The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norhazwantiyusoff, 2024-03-08 23:09:54

BUKU PENGURUSAN BTrusT 2024:25

BUKU PENGURUSAN BTrusT 2024:25

Keywords: SKBT

09-6664263 SK Bukit Tunggal [email protected] S K B U K I T T U N G G A L K U A L A N E R U S SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TUNGGAL 21200 KUALA NERUS TERENGGANU


PROFIL SEKOLAH \ Nama Sekolah SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TUNGGAL Alamat SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TUNGGAL 21200 KUALA NERUS, TERENGGANU Kod Sekolah TBA7002 No.Tel/ 09-6664263 Email [email protected] Blog Sekolah Skbukittunggaltba3043.blogspot.my Pusat Peperiksaan TH002 Luas Kawasan *3.87 EKAR Dun BUKIT TUNGGAL Parlimen KUALA NERUS No.Lot/Mukim 6320 KUALA NERUS Lokasi BANDAR PPD KUALA NERUS PKG PKG TOK JIRING Jarak ke JPN 5 KM Jarak Ke PPD 4 KM Guru Besar PN. JULIA BINTI BENJAMIN SIRI GPK Pentadbiran EN. MOHD ZARUFINI BIN MOHAMAD SABRI GPK HEM PN. NORHAZWANTI BINTI YUSOFF GPK Kokurikulum EN. MOHD TARMIZI BIN CHE MIN


ISI KANDUNGAN BIL PERKARA M/S 1 PROFIL SEKOLAH 1 2 ISI KANDUNGAN 2 3 PERUTUSAN GURU BESAR 6 4 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 7 5 VISI, MISI DAN MOTO 8 6 LAGU SEKOLAH 9 7 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 -2025 10 8 KPM TUMPU 7 TERAS UTAMA 12 9 ONE PAGE MANAGEMENT TOOL 13 10 ANJAKAN MUAFAKAT NEKAD 14 11 KONSEP LOGO PPDKN 15 12 DASAR JAMINAN SEKOLAH 16 13 PIAGAM PELANGGAN 18 14 FOKUS KEMENJADIAN MURID 2024/ 25 19 15 SASARAN UTAMA DAN HALA TUJU SEKOLAH 20 16 ETIKA KERJA DAN KEPIMPINAN 21 17 DASAR DAN PERATURAN SEKOLAH 23 18 PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN ( PdPc ) 35 19 PELAN SUSUN ATUR BANGUNAN / LALUAN KECEMASAN 37 20 PENGGAL PERSEKOLAHAN SESI 2024/ 25 41 21 CUTI PERAYAAN SESI 2024/25 & TAMBAHAN CUTI PERAYAAN 42 22 HARI KELEPASAN AM BAGI NEGERI TERENGGANU 2024 43 23 SURAT AKU JANJI 44 24 SURAT PELANTIKAN SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA KERJA DAN TUGAS 45 25 PENYELIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI TAHUN 2024/ 25 46 26 PENGURUSAN SKBT TAHUN 2024/ 25 47 27 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH 2024/ 25 48 28 SENARAI NAMA KAKITANGAN DAN PENTADBIRAN 2024/ 25 49 29 SENARAI NAMA GURU DAN AKP TAHUN 50 30 SEMAKAN ERPH 55 31 JADUAL PEMERIKSAAN BUKU LATIHAN 57 32 JADUAL PENCERAPAN DAN PENYELIAAN 58


33 1. JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 61 34 1.0 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH 2023 62 35 1.1 JK URUS TADBIR SEKOLAH 63 36 1.2 JK PENARAFAN STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA @ SEKOLAH 63 37 1.3 JK PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) 64 38 1.4 JK PERANCANGAN STRATEGIK ORGANISASI 64 39 1.5 JK PENGURUSAN DATA DAN MAKLUMAT (EMIS/ IDME/ eRPH) 65 40 1.6 JK PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN 65 41 1.7 JK PENGURUSAN ASET KERAJAAN. 66 42 1.8 JK PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25) 67 43 1.9 JK LATIHAN PERSONEL/ PROFESIONALISME (GURU DAN BUKAN GURU) 67 44 1.10 JK PENDIDIKAN ABAD KE-21/ KBAT 68 45 1.11 JK PENGURUSAN MENANGANI BENCANA 68 46 1.12 JK PENGURUSAN ICT DAN PEMBESTARIAN SEKOLAH 69 47 1.13 JK PENGURUSAN PRA SEKOLAH 69 48 1.14 JK PENGURUSAN JADUAL WAKTU 69 49 1.15 JK PENGURUSAN MESYUARAT GURU 70 50 1.16 JK PEMBANGUNAN DAN FIZIKAL SEKOLAH 70 51 1.17 JK KAWALAN KESELAMATAN 71 52 1.18 JK PENGURUSAN KEBERSIHAN SWASTA 71 53 1.19 JK BILIK-BILIK KHAS 72 54 1.20 JK SERANTA DAN DOKUMENTASI 73 55 1.21 JK PERSATUAN IBU BAPA & GURU PIBG 74 56 1.22 JK PENGURUSAN STAF (AKP) 74 57 1.23 JK TEKNIKAL SEKOLAH 75 58 1.24 JK DIALOG PRESTASI SEKOLAH 75 59 1.25 JK SUDUT PENGUCAPAN AWAM (SPEAKER CORNER) 75 60 1.26 JK HIGH IMMERSION PRORAMME (HIP) 76 61 1.27 JK SUCCESS STORY 76 62 1.28 JK BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 76 63 1.29 GURU KELAS DAN GURU PEMBANTU 77 64 2. JAWATANKUASA PENGURUSAN KURIKULUM 78 65 2.0 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KURIKULUM SEKOLAH 2024/ 25 79


66 2.1 JK INDUK KURIKULUM (JKS) 80 67 2.2 PANITIA MATA PELAJARAN 81 68 2.3 JK PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) 82 69 2.4 JK TRANSISI 82 70 2.5 JK PEMULIHAN 83 71 2.6 JK INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH 83 72 2.7 JK PERPUSTAKAAN 84 73 2.8 JK BILIK BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) 84 74 2.9 JK BILIK SAL 84 75 2.10 JK MBMMBI 85 76 2.11 JK PROGRAM NILAM 85 77 2.12 JK MAKMAL KOMPUTER 85 78 2.13 JK BILIK TVPSS 86 79 3. JAWATANKUASA PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 87 80 3.0 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SEKOLAH 2024/25 88 81 3.1 JK INDUK HAL EHWAL MURID (HEM) 89 82 3.2 JK e-MENENGAH DAN SIJIL 90 83 3.3 JK e-RENDAH 90 84 3.4 JK DISIPLIN & PENGAWAS SEKOLAH 91 85 3.5 JK KESELAMATAN, KEBERSIHAN & KECERIAAN (3K) 92 86 3.6 JK KEBAJIKAN DAN BANTUAN 95 87 3.7 JK BIMBINGAN DAN KAUNSELING 96 88 3.8 JK SEKOLAH PENYAYANG 96 89 3.9 JK PINTAR 97 90 3.10 JK PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) 97 91 3.11 JK SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) 98 92 3.12 JK SURAU DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN 99 93 3.13 JK KANTIN 99 94 3.14 JK SIARAYA 100 95 3.15 JK TABUNG SIMPANAN MURID (BANK) 100 96 3.16 JK POLISI SEKOLAH SELAMAT 100 97 JADUAL GURU BERTUGAS PROGRAM SAHSIAH CEMERLANG 2024/25 101 98 JADUAL GURU BERTUGAS MINGGUAN 2024/25 102 99 JADUAL TUGASAN PEMANTAPAN KEMENJADIAN MURID 2024/25 (GILIRAN PERSEMBAHAN & TAJUK TAZKIRAH) 105


100 SENARAI TUGAS GURU BERTUGAS HARIAN / MINGGUAN 107 101 PERATURAN BILIK DARJAH 108 102 PERATURAN SEKOLAH 109 103 4. JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM 111 104 4.0 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH 2024/25 112 105 4.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM 113 106 4.2.1 JAWATANKUASA PELAKSANAAN KOKURIKULUM (UNIT BERUNIFORM) 114 107 4.2.2 JAWATANKUASA PELAKSANAAN KOKURIKULUM (KELAB DAN PERSATUAN) 116 108 4.2.3 JAWATANKUASA PELAKSANAAN KOKURIKULUM (SUKAN DAN PERMAINAN) 118 109 4.3 JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM TAMBAHAN 120 110 4.3.1 JAWATANKUASA RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) 121 111 4.3.2 JAWATANKUASA LAWATAN SAMBIL BELAJAR 122 112 4.3.3 JAWATANKUASA PROGRAM KO AKADEMIK 123 113 4.3.4 JAWATANKUASA PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK) 124 114 4.3.5 JAWATANKUASA PENSIJILAN MURID 125 115 4.3.6 JAWATANKUASA PASUKAN SUKAN BERPRESTASI TINGGI 126 116 4.4 JAWATANKUASA SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 128 117 4.5 JAWATANKUASA KELAB GURU DAN KAKITANGAN 129 118 CATATAN 130


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah kita kembali bertemu dalam naskah Manual Pengurusan Sekolah SK Bukit Tunggal bagi Tahun 2024/25. Selaras dengan dasar dan hala tuju yang digariskan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PPPM 2013 – 2025, kami warga SK Bukit Tunggal terus komited dengan hasrat merealisasikan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia dan bertindak sebagai pemacu dan peneraju pendidikan berterusan. Kami akan bersama-sama mengorak langkah dengan penuh semangat bagi menghadapi tahun 2024/25 yang pasti penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Sistem Pengurusan Sekolah Berkualiti berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang ke-2 (SKPMG2.0) akan terus diamalkan dan dijadikan panduan dan rujukan untuk memenuhi matlamat dan objektif di sekolah ini sebagai showcase, selaras dengan kehendak Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Transformasi Pendidikan pula akan dilaksanakan secara berterusan di sekolah ini. Yang pasti ia hanya akan berjaya dilaksanakan dengan komitmen berterusan semua pihak. Guru akan melibatkan diri dengan penuh aktif dalam melaksanakan tugas sebagai pemudahcara kepada anak didik, justeru pembangunan diri secara professional perlu menjadi fokus pada tahun ini. Manakala para pentadbir akan berperanan sebagai pemimpin instruksional dan sentiasa perlu meluangkan masa melatih dan membimbing rakan guru dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan di samping menjadi agen perubahan bukan hanya di sekolah malah dalam persekitaran komuniti. Lanjutan dari pendekatan ini adalah diharapkan setiap guru dapat bersedia dan menilai pencapaian kendiri masing masing terhadap tugas yang diamanahkan Adalah menjadi harapan kami agar sokongan berterusan daripada semua peringkat iaitu Guru, Anggota Kumpulan Pelaksana, pekerja swasta, PIBG, Alumni, Komuniti, Agensi Kerajaan dan Swasta akan terus menyumbang kepada pencapaian aspirasi bagi melonjakkan Kualiti Sekolah dan Kemenjadian Murid seiring dengan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM 2024/25. Semangat dan sikap kebersamaan amat perlu untuk membawa SK Bukit Tunggal ke mercu kecemerlangan dalam semua bidang. Semua warga perlu mengamalkan sikap positif, sanggup menerima perubahan dan menyediakan diri dan tindakan untuk menjuarai semua aspek ke arah kecemerlangan. Beberapa komponen penting Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. iaitu 5 Aspirasi Sistem, 6 Aspirasi Murid, dan 11 Anjakan amat perlu terus difahami dalam merealisasikan dan melahirkan ciri-ciri murid abad ke 21. Pada zaman IR4.0 yang menuntut kecemerlangan dalam semua bidang, Sya mengharap warga SK Bukit Tunggal akan sentiasa berusaha dan bersikap positif dan ikhlas dalam melaksanakan tugas harian. SELAMAT MENJALANKAN TUGAS dan TERIMA KASIH. Sekian, ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menjalankan amanah, (JULIA BINTI BENJAMIN SIRI) Guru Besar, SK Bukit Tunggal PERUTUSANGURU BESAR


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN endidikanDi Malaysia Adalah Suatu Usaha Yang Berterusan Ke Arah Memperkembangkan Lagi Potensi Individu Secara Menyeluruh dan Bersepadu Untuk Mewujudkan Insan Yang Seimbang Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani Berdasarkan Kepercayaan dan Kepatuhan Kepada Tuhan. saha ini adalah Untuk Melahirkan Rakyat Malaysia Berilmu Pengetahuan, Berakhlak Mulia, Bertanggungjawab dan Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri Serta Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian dan Kemakmuran Keluarga, Masyarakat dan Negara


Visi PENDIDIKANBERKUALITIINSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA “ Misi MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA Moto ILMUPEDOMAN HIDUP


LAGU SEKOLAH SKBT Maju Jaya SKBT sekolah tercinta Megah berdiri mendukung cita Melahirkan insan yang sempurna Itu wawasan kia Guru yang dihormati Rakanku yang dikasihi Berganding bahu sejati Membangunkan sekolah kami Ilmu pedoman hidup Diikuti beramal dan juga berbakti Berdisiplin itu teras kami Mencapai hasrat murni SKBT maju serta jaya Akademik dan sukan juga Budaya membangun bersama Cemerlang selamanya


PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 – 2025 1. 3 GELOMBANG 2. 5 ASPIRASI SISTEM 3. 6 ASPIRASI MURID 3. 9 BIDANG KEUTAMAAN 4. 11 ANJAKAN 5. 47 INISIATIF 3 GELOMBANG • GELOMBANG 1 (2013 – 2015) Mengukuhkan asas sedia ada • GELOMBANG 2 (2016 – 2020) Meningkatkan Pelaksanaan inisiatif • GELOMBANG 3 (2020 – 2025) Menilai dan menyatukan inisiatif. 5 ASPIRASI SISTEM 6 ASPIRASI MURID


11 ANJAKAN 9 BIDANG KEUTAMAAN • MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN • MENINGKATKAN KUALITI KEPIMPINAN SEKOLAH. • MENINGKATKAN KUALITI SEKOLAH. • MENINGKATKAN KUALITI KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN. • MENINGKATKAN PENGUASAAN PELBAGAI BAHASA. • MENGUKUHKAN PENGLIBATAN IBU BAPA, SEKTOR SWASTA DAN MASYARAKAT SEBAGAI RAKAN KONGSI DALAM PENDIDIKAN. • MENINGKATKAN KESEDIAAN MURID UNTUK MEREBUT PELUANG DALAM PENDIDIKAN TINGGI DAN PASARAN KERJA. • MEMPERBAIKI KECEKAPAN DAN KEBERKESANAN PENGURUSAN SUMBER. • MEMBINA KEMAMPUAN SERTA KEUPAYAAN SISTEM PENYAMPAIAN PENDIDIKAN.


SK BUKIT TUNGGAL KUALA NERUS


DASAR JAMINAN KUALITI SEKOLAH SK Bukit Tunggal komited untuk menyediakan dan melaksanakan pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan. Adalah menjadi komitmen pihak pengurusan dan semua warga untuk mematuhi keperluan-keperluan Penilaian SKPM Kualiti @ Sekolah dengan meningkatkan keberkesanan secara berterusan MODEL SKPM KUALITI @ SEKOLAH KEKUATAN KAMI • Murid dan Lokaliti • Guru • Kualiti Pdp • Staf Bukan Guru • Prasaranan Akademik • Prasarana Sukan dan Kokurikulum • Persekitaran Digital • Asrama • Sokongan Ibubapa, Komuniti dan Pihak Swasta PENGURUSAN KAMI • Mengurus sekolah berpandukan Standard 1: Meningkatkan Tahap Kepimpinan dan Hala tuju sekolah dalam menerajui pelaksanaan kurikulum dan mewujudkan perkongsian tanggungjawab dalam meningkatkan kualiti mutu kerja, kualiti pengurusan, menggalakkan pemupukan budaya belajar serta kesedaran tanggungjawab bersama dalam mengurus sekolah demi mencapai visi, misi dan hala tuju sekolah. Standard 2: Peningkatan Pencapaian Pengurusan Organisasi dalam mengurus sumber manusia, kemudahan prasarana, pengurusan data dan sumber maklumat serta menambahbaik program pemuafakatan strategic / PIBK dalam memberi sokongan komuniti kepada pembangunan sekolah. Standard 3: Menambahbaik pengurusan kurikulum, kokurikulum, sukan dan Hal Ehwal Murid dalam meningkatkan ; a) Kualiti Pdpc, prestasi murid dan mengurus pentaksiran untuk mengesan pencapaian dan masalah pembelajaran murid. b) Kualiti pengurusan Kelab sukan permainan, unit beruniform dan kelab dan persatuan bagi memastikan penglibatan menyeluruh murid dan sebagai pengukuhan terhadap pembangunan watak murid serta mengurus pentaksiran pencapaian dengan betul. c) Kualiti pelaksanaan HEM, disiplin murid, memastikan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid disediakan lengkap. Serta memastikan 100% murid


mendapat perkhidmatan Bimbingan, Kemahiran Belajar, Kerjaya, Pembangunan Diri Murid dan Motivasi melainkan berlaku perkara-perkara di luar kawalan sekolah. Standard 4: Meningkatkan standard penguasaan Pdpc bagi mengukuhkan pembelajaran murid, keberkesanan pdpc, pemahaman murid, pengurusan kelas yang cekap serta meningkatkan kepercayaan murid terhadap guru. Standard 5: Meningkatkan prestasi pencapaian kemenjadian murid dalam akademik – pencapaian Gred Purata Mata Pelajaran atau Gred Purata Sekolah dalam UPSR, Peperiksaan Setengah Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun (PKS), kokurikulum dan juga Hal Ehwal Murid. PENCAPAIAN KAMI A) Kemenjadian Murid • Akademik • Kokurikulum • Sahsiah B) Pencapaian Guru • Anugerah/ Pensijilan dan lain-lain C) Pencapaian Sekolah • Pencapaian/ Kemenangan


PIAGAM PELANGGAN Sanggup Berusaha Sedaya Upaya Untuk Mempertingkatkan Mutu Pengajaran dan Pembelajaran. Khidmat Bimbingan dan Kasih Sayang Menjadi Amalan. Bersedia Menyelesaikan Pelbagai Masalah Pelajar-Pelajar. Terus Berusaha Untuk Melahirkan Pelajar-Pelajar Yang Beriman, Berilmu dan Beramal Serta Berakhlak Mulia. Kebersihan, Keceriaan, Kesihatan, Keselamatan dan Disiplin Dipertingkatkan. Nekad dan Bercita-cita Tinggi Untuk Cemerlangkan Sekolah


FOKUS KEMENJADIAN MURID 2O24/25 1. Berkretampilan 2. Komunikasi Berkesan 3. Amalan Gaya Hidup Sihat 4. Bermasyarakat dan bermuafakat 5. Beridentiti 6. Berani 7. Berakhlak Mulia 8. Berintelek 9. Amalan Kelestarian 10. Amalan Kerohanian


SASARAN UTAMA DAN HALA TUJU SEKOLAH 1. AKADEMIK 1.1 100% murid normal boleh menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi sekurang-kurang selepas mengikuti pendidikan Tahap 1. 1.2 Memastikan 90% murid Tahap 1 dan 95% murid Tahap 2 sekurang-kurangnya mencapai Tahap Penguasaan 3 1.3 100% murid berumur 6 tahun prasekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. 1.4 100% pelaksanaan PAK21 oleh semua guru pada semua kelas 1.5 100% murid menguasai kemahiran j-QAF. 1.6 Memastikan sekolah merupakan Microsoft showcase 2. HAL EHWAL MURID 2.1 Peningkatan 95% kehadiran murid ke sekolah. 2.2 Bilik darjah yang kondusif dan menyokong Pembelajaran Abad 21. 2.3 Melahirkan100% murid yang bersahsiah terpuji. 2.4 Sifar ponteng. 3. KOKURIKULUM 3.1 95% kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum. 3.2 Mewakili daerah sekurang-kurangnya 4 orng dalam bidang permainan. 3.3 Mewakili daerah sekurang-kurangnya 3 orang murid dalam bidang Kelab dan persatuan.Ko akademik. 3.4 Mewakili daerah sekurang-kurangnya 3 dalam bidang unit beruniform. 3.5 Memperkasakan pasukan bola baling sebagai kebitaraan sekolah. 4. PERSEKITARAN DAN FIZIKAL SEKOLAH 4.1 Kawasan dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan kondusif. 4.2 Bangunan sekolah yang selamat dan berinformasi. 5. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 5.1 Memastikan semua guru dan staf sentiasa mengikuti perubahan terkini dalam pendidikan. 5.2 Latihan pada guru dan staf sekurang-kuranya 7 hari termasuk latihan TMK 6. PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN PEJABAT 6.1 Mengutamakan pelanggan. 6.2 Memastikan suasana pejabat yang kondusif. 6.3 Pengurusan fail yang berkesan. 6.4 Mematuhi Keperluaan Pengurusan Kaunter. 7. PENGURUSAN KEWANGAN 7.1 Memastikan Audit Tanpa Teguran di tahap cemerlang. 7.2 Mengemaskini stok sekolah secara sistematik. 8. HUBUNGAN KOMUNITI 8.1 Meningkatkan hubungan erat antara warga sekolah dengan PIBG dan komuniti. 8.2 Memastikan pihak sekolah sentiasa terbuka dengan perubahan dan perkembangan terkini dalam pendidi


ETIKA KERJA & KEPIMPINAN PRINSIP ETIKA KERJA Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati b erdasarkan prinsip-prinsip berikut:- • Niat yang betul • Perlakuan yang baik • Penggerak ke arah kebaikan • Memperkotakan apa yang dikatakan • Disiplin dan beradab • Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi NILAI UTAMA ETIKA KERJA Walaupun terdapat banyak nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Et ika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia. Nilai-nilai itu ialah:- • Amanah • Benar • Bijaksana • Bersyukur • Dedikasi • Ikhlas • Penyayang ETIKA KEPIMPINAN Memahami dan menghayati:- • Falsafah Pendidikan Kebangsaan. • Falsafah, Matlamat dan Objektif Sekolah. Memelihara dan mempertingkatkan imej sekolah, jabatan dan Kementerian Pendidikan Malaysia setiap masa. • Mementingkan mutu dan kesan pendidikan. • Menentukan objektif (setiap tugas). • Mengamalkan kerja secara bermesyuarat dan berpasukan. • Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan Ibnu Mas’ud. • Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, Ibnu Mas’ud serta adil. • Mengamalkan perkhidmatan penyayang. • Kepimpinan melalui teladan. • Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri. • Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran. • Kerja adalah ibadah.


Tanggungjawab • Menjalankan tugas dengan bersih, cekap serta dengan penuh minat, disiplin dan dedikasi. •. Sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan negara dan tidak mementingkan diri sendiri. • Sentiasa berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi. • Sentiasa memelihara maruah negara. • Membuat pertimbangan yang teliti dan adil sebelum membuat keputusan dan t egas dalam melaksanakannya. Sikap • Sensitif terhadap persekitaran kerja dan alam sekeliling serta berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. • Sentiasa bersikap positif dan bertanggungjawab. • Mempunyai fikiran terbuka dan sentiasa menerima teguran daripada semua pih ak untuk faedah organisasi dan negara. • Mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh masyarakat. • Mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh rakan sejawat, baik pihak atasan mahupun rakan sejawat di bawahnya. Perawakan dan Peribadi • Mempunyai peribadi yang mulia, berbudi pekerti dan berperawakan yang baik. • Sentiasa bersabar dan bertenang dalam menghadapi masalah dan cabaran. • Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan. • Menjaga hubungan baik dengan setiap golongan masyarakat.


DASAR DAN PERATURAN SEKOLAH 1. Arahan Am 1. Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan dan Sijil Akur Janji Perkhidmatan awam. 2. Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah Pendidikan Negara, Visi dan Misi, PPPM 2013 - 2025, TS25, MBMMBI, PLC, PAK 21, KSSR, KBAT dan 1M1S. 2. Falsafah, Matlamat Dan Objektif Sekolah 2.1 Semua guru dikehendaki memahami serta menghayati Falsafah, Visi, dan Misi sekolah. 2.2 Guru - guru hendaklah sama - sama berusaha gigih bagi membolehkan matlamat dan objektif dapat dicapai dan dihayati serta bermakna. 3. Kehadiran 3.1 Jadual waktu pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah. Guru dikehendaki berada di sekolah sebelum pukul 7.30 pagi hingga 1.30 petang. 3.2 Guru wajib merakam kehadiran thumb print masing – masing sewaktu tiba dan waktu pulang sebaik sahaja tiba di sekolah dan sebelum pulang. 3.3 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat wajib mendapatkan kelulusan daripada Guru Besar serta memaklumkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran secepat mungkin supaya jadual waktu ganti dapat disediakan. Guru juga perlu memaklumkan dalam telegram Keberadaan Guru dan mengisi dalam google form setelah mendapat kelulusan daripada Guru Besar. 3.4 Waktu Kokurikulum : • Waktu Kokurikulum ialah seperti berikut : Selasa : 2.00 hingga 6.00 petang (Berselang-seli minggu untuk Unit Beruniform / 1M1S / Persatuan dan Kelab) • Guru akan ditugaskan sebagai Guru Penasihat untuk kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur. Keselamatan murid semasa aktiviti ini di bawah tanggungjawab Guru Penasihat pada hari berkenaan. 4. Keluar Waktu Mengajar/Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja 1. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pendidikan / Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar. 2. Guru dikehendaki mengisi Buku Kebenaran Keluar Waktu Bertugas Rasmi selepas mendapat kebenaran Guru Besar. 3. Guru yang hendak meninggalkan negeri kerana bercuti / tugas peribadi, wajib mengisi borang khas di pejabat sekolah dan berjumpa dengan Guru Besar. 4. Jika seseorang guru keluar melebihi 3 jam daripada waktu rasminya, guru tersebut hendaklah


mengambil Cuti Rehat Khas atau cuti lain yang berkelayakan. 5. Cuti 5.1 Cuti Penggal Mengikut Perintah Am Bab C, 50 (a), guru-guru adalah berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah dengan syarat bahawa Ketua Jawatan boleh memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas – tugas mengajar biasa semasa percutian penggal sekolah bagi masa yang tidak melebihi separuh daripada cuti penggal sekolah dalam satu – satu tahun itu. 5.2 Cuti Sakit 5.2.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut perlu disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. 5.2.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 15 hari dalam setahun. 5.2.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau ‘putus-putus’ akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia. 5.3 Cuti Rehat Khas (CRK) 5.3.1 Kerajaan telah bersetuju memberi Cuti Rehat Khas (CRK) sebanyak sepuluh (10) hari dalam satu tahun kalendar. 5.3.2 CRK tidak lebih daripada sepuluh (10) hari diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 2017 5.3.3 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Rehat bagi pegawai yang layak. 5.3.4 Cuti ini layak kepada semua guru termasuk Guru Sandaran Terlatih dan Guru Kontrak. 5.3.5 Kelulusan diberikan oleh Guru Besar dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) di sekolah. 5.3.6 Kuasa yang meluluskan permohonan CRK ialah Guru Besar atau pegawai yang diberi kuasa semasa ketiadaan Guru Besar. 5.3.7 Bilangan hari CRK yang layak diambil adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan dalam tahun berkenaan (rujuk Perintah Am 1 (IX) Bab C) 5.3.8 Permohonan hendaklah dibuat sekurang – sekurangnya 3 hari sebelum bercuti kecuali atas sebab – sebab kecemasan (maklumkan kepada Guru Besar melalui telefon, WhatsApp atau Telegram) 5.4 Cuti Keluar Negara 5.4.1 Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara mesti mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu sebelum bercuti keluar negara. Sila isikan borang permohonan dan perlindungan insuran (eLampiran A) melalui www.jpats.gbsb.my dan semua dokumen hendaklah diserahkan di pejabat selewat – lewatnya 1 bulan sebelum tarikh keluar negara. Sila berjumpa dengan Guru Besar untuk


mendapatkan sokongan permohonan. 5.5 Cuti Khas – Isteri Bersalin 5.5.1 Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai Cuti Tanpa Rekod kepada anggota perkhidmatan lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. 5.6 Cuti Tanpa Rekod 5.6.1 Cuti Tanpa Rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan / persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan dan tugas khas perubatan. 5.7 Cuti Urusan Kematian Terdekat 5.7.1 Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari sebagai Cuti Tanpa Rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah ; suami atau isteri, anak-anak, ibu dan bapa kandung serta ibu dan bapa mentua. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. 5.8 Cuti Tibi, Kusta Dan Barah 5.8.1 Seseorang pegawai yang disahkan mengidap penyakit tibi, kusta atau barah akan diberi keistimewaan mendapat rawatan perubatan percuma, termasuklah pengecualian bayaran wad dalam hospital Kerajaan, seperti yang diperuntukan dalam Perintah Am, Bab F. 6. Tugas Guru 1. Memahami dan menghayati Misi dan Visi Sekolah. Bekerja dalam satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi dan Piagam Pelanggan Sekolah. Guru-guru adalah tertakluk kepada arahan yang terdapat dalam Perintah Am. 2. Guru-guru adalah penjawat awam yang tertakluk kepada Perintah-perintah Am serta peraturanperaturan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa. 3. Guru hendaklah hadir bertugas pada masa dan hari yang telah ditetapkan. 4. Sentiasa berpakaian kemas dan tidak menjolok mata. Tingkah laku guru menjadi contoh dan tauladan kepada murid.


5. Guru akan diberi tugasan berbentuk kurikulum, kokurikulum dan pentadbiran. Guru hendaklah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. 6. Semua program yang dirancang di peringkat sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sempurna. 7. Meningkatkan minat murid kepada pelajaran. 8. Menggantikan guru-guru yang tidak hadir apabila diperlukan. 9. Menyempurnakan tugas-tugas khas seperti Guru Kelas, Guru Penasihat, Guru Bertugas Mingguan, Guru SPBT, Guru Data dan seumpamanya. 10. Guru dan kakitangan mestilah mendapat kebenaran Guru Besar sekiranya ingin ke JPNT atau PPD atas urusan rasmi. 11. Guru-guru dilarang membuat perundingan dengan pembekal alatan sekolah tanpa kebenaran daripada Guru Besar. 12. Menitikberatkan tentang kebersihan kelas dan kawasan sekolah. 13. Memberi kerjasama dalam urusan pejabat sekiranya diperlukan. 14. Sentiasa menjaga batas pergaulan di antara sesama rakan guru, staf sokongan dan murid-murid. Jalinkan hubungan profesional secara baik dan sihat. 15. Sentiasa bekerjasama di antara rakan sekerja bagi mewujudkan keseronokan semasa bertugas. 16. Sentiasa berusaha untuk memberikan khidmat terbaik kepada murid-murid dan sekolah. 17. Guru-guru adalah dilarang untuk terlibat dalam apa-apa perkara atau aktiviti yang boleh mencemarkan nama baik sekolah atau profesion perguruan secara keseluruhan. 18. Guru tidak dibenarkan menggunakan media social untuk mempengaruhi atau memaksa guru lain, kakitangan pelaksana dan pelajar untuk menerima pandangan / fahaman / pendapat / kepercayaan kepada guru, pelajar atau kakitangan pelaksana sekolah yang lain. 19. Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. 20. Guru tidak dibenarkan membuat sebarang provokasi yang menjatuhkan maruah seorang guru sama ada membuat ulasan di akhbar atau di media sosial. 21. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa. 7. e-RPH 1. Semua guru wajib melengkapkan eRPH Versi 5.0 dan klik HANTAR setiap minggu sebelum atau pada tengah malam hari Sabtu untuk disemak oleh Guru Besar. 2. Butiran pada setiap folder eRPH perlu dikemaskini dari semasa ke semasa. 3. Rancangan mengajar mingguan hendaklah berlandaskan rancangan kerja penggal/tahunan. Rancangan ini hendaklah dipatuhi. 4. Rancangan harian mestilah ditulis SEBELUM waktu mengajar. Sesuatu rancangan yang tidak dapat dijalankan hendaklah dibuat catatan. 5. Rancangan harian mestilah mengandungi objektif, aktiviti dan refleksi. 6. Seseorang guru yang melanggar peraturan dianggap melakukan satu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM 500.00. 7. Guru-guru perlu melengkapkan butir-butir berikut : i. Biodata


ii. Senarai tugas guru iii. Catatan mesyuarat / kursus / taklimat iv. Jadual waktu v. Senarai buku teks / rujukan vi. RPT / RPH vii. Rekod kemajuan murid viii. Catatan penyeliaan / perbincangan ix. Rekod guru ganti x. Rekod hantar eRPH 8. Pengurusan Kelas/APDM 8.1 Guru Kelas bertanggungjawab untuk memastikan kedatangan murid ditanda setiap hari dalam APDM 8.2 Kehadiran hendaklah ditanda oleh Guru Kelas pada masa pertama setiap hari persekolahan 8.3 Pastikan setiap maklumat murid dikemaskini dari semasa ke semasa dalam APDM. 8.4 Murid yang tidak hadir selama 3 hari berturut – turut atau berselang- seli dalam satu minggu, ibu bapa / penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis. Patuhi prosedur amaran pertama, kedua, ketiga. Semua surat amaran boleh dijana melalui APDM. 9. Pakaian Guru 9.1 Guru-guru wajib mematuhi kehendak Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai pakaian guru. Guru wajib berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan. Rujuk Surat Pekeliling Bil 6/1985 dan Surat Pekeliling Bil 7/2001. 9.2 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potogan dan panjang rambut yang sesuai. 9.3 Guru perempuan dikehendaki memakai pakaian kebangsaan yang menutup aurat, sopan serta tidak menjolok mata dan kasut yang sesuai termasuk apabila menjalankan tugas rasmi yang lain. 9.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani mesti memakai pakaian sukan yang sesuai dan guru memakai T-Shirt berkolar, Seluar Sukan (Track Bottom) serta memakai kasut sukan dan berstokin putih.Rujuk Surat Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia KP/KPPM/5(49) bertarikh 26 Julai 2010. 9.5 Semua guru wajib memakai tanda nama (name tag) pada setiap hari persekolahan. 9.6 Pakaian batik dipakai pada setiap hari Khamis 9.7 Pakaian seragam unit beruniform wajib dipakai pada setiap hari Selasa mengikut unit masing-masing. 10. Bilik Guru 10.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. 10.2 Guru perlu berada di bilik guru atau bilik khas masing-masing semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini perlu dianggap sebagai ‘non – teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru perlu menggunakan masa tersebut di bilik guru atau di bilik khas untuk perkara-perkara berkaitan dengan PdPc sahaja. Rujuk Surat Pekeliling Iktisas Bil. 3/1981. 11. Perjawatan dan Pengajaran 11.1 Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh


berurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir dan Guru Besar. 11.2 Guru perlu mengemaskini dari semasa ke semasa maklumat peribadi dalam eOperasi. 11.3 Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran perlu berurusan dengan Ketua Panitia, Guru Penolong Kanan Pentadbiran atau Guru Besar. 12. Tugas 12.1 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas / arahan oleh PPD / JPN / KPM, guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa kebenaran Guru Besar atau wakilnya. 13. Mesyuarat / Bengkel / Seminar / Kursus / Taklimat 13.1 Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain untuk menggantikannya tanpa kebenaran daripada Guru Besar. 13.2 Tumpukan sepenuh perhatian bagi tujuan laporan kepada Guru Besar atau Guru Penolong Kanan. Sediakan minit curai untuk tujuan tersebut. 13.3 Adakan in-house training kepada guru-guru lain sekiranya perlu. 13.4 Semua guru wajib menghadiri mesyuarat guru. Jika guru tidak hadir kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada Guru Besar. 13.5 Guru juga wajib hadir untuk mesyuarat-mesyuarat yang dipanggil oleh Ketua Panitia, Setiausaha Sukan dan sebagainya. 14. Penggunaan Telefon / Faks / Emel Sekolah 14.1 Penggunaan telefon, faks dan emel sekolah hanya boleh digunakan untuk urusan pentadbiran atau rasmi sahaja. 14.2. Catatkan rekod penggunaan pada buku yang telah disediakan. 15. Waktu Tidak Mengajar (Free Period) 15.1 Waktu tidak mengajar bukanlah waktu free mutlak. 15.2. Gunakan waktu free untuk membuat perancangan, menyemak hasil kerja murid,menyediakan BBM, membuat rujukan atau menulis persediaan mengajar. 15.3. Berbincang secara profesional dengan rakan sejawat tentang masalah murid, PdPc, peningkatan akademik, aktiviti panitia, unit beruniform atau kelab dan persatuan. 16. Keselamatan Pelajar 16.1. Semua guru yang sedang mengajar di dalam kelas atau di bilik-bilik khas yang lain adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan murid-murid di bawah jagaannya. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa berhati-hati dan mengawal dengan rapi setiap pergerakan murid supaya tidak berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan. 16.2. Sekiranya berlaku kemalangan / kecederaan, guru bertanggungjawab hendaklah mengambil tindakan sewajarnya dengan segera membawa murid ke klinik atau hospitaluntuk mendapat rawatan.


16.3. Maklumkan kepada Guru Besar / Penolong Kanan HEM dengan segera. 17. Kebersihan,Keceriaan Kelas / Bilik Khas dan Keselamatan Bilik Kelas 17.1. Setiap orang guru mestilah menitikberatkan mengenai kebersihan dan adalah menjadi kewajipan bersama mengawas dan mengawal kebersihan.Jadual giliran bertugas harian kelas masing-masing hendaklah disediakan Guru Kelas. 17.2 Alatan kebersihan kelas perlulah digunakan dengan baik dan disimpan dengan selamat. 17.3 Guru-guru yang mempunyai bilik dalam kawalan seperti Perpustakaan, Makmal Sains, Pusat Sumber Sekolah, Makmal Komputer , Bilik Muzik , Bilik Pemulihan, Bilik Kesihatan dan Stor Sukan bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik-bilik tersebut. 17.4 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua warga sekolah iaitu murid, guru, AKP, pengusaha dan pekerja kantin, pekerja kebersihan dan keselamatan sekolah. 18. Pelawat 18.1. Semua pelawat mestilah berjumpa dengan Guru Besar atau GPK terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa urusan dengan pihak sekolah.Guru-guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau jurujual daripada mana-mana syarikat kecuali dengan kelulusan Guru Besar. 19. Mesyuarat dan Taklimat Guru 19.1 Pihak pengurusan akan mengadakan pelbagai mesyuarat dan taklimat dari semasa ke semasa 19.2 Semua guru wajib menghadiri mesyuarat dan taklimat tersebut. 20. Mesyuarat Jawatankuasa 20.1. Guru-guru akan dilantik menduduki jawatankuasa-jawatankuasa tertentu di sekolah ini. 20.2. Mereka hendaklah menghadirinya dan mengambil bahagian yang aktif di dalam mesyuarat tersebut. 20.3. Guru-guru yang dilantik menjadi setiausaha kepada sebarang jawatankuasa hendaklah menyediakan minitnya dan satu salinan kepada Guru Besar 1 minggu selepas itu. 20.4. Fail yang lengkap mengenai jawatankuasa yang dianggotai hendaklah diwujud sebagai rujukan dan semakan. 21. Lawatan Sambil Belajar 21.1. Guru-guru digalakkan menganjurkan lawatan sambil belajar bagi faedah muridmurid. Walau bagaimanapun harus dibincangkan terlebih dahulu dengan Guru Besar. 21.2. Guru-guru adalah dilarang sama sekali menganjurkan lawatan terlebih dahulu tanpa pengetahuan Guru Besar dan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. 21.3. Semasa lawatan dijalankan ,guru-guru yang mengiringi hendaklah mengawasi dan mengawal selia murid-murid mereka dengan baik.


21.4. Selepas lawatan, guru yang mengetuai rombongan hendaklah menyediakan laporan bertulis dan serahkan kepada Guru Besar. 21.5. Semua guru / penyelaras projek wajib mengisi borang PPS 57 untuk di hantar kepada Unit Perhubungan JPNT bagi mendapat kebenaran keluar 5 minggu sebelum lawatan. 22. Penggunaan Bilik Komputer / Bilik Sumber / Perpustakaan / Bilik Khas 22.1 Guru-guru yang ingin menggunakan Bilik Komputer haruslah mendapat kebenaran dari Penyelaras dan selepas menggunakannya kembalikan kunci kepada penyelaras serta catat penggunaannya. 2.2 Pada waktu persekolahan, murid tidak dibenarkan masuk tanpa diiringi oleh guru. 22.3 Murid tidak dibenarkan membawa peralatan lain selain dari yang dibenarkan 22.4 Semua pengguna bilik ini tidak dibenarkan membawa makanan dan makan di dalamnya. 23. Jadual Waktu 23.1 Seseorang guru perlu mengajar mengikut sukatan pelajaran, rancangan pelajaran tahunan dan jadual waktu yang ditandatangani oleh Guru Besar. Jika mengajar di luar sukatan pelajaran dan di luar jadual waktu yang diluluskan dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya. 23.2 Guru kelas perlu menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas masingmasing. 23.3 Guru mesti mematuhi masa jadual waktu : tidak dibenarkan keluar dari kelas lebih awal atau masuk lewat ke kelas 23.4 Seseorang guru yang tidak masuk kelas untuk mengajar atau tidak menghadiri kokurikulum sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan di dalam jadual waktu / takwim yang dianggap telah melanggar Peraturan Sekolah dan boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Pelanggaran Tata Kelakuan Peraturan – Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993. 24. Keselamatan Harta Benda Sekolah 24.1 Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan guru disiplin / PK HEM atau guru besar. 24.2 Ketua Panitia / Guru Kanan Mata Pelajaran wajib memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat – alat dan bilik- bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain. 24.3 Sebarang pinjaman harta benda sekolah hendaklah melalui Pegawai Aset dengan kelulusan guru besar. 25. Surat-Menyurat 25.1 Semua surat rasmi serta memo dalaman keluar, wajib melalui Guru Besar, atau tandatangan Guru Besar sahaja. 25.2 ’Letter head’ sekolah hanya boleh digunakan dengan kebenaran Guru Besar.


26. Surat Yang Diterima 26.1 Jika surat itu ditujukan kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Guru Besar, surat itu boleh disimpannya sendiri setelah mengambil tindakan. 26.2 Jika surat ditujukan kepada Guru Besar dan diedarkan untuk tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah mengambil tindakan yang diperlukan. 27. Membeli Barang 27.1 Guru yang hendak membeli barang wajib memohon kebenaran dengan menggunakan nota minta yang boleh diperolehi di pejabat. 27.2 Borang itu mesti mendapat kelulusan Guru Besar sebelum pembelian dilakukan. 27.3 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas. 27.4 Semua Borang Pesanan Tempatan mesti ditandatangani oleh Guru Besar, Pembekal dan Penerima. 27.5 Guru juga tidak dibenarkan mengadakan jualan langsung sepanjang sesi persekolahan di sekolah. 28. Kegiatan Kokurikulum 28.1 Kegiatan Kokurikulum merupakan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia. Sehubungan dengan itu, semua guru ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini perlu dijalankan dengan cekap dan teratur tertakluk kepada pematuhan kegiatan kokurikulum yang digariskan dalam Surat Pekeliling Iktisas dan Akta Pendidikan 550. 28.2 Kecederaan pelajar yang serius mesti dilaporkan dengan segera kepada ibu bapa serta Guru Besar dan seterusnya dihantar ke hospital. 28.3 Semua guru penasihat perlu mengisi borang kebenaran ibu bapa sebelum menjalankan aktiviti di luar sekolah. 29. Guru Bertugas Mingguan 29.1 Guru bilangan pertama yang disenaraikan dalam kumpulan merupakan ketua bagi kumpulan tersebut. Ketua kumpulan hendaklah memastikan ahli-ahlinya menjalankan tugas. 29.2 Setiap hari persekolahan ade sekumpulan guru yang bertugas. Senarai guru bertugas akan diedarkan. 29.3 Ketua guru bertugas wajib mengadakan perbincangan bagi menentukan tugas ahli kumpulannya berdasarkan jadual bertugas dan arahan guru besar. 29..4 Membantu guru disiplin untuk memastikan wujudnya disiplin yang baik dalam kalangan murid. 29.4.1 Memastikan peraturan dipatuhi. 29.4.2 Murid-murid mematuhi peraturan di kantin. 29.4.3 Murid-murid tiba di sekolah pada waktunya. 29.4.4 Tiada murid yang merayau tanpa tujuan. (Murid wajib memakai kad kebenara keluar) 29..5 Mengurus masalah murid yang sakit dan merekodkannya ke dalam Buku Laporan Bertugas. 29..6 Membuat pemantauan bangunan / kawasan sekolah dan memberi laporan tentang pemerhatianserta kebersihan sekolah. Berikan cadangan untuk membaiki keadaan sekolah dan guru.


29..7 Mengendalikan perhimpunan mingguan dan harian; 29.7.1 Perhimpunan mingguan (Ahad) 29.7.2 Memastikan kerusi guru mencukupi 29.7.3 Sistem siaraya berfungsi dengan baik. 29.7.4 Mengatur dan mengawasi disiplin murid semasa berkumpul. 29.7.5 Melaporkan hasil pemerhatian dalam perhimpunan mingguan berikutnya 29.7.6 Semua murid wajib membawa buku catatan dan alat tulis. 29.8 Perhimpunan Harian / Laman Nurani. 29.8.1 Sistem siaraya berfungsi dengan baik.id 29.8.2 Mengatur dan mengawasi disiplin pelajar semasa berkumpul. 29.8.3 Membuat pengumuman sekiranya ada. 29.8.4 Pengerusi memastikan Perhimpunan Harian bermula pada 7.30 pagi dan tamat pada 7.45 pagi. 29.9. Bacaan Yasin dan Solat Hajat (Khamis) 29.9.1 Tentukan guru atau murid yang mengetuai bacaan Yaasin. 29.9.2 Mengatur dan mengawasi disiplin murid semasa berkumpul. 29.9.3 Membuat pengumuman sekiranya ada. 30. Perhimpunan Sekolah 30.1 Perhimpunan Rasmi Mingguan 30.1.1 Perhimpunan Mingguan akan diadakan pada setiap hari Ahad bermula 7.45 pagi sehingga 8.15 pagi pada setiap minggu. 30.1.2 Semua guru diwajibkan hadir dan berada di atas pentas atau di tempat khas. 30.1.3 Semua guru lelaki wajib memakai tali leher merah dan baju kemeja putih berlengan panjang serta berkot sementara guru perempuan berkot. 30.1.4 Format perhimpunan mingguan : 30.1.4.1 Nyanyian lagu kebangsaan, lagu negeri, lagu sekolah, ikrar Rukun Negara dan menaikkan bendera. 30.1.4.2 Bacaan Al – Quran 30.1.4.3 Laporan guru bertugas 30.1.4.4 Ucapan guru yang berkenaan. 30.1.4.5 Penyampaian Hadiah dan Sijil (jika ada) 30.1.4.6 Ucapan Guru Besar / Wakil Pengurusan 30.1.4.7 Bacaan Doa 30.1.5 Perhimpunan Bulanan Kokurikulum diadakan pada setiap hari Selasa minggu ke 3 setiap bulan. Murid wajib berkumpul di dewan sebelum bersurai ke tempat yang telah dikhaskan. 30.1.6 Perhimpunan Mingguan diadakan mengikut amalan minggu pertama (perhimpunan rasmi), minggu kedua (perhimpunan rasmi), minggu ketiga (perhimpunan rasmi / mentor mentee / perhimpunan bulanan kokurikulum) dan minggu keempat (senamrobik). 30.1.7 Perhimpunan Harian / Laman Nurani. 30.1.7.1 Perhimpunan harian / laman nurani akan diadakan pada setiap hari Isnin hingga Rabu bermula 7.30 – 7.45 pagi. 30.1.7.2 Menjadi tanggungjawab guru bertugas mingguan dan AJK Perhimpunan untuk mengawal pelajar semasa perhimpunan harian / laman nurani. 30.1.7.3 Format Perhimpunan Harian / Laman Nurani. 30.1.7.3.1 Bacaan Surah dan terjemahan Lima Ayat Sehari. 30.1.7.3.2 Bacaan Pengumuman / Ucapan Guru (jika ada)


30.1.7.3.2 Guru kelas mengambil kedatangan pelajar. 30.1.7.4 Perhimpunan pada setiap hari Khamis khas untuk bacaan yasin dan Solat Hajat. 30.1.7.5 Semua guru diwajibkan hadir untuk mengawasi pelajar. 31 Tanda Nama 31.1 Semua guru wajib memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah / di luar sekolah. 31.2 Tanda nama mestilah mengikut saiz yang ditetapkan iaitu 7.5 x 2.5 dan hanya satu nama sahaja. 32 Penggunaan Peralatan Sekolah 32.1 Peralatan sekolah perlu digunakan dengan teliti, cermat dan mengikut peraturan yang ditetapkan dan direkodkan. 32.2 Mesti mendapat kebenaran daripada ketua – ketua bahagian atau penjaga stor. 32.3 Bertanggungjawab menggunakan alat – alat dengan baik dan memulangkan semula dengan segera serta berkeadaan baik. 32.4 Jika rosak, perlu dilaporkan dengan serta – merta dan menggantinya jika perlu. 33 Arahan dan Pekeliling 33.1 Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar wajib dibaca dengan teliti dan dipatuhi selepas membacanya. 33.2 Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru perlu menyimpannya di dałam fail khas. 33.3 Sekiranya surat pekeliling itu dari Kementerian, Jabatan Pendidikan / PPD, guru perlu mengembalikannya dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil. 33.4 Sekiranya guru ingkar arahan Guru Besar tanpa alasan yang munasabah, tindakan tatatertib boleh diambil ke atas pegawai berkenaan. 34 Kunci 34.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat dan pengambilannya direkodkan. 35 Acara atau Majlis Rasmi Sekolah 35.1 Semua guru diwajibkan hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah. 35.2 Jika guru tidak dapat hadir, guru tersebut wajib memberi surat tunjuk sebab kepada Guru Besar. 35.3 Semua guru dikehendaki memakai pakaian rasmi sekolah. 35.4 Semua guru tidak dibenarkan berada di kantin atau bilik guru semasa majlis rasmi diadakan. 36 Pusat Sumber dan Perpustakaan 36.1 Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan tanpa diiringi oleh guru yang berkenaan. Guru wajib berada bersama murid-murid sepanjang masa. 36.2 Guru perlu mengisi borang tempahan untuk menggunakan perpustakaan pada waktu Persekolahan. 36.3 Guru-guru perlu merancang aktiviti/kerja murid terlebih dahulu sebelum masuk ke Perpustakaan.


36.4 Pengisian waktu relief di perpustakaan TIDAK DIBENARKAN. 37 Penggunaan Makmal Komputer 37.1 Guru yang ingin menggunakan bilik komputer perlu mendapat kebenaran daripada Penyelaras dan merekodkan penggunaannya. 37.2 Murid tidak dibenarkan masuk tanpa diiringi oleh guru 37.3 Semua guru dan murid wajib akses Google Classroom melalui pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) setiap bulan bagi memastikan penggunaan 100% masa dan Microsoft 365 adalah sangat digalakkan


PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN ( PdPc ) 1. Ketua Panitia 1. Guru yang bertanggungjawab membantu Guru Besar bagi memastikan kelancaran keadaan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran berkenaan. 2. Beliau akan mempengerusikan Mesyuarat Panitia mata pelajaran tersebut bagi merancang aktiviti mata pelajaran berkenaan. 3. Menyemak semua soalan peperiksaan/ujian yang disediakan oleh guru mata pelajaran di bawah bidang masing-masing. 4. Memastikan semua fail panitia sentiasa dikemaskini. 5. Menyelaras semua Rancangan Pelajaran Tahunan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) selari dengan aarahan bahagian Perkembangan Kurikulum dari semasa ke semasa. 2. Menepati Masuk Kelas dan Masa Keluar Kelas 2.1 Semua guru diwjibkan menepati masa PdPc seperti yang ditetapkan dalam jadual waktu. 2.2 Sebelum PdPc bermula, pastikan keadaan kelas bersih dan, ketua kelas hendaklah membaca doa selepas memberi salam. 3. Kawalan Murid dan Perlakuan Semasa Mengajar 3.1 Kawalan dan disiplin murid adalah sangat penting bagi sesebuah kelas dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Kegagalan mengawal disiplin murid di kelas akan memberi kesan negatif kepada prestasi pencapaian murid. 3.2 Guru perlu melengkapkan buku kawalan murid sebelum memulakan pengajaran 4. Perlakuan Waktu Mengajar 4.1 Guru-guru hendaklah berada dalam keadaan cergas agar membolehkan mengawal murid dengan berkesan agar pengajaran dapat dijalankan dengan teratur.Ini bermakna mengajar sambil duduk adalah tidak sesuai, kecuali dengan sebab-sebab kesihatan. 5. Buku Nota dan Latihan Bertulis 1. Guru hendaklah sentiasa mengawasi supaya kerja murid supaya dilakukan dengan bersih, kemas dan teratur. 2. Guru hendaklah memberi latihan bertulis kepada murid seberapa kerap yang mungkin selaras dengan volume kerja 3. Guru diminta memeriksa buku nota murid dari semasa ke semasa untuk memastikan nota mereka lengkap, kemas dan teratur. 4. Guru-guru dikehendaki sentiasa untuk menghantar buku latihan dan buku nota jika diminta oleh Guru Penolong Kanan atau Guru Besar untuk disemak. 5. Guru-guru diwajibkan mempunyai cop semakan buku nota dan latihan. 6. Alatan Mengajar/Bahan Mengajar 1. Tanggungjawab guru untuk menyediakan alatan bantuan mengajar dan bahan sumber yang sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.


2. Alatan/bahan yang terdapat di Pusat Sumber atau Bilik Bantu Mengajar hendaklah digunakan dengan semaksima mungkin dalam pengajaran. 3. Semua guru bertanggungjawab terhadap keselamatan Alat Bantu Mengajar yang terdapat di Pusat Sumber atau Bilik Bantu Mengajar. 4. Setelah menggunakan Alat Bantu Mengajar hendaklah disimpan di tempat yang telah disediakan agar mudah bagi guru lain yang akan menggunakan semula. 7. Alatan Sukan 7.1. Semua jenis alatan sukan akan disenaraikan oleh Setiausaha sukan.Kelengkapan dan kesempurnaan alatan perlu diawasi dengan teliti dan dijaga dengan sempurna. 7.2. Hanya guru sahaja dibenarkan mengambil peralatan sukan daripada stor sukan dan perlu direkodkan. 8. Ujian Diagnostik / Pentaksiran / PBL 1. Dari semasa ke semasa guru akan menjalankan ujian bulanan dan ujian penggal.(Rujuk kepada takwim Peperiksaan-Unit Kurikulum) 2. Markah ujian hendaklah dimasukkan ke dalam ruang yang berkenaan dalam folder eRPH 3. Guru juga dikehendaki melaksanakan PBS sepanjang tahun dan Project Based Learning atau Kemahiran Melalui Rekabentuk diadakan dua kali setahun. 9. Penyelian dan Pencerapan Guru Besar 1. Penyeliaan dan pencerapan ini akan dijalankan oleh semua pengurusan 2 kali setahun mengikut jadual dengan tujuan melihat keadaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan penilaian prestasi PBPPP serta SKPMg2. 2. Semua guru juga akan dicerap oleh Guru Besar sekurangnya sekali dalam setahun. 10. Guru Ganti 10.1 Guru Ganti hendaklah mematuhi jadual gantian yang ditetapkan 10.2 Guru hendaklah berada di dalam kelas yang ditetapkan. 10.3 Terimalah dengan hati terbuka dan penuh rasa tanggungjawab. 10.4 Catatkan di dalam e-RPH. 11. Mendenda Murid 11.1 Denda yang dikehendaki perlu berbentuk positif kerana denda yang keterlaluan boleh mengganggu emosi pelajar dan merugikan murid dalam pelajaran. 11.2 Guru yang diberi kuasa sahaja boleh merotan murid mengikut peraturan yang telah ditetapkan. 11.3. Sebarang bentuk denda yang melibatkan fizikal dan emosi adalah dilarang. 12. Pemeriksaan Oleh Nazir / Pegawai JPNT / PPDKN / SIP / SISC+ 12.1 Pihak Nazir atau jabatan dari semasa ke semasa akan datang ke sekolah bagi menyelia PdPc bagi mata pelajaran tertentu. 12.2 Guru hendaklah memastikan Rancangan Pengajaran Harian sentiasa disediakan sepanjang PdP dan memberikan kerjasama serta boleh berbincang berkaitan PdPc.


PELAN LALUAN KECEMASAN


PENGGAL PERSEKOLAHAN SESI 2024/25


CUTI PERAYAAN SESI 2024/25


HARI KELEPASAN AM BAGI NEGERI TERENGGANU 2024


Ruj.Kami : SKBT(KN) 600-2/1/ Tarikh: 3 Mac 2024 SK Bukit Tunggal, 21200 Kuala Nerus, Terengganu. PERLANTIKAN SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA KERJA DAN TUGAS SEBAGAIMANA DALAM BUKU MANUAL PENGURUSAN SK BUKIT TUNGGAL, KUALA NERUS. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Dengan suka sukacitanya dimaklumkan bahawa tuan / puan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Sk Bukit Tunggal 2024/25 bagi tugas-tugas berikut: a. b. c. d. e. a. f. g. 3. Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan tuan / puan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Sekian, terima kasih. Saya yang menjalankan amanah, …………………………… (JULIA BINTI BENJAMIN SIRI) Guru Besar SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TUNGGAL 21200 KUALA NERUS Tel:09-6664263 Faks: 096664575 TERENGGANU Email: [email protected]


Semua Guru Semua Ketua Panitia Semua Guru Penolong Kanan Tuan/Puan, Ruj.Kami : SKBT(KN)600-8/1/ Tarikh : 3 Mac 2024 PENYELIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI TAHUN 2024/25 Merujuk kepada perkara diatas, dengan hormat dan sukacita dimaklumkan pihak pengurusan akan membuat pencerapan pengajaran dan pembelajaran untuk semua guru berdasarkan SPI Bil.3/1999 2. Sehubungan itu, tuan/puan hendaklah bersedia dengan melengkapkan penyedian ERPH sebagaimana dikehendaki oleh SPI Bil.3/1999. Pekara-pekara dibawah perlu diberi perhatian:- 2.1 Melaksanakan tugas penyeliaan di kelas berdasarkan garis panduan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1987. 2.2 Semua penyeliaan yang dilaksanakan sebagaimana keperluaan bagi memastikan kualiti PDPC guru berdasarkan aspek-aspek yang ada dalam Standard 4 SKPMg2 2.3 Memastikan amalan Pengajaran PAK21 SENTIASA DIAMALKAN termasuk dengan kesediaan bilik darjah yang bercirikan PAK21 serta kondusif 2.4 Melaksanakan Sesi PRA, Semasa dan Pasca Penyeliaan PDPC guru 2.5 Melaksanakan Aktiviti Pentaksiran Bilik Darjah sepanjang tahun. 2.6 Melaksanakan Pemeriksaan buku tulis murid. 2.7 Menggunakan Amalan ICT dalam PDPC Guru 3. Bersama dengan surat ini disertakan Jawatankuasa Penyeliaan PDPC yang terdiri dari Guru Besar, Semua Penolong Kanan dan Ketua Panitia serta Jadual Penyeliaan PDPC guru. Kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada tuan/puan amatlah dihargai demi kecemerlangan pelajar diucapkan ribuan terima kasih. Sekian, Saya yang menjalankan amanah, …………………………… (JULIA BINTI BENJAMIN SIRI) Guru Besar SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TUNGGAL 21200 KUALA NERUS Tel:09-6664263 Faks:096664575 TERENGGANU Email:[email protected]


CARTA ORGANISASI PENGURUSAN SK BUKIT TUNGGAL TAHUN 2024/25 PUAN JULIA BINTI BENJAMIN SIRI


SENARAI NAMA KAKITANGAN DAN PENTADBIR 2024/25 BIL NAMA JAWATAN 1. Puan Julia Binti Benjamin Siri Guru Besar 2. En. Mohd Zarufini bin Mohamad Sabri PK Pentadbiran 3. Pn. Norhazwanti binti Yusoff PK HEM 4. En. Mohd Tarmizi bin Che Min PK KO 5. Pn. Norsabariah binti Zah @ A. Aziz Ketua Pembantu Tadbir N22 6. Pn. Rahimah binti Mohd PT N19 7. Pn. Nursuzilawati binti Sulong PPM N19 8. Pn. Masitah binti Mohamad PPM N19 9. En. Oli Mohamed bin Abd Karim @ Abidin PO N11


Click to View FlipBook Version