The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

REPSEL stand for Respirasi Sel; Biologi form 4
hakcipta oleh khadijahkamar

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Jihahdee, 2023-05-09 07:06:51

E-Komik Repsel

REPSEL stand for Respirasi Sel; Biologi form 4
hakcipta oleh khadijahkamar

Keywords: Respirasi sel

Komik REPSEL


Glosari Respirasi sel Proses pengoksidaan molekul organik melalui beberapa peringkat bagi membebaskan tenaga. Fermentasi Poses penguraian glukosa tidak lengkap dalam keadaan oksigen terhad atau tanpa oksigen. Respirasi aerob Proses penguraian glukosa dalam kehadiran oksigen untuk menghasilkan tenaga kimia. Glikolisis Penguraian glukosa oleh enzim. Fermentasi alkohol Proses penguraian glukosa tidak lengkap kepada etanol, karbon dioksida dan tenaga. Fermentasi asid laktik Proses penguraian glukosa kepada asid laktik dan tenaga.


Atan tahu. Kerana kita memperoleh glukosa melalui pencernaan karbohidrat daripada makanan yang dimakan. Glukosa adalah substrat utama bagi respirasi sel. Saya sebagai tumbuhan juga menjalani respirasi sel. Tumbuhan hijau seperti saya menghasilkan glukosa melalui tenaga cahaya yang diperangkap oleh klorofil untuk menjalankan fotosintesis Anak-anak tahu tak, makanan yang kita makan ini penting untuk kita menghasilkan tenaga melalui proses respirasi sel. Kenapa ayah cakap begitu?


Jika dalam keadaan rehat begini, kita menjalankan respirasi aerob. Bagaimana proses respirasi aerob itu berlaku? Boleh abang Atan terangkan. Boleh. Abang Atan akan ceritakan. Jom kita ke mitokondria Semua jenis respirasi sel bermula dengan proses glikolisis. Dalam sitoplasma Hai. Saya glukosa. Saya akan diuraikan menjadi 2 piruvat Glukosa Piruvat Karbon dioksida Air Tenaga 2898kJ Kami lah yang terhasil! Dalam mitokondria Dalam mitokondria ini, kami dioksidakan dengan kehadiran oksigen. Pengoksidaan piruvat Piruvat Hai. Saya adalah oksigen. Respirasi aerob akan berlaku jika saya hadir dan mencukupi. Ingat tu! Karbon dioksida Air Tenaga 2898kJ Glukosa Oksigen Respirasi aerob


Karbon dioksida Air Tenaga 2898kJ Glukosa Oksigen Secara keseluruhannya, respirasi aerob ialah proses penguraian glukosa dalam kehadiran oksigen untuk menghasilkan tenaga kimia.


Tiba-tiba... Glukosa Asid laktik Tenaga 150kJ Saya dikejar anjing! Mimi berlari pecut ke arah keluarga Atan Fermentasi asid laktik


Sebelum Mimi berlari pecut... Nah, saya bekalkan oksigen. Nasib baik anjing itu sudah pergi. Tapi saya berasa letih dan tercungap-cungap. Tercungap-cungap itu perkara yang biasa berlaku selepas melakukan aktiviti cergas untuk mengambil oksigen yang berlebihan untuk mengoksidakan asid laktik bagi bayar hutang oksigen. Betul tu. Semasa saya berlari, fermentasi asid laktik berlaku. Sistem peredaran darah Otot


Alahai, semasa kekurangan oksigen begini, saya tidak dapat diuraikan dengan sepenuhnya. Glukosa Asid laktik Hehehe. Inilah masanya kita berkumpul ramai-ramai di sini. Nanti bila sudah mencapai satu kepekatan yang tinggi, kita boleh menyebabkan kelesuan dan kekejangan otot. Tapi ini sahaja yang saya boleh bekalkan Semasa Mimi berlari pecut... Kadar penggunaan oksigen sudah meningkat! Tak cukup oksigen yang sistem peredaran darah bekalkan ini. Saya terpaksa berhutang oksigen


Glukosa Asid laktik Tenaga 150kJ Secara keseluruhannya, fermentasi asid laktik adalah proses penguraian glukosa secara tidak lengkap dalam keadaan tanpa oksigen atau oksigen terhad. Menghasilkan asid laktik dan tenaga. Selepas Mimi berlari pecut... Mimi tercungap-cungap. Kami mempunyai kuantiti yang berlebihan. Jadi, kami datang untuk mengoksidakan kamu semua. Alamak. Mimi telah mengambil oksigen secara berlebihan. Kita akan dioksidakan oleh oksigen kepada karbon dioksida, air dan tenaga. Semua asid laktik disingkirkan. Hutang oksigen terbayar. Oksigen Asid laktik


Hai Atan. Saya sedang membuat roti. Wah! Saya juga ingin belajar membuat roti. Boleh. Mari sini saya tunjukkan. Glukosa Karbon dioksida Tenaga Etanol 150kJ Yis Kita perlu masukkan yis ke dalam doh roti ini supaya dapat menghasilkan roti yang lembut. Oh begitu. Keesokan hari, Atan pergi ke rumah sepupunya Fermentasi alkohol


Situasi yang berlaku di dalam doh roti Yis Kami menjalankan fermentasi alkohol dan membebaskan karbon dioksida. Karbon dioksida Karbon dioksida Karbon dioksida Karbon dioksida Karbon dioksida Karbon dioksida Karbon dioksida Karbon dioksida Kami tolak doh ini supaya ia mengembang Kita biarkan doh ini selama 30 minit kemudian perhatikan perubahan saiznya. Kami juga menghasilkan rongga-rongga di dalam roti supaya roti menjadi lembut. Glukosa Karbon dioksida Tenaga Etanol 150kJ Karbon dioksida Karbon dioksida Karbon dioksida Karbon dioksida


Yis Yis di dalam doh itu menjalani fermentasi alkohol. Karbon dioksida yang dibebaskan menaikkan adunan roti. Fermentasi yis ini juga diaplikasikan dalam pembuatan bir dan wain. Etanol digunakan dalam pembuatan bir dan wain. 30 minit kemudian Wah! Doh itu semakin mengembang.


Jawab soalan berikut untuk menguji kefahaman anda Tuliskan persamaan respirasi aerob. Tuliskan persamaan fermentasi alkohol. Tuliskan persamaan fermentasi asid laktik. Pada pendapat anda, apakah substrat lain selain daripada glukosa yang boleh digunakan oleh sel untuk respirasi sel. Nyatakan perbezaan antara proses respirasi aerob dengan fermentasi. Semasa membantu ayah menebas rumput di kawasan kebun, anda telah terserempak dengan seekor ular. Oleh sebab terlalu takut, anda melarikan diri menjauhi ular tersebut. Huraikan proses respirasi sel yang berlaku dalam sel otot kaki anda. 1. 2. 3. 4. 5. 6.


Skema Jawapan Glukosa + oksigen -> karbon dioksida + air + tenaga (2898kJ) Glukosa -> Etanol + karbon dioksida +tenaga (210kJ) Glukosa -> asid laktik + tenaga Fkruktosa, galaktosa Respirasi aerob melibatkan menguraian bahan organik seara lengkap dengan kehadiran oksigen manakala fermentasi melibatkan penguraian bahan organik seara tidak lengkap tanpa kehadiran oksigen atau oksigen terhad. Respirasi aerob berlaku dalam sitoplasma dan mitokondrion manakala fermentasi hanya berlaku di sitoplasma. Respirasi aerob menghasilkan air manakala fermentasi tidak menghasilkan air. Dalam proses respirasi aerob, glukosa dioksidakan seara lengkap kepada karbon dioksida dan air manakala dalam proses fermentasi, glukosa dioksidakan kepada etanol atau asid laktik. Apabila berlari pecut, sistem peredaran darah tidak dapat membekalkan oksigen dengan cukup untuk memenuhi keperluan otot bagi menghasilkan ATP. Dalam keadaan ini, sel-sel otot akan menjalani fermentasi, iaitu proses menghasilkan ATP tanpa kehadiran oksigen atau oksigen terhad. 1. 2. 3. 4. 5. 6.


Click to View FlipBook Version