Kerajaan memandang serius terhadap usaha penambahbaikan penyampaian perkhidmatan di semua agensi Kerajaan dengan matlamat agar perkhidmatan yang disampaikan sentiasa memenuhi kehendak dan harapan pelanggan. Justeru itu, salah satu pendekatan untuk memperkasakan penyampaian perkhidmatan adalah melalui pelaksanaan Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) secara komprehensif. Hal ini adalah sejajar dengan fokus Rancangan Malaysia Kedua belas (RMKe-12), iaitu meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan memastikan pelaksanaan dasar yang berkesan. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan Pertandingan Projek KIK dapat menyemarakkan lagi hasil kreativiti dalam menyelesaikan masalah melalui penghasilan atau penambahbaikan sesuatu produk / perkhidmatan yang boleh memberi manfaat kepada organisasi dan pelanggan. Selain itu, pertandingan seperti ini juga berpotensi untuk memberi impak positif kepada prestasi penyampaian perkhidmatan sedia ada di PPD Kluang ke arah yang lebih baik. LATAR BELAKANG OBJEKTIF - Menambah baik kualiti penyampaian perkhidmatan di PPD Kluang. - Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi. - Membangunkan profesionalisme guru, pegawai PPD dan Ahli Kumpulan Pelaksana (AKP). - Menyediakan platform untuk membudayakan dan memperkasakan inovasi sebagai proses penambahbaikan berterusan.
PENGERUSI TIMBALAN PENGERUSI NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 2 NAIB PENGERUSI 3 SETIAUSAHA | | | | | | EN. ALI @ ZAINALABIDIN BIN SYED MOHAMED CIK KARTINI BINTI SAHIRIN EN. IBRAHIM BIN ABU BAKAR EN. ABDUL HALIM BIN ABU YAZIZ EN. ZAINUDIN BIN KASIM PN.NURUL HUDA BINTI ABDUL WAHAB JAWATANKUASA KERJA PERSIAPAN TEMPAT EN. MOHD KHAIRULMAZLI BIN MAZLAN EN. NUR LUKMAN BIN OMAR EN. SUHAIMI BIN SUPANI PENDAFTARAN & SIJIL PN. NORA SHAMIRA BINTI AZMI PN. SITI NURAISAH BINTI MOHD RASHID SISTEM SIARAYA DAN TEKNIKAL & DOKUMENTASI EN. MOHD HISHAM BIN JALIL EN. MOHD ZAIDI BIN OSMAN CIK ANIS SHAHNURAIN BINTI AZIZAN BACKDROP DIGITAL, BANNER DIGITAL & BUKU PROGRAM EN. ESWARAN A/L BALAKRISHINAN EN. MOHD FADHIL NOR BIN MAT RAWI PENGACARA MAJLIS PN. SITI AISYAH BINTI TAHA PENJAGA MASA PN. AZDURA BINTI MOHD. NATAR CIK FATIN NUR ARISHAH BINTI MUHAMAD SAHHARIZAL MAKANAN PN. AZWANA DIANA BINTI AMIR HAMZAH CIK SITI NORAISYAH BINTI MOHD ROSHDI PN. YUSNITA BINTI MD YUSOFF PN. WAN KHATIJAH BINTI WAN ABDUL RAHMAN BACAAN DOA USTAZ MAHATHIR BIN DAHURI HADIAH / HAMPER / CENDERAHATI JURI PN. ZURAIDAH BINTI SHARIF PN. IDA ROYANI BINTI KAJAT PN. FARAWATY BINTI YAHYA
MASA AKTIVITI 8.00 - 8.30 pagi Pendaftaran peserta dan juri 8.30 pagi Bacaan Doa Nyanyian Lagu Bangsa Johor Ucapan aluan (TPPD Perancangan) 9.00 - 9.30 pagi Taklimat urusetia 9.35 - 10.05 pagi Pembentangan kumpulan 1 (IMTIYAZ) 10.10 - 10.40 pagi Pembentangan kumpulan 2 (SMART ACTION) 10.45 - 11.15 pagi Pembentangan kumpulan 3 (DYNAMIC7) 11.15 - 11.45 pagi REHAT 11.50 - 12.20 tengahari Pembentangan kumpulan 4 (DREAM ACHIEVERS) 12.25 - 12.55 tengahari Pembentangan kumpulan 5 (OPTIMIS 8) 1.00 - 2.00 petang MAKAN TENGAHARI / SOLAT 2.00 - 2.30 petang Pembentangan kumpulan 6 (INCOOKVACATION) 2.35 - 3.05 petang Pembentangan kumpulan 7 (SESMAC FAB-5) 3.10 - 3.40 petang Pembentangan kumpulan 8 (LUMINUX BRAIN) 3.45 - 4.15 petang Pembentangan kumpulan 9 (SESMAC DYNAMITE) 4.30 petang Program ditangguhkan TENTATIF 44 SSEEPPTTEEMMBBEERR 22002233 -- IISSNNIINN
TENTATIF 5 SSEEPPTTEEMMBBEERR 22002233 -- SSEELLAASSAA MASA AKTIVITI 8.00 - 8.30 pagi Pendaftaran peserta dan juri 8.35 - 9.00 pagi Pembentangan kumpulan 10 (INSPIRE 7) 9.05 - 9.35 pagi Pembentangan kumpulan 11 (H-TECH) 9.40 - 10.10 pagi Pembentangan kumpulan 12 (GEAR UP) 10.15 - 10.45 pagi REHAT 10.50 - 11.20 pagi Pembentangan kumpulan 13 (SDARA UNITE) 11.25 - 11.55 pagi Pembentangan kumpulan 14 (VICTORY VIBE) 12.00 - 1.00 petang Perbincangan juri 1.00 - 2.30 petang MAKAN TENGAHARI / SOLAT 2.30 - 3.30 petang Rumusan dan pembentangan juri 3.30 - 4030 petang Ucapan PPD Kluang 4.00 - 4.45 petang Majlis Penutup 4.45 petang Sesi bergambar 5.00 petang Bersurai
SENARAI KUMPULAN KIK BIL NAMA PROJEK JUMLAH AHLI NAMA KUMPULAN 1 MODUL DIALOG PRESTASI SEKOLAH (MDPS) 7 INSPIRE 7 2 STUDENT ACADEMIC PERFORMANCE DASHBOARD (SAPD) 7 DYNAMIC7 3 SISTEM PENGURUSAN OPERASI BERSEPADU (SPOB) 6 H-TECH 4 i-KLIEN 2.0 7 Smart Action 5 MODEL S.U.D.I.P 8 Incookvacation 6 INTELLIGENT TOILET ROOM (ITR) 8 Optimis 8 7 EFFICIENT BEHAVIOUR SYSTEM (EBS) 10 SDARA Unite 8 SNOEZELEN BOX 2.0 10 Luminux Brains 9 e-SIJIL 9 Gear Up 10 PUSMA 7 SeSMAC Dynamite 11 TATO-TATO SeSMAC 3 Victory Vibe 12 SESMAC UNIQUE SAVER 5 SESMAC FAB-5 13 KOD NOMBOR 7 HARI KHATAM IQRA’ 5 Imtiyaz 14 SUPERWORD BOARD 5 Dream Achievers
KUMPULAN 1 TAJUK PROJEK : NAMA KUMPULAN : MODUL DIALOG PRESTASI SEKOLAH (MDPS) INSPIRE 7
RINGKASAN EKSEKUTIF MDPS Merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Program Transformasi Daerah (DTP) 2017, dialog prestasi merupakan satu forum untuk menyemak prestasi berdasarkan data bagi memastikan sasaran Key Performance Indicator (KPI) dicapai. Pelaksanaan dialog prestasi penting dalam membantu organisasi agar lebih fokus kepada komponen sokongan dan akauntabiliti untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian ke arah kecemerlangan. Hasil tinjauan melalui soal selidik yang dibuat dalam kalangan pemimpin barisan hadapan dan pemimpin pertengahan sekolah-sekolah di daerah Kluang mendapati kesukaran dalam pelaksanaan dialog prestasi kerana tiada panduan yang jelas untuk penyediaan bahan dialog prestasi yang diperlukan. Walaupun dialog prestasi menjadi agenda utama memastikan keberhasilan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPPM) 2013-2025 tetapi tiada ketetapan yang boleh dijadikan asas dalam melaksanakan dialog prestasi di sekolah. Melihat adanya keperluan ke arah itu, Modul Dialog Prestasi Sekolah (MDPS) merupakan solusi yang tepat sebagai rujukan dan menangkis stigma guru dalam melaksanakan dialog prestasi. Isi kandungan modul yang kontemporari boleh dijadikan rujukan serta panduan guru untuk mengurus dan menguasai pelaksanaan dialog prestasi. Justeru, MDPS dibangunkan bertujuan untuk memudahkan SIPartners+ dan SISC+ serta pegawai pembimbing sekolah (PPS) dalam membuat bimbingan pelaksanaan dialog prestasi. Kekuatan dan kelebihan MDPS dilihat daripada sudut penggunaan One Page Report (OPR) sebagai alat untuk mengenal pasti isu, punca, masalah dan intervensi yang ringkas tetapi padat dan penuh dengan maklumat terperinci untuk tindakan pentadbir selanjutnya. Selain itu, OPR juga berfungsi memantau prestasi intervensi dan melihat keberkesanan intervensi serta membantu pentadbir membuat keputusan untuk melaksanakan tindak ikut dan tindak susul yang betul. Maklumat dalam OPR juga menjadi pengukur prestasi status intervensi untuk mencapai sasaran KPI yang akhirnya ke arah kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Di samping itu, papan skor (Scoreboard) dalam MDPS juga memudahkan sesi akauntabiliti untuk melihat Lead Measures seiring dengan status prestasi intervensi sama ada mencapai sasaran KPI mata pelajaran fokus sekolah. Outcome MDPS dapat dilihat melalui penjimatan masa bimbingan pegawai sebanyak 71.43%. Selain itu, guru-guru juga dapat menjimatkan masa sebanyak 40% untuk membuat persediaan dialog prestasi. Peningkatan kompetensi pegawai pembimbing sekolah untuk mencapai tahap mahir sebanyak 60%. Penjimatan kos penyediaan bahan bimbingan juga telah dapat dikurangkan sebanyak 40%. Impak MDPS pula dapat dilihat daripada peningkatan peratus Layak Mendapat Sijil (LMS) sebanyak 5.05% dan Gred Purata sebanyak 2.73% SPM 2022 berbanding tahun 2021. Bagi aspek tahap ketersediaan pula, MDPS telah didaftarkan dengan kod ISBN 9786299835004. Melihat kepada aspek potensi pengembangan pula, MDPS telah dikongsikan kepada semua pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Kluang, Pengetua sekolah menengah daerah Kluang dan daerah lain di negeri Johor. MDPS juga mendapat perhatian daripada pegawai, pengetua dan guru di luar negeri Johor melalui perkongsian atau sebar luas dari semasa ke semasa. MDPS juga telah menyertai pertandingan di Persidangan Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan (PIPP 2023) peringkat Kebangsaan di Sarawak dan berjaya meraih naib johan bagi kategori umum. Bagi aspek pengkomersialan, MDPS telah terjual sebanyak 1009 naskah dalam masa 7 hari sejak dilancarkan dan setakat Ogos 2023, 1700 naskah. Kesimpulannya, MDPS berpotensi tinggi untuk diperluas dan dikongsikan kepada sekolah-sekolah di seluruh negara kerana keberkesanannya telah terbukti dalam aspek penyeragaman format, memudahkan proses semakan dan menilai keberkesanan intervensi dalam pelaksanaan dialog prestasi yang lebih dinamik dan berkualiti.
KUMPULAN 2 TAJUK PROJEK : NAMA KUMPULAN : STUDENT ACADEMIC PERFORMANCE DASHBOARD (SAPD) DYNAMIC7
RINGKASAN EKSEKUTIF SAPD Fungsi utama Sektor pembelajaran di Pejabat Pendidikan Daerah Kluang adalah berusaha meningkatkan kualiti Pendidikan melalui proses merancang dan mengelola program di peringkat sekolah dalam daerah Kluang. Justeru itu sektor pembelajaran terlibat secara langsung dengan sekolah bagi melatih, membimbing dan memantau prestasi sekolah. Bagi memberikan bimbingan yang berkualiti dalam merealisasikan objektif yang ingin dicapai, para pegawai sektor pembelajaran perlu mahir mengenalpasti isu, punca masalah serta dapat menganalisis dan menginterprestasi data. Namun begitu, ketiadaan satu medium atau platform untuk memudahkan analisis data secara terperinci menyebabkan penyampaian kualiti yang dilakukan oleh pegawai menjadi kurang berkesan. Oleh itu sektor pembelajaran menghasilkan satu dashboard yang diberi nama Student Academic Performance Dashboard (SAPD) untuk membantu pegawai menggabungkan, menganalisis, dan memvisualisasikan data dari berbagai sumber dalam bentuk laporan melalui dashboard yang mudah diakses. Antara kelebihan SAPD ini adalah visualisasi data yang menarik dan informatif, seperti grafik batang, dan grafik garis. Terdapat analisis data jurang mengikut lokasi bandar luar bandar, jantina dan SES. Di samping itu, pengguna juga dapat mengakses data merentas mata pelajaran iaitu data senarai murid nearmiss sejarah dan data senarai murid nearmiss Bahasa Melayu. Kedua-dua data tersebut perlu dianalisis secara manual sebelum wujudnya SAPD. Slider control yang ada pada SAPD juga memudahkan pengguna mengenal pasti murid fokus setiap mata pelajaran. Oleh itu pengguna boleh mengundang orang lain untuk melihat atau mengedit laporan, sehingga memudahkan pengguna untuk bekerja bersama dengan pelbagai informasi. Data yang diperolehi lebih telus dan jitu. Analisis yang dibuat akan lebih tepat disamping mengurangkan keciciran data atau ralat yang terlalu besar. Masa yang diambil oleh pegawai untuk membuat analisis juga lebih singkat. Sistem ini boleh dikongsikan dan digunapakai di peringkat sekolah dengan mengambil kira ciri keselamatan data. Sekolah boleh akses dengan menggunakan email sekolah yang telah ditetapkan. SAPD ini boleh direplikasi untuk digunapakai di peringkat dalaman sekolah atau pejabat pendidikan daerah lain yang berminat. Kesimpulannya SAPD sangat membantu pengguna untuk pelbagai keperluan, bermula dari analisis data hingga pemantauan intervensi.
KUMPULAN 3 TAJUK PROJEK : NAMA KUMPULAN : SISTEM PENGURUSAN OPERASI BERSEPADU (SPOB) H-TECH MOHAMAD ASKIM BIN DERAOF NORAZLIA BINTI HASSIM MARDIANA BINTI MUHAMMAD MOHD FADHIL NOR BIN MAT RAWI NORAZILA BINTI SYAIDATUL SHEEDA RAMLAN BINTI SALLEH
RINGKASAN EKSEKUTIF SPOB Kerajaan Digital Mampan Pemangkin Masyarakat Digital merupakan visi Pendigitalan Sektor Awam untuk menyokong Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12). Sejajar dengan visi tersebut, memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan digital yang berinovasi dan kreatif adalah salah satu objektif kepada kelangsungan pelaksanaan aspirasi kerajaan digital. Oleh yang demikian, Kumpulan H-Tech telah mengambil inisiatif untuk membangunkan sebuah sistem yang dapat menggabungkan pelbagai fungsi secara bersepadu bagi meningkatkan mutu perkhidmatan awam. Sistem yang dibangunkan ini dinamakan Sistem Pengurusan Operasi Bersepadu (SPOB). SPOB merupakan sebuah sistem yang berfungsi untuk mengatasi masalah yang berlaku dalam kalangan juruteknik komputer. Masalah seperti tiada mekanisme standard dalam perekodan dan pelaporan, sukar memantau keberadaan atau pergerakan pegawai, pengurusan agihan tugasan yang tidak sistematik dan sukar untuk melaksanakan pemantauan tugasan pegawai telah dikenalpasti melalui borang kaji selidik. Sistem ini telah dibangunkan sejak 1 Januari 2023 hingga 30 Jun 2023 (6 bulan). Keberhasilan sistem ini dapat dilihat menerusi outcome yang telah diperoleh iaitu mempercepatkan tugas merekod dan menjana laporan sebanyak 83.33%, memudahkan pemantauan keberadaan dan pergerakan pegawai sekurang-kurangnya 90.00%, peningkatan kecekapan penyampaian maklumat dan tugasan lebih bersistematik sebanyak 93.33% dan mempercepatkan proses pemantauan status pelaksanaan tugasan sekurang-kurangnya 86.67%. Kos untuk membangunkan sistem seperti SPOB dianggarkan bernilai RM150,000.00. Nilai tersebut adalah berdasarkan kesahan pakar oleh PM Ts. Dr Shahizan bin Othman, Pensyarah dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang mempunyai kepakaran di dalam bidang Sistem Maklumat, ICT dan AI. Kewujudan SPOB berjaya memberikan penjimatan besar kerana kos penghasilan SPOB hanya melibatkan sewaan domain dan hosting sebanyak RM233.20/tahun manakala kos tenaga kerja untuk pembangunan sistem adalah RM0.00 kerana ahli kumpulan H-Tech mempunyai kepakaran dalam membangunkan sistem. SPOB mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi kerana pengguna yang didaftarkan sahaja boleh mengakses masuk ke dalam sistem dengan menggunakan e-mel rasmi. Hal yang demikian sekaligus memberikan impak dalam meningkatkan penggunaan e-mel MyGoVUC sehingga 100%. Selain itu, SPOB boleh menjana surat arahan bertugas secara automatik dan di e-melkan terus kepada juruteknik komputer dan sekolah yang terlibat. Justeru itu, kos penggunaan kertas dapat diminimakan sebanyak 77.20% dan fail sebanyak 83.33% sekaligus dapat melestarikan sumber alam, mengawal pencemaran alam sekitar, meningkatkan kecekapan pengurusan sisa dan menggalakkan inisiatif rendah karbon. Maklum balas yang sangat memberangsangkan daripada Puan Norzalinawati binti Dahlan, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Maklumat Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah menjadi impak luar jangka di mana sistem ini akan digunapakai dan diselaraskan untuk 11 Unit Pengurusan Teknikal ICT Sekolah (UPTIS) Pejabat Pendidikan Daerah di Negeri Johor. Kesimpulannya, Sistem Pengurusan Operasi Bersepadu menjadi platform pemudah cara dalam melancarkan pengurusan gerak kerja pemusatan juruteknik komputer. Inovasi ini telah berjaya meningkatkan cara kerja yang lebih bersistematik dan memberi impak keberhasilan kepada penyampaian perkhidmatan ICT kepada sekolah. Hasil perkongsian amalan baik di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Johor, SPOB mampu memberi manfaatkepada semua Unit Pengurusan Teknikal ICT Sekolah (UPTIS) Pejabat Pendidikan Daerah di Negeri Johor. Selain itu, sistem ini mampu meningkatkan kompetensi penjawat awam, perkhidmatan berprestasi tinggi dan berintegriti sekaligus dapat mencapai sasaran mendigitalkan urusan penyampaian perkhidmatan ICT sejajar dengan Agenda Pendigitalan Negara.
KUMPULAN 4 TAJUK PROJEK : NAMA KUMPULAN : i-KLIEN 2.0 Smart Action
RINGKASAN Bu E daya in K ovasi m S enjadi e E lemen K penting U dalam T organisa I s I i ba F gi memen I u I hi - k - epe K rluan k L e L rja se I l I aras E denga N n Revolusi Industri 4.0 di mana data dan maklumat dapat diperoleh dengan mudah dan pantas. Budaya inilah yang cuba diterapkan ke dalam setiap warga Pejabat Pendidikan Daerah Kluang amnya dan Sektor Psikologi dan Kaunseling (SPsK) khususnya. Pembangunan dashboard i-Klien ini merupakan salah satu inisiatif yang dijayakan oleh SPsK untuk mengumpul maklumat dan data klien dalam satu sistem yang bersepadu. Dashboard i-Klien ini dibangunkan bermula tahun 2021 apabila wujudnya keperluan sektor dalam mengenalpasti perkembangan klien setelah sesi kaunseling dijalankan. Sebelum dashboard i-Klien di jalankan, sesi kaunseling hanya menggunakan status “Sesi Susulan” dan “Sesi Tamat”. Status ini tidak dapat menggambarkan proses sesi kaunseling secara keseluruhan dan perkembangan klien tidak dapat diukur dengan jelas. Berikut adalah 6 tahap perkembangan yang terdapat dalam dashboard i-Klien: Tahap 1 – Klien dalam makluman Kaunselor Pendidikan Daerah Tahap 2 – Klien bersedia berkongsi isu Tahap 3 – Klien belum menunjukkan perubahan positif Tahap 4 – Klien menunjukkan perubahan positif Tahap 5 – Klien dilepaskan dengan bimbingan/pemantauan Tahap 6 – Klien telah dapat bertindak dengan rasional dan lebih positif Bermula pada pertengahan 2022, beberapa penambahbaikan telah dibuat daripada i-Klien kepada i-Klien 2.0 memandangkan terdapat beberapa isu yang perlu ditangani dari segi perolehan data. Antara penambahbaikan yang telah dijalankan ialah: Ø Muka depan dashboard yang lebih menarik, jelas dan interaktif Ø Pengisian maklumat klien daripada Microsoft Excell kepada google form yang lebih mesra pengguna Ø Terdapat penambahbaikan untuk mencari tahun dan perkembangan tahap klien melalui filter/sorting Ø Penambahan ruang ‘intervensi’ dalam merancang proses pada sesi akan datang Ø Penghasilan manual pengguna sebagai panduan kepenggunaan Kajian keberkesanan penggunaan Dashboard i-Klien juga telah dijalankan kepada seramai 19 orang Kaunselor Pendidikan Daerah (KPD) di seluruh Negeri Johor. Hasil daripada kajian ini, semua KPD (100%) bersetuju bahawa Dashboard i-Klien lebih mudah dan cepat diakses, pengurusan maklumat secara bersepadu lebih efektif, dapat mengenal pasti tahap perkembangan klien, pelaporan dan analisis perkhidmatan kaunseling dan psikologi lebih berfokus dan yang lebih utama adalah melalui Dashboard i-Klien dapat meningkatkan kualiti kerja KPD. Sebagai tambahan, keberhasilan Dashboard i-Klien 2.0 juga telah menghasilkan impak dalam aspek penjimatan masa untuk menyediakan laporan klien daripada awal pengisian maklumat peribadi klien sehinggalah laporan sesi klien dapat dikurangkan sebanyak 47.8% (perbezaan 86 minit) dalam menyediakan satu pelaporan lengkap profil seorang klien. Kos penggunaan kertas A4 turut dapat dikurangkan sebanyak RM 294 setahun. Dashboard i-Klien juga telah mendapat perhatian daripada institusi Pendidikan lain. Sebagai contoh Sektor Psikologi dan Kaunseling (SPsK), Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah berminat dengan inovasi ini untuk direplikasikan menjadi Impak Pekembangan Klien (IPK) sebagai alat untuk mengenalpasti tahap perkembangan klien. Begitu juga dengan beberapa sekolah di Daerah Kluang yang turut menggunapakai tahap perkembangan klien dan dikenali i-Klien SR (SMK Simpang Renggam) dan i-Klien JKT (SMK Jalan Kota Tinggi) Bagi aspek tahap ketersediaan, Dashboard i-Klien telah mendaftar hak cipta di Perbadanan Harta Intelek (CRLY2022J03708) dan mempunyai manual pengguna untuk panduaan kepenggunaan. Sebagai kesimpulannya, Dashboard i-Klien dilihat sangat berpotensi untuk dikembangkan dan dikomersialkan kepada organisasi lain. Aspek kualiti yang menjadi keutamaan, merupakan teras kepada penambahbaikan i-Klien yang membawa kepada i-Klien 2.0.
KUMPULAN 5 TAJUK PROJEK : NAMA KUMPULAN : MODEL S.U.D.I.P Incookvacation
RINGKASAN EKSEKUTIF MODEL S.U.D.I.P Satu daripada kelebihan manusia yang menakjubkan adalah ingatan. Seseorang individu boleh mengingat kembali apa yang berlaku terhadap diri mereka melalui daya ingatan. Justeru itu, Guru Bimbingan dan Kaunseling dan Guru Mata Pelajaran telah memperkasakan pelaksanaan Model S.U.D.I.P dalam proses pembelajaran dan pemudahcara (PdPc) di dalam kelas bersama murid sejajar dengan agenda dan matlamat nasional sepertimana yang terkadung dalam SKPM Kualiti @ Sekolah. SKPM Kualiti @ Sekolah antaranya merangkumi skop Standard 3 iaitu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling diurus secara profesional dan terancang, manakala dalam Standard 4 menunjukkan elemen guru memberi tunjuk ajar dan panduan kepada murid untuk menguasai kemahiran isi pembelajaran selain menggalakkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri. Projek inovasi ini adalah rentetan rungutan daripada guru mata pelajaran Tingkatan 5 berkaitan murid kurang mengetahui kemahiran belajar yang berkesan. Selain daripada itu punca awal tercetusnya Model S.U.D.I.P adalah dapatan data analisis dialog prestasi sekolah berdasarkan keputusan pencapaian murid Tingkatan 5 di dalam pencapaian keputusan Peperiksaan Pertengahan pada bulan Jun Tahun 2022. Antara faktor utama wujudnya Model S.U.D.I.P adalah masalah penglibatan murid untuk menghadiri kursus kemahiran belajar adalah memerlukan kos yang tinggi. Selain itu, guru juga memerlukan alternatif teknik lain untuk membimbing murid menguasai topik pembelajaran dan pemudahcara (PdPC) di dalam kelas dengan lebih mudah dan lebih cepat. Model S.U.D.I.P adalah antara alternatif teknik murid untuk mengingat berkesan. S.U.D.I.P adalah mnemonik Huruf Pangkal yang membawa makna 'STRATEGI UNTUK DAPAT ISI PENTING dan SELALU ULANG DAPAT INGAT POINT. Model S.U.D.I.P dapat membantu murid untuk mengingat dan menguasai ilmu dalam mata pelajaran. Dapatan diperolehi melalui kaedah pemerhatian, soal selidik, temubual dan analisis dokumen (rekod data pencapaian murid di dalam peperiksaan). Model S.U.D.I.P ini telah dikongsikan dapatan ujicuba dan peluasan serta pencapaian kepada Pengarah Pendidikan Negeri Johor. la dijamin berkesan dan mampu menghasilkan impak jangka pendek dan jangka panjang dalam proses mengingat seta Model S.U.D.I.P amat berkesan dipraktikkan di sekolah. Selain itu Model S.U.D.I.P boleh dipelbagaikan dengan tambahan elemen Teknik Lukisan dan Imej dengan penjenamaan baharu sebagai Model S.U.D.I.P versi 2.0 pada masa akan datang. Model S.U.D.I.P tiada melibatkan kos, menjimatkan masa murid dan guru dalam pembelajaran dan pemudahcara (PdPC), meningkatkan pencapaian murid yang mana murid Calon SPM Tahun 2022 telah lulus 100% mata pelajaran Sejarah (Layak Mendapat Sijil) dalam Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2022. Model S.U.D.I.P ini juga tidak mempunyai jangka hayat sehingga terdapat kaedah atau teknik lain selain Model S.U.D.I.P Model S.U.D.I.P telah diseragamkan dan digunakan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling di beberapa buah sekolah lain, dan sehingga kini Model S.U.D.I.P masih lagi mempromosikan ke sekolah-sekolah lain termasuk Negeri lain. Secara keseluruhannya, idea Model S.U.D.I.P diwujudkan seiring dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengupayakan potensi murid serta pembelajaran bermakna terutamanya yang melibatkan stakeholder sejajar dengan matlamat yang ditetapkan.
KUMPULAN 6 TAJUK PROJEK : NAMA KUMPULAN : INTELLIGENT TOILET ROOM (ITR) Optimis 8
RINGKASAN EKSEKUTIF ITR Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebihbaik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-ideA yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti danproduktiviti organisasi. Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti denganmengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPM) 2013-2025. Justeru itu, SMK. Bandar T6 telah mengenal pasti masalah kesesakan pelajar di dalam tandas disamping peratus pelajar ponteng di tandas yang tinggi melalui aduan guru-guru. Selain itu,masalah ini turut menyumbang kepada pembaziran air yang boleh dilihat melalui jumlah bir airyang tinggi yang perlu dibayar oleh pihak sekolah. Oleh itu, kumpulan Optimis 8 ini memilih untuk membangun Intelligent Toilet Room (ITR) untuk penambahbaikan tandas sedia ada supaya dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih efektif kepada warga sekolah. ITR dilihat dapat membantu untuk mengenal pasti kesediaan tandas dengan lebih mudah melalui kelengkapan lampu merah dan hijau di luar pintu tandas.Lampu hijau menunjukkan bahawa tandas boleh digunakan oleh pelajar manakala sekiranya lampu bertukar kepada warna merah, pelajar tidak boleh masuk ke dalam tandas kerana terdapat pelajar lain di dalam tandas. Oleh itu, pelajar boleh memilih untuk ke tandas yang lain ataupun beratur di luar untuk menggunakkan tandas. Seterusnya, setelah pelajar masuk kedalam tandas, timer automatik akan mula disetkan selama 15 minit dan buzzer akan berbunyisekiranya pelajar tidak keluar dari tandas dalam tempoh 15 minit. Keberhasilan ITR dapat dilihat daripada outcome yang telah diperoleh iaitu berjayamengurangkan masalah ponteng kepada 10.5% , menurunkan jumlah bil air sebanyak 16.5% dan meningkatkan tahap kepuasan pelajar terhadap masa menunggu untuk menggunakan tanda sebanyak 52.73%. Bukan itu sahaja, SMK. Bandar T6 turut menerima hadiah wang untuksaguhati sebanyak RM 2000 bagi Program Penaiktarafan Surau Imarah Sekolahsekolah(PERSISS) peringkat Kebangsaan setelah ITR merupakan salah satu item inovasi yang dinilai dalam rubrik penilaian PERSISS Manakala impak ITR kepada pihak sekolah pula ialah peningkatan sahsiah peribadi pelajarapabila peratusan masalah disiplin di SMK. Bandar T6 telah menurun kepada 23% danmeningkatkan peratus kesedaran warga sekolah terhadap teknologi hijau sebanyak 90%. Selain Itu, pihak sekolah telah memperolehi penjimatan kos untuk membayar bil air sebanyak RM12,513.60 dalam tempoh setahun setelah penggunaan ITR diaktifkan di tandas-tandas SMK.Bandar T6. Seterusnya, untuk aspek tahap ketersediaan, ITR telah mendaftar hak cipta di Perbadanan Harta Intelek dan buku manual tersedia untuk digunakan. Potensi pengembangan projek pula dapat dilihat semasa kolaboratif bersama tentera 7 Bridged, Kem Mahkota sempena Hari Tentera Peringkat Kebangsaan di padang KEJARA pada 9-11 September 2022. SMK. Bandar T6,telah menyediakan penginapan dan kelengkapan tandas ITR untuk kegunaan anggota tentara yang ramai. Selain itu, perkongsian amalan baik turut dikongsikan melalui Lawatan Jaringan Kolaboratif bersama Institut Aminuddin Baki (IAB) oleh Puan Sarina Che Ariff, Pensyarah Kanan Institut Aminuddin Baki (IAB) ke Musolla Al-Imtiyaz dan ITR. Kesimpulannya, kami berharapagar ITR dapat diperluaskan penggunaannya diseluruh bagunan-bagunan kerajaan untukmembantu menjimatkan tenaga air serta masa menunggu untuk menggunakan tandas.
KUMPULAN 7 TAJUK PROJEK : NAMA KUMPULAN : EFFICIENT BEHAVIOUR SYSTEM (EBS) SDARA Unite
RINGKASAN EKSEKUTIF EBS EBS (Efficient Behaviour System) ialah satu sistem yang dibangunkan bagi tujuan untuk mengatasi masalah pengurusan rekod disiplin yang melibatkan buku kawalan pergerakan murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Andak (SMKDARA). Antara isu yang melibatkan buku ini ialah berlakunya masalah vandalisme seperti catatan guru dipadam, diconteng, muka surat dikoyakkan dan juga masalah kehilangan buku yang disebabkan oleh pergerakan pelajar ke bilik-bilik khas sewaktu PdPc seperti makmal sains, makmal komputer, surau dan bengkel. Sehubungan dengan itu, sistem EBS dibangunkan untuk memudahkan guru mata pelajaran merekodkan kesalahan disiplin di dalam kelas secara online di mana data tersebut akan dapat disemak oleh unit disiplin secara real-time. EBS ialah satu sistem yang di bina berasaskan web dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan HTML dan PHP. Pemilihan sistem ini adalah sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan yang telah beralih dan berfokus kepada sistem online berbanding sistem offline. Oleh yang demikian, kemudahan akses kepada sistem ini menjadi fokus utama dalam membangunkan EBS. Dengan menggunakan peranti seperti telefon bimbit dan capaian internet yang rendah, guru-guru boleh mengakses EBS bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Selain itu, kemudahan akses melalui telefon bimbit juga memberikan kemudahan mobiliti yang tinggi di mana masalah kehilangan buku ketika ke bilik-bilik khas dapat diatasi. Faktor kedua pemilihan sistem berasaskan web adalah pengguna tidak perlu memuat turun sebarang fail dan memasang (install) ke peranti masing-masing sebelum dapat menggunakannya. Dengan menggunakan satu alamat (URL) guru-guru boleh mengakses EBS dengan menggunakan pelbagai jenis peranti. Melalui sesi uji lari yang dilakukan EBS boleh diakses menggunakan telefon bimbit, tablet, laptop dan komputer dengan mudah dan pantas. Penggunaan EBS di sekolah telah merubah kaedah pelaporan dan pemantauan salah laku murid dari penggunaan buku kawalan pergerakan murid kepada medium digital. Proses merekod menjadi sangat mudah dan pantas apabila data-data asas seperti nama pelajar dan kelas telah tersedia di dalam sistem. Data-data ini mudah untuk dimuat turun dan diproses untuk kegunaan unit-unit lain seperti unit disiplin dan unit bimbingan dan kaunseling. Kepantasan bertindak oleh unit disiplin terhadap laporan yang diterima dapat dilakukan pada hari yang sama berbanding 3 hingga 5 hari semasa menggunakan buku kawalan pergerakan murid. Penggunaan EBS selama sebulan di SMK Dato’ abdul Rahman Andak telah menunjukkan peningkatan amalan baik dikalangan murid sebanyak 5%. Manakala kes salah laku disiplin telah menunjukkan penurunan sebanyak 9.34%. EBS telah mendapat perakuan daripada pihak bertauliah iaitu Senior Engineer MIMOS Sdn Bhd dan IT Instructor, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM. Mereka berpendapat EBS mempunyai potensi yang besar untuk dikomersilkan kerana ia berupaya merekod data disiplin pelajar secara sistematik dan berintergriti. Mereka juga berpendapat EBS adalah satu sistem yang mudah untuk diselenggara, ditambah baik dan berupaya untuk diintegrasikan dengan sistem lain jika ada keperluan di masa hadapan. Dengan moto “Ringkas dan Efektif”, EBS hanya melibatkan perekodan data utama sahaja seperti nama pelajar, kelas dan kesalahan disiplin. Langkah ini diambil bagi mengelakkan guru-guru terbeban dengan penggunaan sistem yang rumit, tidak mesra pengguna dan memerlukan masa yang lama untuk menjalankan proses pengisian data. Hanya dengan membuat salinan fail sistem dan memuat naik data guru dan pelajar, sekolah-sekolah lain juga boleh menggunakan sistem EBS di sekolah mereka.
KUMPULAN 8 TAJUK PROJEK : NAMA KUMPULAN : SNOEZELEN BOX 2.0 Luminux Brains
RINGKASAN EKSEKUTIF SNOEZELEN BOX 2.0 Pendidikan Khas di Malaysia berkembang pesat sejak bermulanya kesedaran tentang keperluan pendidikan untuk murid-murid kurang upaya. Oleh yang demikian, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) memerlukan terapi untuk membantu mereka mengawal emosi dan tingkah laku, meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus serta meningkatkan daya tumpuan. Oleh itu, pengasingan untuk menenangkan MBPK di dalam Bilik Terapi Snoezelen tetapi kebanyakan sekolah PPKI tidak mampu untuk menyediakan Bilik Terapi Snoezelen sebagai tempat terapi. Cetusan idea Inovasi Snoezelen Box 1.0 yang kini telah ditambahbaik menjadi Snoezelen Box 2.0 dilengkapi dengan terapi multisensori diharap dapat membantu sekolah pendidikan khas integrasi untuk menjadi tempat ‘pengasingan’ ketika MBPK menunjukkan emosi dan tingkah laku negatif. Menariknya, Inovasi SB 2.0 ini juga telah diintegrasikan bersama aplikasi Sistem Rekod Tingkah Laku (SRTL) yang dibangunkan menggunakan teknologi HTML, SCC dan PHP serta pangkalan data MYSQ. Keberhasilan Inovasi SB 2.0 dapat dilihat daripada outcome yang telah diperolehi iaitu peningkatan 40 % penggunaan SB 2.0 sebagai alternatif kepada strategi pengurusan tingkah laku bagi PPKI SK. Dato’ Onn Jaafar. Selain itu, berlaku juga pengurangan tingkah laku negatif MBPK sebanyak 49.23%. Outcome yang paling jelas adalah kos penghasilan SB 2.0 lebih murah jika dibandingkan dengan Snoezelen Room sebanyak RM 52,403 ribu (98.88 %). Penjimatan masa merekod tingkah laku sebanyak 80 % (5 minit pada tahun 2022) iaitu melebihi sasaran sebanyak 30 %. Selain itu, Inovasi SB 2.0 juga mampu meningkatkan prestasi domain kognitif MBPK sebanyak 10 %. Outcome luar jangka adalah peningkatan imej sekolah melalui perkongsian amalan terbaik bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, SK. Parit Markom, Pontian dan SK. Seri Taman Kluang Barat, Kluang. Kos upah pembina aplikasi Sistem Rekod Tingkah Laku juga "sifar" kerana terdapat ahli kumpulan yang mempunyai kemahiran membina sistem. Menurut kesahan pakar dari Ts. Dr. Mohammad Norazlan Shah bin Zainudin anggaran kos upah bagi pembina SRTL ialah RM 10,000 ribu dan ke atas jika menggunakan perkhidmatan luar (outsource). Manakala impak inovasi SB 2.0 meningkatkan jumlah penglibatan MBPK dalam aktiviti kokurikulum dan peningkatan peratusan dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) sekolah sebanyak 15 %. Peningkatan MBPK ke SKDOJ juga meningkat sebanyak 57.5 %. Setelah wujud pengintegrasian antara SB 2.0 dan SRTL, kelestarian juga meningkat kerana pengurangan penggunaan kertas A4 dalam merekod tingkah laku secara maksimum. Akhir sekali, secara tidak langsung berlaku peningkatan prestasi kerja sebanyak 0.79 % setiap tahun dalam kalangan guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) di PPKI SKDOJ. Tahap ketersediaan, Inovasi SB 2.0 telah mendapat hak cipta daripada Perbadanan Harta Intelek. Inovasi ini mempunyai manual penggunaan dan permohonan eISBN telah dibuat. Aspek potensi pengembangan projek, inovasi ini telah disebar luas penggunaannya dalam kalangan guru dan PPM PPKI SK. Dato’ Onn Jaafar. Inovasi ini juga telah menerima 3 kunjungan dari dalam dan luar negeri Johor untuk perkongsian amalan terbaik. Kesimpulannya, Inovasi Snoezelen Box 2.0 ini berpotensi tinggi untuk disebar luas dan dikomersialkan kepada sekolah Pendidikan Khas di seluruh negara. Inovasi ini telah dikunjungi oleh Pengurus SIRIM semasa dalam proses mendapat kesahan pakar dan beliau berkata ‘SB 2.0 juga sesuai disebar luas di semua pejabat-pejabat kerajaan dan swasta.
KUMPULAN 9 TAJUK PROJEK : NAMA KUMPULAN : e-SIJIL Gear Up
RINGKASAN EKSEKUTIF E-SIJIL Pendidikan digital alaf baharu dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menuntut kepimpinan Kolej Vokasional Menguasai amalan terbaik kepimpinan pengurusan digital. Oleh itu, peranan kepimpinan berfikiran strategik berkaitan ICTadalah penting untuk meningkatkan pengurusan kerja pengurusan digital kolej dan sebagai pemangkin efikasi kendiri pensyarah dalam melaksanakan pengurusan berasaskan ICT. Budaya Inovasi menjadi elemen penting dalam organisasi bagi memenuhi keperluan kerja selaras dengan Revolusi Industri 4.0 di mana data serta maklumat dapat diperoleh dengan mudah dan pantas dan dalam masa yang sama kualiti kerja tetap menjadi keutamaan. Sistem e-Sijil ialah platform yang membawa perubahan yang besar yang direka untuk memperkasakan pensyarah supaya menghasilkan sijil dengan mudah dan menggunakan templat yang telah direkabentuk. Sistem ini efektif dari segi kos dan memberi impak yang tinggi. Ini bertujuan untuk menyelaraskan proses penjanaan sijil, menyediakan penyelesaian yang pantas dan boleh dipercayai untuk institusi dan organisasi pendidikan. Dengan sistem yang mesra pengguna dan templat yang disediakan, sistem ini menawarkan pengalaman yang mudah untuk para pensyarah menyesuaikan diri,menjimatkan masa dan sumber. Sistem ini dibangunkan bermula Januari 2023 apabila wujudnya masalah yang biasa timbul di kalangan kolej dansekolah iaitu sijil tidak dapat dijumpai apabila diperlukan. Sebelum sistem ini dibina, pihak kolej menghasilkan sijil secara manual dan urusan penyimpanan adalah di atas tanggungjawab pelajar. Sistem pengurusan sijil yang lama tidak dapat menyelesaikan masalah kehilangan sijil. Dengan sistem ini, seluruh warga Kolej Vokasional Kluang dapat mengakses dan mencetak sijil berulang kali di mana-mana sahaja tanpa sebarang kesilapan. Salah satu ciri utama sistem ini ialah templat yang telah disediakan memenuhi pelbagai majlis dan pencapaian.Daripada kecemerlangan akademik kepada pencapaian ko-kurikulum, pensyarah boleh memilih daripada pelbagai rekabentuk, memastikan sijil diperibadikan dan bermakna untuk penerima. Selain itu, sistem ini membolehkan penyesuaian mudah dengan pilihan untuk menambah nama, tarikh dan butiran lain yang berkaitan, menghasilkan sijil yang kelihatan profesional dalam hanya beberapa klik. Dengan mendigitalkan proses penghasilan sijil, sistem ini dapat mengurangkan kos bahan dengan ketara. Kolej dan organisasi pendidikan lain juga boleh menjimatkan perbelanjaan percetakan, pembaziran kertas dan kos serta ruangpenyimpanan. Selain itu, sistem ini menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar dengan mempromosikan pendekatan tanpa kertas, sejajar dengan matlamat kemampanan. Ia juga membantu pensyarah melakukan perubahan gerak kerja dari cara tradisional ke cara yang lebih canggih dan terkini. Setelah merancang, melaksanakan, bertindak dan menyemak serta membuat penambahbaikan sistem e-Sijil ini, hasilyang didapati iaitu isu kehilangan sijil dan kesalahan ejaan dapat diminimumkan secara maksima. Sijil juga boleh diwujudkan, diolah, dan dipadam mengikut kehendak Super Admin atas persetujuan Pengarah. Di samping itu, sistem ini bertujuan supaya seluruh warga Kolej Vokasional untuk mudah mengakses dan mencetak sijil yang diperlukan bila-bila masa dan di mana-mana sahaja seperti yang dikehendaki. Kesimpulannya, sistem e-sijil ialah alat bantu yang mengubah proses penghasilan sijil yang memperkasakan pensyarah, mengurangkan kos, dan meningkatkan kecekapan pelaksana. Dengan templat yang disediakan, kemudahan penggunaan dan ciri keselamatan yang mantap, sistem ini menawarkan penyelesaian yang mudah bagi memajukan proses penjanaan sijil dari cara tradisional ke cara yang lebih moden. Dengan menerima teknologi ini, kolej, institusi dan organisasi pendidikan bakal menerima kemampanan, peningkatan produktiviti, dan meraikan pencapaian pelajar serta kecekapanpensyarah dengan cara yang lebih pantas dan cekap.
KUMPULAN 10 TAJUK PROJEK : NAMA KUMPULAN : PUSMA SeSMAC Dynamite
RINGKASAN EKSEKUTIF PUSMA Berdasarkan Surat Pekeliling Iktisas Bil 4/2008 Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia {SEGAK). Segak adalah satu set ujian standard kecergasan fizikal untuk mrngukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan. Komponen kecergasan yang di ukur dalam segak terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan menengah. Terdapat 5 set ujian SEGAK iaitu: Pengiraan Indeks Jisim Badan, Ujian Naik Turun Bangku selama 3 minit, 3 minit, Ujian Tekan Tubi, Ujian Ringkuk Tubi Separa, Ujian Jangkauan Melunjur. Projek inovasi baru ini bertujuan untuk merungkai masalah yang dihadapi oleh guru-guru pendidikan jasmani iaitu ketepatan data dalam pengukuran elemen Tekan Tubi dan kekurangan sumber tenaga untuk memantau ujian SEGAK menjadi faktor utama penciptaan inovasi PUSMA ini. Produk PUSMA ini dijamin selamat digunakan serta mampu menghasilkan impak jangka pendek dan jangka panjang yang menjadikan norma baharu dalam proses kerja. Ia mampu mengurangkan tenaga kerja manusia dan meningkatkan ketepatan dan ketekalan data. Produk PUSMA ini telah disebarluaskan aplikasi TIK TOK ke seluruh Malaysia strategik serta sekolah berhampiran. Secara keseluruhannya, cetusan idea PUSMA ini seiring dengan saranan kerajaan agar sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih efisyen dan selaras dengan kehendak piagam pelanggan dan pemegangan taruh.
KUMPULAN 11 TAJUK PROJEK : NAMA KUMPULAN : TATO-TATO SeSMAC Victory Vibe
RINGKASAN EKSEKUTIF TATOTATO SESMAC Berdasarkan Surat Pekeliling Iktisas Bil 4/2008 Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK). Segak adalah satu set ujian standard kecergasan fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan, Komponen kecergasan yang di ukur dalam segak terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan menengah. Terdapat 5 set ujian SEGAK iaitu: Pengiraan Indeks Jisim Badan, Ujian Naik Turun Bangku selama 3 minit, Ujian Tekan Tubi, Ujian Ringkuk Tubi Separa, Ujian Jangkauan Melunjur. Projek inovasi baru ini bertujuan untuk merungkai masalah yang dihadapi oleh guru-guru geografi dan guruguru iaitu masalah pelajar tidak ingat ibu negeri serta kedudukan negeri-negeri di Malaysia. Hal ini menjadi factor utama penciptaan inovasi Tato-tato Sesmac ini. Produk Tato-tato Sesmac ini dijamin selamat digunakan serta mampu menghasilkan impak jangka pendek dan jangka Panjang yang menjadikan norma baharu dalam proses kerja.la mampu mengurangkan tenaga kerja manusia dan meningkatkan ketepatan dan ketekalan data. Produk PUSMA ini telah disebarluaskan melalui aplikasi TIK TOK ke seluruh Malaysia dan rakan strategik serta sekolah berhampiran. Secara keseluruhannya, cetusan idea Tato-Tato SeSmac ini seiring dengan saranan kerajaan agar sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih efisyen dan selaras dengan kehendak piagam pelanggan dan pemeganggan taruh.
KUMPULAN 12 TAJUK PROJEK : NAMA KUMPULAN : SESMAC UNIQUE SAVER SESMAC FAB-5
RINGKASAN EKSEKUTIF SESMACUNIQUE SAVER Kertas sebak atau lebih dikenali sebagai kertas mahjung merupakan alat bantu mengajar yang sangat popular dan kerap digunakan oleh para pendidik di institusi pendidikan sama ada di sekolah mahupun di Institiut Pengajian Tinggi. Hal ini kerana kertas sebak adalah praktikal disamping ianya murah dan mudah didapati di pasaran. Kertas ini juga menjadi pilihan oleh warga pendidik di SMK Seri Machap, Simpang Renggam sebagai alat bantu mengajar. Namun begitu, terdapat masalah dalam pengurusan penggunaan kertas sebak dalam kalangan pendidik di SMK Seri Machap. Sifat fizikal kertas sebak yang nipis dan mudah melentur menyebabkan ianya sukar disimpan untuk dijadikan bahan eviden pelajarnya contohnya sebagai eviden PBD. Maka, terdapat keperluan untuk menyediakan medium bagi penyimpanan kertas sebak agar eviden pelajar semasa pelaksanaan PBD dapat disimpan dengan baik sejajar dengan Pelaksanaan Pentaksiran Dalam Bilik Darjah yang memerlukan eviden pelajar disimpan dengan baik. Justeru itu, Sesmac Unique Saver merupakan satu medium yang dibangunkan menggunakan Polivinil klorida (PVC) bagi menangani masalah penyimpanan yang dihadapi. Impak penggunaan Sesmac Unique Saver telah terbukti memudahkan kerja-kerja penyimpanan dan pengurusan kertas sebak di SMK Seri Machap. Susun atur kertas sebak menjadi lebih tersusun, seragam dan kemas dengan menggunakan Sesmac Unique Saver. Selain itu, alat ini juga dapat membantu menyimpan dan menjaga eviden daripada sebarang kerosakan. Penggunaan alat ini juga dapat mengurangkan kesukaran guru membawa kertas sebak ke lokasi pembelajaran. Kesimpulannya, Sesmac Unique Saver berpotensi untuk diperluaskan dan dikomersialkan kepada pengguna lain kerana alat ini terbukti memudahkan proses penyimpanan kertas, penyemakan, dan pemantauan PdPc di institusi pendidikan. Secara tidak langsung proses pelaporan dan pelaksanaan PBD di sekolah lebih efisien dan berkualiti.
KUMPULAN 13 TAJUK PROJEK : NAMA KUMPULAN : KOD NOMBOR 7 HARI KHATAM IQRA’ Imtiyaz
RINGKASAN EKSEKUTIFKOD NOMBOR 7 HARI KHATAM IQRA’ Fenomena buta al Quran (tidak pandai membaca al Quran) yang berlaku sekarang ini amat membimbangkan di kalangan masyarakat Islam di negara ini. Masalah ini juga menyebabkan ramai anak-anak mudah terpalit dengan masalah sosial. Fenomena ini berlaku di kalangan anak-anak sekolah di peringkat rendah, menengah hingga dewasa. Hasil dapatan Rekod Tasmik Online Negeri Johor (RTO-j) bagi murid tahun 2 di sekolah kami, hanya 32% sahaja tahap penguasaan minimum kebolehan membaca Iqra’. Ini menunjukkan kadar penguasaan Iqra’ terlalu rendah menyebabkan murid sukar membaca al Quran. Justeru itu Kod Nombor dihasilkan sebagai satu strategi penyelesaian masalah kesukaran murid untuk mengecam dan mengenal huruf serta bunyi baris. Satu uji cuba telah dilakukan terhadap responden yang terdiri dari kelas 2 kindi iaitu seramai 34 orang murid. Terdapat 6 Kod Nombor yang perlu dikuasai menggunakan 8 langkah bagi mengenalpasti murid boleh menguasai bacaan buku Iqra’ dengan lebih mudah dan cepat. Kod nombor juga dapat meningkatkan kemahiran murid yang lemah dalam mengingat dan mengecam huruf serta bunyi baris. Berikut 8 langkah perlu diikuti: 1. Mengecam dan mengenal huruf hijaiyah tunggal 2. Mengecam dan mengenal bunyi baris atas 3. Mengecam dan mengenal bunyi baris bawah 4. Mengecam dan mengenal bunyi baris depan 5. Mengecam dan mengenal bunyi baris dua atas 6. Mengecam dan mengenal bunyi baris dua bawah 7. Mengecam dan mengenal bunyi baris dua depan 8. Aplikasi bacaan buku Iqra’ Hasil penilaian uji cuba yang dijalankan pada bulan Mei-Disember 2022 telah membuktikan murid dapat khatam iqra’ hanya 7 hari sahaja. Penilaian adalah berdasarkan setiap jam atau minit yang dihadiri murid bagi mengikuti Kaedah Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Hasil dapatan yang konsisten telah membuatkan kami bersetuju untuk melaksanakan satu program Kod Nombor 7 hari Khatam Iqra’ pada 26 Januari 2023. Murid yang dipilih adalah seramai 48 orang yang tidak menguasai tahap minimum bacaan Iqra’. Buku kod nombor merupakan jalan mudah untuk mengingat huruf berdasarkan nombor dan bentuk huruf yang hampir sama. Kod nombor juga adalah sebagai buku sifir jawi dan rujukan yang digunakan sepanjang pembelajaran pembacaan iqra’ dan al Quran. Kesimpulannya inovasi ini telah berjaya meningkatkan jumlah murid menguasai bacaan Iqra’ dengan lebih mudah dan cepat. Keberhasilan penggunaan kod nombor ini dapat menjimatkan masa dari 12 bulan kepada 7 hari sahaja, membantu meningkatkan kehadiran murid ke sekolah disebabkan keinginan membaca buku Iqra’ , mengurangkan masalah disiplin dikeranakan fokus untuk menghabiskan bacaan buku Iqra’ atau al Quran dan dapat membantu kelas-kelas lain mencapai tahap minimum pembacaan buku Iqra’.Selain itu juga masyarakat awam pelbagai lapisan umur daripada kanak-kanak berumur 3 tahun hinggalah dewasa. Potensi pengembangan projek jelas dilihat melalui banyak perkongsian di kalangan guru, murid, badan bukan kerajaan (NGO) menggunakan platform Google Meet atau kursus. Melalui projek ini, adalah diharapkan agar dapat membantu membangunkan ummah yang celik al Quran.
KUMPULAN 14 TAJUK PROJEK : NAMA KUMPULAN : SUPERWORD BOARD Dream Achievers
RINGKASAN EKSEKUTIF SUPERWORD BOARD Penggunaan permainan papan dalam proses PdPc menjadi kaedah pembelajaran yang sangat menarik untuk kanakkanak. Ini kerana kanak-kanak lebih berminat mempelajari pelajaran melalui permainan yang menyatukan rakan mereka terutama setelah berpisah semasa belajar dalam talian dalam fasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Guru harus memikirkan kaedah pembelajaran yang dapat menarik semula minat belajar mereka dengan menerapkan nilai ‘fun learning’. Penggunaan permainan papan untuk mengulangkaji perbendaharaan kata adalah kaedah terbaik bagi kanak-kanak untuk mengingat balik kosa kata yang telah dipelajari supaya mereka dapat berkomunikasi dengan yakin, meluahkan pendapat dengan lebih baik dan menulis karangan secara berkesan. Tinjauan awal PdPc telah dilaksanakan melalui pemerhatian selepas fasa PDPR dan melalui ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak menunjukkan minat untuk belajar dan tidak fokus dalam PdPc Bahasa Inggeris. Murid juga lemah dalam mengeja dan menyebut perkataan Bahasa Inggeris. Murid juga tidak mengenali kata nama, kata kerja dan juga kata sifat yang menjadi asas kepada pembinaan ayat. Dengan mengenalkan teknik permainan papan bahasa dalam PdPc Bahasa Inggeris, murid-murid yang lemah dalam Bahasa Inggeris dapat menguasai ‘academic vocabulary’ Bahasa Inggeris dan juga membolehkan mereka menguasai ‘spelling skill’ mengeja perkataan dengan efektif. Selain itu, murid juga dapat mengenali ‘noun’ kata nama, ‘verb’ kata kerja dan ‘adjective’ kata sifat dengan lebih baik. Murid juga berasa seronok membina ayat dan mereka situasi menggunakan perkataan yang dipelajari. “Super Word Board“ ini merupakan satu permainan papan berupa Scrabble yang dipermudahkan dan diubahsuai mengikut keperluan pembelajaran dan keupayaan murid yang lemah subjek Bahasa Inggeris. Lembaran kerja juga disediakan dalam set ‘Super Word Board’ ini membolehkan guru mengembangkan dan mempelbagaikan aktiviti menggunakan perkataan yang dipelajari. Permainan ini dapat mencungkil minat murid untuk mengenali lebih banyak perkataan Bahasa Inggeris dan secara langsung ini dapat meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran subjek Bahasa Inggeris. “Super Word Board“ ini juga mewujudkan suasana pembelajaran aktif dan pembelajaran berfokuskan murid dalam kelas. ‘ Super Word Board ’ direka untuk membantu murid mengingat balik dan bermain dengan kosa kata yang mereka pelajari sebelumnya melalui pembelajaran ‘fun learning’. ‘ Super Word Board ’ merangkumi peraturan mudah untuk diikuti dan beberapa lembaran kerja untuk membolehkan murid mengembangkan idea mereka menggunakan kosa kata yang dipelajari. Data untuk menyokong projek dikumpulkan melalui kaedah pemerhatian bilik darjah, ujian pra dan ujian pasca, analisis dokumen dan temu ramah murid. Pada akhir projek, terbukti bahawa teknik ‘ Super Word Board ’ dapat membantu murid-murid meningkatkan perbendaharaan kata akademik mereka dengan menerapkan nilai ‘fun learning’ dalam pembelajaran Bahasa Inggeris dan dapat meningkatkan minat mereka untuk belajar subjek Bahasa Inggeris selepas fasa PKP. Ini juga merupakan kaedah yang sangat berkesan untuk meningkatkan keberkesanan PdPc dengan membantu murid menerima cabaran norma baru.
#jombuda y a k aninov a s i "Sekalung penghargaan dan selautan terima kasih buat semua pihak yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Konvenseyen Mini KIK Horizon Baharu Peringkat Daerah Kluang Tahun 2023" "Sekalung penghargaan dan selautan terima kasih buat semua pihak yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Konvenseyen Mini KIK Horizon Baharu Peringkat Daerah Kluang Tahun 2023"