The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR FARAH ASHIFA BINTI SAIFUL AZMAR IPG-Pelajar, 2024-02-09 10:01:10

CARA MENGURUS STRES DALAM SUKAN DAN KESAN TERHADAP EMOSI ATLET

Black & White Aesthetic Minimal Fashion Newsletter

CARA MENGURUS STRES DALAM SUKAN DAN KESAN TERHADAP EMOSI ATLET NAMA : NUR FARAH ASHIFA BINTI SAIFUL AZMAR UNIT : PJMS 2 NAMA PENSYARAH : PUAN KAVITHA A/P K SAUNDARAJAN PJMS 1114


Mewujudkan jadual latihan yang baik dan efektif agar dapat memahami kepentingan keseimbangan dalam kehidupan seharian serta mendapat tempoh rehat yang cukup bagi membantu mengelakkan keletihan dan tekanan yang berpanjangan. Para atlet haruslah mengubah cara berfikir dan memberi tumpuan kepada pemikiran positif boleh membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan keyakinan diri. Mendapat sokongan daripada rakan sebaya, jurulatih atau ahli keluarga boleh membantu atlet berasa didengari dan difahami sekaligus dapat mengurangkan tekanan mereka. Para atlet haruslah memberi tumpuan kepada pemulihan selepas latihan atau pertandingan dengan mendapatkan rehat yang mencukupi, pemakanan yang baik, dan teknik pemulihan fizikal seperti urutan. CARA MENGURUS STRES DALAM SUKAN


KESAN TERHADAP EMOSI ATLET Emosi positif seperti keyakinan diri, kegembiraan, dan kepuasan boleh meningkatkan prestasi atlet. Sebaliknya, emosi negatif seperti kebimbangan, ketakutan, atau kekecewaan boleh merosakkan daya tahan dan prestasi atlet. Atlet yang boleh menguruskan emosi mereka dengan baik cenderung mempunyai daya tahan mental yang lebih baik. Mereka lebih mampu menangani tekanan dan cabaran serta dapat pulih dengan cepat daripada kekecewaan atau kegagalan. Emosi boleh menjadi pemacu motivasi. Kegembiraan dan kepuasan atas pencapaian para atlet dapat meningkatkan semangat dan keinginan untuk meneruskan latihan dan bersaing. Keseimbangan emosi adalah penting untuk kesejahteraan psikologi seseorang atlet. Emosi yang tidak diurus dengan betul boleh menyebabkan tekanan, keletihan mental, dan masalah kesihatan psikologi yang lebih serius.


Click to View FlipBook Version