The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by logaraj260902, 2021-05-25 06:17:43

ETIKA DAN PERADABAN flip html5 PDF NEW

ETIKA DAN PERADABAN flip html5 PDF NEW

Kepelbagaian kebudayaan di
Malaysia

MPU21032
ETIKA DAN PERADABAN

➢ NOR SYAIDATUL SYUHADA BINTI NORSALIHIN
29DUP20F2004

MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA

➢ LOGARAJ A/L A SEGAR
29DUP20F2005

MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA

➢ HEMAWATHY A/P SETHU PILLAI
29DUP20F2010

MASYARAKAT INDIA DI MALAYSIA

KEBUDAYAAN MASYARAKAT MELAYU

Pengenalan Masyarakat Melayu

Maksud Masyarakat Melayu

• Pelbagai pendapat tentang erti etimologi perkataan “Melayu”. Ada berpendapat perkataan Melayu berasal
daripada perkataan “ Malaju ”. Perkataan ini berasal daripada kata dasar laju yang bermakna cepat, deras dan
tangkas.

• Daripada sebutan tersebut dapat diberikan pengertian bahawa orang Melayu bersifat tangkas, cerdas, segala
tindak tanduk mereka cepat dan deras.

Adat Resam Masyarakat Melayu

Adat Melawat dan Berkunjung

• beragama Islam apabila tiba di rumah yang dikunjungi hendaklah memberikan salam dengan ucapan
“Assalamualaikum”.

• Sebelum masuk ke dalam rumah orang Melayu, pengunjung hendaklah menanggalkan kasut.
• Apabila tuan rumah menghidangkan makanan adalah tidak manis tetamu menolaknya. Jika sudah kenyang

sekalipun hendaklah ia merasa sedikit hidangan yang disajikan itu.
• Jangan bersiul terutamanya ketika berada dalam rumah kerana perbuatan itu dianggap biadap dan tidak

menghormati orang lain.
• Gunakan nada suara sederhana bila bercakap terutamanyaa golongan muda. Jangan sesekali meninggikan

suara seperti orang menengking.
• Seorang isteri seeloknya bangun dan masuk tidur awal daripada suami. Lebih sopan kalau tidur menghadap

suami bukan membelakanginya.

Adat perkahwinan masyarakat Melayu :

• Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang menjadi tunjang bermulanya kehidupan sesebuah keluarga. Bagi
masyarakat Melayu, adat perkahwinan melayu sangat dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu
akan dilaksanakankan secara meriah dan penuh adat istiadat. Malah adat dikatakan akan memainkan peranan penting
dalam memastikan kelancaran sesebuah majlis perkahwinan.

Adat Merisik :

i) Adat merisik merupakan peringkat pertama dalam hubungan perkahwinan.
ii) Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Selain dari adat ini bertujuan untuk mendapat restu dan mengenali
keluarga bakal tunang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang besar untuk berkahwin.
iii) Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum
berpunya.
iv) Kebiasaanya satu rundingan akan diadakan di antara kedua belah pihak di mana pihak lelaki akan memberikan sebentuk
cincin tanya berupa cincin belah rotan.
v)Sekiranya ada persetujuan dari pihak gadis maka satu tarikh peminangan akan ditetapkan.

Merisik

Adat bertunang:

i) Pihak lelaki akan di wakili oleh saudara mara terdekat.
ii) Sempena majlis pertunangan, satu kenduri diadakan di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri
daripada tepak sireh atau sireh junjung sebagai bingkisan utama, berupa sebentuk cincin beserta hantaran
lain seperti bunga rampai, kuih muih, buah - buahan , pakaian dan lain-lain yang digubah cantik untuk
diberikan kepada pihak perempuan.

Adat berinai

i) Peringkat pertama dikenali sebagai Berinai Curi . Biasanya proses ini diadakan tiga malam sebelum hari
pernikahan untuk saudara mara terdekat sahaja.
ii) Peringkat kedua dikenali sebagai Berinai Kecil. Biasanya diadakan dua malam sebelum hari pernikahan
untuk jiran,saudara mara dan sahabat handai sahaja.
iii) Peringkat ketika pula dikenali sebagai Berinai Besar . Umumnya diadakan satu malam sebelum hari
langsung atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan perempuan.

Adat bernikah:

i) Akad nikah merupakan upacara kemuncak dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Ia bukan suatu adat tetapi lebih
kepada tuntutan ajaran agama. Istiadat ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki
telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang telah dipersetujui oleh
kedua belah pihak.

ii) Semasa upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau
bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.

iii) Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum majlis perkahwinan
diadakan. Walau bagaimanapun Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin
perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam.

Bernikah

Adat bersanding :

i) Fasa terakhir dalam adat resam perkahwinan masyarakat Melayu adalah upacara persandingan. Ketika ini pasangan
pengantin akan diandam dan dihias rapi oleh Mak Andam. Upacara menyambut menantu oleh kedua pihak akan
disambut dengan meriah bila mana pengantin diarak dengan pasukan kompang dan pancak silat.

ii) Pengantin akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan antara yang terdapat di atas pelamin ialah bunga
pahar. Para jemputan terutama dari wakil kedua mempelai akan dipersila untuk menepung tawar pasangan pengantin di
atas pelamin.

Menyambut Kelahiran

- Apabila seseorang wanita didapati hamil, beberapa acara dan pantang larang terpaksa dilalui. Secara
umumnya, upacara tersebut diadakan bertujuan mendoakan kesihatan dan keselamatan bakal ibu dan janinnya
selamat dari segala bala dan godaan atau gangguan mahkluk halus.

Adat menyambut kelahiran ialah seperti:

1) Menempah bidan :

- Upacara menempah bidan selalunya dilakukan untuk wanita yang mengandung anak sulung sahaja. Tujuan

upacara bagi menentukan bidan yang bertanggungjawab untuk menyambut kelahiran bayi nanti. Adat menempah
bidan ini dilakukan untuk merasmikan bahawa bidan tertentu dapat menguruskan kelahiran bayi.

2) Mandi Melenggang Perut :

- Dalam upacara mandi melenggang perut terdapat bahan – bahan yang disediakan untuk menjalankan upacara itu

seperti tepung tawar, tiga biji limau nipis, sebiji kelapa tua ynag telah dikupas, sedahan mayang pinang, sehelai kain
lepas barat, dua batang lilin, sebuyung air biasa yang ditaburi 7 jenis bunga dan air tolak bala.

3)Mengadap Perut

- Pada zaman sahulu upacara mengadap semangat dilakukan di atas pelamin kecil yang dihias indah.
Ia sebagai tempat wanita hamil duduk dan mengadap semangat. Upacara ini hanya dihadiri oleh
kaum wanita sahaja. Disediakan nasi semangat, nasi kunyit, telur dan buah. Di atas nasi kunyit
dipecahkan telur dan sejambak bunga.

- Ayam panggang dan kerutup daging diletakkan dalam tiap – tiap bekas yang berasingan sebagai
pemberian kepada semangat. Wanita hamil akan merasa sedikit garam dengan kepercayaan bayi
yangakan dilahirkan nanti mempunyai sifat sempurna dan tidak cacat anggota.

Perayaan Masyarakat Melayu

Hari Raya Aidilfitri

• Pada tanggal 1 Syawal tahun Hijrah, seluruh masyarakat Islam di dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
• Di Malaysia, sambutan hari raya ini disebut juga sebagai Hari Raya Puasa.
• Hari raya ini setelah menghabiskan kewajipan puasa pada bulan Ramadan.

Hari Raya Aidiladha :

• Hari Raya Kurban atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia.
Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun.

• Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah
Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11
atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Sambutan Maulidur Rasul

• Perkataan 'maulid' berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud hari lahir seseorang. Apabila disebut 'Maulidur
Rasul', umum memahami ungkapan ini bermaksud hari keputeraan Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W. Nabi
Muhammad S.A.W. dilahirkan di Tanah Suci Makkah pada 20 April tahun Masihi 571 bersamaan 12 Rabiulawal
Tahun Gajah.

• Oleh yang demikian, hari maulid ini dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Negara kita turut memuliakan dan
merayakan hari maulid. Hari maulid ini menjadi hari cuti umum di negara kita kerana agama Islam merupakan
agama rasmi di negara ini.

Keratan Akhbar

1) Hari Raya Aildiladha 2) Hari Raya Aildilfitri

3) Sambutan Maulidur Rasul



Pengenalan

• Orang Cina di Malaysia, juga dikenali sebagai orang yang berasal dari etnik Cina Han.
Mereka membentuk kumpulan etnik kedua terbesar setelah majoriti orang Melayu,
merangkumi 23% penduduk Malaysia.

• Kumpulan etnik orang Cina di Malaysia merangkumi Hokkien, Kantonis, Hakka,
Teochew, Hainan, Foochow dan Kwongsai. Dialek Cina yang berbeza dituturkan di
bandar dan bandar di Malaysia



Tahun Baru Cina

Ini adalah perayaan untuk orang Cina bukan sahaja di Malaysia dan Singapura
tetapi di seluruh dunia. Tahun Baru Cina adalah hari pertama tahun ini mengikut
kalendar lunar Cina. Walaupun tarikhnya berubah setiap tahun, cara perayaan itu
tetap sama: saudara-mara yang belum berkahwin menerima anggpow (wang dalam
sampul merah), keluarga mengadakan makan malam perjumpaan dan beberapa

orang mengadakan pesta besar dengan tarian singa atau naga.

Festival Hantu Lapar

Hungry Ghost Festival dikaitkan dengan amalan pemujaan nenek moyang orang Cina. Menurut
kepercayaan tradisional Cina, bulan ketujuh kalendar lunar adalah waktu ketika roh orang mati yang

gelisah berkeliaran di bumi.

Festival Mooncake

• Festival ini diadakan pada hari ke-15 bulan ke-8 kalendar lunisolar China dengan bulan purnama
pada waktu malam, bersamaan dengan pertengahan September hingga awal Oktober kalendar
Gregorian.

• Pada hari ini, orang Cina percaya bahawa bulan berada pada ukuran paling terang dan penuh,
bertepatan dengan waktu menuai pada pertengahan musim luruh



PENGENALAN

• Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar

dalam kehidupan mereka.
• Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang

dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.
• Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut

kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah.
• Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang

diatur sama ada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana
kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing.

Merisik

• Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati.

Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan
tingkah laku si gadis.
• Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan
menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis.
• Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat
mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga.
• Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang
latar belakang keluarga dan asal keturunan.

• Meminang



• Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat
meminang akan dijalankan.

• Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan berkaitan
perkahwinan. Ibu pengantin pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut
berkenaan jumlah emas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang
paling sesuai.

• Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah.
• Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu kepada ibu bapa pihak lelaki.
• Ibubapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan

daripada pihak perempuan.
• Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat

bertunang dijalankan.

Majlis Perkahwinan

• Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh
yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

• Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada
kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai
aksesori.

• Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning.
• Dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayaiwarna-warna tersebut

melambangkan kematian dan kesedihan.
• Pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itulah

pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama dan kedua
pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing.

• Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan
masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai
maksud yang tersendiri.

• Upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu
jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di
rumah, dewan, atau restoran.

• Tetamu-tetamu yang datang akan membawa Ang-pau sebagai hadiah kepada
pasangan pengantin.

• Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan,pasangan pengantin akan
menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di
hadapan beberapa orang saksi.



Sewaktu mengandung

• Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina
semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu
tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian.

• Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di
dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka.

• Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan
bukannya suami.

• Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh
melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang

• Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila
berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.

Sebelum kelahiran

Dilarang Memaku.

• Wanita cina yang mengandung dilarang daripada melakukan kerja-kerja yang berat
seperti memaku kerana bimbang anak yang dikandung akan menjadi cacat kerana
terkejut.

Menjaga Tingkah Laku

• Wanita yang mengandung hendaklah menjaga tingkah laku sepertu tidak
mengeluarkan kata-kata yang kesat dan dteirlakreannagbsaadmi.a sekali memukul binatang
kerana risau anak yang dikandung akan

Hindari Masalah

• Wanita yang mengandung dielakkan daripada memikirkan masalah yang berlaku
tidak kira masalah keluarga atau suami kerana risau anak yang dikandung akan
terganggu dengan permasalahan tersebut.

• Wanita yang sedang mengandung dilarang daripada makan makanan yang tajam
dengan kerap seperti "nenas" dan ''mangga' kerana akan menyebabkan anak yang
dikandung menjadi besar dan menyukarkan proses kelahiran nanti.

Dilarang Menggosok Perut

• Wanita yang mengandung dielakkan daripada menggosok perut terlalu kerapa
kerana bimbang anak akan menjadi manja.

Selepas kelahiran

• Wanita yang telah bersalin hendaklah berpantang selama 40 hari.
• Selain itu,mereka hendaklah memakai pakaian dan stoking yang tebal kerana bimbang

akan masuk angin.
• Disamping itu,mereka juga dielakkan daripada mandi dan membasuh rambut dengan

menggunakan air sejuk kerana risau akan masuk angin.
• Seterusnya ialah mereka juga dilarang daripada melakukan kerja-kerja yang berat

kerana takut rahim akan menjadi kendur.
• Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini

bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali
pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak
tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan.

Kenduri

• Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu
apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna
merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai
merah kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang terdekat.

Mencukur Rambut

• Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur
rambut Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang
dilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam
kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai
pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.

Memberi Nama

• Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata
kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama
ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri.

• Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan,
kemewahan dan kesejahteraan.

• Bunyi nama mestilah sedap didengar.
• Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak

bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.
• Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat.
• Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling

melengkapi.



• Masyarakat Cina begitu berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan
kematian, yang setiap adat itu mempunyai maksud tersendiri. Apabila berlaku kematian
mayat dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si
mati.

• Mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek, bertujuan untuk mengharumkan si mati
terutama apabila berada di alam akhirat.

• Mayat dipakaikan dengan pakaian yang cantik yang lazimnya dipakai ketika hari
perkahwinan. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan masyarakat Cina menyimpan pakaian
perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia.

• Mayat turut dipakaikan dengan aksesori lain, terutamanya wanita.

• Mayat dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu dengan ukiran
menarik.

• Bagi yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan logam. Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan
seseorang semasa hidupnya.

• Apabila berlaku kematian, ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai dikehendaki menangis atau
meratapi pemergian si mati.

• Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat apabila mayat diletakkan di ruang tamu sehinggalah diusung
ke kawasan perkuburan.

• Tangisan perlu diselitkan dengan kata-kata yang menunjukkan si mati telah membuat jasa.

• Kata-kata yang mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali kerana jika ini berlaku roh si mati
tidak akan tenteram.

• Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang lebih tua lebih baik dan digalakkan. Ada
juga segelintir masyarakat Cina yang melupuskan hutang orang yang mati untuk menenteramkan si
mati agar tidak disoal di akhirat.

• Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah berwarna hitam, lengkap dengan topi.
Mereka juga memakai baju jejaring yang diperbuat daripada jut atau sabut dan dipakai di
bahagian luar baju hitam.

• Ketika mayat diusung dengan menggunakan lori khas beberapa kertas bersalut logam
dicampak sepanjang perjalanan. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina ini adalah untuk
memastikan roh boleh berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut

KEBUDAYAAN
MASYARAKAT

INDIA

PENGENALAN

Masyarakat India meruapakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan
juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan
sesebuah masyarakat majmuk di negara kita,separti masyarakat lain.
Masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan
masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini .Ini jelas
terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan seperti masyarakat
lain. masyarakat India juga terdiri daripada pelbagai suku
kaum,justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam
masyarakat India secara umum.

PERAYAAN

DEEPAVALI

• Disambut pada ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan
oktober dan november) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya

• Perayaan ini adalah tanda kematian Raja Narakasura yang kejam dam
selalu memeras rakyatnya yang dibunuh olah seorang Dewa beranama
Krisna. Ini juga peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik
dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.

• Pada masa ini, semua kaum india menyapu minyak dan mandi. Ini
tanda mensucika diri dan juga melukis kolam diluar rumah dengan
memggunakan tepung, beras, kelapa parut dan lain-lain untuk memberikan
makanan kepada haiwan kecil seperti semut dan burung. Selain itu, makan
makanan dan kuih muih yang disediakan sebagai idli, tosai, muruku dan
lain-lain.

THAIPUSAM

• Perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu, iaitu Lord Murugan, ini disambut
pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yand dikenali juga sebagai bulan
'Thai.'

• Untuk menghapsuakan dosa-dosa dan berpuasa selama sebulan hanya makan
makanan sayur sahaja.

• Membawa patung Dewa Subramaniam dan diarak dengan muzik tradisi semasa
dibawa ke kuli.

• Kavadi adalah perkara yang dibuat oleh kebanyakkan masyarakat India.
Perkataan itu secara harfiah bermaksud pengorbanan di langkah dalam bahasa
Tamil.

• Motif perayaan thipusam adalah untuk berdoa kepada Tuhan dan menerima
rahmatnya supaya sifat buruk dimusnahkan.

PONGGAL

• Ponggal dalam bahasa Tamil bererti "melimpuh-ruah" , susu lembu yang melimpuh apabila dipanaskan
dalam periuk belang tanah liat mwlembangkan kekayaan yang melimpuh ruah.

• Thaiponggal dirayakan ketika masa memuai secara tradisi bertujuan berterima kasih kepada Dewa
Matahari(Suryabagawan) dan ternakan ladang yang membantu menghasilkan kekayaan harta benda.
Perayaan ini disambut selama 4 hari iaitu Bhogi hari pertama masa ini kaum india membakarkan benda-
benda lama dan menbeli baru, kedua ialah thai ponggal, Ketiga adalah mathu ponggal untuk haiean lembu.
Ketempat ialah kanni ponggal untuk wanita-wanita dan

ADAT KELAHIRAN, PERKAHWINAN DAN
KEMATIAN

KELAHIRAN

SEMASA MEMGANDUNG

• Adat Valaikaapu adau niir (lah adat yang dilakukan ketika kandungan
sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan.

• Dipakaikan sebentuk gelang baru
• Diberi hadiah dikenali sebagai ciir diatur di dalam dulang.
• Upacara memandikan mutugu(kulittal)
• Lampu minyak kuttu vilakku dihidupkan sebagai memohon restu.

SELEPAS KELAHIRAN

• Waktu kelahiran dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi
mengikut agama Hindu

• Menetukan fizikal, mental dan rohani bayi.
• Setitik minyak bijian yang dicampru dengan sedikit susu ibu akan disapu ke

mulit bayi
• Tali puast yand sipotomg akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar.

PERKAHWINAN

MERISIK

• Penekanan kepada aspek-aspek tertentu iaitu agama, kasta
etnik dan etnik.

• Penekanan kepada faktor tertentu status ekonomi dan status
sosial.

• Kumpul maklumat daripada kawan-kawan,saudara mara dan
orang tengah

KUNJUNGAN

• PEN PARTTAL melihat bakal isteri
• Kedtangan dengan membawa buah tangan tertentu (tujuan-niat

baik)
• Pengantin perempuan akan melayani semua tetamu termasuk

bakal suaminya.
• Kunjungan balas daripada pihak perempuan,

IKAT JANJI

NICCAYAM

• Setelah capai persetujuan, Bakal pengantin lelaki lafaz ikat
janji(menukar sirih pinang-TAAMBUULAM
MATRUTHAL)Perbincangan hal-hal perkahwinan.

PARISAM

• Parisam biasa dan udan parisam (majlis pertunangan),Hantaran
(pihak lelaki-jumlah ganjil), bapa seah dulang sari
kepada perempuan(bakal pengantin beri ganjil) dan akhirnya
dikalungkan bunga oleh saudara-mara

THIRUMANAM

Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci dengan memgunakan thali kunyit dekat
leher perempuan melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir
hayat.

Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat india iaitu vaitikat thirumanam,tamil
thirumanam, dan diya thirumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan
aspek suku kaum.

Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah
sebiji kelapa yang dilubangkan di bahagian atasnya, menuang air susu kedalamnya,memberi
sireh, mencium tapak kaki kedua ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa,memberi hadiah dhoti
(bapa mertua) serta sari (ibu mertua)dan wang.

Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan
berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas.Upacara ini menandakan
pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri

KEMATIAN

• Ahli keluarga/waris memdapatkan sijil kematian dan permit untuk
melangsungkan upcara pembakaran mayat.

• Memghubungi syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengurusan
upacara kematian

• Anak lelaki atau saudara lelaki terdekat dengan si mati akan melangsungkan
adat(persediaan sebelum upacara)

• Diletakkan di ruang tamu(kepala memghadap selatan)

• Ibu jari kedua-dua kaki diikat bersama dan kedua-dua tangan diletakkan di
atas dada dengan ibu jari kedua-dua tangan diilat bersama


Click to View FlipBook Version