The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1033-11-nurin, 2023-03-12 01:13:46

KETIDAKSTABILAN PEMERINTAHAN KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN

e-book PIMK1124

PIMK1124 NURIN MAISARAH BINTI SUGIMAN PPS2.02 2022202310126 KETIDAKSTABILAN ERA PEMERINTAHAN KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN


ISI KANDUNGAN pengenalan biografi sejarah kewafatan zaman kejatuhan isu ketidakstabilan pemerintahan hadis perpecahan ummah penutup


PENGENALAN Uthman bin Affan Abi al-Ash bin Umaiyyah merupakan karyawan dan dermawan serta salah seorang daripada golongan assabiqunal awwalun. Beliau merupakan salah seorang sahabat nabi Muhammad SAW dan telah berkahwin dengan 2 orang anak Rasulullah iaitu Ruqaiyyah & Ummu Kalsum. Beliau juga merupakan khalifah yang menyambung pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab pada tahun 644 Masihi. Beliau wafat semasa membaca Al-quran pada bulan Zulhijjah tahun 35 H ketika usianya 82 tahun setelah memegang jawatan sebagai Khalifah selama 12 tahun. Beliau dimakamkan di Baqi Madinah.


BIOGRAFI NAMA: Uthman bin Affan Abi al-Ash bin Umaiyyah TARIKH LAHIR: Tahun 576 Masihi, 6 Tahun selepas Tahun Gajah TEMPAT LAHIR: Mukarramah / Mekah KETURUNAN: Bani Umaiyah GELARAN: Dzun Nurain (dua cahaya) kerana memiliki 2 isteri dari anak Rasulullah TARIKH WAFAT: 18 Zulhijjah tahun 35 hijrah SEBAB WAFAT: Pemberontak yang mengepung rumahnya KHALIFAH YANG KE: 3 TEMPOH MENJADI KHALIFAH: 644 Masihi – 656 Masihi TEMPOH PEMERINTAHAN: 12 tahun


Kemudian jumaat 18 zulhijjah tahun 35 hijrah iaitu hari ke 40 daripada kepungan itu. Beliau berpuasa dan banyak membaca al-quran agar beliau mati syahid dalam keadaan berpuasa dan membaca alquran 3 pemimpin khawarij masuk dan memukul Saidina Uthman dengan besi dan menyepak a-lquran yang dibaca olehnya. Alquran itu terus terbuka sehingga darah yang mengalir dari muka beliau terkena ayat 137 surah al Baqarah yang bermaksud, “maka cukuplah Allah bagi kamu daripada kejahatan mereka dan dialah Tuhan Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” S E J A R A H K E W A F A T A N Pertemuan terakhir Saidina Uthman dengan para muslimin ialah seminggu selepas bermulanya kepungan dan beliau terus terkepung di dalam rumahnya sehingga terputus bekalan air. Selepas 30 hari membuat kepungan terhadap Saidina Uthman, pemberontak khawarij membakar pintu dan atap rumah beliau. Kemudian datang pula Sudan lalu dilibas pedangnya ke arah Saidina Uthman dan terus menetak saidina uthman beberapa kali sehingga beliau gugur syahid.


ZAMAN KEJATUHAN Pentadbiran politik pada zaman penghujung pemerintahan Khalifah Uthman telah berlaku beberapa keributan dan kucar-kacir. Pada usia beliau yang telah mencecah 80 tahun, peribadinya lemah, pentadbirannya telah dapat dipengaruhi oleh kaum keluarganya dari Bani Umaiyah yang mana sebahagian dari mereka pernah menjadi pemimpin dalam kegiatan menentang Rasulullah SAW di Makkah. Marwan telah berjaya menggunakan nama Khalifah Uthman untuk melakukan beberapa perubahan dalam sistem pemerintahan. Perlantikan gabenor dan pegawaipegawai kerajaan yang dilantik oleh Khalifah Umar telah dipecat dan digantikan oleh keturunan Bani Umaiyah iaitu kaum keluarganya sendiri. Tindakan Marwan ini telah melahirkan beberapa kesan buruk kepada pemerintahan Uthman. Kebanyakan Gabenor ini terlalu menjaga kepentingan diri sendiri kerana didorong oleh tujuan-tujuan duniawi dan tidak tujuan rohani atau kepentingan rakyat. Mereka bertujuan untuk mengutip cukai yang banyak dari daerah Islam, kerana itu pemerintahan mereka di daerah Islam adalah secara menindas tidak secara membimbing.


ISU KETIDAKSTABILAN PEMERINTAHAN Boros menggunakan harta negara Terlalu boros menggunakan perbelanjaan negara, lebih mengutamakan kaum keluarga Umaiyah. Pegawaipegawainya telah membelanjakan harta-harta negara untuk ahli rumahnya, keluarganya dan pembesar-pembesar Quraisy. Membenarkan sahabat-sahabat memiliki harta di wilayah Di zaman Khalifah Umar orang Islam di kawal rapi, tidak dibenarkan berpindah antara satu wilayah ke wilayah yang lain, tidak dibolehkan memiliki tanah ataupun mengumpul kekayaan di wilayah-wilayah Islam di luar Madinah. Undang-undang ini diwujudkan untuk mengelakKkan daripada timbulnya kapitalis-kapitalis dalam masyarakat Islam. Namun apabila Saidina Uthman menjadi Khalifah, keadaan mula berubah. Sahabat-sahabat dibenarkan berpindah sesuka hati. Mereka diizinkan memiliki tanah dan harta di wilayah itu hingga antara mereka terus berusaha merebut kekayaan dan menggunakan pengaruhnya untuk kepentingan diri sendiri. Maka muncullah golongan kapitalis baru yang hidup mewah dengan meninggalkan cara-cara hidup lama, disamping golongan miskin yang menderita akibat ditindas.


ISU KETIDAKSTABILAN PEMERINTAHAN Tidak menerima nasihat Sahabat-sahabat memberi nasihat kepada khalifah supaya mengubah kembali pentadbiran yang menyeleweng itu, tetapi segala nasihat dibiarkan begitu sahaja. Hasutan orang munafiqin yang pura-pura masuk Islam Apabila keadaan tidak terkawal lagi maka satu angkatan membuat fitnah yang diketuai oleh Abdullah bin Sabak, Seorang Yahudi yang pura-pura memeluk Islam berjaya membangkitkan semangat benci yang mendalam kepada Khalifah Uthman dan keluarganya. Beliau `roadshow` dari satu daerah ke daerah yang lain, dari Hijaz ke Basrah. Di Basrah beliau dihalau oleh Gabenor disana kemudian bergerak ke Kufah, dari Kufah beliau lari ke Syam kemudian ke Mesir. Pada setiap tempat yang dilawati beliau mendapat sokongan penuh dari kebanyakkan penduduk.


ْبَراِهيَم، ، َوِإْسَحاُق ْبُن ِإ ِبي َشْيَب َة َماُن ْبُن َأ ْث َنا ُع َحَّدَث َنا َجِريٌر، َعِن َماُن َحَّدَث ْث اَل، ُع ا َو َق ْخَبَرَن اَل ِإْسَحاُق َأ َق اَل َسِمْعُت َق ِبٍر، ِبي ُسْفَياَن، َعْن َجا ا َألْعَمِش، َعْن َأ ِإَّن الَّشْيَطاَن الَّنِبَّي صىلهللاعليه وسلم َيُقوُل " َعَرِب ْل وَن ِفي َجِزيَرِة ا ُّل ُمَص ْل ْن َيْعُبَدُه ا ِيَس َأ ْد َأ َق . " ِكْن ِفي الَّتْحِريِش َبْيَنُهْم َوَل (HR. MUSLIM 2812 DAN IBN HIBBAN 5941). HADIS FITNAH PERPECAHAN UMMAH Telah menceritakan kepada kami Uthman bin Abu Syaibah dan Ishak bin Ibrahim, berkatanya Ishak kepada kami dan berkata, Uthman menceritaan pada Jarir dari A'mash dari Abi Sufiyan dari Jabir. berkata aku mendengar Rasulullah bersabda “Sesungguhnya Syaitan telah berputus asa untuk disembah oleh orang-orang yang salat di Tanah Arab, akan tetapi dia akan mewujudkan perpecahan (permusuhan) di kalangan mereka.”


Melalui hadis tersebut, Rasulullah hendak mengingatkan kepada kita agar selalu mewaspadai bahaya fitnah berupa perpecahan di antara umat Islam di akhir zaman. Seungguhnya syaitan tidak akan sesekali berhenti dalam memecahbelahkan umat islam sendiri. Hadis ini turut berkait dengan peristiwa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan yang mana Marwan bin Al Hakam iaitu salah seorang ahli keluarganya telah dilantik sebagai setiausahanya. Marwan telah menggunakan nama Khalifah Uthman untuk melakukan beberapa perubahan dalam sistem pemerintahan. Akibatnya pentadbiran politik pada zaman penghujung pemerintahan Khalifah Uthman telah berlaku beberapa keributan dan kucar-kacir dek kerana sikap Marwan yang memerintah mengikut pertimbangan sendiri. Lebih merungsingkan lagi apabila dia telah menggunakan nama Uthman dalam membuat sesuatu keputusan. Tindakan Marwan ini telah melahirkan beberapa kesan buruk kepada pemerintahan Uthman.


PENUTUP Meskipun pelbagai isu telah berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan, terdapat juga sisi-sisi baik yang boleh dicontohi pada beliau seperti: 1. Mencontohi keperibadian mulia saidina Uthman yang dermawan 2. Mengamalkan sikap bermurah hati dan membelanjakan harta kejalan Allah 3. Istiqamah dengan pekerjaan yang diredai Allah S.W.T 4. Berwaspada terhadap musuh 5.Berdakwah kepada orang Islam dan kepada orang bukan Islam 6. Memperlengkapkan diri dengan ulama untuk menyumbang kearah kemajuan negara


OLEH NURIN MAISARAH SYUKRAN


Click to View FlipBook Version