PROGRAM MAS
(MASIH ADA SINAR)
BAHASA MELAYU TAHUN 6
TAHUN 2020
SIRI 1 – BAHASA MELAYU PEMAHAMAN (BM011)
EDISI : MURID
Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
CAKNA PBD 2 011
MODUL MASIH ADA SINAR (MAS)
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
TAHUN ENAM : (SIRI PERTAMA - 2020)
BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN 011
Tahun 2020 Satu jam lima belas minit
1¼ jam
JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Bagi Bahagian A, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.
Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas
jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda
yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.
4. Bagi Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang telah disediakan.
Ceraikan Bahagian B daripada kertas peperiksaan ini.
5. Serahkan Bahagian B bersama-sama kertas jawapan objektif kepada pengawas
peperiksaan pada akhir peperiksaan.
Modul ‘MAS’ UPSR 2020 disediakan oleh:
1. Md. Ramli bin Sabran (JU HP)
2. Mohd Shariff bin Hashim (JU KU)
3. Shahrun Nizam bin Husain (JU UP)
4. Abu Bakar bin Pute Yah Yah (JU BP)
5. Muhammad Faez bin Mohammad Yusoff (JU BD)
6. Noor Haszwani binti Mohd Yusoff (JU K)
7. Nur Akmar binti Md. Arshad (JU LMS)
8. Suzana binti Abdul Rashid (JU KK)
9. Mardhiah binti Amamah (JU PT)
10. Nizam binti Baharuddin (JU KS)
11. Rosmah binti Akhomat (JU M)
Kertas peperiksaan ini mengandungi 6 halaman bercetak dan 2 halaman tidak bercetak
di Bahagian A dan 7 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak di Bahagian B.
011 © 2020 Modul Pentaksiran Bilik Darjah Tahun Enam [Lihat halaman sebelah
CAKNA PBD
CAKNA PBD 3 011
Bahagian A
[20 markah]
Soalan 1 hingga 9
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Guru besar : Yang Berhormat Dato’ Khairi Jamal setuju hadir untuk merasmikan
temasya sukan olahraga sekolah kita petang esok?
Penolong kanan : ________ dijangka sampai di sekolah kita pada pukul ________?
A Kami ... apakah
B Beliau ... berapa
C Awak ... siapakah
D Mereka ... bagaimana
2 Para pendaki gunung yang tersesat itu telah ditemui oleh pihak penyelamat, mereka dalam
keadaan __________ serta tidak bermaya.
A letih-lesu
B huru-hara
C kacau-bilau
D lintang-pukang
3 Pak Cik Yusoff taat __________ mematuhi aturan pemakanan setelah dia dinasihati oleh
doktor pakar yang merawatnya itu.
A agar
B amat
C paling
D terlalu
4 Nurul Hazirah hendak __________ sepucuk surat kepada seorang daripada sahabat penanya
yang tinggal di Kuching, Sarawak.
A berkirim
B pengirim
C mengirim
D pengiriman
5 Kerepek pisang tanduk itu masih __________ lagi kerana kerepek tersebut disimpan oleh
emak di dalam bekas yang ditutup rapat.
A keras
B kental
C lemau
D rangup
011 © 2020 Modul Pentaksiran Bilik Darjah Tahun Enam [Lihat halaman sebelah
CAKNA PBD
CAKNA PBD 4 011
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.
6 Asri tidak berjaya menangkap bola yang ditendang dengan kuatnya oleh penyerang pasukan
lawan ke __________ tiang gol tersebut.
A tengah
B hujung
C penjuru
D belakang
7 Sultan Perak __________ menerima menghadap rombongan penggiat seni dan kebudayaan
dari negara Brunei Darussalam itu.
A bertitah
B berkenan
C berangkat
D bersemayam
8 Pihak sekolah amat memerlukan __________ daripada ibu bapa bagi menjayakan pelbagai
program pada tahun ini.
A kerjasama
B jerayawara
C tandatangan
D tanggungjawab
9 Pekebun kecil tersebut meletakkan beberapa __________ pisang yang baru ditebangnya itu
ke dalam kereta sorong.
A sisir
B sikat
C tandan
D mayang
10 Kakak Fadhilah bersarapan dua keping roti benggali dan secawan milo sebelum pergi
ke sekolah pada pagi itu.
Pilih simpulan bahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas.
A alas perut
B ambil hati
C buah tangan
D darah daging
011 © 2020 Modul Pentaksiran Bilik Darjah Tahun Enam [Lihat halaman sebelah
CAKNA PBD
CAKNA PBD 5 011
11 “Ibu bapa amat perlu memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak sejak kecil
lagi,” kata tokoh pendidik itu.
Pilih perkataan sinonim bagi memupuk.
A melakar
B mencipta
C menghala
D menyemai
12 Jika air Sungai Perak terus-menerus naik, keselamatan penduduk di kawasan pinggir sungai
itu akan terancam.
Pilih perkataan antonim bagi terancam.
A terbela
B tersisih
C tergugat
D tersohor
13 Pilih kata tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di daerah Bagan Datuk akan berlaku pada hari
minggu ini, dari pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah malam.
A Apakah punca utama berlakunya gangguan bekalan di daerah Bagan Datuk?
B Bilakah gangguan bekalan air dijangka akan berlaku di daerah Bagan Datuk?
C Mengapakah gangguan bekalan air dijangka akan berlaku di daerah Bagan Datuk?
D Siapakah yang memaklumkan tentang gangguan bekalan air di daerah Bagan Datuk?
14 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Kawasan dusun datuk kelihatan terang kerana baru dibersihkan oleh Pak Cik Mustaffa.
A Kawasan dusun datuk yang baru kelihatan bersih oleh Pak Cik Mustaffa.
B Pak Cik Mustaffa baru menerangkan kawasan dusun datuk yang bersih itu.
C Pak Cik Mustaffa yang membersihkan kawasan baru dusun datuk yang terang itu.
D Kawasan dusun datuk yang baru dibersihkan oleh Pak Cik Mustaffa kelihatan terang.
Soalan 15
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
15 I Filem semasa dahulu, masih diminati oleh generasi muda hari ini.
II Saya belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga buat semasa ini.
III Televisyen Malaysia banyak menyiarkan rancangan hal ehwal semasa.
IV Tuan Haji Hamzah tiada di rumahnya semasa saya menelefonnya pagi tadi.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
011 © 2020 Modul Pentaksiran Bilik Darjah Tahun Enam [Lihat halaman sebelah
CAKNA PBD
CAKNA PBD 6 011
Soalan 16 dan 17
Pilih ayat yang betul.
16 A Pak Din masih menyimpan piring hitam koleksi lagu-lagu klasik itu.
B Kawasan perumahan itu di bawah kuasa bidang Dewan Bandaraya Ipoh.
C Nur Azwar Azamuddin masih sedang menjalani latihan ragbi di padang sekolahnya.
D Bila membaca majalah dan surat khabar, kita boleh mengetahui pelbagai berita terkini.
17 I Jika kita saling bantu-membantu kerja yang berat pasti akan menjadi ringan.
II Jalan utama ke Kampung Makmur itu akan diperlebarkan oleh Jabatan Kerja Raya.
III Cef Restoran Seri Rampai itu menyediakan pelbagai jenis masakan ala Pantai Timur.
IV Kakak membeli tiga batang pena penanda dan empat keping kad manila di kedai buku.
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Soalan 18 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
CAMERON HIGHLANDS, 16 Februari 2020 – Pengurus Inap Desa Warisan, Taman Sedia,
Tanah Rata, Cameron Highlands telah menganjurkan majlis sambutan Hari Keluarga semalam.
Majlis dirasmikan oleh Dato’ Aminuddin Ahmad Zaid, pemilik Inap Desa Warisan. Atur cara
majlis Hari Keluarga tersebut bermula seawal pukul 7:00 pagi.
Sambutan Hari Keluarga Ahmad Zaid itu bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan
silaturahim. Sesampainya kami di kawasan penginapan sudah terasa sejuknya. Anggota keluarga
dihidangkan teh tarik, nasi lemak kukus, mi goreng dan kuih-muih. Menghirup secawan teh tarik
istimewa Cameron Highlands dapat juga menghilangkan rasa kesejukan yang sampai menusuk
tulang pada pagi itu. Seramai 98 orang peserta dan enam orang anak beranak Dato’ Aminuddin
Ahmad Zaid telah menyertai perjumpaan hari keluarga tersebut.
Bagi memeriahkan lagi majlis pertemuan anggota keluarga itu, diadakan acara sukaneka.
Acara sukaneka ini disertai oleh ibu bapa dan anak masing-masing. Acara ikut kata surat adalah
antara acara yang sangat menambat hati para peserta. Majlis diserikan lagi dengan cabutan nama
bertuah. Seratus hadiah yang berupa hamper berisi makanan telah disumbangkan oleh anggota
keluarga yang bermurah hati. Malah, Dato’ Aminuddin sekeluarga juga turut menyumbangkan
dua dozen hadiah misteri. Pada malam itu terasa sungguh sejuknya walaupun kamar tidur tidak
dilengkapi pendingin hawa. Meskipun, tubuh kami sudah dibaluti beberapa lapisan selimut
tebal, namun selimut tebal itu masih tidak cukup untuk memanaskan tubuh yang kesejukan.
Kami seolah-olah berada di negara yang beriklim sejuk.
Pada hari kedua, anggota keluarga Ahmad Zaid dibawa pula melawat ladang strawberi.
Kami juga berpeluang memetik dan membeli buah strawberi segar terus dari ladang tersebut.
Kesempatan berada di tanah tinggi Cameron Highlands, kami telah dibawa melawat ladang Teh
Boh, kebun bunga, kebun jagung madu, kebun sayur-sayuran dan ladang buah-buahan di sekitar
Tanah Rata, Kampung Raja dan Brinchang.
011 © 2020 Modul Pentaksiran Bilik Darjah Tahun Enam [Lihat halaman sebelah
CAKNA PBD
CAKNA PBD 7 011
Kira-kira pada pukul 12:30 tengah hari. Semua anggota keluarga yang terlibat telah
berkumpul semula di perkarangan Inap Desa Warisan untuk atur cara majlis penutup. Sajian
makan tengah hari pada perjumpaan akhir hari keluarga amat istimewa sekali iaitu nasi beriani
kambing panggang. Majlis sambutan Hari Keluarga Ahmad Zaid mula bersurai pada pukul 3:30
petang. Kami pun memulakan perjalanan pulang ke destinasi masing-masing.
18 Tujuan utama program sambutan Hari Keluarga Ahmad Zaid diadakan adalah untuk
A menemukan anggota keluarga yang telah lama berpisah.
B mengeratkan hubungan silaturahim antara anggota keluarga.
C membantu anggota keluarga yang menghadapi masalah kewangan.
D merapatkan hubungan kekeluargaan antara yang tua dengan yang muda.
19 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan tersebut.
A Buah strawberi banyak ditanam di Cameron Highlands.
B Keadaan cuaca di Inap Desa Wawasan sangat sejuk sekali.
C Peserta berpeluang melawat dua tempat menarik di Tanah Rata.
D Seramai 104 orang anggota Keluarga Ahmad Zaid yang telah hadir.
20 Rangkai kata dibaluti beberapa lapisan selimut tebal dalam petikan bermaksud
A menggunakan beberapa helai gebar yang tebal.
B menyediakan beberapa helai selimut yang tebal.
C hanya pembalut yang tebal sesuai dijadikan selimut.
D beberapa helai gebar sebagai pembalut badan yang tebal.
BAHAGIAN A TAMAT
SULIT [Lihat halaman sebelah
011 © 2020 Modul Pentaksiran Bilik Darjah Tahun Enam CAKNA PBD
CAKNA PBD 8 011
NO. KAD PENGENALAN / NO. SIJIL KELAHIRAN
ANGKA GILIRAN
MODUL MASIH ADA SINAR (MAS)
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
TAHUN ENAM : (SIRI PERTAMA - 2020)
BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN 011
Bahagian B
Untuk Kegunaan Pemeriksa
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI Kod Pemeriksa:
SEHINGGA DIBERITAHU
Nombor Markah Markah
1. Tulis nombor kad pengenalan atau nombor sijil Soalan Penuh Diperoleh
kelahiran dan angka giliran kamu pada petak yang
disediakan. (a) 7
21 4
2. Jawapan kamu hendaklah pada ruang jawapan yang 6
disediakan dalam kertas soalan ini. (b) 5
(a)
3. Serahkan Bahagian B ini bersama-sama kertas 22 8
jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan pada (d)
akhir peperiksaan. (a)
23
4. (b)
(a)
24
(b)
(a)
(b)
25
(c)
(d)
Jumlah 30
Kertas peperiksaan ini mengandungi 7 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.
011 © 2020 Modul Pentaksiran Bilik Darjah Tahun Enam [Lihat halaman sebelah
CAKNA PBD
CAKNA PBD 9 011
CAKNA PBD
Bahagian B
[30 markah]
Soalan 21
(a) Pilih perkataan antonim yang paling sesuai bagi perkataan bergaris. Tulis jawapan kamu
pada ruang yang disediakan.
muda berani sangsi
masak gelisah
__te_g_ak__
tegak
nggam
Contoh:
Pokok mangga epal di halaman rumah Mak Cik Dilah condong kerana
dilanggar traktor.
(i) Apabila buah belimbing madu semakin ranum zat dan vitaminnya
akan berkurangan.
(ii) Puan Mona dapat menghadapi segala dugaan yang telah menimpa
keluarganya itu dengan tenang dan tabah.
(iii) Sebagai ketua pasukan, Fahmi berasa yakin bahawa pasukan hoki
sekolah mereka akan menang dalam perlawanan itu.
[3 markah]
(b) Tulis BETUL atau SALAH pada ruang yang disediakan bagi penggunaan perkataan yang
bergaris dalam ayat-ayat di bawah.
(i) Pasukan SK Sultan Abdul Aziz telah berjaya meraih kemenangan
dalam pertandingan Bicara Berirama.
(ii) Semua murid dilarang berkeliaran di kawasan itu kerana projek
pembinaan bangunan baharu sedang dijalankan.
(iii) Parit di Taman Murni itu diperdalamkan oleh para pekerja majlis
perbandaran bagi mengelak banjir kilat berlaku.
011 © 2020 Modul Pentaksiran Bilik Darjah Tahun Enam [Lihat halaman sebelah
CAKNA PBD
CAKNA PBD 10 011
[3 markah]
Soalan 22
(a) Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat-ayat
di bawah.
curi tulang buta huruf pekak badak makan angin
(i) Pak Cik Syamsudin meminta cucunya membacakan surat yang baru sahaja diterimanya itu
kerana dia ________________________.
(ii) Pekerja kilang elektronik itu telah diberikan amaran terakhir oleh majikannya kerana dia
selalu sangat ________________________.
[2 markah]
(b) Pilih dan tandakan √ bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
(i) “Ceritakan masalah kamu itu. Mungkin saya boleh menolong kamu,” kata Hafiz
Salimi kepada Muhammad Faisal.
Hafiz Salimi meminta Muhammad Faisal menceritakan masalahnya itu agar
dapat diselesaikan.
Hafiz Salimi merayu supaya Muhammad Faisal memberitahu masalah yang
dihadapinya boleh berakhir.
(ii) “Ibu bapa saya akan menunaikan ibadah umrah pada tahun ini,” kata Nurul Ain
Qaisara kepada sepupunya.
Nurul Ain Qaisara dan sepupunya memberitahu ayah dan ibu mereka akan
menunaikan ibadah umrah pada tahun ini.
Nurul Ain Qaisara memberitahu sepupunya tentang ayah dan ibunya akan
menunaikan ibadah umrah pada tahun ini.
[2 markah]
011 © 2020 Modul Pentaksiran Bilik Darjah Tahun Enam [Lihat halaman sebelah
CAKNA PBD
CAKNA PBD 11 011
Soalan 23
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pelbagai jenis tepung digunakan dalam penyediaan kuih-muih tradisional Melayu, antaranya
tepung beras, tepung pulut, tepung ubi, tepung sagu, tepung jagung, tepung kastard, tepung
kacang hijau, tepung kentang dan juga tepung gandum. Tepung beras adalah antara tepung yang
paling banyak digunakan dalam menyediakan kuih-muih tradisional Melayu terutama dalam
membuat kuih lapis, apam, kuih tepung talam, laksa, juadah kudapan, bancuhan gorengan untuk
pisang, keledek, sukun dan sebagainya.
Dalam penyediaan kuih moden pula, tepung beras diadun dengan tepung pilihan yang
bersesuaian dengan menu untuk mendapatkan tekstur kuih yang lebih lembut atau kenyal serta
memberi warna dan rasa. Sebagai contoh, kita ambil cara-cara bagi penyediaan adunan kuih
tepung pelita. Kuih tepung pelita merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang sedap serta
enak rasanya. Tepung pelita merupakan sejenis kuih yang manis tetapi tidak tahan lama.
Bahan asas kuih tepung pelita ialah santan dan tepung beras. Adunan ini dimasak dalam
bekas yang diperbuat daripada daun pisang. Di tengah-tengahnya pula diisi dengan santan dan
air gula yang menjadikan rasa kuih ini lemak-lemak manis. Kemudian, kukus kuih ini sehingga
masak. Kuih tepung pelita juga boleh simpan di dalam peti sejuk agar tahan lebih lama.
(a) Namakan bahan-bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan kuih tepung pelita.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]
(b) Tandakan √ pada pernyataan yang betul, tandakan X pada pernyataan yang salah.
Bahagian bawah kuih tepung pelita sangat lembut kerana bahan utamanya
berasaskan adunan santan kelapa.
Tepung beras diadun dengan tepung pilihan untuk menghasilkan menu
masakan serta tekstur kuih yang lebih lembut.
[2 markah]
(c) Pada pendapat kamu, bagaimanakah cara-cara hendak membuat kuih tepung pelita?
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
011 © 2020 Modul Pentaksiran Bilik Darjah Tahun Enam [Lihat halaman sebelah
CAKNA PBD
CAKNA PBD 12 011
[3 markah]
Soalan 24(a)
Teliti iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pertandingan Mereka dan Mencipta Wau Kreatif
Tarikh : 8 Februari 2020 hingga 23 Februari 2020
Sasaran peserta : Semua ahli persatuan sekolah atau ahli kelab sekolah
Bilangan peserta : Enam hingga lapan orang setiap kumpulan
* Enam pendaftaran kumpulan terawal akan menerima hadiah istimewa
Taklimat Pertandingan Mereka dan Mencipta Wau Kreatif diadakan pada:
Tarikh : 5 Februari 2020
Hari : Rabu
Masa : Bermula pada pukul 8:30 pagi
Tempat : Dewan Suluh Budiman SK Taman Sri Muda
: Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
* Hadiah wang tunai disediakan untuk tiga kumpulan yang mencatatkan
markah tertinggi
* Semua ahli kumpulan akan turut menerima cenderamata khas berupa
pemegang kunci dan sijil penyertaan
(i) Bilakah tarikh taklimat pertandingan tersebut akan diadakan?
_________________________________________________________________________________________
[1 markah]
(ii) Kumpulan Persatuan Matematik dan Sains telah mendapat tempat kedua atau naib johan
dalam pertandingan yang diadakan itu.
Apakah ganjaran-ganjaran yang akan diterima oleh ahli kumpulan tersebut?
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
011 © 2020 Modul Pentaksiran Bilik Darjah Tahun Enam [Lihat halaman sebelah
CAKNA PBD
CAKNA PBD 13 011
[2 markah]
Soalan 24(b)
Teliti catatan aktiviti di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
AKTIVITI KELAB FOTOGRAFI SK TAMAN SRI MUDA
Tugasan : Mengumpul barang-barang kitar semula untuk dijual kepada
pemborong bagi mengisi dan menambah tabungan kelab.
Antara barang kitar semula yang dikumpul adalah seperti:
surat khabar lama dan kertas
barang-barang plastik
barang-barang kaca
besi atau aluminium
Sasaran : Jualan, RM200.00 hingga RM500.00 seminggu
Hari : Setiap hari Sabtu sepanjang bulan Februari 2020
Masa : 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
Tempat : Dataran Arena SK Taman Sri Muda, Shah Alam
(i) Apakah tujuan aktiviti Kelab Fotografi SK Taman Sri Muda, Shah Alam tersebut?
________________________________________________________________________________________
[1 markah]
(ii) Selain mengumpul surat khabar lama dan pelbagai jenis kertas untuk dijual, nyatakan dua
lagi barang kitar semula yang dikumpul oleh ahli kelab tersebut.
(a) ____________________________________________
(b) ____________________________________________
[2 markah]
(iii) Pada pendapat kamu, apakah faedah-faedah menyertai aktiviti amal seperti yang dinyatakan
dalam catatan di atas?
Jawapan kamu hendaklah dalam ayat yang lengkap.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
011 © 2020 Modul Pentaksiran Bilik Darjah Tahun Enam [Lihat halaman sebelah
CAKNA PBD
CAKNA PBD 14 011
[3 markah]
Soalan 25
Teliti gambar di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
AKTIVITI KECERIAAN BALAI RAYA KAWASAN KAMPUNG
(a) Berdasarkan gambar, nyatakan dua aktiviti yang sedang dilakukan oleh beberapa orang
penduduk di kawasan tersebut?
Contoh: mengelap cermin tingkap
(i) ______________ __________________
(ii) _________________________________
[2 markah]
(b) Nyatakan satu peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi dalam gambar di atas.
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]
BAHAGIAN B TAMAT
011 © 2020 Modul Pentaksiran Bilik Darjah Tahun Enam [Lihat halaman sebelah
CAKNA PBD