PERUTUSAN ALUAN PPD, PENGETUA, YDP PIBG DAN KETUA EDITOR
ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KMY Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majalah sekolah ini. Syabas dan tahniah kepada pihak sekolah dan sidang redaksi majalah yang akhirnya dapat menerbitkan majalah sekolah ini. Saya yakin penerbitan ini telah dapat dijayakan hasil kesepakatan dan iltizam tinggi semua pihak yang terlibat. Segala coretan dan peristiwa serta gambar-gambar yang terkandung di dalam majalah ini merupakan himpunan lipatan sejarah sekolah yang mencatatkan memori suka duka sepanjang tahun di sekolah ini. Tahniah sekali lagi. Dalam kita menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang sudah hampir mencapai penghujngnya, enam Aspirasi Murid yang ingin kita hasilkan ialah murid yang mempunyai Pengetahuan (1), Kemahiran Berfikir (2), Kemahiran Memimpin (3), Kemahiran Dwibahasa (4), Etika dan Kerohanian (5) serta Identiti Nasional (6). Saya yakin, semua pihak sedang gigih memacu pelbagai aktiviti bagi memastikan sasaran PPPM 2013 – 2025 ini akhirnya berjaya dilaksanakan dan dicapai. Di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan ini, kita juga bersama-sama komited untuk menjayakan aspirasi pendidikan ini. Melalui 11 Aspirasi KMY Number One, kita berharap suatu generasi unggul akan dapat dihasilkan dan sentiasa menjuarai segenap aspek dalam pembangunan pendidikan di negara ini. KMY Number One berhasrat untuk meletakkan kita sentiasa ke hadapan dalam segenap aspek. Untuk menjayakannya, kita seharusnya menjadikan aspirasi ini sebagai budaya oleh semua murid dan guru. Budaya Ikhlas, Berilmu, Insan Terbaik untuk Manusia Lain, Lakukan Kebaikan, Sederap, Hadapi Cabaran secara Berhemah, Komunikasi Berkesan, Big Data, Integriti, Decision Making dan Digital Leadership merupakan aspirasi yang diharapkan akan dapat melonjakkan kita di KMY di puncak kejayaan, seterusnya bersama-sama menggapai dan mencapai PPPM 2013-2025. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih dan tahniah atas kejayaan penerbitan majalah sekolah pada kali ini. Selamat maju jaya kepada semua, sehingga berjumpa nanti, semoga anda semua berada di puncak jaya. Terima kasih. SALAM KMY NUMBER ONE HAJI ISHAK BIN ZULKIFLI Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan.
UCAPAN PENGETUA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarkatuh dan Salam Sejahtera. Syabas dan tahniah kepada siding redaksi Majalah Gemilang atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah yang Istimewa ini. Majalah Gemilang Edisi ke-23 tahun 2023/2024 merupakan satu dokumen yang sangat penting untuk merakam kecemerlangan dan kemenjadian murid serta warga kerja SMK Batu 5 sepanjang tahun 2023/2024. Bagi warga sekolah, butiran dan gambar yang dimuatkan bakal menjadi kenangan indah yang sangat bermakna khususnya zaman persekolahan. Perubahan dan penambahbaikan dalam Dasar Pendidikan Negara menuntut warga pendidikan bersikap lebih kreatif, berfikir di luar kotak serta mampu mengaplikasikan strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan zaman supaya dapat melahirkan murid yang bukan hanya bijak dalam akademik tetapi juga memiliki ciri kepimpinan yang baik serta cekal mendepani cabaran dunia globalisasi. Alhamdulilah berkat jalinan dan jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak, komitmen yang padu para guru, sokongan dan kepercayaan ibu bapa serta kesungguhan anak-anak murid maka sesuatu yang dihasratkan dalam PPPM ini dapat dijelmakan melalui kejayaan yang diperoleh. Hal yang lebih membanggakan ialah ramai kalangan anak-anak didik SMK Batu 5 telah dapat diketengahkan dalam pelbagai bidang sehingga mencapai kejayaan peringkat antarabangsa sekaligus visi dan misi menyerlahkan kemenjadian murid semakin tercapai. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada warga sekolah, ibu bapa dan pelbagai pihak yang telah membantu kami melaksanakan misi ini. Saya yakin dengan semangat kekitaan dan sokongan padu yang berterusan daripada semua pihak, kejayaan yang lebih bermakna bakal dikecapi pada masa mendatang. Akhir kalam, saya berharap agar semua warga SMK Batu 5 terus gigih melaksanakan amanah mendidik anak bangsa dan marilah kita terus berusaha memberikan yang terbaik demi menjulang kejayaan dan kemenjadian anak-anak didik SMK Batu 5. Salam hormat dan Salam Batu 5 Juara. ZUR’AIZA BINTI ABD HAMID Pengetua
UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG Alhamdulillah. Setinggi- tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hasrat Allah SWT kerana saya diberi kesempatan untuk menitipkan kata-kata di dalam majalah Gemilang Edisi ke-23 ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada sidang redaksi kerana berjaya menerbitkan majalah Gemilang Edisi ke-23 dan semoga menjadi wadah untuk merealisasikan visi dan misi SMK Batu 5 dalam terus mencipta kejayaan serta kecemerlangan dalam pelbagai aspek. Seiring dengan matlamat pendidikan untuk mentransformasikan negara ke arah sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi, maka sekolah merupakan institusi utama untuk merealisasikan matlamat tersebut. Dalam usaha menjayakan dasar dan matlamat Kementerian Pendidikan diharapkan para pelajar yang bakal dilahirkan nanti merupakan generasi yang berketerampilan dan mempunyai modal insan yang mampu memacu negara pada masa hadapan. Dalam hal ini, cabaran untuk mengukuhkan dan meningkatkan kualiti pendidikan merupakan tanggungjawab semua pihak dan amanah yang bukan hanya digalas oleh warga pendidik semata-mata. Dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini, sudah pasti banyak kekangan yang dihadapi dan yang harus ditangani. Justeru, para pelajar khususnya, perlu bersiap siaga melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran terkini. Tambahan pula mereka juga perlu memperkasakan diri dan mempunyai kekuatan daya saing pada peringkat global. Akhir kalam, saya berharap agar semua warga SMK Batu 5 akan terus cemerlang dan sentiasa berusaha meraih kejayaan merangkumi semua aspek dalam menghadapi cabaran alaf baru. Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas sekali lagi kepada sidang redaksi yang terlibat dalam merealisasikan majalah Gemilang Edisi ke-23. Sekian, terima kasih. PN. SITI MARINI BINTI ABU SEMAN Yang Dipertua PIBG SMK Batu 5 2023/2024
UCAPAN KETUA EDITOR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarkatuh dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca Gemilang pada kali ini. Saya ingin melafazkan kata syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya kita dapat menerbitkan majalah “Gemilang” edisi ke-23 yang menjadi identiti kebanggaan kepada warga sekolah. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah dan Guru Penyelaras kerana memberi peluang kepada saya untuk mencoretkan perutusan pada tahun ini. Walaupun terdapat pelbagai kekangan dan cabaran, namun tidak sesekali mematahkan semangat kami untuk menerbitkan majalah pada tahun ini. Pelbagai kejayaan yang membanggakan sama ada bidang kokurikulum atau akademik dimuatkan dalam majalah ini. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti dan program sekolah yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2023/2024 di samping informasi yang berbentuk ilmiah ditampilkan bersama bagi menambahkan lagi pengetahuan guru-guru dan para pelajar. Pada kesempatan ini, kami daripada pihak sidang redaksi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah terutamanya Bonda Pengetua, Puan Zur’aiza , Penolong-penolong Kanan, Guru Penyelaras dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses pembikinan majalah ini. Di samping itu, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli sidang redaksi yang lain kerana telah bertungkus-lumus dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan. Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada guru-guru dan para pelajar kerana memberi sokongan dan kerjasama dalam menyalurkan maklumat yang dapat mengindahkan lagi kandungan majalah ini. Sesungguhnya, terbitan pada tahun ini merupakan hasil kejayaan daripada warga Batu 5. Akhir kata, saya mewakili semua ahli sidang redaksi sekolah sesi 2023/2024 ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya terdapat sebarang kecacatan dan kekurangan dalam edaran kali ini. Sesungguhnya yang baik itu dating daripada Allah SWT dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan sidang redaksi yang hanya merupakan insan kamil. Sekian, terima kasih. NUR IMAN HASYA BINTI IBRAHIM KETUA EDITOR
PROFIL SEKOLAH Pengetua: Zur’aiza Binti Abdul Hamid Kod : KEA 3112 Gred : A Sesi: Pagi Jenis Bantuan: Sekolah Kerajaan Jenis Murid: Lelaki dan Perempuan Bahasa Pengantar: Bahasa Melayu Lokasi Pendaftaran: Luar Bandar No telefon: 010-3324088 Portal: www.smkbtlima.edu.my E-mel:[email protected] Luas Kawasan Sekolah: 206 ekar Status Sekolah: Sekolah Harian Biasa Tarikh Ditubuhkan: 01.01.1995 Jabatan Pelajaran Negeri: JPN Kedah Pejabat Pelajaran Daerah: PPD Kualamuda/Yan KawasanPKG: PKG Kawasan Gurun Kawasan Parlimen: Jerai Dewan Undangan Negeri: Gurun INFRASTRUKTUR UTAMA Blok Bangunan Utama: 6 (Blok A- Blok F) Blok Makmal ICT: 2 Bilangan Bilik Darjah: 31 Dewan Sekolah: 1 (Dewan Seri Delima) Rumah Guru: 8 Surau: 1 (Surau Al-Falah) Kantin: 1 (Kafetaria Sari Rasa) Asrama: 3 (Blok Putera Perkasa)(Blok Seri Puteri)(Dewan Seri Kantan)
VISI SEKOLAH Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI SEKOLAH Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara PIAGAM PELANGGAN Kami warga SMK Batu 5, Jalan Jeniang 08300 Gurun Kedah dengan penuh iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk : Memastikan Semua kanak-kanak mengikut umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan. Memastikan semua murid menerima pendidikan yang berkualiti berasaskan kurikulum yang ditetapkan oleh PPD/JPNK/KPM Memastikan semua murid terlibat secraa aktif dalam aktiviti kokurikulum dan sukan dalam usaha memperkembangkan potensi secara seimbang dari intelek, rohani, emosi dan jasmani. Memastikan segala keperluan asas untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah disediakan dengan lengkap Memastikan semua urusan peperiksaan dan pentaksiran dilaksanakan dengan cekap, adil, amanah dan sah. Memastikan segala aduan kepada atau mengenai sekolah diberi jawapan dalam tempoh 1 minggu dari tarikh penerimaan Memastikan bayaran bil dan invois yang lengkap dibuat tidak melebihi empat belas(14) hari dari tarikh penerimaan Memastikan perkhidmatan kaunter yang mesra cekap dan responsif terhadap kehendak semua pelanggan Menentukan segala surat dan rayuan kepada dan mengenai sekolah diberi jawapan dalam tempoh dua minggu dari tarikh penerimaan Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan teguran dan cadangan yang membina dari semua pihak demi mempertimbangkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan
MAKSUD LENCANA SEKOLAH WARNA & MAKSUD WARNA KUNING: Lambang kemakmuran yang dikecapi dan harga diri WARNA BIRU: Lambang keharmonian dan kedamaian WARNA MERAH : Melambangkan keberanian, kegigihan dan berketerampilan WARNA KUNING: Lambang kemakmuran yang dikecapi dan harga diri WARNA BIRU: Lambang keharmonian dan kedamaian WARNA MERAH : Melambangkan keberanian, kegigihan dan berketerampilan
MAKSUD LENCANA SEKOLAH STRUKTUR, KOMPOSISI DAN MAKSUD hURUF Q - KUALITI HURUF T - TERAS HURUF W - WAWASAN HELAIAN BUKU - Melambangkan ilmu pengetahuan ANAK PANAH KIRI DAN KANAN - Hala tuju ke arah mencapai wawasan BULATAN SKRU DAN ATOM - Lambang sains dan teknologi HELAIAN BUKU - Melambangkan ilmu pengetahuan ANAK PANAH KIRI DAN KANAN - Hala tuju ke arah mencapai wawasan BULATAN SKRU DAN ATOM - Lambang sains dan teknologi
SMK Batu 5 Kualiti Teras Wawasan Setia Kepada Negara Percaya Kepada Tuhan Berdisplin Dan Berhemah Tinggi Diamal Pada Setiap Masa Majulah Sekolahku Maju Di bawah Payung Mahkota Namamu Sentiasa Dijulang Kami Pelajar Cemerlang Dengan Semangat Yang Dedikasi Ke arah Mencapai Cita Murni Ke arah Matlamat Wawasan Teknologi Tinggi Dihadapi Majulah Sekolahku Maju Ke arah Malaysia Berjaya MAKSUD LENCANA SEKOLAH
DIREKTORI ASRAMA VISI ASRAMA Menjadi asrama yang cemerlang gemilang dan terbilang berteraskan kecemerlangan yang seimbang MISI ASRAMA melahirkan pelajar yang berwawasan dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan sosial berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara Meningkatkan prestasi pelajar dari segi kuantiti dan kualiti dalam bidang kurikulum dan kokurikulum Mengamalkan budaya permuafakatan dan keterlibatan menyeluruh demi merealisasikan slogan ‘ASRAMAKU RUMAHKU’ Melengkapkan prasarana dan mewujudkan suasana asrama yang selamat, ceria dan kondusif.
BARISAN PENTADBIR Dari Atas : Pn.Zur'aiza Bt Abdul Hamid ( Pengetua) Barisan Tengah dari kiri: Pn.Noorhayati Bt Yusuff ( PK Hem) , Pn.Wan Norazah Binti Megat Darus ( PK Pentadbiran) , En.Zamri Bin Salleh ( PK Kokurikulum) Barisan Bawah dari kiri: Pn.Siti Hajar Bt Osman ( GKM Teknik & Vokasional), Pn.Norma Bt Sudin ( GKM Kemanusiaan) , Pn.Zurina Bt Abu Bakar (GKM Sains &Matematik), En.Dizam Bin Abd Razak ( GKM Bahasa)
STAF AKADEM
MIK 2023/24
STAF AKADEM
IK 2023/24
STAF SOKONGA
AN 2023/24
STAF SOKONGA
AN 2023/24
GURU– GURU SMK BATU 5 Ahmad Bin Abu Yazid Asmiza Bt Abdullah Che Fauziah Bt Mohamad Shariff
GURU– GURU SMK BATU 5 Eik A/P Ikluim Hasmalina Bt Hamzah Kamilah Bt Abd Samat
GURU– GURU SMK BATU 5 Lim Kai Lee Md Salim Bin Mangsod@Mansor Mohamad Shafiq Bin Abd Rahim
GURU– GURU SMK BATU 5 Noor Filawati Bt Abdullah Nor Habibah Bt Abd Hamid Norashikin Bt Ismail
GURU– GURU SMK BATU 5 Norhidayah bt Othman Normi Bt Mohamad Nurbaya Bt Ramli
GURU– GURU SMK BATU 5 Rabiatul Adawiyah Binti Azhari Robihah Binti Romli Sharmalah Devi a/p Selva Rajoo
GURU– GURU SMK BATU 5 Suhaila Bt Ahmad Tuan Zunaidah Bt Tuan Senik Zaharah Bt Zulkifli
GURU– GURU SMK BATU 5 Zamri Bin Abu Bakar
KAUNSELOR SMK BATU 5 Mohamad Ridzuan Bin Mihat
STAF SOKONGAN SMK BATU 5 Muhammad Faiz Bin Ahmad Norhidayah Binti Mohamad Noor Norazariah Bt Omar
STAF SOKONGAN SMK BATU 5 Mohd Faizal Bin Jamal Mohd Amirul Asraf Bin Hashim
PN SITI MARINI BT ABU SEMAN YDP EN RAMESH A/L BALAKRISHNAND AJK WARIS PN YURINA BT AHMAD AJK WARIS EN ROBERT KENEDY A/L AROKIASAMY AJK WARIS PN SITI SANDORA BT MD ISA AJK WARIS PIBG SMK BATU 5 EN MOHD REDZUAN B SHAMSUDIN NYDP
EN HARON B ABU HASSAN AJK WARIS PN ZURINA BT ABU BAKAR AJK GURU PN NOOR JIHAN BT HASAN SETIAUSAHA PN EIK A/P IKLUIM AJK GURU PN NURBAYA BT RAMLI BENDAHARI PIBG SMK BATU 5 PN NOOR HASYIDA BT DRAHMAN JURUAUDIT
PN MARIANA BT MOKHTIR AJK GURU EN ZAMRI B ABU BAKAR AJK GURU EN SHAFIQ B ABD RAHIM AJK GURU PIBG SMK BATU 5 PN KHAIRIDA BT MOHAMAD AJK GURU
PENGAWAS SEKOLAH
PENGAWAS SEKOLAH (LELAKI)
PENGAWAS SEKOLAH (TINGKATAN 5)
PENGAWAS PUSAT SUMBER
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
PENGAWAS KOPERASI
EXCO ASRAMA
PENGAWAS SPBT
SIDANG REDAKSI SEKOLAH
KEJAYAAN YANG DICAPAI
PENCAPAIAN KOKURIKULUM
ANALISA KEPUTUSAN SPM 2022 BIL SUBJEK JUMLAH GRED PURATA 2022 GRED PURATA 2021 ETR 2022 1 BAHASA MELAYU 218 4.74 4.53 3.44 2 BAHASA INGGERIS 218 6.84 6.28 6.23 3 PENDIDIKAN ISLAM 187 5.07 4.53 3.74 4 PENDIDIKAN MORAL 31 6.60 7.05 5.81 5 SEJARAH 218 5.33 5.66 4.48 6 MATEMATIK 218 7.12 7.38 5.35 7 SAINS 195 5.47 5.72 4.74 8 PENDIDIKAN SENI VISUAL 184 4.25 3.71 3.37 9 MATEMATIK TAMBAHAN 23 7.09 7.06 5.96 10 PERNIAGAAN 69 6.46 6.87 4.04 11 SAINS RUMAH TANGGA 32 5.63 4.56 3.72 12 SAINS KOMPUTER 32 5.03 3.96 2.59 13 FIZIK 23 5.83 5.81 3.26 14 KIMIA 23 5.61 6.31 4.39 15 BIOLOGI 22 6.23 5.50 3.48 16 BAHASA CINA 2 3.50 5.80 3.50 17 BAHASA TAMIL 14 4.79 5.00 3.29 18 KESUSASTERAAN TAMIL 9 4.78 3.82
BIL NAMA MURID (KELAS) 1. 1 . Sofea Najwa bt Ahmad Zaidi (1A4) ❖ 2. 2 . Muhamad Hakim b Muhamad Redzuan (4P1) ❖ ❖ ❖ ❖ 3. Teoh Min Yi (1A5) ❖❖❖❖❖
PENCAPAIAN KAD PENGENALAN Naib Johan Lompat Jauh 13TKB P15 Kejohanan Olahraga MSSD 2023 100131-02-0182 Johan 200m 1L Kejohanan Olahraga MSSD 2023 Ketiga Lompat Jauh 1L Kejohanan Olahraga MSSD 2023 Penyertaan 200m 1L Kejohanan Olahraga MSSK 2023 Penyertaan Lompat Jauh 1L Kejohanan Olahraga MSSK 2023 070508-02-0357 ❖ Tempat ke 9 B15 (P) Kejohanan Merentas Desa MSSD 2023 ❖ Naib Johan 1500m 13TKB (P) Kejohanan Olahraga MSSD 2023 ❖ Ketiga Acara Individu B15 (P) Kejohanan Badminton MSSD 2023 ❖ Johan Acara Beregu B15 (P) Kejohanan Badminton MSSD 2023 ❖ Penyertaan Kejohanan Badminton MSSK 2023 100602-02-0964
4. Ooi Yu Han (3A2) ❖ ❖ ❖ ❖ ❖ 5. Eo Jing Jing (5K1) ❖ ❖ ❖ ❖ 6. 3 . Muhammad Iqbal Naim bin Rosli (5K2) ❖ KetKej❖ KeeKej7. 4 . Muhammad Irfan Hanif bin Dzul Azman (5T) ❖ ❖ ❖