Sijil Sains Kesihatan MSUCollege Shah Alam Standard Operating Procedure - Biologi Pengenalan Karbohidrat mengandungi unsur-unsur karbon, hidrogen dan oksigen.Ia terbahagi kepada monosakarida, disakarida dan polisakarida. Monosakaridsa adalah karbohidrat ringkas mengandungi 3-6 atom karbon.Terdiri daripada gula tunggal yang tidak berangkai. Formula am : (CH2O)n, dimana n = 3 hingga 9. Berwarna putih, rasa manis dan mudah larut air. Semua monosakarida adalah gula penurun. Disakarida terdiri daripada dua molekul monosakarida yang digabungkan oleh ikatan glikosida melalui tindak balas kondensasi. Formula am : C12H22O11. Contoh disakarida adalah maltosa, laktosa dan sukrosa. Boleh bersifat sebagai gula penurun dan bukan gula penurun – sukrosa adalah gula bukan penurun. Polisakarida terdiri daripada beratus atau beribu molekul monosakarida yang digabungkan oleh ikatan glikosida. Ia tidak manis, tidak atau kurang larut dalam air dan tidak berbentuk hablur. Polisakarida utama ialah kanji, glikogen dan selulosa Lipid mengandungi unsur karbon,hidrogen dan oksigen. Lipid tidak larut air. Terdapat 3 jenis lipid yang utama iaitu trigliserida, fosfolipid dan steroid. Protein mengandungi unsur-unsur karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen. Sesetengah mengandungi sulfur, fosforus dan ferum. Dibentuk oleh unit-unit asid amino yang digabung oleh ikatan peptida menjadi struktur berantai panjang dikenali polipeptida iaitu terdiri daripada satu / lebih polipeptida berlipat dan bergulung membentuk protein. Protein adalah molekul tidak larut air sepenuhnya. Objektif : 1. Menguji dan mengenalpasti karbohidrat, protein dan lipid. 2. Mengetahui sifat – sifat am bagi karbohidrat, protein dan lipid AMALI 4: PENGENALPASTIAN KARBOHIDRAT, PROTEIN DAN LIPID
Sijil Sains Kesihatan MSUCollege Shah Alam Standard Operating Procedure - Biologi A. Karbohidrat Peralatan / Alat Radas : i. tabung uji ii. pemegang tabung uji iii. rak tabung uji iv. pipet (10ml) Bahan kimia : i. larutan alfa naftol 5% ii. larutan benedict iii. larutan sukrosa 2% iv. larutan glukosa 2% v. larutan maltosa 2% vi. larutan kanji 5% vii. kukus air Prosedur : (A) UJIAN MOLISH (UJIAN AM KARBOHIDRAT) 1. Tambahkan 5 titik larutan alfa naftol 5% kepada 2ml larutan sukrosa 2%, larutan glukosa 2%, larutan maltosa 2% dan larutan kanji 5% ke dalam 4 tabung uji yang berasingan dan goncang. 2. Dengan perlahan masukkan 1 ml larutan asid sulfurik pekat ke dalam tabung – tabung uji tersebut. Jangan goncang tabung – tabung uji ini. 3. Perhatikan perubahan warna dan catatkan. (B) UJIAN BENEDICT (UJIAN GULA PENURUN) 1. Masukkan 1ml larutan sukrosa 2%, larutan glukosa 2%, larutan maltosa 2% dan larutan kanji 5% ke dalam 4 tabung uji yang berasingan. 2. Tambahkan 2ml larutan Benedict ke dalam setiap tabung uji. Baurkan larutan dengan sempurna. 3. Sejukkan kesemua tabung uji dan perhatikan perubahan warna dan catatkan.
Sijil Sains Kesihatan MSUCollege Shah Alam Standard Operating Procedure - Biologi B) Protein Peralatan/Alat radas i. tabung uji ii. pemegang tabung uji iii. rak tabung uji iv. pipet (10ml) Bahan Kimia i. larutan natrium hidroksida 2% ii. larutan albumin 5% iii. susu iv. air suling v. larutan kuprum sulfat 0.5% vi. bahan uji Millon vii. kukus air Prosedur: (A) UJIAN BIURET 1. Masukkan 3ml larutan albumin 5% dan susu ke dalam tabung uji berasingan 2. Tambahkan 3ml larutan natrium hidroksida 2% dan baurkan campuran itu dengan sempurna. 3. Tambahkan 4 titik larutan kuprum sulfat 0.5% 4. Perhatikan warna yang terhasil. Catatkan pemerhatian anda. (B) UJIAN MILLON 1. Masukkan 2ml larutan albumin 5% dan susu ke dalam tabung uji berasingan. 2. Tambahkan 3 titik larutan Millon 3. Perhatikan perubahan warna dan catatkan.
Sijil Sains Kesihatan MSUCollege Shah Alam Standard Operating Procedure - Biologi C) Lipid Peralatan/Alat Radas: i. Tabung uji ii. Pemegang tabung uji iii. Rak tabung uji iv. Penunu bunsen v. Spatula Bahan kimia: i. minyak kelapa ii. minyak sayuran iii. air suling iv. minyak kelapa sawit v. natrium bisulfit Prosedur: (A) UJIAN ACROLEIN 1. Masukkan 5 titik minya kelapa, minyak kelapa sawit dan minyak sayuran ke dalam 3 tiga tabung uji berasingan. 2. Tambahkan 1g natrium bisulfit, kemudian panaskan. 3. Kenalkan bau yang dibebaskan 4. Catat dalam laporan. Interpretasi: (I) Karbohidrat UJIAN PEMERHATIAN Ujian Molisch Kompleks berwarna ungu atau gelang berwarna ungu di permukaan larutan Ujian Benedict Enapan berwarna hijau, ungu atau merah
Sijil Sains Kesihatan MSUCollege Shah Alam Standard Operating Procedure - Biologi (II) PROTEIN UJIAN PEMERHATIAN Ujian Biuret Enapan berwarna ungu atau merah Ujian Millon Kompleks berwarna merah bata (III) LIPID UJIAN PEMERHATIAN Ujian Acrolein Bau yang menusuk Soalan: 1. Berikan 3 jenis karbohidrat 2. Nyatakan EMPAT (4) aras stuktur bagi protein serta contoh – contohnya. 3. Terangkan TIGA (3) jenis lipid yang utama serta berikan contoh – contohnya.