UNIT HAL EHWAL MURID SK SYEIKH MOHD IDRIS AL-MARBAWI 33 010 KUALA KANGSAR PERAK DARUL RIDZUAN. FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian keluarga, masyarakat dan negara. VISI UNIT HEM Menjadikan bidang Hal Ehwal Murid beroperasi dengan pengurusan yang efisyen, konsisten, prihatin dan komited terhadap pelajar, sekolah dan komuniti. MISI UNIT HEM Melahirkan pelajar yang berdisiplin, bertanggungjawab, berpengetahuan, beriman dan memiliki jatidiri yang cemerlang. MATLAMAT PROGRAM UNIT HEM Menggunakan kekuatan sumber manusia secara menyeluruh melalui budaya kerja profesional seiring dengan penghayatan budaya ilmu, permuafakatan dengan komuniti dan agensi luar ke arah melahirkan warga sekolah yang cemerlang dan berketrampilan. 1.0 - DASAR AM PENGURUSAN KELAS 1.1 – Kedatangan Murid ( e-Kehadiran APDM ). 1.1.1 Semua butiran murid hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama persekolahan. 1.1.2 Tandakan eKehadiran pada setiap hari persekolahan sebelum pukul 12.00 tgh. Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah. Murid yang datang selepas 2 jam persekolahan bermula masih dikira hadir ke sekolah. Surat Amaran ponteng, gantung persekolahan atau buang sekolah (jika ada) akan diproses berdasarkan eKehadiran APDM. 1.2 - Murid Bukan Warga Negara. 1.2.1 Bagi murid “Bukan Warga Negara” , bayaran levi sebanyak RM240.00 wajib dibayar di Jabatan Pelajaran Negeri Perak setiap tahun sebelum murid ini didaftarkan sebagai murid di sekolah ini. Resit bayaran mestilah ditunjukkan kepada pihak sekolah dan mereka juga tertakluk kepada bayaran tambahan seperti mana murid lain.
1.3 – Fail Peribadi Murid 1.3.1 Semua murid dari Tahun Satu hingga Tahun Enam wajib mempunyai Fail Peribadi Murid. ( FPM ) 1.3.2 Sila pastikan nama penuh murid, kelas, tahun, dan nama guru darjah ditulis di halaman pertama FPM. Sila pastikan setiap Fail di lekatkan gambar pelajar. 1.3.3 Semua maklumat peribadi murid seperti salinan kad pengenalan, salinan surat kelahiran, keputusan peperiksaan dalaman hendaklah disimpan di dalam fail ini. 1.3.4 Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid ini menamatkan persekolahannya atau bertukar sekolah. 1.3.5 Semua fail hendaklah diletakkan di rak yang telah disediakan di pejabat. 1.4 – Fail Guru Kelas 1.4.1 Semua surat murid, sijil sakit atau surat kepada ibu bapa / penjaga memaklumkan ketidakhadiran murid hendaklah disimpan dalam fail ini. 1.4.2 Semua salinan surat amaran ponteng, gantung persekolahan atau buang sekolah (jika ada) juga disimpan dalam fail ini. 1.4.3 Fail-fail tersebut akan disemak pada setiap akhir bulan oleh Guru Besar atau Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. 1.5 – Pendaftaran Murid Baru 1.5.1 Pembantu Am pejabat akan menyemak status kewarganegaraan murid sebelum urusan mendaftar kemasukkan murid baru dilakukan. 1.5.2 Satu salinan borang maklumat murid akan diedarkan kepada murid untuk tujuan rekod. ( APDM ) 1.5.3 Guru Kelas akan menerima murid baru dari Pk HEM atau Pembamtu Am pejabat. (Status kewarganegaraan telah dikenal pasti.) 1.5.4 Guru Kelas menyemak segala maklumat dan jika murid tersebut menerima sebarang bantuan dan melaporkan kepada guru bantuan untuk tindakan selanjutnya. ( RMT / KWAMP / e-KASIH dll ) 1.5.5 Guru Kelas mengenal pasti murid OKU dan berdaftar dan memaklumkan kepada PK HEM untuk proses selanjutnya. 1.5.6 Guru Kelas menyemak latar belakang murid untuk menentukan latar belakang murid jika anak yatim / pelajar miskin / pelajar bermasalah dan memaklumkan kepada PK Hal Ehwal Murid untuk tindakan dan rekod. 1.5.7 Murid-murid Pra Sekolah SKSMI secara terus memasuki tahun satu tanpa menduduki ujian saringan 1.6 – Buku Teks 1.6.1 Semua murid warganegara layak menerima buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). 1.6.2 Guru Kelas membantu Guru SPBT semasa operasi penerimaan dan pemulangan buku teks. 1.6.3 Guru Kelas membantu menyenaraikan nama murid yang tidak memulangkan buku teks.
1.6.4 Guru Kelas memastikan setiap murid mambalut buku teks dengan plastik lutsinar, mencatatkan maklumat murid diruangan yang disediakan dalam buku tersebut. 1.6.5 Guru Kelas membantu dan memantau Operasi Jom Balut. 1.6.6 Proses pengagihan dan pemulangan buku teks akan dibuat sebelum cuti persekolahan semester kedua bermula. 1.7 – Murid Keluar / Berpindah / Bertukar 1.7.1 Memastikan surat kelulusan pertukaran telah diterima. 1.7.2 Guru Kelas mencatatkan maklumat / butiran dalam Buku jadual Kedatangan Murid (BJKM). 1.7.3 Pertukaran Keluar Negeri Perak Merekodkan judul buku-buku yang dibawa ke sekolah baru. Menyerahkan satu salinan rekod buku-buku tersebut kepada Guru SPBT. 1.7.4 Guru Kelas menyediakan Sijil Berhenti dan Sijil-Sijil yang berkenaan bagi muridmurid yang kan melanjutkan pelajaran ke SBP / MRSM / dll. 1.7.5 Guru kelas membantu menjalankan proses pendaftran secara online bagi kemasukkan ke SBP/RK/RKA/KAA 1.7.6 Segala dokumen dimasukkan kedalam sampul / fail dan diserahkan kepada ibubapa/penjaga atau murid berkenaan pada hari akhir persekolahan. ( tertakluk kepada pindaan ) 1.8 – Pengurusan Dan Organisasi Kelas 1.8.1 Melantik Ketua Kelas / Pen. Ketua Kelas bagi setiap kelas. 1.8.2 Melantik Pengawas Sekolah atau Pengawas Pusat Sumber. 1.8.3 Melantik Ahli Jawatankuasa Kelas. 1.8.4 Menyelaras penyediaan perkara-perkara berikut: Carta Organisasi Kelas Jadula Waktu Kelas / Peribadi Jadual Tugasan Kelas Pelan kedudukan Kelas Inventori Kelas Pelan Kecemasan Sudut-sudut matapelajaran. Papan kenyataan Kelas Alatan Pembersihan Lain-lain yang difikirkan sesuai 1.8.5 Bilangan kehadiran harian hendaklah ditulis disudut kanan papan putih. 1.8.6 Memastikan kerusi dan meja mencukupi dengan bilangan enrolmen kelas. 1.8.7 Mengganti dan mengeluarkan mana-mana perabot yang rosak. 1.8.8 Kebersihan Kelas Memastikan kelas berada dalam keadaan bersih dan kondusif untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran. Guru mata pelajaran wajib memastikan kelas berada dalam keadaan bersih sebelum memulakan PdPc. Memastikan sampah di dalam laci dibuang sebelum waktu akhir persekolahan.
Semua kerusi hendaklah diletakkan di atas meja sebelum murid dibenar meninggalkan kelas. Sila pasti semua suis dan pintu ditutup sebelum murid meninggalkan kelas. 1.8.9 Peralatan Kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun dan adalah menjadi tanggungjawab pihak guru kelas untuk memantau. 1.8.10 Guru Kelas / Guru Matapelajaran hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut: Menentukan wayar elektrik, peralatan elektrik serta suis elektrik berada dalam keadaasn baik dan selamat untuk digunakan. Melaporkan dengan segera kerosakkan perabot / peralatan elektrik kepada guru perabot / inventori untuk tindakan selanjutnya. Membimbing dan menyelia Jawatankuasa kelas menjalankan tugas dengan cekap dan dedikasi. 1.8.11 Menyediakan senarai murid awal tahun persekolahan dan serahkan kepada Pembantu Am Pejabat untuk tindakan selanjutnya. 1.8.12 Kes Ponteng Isi maklumat ponteng dalam sistem SSDM yang telah dibekalkan. Mengambil tindakan dengan menghantar surat amaran ponteng sekolah atau surat buang sekolah kepada ibubapa/penjaga murid. 2.0 DASAR AM PENGURUSAN DISIPLIN / SAHSIAH SEKOLAH 2.1 – Ponteng Sekolah 2.1.1 Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak membawa surat daripada ibubapa/penjaga atau sijil sakit. 2.1.2 Jadual Penghantaran Surat Amaran Ponteng adalah seperti berikut Tindakan Ponteng Berterusan Ponteng Berkala Amaran 1 3 hari berturut 10 hari Amaran 2 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari selepas Amaran Pertama Amaran 3 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari selepas Amaran Kedua Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran Ketiga 20 hari selepas Amaran Ketiga Jumlah Keseluruhan 31 hari 60 hari 2.1.3 Guru hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam buku rekod ponteng sekolah. Rekod surat amaran dalam fail kelas. 2.1.4 Semua Surat Amaran boleh dicetak dari SSDM 2.1.5 Semua surat amaran hendaklah diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh : Surat Amaran 1,2 atau 3 - PK HEM Surat Gantung Sekolah - Guru Besar Surat Buang Sekolah - Guru Besar. Salinan 1 - Ibubapa /penjaga
Salinan 2 - Rekod Salah laku Salinan 3 - Fail Guru Kelas 2.1.6 Surat Buang Sekolah / Gantung Persekolahan hendaklah diisi dalam 4 salinan dan dihantar ke PK HEM untuk tindakan selanjutnya dan ditandatangani oleh Guru Besar. Catatan dalam BJKM AP : Amaran Pertama AK : Amaran Kedua AT : Amaran Ketiga BS : Buang Sekolah GS : Gantung Sekolah 2.1.7 Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan berikut hendaklah di patuhi: Selepas Surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan dari ibubapa/penjaga masing-masing. Selepas Surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan dari ibubapa/penjaga masing-masing dan berjumpa dengan Penolong Kanan Pentadbiran. Selepas Surat Amaran 3, murid hendaklah datang ke sekolah bersama dengan ibubapa/penjaga masing-masing dan berjumpa dengan Guru Besar. Murid hanya dibenarkan masuk ke kelas setalah Guru Besar berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh ibubapa/penjaga melalui Srat Akur Janji. 2.2 – Buku Rekod Pengesanan Pelajar / Keberadaan Guru (BRPP/KG) 2.2.1 Semua Guru Kelas mestilah memastikan kelas mereka mempunyai BRPP/KG setiap hari. 2.2.2 Ketua Kelas akan mengambil BRPP/KG diwaktu pagi di pejabat.Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Kelas untuk memulangkan semula BKPP/KG ke pejabat sebelum waktu akhir persekolahan tamat. 2.2.3 BRPP/KG hendaklah sentiasa berada di tangan Ketua Kelas dan diserahkan kepada guru yang masuk pada setiap waktu. 2.2.4 Guru hendaklah mencatat nama murid-murid keluar kelas, lambat masuk kelas atau ponteng kelas semasa guru mengajar. 2.2.5 Setiap guru yang masuk kelas hendaklah memastikan keadaan kelas berada dalam keadaan bersih dan selamat sebelum menandatangani BRPP/KG. 2.2.6 Semua kes salah laku murid yang ringan atau sederhana mestilah diambil tindakan oleh guru berkenaan semasa waktunya. Hanya kes-kes berat sahaja yang perlu dicatat dalam BRPP/KG untuk tindakan Guru Disiplin pada keesokan harinya. Bagi kes-kes yang memerlukan perhatian segera, sila catatkan dalam BRPP/KG dan maklumkan kepada Guru Kelas / Guru Disiplin / Guru Penolong Kanan HEM / Guru Besar . 2.2.7 Guru Disiplin ( Penyelaras BRPP/KG ) akan menyemak BRPP/KG dan mengenalpasti nama murid-murid yang bermasalah untuk tindakan selanjutnya. 2.2.8 BRPP/KG hendaklah diserahkan kepada PK HEM pada setiap akhir bulan untuk rekod.
2.3 – Pas Keluar 2.3.1 Semua guru hendaklah mendapatkan Pas Kebenaran Keluar daripada Penolong Kanan HEM pada awal tahun. 2.3.2 Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa guru atau sebagainya mesti memakai pas berkenaan. 2.3.3 Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk mendapatkan pas kebenaran keluar daripada Guru Kelas atau Guru Kelas sebelahnya jika tiada guru. 2.4 – Disiplin Murid 2.4.1 SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan murid mematuhi semua peraturan dan disiplin sekolah setiap masa. 2.4.2 Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika murid didapati melakukan kesalahan atau melanggar peraturan sekolah. 2.4.3 Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan disiplin murid yang berat kepada Guru Disiplin atau Guru Penolong Kanan HEM. 2.4.4 Guru-guru hendaklah berpandukan kepada pronsip bahawa hukuman yang dikenakan mestilah berpatutan dan adil serta mematuhi garis panduan disiplin yang telah ditetapkan. Ini bertujuan supaya murid tidak terasa teraniaya dan menerimanya dengan perasaan rela dan insaf dengan ketelanjurannya. Hukuman berganda ( double punishment ) tidak boleh dikenakan kepada murid untuk satu kesalahan yang dilakukan. 2.5 – Kawalan & Tanggungjawab Guru 2.5.1 Guru hendaklah mengenali setiap nama murid mereka. Ini dianggap sebagai satu usaha bahawa guru mempunyai sikap keprihatinan dan megenali mereka sebagai seorang individu. 2.5.2 Guru-guru hendaklah fahami dan kenali murid-murid yang sering menimbulkan masalah disiplin dan berikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama. 2.5.3 Jangan mulakan Pengajaran Dan Pembelajaran sekiranya murid-murid tidak memberi tumpuan atau bercakap-cakap sesama sendiri. 2.5.4 Jangan biarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru sedangkan muridmurid lain dibiarkan membuat bising di tempat mereka atau di belakang kelas. 2.5.5 Guru-guru hendaklah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian kaki lima kelas dan mengarahkan murid-murid membersihkannya dengan segera. 2.5.6 Guru-guru hendaklah mengambil perhatian terhadap murid-murid yang selalu tidak menyiapkan kerja sekolah atau tugasan di dalam kelas. Cuba kenal pasti masalahnya dan ambil tindakan yang sewajarnya. 2.5.7 Penyemakan buku latihan murid akan dilakukan oleh pihak pentadbir mengikut jadual yang telah ditetapkan. Bagi murid-murid yang masih engkar menyiapkan tugasan setelah diberi teguran dan amaran mereka hendaklah diserahkan kepada Guru Besar untuk tindakan selanjutnya.
2.6 – Dasar Umum Disiplin 2.6.1 Setiap murid / kelas mesti mempunyai buku Etika & Peraturan Sekolah. 2.6.2 Setiap murid wajib mempunyai buku peraturan sekolah dan wajib dibawa bersama sewaktu perhimpunan. 2.6.3 Pada awal sesi persekolahan murid akan diberikan penjelasan dan penerangan tentang peraturan sekolah dan tatacara tindakan disiplin yang dikuatkuasakan jika murid didapati melanggar etika dan peraturan sekolah 2.6.4 Pemeriksaan Mengejut ( Spot Check ) Spot Check boleh dijalankan dari semasa ke semasa keatas murid semasa berada di dalam kelas, atau tapak perhimpunan atau atas arahan pihak pentadbiran. Guru Disiplin, Guru Bertugas, bersama Guru Kelas atau Guru Matapelajaran dengan bantuan pengawas sekolah atau ketua kelas akan menjalankan spot check dengan disaksikan oleh murid berkenaan. Barang larangan akan dirampas dan nama murid berkenaan akan direkodkan ke dalam Buku Rekod Salah Laku atau Sistem Salah Laku Dan Disiplin Murid (SSDM). Barang rampasan perlu direkod dan akan disimpan di dalam almari di bilik Guru Besar/PK HEM. Barang larangan yang berharga hanya boleh dituntut oleh ibubapa/penjaga murid berkenaan selepas berjumpa dengan Guru Besar atau Guru Penolong Kanan HEM dan menandatangani Surat Akur Janji. Barang larang yang tidak dituntut selepas 3 tahun akan dilupuskan setelah mendapat kelulusan Lembaga Disiplin Sekolah. Kehilangan barangan berharga adalah di bawah tanggungjawab muridmurid berkenaan. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan barangbarang berharga milik murid. 2.7 – Kaedah Mengatasi Masalah Disiplin 2.7.1 Edar dan pamerkan senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada guru dan murid. 2.7.2 Guru Kelas / Guru Matapelajaran hendaklah melaporkan kesalahan murid kepada Guru Bertugas atau uru Disiplin. Laporan akan bawa ke Mesyuarat Lembaga Disiplin mengikut keperluan. 2.7.3 Senarai dan paparkan nama murid-murid yang sifar ponteng atau kerap ponteng di Papan kenyataan HEM. 2.7.4 Kelas/Murid yang mengekalkan “Sifar Ponteng” akan diberikan Sijil Penghargaan.Murid yang tidak hadir mestilah bersebab dan bersurat dan dia tidak diketegorikan sebagai ponteng. 2.8 – Pengurusan Perhimpunan 2.8.1 Perhimpunan rasmi pada setiap hari Isnin dan perhimpunan biasa pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis. Program Bacaan Yassin di adakan pada setiap pagi Jumaat.
2.8.2 Perhimpunan akan diuruskan oleh Guru Bertugas dengan bantuan Pengawas sekolah. 2.8.3 Guru dan murid tidak dibenarkan bercakap semasa perhimpunan kecuali dengan kebenaran. 2.8.4 Perhimpunan mestilah ringkas dan padat. 2.8.5 Guru Bertugas / Guru Berucap hendaklah berhemah dan beretika semasa menyampaikan ucapan. Elakkan pengunaan bahasa yang kasar dan kesat selari dengan konsep “Guru Penyayang:. 2.8.4 Guru-guru diingatkan agar tidak bercakap semasa perhimpunan sedang dijalankan dan sekiranya perlu, maka guru dibenarkan keluar sebentar daripada berada di perhimpunan tersebut. 3.0 – DASAR AM KEBAJIKAN MURID 3.1 – Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 3.1.1 Memastikan semua murid mendapat bekalan buku teks yang mencukupi selewatlewatnya pada hari pertama sesi baru persekolahan. 3.1.2 Melaksanakan arahan perpindahan murid bersama buku teks dalam zon yang sama. (Ruj:K/P.BT8945/Jld28(24)-17mac 2008). 3.1.3 Membantu ibubapa/penjaga yang hendak membeli sendiri buku teks di pasaran terbuka dengan menghubungi pihak penerbit atau pembekal. 3.1.4 Guru Kelas mestilah memastikan semua buku teks yang diterima oleh murid sentiasa dalam keadaan baik dan berbalut dengan pembalut lutsinar. Nama murid dan kelas hendaklah ditulis dengan jelas. 3.1.5 Guru Kelas hendaklah memastikan mana-mana murid yang hendak bertukar sekolah di luar negeri Perak supaya memulangkan semula semua buku teks yang telah mereka terima dengan mengikut tatacara yang telah ditetapkan. 3.1.6 Guru SPBT mestilah mengumpulkan semula buku teks pada akhir tahun mengikut tarikh yang telah ditetapkan serta menyediakan satu senarai nama murid yang tidak memulungkan buku teks. 3.1.7 Murid Bukan Warganegara (MBW) tidak layak menerima buku teks. 3.2- Pengurusan Bantuan (KWAMP / RMT / BAP / Biatul Mal / e-Kasih) 3.2.1 Guru-Guru Penyelaras Bantuan hendaklah mengedar dan memungut borangborang permohonan setiap akhir sesi persekolahan untuk permohonan tahun yang berikutnya. 3.2.2 Guru Penyelaras Bantuan hendaklah mengedar dan memunggut borang permohonan bantuan murid-murid tahun 1 di awal sessi persekolahan. 3.2.3 Guru Penyelaras Bantuan Baitul Mal hendaklah mengenal pasti murid-murid yang layak serta mengedar dan memunggut kembali borang yang telah siap diisi untuk dimajukan kepada Pejabat Agama untuk proses selanjutnya. 3.2.4 Murid-murid hendaklah diingatkan supaya memperbaharui permohonan KWAPM, e-Kasih, RMT dan Baitul Mal pada setiap tahun. 3.2.6 Guru-Guru Penyelaras Bantuan hendaklah menyimpan satu salinan rekod penerima bantuan dan rekod prestasi akademik murid penerima bantuan.
3.2.7 Murid Bukan Warganegara (MBW) tidak layak menerima bantuan. 3.3 – Khidmat Bimbingan Dan Kaunseling 3.3.1 Guru Bimbingan Dan Kaunseling ( Kaunselor ) mestilah memberikan galakan, motivasi dan merangsang minat murid terhadap akademik disamping membantu serta membimbing murid menyelesaikan sendiri masalah emosi-sosial yang mereka hadapi. 3.3.2 Khidmat Bimbingan Dan Kaunseling mestilah diuruskan mengikut etikanya demi memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahklan kepada pihak yang bersama membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid. 3.3.3 Kaunselor boleh membantu murid dengan memberikan bimbingan secara individu atau secara berkelompok. 3.3.4 Kaunselor juga haruis memainkan peranan yang aktif dalam merancang, mengelola dan melaksanakan program-program motivasi, kepimpinan, akademik dan kemahiran-kemahiran belajar kepada murid. 3.3.5 Kaunselor harus membantu murid membuat pemilihan sekolah atau kerjaya terutamanya murid-murid lepasan UPSR. 3.3.6 Kaunselor hendaklah menyediakan jadual kaunseling kepada murid-murid yang telah diberikan surat amaran 1,2 atau 3. Murid-murid yang telah dikenakan tindakan buang atau gantung persekolahan hendaklah dijalankan sessi kaunseling selama enam bulan dan laporan hendaklah diserahkan kepada PK HEM pada setiap bulan. 3.3.7 Guru Penolong Kanan HEM, Guru Disiplin atau Guru Kelas boleh merujuk kepada kaunselor tentang murid-murid yang memerlukan bantuan kaunseling atau murid yang menghadapi masalah disiplin. 3.3.8 Melantik kaunselor menganggotai Pasukkan Smart Support Team. 3.4 – Kebajikan Murid 3.4.1 Guru Kelas mestilah mengenal pasti maklumat murid–murid dari golongan yang berpendapatan rendah. ( Lower Social Economic Status ) 3.4.2 Guru Kelas mestilah mengenal pasti murid-murid yang diketegorikan sebagai anak yatim dan serahkan maklumat mereka kepada Guru-Guru Penyelaras Bantuan untuk rujukan Guru Penoliong Kanan HEM untuk tujuan rekod dan bantuan. 3.4.3 Guru Kelas hendaklah memaklumkan kepada PK Hem sekiranya ada dikalangan murid yang mendapat sebarang musibah atau kemalangan / kematian / bencana yang melibatkan diri atau keluarga murid berkenaan. 3.4.4 Tabung Derma Kilat akan dilancarkan oleh unit kebajikan sekiranya adalah dikalangan murid atau keluarga mereka ditimba musibah. 3.5 – Guru Penyayang 3.5.1 Guru-Guru hendaklah mematuhi dan melaksanakan program Guru Penyayang seperti mana yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian. 3.5.2 Guru Besar / Guru – Guru Kanan bersama-sama guru bertugas hendaklah bergilirgilir menyambut dan menyapa murid sewaktu murid datang ke sekolah.
3.5.3 Guru Besar / Guru Kanan bersama-sama guru bertugas bergilir-gilir menghantar murid semasa waktu pulang dari sekolah. 3.5.4 Guru Besar / Guru-Guru Kanan dan Guru-Guru hendaklah sentiasa menunjukkan sifat penyayang serta sentiasa berbudi bahasa semasa berinteraksi dengan murid. 3.5.5 Guru-Guru hendaklah sentiasa perihatin dengan pencapaian istimewa atau kejayaan murid dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan sebagainya. 3.5.6 Majlis Sambutan Hari Lahir akan diadakan setiap bulan. 4.0 – DASAR AM KEBERSIHAN DAN KESIHATAN 4.1 – Rekod Kesihatan Murid 4.1.1 Guru Kelas mestilah memastikan setiap murid mempunyai Buku Rekod Kesihatan. (BRK) 4.1.2 Guru Kelas hendaklah memastikan Buku Rekod Kesihatan ini dijaga dengan baik dan penggunaannya akan diteruskan sehingga ke sekolah menengah. 4.1.3 Sekiranya Guru Kelas mendapati ada dalam kalangan muridnya tidak mempunyai Buku Rekod Kesihatan, maka Guru Kelas adalah bertanggungjawab untuk menyediakan BRK yang baru. 4.1.4 Buku Rekod Kesihatan (BRK) wajib dimiliki oleh setiap murid kerana buku BRK ini diperlukan apabila pemeriksaan kesihatan dibuat atau untuk rekod suntikan imunisasi yang diterima oleh murid. 4.1.5 Buku Rekod Kesihatan (BRK) wajib dibawa bersama semasa murid bertukar sekolah dan disertakan dalam Fail Peribadi murid berkenaan. 4.2 – Kad Pergigian Murid 4.2.1 Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan pada setiap tahun bermula dari tahun satu hingga ke tahun 6. 4.2.2 Guru Kelas mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibubapa/penjaga murid untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak/jagaan mereka. 4.2.3 Kad ini hendaklah diserahkan kepada Pegawai Pergigian semasa pemeriksaan pergigian dijalankan oleh pihak kesihatan. 4.3 – Surat Rawatan Murid 4.3.1 Guru Kelas hendaklah memaklumkan kepada murid bahawa ibubapa/penjaga mereka boleh mendapatkan Surat Rawatan di pejabat sekolah. 4.3.2 Surat Rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar atau mana-mana Guru Penolong Kanan. 4.3.3 Surat Rawatan ini boleh digunakan oleh murid semasa mereka mendapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital kerajaan.
4.4 – Murid Sakit 4.4.1 Guru Kelas hendaklah sentiasa perihatin jika ada dikalangan murid kelasnya yang sakit atau kurang sihat pada hari tersebut. 4.4.2 Jika murid berkenaan meminta izin untuk pulang, Guru Kelas atau Guru Bertugas hendaklah menghubungi ibubapa/penjaga murid berkenaan untuk datang menjemputnya di sekolah. 4.4.3 Guru Bertugas atau Guru Kelas tidak boleh membenarkan murid yang sakit pulang sendiri ke rumahnya walaupun rumahnya terletak berhampiran dengan sekolah. 4.4.4 Sekiranya ibubapa/penjaga masih gagal menjemput murid tersebut maka murid tersebut dibenarkan untuk terus berada di Bilik Sakit dengan ditemani oleh seorang rakan dari kelasnya secara bergilir-gilir. 4.4.5 Jika berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan Guru Bertugas hendaklah menghubungi ibubapa/penjaga dan menghantar murid berkenaan ke klinik atau hospital yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan atau ke rumah murid berkenaan. 4.5 – Kebersihan Dan Keceriaan Kelas 4.5.1 Semua guru bertanggungjawab memastikan murid-murid menjaga kebersihan diri, kelas, tandas, bilik-bilik khas, bangunan dan kawasan sekolah. 4.5.2 Guru-guru Kelas mestilah sentiasa mengingatkan murid-murid kelasnya supaya sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing. 4.5.3 Guru-Guru Kelas bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas mereka agar sentiasa kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi membantu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. 4.5.4 Guru-Guru waktu akhir persekolahan bertanggungjawab memastikan kelas atau bilik-bilik khas dibersihkan sebelum murid dibenarkan pulang. Kerusi dan meja hendaklah disusun dengan kemas. 4.5.5 Guru-Guru waktu akhir hendaklah memastikan semua suis lampu, suis kipas, tingkap dan pintu ditutup sebelum meninggalkan kelas. 4.6 – Kantin Sekolah 4.6.1 Guru-Guru AJK Kantin bertanggungjawab memastikan pengusaha kantin sentiasa mengamal dan mematuhi garis panduan kebersihan dalam penyediaan dan penjualan makanan. 4.6.2 Guru-Guru AJK Kantin juga bertanggungjawab memastikan kawasan kantin dan persekitaranya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan bebas dari masalah lalat dan tikus. 4.6.3 Guru-Guru AJK Kantin dan AJK Pemantau Kenaikan Harga Makanan bertanggungjawab memastikan makanan yang dijual adalah bersih dan selamat serta mematuhi garisan panduan harga yang telah ditetapkan. 4.6.4 Guru-Guru AJK Kantin hendaklah melaporkan dengan segera sekiranya berlaku kes-kes keracunan makanan atau sebarang kes kecuaian semasa penyediaan dan penjualan makanan. 4.6.5 Guru-Guru AJK Kantin hendaklah menulis laporan setiap hari dalam Buku Laporan Kendiri Kantin yang dibekalkan oleh JPN.
4.6.6 Guru Disiplin / Guru Bertugas hendaklah menasihati murid supaya mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang dan tidak mengalakkan murid membeli makanan daripada penjual makanan diluar kawasan sekolah kecuali dengan iringan ibubapa/penjaga masing-masing. 4.6.7 Guru Disiplin atau Guru Bertugas bersama-sama pengawas bertugas hendaklah sentiasa berada di kantin semasa dan selepas waktu rehat untuk mengawal disiplin murid semasa mereka membeli makanan di kantin. 4.6.7 Guru Bertugas / Guru Dispilin bersama-sama dengan pengawas sekolah hendaklah memastikan murid-murid beratur dengan kemas sebelum dibenarkan masuk ke kelas selepas waktu rehat. 4.6.8 Guru Bertugas / Guru Disiplin / Pengawas bertugas mestilah memastikan murid menepati masa dan beredar setelah loceng dibunyikan. 4.6.9 Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan atau minuman diluar waktu rehat kecuali bagi kes-kes tertentu dan dengan kebenaran khas guru. 4.6.10 Guru-Guru AJK Kantin / Guru Bertugas hendaklah memastikan pihak pengusaha kantin tidak menjual sebarang jenis makanan ringan atau minuman bergas kepada murid-murid. 4.6.11 Guru Bertugas adalah bertanggungjawab untuk merasa dan menilai makan RMT yang disediakan oleh pihak pengusaha kantin / RMT. 4.6.12 Penggunaan pembungkus plastik minuman atau makanan dan polisterin Adalkah dilarang sama sekali. 4.7 – Kebersihan Kelas 4.7.1 Murid-murid dikehendaki membersihkan kelas sebelum waktu pertama bermula dan selepas waktu akhir persekolahan. 4.7.2 Guru matapelajaran hendaklah memastikan keadaan kelas sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur seblum memulakan pengajaran dan pembelajaran. 4.7.3 Guru Bertugas akan memeriksa tahap kebersihan kelas setiap hari pada bila-bila masa sepanjang minggu bertugas. 4.7.4 Markah Kebersihan Kelas akan diisi berdasarkan Borang Bintang untuk menentukan kelas yang terbersih untuk minggu tersebut. 4.7.5 Pengawas sekolah juga berhak untuk menilai tahap kebersihan kelas. 4.7.6 Guru Bertugas akan mengira purata jumlah markah yang diperolehi untuk menentukan kelas terbersih bulanan. 4.7.7 Keputusan akan diumumkan dalam perhimpunan rasmi minggu berikutnya. 4.7.8 Kelas yang dinobatkan sebagai Kelas Terbersih paling banyak sepanjang tahun akan diberi hadiah berbentuk hamper pada setiap akhir tahun. 5.0 – DASAR AM KESELAMATAN SEKOLAH 5.1 – Latihan Kebakaran / Loceng Gila 5.1.1 Memastikan Latihan Kebakaran diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun. Loceng Kebakaran akan dibunyikan secara berterusan. 5.1.2 Mengadakan demonstrasi cara-cara menggunakan alat permadam api apabila berlakunya kebakaran kecil.
5.1.3 Memastikan alat pemadam api mencukupi dan masih berfungsi. 5.1.4 Guru Kelas hendaklah memastikan Pelan Kebakaran ditampalkan di dalam kelas masing-masing. 5.1.5 Guru-Guru Kelas/Guru Matapelajaran hendaklah memastikan murid-murid segera meninggalkan kelas / bilik khas dengan selamat dan teratur menuju ke padang ( tapak perhimpunan ) semasa berlaku kebakaran. 5.1.6 Guru Kelas hendaklah memastikan sumua suis lampu, kipas atau gas telah ditutup sebelum meninggalkan kelas. 5.1.6 Murid-murid khas atau OKU hendaklah dibantu oleh guru mereka untuk menyelamatkan diri. 5.1.7 Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) akan dibawa keluar dari pejabat oleh staf pejabat ke padang tempat berkumpul. 5.1.8 Guru Kelas hendaklah mengambil kedatangan dan mengira bilangan murid dengan segera. Mana-mana murid yang tiada hendaklah dimaklumkan kepada pihak pentadbir dengan segera. 5.1.9 Loceng Gila pula akan dibunyikan secara putus-putus sekiranya terdapat ancaman atau gangguan orang kurang siuman atau orang mengamuk. 5.1.10 Guru Kelas / Guru Mata pelajaran / Pengawas sekolah hendaklah dengan segera menutup dan mengunci semua pintu dan tingkap. 5.1.11 Murid-murid hendaklah berada di dalam kelas dalam keadaan senyap dan tidak membuat sebarang provokasi terhadap orang kurang siuman atau orang yang mengamuk tersebut. 5.1.12 Tunggu sehingga pihak pentadbir mengistiharkan keadaan telah kembali selamat. 5.2 – Polisi Sekolah Selamat 5.2.1 Pihak Pengurusan Sekolah mengamalkan 3 polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah. Polisi Keselamatan Pergi Dan Balik Sekolah. Polisi Mengelakkan Perbuatan Buli dan Gangguan Seksual. Polisi Keselamatan Semasa Menjalankan Aktiviti Ko-kurikulum. 5.2.1 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan semua polisi ini dipatuhi dan diamalkan setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semua warga sekolah. 5.3 – Kenderaan Guru Dan Murid 5.3.1 Semua guru dan murid hendaklah memastikan kenderaan diletakkan dalam keadaan selamat di tempat yang telah dikhaskan dan tidak menggangu laluan masuk atau laluan kecemasan. 5.3.2 Guru-guru diingatkan supaya sentiasa berhati-hati semasa memandu di dalam kawasan sekolah. 5.3.3 Murid-murid tidak dibenarkan menunggang basikal atau motosikal di dalam kawasan sekolah. Basikal hendaklah ditolak sebaik sahaja memasuki pagar sekolah. 5.3.4 Murid-murid yang berbasikal ke sekolah hendaklah meletakkan basikal ditempat yang telah dikhaskan dan dikunci. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan atau kerosakan basikal yang tidak dikunci.
5.3.5 Guru-guru hendaklah sentiasa menasihati murid-murid agar tidak menunggang motosikal kerana mereka masih belum memiliki lesen memandu dan tidak dilindungi oleh insuran. 5.4 – Pondok Kawalan Keselamatan 5.4.1 Guru-guru hendaklah melaporkan kepada Guru Besar sekiranya didapati tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah. 5.4.2 Pintu pagar sekolah hendaklah sentiasa ditutup dan mana-mana pelawat yang hendak berurusan dengan pihak sekolah hendaklah menandatangani Buku Rekod Pelawat (BRP) dan mendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu. 5.4.3 Pengawal Keselamatan hendaklah memastikan setiap Pelawat berjumpa dengan Guru Besar terlebih dahulu sebelum dibenarkan berurusan dengan guru-guru atau murid-murid di sekolah ini. 5.4.4 Pengawal Keselamatan hendaklah sentiasa memastikan pelawat sentiasa mematuhi Carta Alir Keselamatan yang terpapar di pondok kawalan keselamatan sekolah. 5.5 – Menangani Bencana 5.5.1 Menyelaras dan membekalkan data-data murid bila perlu. 5.5.2 Menyediakan segala maklumat kemudahan yang terdapat di sekolah. 5.5.3 Menggubal dan melaksanakan panduan dan peraturan tindakan penggunaan bantuan kemudahan dan tenaga. 5.5.4 Meningkatkan pemahaman bantuan pengurusan bencana alam. 5.5.6 Meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi bencana di sekolah. 5.5.7 Melantik kaunselor sekolah menganggotai pasukkan Smart Support Team.