The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khairul nizam, 2021-02-20 10:08:20

minit mesyuarat koko ke 3 2020

mini mesyuarat koko ke 3 2020

SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR 08110 BEDONG
KEDAH DARUL AMAN

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM
KALI 3/2020

TARIKH : 12/8/2020
MASA : 1.30 Petang
TEMPAT : Bilik Transformasi

PENGERUSI : Pn. Rosida Binti Rashid

HADIR :

1. Pn. Rosida Binti Rashid Pengerusi
2. En. Mohamad Hafizan Bin Ghazali Timb. Pengerusi
3. Pn. Ruhaiza Binti Ismail Naib Pengerusi 1
4. Pn. Nur Hafizah Binti Ajlan Naib Pengerusi 2
5. En. Muhammad Yusof Farhan Bin Ahmad Hilme Setiausaha
6. En. Nurkhairi Bin Mohd Shukri
7. En. Mahadi Bin Mohamad
8. En. Mohd Faisal Bin Mahamud
9. En. Shuib Bin Saad
10. Pn. Nurul Akmal Binti Mohd Yusoff
11. Pn. Nor Hajjah Binti Hasan
12. Pn. Mahzum Binti Ahmad Kamal
13. Pn. Siti Noriza binti Abu Bakar
14. Pn. Noor'ain Binti Salam
15. Pn. Sharmila Binti A. Rahim
16. Pn. Zimmah Binti Hj.Nasir
17. Pn. Salma Binti Abu Bakar
18. Pn. Jaliliyah Binti Kadir
19. Pn. Parimala Devi A/P Govindasamy

AGENDA MESYUARAT

1) PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan syukur kehadrat Ilahi dan setinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua guru kerana dapat menghadirkan diri ke mesyuarat pada hari
ini.
1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana menjalankan tugas
mengikut ketetapan dan sentiasa positif dalam menjalankan kerja mengikut S.O.P.

2) MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT
2.1 Cikgu Muhammad Yusof Farhan membentangkan minit mesyuarat yang lalu, disahkan
oleh Pn. Jaliliyah Binti Kadir dan di sokong oleh Pn. Zimmah Binti Hj.Nasir.

3) PERKARA BERBANGKIT
3.1 Perkara 4: Silat
Cikgu Mohamad Hafizan Bin Ghazali memaklumkan aktiviti silat terpaksa ditangguhkan
buat sementara waktu untuk mengekang penularan Covid-19.

Makluman : Semua guru penasihat

4) PERBINCANGAN PROFESIONAL

Penerangan oleh : Cikgu Mohamad Hafizan Bin Ghazali, GPK Kokurikulum.

4.1 Aktiviti Kokurikulum.
4.1.1 Aktiviti akan dijalankan mengikut ketetapan penyelaras.
4.1.2 Murid berada di dalam kelas masing-masing dan guru akan masuk mengikut jadual yang
akan di tetapkan oleh S/U Kokurikulum.
4.1.3 Semua guru dan murid diminta untuk sentiasa menjaga SOP sepanjang aktiviti di
jalankan.

4.2 PAJSK
4.2.1 Tahniah kepada semua guru yang terlibat untuk menjayakan akiviti anjuaran YSB.
4.2.2 Semua guru penasihat diingatkan untuk merekod penglibatan murid di dalam PAJSK.
4.2.3 Tetapan jumlah perjumpaan aktiviti kokurikulum di dalam PAJSK akan dimaklumkan
kemudian.

4.3 Patuhi SOP
4.3.1 Semua guru penasihat diminta untuk melaksanakan aktiviti dengan mengutamakan SOP.
4.3.2 Aktiviti secara individu dan berpusatkan murid.

5) Hal-hal Lain
5.1 Tetapan jadual aktiviti dan kumpulan bertugas untuk kokurikulum akan dikeluarkan
dalam masa terdekat oleh Cikgu Yusof.

6) Penutup Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan berharap semua warga SK
6.1 Singkir sentiasa memberi komitmen yang penuh untuk menjayakan aktiviti yang telah
dirancang.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………… …………………………
En. Muhammad Yusof Farhan Bin Ahmad Hilme En. Mohamad Hafizan Bin Ghazali
(Setiausaha Kokurikulum) (PK Kokurikulum)


Click to View FlipBook Version