1 SMK SEKSYEN 9 TATACARA PERGI BALIK SEKOLAH DENGAN SELAMAT 1.0 MATLAMAT Memastikan murid-murid selamat dalam perjalanan pergi dan balik sekolah 2.0 OBJEKTIF 2.1 Menyediakan atau menyebarkan maklumat tentang tatacara tindakan keselamatan diri murid pergi dan balik sekolah. 2.2 Mengenal pasti masalah berkaitan penggunaan laluan perjalanan pergi/balik sekolah 3.0 RASIONAL Ramai murid yang pergi dan balik sekolah terdedah dengan bahaya akibat kecuaian atau pun tidak mementingkan aspek keselamatan. 4.0 PERANAN MURID 4.1 Pastikan kenderaanyang dinaiki selamat 4.2 Memahami dan mengamalkan peraturan mengenai diri dalam perjalanan ke sekolah. 4.3 Mengamalkan langkah-langkah keselamatan: 4.3.1 Berjalan dalam kumpulan 4.3.2 Ikut jalan yang selamat 4.3.3 Lengkapkan diri dengan kemahiran mempertahankan diri 4.3.4 Tidak menumpang kenderaan orang yang Tidak dikenali 5.0 PERANANAN IBU BAPA 5.1 Memastikan anak selamat pergi dan balik sekolah 5.2 Mendidik anak dalam aspek keselamatan diri. 5.3 Kenderaan yang dibawa ke sekolah dalam keadaan baik. 5.4 Menasihatkan anak supaya jangan menumpang mereka yang tidak dikenali. 5.5 Memastikan anak-anak yang menunggang motosikal dan memandu kenderaan memiliki lesen dan cukai jalan. 5.6 Memberhentikan dan menurunkan anak dari kenderaan di tempat yang ditetapkan dengan selamat. “SMKS9 THE FUTURE SCHOOL” TS25 KOHORT 7
2 6.0 PERANAN GURU DAN KAKITANGAN 6.1 Sentiasa mengingatkan murid keselamatan pergi dan balik sekolah 6.2 Mendidik murid dalam aspek keselamatan diri. 6.3 Menasihatkan murid supaya jangan menumpang mereka yang tidak dikenali. 6.4 Memastikan murid yang memiliki lesen dan cukai jalan sahaja boleh membawa kenderaan ke sekolah. 6.5 Menetapkan kawasan selamat untuk kenderaan yang membawa memberhentikan murid di sekolah. 6.6 Mengutamakan keselamatan murid ketika memandu di kawasan sekolah. 7.0 LANGKAH PERLU DIPATUHI OLEH MURID SEBAGAI PEJALAN KAKI 7.1 Pejalan Kaki Sebagai pejalan kaki murid-murid haruslah menjaga keselamatan diri dengan mengamalkan peraturan yang sepatutnya apabila menggunakan jalan raya. 7.2 Perkara penting yang patut diikuti ketika melintas jalan: 7.2.1 Cari tempat yang terdekat dan selamat untuk melintas. 7.2.2 Hendaklah berdiri di atas kaki lima jalan. 7.2.3 Awasi lalu lintas sekeliling. Lihat kanan, lihat kiri dan lihat kanan sekali lagi. Pastikan tiada kenderaan dan melintaslah apabila selamat. 7.2.4 Undur kebelakang, 1 meter apabila melihat kenderaan besar. 7.2.5 Ikut arahan trafik/ guru 7.2.6 Tempat-tempat yang selamat untuk melintas Jalan raya. a. Lintasan pejalan kaki b. Laluan bawah c. Jejantas d. Dekat lampu isyarat e. Menggunakan pemisah jalan atau pulau lalulintas f. Di tempat – tempat yang terdapat angggota polis, waden trafik dan pengawal lalulintas sekolah yang bertugas. 7.3 Cara melintas jalan di lintasan pejalan kaki 7.3.1 Berilah kesempatan untuk pemandu melihat anda dan memberhentikan kenderaan sebelum anda melintas. 7.3.2 Pastikan semua kenderaan berhenti dan berjalan dengan cermat bila melintas. 7.3.3 Cara melintas jalan di lampu isyarat. a. Melintaslah apabila lampu untuk pejalan kaki
3 menyeberang berwarna hijau. b. Bila lampu untuk pejalan kaki menyeberang berkelip, bererti lampu akan bertukar kepada merah dan anda dinasihatkan berhenti daripada melintas. Jika anda sedang melintas percepatkan langkah anda. 7.4 Berjalan kaki 7.4.1 Hendaklah berjalan kaki di atas kaki lima dan mengikut laluan gajah menyusu yang disediakan. Semasa pulang juga mengikut laluan kaki lima dan gajah menyusu yang telah ditetapkan. Elakkan melalui pintu keluar masuk kenderaan sekolah. 7.4.2 Jika tiada kaki lima, hendaklah berjalan kaki di sebelah kanan jalan raya dan sentiasa memandang lalulintas yang datang dari arah hadapan. 7.4.3 Anda hendaklah berjalan di tepi jalan dan janganlah sekali- kali berjalan bergandingan kecuali memimpin orang buta atau tua. 7.5 Berjalan kaki di waktu malam pejalan kaki hendaklah memakai menggunakan alat-alat berikut bagi membolehkan pemandu melihat anda. 7.5.1 Pakaian cerah atau bersinar. 7.5.2 Membawa suratkhabar atau benda-benda yang putih. 7.5.3 Memakai pemantul cahaya. 7.5.4 Menggunakan lampu picit. 7.6 Berjalan kaki di waktu hujan 7.6.1 Diutamakan memakai baju hujan. 7.6.2 Jika pakai payung, pegang payung dengan betul supaya tidak menghalang pandangan depan dan gunakan payung yang berwarna terang. 7.6.3 Berjalan dengan cermat kerana jalan licin dan mudah tergelincir. 7.6.4 Berjalan tengok hadapan. 7.7 Perkara-perkara yang patut dielakkan 7.7.1 Menyeberang jalan di tempat-tempat yang bukan dikhaskan seperti melompat atau memanjat pagar pembahagi jalan. 7.7.2 Bermain atau bergurau senda di jalan raya. 7.7.3 Menggunakan jalan sibuk. 7.7.4 Tidak mematuhi arahan lampu isyarat. 7.7.5 Menyeberang di celah-celah kenderaan.
4 8.0 LANGKAH PERLU DIPATUHI OLEH MURID SEBAGAI PENUNGGANG BASIKAL/ MOTOSIKAL/PEMANDU KERETA 8.1 Ditegah menunggang basikal bergandingan dan mencelah-celah di antara lalulintas. 8.2 Mengekori kenderaan pada jarak yang selamat. 8.3 Semasa menunggang hendaklah sentiasa memandang ke hadapan. 8.4 Awasilah semasa memotong kereta yang berhenti kerana mungkin ada penumpang yang membuka pintu. 8.5 Memegang hendal dengan kedua-dua belah tangan kecuali memberI isyarat tangan sebelum membelok. 8.6 Apabila mendaki bukit, anda hendaklah turun daripada basikal dan menyorongnya. 8.7 Gunakan karier untuk membawa barang-barang atau buku-buku. 8.8 Jangan menggunakan payung semasa hujan. 8.9 Jangan membawa penumpang di atas basikal. 8.10 Semasa menunggang jangan berpaut kepada belakang atau tepi kenderaan. 8.11 Di waktu malam pastikan semua lampu dalam keadaan baik. 8.12 Jika menunggang pada waktu malam pakai pakaian yang membolehkan pemandu kenderaan dan pengguna jalan raya dapat melihat anda dengan lebih baik. 8.13 Periksa lampu, brek, tayar, rantai, dan jarak tinggi hendal. 8.14 Sentiasa patuh kepada undang-undang dan semua peraturan- peraturan lalu lintas. 8.15 Gunakan jalan yang paling selamat dari lalulintas yang sibuk. 8.16 Awasi sebelum membelok kanan atau kiri, beri isyarat dari lalulintas yang sibuk. 8.17 Penunggang basikal/motosikal hendaklah meletakkan basikal atau motosikal di tempat yang disediakan. 8.18 Penunggang motosikal dan memandu kereta pastikan memiliki lesen dan cukai jalan 8.19 Pasti keadaan kenderaan selamat untuk digunakan penunggang dan pembonceng motosikal pastikan memakai topi keledar. 8.20 Patuhi undang-undang jalan raya. 8.21 Jangan menunggang basikal , motosikal dan memandu di kawasan sekolah. 8.22 Letak kenderaan anda di tempat yang disediakan dalam keadaan teratur.
5 9.0 Menaiki Bas/kereta 9.1 Jangan menaiki atau turun dari kenderaan ketika kenderaan masih bergerak 9.2 Menggunakan pintu yang disediakan untuk masuk dan keluar. 9.3 Jangan sengaja menghimpit penumpang-penumpang lain ketika menaiki atau turun dari kenderaan. 9.4 Jangan merosakkan mana-mana bahagian kenderaan. 9.5 Elakkan menggangu tumpuan pemandu tanpa sebarang sebab seperti berbual atau bermain. 9.6 Jagalah kebersihan kenderaan. 9.7 Jangan membaling sesuatu keluar dari kenderaan. 9.8 Jangan meletakkan atau mengikatkan sebarang benda yang bergantungan atau berjuntai pada badan kenderaan. 9.9 Hendaklah sentiasa bersopan dan beratur seperti tidak berebut- rebut ketika menaiki kenderaan. 9.10 Jangan membuka pintu kenderaan untuk keluar sehingga dipastikan selamat. 9.11 Sentiasa patuh undang-undang dan peraturan lalulintas. 9.12 Ketika kenderaan sedang bergerak janganlah bermain-main dalam kenderaan seperti melambaikan tangankeluar,menghulurkan kepala dan sebagainya. 10 Semasa Menunggu Kenderaan 10.1 Semasa menunggu kenderaan murid-murid adalah dilarang bermain seperti kejar mengejar dan sebagainya yang boleh mendatangkan bahaya. 10.2 Tunggu di perhentian kenderaan yang di sediakan . Jika bersendirian sila tunggu kenderaan di dalam kawasan sekolah 10.3 Ibu bapa pemandu kenderaan hendaklah memimpin murid-murid ke kenderaan mereka sekiranya murid-murid itu menunggu di seberang jalan.