Nama Pensyarah:
Pn.Siti Aishah Binti Othman
Nama Pelajar Nombor Matrik
NOOR SYAFINAS BINTI MOHAMMAD 16DET21F1003
SHAHIDI
MUHAMMAD DANISH BIN AZMI 16DET21F1032
MUHAMMAD LUQMAN HAFIDZAN 16DET21F1060
BIN ABD RAHMAN
ISI KANDUNGAN
NO PERKARA MUKA
SURAT
1 Perhargaan
1
2 Pengenalan 2-3
3 Isu dan Cabaran Bahasa Melayu Pada 4-9
Masa Kini
10-11
4 Cara Penyelesaian Bagi Isu dan Cabaran
Bahasa Melayu pada Masa Kini. 12
13
5 Kesimpulan
6 Runjukan
1
PERHARGAAN
Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat
yang dikurniakan oleh Allah S.W.T dapat juga kami
menyelesaikan tugasan e-folio dengan jayanya .
Pertamanya , kami ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Pn.Siti
Aishah Binti Othman yang telah memberi banyak
tunjuk ajar serta membimbing kami.
Perhargaan ini juga ditujukan kepada rakan-
rakan yang sentiasa memberi kerjasama atas
kerja-kerja e-folio dengan atas segala
pertolongan yang diberikan.
PENGENALAN 2
Sejarah Bahasa Melayu
Pada era kemerdekaan Malaysia , Tunku Abdul
Rahman (Perdana Menteri pertama) memperkenalkan
istilah "Bahasa Melayu" sebagai nama Bahasa
kebangsaan Malaysia kerana terpergaruh dengan
negara jiran , Indonesia.Istilah ini kemudiannya
diguna pakai secara meluas . Sebenarnya istilah
Bahasa Melayu itu tidak disumbangkan oleh YAB
Tuanku Abdul Rahman tetapi timbul secara spontan
selepas tragedi 13 Mei 1969 . Hal ini terbukti dalam
liputan akhbar pada masa tersebut. Pada masa
tersebut itu , wujud semacam persetujuan ramai
terhadap istilah Bahasa Malaysia .Namun ,
Perlembagaan Malaysia tidak berubah.
Pada tahun 1968 , istilah " Bahasa Malaysia" ditukar
kepada "Bahasa Melayu" . Penukaran ini dibuat
selaras dengan apa yang termaktub dalam perkara
152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia , iaitu
"Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu.
3
Pada 4 Jun 2007 , Kabinet Malaysia telah
membuat keputusan untuk menukarkan
penggunaan "Bahasa Melayu" kepada " Bahasa
Malaysia" kerana ingin menanam semangat
perpaduan kaum dalam kalangan (tetapi tidak
berhasil) .Kabinet mengarahkan semua
kementerian , universiti dan pusat pengajian
tinggi supaya memaklumkan jabatan serta
agensi berkaitan untuk menggunakan istilah
"Bahasa Malaysia" dalam surat-menyurat
,notis dan dokumen.
ISU DAN CABARAN 4
BAHASA MELAYU PADA
MASA KINI
Persaingan dengan
Bahasa Inggeris
Persepsi negatif
terhadap Bahasa Melayu
Kemampuan guru mengajar
BahasaMelayu
Pengaruh Teknologi
Bahasa "rojak"
Pengaruh dialek
5
1.PESAINGAN DENGAN BAHASA
INGGRIS
Arus globalisasi yang melanda dunia meninggalkan impak
yang besar yang memungkinkan Bahasa Inggeris terus
berkembang sebagai bahasa penting di kebanyakan
negara.Peningkatan penggunaan bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua atau ketiga meninggalkan kesan kepada
sistem pendidikan di negara-negara dan antara bidang
yang terkesan ialah bahasa.
Globalisasi dianggap sebagai pembunuh bahasa ibunda
kerana hampir semua maklumat yang diperoleh daripada
internet terdapat dalam bahasa inggeris.Bahasa Inggeris
yang dianggap sebagai lingua franca dunia moden pada
hari terus disanjung dan dimartabatkan sebagai bahasa
penting dalam kehidupan harian.
Ada juga yang tanpa segan silu menganggap dan menerima
bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda hanya kerana
mereka bertutur dalam bahasa Inggeris .Mereka seolah-
olah malu dan enggan untuk bertutur dalam bahasa
Melayu dan berusaha untuk tidak menggunakan bahasa
Melayu dalam kehidupan mereka.
2.KEMAMPUAN GURU MENGAJAR 6
BAHASA MELAYU
Dalam bidang pelajaran bahasa Melayu , aspek
tatabahasa merupakan salah satu unsur penting .Aspek
ini perlu dipelajari dan dikuasai oleh pelajar untuk
membolehkannya dan menguasai bahasa dengan
cekap.Pengajaran juga berupaya menambahkan
kemahiran , pengetahuan , kebolehan dan pengalaman
pelajar supaya dapat memberi kegembiraan , faedah
dan kemajuan dalam kehidupannya.
Untuk mencapai hasrat itu , guru memainkan peranan
penting .Seseorang guru harus merancang ,
melaksanakan dan membuat penilaian sesi pengajaran
dan pembelajaran agar menepati hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan .
Menurut Jacqueline (2008) tatabahasa perlu diajar
kepada pelajar kerana dapat membantu pelajar
membentuk frasa atau ayat sendiri .Manakala Rahman
(2005) pula mendefinisikan tatabahasa sebagai susunan
perkataaan menjadi ayat.Cara perkataan yang dibina
dan kemudian disusun dalam ayat yang juga
mempunyai makna.
3.KEWUJUDAN BAHASA "ROJAK" 7
DALAM BAHASA MELAYU
Keindahan Bahasa Melayu telah musnah akibat
pengaruh-pengaruh luar seperti pengaruh media
eletronik kini telah merosakkan penggunaan bahasa
Melayu dari segi pertuturan , ayat , istilah , dan
bahasa.Kerosakkan penggunaan bahasa Melayu paling
teruk jelas ditunjukkan oleh golongan remaja yang
menggunakan bahasa campur.Seperti bahasa Inggeris
dicampur dengan bahasa Melayu.
Pada abad 21 , sudah menjadi satu ikutan kepada
golongan remaja dalam penggunaan bahasa Melayu
terutamanya bahasa "rojak" .Keadaan ini akan
membawa kesan yang serius terhadap kedaulatan
bahasa jika tidak ditangani dengan segera,sudah
pasti keindahan bahasa Melayu akan musnah.
Bahasa "rojak" juga boleh dikatakan sebagai
"keracunan bahasa" iaitu penggunaan bahasa yang
tidak mengikut peraturannya atau tatabahasa akibat
pengaruh bahasa asing yang tidak diterima secara
umum dan formal seperti dari segi sintaksis , kosa
kata , istilah , fonologi dan sebagainya.
4.CABARAN BAHASA MELAYU 8
DALAM TEKNOLOGI
Bidang teknologi maklumat amat penting pada
zaman sekarang.Oleh itu , Malaysia telah menerima
impak yang besar terutama dari segi penggunaan
bahasa teknologi maklumat . Memang tidak
dinafikan bahawa bahasa teknologi maklumat yang
pertama ialah Bahasa Inggeris .Keadaan ini akan
memberi kesan kepada penggunaan bahasa Melayu
dalam teknologi maklumat.
Sehubungan dengan itu, bahasa teknologi maklumat
dalam bahasa Melayu perlu kita belajar agar
perbendaharaan kata berkenaan teknologi dapat
diperkaya.Semua negara mempelajari Bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua selain bahasa ibunda
. Contohnya ,Korea Selatan dan Jepun merupakan
negara maju dalam bidang sains dan teknologi ,
namun mereka tetap mempertahankan bahasa
ibunda dan mempelajari bahasa Inggeris.
5.PENGARUH DIALEK 9
Setiap bahasa mempunyai dialeknya sendiri termasuk
bahasa Melayu .Dialek yang digunakan mengikut
kawasan seperti Kedah , Kelantan , Sabah dan
sebagainya .Menurut Abdul Hamid Mahmood (2006) ,
dialek digunakan ditentukan oleh faktor geografi dan
faktor sosial
Faktor geografi ini dipanggil dialek daerah atau
longhat daerah .Masyarakat Melayu sering
menggunakan dialek mereka tidak kira dalam situasi
tidak rasmi dalam perhubungan kekeluargaan dan
perhubungan harian . Malahan penggunaan dialek juga
turut berlaku disekolah sama ada kalangan pelajar
atau warga pendidik.Kesannya , pelajar menjadi keliru
antara dialek daerah dan bahasa baku Melayu.
Seterusnya , penggunaan dialek tersebut akan
digunakan dalam peperiksaan besar akan memberikan
markah yang rendah atas sebab menggunakan dialek
daerah.
Oleh itu, penggunaan dialek perlulah digunakan dalam
konteks yang sesuai kerana tidak semua pendengar
dapat memahami dialek yang diujarkan oleh pentutur.
10
CARA PENYELESAIAN BAGI ISU
DAN CABARAN BAHASA
MELAYU PADA MASA KINI
1.Pesaingan dengan bahasa Inggeris
Cara penyelesaian : Bahasa Melayu perlu dikukuhkan dan
perlu dimantapkan bagi membolehkan memperkatakan
apa sahaja bidang yang bergitu cepat dan berkembang
dalam kehidupan manusia
2.Persepsi negatif terhadap bahasa Melayu
Cara penyelesaian : Dengan membantu mengembangkan Bahasa
Melayubagimemberilebihmajukeperingkatyanglebihtinggi
3.Kemampuan guru mengajar Bahasa Melayu
Cara penyelesaian : Dengan menghadirkan diri ke kursus Bahasa
Melayu bagi memantapkan kemahiran dari segi mendengar ,
bertutur,menulisdanmembaca
11
4.Pengaruh dialek
Cara penyelesaian : Dengan membina lebih kenalan dari negeri
atau daerah lain supaya dapat memahami dialek lain dan
dapat membiasakan menggunakan bahasa Melayu ketika
bergaul.
5.Bahasa Rojak
Cara penyelesaian : Ibu bapa perlu mengelakkan daripada
bercakap bahasa rojak dan bercakap sepenuhnya bahasa
Melayu
6.Pengaruh teknolgi
Cara penyelesaian : Mendorong masyarakat untuk
lebih efektif dan inovatif agar dapat memberikan
kemajuan kepada negara.
KESIMPULAN 12
Secara kesimpulannya , cara-cara yang konkrit dan
pragmatik perlulah diambil untuk memartabatkan
Bahasa Melayu.Hal ini dikatakan demikian ,kerana
Bahasa Melayu ialah bahasa Kebangsaan
kita.Hakikatnya ini perlu disedari dan diakui oleh
seluruh rakyat Malaysia.
Kepentingan bahasa ini tidak dapat dipertikaikan
dan dinafikan lagi.Bahasa Melayu memberikan
faedah yang besar dalam menyatupadukan rakyat
yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama.
Kita haruslah mempertahankan dan mendaulatkan
bahasa kita.Jika tidak , generasi seterusnya akan
ketinggalan dan negara kita akan mudah dijajah
oleh kuasa-kuasa besar yang menggunakan bahasa
asing.
13
RUNJUKAN
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu
2. https://youtu.be/dNm8hEqzwiM
3. https://youtu.be/2XcsY-_eolY
4. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/arti
cle/view/3190