BUKU PERATURAN DAN DISIPLIN SEKOLAH KEBANGSAAN PANGKALAN KUAP
A. Kehadiran Sekolah. 1. Waktu persekolahan bermula pada pukul 7:20 pagi. Murid-murid dikehendaki berada dalam kelas masing-masing pada pukul 7.20 pagi. 2. Kehadiran di sekolah dan dalam kelas adalah wajib dan mana-mana murid yang ponteng sekolah/kelas akan dikenakan tindakan disiplin. (Pek. Ikt. Bil. 6/95) 3. Kehadiran diambil pada waktu pertama oleh guru tingkatan dan juga pada setiap waktu pengajaran oleh guru-guru subjek. 4. Murid-murid yang tidak dapat hadir oleh sebab-sebab tertentu hendaklah memberitahu pihak sekolah melalui surat ibubapa/penjaga atau Surat Akaun Doktor/pegawai kesihatan. 5. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti latihan jasmani atau sukan hendaklah membuktikan dengan mengemukakan Surat Akaun Doktor atau Surat Ibubapa/Penjaga. 6. Kelas-kelas Tambahan/Gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan wajib dihadiri.
1.7. Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan. Mereka yang hendak keluar dari kawasan sekolah hendaklah mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau guru-guru yang telah diberi kuasa oleh Guru Besar. 1.8. Murid-murid yang hendak ke klinik hendaklah mendapat kebenaran keluar daripada Guru Besar atau pegawai-pegawai yang telah diberi kuasa untuk memberi kebenaran dengan dibawa oleh Ibu Bapa penjaga . Murid-murid berkenaan hendaklah pulang segera ke sekolah/rumah masing-masing setelah mendapat rawatan dan menunjukkan kad/surat yang telah ditandatangani oleh pegawai perubatan apabila balik ke sekolah. 1.9. Murid yang memerlukan rawatan perubatan harus mendapat kebenaran bertulis/surat pengesahan daripada Guru Besar atau pegawai-pegawai yang telah diberi kuasa sebelum keluar dari kawasan sekolah. 1.10. Selepas mendapat kebenaran, murid dikehendaki mencatat nama dan butir-butir yang diperlukan di dalam buku pergerakan murid yang disimpan di pejabat sekolah. Sebelum keluar dari kawasan sekolah, murid hendaklah memberitahu guru tingkatannya/guru subjek. 1.11. Murid yang hendak keluar ke tandas atau ke lain tempat hendaklah mendapat kebenaran daripada guru yang mengajar pada masa itu dan bawa bersamanya kad kebenaran keluar.
1.12. Murid-murid yang tidak mengambil matapelajaran pilihan hendaklah berada di tempat yang disediakan untuk belajar . 1.13. Murid yang sakit dan ingin balik ke rumah hendaklah memohon kebenaran daripada atau mana-mana pegawai yang telah diberi kuasa untuk memberi kebenaran. Murid hanya dibenarkan balik Guru Besar sekiranya ibu bapa atau penjaga datang untuk mengambilnya dari sekolah. 1.14. Semua murid hendaklah terlibat aktif dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani dan kesihatan, kecuali terdapat laporan kesihatan daripada doktor yang mengesahkan dia tidak boleh terlibat. 1.15. Murid yang mendaftar untuk mana-mana kegiatan kokurikulum dan menjadi ahli kegiataan tersebut hendaklah hadir semasa aktiviti tersebut diadakan.
2. Pakaian Seragam. 2.1. Pakaian seragam Murid Lelaki: a. Seluar panjang warna biru gelap. b. Baju putih lengan pendek/panjang. c. Kasut Hitam. (Pek. Ikt. Bil. 8/85) d. Stokin hitam. (-sda-) 2.2. Pengawas: a. Pengawas lelaki memakai pakaian seragam pengawas dan bertali leher. b. Pengawas perempuan memakai pakaian seragam pengawas dan bertali leher atau bertudung biru muda bagi pengawas perempuan Islam.
2.3. Pakaian seragam murid perempuan bukan Islam. a. Pinafore. b. Kasut hitam. c. Setokin hitam. 2.4 Pakaian seragam murid-murid perempuan Islam. a. Baju kurung potongan tradisional, leher teluk belanga, warna putih. b. Memakai kain sarung. c. Memakai kain tudung kepala dengan syarat kain tudung itu berwarna putih, berbentuk tiga segi dua sama dan berukuran sesuai dengan murid yang memakainya. d. Memakai kain tudung kepala berbentuk mini telekung berwarna putih.
2.5 Pemakaian lencana sekolah dan tanda nama adalah diwajibkan untuk semua murid. Lencana dan nama hendaklah dipakai di sudut kiri bahagian atas dada atau di atas saku baju. 2.6 Murid-murid dibenarkan memakai tali pinggang; warna hitam atau coklat, lebar di antara 2.5 cm/ 3 cm, kepala sama besar dengan tali pinggang, tanpa haisan. 2.7 Murid-murid dilarang sama sekali menggunakan alat solek dan barang-barang kemas atau perhaisan tiruan. 2.8 Pakaian seragam hendaklah dipakai semasa hari persekolahan, waktu menghadiri kelas atau aktiviti sekolah atau mengikuti rombongan kecuali dibenarkan oleh Guru Besar . Pakaian seragam wajib dipakai semasa peperiksaan. 2.9 Murid-murid dilarang memakai selipar ke sekolah, walaupun hari hujan.
3. Pakaian Pendidikan Jasmani (Bil. 12/78) 3.1. Murid-murid lelaki dan perempuan dikehendaki memakai baju T sekolah/ pakaian yang sesuai yang lain daripada pakaian seragam sekolah ketika matapelajaran Pendidikan Jasmani atau menyertai kegiataan kumpulan: pakaian hendaklah sesuai bagi membolehkan murid-murid bergerak dengan bebas dan selesa dan yang dapat meresap peluh. 3.2. Murid-murid perempuan dibenarkan memakai seluar panjang waktu bermain atau menjalankan Pendidikan Jasmani. 3.3. Murid-murid tidak dibenarkan memakai cermin mata yang berwarna gelap atau berbentuk luar biasa.
4. Potongan Rambut. (Bil. 2/76) 4.1. Murid-murid lelaki tidak boleh berambut panjang. Istilah rambut panjang adalah seperti berikut: 4.1.1. Di belakang: rambut jatuh melebih garisan di bawah cuping telinga. 4.1.2. Di depan: rambut menutup garisan tengah dahi. 4.1.3. Di sebelah: rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan sideburn melebihi garisan tengah hidung. 4.1.4. Di atas: rambut lebih daripada 6 inci panjang. 4.1.5. Potongan rambut murid hendaklah mengikut stail yang dibenarkan dan bukan mengikut fesyen semasa. 4.1.6. Murid-murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut. Murid yang mewarnakan rambut akan diarahkan mewarnakannya semula seperti warna asli.
5. Yuran Dan Harta Benda Sekolah. 5.1. Setiap murid wajib menjelaskan yuran yang telah ditetapkan oleh sekolah dalam tempoh yang ditetapkan. 5.2. Hartabenda sekolah ialah segala benda kepunyaan sekolah. Jika sesuatu harta benda dirosakkan sama ada sengaja/tidak sengaja, murid yang terlibat akan dikenakkan hukuman setimpal/membuat ganti rugi. 5.3. Buku-buku teks dan Buku-buku Latihan. 5.3.1. Buku teks adalah kepunyaan Kementerian Pendidikan dan dipimjamkan kepada muridmurid. 5.3.2. Adalah menjadi tanggungjawab murid-murid menjaga kebersihan dan keselamatan buku tersebut.
5.3.3. Murid-murid diwajibkan membalut buku-buku tersebut. 5.3.4. Murid-murid dilarang menconteng atau mengotorkan buku-buku teks. Muridmurid dilarang merosakkan buku itu seperti mengunting gambar-gambar atau manamana bahagian dalam buku tersebut. 5.3.5. Murid-murid dilarang meninggalkan buku tersebut di dalam bilik darjah setelah tamat tempoh waktu belajar pada hari itu. 5.3.6. Murid-murid dilarang melekatkan gambar atau poster yang tidak sesuai pada bahagian muka depan, belakang atau mana-mana bahagian pada buku teks dan buku latihan. .
5.3.7. Jika didapati murid-murid merosak, mengotor atau mengabaikan keselamatan buku tersebut maka pihak sekolah berhak merampas atau meminta ganti sama ada mengantinya dengan buku atau membayar harga buku tersebut. 5.3.8. Murid-murid hendaklah menyerahkan semua buku teks yang telah dipinjamkan itu apabila diarahkan berbuat demikian oleh Pengetua. 5.3.9. Murid-murid yang gagal menyerahkan buku teks pada masa yang telah ditetapkan pihak sekolah berhak mengambil tindakan ke atas murid tersebut. 5.3.10.Murid-murid diwajibkan menggunakan buku-buku latihan yang dijual oleh pihak koperasi sekolah. Buku-buku latihan selain daripada itu adalah tidak dibenarkan dan boleh dirampas
6. Tatatertib. 6.1. Dalam bilik darjah murid-murid mestilah menjaga ketenteraman semasa pengajaran/pembelajaran. 6.1.1. Murid-murid hendaklah mempunyai sikap positif semasa sesi pengajaran dan tidak membuat kerja-kerja yang tidak berfaedah dalam kelas. 6.1.2. Murid-murid tidak boleh membuat bising dan menggangu orang lain sama ada semasa guru mengajar, belajar persendirian atau belajar tambahan. 6.1.3. Murid-murid dilarang berkeliaran di luar kelas semasa kelas dan semasa berlaku pertukaran subjek. 6.1.4. Murid tidak dibenarkan membuang sampah di merata-rata tempat di kawasan sekolah atau dalam bilik darjah. Sampah mesti dibuang ke dalam tong sampah.
6.1.5. Murid yang bertukar kelas untuk ke makmal, padang permainan, perpustakaan dan lain-lain hendaklah keluar ke tempat tersebut dengan teratur mengikut barisan masing-masing. 6.1.6. Murid yang bertukar kelas atau meninggalkan kelas selepas waktu persekolahan mesti menutup semua suis lampu, kipas dan lain-lain peralatan elektrik. 6.1.7. Kebersihan dan kecerian kelas hendaklah dijaga pada setiap masa. 6.1.8. Semua murid hendaklah membawa buku teks, buku latihan dan semua kelengkapan belajar yang diperlukan ke sekolah pada tiap-tiap hari persekolahan. 6.1.9. Setiap murid hendaklah mempunyai nota yang lengkap, kemas dan terkini.
6.1.10. Semua kerja rumah dan latihan yang diberi oleh guru mesti disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan. 6.1.11. Murid dilarang mengambil bahagian dalam apa sahaja bentuk pertandingan ratu cantik, sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah. 6.1.12. Semua murid hendaklah berada di luar bilik darjah pada waktu rehat (kecuali pada waktu hujan). 6.1.13. Murid dilarang pergi ke kantin/makan di kantin semasa waktu persekolahan. 6.1.14. Murid-murid akan diberi mata merit bagi setiap perbuatan yang baik dan mata demerit bagi setiap pelanggaran disiplin atau pelanggaran peraturan sekolah
6.2. Perhimpunan sekolah 6.2.1. Perhimpunan resmi sekolah diadakan pada setiap hari Ahad, kecuali diberitahu ada perubahan. Kehadiran guru dan murid adalah wajib. Perhimpunan juga boleh diadakan pada bila-bila masa Guru Besar rasa ianya diperlukan. 6.2.2. Di hari perhimpunan murid-murid hendaklah berhimpun di tempat yang ditetapkan lebih awal daripada masa perhimpunan sebenarnya. 6.2.3. Semasa perhimpunan murid-murid tidak dibenarkan membuat bising atau menggangu majlis tersebut. 6.3. Kawasan larangan: Semasa waktu rehat murid-murid dilarang berada di kawasankawasan yang dilarang. Murid-murid dilarang keluar dari pagar sekolah/ ke rumah tanpa kebenaran daripada Guru Besar. 6.4. Murid-murid yang melanggar undang-undang negara atau melakukan perbuatan jenayah atau berbentuk jenayah akan dilaporkan ke pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya.
7. Peraturan Khusus. Murid-murid hendaklah mematuhi peraturan-peraturan khusus untuk: 7.1. Bilik makmal sains 7.2. Bilik RBT 7.3. Perpustakaan / Pusat Sumber 7.4. Kantin. 7.5. Bilik Komputer. 7.6. Bilik mesyuarat. 7.7. Koperasi / Kedai Buku Sekolah 7.8. Surau 7.9. Pejabat. 7.10 Gelanggang-gelanggang permainan. dan lain- lain peraturan khusus yang dikeluarkan oleh sekolah.
8. Amalan Ibadat. 8.1. Pentadbiran sekolah mengalakkan murid-murid melakukan amalan ibadat pada masa dan tempat yang sesuai. 8.2. Murid-murid dilarang sama sekali menghina/mencemar amalan/kesucian mana-mana agama.
9. Kegiatan Kokurikulum. (murid tahap 2) 9.1. Yang dimaksudkan dengan kegiatan kokurikulum adalah gerakkerja yang dijalankan oleh sekolah di luar masa belajar seperti: 9.1.1. Kegiatan sukan. 9.1.2. Kegiatan persatuan 9.1.3. Kegiatan Persatuan pakaian seragam. 9.1.4. Kegiataan keagamaan. 9.2. Murid-murid diwajibkan mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu kegiatan Pasukan Pakaian Seragam dan satu kegiatan Kelab / Persatuan. 9.3. Murid-murid yang telah mendaftarkan diri untuk mana-mana aktiviti wajib hadir untuk setiap kegiatan yang dijalankan.
9.4. Murid-murid yang tidak hadir mana-mana kegiatan kokurikulum yang dia telah mendaftar sebagai ahli akan dikenakan tindakan disiplin. 9.5. Untuk kegiatan Persatuan Pakaian Seragam, murid-murid diwajibkan memiliki pakaian seragam yang sesuai. 9.6. Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam mengikut persatuan masingmasing pada setiap hari Rabu.
10. Kesalahan-Kesalahan Berat. (Bil. 9/75) 10.1. Menjadi ahli dalam pertubuhan haram. 10.2. Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat. 10.3. Memukul guru-guru. 10.4. Mengancam guru-guru atau Pentadbir sekolah. 10.5. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan Jabatan Pendidikan. 10.6. Menulis kepada surat khabar tanpa kebenaran pihak yang berkuasa sekolah. 10.7. Sengaja merosakkan harta benda sekolah. 10.8. Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru atau murid-murid. 10.9. Mencuri
10.10. Mengancam murid-murid lain – ancaman yang serius dan berbahaya. 10.11. Merokok, vape dan mengambil dadah. 10.12. Berjudi 10.13. Meminum minuman keras atau yang memabukkan. 10.14. Masih membantah hukuman guru – sekalipun sudah tiga atau empat amaran. 10.15. Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru/Guru Besar. 10.16. Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum. 10.17. Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budibicara Guru Besar sebagai pelanggaran tatatertib yang berat. 10.18. Membawa, menyimpan, mengedar dan bermain mercun serta bunga api.
11 Peraturan Bilik Darjah. 11.1. Semua murid mesti berada dalam kelas masing-masing pada pukul 7.40 pagi waktu hari persekolahan. 11.2. Murid yang membersihkan kelas dan berkerja memungut sampah hendaklah datang ke sekolah lebih awal untuk menjalankan tugas masing-masing. 11.3. Tugas membersihkan kelas, kawasan kelas dan kawasan-kawasan yang ditetapkan adalah wajib dijalankan sebelum kelas bermula pada tiap-tiap pagi. 11.4. Ketua kelas diberi kuasa untuk mengarah murid lain menjalankan tugas mereka dan melaporkan nama mereka kepada Guru Besar atau Penolong Kanan sekiranya mereka tidak berbuat demikian.
11.5. Ponteng kelas/sekolah: 11.5.1. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah/kelas tanpa kebenaran dan alasan yang munasabah dianggap ponteng. 11.5.2. Murid tidak dibenarkan ponteng kelas atau ponteng sekolah. 11.5.3. Murid yang ponteng kelas/sekolah akan dikenakan tindakan disiplin. 11.5.4. Sekiranya murid ponteng sekolah selama 3 hari berturut-turut guru tingkatan, melalui Guru Besar akan menghantar surat amaran pertama kepada ibubapanya. 11.5.5. Sekiranya murid tersebut masih ponteng selama 7 hari, maka surat kedua akan dihantar kepada ibubapanya.
11.5.10. Sewaktu guru tidak ada dalam kelas, ketua kelas dan penolongnya bertanggungjawab untuk menjaga ketenteraman kelasnya. Sekiranya guru subjek lewat memasuki kelas, ketua kelas/penolong ketua kelas bertanggungjawab memberitahu Guru Besar /P. Kanan dan selepas itu mencari guru tersebut. 11.5.11. Setiap bilik darjah harus dibersihkan dan dihias supaya suasana kelas lebih ceria dan kondusif untuk proses pembelajaran. 11.5.12. Murid-murid dilarang melakukan perbuatan berikut: 11.5.12.1. Menulis di papan hitam/tulis kelas tanpa kebenaran daripada guru 11.5.12.2. Meninggalkan buku di atas meja selepas kelas.
11.5.12.3. Membuang sampah merata-rata dalam atau di luar kelas atau simpan sampah dalam laci meja. 11.5.12.4. Menggunakan meja dan kerusi guru. 11.5.12.5. Memindahkan meja dan kerusi dari kelas tanpa kebenaran Guru Besar. 11.5.12.6. Menggunakan meja atau kerusi secara tidak cermat yang boleh merosakkannya. 11.5.12.7. Merosakkan Kipas, lampu dan alat-alat eletronik lain dalam kelas. 11.5.12.8. Menconteng dinding, meja, kerusi atau gambar-gambar yang dipamerkan. 11.5.12.9. Menconteng atau menanda buku teks. 11.5.12.10. Melawan percakapan, arahan atau ingkar guru..
DISEDIAKAN OLEH : MOHD HAFIZ BIN MOHD NASIR Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. (Hamka)