yang telah
diwarisi sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa kini, pakaian
tradisional juga mengalami evolusi dan perkembangan yang
drastik mengikut perubahan generasi dan situasi yang
memaparkan konsep kemodenan negara Malaysia.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Secara keseluruhan kajian ini mempunyai dua skop latar belakang yang berbeza iaitu pakaian
tradisional kaum melayu dan pakaian tradisional kaum india di Malaysia. Tumpuan utama kajian ini
adalah untuk mendedahkan tentang dan latar belakang pakaian tersebut dengan lebih jelas dan
terperinci seperti baju kurung, baju kebaya kain songket, baju kebaya pendek bagi kaum melayu,
manakala saree dan pavadai thavani bagi kaum india.
Selain itu, kajian ini dijalankan untuk menjelaskan tentang cara atau teknik pembuatan pakaian
tradisional tersebut berdasarkan sumber dan hasil maklumat yang telah dijumpai. Seterusnya,
adalah untuk meneliti evolusi serta perkembangan pakaian tradisional tersebut bagi menepati
citarasa pengguna dan keperluan serta kehendak kaum melayu dan india mengikut arah pengaruh
pemikiran dan perubahan gaya masyarakat dari masa ke semasa.
Sehubung dengan itu, pengkaji menjalankan kajian ini untuk memfokuskan kepada pakaian
tradisional yang merupakan warisan tidak ketara dan diturunkan kepada suatu generasi ke generasi
yang lain di negara ini untuk mengekalkan adat dan budaya yang dimiliki oleh sesuatu kaum tersebut.
Melalui kajian itu, pengkaji juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan pendedahan yang lebih lagi
mengenai latar belakang, asal usul dan maklumat yang lebih menyeluruh lagi mengenai pakaian
tradisional kaum melayu dan india itu sendiri.
OBJEKTIF KAJIAN
1.Mendedahkan tentang latar belakang
pakaian tradisional
kaum melayu dan
india yang lebih jelas dan terperinci.
2.Menjelaskan tentang cara atau teknik
pembuatan pakaian tradisional kaum
tersebut.
3.Meneliti evolusi serta perkembangan
pakaian tradisional tersebut bagi
menepati citarasa pengguna dan
keperluan serta kehendak kaum melayu
dan india mengikut arah pengaruh
pemikiran dan perubahan gaya
masyarakat dari masa ke semasa.
Metodologi kajian
Kajian ini merupakan satu kajian yang dijalankan untuk mengetahui dan
mendedahkan latar belakang serta teknik pembuatan pakaian tradisional
melayu dan india di negara Malaysia. Selain it, untuk meneliti perkembangan
dan keperluan dalam mengekalkan pakaian tradisional sebagai pakaian
warisan tidak ketara pada generasi hari ini. Terdapat dua kaedah yang telah
dijalankan oleh pengkaji semasa menjalankan kajian ini bagi mendapatkan
maklumat dan mengutip data bagi melengkapinya.
Kaedah pertama yang dijalankan oleh pengkaji ialah melalui sumber internet.
Hal ini kerana, mudah untuk pengkaji mengakses serta daripada sumber
internet tersebut pengkaji mendapatkan gambaran awal mengenai tajuk
penulisan dan membantu untuk mendapatkan maklumat yang pelbagai
berkenaan pakaian tradisional kaum melayu dan india. Dari segi,
pengumpulan berdasarkan carian jenis pakaian, adat, nilai dan budaya
yang berkaitan serta latar belakang pakaian tersebut.
Selain dari kaedah internet, pengkaji juga turut menggunakan kaedah
kepustakaan bagi mendapakatkan sumber dan maklumat yang tidak dapat
diakses melalui internet. Hasil dari kaedah kepustakaan telah banyak
membantu pengkaji mencari bahan rujukan dan idea tentang aspek yang boleh
dijadikan objektif serta isi-isi perbincangan berkaitan pakaian tradisional
wanita bagi kaum melayu dan india di Malaysia. Selain itu, pengkaji juga dapat
meluaskan lagi ilmu pengetahuan berdasarkan tajuk kajian yang akan
dijalankan. Instrumen utama yang diperolehi ialah berdasarkan bahan ilmiah
seperti buku-buku, kamus, jurnal yang berkaitan.
Akhir sekali, berdasarkan kedua-dua kaedah yang dilakukan ini, secara tidak
langsung dapat membantu pengkaji memperoleh sebanyak mungkin maklumat
yang dikehendaki untuk mencapai objektif kajian yang sedang dijalankan ini.
Hasil kajian ini juga diharap dapat mengenalpasti sejarah dan asal usul pakaian
tradisional yang merupakan salah satu warisan tidak ketara di negara kita.
Sesungguhnya berdasarkan kedua kaedah yang digunakan ini, maklumat yang
dijumpai dapat meningkatkan lagi tahap pengetahuan pengkaji tentang pakaian
tradisional dan memberi impak kepada pengkaji untuk terus berusaha dalam
mengekalkan kebudayaan pakaian tradisional dan membolehkan masyarakat
lain untuk turut mengenal adat, budaya dan tradisi pakaian tradisional itu sendiri.
ISI-ISI PERBINCANGAN
1.0 Mendedahkan tentang
latar belakang pakaian
tradisional kaum melayu dan
india yang lebih jelas dan
terperinci.
Baju Kurung Kedah
Baju kurung Kedah sangatlah popular bagi wanita di Kedah
malah juga popular di negeri-negeri utara semenanjung. Selain
itu, negara-negara luar juga seperti Indonesia, Singapura dan
Brunei juga turut mengenali dan memakainya dalam harian
ataupun untuk ke mana-mana majlis. Baju kurung Kedah
mempunyai pengaruh blaus di Selatan Siam kerana kedudukan
negeri Kedah yang bersempadanan dengan Thailand. Baju kurung
Kedah ini wujud sejak zaman pemerintahan Sultan Ahmad
Tajuddin (1803) lagi iaitu merupakan nenda kepada sultan Abdul
Halim muadzam Syah dan Wan Hajar Wan Ismail. Pelopor baju
fesyen kurung Kedah iaitu merupakan Sultanah Kedah, Wan Hajar
Wan Ismail (mak wan besar). Namun begitu terdapat pantang
larangnya dimana pemakaian baju kurung Kedah menghadap raja
adalah dilarang kerana ianya pakaian khusus untuk golongan
bangsawan dan orang besar istana. Masyarakat pada zaman
dahulu kebiasaanya memakai baju kurung Kedah ini sebagai
pakaian basahan di rumah ataupun mengerjakan sawah dan
sebagainya, mungkin kerana saiznya yang besar selesa.
Baju Kebaya Pendek
Baju kebaya merupakan tradisional masyarakat melayu. Baju ini pada mulanya hanya dipakai
oleh bangsa dan kaum melayu namun semakin meningkat zaman baju tradisional ini makin
banyak di pakai oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Perkataan
kebaya berasal daripada perkataan Arab yang ‘habaya’ atau ‘abaya’ yang bermaksud pakaian
yang labuh. Oleh itu tidak hairanlah jika sejarah atau belakang wujudnya baju kebaya di tanah
melayu ialah bermula apabila pedagang-pedagang dari Arab dan perkenalkannya di Nusantara.
Antara tempat yang dipercayai telah tersebarnya pekaian ini ialah Melaka, Sulawesi, Sumatera,
Bali dan Jawa. Baju kebaya ini telah dibawa masuk ke Melaka oleh Portugis, jika dilihat ramai
Wanita melayu Melaka yang memakainya. Contohnya, kaum cina peranakan iaitu baba dan
nyonya yang jadikannya sebagai pakaian rasmi yang menjadi lambang kepada golongan tersebut.
Terdapat beberapa perbezaan antara baju kebaya baba dan nyonya dan melayu biasa seperti
maksud disebalik reka bentuk baju dan corak. Menurut Denyys Lombarddalam karyanya Nusa
Jawa pada bahagian Silang Budaya pada tahun 1996 telah menyatakan bahawa kebaya berasal
daripada Bahasa Arab ‘kaba’ yang bermaksud pakaian. Pengaruh pemakian ini telah tersebar
secara besar-besaran di Semenanjung Asia Selatan dan tenggara pada abad ke-13 hingga ke-16
Masihi . Terdapat pelbagai jenis kebaya seperti kebaya Nyonya, Kebaya Kota Bahru, Kebaya
Singkat dan Kebaya Labuh. Pakaian Tradisional ini boleh dipakai dengan kain batik, kain songket,
kain belah atau kain selisih. Namun begitu focus kajian ini adalah tertumpu
Baju Kebaya Kain Songket
Tenunan kain songket dapat dikaitkan dengan kawasan permukiman dan budaya
Palembang atau Minangkabau yang berasal dari Sumatera. Menurut hikayat Palembang, kain
songket asalnya bermula di Srivijaya iaitu di Palembang. Sejak abad ke-7, pusat diraja di
Sriwijaya telah mengenali songket ketika ditemukan di acara Candi Bumi Ayu. Bahan utama
pembuatan songket ialah sutera yang kebiasaannya diproses melalui ulat sutera Samudera,
namun bagi menghasilkan songket yang berkualiti, kebiasaanya orang dahulu mengimport
sutera daripada China dan benang emas dihasilkan oleh penduduk tempatan di kawasan
Sumatera. Akhirnya, kain songket tersebar luas akibat kuasa kemaharajaan Srivijaya sehingga
sampai ke Semenanjung Malaya.
Songket juga dipersembahkan oleh pengasas kerajaan Melaka yang juga berasal dari
Palembang sehingga menjadi identiti kerajaan tersebut. Songket di tanah melayu
menggunakan teknik tenunan benang emas yang ditenun antara benang sutera pada kain
latar. Kain fabrik yang mahal dan mewah ini menggambarkan struktur sosial bangsawan
dikalangan masyarakat melayu. Kain songket juga dijadikan sebagai busana diraja sehingga
disebutkan dalam naskah Abdullah bin Abdul Kadir pada tahun 1940.
Baju kebaya merupakan pakaian tradisional bagi kaum wanita di Indonesia yang diperbuat
daripada kain kasa dan dikombinasikan dengan sarung batik atau songket yang bermotifkan
warna-warni. Pada awalnya, kebaya merupakan perkataan yang datang daripada Bahasa arab
iaitu abaya. Dipercayai juga kebaya asalnya dari Tiangok semenjak ratusan tahun yang dahulu
lagi. Seterusnya, tersebar kepada beberapa buah tempat seperti Melaka, Jawa, Bali, Sumatera
dan Sulawesi. Melalui penyebaran tersebut muncul pelbagai variasi rekaan kebaya yang
terbaru dan dipengaruhi oleh budaya sesuatu tempat.
Pada awalnya iaitu pada tahun 1600 di Pulau Jawa, kebaya merupakan pakaian yang hanya
boleh dikenakan oleh keluarga kerajaan sahaja. Pada akhir abad ke-19, kaum wanita di Belanda
juga mula meminati pemakaian baju kebaya di majlis rasmi dan sebagainya. Pada ketika itu,
baju kebaya sudah mula mengalami perubahan yang dahulu pada awalnya hanya
menggunakan tenunan mori sehingga berkembang kepada tenunan sutera dengan sulaman
warna-warni. Baju kebaya akan menyebabkan seseorang kelihatan anggun dan mempunyai
keperibadian yang tinggi. Potongan baju kebaya yang mengikuti lekuk tubuh menyebabkan
mudah seseorang untuk menyesuaikan dan menjaga diri. Akhirnya, semakin maju zaman,
semakin banyak jenis kebaya yang diperkenalkan antaranya ialah kebaya songket.
pavadai thavani
Kaum India di Malaysia mempunyai pelbagai jenis pakaian
tradisional mereka yang tersendiri. Bagi golongan wanita
India pula, sudah tentu pakaian tradisional mereka yang
sangat diketahui oleh masyarakat umum adalah Saree.
Namun sebenarnya, selain dari Saree terdapat pakaian
lain yang turut dipakai oleh golongan wanita India ialah
Pavadai Thavani.
Pavadai Thavani merupakan pakaian yang dipakai oleh
golongan wanita India yang belum berkahwin, atau boleh
diklasifikasikan sebagai pakaian anak gadis. Pavadai
Thavani sering dipakai oleh kaum perempuan yang
berumur dari 13 tahun hingga 18 tahun.
Bagi masyarakat bukan India, yang sebelum ini hanya
mengenali pakaian tradisi India itu hanyalah Saree pasti
tidak dapat memberi perbezaan di antara Saree dan
Pavadai Thavani. Hal ini kerana, kedua-dua pakaian
tersebut tidak memiliki perbezaan yang ketara pada
bentuk pakaian, jenis kain, corak dan bentuk pemakaian.
Namun bagi masyarakat India, terdapat perbezaan antara
pakaian tersebut, Pavadai Thavani mempunyai
kekhususan pemakaiannya yang tersendiri. Maksud
golongan wanita India memakai Pavadai Thavani adalah
untuk menjelaskan bahawa wanita tersebut belum
berkahwin. Jadi sekiranya wanita India itu sudah
mendirikan rumah tangga, Pavadai Thavani bukan lagi
pakaian yang boleh di pakai dan perlu digantikan dengan
pemakaian Saree.
Saree
Saree merupakan pakaian tradisional kaum wanita india yang paling
terkenal. Perkataan saree wujud dari perkataan 'Sattika' yang bermaksud
pakaian wanita. Saree telah wujud sejak 2800 sebelum masihi di India, iaitu
sejak dari tamadun lembah Indus.
Walaupun saree bermula di India, ia telah tersebar ke negara-negara jiran
dan dipakai oleh golongan wanita di negara Nepal, Bangladesh, Sri Lanka
dan India. Saree mempunyai ukuran sepanjang 4 hingga 9 meter yang
mengikut saiz pemakai. Kini, saree ditenun menggunakan sutera dan kapas,
tetapi pada mulanya saree hanya ditenun menggunakan kapas.
Sutera yang digunakan untuk menenun saree diambil daripada ulat sutera.
Selain kain saree yang dililt pada badan, saree juga mempunyai baju dalam
yang dipanggil blaus atau ravika. Saree telah digunakan sebagai pakaian
seharian tetapi kini saree hanyalah dipakai semasa majlis tradisional seperti
perkahwinan.
2.0 Menjelaskan
tentang cara atau
teknik pembuatan
pakaian tradisional
kaum tersebut.
Baju Kurung Kedah
Cara pembuatan baju kurung Kedah ialah dibuat
menggunakan fabrik kapas dengan ketebalan sederhana. Fabrik
yang digunakan ialah bercorak taburan bunga bersaiz kecil.
Bahagian lehernya pula dipotong bentuk bulat dan sedikit
terbuka di bahagian hadapan dan
ianya diinspirasikan daripada
tunik. Seterusnya bahagian lengan baju kurung Kedah ini
dipotong berukuran tiga suku dan agak sedikit singkat dan bersaiz
lebar berbanding lengan baju kurung biasa. Bahagian badan baju
kurung Kedah ini dipotong hanyalah sehingga paras pinggul
sahaja dan ianya sedikit singkat tetapi bersaiz besar.
Baju Kebaya Kain Songket
Sebelum mula menjahit kebaya, pereka mestilah mengetahui gaya yang
akan dibuat. Hal ini kerana peradaran zaman, kebaya sudah mempunyai pelbagai
jenis bentuk. Saiz kebaya adalah penting sebelum melakukan pengukuran untuk
menentukan sama ada sesuai dengan kebaya model longgar, ketat atau sebagainya.
Pada asasnya, teknik dan cara menjahit kebaya adalah mudah kerana caranya tidak
jauh beza dengan blaus.
Antara Langkah pertama ialah melakukan lakaran iaitu pereka perlulah
mereka terlebih dahulu mengikut kesesuain badan pengguna kebaya tersebut. Hal
ini bermukla dengan warna, bahan, gaya kebaya dan lain-lain lagi. Seterusnya, di
peringkat pengukuran pereka hendaklah merekodkan saiz badan pengguna kebaya
yang berpotensi. Terdapat 13 ukuran yang perlu direkodkan bagi menghasilkan
kebaya yang cantik dan sesuai dengan pengguna . antaranya ialah panjang kebaya
dari bahagian bahu hingga hujung kain saiz dada dan belakang,lilitan badan, lilitan
tengan di bawah bahu dan lain-lain lagi.
Peringkat ketiga ialah pemotongan corak iaitu kertas coklat dipotong menjadi templat
yang terdiri daripada lima bahagian, iaitu dua keping potongan untuk bahagian depan kanan
dan kiri, dua helai untuk lengan kanan dan kiri, sekeping belakang yang merupakan bahagian
belakang. Terdapat juga sehelai segi empat tepat untuk panel penyambung antara kedua-dua
bahagian hadapan. Kertas itu kemudiannya tertanam dalam bahan yang akan digunakan
sebagai bahan kebaya dan dicetak, maka kain dipotong mengikut cetakan templat.
Seterusnya, lipatan bawah belakang dan sisi perlulah sama-sama lebar dan ke hadapan
dengan muka tirus. Hal ini menyebabkan gerbang leher baju menjadi satu dengan bahagian
depan kebaya. Gerbang ini sepatutnya cukup lebar sehingga ia boleh dilipat ke dalam untuk
proses ‘vooring’ kemudian dilipat semula ke luar untuk membentuk lengkunan leher baju. Tepi
lengan dan rempel perlulah dikemaskan, rempel ialah bahagian atas dab bawah yang telah
dijahit dan disatukan.
Akhir sekali, ialah proses penciptaan lubang butang di bahagian yang ditandakan,
pemasangan butang, penyingkiran benang reput dan memperkemaskan kain pinggir yang
tinggal untuk dijadikan sempadan atau labuci. Proses pemasangan dijalankan selepas
keseluruhan sisi di atas selesai
Baju Kebaya Pendek
Proses pembuatan baju kebaya pendek ini mempunyai beberapa langkah dan cara.
Langkah yang pertama ialah menyediakan peralatan dan bahan-bahan yang digunakan
seperti pita ukur, pen, buku nota untuk mengukur serta pembaris, pembaris sesiku,
pembentuk, pensel penanda, kertas kuning dan pemadam untuk merajah pola, manakala
untuk menggunting fabrik pula bahan yang diperlukan ialah pola dan kapur tukang jahit.
Antara kain yang boleh digunakan untuk membuat baju kebaya ialah kain kapas, kain
polister, kain sutera dan kain chiffon. Namun begitu, kain yang sering digunakan ketika
zaman dahulu ialah kain kasa. Anggaran yang diperlukan bagi dewasa ialah sepanjang 4
meter, untuk kanak-kanak 5 hingga 12 tahun pula ialah 3 hingga 3.5 meter dan 2 meter
untuk kanak-kanak 5 tahun kebawah.
Langkah yang seterusnya ialah mengukur dan mengambil saiz pemakai seperti lebar
bahu dan lengan , bukaan lengan, keliling pinggang, keliling pinggul, paras pinggul, labuh
baju, keliling leher, bahu ke pinggang. Dalam pembuatan baju ini, bahagian dada dan
pinggul mestilah diukur dengan teliti agar ia tidam terlalu ketat atau longgar. Hal ini supaya
baju tersebut terlihat cantik dan sempurna dengan bentuk badan si pemakai.
Langkah yang ketiga ialah menanda basi dan menggunting fabrik. Dalam bahagian ini kesemua pola
yang telah dirajah keatas kain daripada bahagian yang paling besar hinggalah ke pola yang terkecil bagi
memastikan tiada kain yang terbazir atau terkurang. Contohnya, pada bahagian lengan, fabrik haruslah
diletakkan secara memanjang kemudian lipatkannya menjadi 2 dan baru guntingnya mengikut pola yang
telag dirajah bagi memastikan bentuknya digunting secara cermat dan elok. Ulang perkara yang sama
kepada semua bahagian pola yang lain dan kemudian pinkannya menggunakan jarum peniti agar ia tidak
terpisah antara satu sama lain.
Langkah yang terakhir ialah mencantum dan menjahit kesemua bahagian yang telah digunting dan
dirajah. Dalam bahagian ini jahit tepi haruslah dibuat pada semua kepingan kain yang digunting agar ia
kelihatan lebih kemas dan tersusun. Bahagian hadapan dan belakang,lengan, lapik hadapan dan
belakang baju perlu dijahit kemasan tepi terlebih dahulu. Kemudian, cantumkan setiap bahagian dengan
menjahitnya sambil mencabut jarum peniti satu demi satu. Setelah setiap bahagian dicantum, buka
kelim pada baju dan gosoknya dengan seterika supaya ia lebih kemas dan selesa untuk dipakai. Akhir
sekali jahitkan butang atau apa-apa hiasan yang ingin diletakkan pada baju kebaya.
pavadai thavani
Pavadai Thavani merupakan pakaian untuk untuk kaum
perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut
dipakai pada musim perayaan. Pavadai Thavani terdiri
daripada ukuran kain sepanjang 3 meter atau mengikut
kepada ukuran si pemakai tersendiri. Kebanyakkan kain
yang digunakan untuk membuat Pavadai Thavani ialah
tidak jarang dan dan lembut. Kainnya juga sangat
bersesuaian dengan cuaca di Malaysia.
Cara pemakaian Pavadai Thavani juga berlainan dengan
Saree. Pavadai Thavani mempunyai 3 bahagian
pemakaian, iaitu anak baju yang ketat dan singkat,
kemudian kain yang kembang dan labuh. Setelah itu
dipakai bersama dengan kain yang dililit dari pinggang
sebanyak 1 lilitan kemudian kain yang berlebihan
diselempangkan ke bahu sebelah kiri.
Dari segi pemilihan warna kain kebiasaannya dipadankan
dengan mengikut corak dan kesesuaian si pemakai.
Antara warna-warnanya adalah ungu, merah, biru, hijau,
oren dan sebagainya. Warna-warna ini lebih menarik
sekiranya dipakai ketika menyambut musim perayaan.
Pavadai Thavani boleh didapati dalam pelbagai bentuk
dan corak. Antara jenis corak yang boleh didapati ialah
seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Corak pada kain
juga boleh mengikut citarasa pemakai. Tiada maksud yang
khusus untuk corak pada kain yang dipakai oleh si
pemakai.
Saree
Cara pemakaian saree bermula dengan petticoat iaitu skirt yang sepadan
dengan warna saree. Petticoat diikat kuat di pinggang dan ini merupakan
langkah pemakaian saree yang terpenting kerana sebahagian besar saree akan
dimasukkan ke dalam petticoat.
Langkah seterusnya dimulakan dengan hujung saree yang tidak mempunyai
corak. Hujung saree ini diselitkan ke dalam petticoat berhampiran pusar.
Selepas itu saree dibedung dari sebelah kiri sehingga melengkapkan pusingan
dari belakang sehingga mencapai titik permulaan.
Langkah seterusnya adalah menarik saree ke hadapan dan mula melipat saree
kira-kira sebesar regangan jari dari jari telunjuk ke ibu jari. Lipatan boleh dibuat
dari lima hingga lapan lipatan. Lipatan ini kemudiannya dimasukkan ke dalam
petticoat. Langkah seterusnya adalah pallu dibawa dari bawah lengan kanan
dan dilipat menegak sepanjang lebar saree. Ini merupakan langkah terakhir
dalam pemakaian saree. Walaupun ia hanya mempunyai beberapa langkah,
pemakaian saree merupakan sesuatu yang rumit dan perlukan masa untuk
dimahiri.
3.0 Meneliti evolusi serta perkembangan
pakaian tradisional tersebut bagi menepati
citarasa pengguna dan keperluan serta
kehendak kaum melayu dan india mengikut
arah pengaruh pemikiran dan perubahan
gaya masyarakat dari masa ke semasa.
Baju Kurung Kedah
Gaya pemakaian baju kurung kedah masih lagi versatil dan relevan sehingga ke hari ini walaupun
ianya merupakan baju kurung tradisional. Walaupun telah belaku perubahan zaman,
penggabungan elemen zaman moden dan tradisional telah memberi nafas baru pada rekaan baju
kurung kedah yang nampak kelihatan sedikit moden dan ianya akan tidak ketinggalan zaman.
Misalnya fabrik yang digunakan pada hari ini untuk membuat baju kurung kedah bercorak sedikit
moden berbeza dengan zaman dahulu dan terdapat sedikit kelainan namun segala unsur
tradisional tidak dilupakan dan ianya masih dikekalkan. Pada zaman dahulu, masyarakat banyak
memakainya sebagai pakaian basahan harian dan juga dipakai ketika mengerjakan sawah dan
sebagainya. Namun zaman kini, Baju kurung kedah ini bukan sahaja dipakai dalam harian tetapi
masyarakat sekarang juga menggayakan fesyen baju kurung Kedah ini untuk kelihatan anggun dan
bergaya ke mana-mana sahaja. Seterusnya, Zaman kini masyarakat gemar memakai baju kurung
Kedah ini ke mana sahaja dan kerana saiznya yang besar dan selesa. Ianya amat sesuai digayakan
oleh perempuan muslimah kerana longgar dan tidak ketat di badan, hal ini amat bersesuaian
dengan terma dan syarat menutup aurat bagi orang muslimin. Selain itu coraknya yang juga cantik
membuatkan ianya sesuai dipakai ke majlis-majlis juga dan bukanlah hanya boleh dipakai di rumah
sahaja. Masyarakat juga memakainya untuk majlis-majlis tertentu samaada formal/tidak formal,
misalnya majlis perkahwinan.
Baju Kebaya Kain Songket
Dipercayai bahawa kewujudkan kebaya berasal dari China pada tahun 1300-1600 SM. Bentuk
pakaian kebaya adalah dalam bentuk pakaian tunik yang biasa dipakai oleh wanita China semasa dinasti
Ming.
Kemudian penggunaan kebaya disebarkan juga ke kawasan Jawa, Bali, Sumatera, dan Sulawesi
selepas mengalami pembudayaan budaya selama beratus-ratus tahun. Pada tahun 1500-1600 Masihi,
wanita pendatang Cina mula memasuki Indonesia dan model pakaian kebaya berkembang di Indonesia
sebelum memasuki tanah melayu. Baju kebaya telah berubah kerana terpengaruh dengan pakaian wanita
barat. Baju belah yang asalnya gelobar dan labuh namun kini mula berubah dengan bentuk yang lebih
kemas. Potong baju kebaya pula menjadi ramping di pinggang serta labuh baju disingkatkan sedikit.
Semasa perang dunia kedua, baju melayu moden mula diperkenalkan oleh orang Melayu. Walaupun
dinamakan baju kebaya moden, namun ciri-ciri kemelayuannya masih ada kerana baju itu dipakai dengan
kain. Baju kebaya moden ini ialah baju kebaya pendek yang ketat dan dipadan dengan kain ikatan secara
wiron. Baju ini mendedahkan bahagian leher dan dada serta berzip di sebelah belakang badan. Kain yang
biasa digunakan adalah kain batik lepas yang dililit mengikut bentuk badan dan hujung punca kain di
bahagian hadapan diikat seperti kipas. Akhirnya, sehingga kini penggunaan baju kebaya masih ada dengan
pelbagai lagi jenis corak rekaan.
Baju Kebaya Pendek
Perkembangan baju kebaya pendek ini dapat dilihat pada tiga peringkat iaitu pertama sekali ialah Sebelum
merdeka atau zaman awal kerajaan melayu melaka. Pada peringkat atau zaman ini kesemua golongan wanita hanya
melilit tubuh mereka dengan kain sarung atau berkemban menggunakan kain batik serta berkelebung di bahagian dada
ke atas iaitu rambut. Namun begitu segalanya berubah selepas kedatangan islam ke Tanah Melayu. Pada ketika ini
golongan wanita telah mula menutup aurat seperti mengenakan baju kurung dan baju kebaya, menurut Frank
Swettenham (1921) sekitar 1874 pakaian lelaki dan Wanita melayu adalah legkap sama ada dari segi bentuk, pola , bahan
dan cara memakainya. Dalam penyataan Frank ini dapat dilihat bahawa aspek pemakaian masyarakat melayu semakin
baik dan sopan ketika itu.
Peringkat perkembangan yang seterusnya ialah selepas merdeka dan tahun 2000 hingga kini. Pakaian dikaitkan
dengan 1 rekaan pakaian yang sesuai digayakan untuk majlis rasmi. Pada zaman ini masih kekal dengan bentuk atau stail
asal, hanya eksesari mula berubah. Contohnya, pakaian kerongsang telag diganti dengan eksesori dari negara luar yang
kelihatan lebih menarik dan bergaya. Penggunaan kain dan corak dalam pembuatan baju kebaya juga mula semakin
dipelbagaikan untuk sesuaikannya dengan keselesaan pemakai dan mengurangkan penggunaan wang dalam membeli
kain.
Saree
Saree merupakan antara pakaian yang tertua dan telah wujud
sejak 2800 sebelum masihi dan telah berkembang sehingga
menjadi pakaian tradisional paling terkenal bagi golongan
wanita kaum India. Saree telah bermula semasa Tamadun
Lembah Indus dan mengalami banyak perubahan, contohnya
saree yang pada mulanya hanya ditenun menggunakan kapas
telah berkembang dan mula ditenun menggunakan sutera.
Perkataan saree telah berkembang daripada perkataan
‘Sattika’ yang membawa maksud pakaian wanita. Sattika
terbahagi kepada tiga bahagian iaitu antriya, uttariya dan
stanapatta. Antriya adalah pakaian bawah, manakala uttariya
merupakan selendang yang dipakai di atas bahu dan
stanapatta bermaksud ikat dada. Sattika ini dapat dilihat di
dalam kesusasteraan Sanskrit dan Pali Buddha pada abad ke-6
sebelum masihi. Tiga bahagian ini dikenali sebagai ‘Poshak’
yang bermaksud pakaian dalam bahasa Hindi.
Selepas kedatangan orang asing, wanita-wanita kaya di Ind
ia
mula meminta artisan untuk menggunakan batu mahal dan
benang emas untuk membuat saree yang boleh menonjolk
an
mereka. Dengan wujudnya perindustrian di India, peniaga
tempatan mula mengimport pewarna kimia dari negara lain
dan
menggunakan teknik pencelupan dan percetakan yang baru yang
akhirnya menyebabkan wujudnya sebuah saree jenis baru.
Perkembangan saree ini boleh dilihat dalam reka bentuk saree
yang mula mempunyai pengaruh asing seperti figura, motif dan
bunga.
Saree yang pada mulanya menjadi pakaian seharian kaum wanita,
kini telah digantikan dengan pakaian yang lebih moden dan lebih
selesa. Pada masa kini, saree tidak digunakan sebagai pakaian
harian tetapi ianya digunakan semasa majlis-majlis tradisional
seperti perkahwinan. Namun begitu, saree masih menjadi pakaian
yang amat penting di dalam budaya masyarakat India. Malahan,
industri saree merupakan sebuah industri yang bernilai berbilion
Rupee dan telah menjadi amat terkenal di seluruh dunia,
sehingga terlibat di dalam industri fesyen antarabangsa.
pavadai thavani
Pakaian tradisional bagi golongan wanita kaum India di Malaysia terdiri daripada 2 jenis
iaitu Saree dan Pavadai Thavani. Pavadai Thavani merupakan pakaian yang dikhususkan
kepada kaum wanita India yang belum berkahwin. Ia juga merupakan pakaian yang
mempunyai pelbagai corak dan warna yang menarik yang menjadikan si pemakai terlihat
cantik dan menonjolkan ciri-ciri kewanitaan itu tersendiri. Walaupun, pemakaian Pavadai
Thavani pada masa ini masih lagi digunapakai oleh kaum perempuan india. Corak dan
bentuk pakaian tersebut masih lagi di kekalkan walaupun terdapat perubahan dari segi
jenis kain yang digunakan mungkin lebih berkualiti dan cantik berbanding pada masa
dahulu. Penambahan pada pakaian tersebut mungkin dari segi adanya penambahan
jahitan manik yang menonjolkan lagi corak pakaian tersebut. Namun, sudah tidak
terlalu diberikan penekanan mengenai pemakaiannya.
Hal ini kerana, remaja perempuan India hari ini sudah mula dibesarkan dalam era
modenisasi. Dimana, perubahan fesyen yang terlalu drastik dari semasa-kesemasa
menjadikan ibu bapa kaum India juga mula berfikiran terbuka tentang pemakaian anak
gadis India. Pakaian-pakaian yang dibawa oleh budaya Barat banyak mempengaruhi
anak-anak muda masa kini. Hari ini, golongan perempuan India mula memakai dress,
blouse, skirt dan sebagainya. Ini menyebabkan pakaian tradisional seperti Pavadai
Thavani jarang dipakai untuk aktiviti seharian dan hanya akan dipakai sekiranya
menyambut musim perayaan.
Pakaian tradisional seperti Pavadai Thavani sebenarnya memainkan peranan penting
untuk golongan perempuan India. Kerana ianya merupakan warisan terdahulu yang perlu
dipelihara dan dikekalkan untuk generasi yang akan datang. Memandangkan pakaian
masa kini, memaparkan konsep yang lebih moden dalam menepati citarasa pengguna,
keperluan dan kehendak masyarakat. Bagi menjamin kelangsungan budaya masyarakat
India pada masa hadapan, sebagai generasi hari ini, mereka seharusnya bertanggungjawab
dalam meneruskan usaha mengekalkan budaya istimewa mereka ini. Mereka sewajarnya,
mula menyedari tentang kekayaan budaya bangsa India dan memahami mengapa amalan
dan tradisi tersebut perlu dipertahankan.
tradisional
moden
design design
kesimpulan
Kesimpulannya, pakaian tradisional bagi setiap kaum sangat
penting. Hal ini dikatakan demikian kerana, pakaian tradisional
melambangkan identiti sesuatu kaum. Malaysia merupakan sebuah
negara yang berbilang kaum dan terdapat pelbagai jenis baju
tradisioal seperti baju kurung, baju kebaya, saree dan lain-lain lagi.
Sebagai sebuah negara yang aman damai, semua pihak masyarakat
perlulah bertolak ansur dan menghormati pakaian tradisioanal
semua kaum.
Pakaian tradisional juga merupakan salah satu warisan tidak
ketara yang masih diingati sehingga kini. Kita perlulah mengekalkan
pemakaian pakaian tradisional kerana itu merupakan lambang
kebanggaan setiap kaum masing-masing. Pemakaian baju tradisional
tidak semestinya di majlis kahwin, agama dan keraian namun boleh
dipakai bila-bila masa sahaja. Hal ini dapat mengelakkan remaja kini
yang mudah menerima pengaruh barat dan lebih memilih memakai
pakaian barat yang tidak sopan dan seksi.
Akhir kata, kumpulan kami memilih pakaian tradisional sebagai
warisan tidak ketara bagi mengkaji dengan lebih mendalam berkaitan
baju tradisioanal melayu dan india. Kami memperoleh pelbagai
maklumat tambahan dan asal usul baju tersebut dari kajian yang
telah kami lakukan. Kami berharap semua pihak dapat
memartabatkan pakaian tradisioal masing-masing agar peninggalan
orang terdahulu tidak dilupakan.
Rujukan
Buku
Fauziah Haji Abdullah, "Sejarah Perusahaan Batek", dalam Professor Khoo Kay Kim, Warisan
Kelantan 2, Kelantan: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 26 Mac, 1983, hlm. 42-52.
Khadid Mohd. Azhar Abd. Hamid, Beberapa aspek tamadun melayu, India, China dan Jepun,
Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2004.
Mohamed Roselan Malek, Hamidah Husain, Pakaian dan Perhiasan Tradisional, Petaling Jaya:
Penerbit Prima, 1995.
Mohd Said Sulaiman, Pakai patut Melayu, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2018.
Norhayati Abu Bakar, Adat resam masyarakat Cina dan India, Kuala Lumpur: Pustaka Cita Tinggi,
1995.
Zakiah binti Awang, "Perusahaan Menenun", dalam Professor Khoo Kay Kim, Warisan Kelantan 2,
Kelantan: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 26 Mac, 1983, hlm. 77-88.
Surat Khabar
Berita Harian, Pertahanan busana Melayu, Warisan kerajaan silam, 11 Jun 2019.
Sumber Internet
Eratu.com, Pakaian tradisional di Malaysia untuk kaum berlainan, Pakaian Tradisional di Malaysia
Untuk Kaum Berlainan – ERATUKU, Tarikh diakses 30 Oktober 2022.
Ramadhanti, Pakaian tradisional India, 7 Pakaian Tradisional India untuk Laki Laki dan
Perempuan (pinhome.id), Tarikh diakses, 30 Oktober 2022.