The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nrshafikaaa, 2022-11-07 08:41:44

E-FOLIO ETIKA PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA (GROUP 3)

E FOLIO ETIKA.pdf (1)

CARTA
ORGANISASI

PENGENALAN

Selama ribuan tahun peradaban ini didahului
oleh peradaban Pribumi Alam Melayu,
kemudiannya muncul peradaban Asia yang
terdiri daripada peradaban India, Cina serta
Timur Tengah dan seterusnya peradaban dari
Barat.
Pembinaan peradaban yang beridentitikan
Malaysia bermula dengan kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957
melalui usaha mewujudkan Negara-Bangsa,
didahului oleh pembinaan Negara bercirikan satu
wilayah, satu perlembagaan dan satu
kewarganegaraan.
Negara mewujudkan beberapa institusi utama
seperti sistem birokrasi negara, Pelan
Pembangunan Lima Tahun dan pelbagai inisiatif
oleh pihak kerajaan.
Dalam konteks ini telah wujud beberapa "Bangsa
Idaman" yang menguasai wacana politik di
Malaysia.
Demi menjamin proses pembinaan peradaban di
negara ini atas landasan kerohanian dan moral
yang dituntut oleh Islam dan agama-agama lain
berterusan tanpa banyak terjejas, penilaian baik
dan buruk pembinaan peradaban majmuk di
Malaysia perlu dilakukan dengan lebih teliti.

SEJARAH DI ALAM MELAYU

PERADABAN PRIBUMI
ALAM MELAYU

Tamadun Melayu ialah tamadun yang dibina dan
dimiliki oleh masyarakat yang berbudaya Melayu.

Sosiobudaya mereka terdiri daripada pelbagai
kumpulan etnik manakala dari segi politik pada
masa lampau mereka terdiri daripada pelbagai
kerajaan kuno.

Peradaban Melayu dikatakan berasal daripada
penduduk Asia Tenggara, khasnya Gugusan
Kepulauan Melayu (yang mencakupi Selatan Siam,
Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Sumatera,
Jawa, Madura, Sunda, Borneo, Sulawesi, Filipina,
pulau-pulau timur Indonesia dan juga bahagian
kecil daripada Kampuchea sehingga ke Vietnam).

Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca
antara orang-orang rumpun Melayu Asia Tenggara
berkenaan.

Fenomena yang disebut sebagai imperialisme
budaya ini turut berlaku di Alam Melayu yang
terkenal sebagai kawasan strategik antara
Timur dan Barat, pusat perdagangan entrepot
dan aktiviti keagamaan.

Interaksi yang berlaku ini adalah sesuatu yang
positif apabila hasil daripada pertembungan ini
memperlihatkan kecenderungan dalam
memperkayakan bahasa dan kebudayaan.

Berlaku penyerapan kosa kata pinjaman
daripada pelbagai bahasa dan budaya,
antaranya Bahasa Inggeris, Arab, India, Cina,
Portugis, Belanda dan lain-lain.

PERADABAN ASIA
(INDIA, CINA, TIMUR

TENGAH)

Kedatangan masyarakat India, Cina dan
pedagang Arab dari Timur Tengah telah
membawa kepelbagaian adat dan budaya
serta pegangan agama.



Peradaban Asia seperti peradaban India dan
Cina yang ada di Malaysia masih tidak banyak
berubah secara keseluruhannya menurut
acuan tempatan.

Dalam aspek keagamaan juga demikian
walaupun terdapat dikalangan bangsa India
dan Cina yang memeluk agama Islam, namun
bahasa dan kebudayaan masih diamalkan
dalam sebahagian kehidupan mereka.

PERADABAN BARAT

Peradaban Barat hasil penjajahan kolonial Barat
yang dilalui oleh negara ini tidaklah ketara
berlaku memandangkan tempoh kependudukan
British dalam negara khususnya dalam rangka
sejarah kebudayaan di Nusantara ini tidak lama,
namun pengaruh corak masyarakat kolonial itu
meninggalkan satu kesan yang luas walaupun
mungkin tidak mendalam.

Semasa pemerintahan kolonial Barat khususnya
pemerintahan British, penyebaran agama
Kristian di Tanah Melayu pada laman tersebut
tidaklah begitu ketara.

Peradaban Barat mulai memberi pengaruh
kepada penduduk tempatan selepas mencapai
kedudukan yang mempunyai prestij di Alam
Melayu ini.

PERADABAN GLOBALISASI

Globalisasi merupakan era dunia tanpa sempadan yang
berlaku hasil interaksi dan jaringan peradaban yang
merentasi benua dan sempadan negara.



Globalisasi berlaku melalui pemodenan dalam pelbagai
bidang kehidupan, perkembangan teknologi maklumat
dan informasi seperti komputer dan telefon pintar yang
mempunyai talian internet serta penggunaan media sosial
yang berleluasa seperti Facebook, WhatsApp dan lain-
lain.



Peradaban globalisasi membawa pengaruh yang besar
dalam pelbagai aspek kehidupan merentasi bidang
politik, ekonomi, sosio-budaya termasuklah
perkembangan bidang ilmu dan pemikiran perkembangan
peradaban global ini turut menjadi penyumbang kepada
pembentukan peradaban majmuk di Malaysia.

KEBAIKAN GLOBALISASI

Peranan pelaburan asing
dalam mewujudkan pekerjaan
dan mengurangkan kemiskinan
di sebilangan negara.



Peningkatan mobiliti sosial dan
pengukuhan kelas menengah.



Peluang yang lebih luas untuk
mendapatkan maklumat dan
menyebarkan ilmu
pengetahuan impak daripada
teknologi baru komunikasi dan
teknologi maklumat.

KEBURUKAN GLOBALISASI

Kualiti alam sekitar yang
semakin merosot akibat terlalu
mementingkan faktor
keuntungan.

Pembangunan yang tidak
seimbang dan jurang perbezaan
ekonomi yang semakin melebar
antara kawasan-kawasan di
sesebuah negara dan antara
sektor-sektor ekonomi.

Pengabaian keperluan asas
hidup di kalangan rakyat
termiskin di banyak negara.

PERADABAN
BERIDENTITIKAN MALAYSIA

Usia kemerdekaan yang telah melebihi 60 tahun
merupakan satu jangka masa yang panjang namun di
sebalik tempoh tersebut, negara didakwa masih gagal
dalam menjayakan proses pembentukan negara bangsa..



Pihak berwajib perlu memainkan peranan mereka agar
ruang-ruang memecahbelahkan keamanan negara bangsa
dapat dikawal dan akhirnya tidak merebak hingga berlaku
rusuhan seperti yang telah berlaku pada 13 Mei 1969.



Wajar bagi setiap warganegara untuk memahami dan
mengenali negara bangsa yang beridentitikan Malaysia
melalui kajian-kajian mereka yang pakar dalam perkara ini.



Kajian ini adalah penting dalam usaha untuk mengkaji
pembentukan identiti pada masa kini sekaligus dapat
membina satu identiti yang kukuh dan unggul pada masa
hadapan.



Peradaban beridentitikan Malaysia mestilah suatu
peradaban yang mempunyai identiti kukuh sebagai seorang
anggota masyarakat Malaysia yang bertunjangkan budaya,
imej, bahasa dan agama sebagai landasan utama dalam
menjalani kehidupan mereka.

KONSEP NEGARA DAN
BANGSA

Konsep negara bangsa dilihat sebagai satu bangsa yang ideal
yang diimpikan oleh sesebuah negara melalui konsep satu
bangsa dengan satu identiti tersendiri.



Konsep negara dan bangsa juga menjurus kepada sebuah
negara yang mempunyai tanah air, rakyat, kemerdekaan,
kedaulatan, sempadan, perlembagaan dan perundangan yang
luhur dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa wujud
sentimen perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya,
wilayah dan sebagainya yang boleh membawa kepada
perpecahan dan permusuhan antara kaum.

KONSEP NEGARA

Konsep negara adalah sebuah kerajaan yang merdeka
dan mempunyai kedaulatan politik serta pentadbiran yang
diiktiraf oleh negara-negara lain.
Ciri utama pembentukan sesebuah negara adalah adanya
penduduk, sempadan, kerajaan dan kedaulatan.

KONSEP BANGSA

Penggunaan istilah bangsa biasanya digunakan untuk
menjelaskan tentang sesebuah kumpulan etnik, bahasa
dan kebudayaan komuniti sesebuah masyarakat.
Bangsa adalah hubungan erat yang wujud melalui
perasaan kekitaan terhadap sekumpulan besar manusia
yang ada dalam sesebuah negara.

KONSEP DAN PEMBENTUKAN
NEGARA BANGSA DALAM ACUAN
MALAYSIA

Apabila Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan kemerdekaan
pada 31 Ogos 1957, apa yang lahir ialah sebuah negara dan
bukannya sebuah bangsa.



Begitu juga setelah Persekutuan Malaysia terbentuk pada 16
September 1963, apa yang wujud ialah negara Malaysia dan
bukannya bangsa Malaysia (Abdul Rahman Embong, 2001).



Kemajmukan rakyat Malaysia daripada pelbagai budaya, agama
dan bahasa telah menjadi perkiraan asas dalam negara ini
untuk terus utuh sampai bila-bila.



Dengan terbina ikatan di antara rakyat, pelbagai budaya ini, ia
akan dapat menjamin kestabilan sosiopolitik dan pembangunan
ekonomi di negara ini serta dapat berjalan secara berterusan.



Ia diperkukuhkan lagi dengan acuan tadbir urus kerajaan
Malaysia yang berjaya mengurus isu perkauman dan agama ini
dalam bentuk pentadbiran negara hingga perbezaan yang wujud
diurus dengan baik dan dinikmati bersama oleh masyarakat
pelbagai budaya di negara ini.

KEPELBAGAIA IDEA
“BANGSA IDAMAN”

Inilah yang dinamakan sebagai "bangsa idaman" iaitu
sebuah harapan, sebuah idaman, malah sebuah impian
dalam mencapai perpaduan antara kaum di Malaysia yang
menjadi satu bangsa satu negara.



Namun idea "bangsa idaman" sehingga kini masih menjadi
impian malah yang wujud adalah negara tetapi bangsanya
tidak terbina seperti di Malaysia.

Sebelum merdeka wujudnya pergerakan nasionalisme iaitu
setiap bangsa masing masing merancang untuk berjuang
mendapatkan kemerdekaan dalam kerangka bangsa
idaman masing-masing, yang bermaksud sifat dan wajah
bangsa Malaysia yang mereka inginkan adalah sesuai
dengan agenda ekonomi, politik, sosial dan budaya
masing-masing.

ISU PERTAMA
HORMAT
MENGHORMATI

DEFINISI HORMAT:



Hormat adalah perasaan positif yang merujuk
kepada tindakan menghormati; ia setara dengan
penghormatan, penghargaan dan pengiktirafan
terhadap seseorang atau benda.

CARA MENGHORMATI KELEBIHAN BERBUAT
IBU BAPA: BAIK KEPADA IBU BAPA
ADALAH:
Tidak menyakiti hati dan
perasaan ibu bapa Mendapat ganjaran
Bercakap dengan sopan pahala
dan lemah lembut Akan dipermudahkan
Meminta izin sebelum dalam segala urusan
keluar. Hati akan sentiasa
Mendoakan tenang
Kesejahteraan Ibu bapa
PERANAN IBU BAPA
KESAN MENDERHAKA MEMUPUK SIKAP
KEPADA IBU BAPA HORMAT MENGHORMATI
ADALAH: DALAM KALANGAN
ANAK-ANAK:
Dimurkai serta dibenci
oleh Allah dan Menjadi suri tauladan
Rasulullah kepada anak-anak
Akan di azab di neraka Memberikan didikan
Hidup tidak mendapat agama dan moral
keberkatan Menyertai aktiviti
kemasyarakatan

CARA MENGHORMATI MENGHORMATI GURU
GURU
Islam mengajar kita
Menurut perintah dan supaya menghormati
melaksanakan arahan guru dan memuliakannya
mereka dan meningglkan sebagaimana kita
perkara-perkara yang memuliakan ibu bapa kita
melanggar disiplin sekolah kerana merekalah
Memberi tumpuan menyampaikan ilmu
sepenuhnya bila guru kepada kita untuk
mengajar kebahagiaan di dunia dan
Belajar bersungguh- di akhirat. dan pengganti
sungguh sehingga ibu bapa kita bila di
mencapai kejayaan sekolah.
cemerlang
KESAN TIDAK
PERANAN GURU DALAM MENGHORMATI GURU
MENGURUSKAN DISIPLIN
PELAJAR Ilmu yang dipelajari
tidak mendapat
Mewujudkan perhubungan keberkatan Allah
yang mesra dengan pelajar Ilmu yang dipelajari
Mewujudkan peluang kepada tidak akan memberi
setiap pelajar untuk manfaat kepadanya
mengembangkan daya Tidak mudah untuk
kebolehan diri berjaya.
Menolong pelajar membuat
penyesuaian peribadi,
sosial, emosi dan akademik
dengan persekitaran
sekolah, peraturan
tatatertib dan sebagainya

HORMAT KEPADA RAJA DAN NEGARA
Generasi muda perlu mendukung dan menghayati
prinsip Rukun Negara yang kedua iaitu Kesetiaan
kepada Raja dan Negara bagi memastikan pemahaman
terhadap falsafah itu diterapkan secara menyeluruh
sekali gus membantu menjadikan Malaysia sebuah

negara berdaulat.

CARA MENGHORMATI RAJA DAN NEGARA
Tidak merosakkan harta benda awam
Mematuhi undang undang negara
Berdiri tegak dan menyanyikan lagu negaraku
dengan penuh semangat

USAHA MENINGKATKAN SIKAP CINTA AKAN NEGARA
DALAM GOLONGAN MUDA

Kerajaan perlu menyelaraskan silibus kelas moral dalam
kalangan pelajar.
Pengajar perlu memberi penekanan yang agak kritikal
mengenai sikap patriotisme sewaktu sesi pengajaran di
sekolah.
Media massa juga bertanggungjawab dalam
menggiatkan kempen dengan menayangkan iklan-iklan
tentang pentingnya semangat patriotisme dalam
kalangan masyarakat

ISU KEDUA

SEMANGAT
KESEPADUAN

DEFINISI SEMANGAT KESEPADUAN ANTARA
KAUM :



Satu proses yang menyatupadukan anggota
masyarakat dan negara seluruhnya melalui
ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat
dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama
serta satu perasaan kebangsaan bersama di
kalangan mereka.

PERISTIWA YANG
BERLAKUNYA PERPECAHAN

KAUM

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah insiden
rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak
masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah
meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai
kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10
Mei 1969" merupakan satu titik hitam dalam
sejarah negara Malaysia.

ISU PERKAUMAN DALAM PILIHAN RAYA 1969

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan
sentimen menjadi tema utama sepanjang
kempen pilihanraya yang telah menaikkan
semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa
kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan
raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada
parti pembangkang, telah membangkitkan soal-
soal sensitif berkaitan dengan Bahasa
Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan
istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera)
dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini
telah menimbulkan perasaan perkauman dan
syak wasangka.

PEMBANGKANG MERAIKAN KEMENANGAN

Dr Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah
menang besar di Batu, Selangor. Beliau
meminta izin polis untuk berarak meraikan
kemenangan parti itu. Perarakan itu
menyebabkan kesesakan lalu lintas di sekitar
Kuala Lumpur. Perarakan naik ke Jalan
Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke
Kampung Baru.
Di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang
Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa
terancam dengan kemenangan pihak
pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri
Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu
tersebut sebagai lambang mereka akan
menyingkir orang-orang Melayu dari Kuala
Lumpur.Dalam masyarakat Melayu, penyapu
mempunyai konotasi yang negatif.

PERARAKAN KEMATIAN CINA

Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina
akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan
kebenaran polis. Namun perarakan kematian
bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan
raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye
selaku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja
Malaysia yang bertanding untuk Gerakan
memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya
melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh
menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala
Lumpur tetapi permohonan maaf sudah
terlambat.

PANGGUNG ODEON

Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah
bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku
Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan
dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton
dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton
Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini
termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di
Sungai Ramal, Kajang.
Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala
Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena
tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih
hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini,
orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan
kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar.

Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi
dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang
agak mahal . Sebenarnya mereka mengambil kesempatan
daripada keadaan cemas tersebut. Sesiapa yang
memakainya menjadi kebal dan boleh terbang-terbang. Apa
yang pasti, Askar Melayu sahaja yang telah menyelamatkan
orang Melayu di Kampung Baru ketika itu

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu
dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis
tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri
Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit di
Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM.

USAHA-USAHA UNTUK MEMUPUK PERPADUAN
DI MALAYSIA

KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat kita lakukan berdasarkan isu-isu
yang telah dinyatakan adalah kita sebagai seorang individu
yang berada di dalam sesuatu organisasi yang dikenali
sebagai keluarga ataupun masyarakat perlulah mempunyai
pemikiran yang matang di dalam mengambil tindakan
mahupun membuat keputusan.Hal ini kerana setiap perkara
yang dilakukan oleh seorang individu itu mampu memberi
impak yang sangat besar di dalam sesuatu organisasi bak
kata pepatah "kerana tumpahnya setitik nila rosak susu
sebelangga".Rasa hormat terhadap ibu bapa itu perlulah
dipupuk sejak kecil lagi hal ini kerana sifat dan akidah
individu itu perlu dilatih dan bukannya mampu dimiliki tanpa
sebarang usaha atau pengorbanan."Kalau melentur buluh
biarlah dari rebungnya",inilah istilah yang paling sesuai
digunakan bagi menggambarkan situasi ini.Manakala
kesepaduaan di antara kaum di dalam masyarakat pula
perlulah diterap melalui rasa hormat dan toleransi antara
kaum di dalam masyarakat itu sendiri.Perkara ini mampu
dicapai dengan adanya pelbagai komitmen daripada
pelbagai pihak seperti kerajaan yang mengadakan kempen-
kempen yang berasaskan patrotisme di dalam masyarakat
serta masyarakat itu sendiri yang mengamalkan budaya
kunjung-mengunjungi ketika adanya hari perayaan mengikut
kaum masing-masing.Akhir kata,kita sebagai seorang
individu yang hidup di dalam masyarakat yang mempunyai
latar belakang berbilang kaum perlulah sentiasa mempunyai
perasaan tolak ansur bagi menggelakkan peristiwa hitam
yang telah pernah melanda negara kita serta sebagai
seorang anak, kita perlulah menanamkan sifat sayang dan
cinta terhadap ibu bapa kita.

LAMPIRAN

Perbincangan bersama penasihat

Pelaksanaan E-Folio bersama ahli kumpulan

LAMPIRAN

Hasil perbincangan di dalam kelas

Perbincangan bersama penasihat di media sosial
mengenai draf E-Folio

RUJUKAN

buku penghayatan etika dan peradaban
https://ms.ninanelsonbooks.com/significado-de-respeto
https://www.ipendidikan.my/cara-cara-menghormati-
guru.html
https://malaysiagazette.com/2022/06/05/hormati-
institusi-beraja-negara-kita/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei#Angka_k
orban


Click to View FlipBook Version