92
93
94
95
96
97
98
99
100
101
102
103
104
105
106
107
108
109
110 INFO PAJSK
111
112
113
114
115
116
117 Arahan Am 1. Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. 2. Guru dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsir dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain. 3. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai pekerjaan / mata pencarian semata-mata. 4. Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati prisip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang. 5. Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara dan PPPM 2013 - 2025 6. Guru perlu meletakkan kepentingan murid dan sekolah semasa menjalankan tugasan harian. 7. Guru adalah bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. 8. Guru sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 9. Sebagai penjawat awam hendaklah patuh kepada Ketua Jabatan dan menghormati seluruh warga kerja tempat bertugas. Kedatangan 1. Jadual waktu PdP mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah. 2. Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 15 minit sebelum waktu belajar dan merakam (punch in) waktu kehadiran semasa sampai dan (punch out) sewaktu balik sekolah. 3. Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebabsebab yang wajar kepada pihak sekolah secepat mungkin. Sijil Sakit (MC) mesti diserahkan keesokkan hari. 4. Permohonan Cuti Rehat Khas (CRK) mesti dipohon kepada Guru Besar sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal. 5. Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan. Keluar Waktu Mengajar 1. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekoah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Wilayah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar / Guru Penolong Kanan. 2. Guru dikehendaki mengisi Borang Kebenaran keluar dan ditandatangani oleh Guru Besar / Guru Penolong Kanan sebelum keluar. 3. Sebelum meninggalkan sekolah, guru mesti serahkan sesalinan borang kebenaran kepada pengawal. Cuti Cuti Penggal
118 1. Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/ A/ (30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Namun guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti tahun untuk menjalankan tugas-tugas khas selain daripada tugas mengajar. Cuti Sakit 1. Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi 15 hari hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. 2. Sijil Cuti Sakit yang asal mesti diserahkan kepada Ketua Pembantu Tadbir pada keesokan harinya. Jika gagal berbuat demikian, surat amaran akan dikeluarkan. Cuti Tanpa Gaji 1. Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. 2. Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi setiap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari. Cuti Rehat Khas 1. Cuti Rehat Khas ialah cuti bergaji penuh yang menggantikan cuti sambilan untuk guru sahaja. 2. Cuti boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya bagi tempoh 10 hari dalam setahun. 3. Cuti Rehat yang tidak diambil tidak boleh dibawa ke tahun hadapan tetapi boleh dikumpulkan sehingga maksima 150 hari untuk ganjaran ‘Golden Hand Shake’ selepas persaraan. 4. Permohonan CRK hendaklah melalui sistem online HRMIS oleh guru sendiri. Satu salinan hendaklah diserahkan kepada Guru Besar untuk kelulusan. Cuti Keluar Negara 1. Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara mesti mendapat kelulusan dari Ketua Jabatan terlebih dahulu. 2. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat selewat- lewatnya 5 minggu sebelum tarikh bercuti. Pakaian 1. Guru hendaklah berpakaian kemas , sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur. 2. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai. i) Guru perempuan – seluar trek / panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit. ii) Guru lelaki – seluar pendek, seluar trek / panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit. Perhubungan Sesama Guru 1. Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.
119 2. Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat / kepercayaan kepada guru, murid ataupun staf sokongan sekolah. 3. Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum , status sosial , sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. Bilik Guru 1. Kebersihan dan keselamatan Bilik Guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru. 2. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas . Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘non-teaching period’ dan bukan ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara – perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. 3. Guru tidak digalakkan membenarkan murid-murid berada di Bilik Guru. 4. Guru yang berada di Bilik Guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak menggangu ketenteraman mana-mana pihak. 5. Guru perlu menjaga Kad Sentuh dengan baik. Sekiranya berlaku kehilangan, guru-guru perlu membayar ganti rugi sebanyak RM50.00. Perjawatan dan Pengajaran 1. Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan mereka boleh berurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir atau Guru Besar. 2. Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Guru Ketua Panitia , Guru Besar atau Guru Penolong Kanan. Tugasan 1. Guru akan diberi tugasan berbentuk kurikulum , kokurikulum dan pentadbiran. Mereka mesti melaksanakan tugasan tersebut dengan dedikasi , cekal dan bertanggungjawab. 2. Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas / arahan misalnya menghadiri mesyuarat , pergi ke Jabatan Pendidikan atau ke sekolah lain , guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. 3. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakanya tanpa pengetahuan Guru Besar. Jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh pihak lain atas persetujuan sesama sendiri , maka ia mesti sampai ke pengetahuan Guru Besar. Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran 1. Setiap guru akan ada e-rph masing-masing dan perlu disiapkan sebelum bermula PdPc. Rph akan disemak secara online pada setiap hari Jumaat oleh Guru Besar / Guru Penolong Kanan. 2. Guru tidak mematuhi arahan serahan untuk semakan atau tidak melengkapkan catatan Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti yang termaktub di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999. Jadual Waktu
120 1. Guru kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri. 2. Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran. Kedatangan Murid 1. Kehadiran murid akan dicatatkan terus dalam sistem APDM yang perlu dikemaskini oleh guru-guru kelas sebelum pukul 9.00 pagi setiap hari. 2. Murid yang tidak hadir selam 3 hari berturut – turut atau berselang – seli dalam satu minggu , ibu bapa / penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis. 3. Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh GPK HEM. Keselamatan Harta Benda Sekolah 1. Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah . Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah. 2. Ketua Panitia / Guru Penolong Kanan hendaklah memastikan ada peraturan – peraturan mengenai penggunaan alatan di bilik – bilik khas seperti Pusat Sumber Sekolah, makmal , bengkel dan lain – lain. Kebersihan 1. Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah . Jadual giliran bertugas murid hendaklah disediakan oleh guru kelas . Pastikan murid-murid bertugas membersihkan kelas setiap pagi. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat. 2. Guru yang mempunyai bilik khas / tempat khas (bengkel , bilik kaunseling, makmal dan lain – lain) bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut dan menyediakan jadual penggunaannya. 3. Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru , staf sokongan dan pelajar. Surat - Menyurat 1. Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak berkenaan. Surat Yang Diterima 1. Ada surat yang diterima oleh sekolah perlu diedar kepada guru untuk diambil tindakan . Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan surat – surat tersebut. 2. Jika surat itu dituju kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan daripada Guru Besar , surat itu boleh disimpannya sendiri setelah mengambil tindakan. 3. Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan Guru Besar mengedarkannya untuk tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah : i) Mengambil fail yang berkenaan di pejabat jika fail itu tidak ada dalam simpanannya. ii) Mengambil tindakan yang diperlukan. iii) Memulangkan semula fail itu ke pejabat. Pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri / Pendidikan Wilayah
121 1. Guru-guru tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Wilayah untuk urusan peribadi , melainkan mendapat kebenaran Ketua Jabatan terlebih dahulu. Pelawat 1. Semua pelawat perlu melaporkan diri di pondok keselamatan dan memakai pas pelawat. 2. Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar / Guru Penolong Kanan terlebih dahulu . Guru tidak dibenarkan bertemu dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar. Pembelian Barangan/Alatan Sekolah 1. Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan menggunakan borang / nota minta yang boleh diperolehi di pejabat . 2. Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia / Guru Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Guru Besar . 3. Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan (LO). 4. Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas . Kegiatan Kokurikulum 1. Semua guru yang ditugaskan menjadi Penasihat kegiatan kokurikulum hendaklah menjalankan tugasan dengan cekap dan dedikasi . 2. Guru yang tidak dapat hadir atau lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar kepada pihak sekolah. Perhimpunan Sekolah 1. Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-masa dan hari-hari yang ditetapkan. 2. Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang . 3. Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku , Lagu Negeri dan Lagu Sekolah . Mesyuarat / Taklimat / Contact Time 1. Dari masa ke semasa Guru Besar / Guru Penolong Kanan akan memanggil mesyuarat / taklimat / Contact Time. Kedatangan semua guru adalah WAJIB. Tanda Nama 1. Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan , majlis rasmi di sekolah / luar sekolah. Keahlian Kelab Guru / PIBG 1. Semua guru secara automatik menjadi ahli Kelab Kebajikan Guru (BKG) dan PIBG Sekolah . 2. Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat . Penggunaan Alatan
122 1. Penggunaan alatan hendaklah betul serta mengikut peraturan . 2. Mesti mendapat kebenaran daripada Ketua-ketua Unit atau Penjaga Stok . 3. Bertanggungjawab menggunakan alatan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik . 4. Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta . Arahan Dan Pekeliling 1. Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya. 2. Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus , guru hendaklah disimpan di dalam fail khas . 3. Sekiranya pekeliling itu dari Kementerian , Jabatan Pendidikan / Pejabat Pendidikan Daerah guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil . Kunci 1. Semua kunci mesti disimpan di pejabat . 2. Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu , beliau mestilah mendapatkan kebenaran dari Guru Besar . Guru tersebut bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya . Acara dan Majlis Sekolah 1. Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis dan acara rasmi sekolah.