Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tema : Kebersihan dan Kesihatan Kelas : 3 Bijak Tarikh : 4/4/2023 Topik : Kebersihan Tanggungjawab Bersama Masa : 10.00 – 11.00 pagi (60 minit) Hari : Selasa Standard Kandungan : 1.1 Mendengar dan memberikan respon. 2.1 Asas membaca dan memahami 3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna. Standard Pembelajaran: 1.1.3 Mendengar, mentafsir, dan memberikan respons terhadap soalan bertumpu. 2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai ayat tunggal dan ayat majmuk 3.2.3 Membina dan menulis ayat tunggal serta ayat majmuk menggunakan kata adjektif. Nilai Murni : A. Kebersihan B. Kerjasama EMK : Kreativiti dan Inovasi / Sains dan Teknologi Bahasa / Keusahawanan Pendidikan Alam Sekitar Nilai Murni / Patriotisme TMK / Aspirasi Murid : Pengetahuan / Kemahira n Berfikir / Kemahiran Memimpin / Kemahiran Dwi Bahasa Etika dan Kerohanian / Identiti Nasional Objektif Pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat : 1. Mengetahui sekurang-kurangnya 3 daripada 5 cara-cara membersihkan diri. 2. Membina sekurang-kurangnya 1 ayat tunggal dan 1 ayat majmuk dengan betul. 3. Mengaplikasikan penggunaan kata adjektif dalam ayat dengan betul. Kriteria Kejayaan : Murid akan berjaya sekiranya murid dapat: 1. Menyanyikan lagu mengikut irama lagu kanak-kanak dengan intonasi dan gaya yang betul. 2. Mendengar dan memberikan respons terhadap soalan bertumpu. 3. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan tepat. 4. Bekerjasama dalam aktiviti berkumpulan yang diberikan oleh guru. 5. Membaca dengan nada dan intonasi yang betul. 6. Murid-murid dapat markah penuh dalam lembaran kerja diberikan. 7. Membuat rumusan pembelajaran dengan baik.
8. Mempersembahkan cerita rakyat yang dipilih menggunakan cara penyampaian yang betul. Konsep/ Perbendaharaan Kata Utama : Kata Adjektif, Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk Bahan Bantu Belajar/ Sumber: Youtube, Peta i-think, Komputer riba dan Projektor RANGKA PENGAJARAN IMPAK/ REFLEKSI Induksi Pengenalan Topik Dahulukan yang Utama. 1. Guru memancarkan tayangan LCD dan memasang lagu ‘Jom Bersihkan Diri’ di youtube. Jom Bersihkan Diri I Lagu Baru Didi I Didi & Friend… 2. Murid-murid diarahkan untuk mendengar dan memahami lagu tersebut terlebih dahulu. 3. Seterusnya, murid-murid diminta untuk menyanyikan lagu tersebut dengan gaya secara bersama-sama berpandukan lirik yang telah tersedia dalam video. 4. Murid-murid diminta untuk meneka topik pembelajaran. 5. Akhir sekali, guru mengaitkan lagu yang dinyanyikan dengan topik pembelajaran pada hari tersebut. Rumusan Guru 1. Murid dapat menyanyikan lagu dengan intonasi yang betul. 2. Murid dapat membaca lirik lagu dengan betul. 3. Murid dapat memahami lirik lagu dan mencipta pergerakan yang sesuai. Strategi PdPc Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Penyelesaian Masalah Pembelajaran Berasaskan Masalah Simulasi- Main Peranan Amali/ Hands On/ Uji kaji Bimbingan berfokuskan individu/ kumpulan Pembelajaran Berasaskan Projek , Perbincangan A3.4, AP1 Kajian Lapangan Aktiviti Murid (PAK21) Perbincangan kumpulan – Round Table A3.4, AP1 Perbincangan Think Pair Share Pembentangan dan Gallery Walk Forum – Hot Seat Susun dan Kembang Idea (Peta Pemikiran) A1.4 Kajian Isu Gerak Kerja Amali Deklamasi Sajak/ Nyanyian/ Lakonan Latihan Berfokus – Penyelesaian Masalah Peta Pemikiran (I-Think) Peta bulatan Peta buih A1.4 Peta buih berganda Peta pokok Peta dakap Peta alir Peta pelbagai alir
Peta titi KBAT Menganalisis Ai4, A1.2, A2.3 Mengaplikasi AP1 Menilai AP2 Mencipta Pentaksiran Bilik Darjah Latihan bertulis A1.4 Lisan Ai4, Kuiz Pembentangan AP1 Lain-lain : Persembahan Tahap Penguasaan Tahap 1 Tahap 4 Tahap 2 Tahap 5 Tahap 3 Tahap 6 Aktiviti Pemula : ● EMK: Teknologi Maklumat dan Komunikasi ● Nilai: Kebersihan ● Murid memberi respons secara lisan. ● Murid menghubungkaitkan topik pembelajaran dengan pengetahuan sedia ada. ● Strategi PdPc : Pembelajaran berasaskan inkuiri. ● Aktiviti Utama Aktiviti 1 : Faham , Jawab dan Bincang 1.1 Guru mengajukan beberapa soalan kepada murid-murid tentang lagu yang mereka nyanyikan. 1.2 Murid-murid memberikan jawapan berdasarkan pemahaman mereka tentang lagu tersebut secara lisan. Aktiviti 1 : ● Kaedah Pentaksiran : Penyoalan ● Murid memberikan respon secara lisan. ● KBAT : Menganalisis & Mengaplikasi ● Gaya Pembelajaran : Kecerdasan Pelbagai
1.3 Seterusnya, guru berbincang dengan murid-murid tentang jawapan yang mereka berikan. Soalan: 1. Apakah cara-cara membersihkan diri? 2. Apakah kesan sekiranya menjaga kebersihan diri? 3. Bagaimanakah cara memberus gigi dengan betul? 4. Pada pandangan anda, apakah yang akan berlaku jika kita mengabaikan kebersihan diri? Jawapan yang mungkin diberikan oleh murid-murid: 1. Cara-cara membersihkan diri adalah mandi menggunakan sabun,memberus gigi dengan betul,menyikat rambut, memotong kuku dan memakai pakaian yang bersih. 2. Antara kesan sekiranya menjaga kebersihan diri adalah dapat kekal sihat, ceria serta sentiasa kemas dan bersih. 3. Cara memberus gigi dengan betul adalah dengan memberus secara membulat. 4. Pada pendapat saya, perkara yang akan berlaku jika kita mengabaikan kebersihan diri adalah cenderung mendapat penyakit berjangkit,persekitaran menjadi kotor dan menyebabkan orang lain tidak selesa bersama kita . Rumusan Guru 1. Murid-murid dapat mendengar dan memahami soalan bertumpu yang diajukan oleh guru. 2. Murid-murid dapat menjawab soalan yang diajukan oleh guru dengan betul. 3. Murid-murid dapat memberikan pandangan mereka menerusi soalan KBAT yang diajukan oleh guru. Aktiviti 2 : Bina Ayat Kata Adjektif 3.1 Guru mengeluarkan kata adjektif yang terdapat pada lirik lagu ‘Jom Bersihkan Diri’ dalam bentuk peta buih. 3.2 Guru memberikan penerangan tentang kata adjektif tersebut kepada murid-murid. 3.3 Seterusnya, guru menyediakan 7 kad perkataan adjektif bertemakan kebersihan. 3.4 Murid-murid dibahagikan kepada 7 kumpulan. 3.5 Wakil kumpulan diminta untuk memilih satu kad perkataan adjektif dan mengambil sehelai kertas A4. 3.6 Setiap kumpulan dikehendaki untuk membina 2 ayat tunggal dan 2 ayat majmuk menggunakan kata adjektif berdasarkan kad dalam masa 15 minit. Aktiviti 2 : ● Gaya Pembelajaran : Kecerdasan Pelbagai ● Strategi: Pembelajaran berpusatkan murid ● Strategi PdPc : Perbincangan ● PAK21 : ○ Perbincangan kumpulanRound Table
3.7 Murid-murid dikehendaki menulis ayat yang mereka bina di atas kertas A4 yang diberikan oleh guru. 3.8 Selanjutnya, wakil kumpulan diminta untuk membaca secara kuat ayat-ayat yang telah mereka bina di hadapan kelas. 3.9 Akhir sekali, guru menyemak dan memberikan maklum balas tentang binaan ayat tunggal dan ayat majmuk mereka. Kata adjektif yang terdapat dalam lirik lagu: 1. Wangi 2. Bulat 3. Sihat 4. Kuat 5. Pendek 6. Bersih 7. Ceria Rumusan Guru 1. Murid-murid dapat memahami penggunaan kata adjektif dengan betul. 2. Murid-murid dapat membina 2 ayat tunggal dan 2 ayat majmuk dengan betul. 3. Murid-murid dapat memberikan kerjasama yang baik dalam aktiviti berkumpulan. Aktiviti 3 : Uji Minda Lembaran kerja 1: 3.1.1 Guru akan mengedarkan satu teks cerita bertemakan kebersihan kepada setiap murid. 3.1.2 Murid-murid dikehendaki mengisi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai. 3.1.3 Kemudian, guru akan memilih murid secara rawak untuk membacakan jawapan. 3.1.4 Guru memberikan respon terhadap jawapan yang diberikan oleh murid-murid. 3.1.5 Seterusnya, semua murid diarahkan untuk membaca teks Aktiviti 3 : ● KBAT : Menganalisis dan menilai. ● Pentaksiran : Pembentangan dan soal jawab. ● Gaya Pembelajaran : Kecerdasan Pelbagai
cerita secara kuat dengan jawapan yang betul. Lembaran kerja 2 Secara individu, murid-murid perlu menyelesaikan lembaran kerja yang diberikan oleh guru dalam masa 10 minit. 3.2.1 Seterusnya, guru mengedarkan lembaran kerja yang kedua kepada murid-murid. 3.2.2 Murid-murid dikehendaki membuat suai padan ayat tunggal dan ayat majmuk. 3.2.3 Kemudian, murid-murid diminta untuk bertukar jawapan dengan rakan untuk membuat semakan bersama guru. Rumusan Guru 1. Setiap kumpulan dapat membaca cerita sepenuhnya. 2. Setiap kumpulan dapat memahami cerita dengan jelas. 3. Murid-murid dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul. Aktiviti Penutup Rumusan Pembelajaran 1. Murid-murid dikehendaki menyenaraikan cara-cara menjaga kebersihan yang dipelajari. 2. Murid-murid dikehendaki menyenaraikan kata adjektif yang dipelajari. 3. Murid-murid dikehendaki menjelaskan perbezaan di antara ayat tunggal dengan ayat majmuk. 4. Murid diminta untuk membuat kesimpulan berkenaan kefahaman mereka berdasarkan tajuk pembelajaran. Rumusan Guru 1. Murid mampu menyatakan fakta dengan gaya penyampaian yang betul. 2. Murid mendengar dan membuat rumusan sesi PdP dengan tekun. 3. Murid-murid dapat didedahkan dengan nilai-nilai murni yang terdapat sepanjang tempoh pembelajaran. Aktiviti Penutup ● Pentaksiran dapat dilihat melalui pemahaman murid membuat rumusan. Tindakan susulan untuk murid Pemulihan Murid-murid diberi nota ayat tunggal, ayat majmuk dan kata adjektif untuk dibaca. Penggayaan Murid-murid diberi lembaran kerja tambahan. Refleksi /35 orang murid mencapai objektif pembelajaran dan diberi latihan pengayaan dan pengukuhan. /35 orang murid belum mencapai objektif pembelajaran dan diberi latihan pemulihan. /35 orang murid tidak hadir. /35 orang murid mengikuti program pemulihan khas. PdPc ditangguh kerana:
L A M PIR A N A 7 k a d p e r k a t a a n a d j e k tif:
Lembaran kerja 1 Lembaran kerja 2
Latihan pengukuhan
LAMPIRAN A