KETETAPAN KOKURIKULUM SMK BINJAI, KEMAMAN TERENGGANU KOKURIKULUM B-BEST KEARAH PENDIGITALAN PRINSIP PELAKSANAAN 1. Setiap pelajar sekolah ini wajib menyertai sekurang-kurangnya 3 aktiviti iaitu: i) Pasukan Badan Beruniform ii) Kelab dan Persatuan Akademik iii) Kelab Sukan dan Permainan 2. Pendaftaran Unit Kokurikulum bagi pelajar tingkatan 1 dijalankan secara atas talian dengan mengisi template ‘google form’ yang disediakan. 3. Pelajar akan menyemak unit kokurikulum masing-masing melalui Link Tree yang disediakan oleh unit kokurikulum. LINK TREE INDUK (PELAJAR) LINK TREE PASUKAN BADAN BERUNIFORM
4. Aktiviti Unit Badan Beruniform akan diadakan pada setiap hari SELASA dari jam 2.30 hingga 4.30 petang mengikut takwim aktiviti tahunan. LINK TREE KELAB PERSATUAN AKADEMIK LINK TREE KELAB SUKAN DAN PERMAINAN
5. Aktiviti Kelab Sukan dan Permainan 1M1S dan Kelab Persatuan Akademik akan diadakan setiap hari RABU dari jam 2.30 hingga 4.30 petang secara bergilir. 6. Bilangan perjumpaan Unit kokurikulum mengikut ketetapan KPM. Takwim Unit Kokurikulum akan diubah berdasarkan pindaan semasa. 7. Keahlian pelajar dalam ketiga-tiga unit mesti dilaporkan dan dicatat oleh guru penasihat dalam Buku Rekod aktiviti Kokurikulum yang disediakan guru penasihat unit masingmasing. 8. Surat siaran perjumpaan mengikut takwim kokurikulum diedarkan kepada Ibubapa/Penjaga. 9. Surat lantikan sebagai guru penasihat PBB/KPA/KSP disediakan oleh Unit Kokurikulum pada awal sesi akademik. 10. Guru penasihat perlu menyediakan surat permohonan penubuhan PBB/KPA/KSP yang baru. 11. Pemantauan aktiviti unit Kokurikulum pada setiap minggu berdasarkan Jadual Pemantauan yang disediakan .
12. Dokumentasi dan laporan aktiviti mingguan dibuat secara atas talian menggunakan template ‘Google form ‘yang disediakan oleh Unit Kokurikulum ( Aplikasi KBAT dan unsur PIkeBM dalam aktiviti kokurikulum) 13. Dokumentasi dan Laporan aktiviti akan dimuat naik ke ‘Google drive’ ( Soft Copy) dan kedalam Fail Unit di Bilik Kokurikulum ( Hard copy). GOOGLE DRIVE DOKUMENTASI/LAPORAN (KESELURUHAN) GOOGLE DRIVE DOKUMENTASI/LAPORAN (PBB)
14. Link Tree (Guru) disediakan oleh Unit Kokurikulum sebagai rujukan untuk guru mendapatkan info berkaitan dengan kokurikulum. GOOGLE DRIVE DOKUMENTASI/LAPORAN (KPA) GOOGLE DRIVE DOKUMENTASI/LAPORAN (KSP)
15. Padlet Unit Kokurikulum dijadikan sumber rujukan secara virtual fail bagi warga BBest dan Pelawat untuk mendapatkan maklumat secara atas talian.
16. Bilik Kokurikulum dijadikan tempat menyimpan Fail Induk, Fail Penyelaras. Fail setiap Unit Kokurikulum dan Fail berkaitan dengan Kokurikulum. 17. Fail setiap Unit kokurikulum akan disemak sebanyak 3 kali setahun oleh Ajk Induk . Semua fail perlu dihantar dan diletakkan ke bilik Kokurikulum pada akhir Sesi Akademik. PERATURAN PEMAKAIAN HARI SELASA DAN RABU 1. Guru dan pelajar dikehendaki memakai pakaian uniform lengkap setiap hari selasa. 2. Walaubagaimanapun pelajar dibolehkan memakai separuh lengkap pada sesi pagi semasa berlangsung pdpc untuk keselesaan pelajar. 3. Semua pelajar diwajibkan memakai t-shirt kokurikulum pada setiap hari rabu. PERATURAN PELAKSANAAN AKTIVITI PADA HARI SELASA DAN RABU 1. Semua guru penasihat kelab/persatuan/unit kokurikulum dan sukan akan terlibat pada hari berkenaan dan tiada sistem giliran bertugas. 2. Sebarang pelepasan mestilah dengan kebenaran pengetua. 3. Latihan pemilihan dan intensif sebarang pasukan atau individu tidak dibenarkan diadakan pada waktu pdpc kecuali dengan kebenaran pengetua. 4. Tidak dibenarkan sebarang aktiviti lain dirancang dan dijalankan semasa waktu aktiviti kokurikulum dan sukan dilaksanakan kerana semua guru dan pelajar mestilah terlibat sepenuhnya dengan aktiviti kokurikulum. MAJLIS APRESIASI KOKURIKULUM 1. Majlis apresiasi diadakan untuk memberi penghargaan kepada guru dan pelajar yang mencapaian kejayaan di peringkat negeri/Kebangsaan /antarabangsa.