The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAJALAH HI-LIGHT FTKE EDISI 5 FINAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rohaina, 2026-04-05 21:07:57

MAJALAH HI-LIGHT FTKE EDISI KE-5

MAJALAH HI-LIGHT FTKE EDISI 5 FINAL

Kecemerlangan pelajar FTKE turut terserlahdalam bidang sukan apabila dua orangpelajar berjaya mengharumkan namauniversiti sempena Majlis Anugerah SukanUTeM 2024. Muhammad Hafiyzul Hadi binHaidi, pelajar Sarjana Muda KejuruteraanElektrik, telah menyertai acara sukanmemanah, hasil pencapaian konsisten danprestasi cemerlang dalam kejohanan yangdisertai, beliau telah dinobatkansebagai Olahragawan UTeM.Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik (FTKE) terus melakar kejayaan apabila pelajar-pelajar darikumpulan TUAH TEJA membuktikan kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang akademik, malah turutmenyerlah dalam arena sukan di peringkat universiti. Kejayaan ini sekali gus mengharumkan namafakulti dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN PELAJAR TUAHTEJA FTKE DALAM AKADEMIK DAN SUKANMOHD RUSDY BIN YAACOBDalam bidang akademik, Gan Hong Jun,graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi KejuruteraanElektrik (Automasi Industri dan Robotik), telahmencatat pencapaian luar biasa apabila dinobatkansebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja (PingatJaya Cemerlang) sempena Majlis Konvokesyen UTeMke-21. Anugerah berprestij ini merupakanpengiktirafan tertinggi kepada graduan yangmenunjukkan kecemerlangan akademik menyeluruhserta sahsiah terpuji sepanjang pengajian. Kejayaantersebut turut disertakan dengan wang tunaiberjumlah RM7,500, sekali gus membuktikandedikasi dan usaha gigih beliau dalam mengekalkanprestasi cemerlang.ManakalaChiu Lin, juga dari program Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, telah menerimaanugerah Olahragawati UTeM bagi sukan olahraga, sekali gus membuktikan keupayaan beliaubersaing di peringkat tertinggi. Kedua-dua penerima masing-masing membawa pulang wang tunaiRM1,000 sebagai penghargaan atas kejayaan mereka.Pencapaian ini jelas membuktikan bahawa pelajar TUAH TEJA FTKE mampu mengimbangkankecemerlangan akademik dan penglibatan aktif dalam kokurikulum serta sukan. Kejayaan merekadiharap dapat menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlanganholistik, selari dengan aspirasi universiti dalam melahirkan graduan seimbang dan berdaya saing.45


46Peningkatan signifikan ini mencerminkan keberkesanan langkah-langkah proaktif yang dilaksanakanoleh Pasukan Khas Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni (TDPPA) FTKE,Jawatankuasa Fakulti, serta Persatuan Pelajar FTKE (eTESA). Antara inisiatif yang dijalankantermasuk program kunjungan kelas ke kelas bagi meningkatkan kesedaran pelajar terhadapkepentingan penglibatan dalam proses demokrasi kampus. Kesedaran pelajar yang lebihmenyeluruh, disokong oleh komitmen YBhg. Dekan, Prof. Madya Ts. Dr. Mohamad Fani binSulaima, serta TDPPA, Ts. Dr. Hazriq Izzuan bin Jaafar, turut memperkukuh keyakinan pelajarterhadap sistem pemilihan yang telus dan berintegriti.Pemenang Calon Umum:Nur Qashrina Balqis binti Marzuki (2BELT)Nur Sabrina Irdina binti Zulkifli (3BELK)Nur Ain Farhana binti Mahmud (2BELR)Pemenang Calon Fakulti:Qisteenah binti Mohammed Ismail (3BELG)Aiman Syafiq bin Bahman (3BELG)Muhammad Iqbal bin Azri (3BELT)REKOD TERTINGGI: 95.21% PELAJAR FTKEMENGUNDI DALAM PEMILIHAN MPP UTEMSESI 2025/26 Peratusan pelajar Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik (FTKE) yang mengundi dalampemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)menunjukkan trend yang dinamik sepanjang tiga tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2023, kadarpenglibatan pelajar dalam pengundian direkodkan sebanyak 88.30% sebelum menurun sedikitkepada 82.65% pada tahun 2024. Walau bagaimanapun, hasil pelaksanaan pelbagai inisiatif padatahun 2025 telah menyaksikan lonjakan ketara peratusan pengundian pelajar kepada 95.21%,sekali gus mencatatkan rekod tertinggi yang pernah dicapai oleh FTKE.Selain itu, pelajar kini semakin memahami peranan strategik Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)dalam memperjuangkan kebajikan, kepentingan akademik, dan pembangunan sahsiah mahasiswa.Kejayaan ini turut menyaksikan seramai enam orang pelajar FTKE, terdiri daripada tiga calonumum dan tiga calon fakulti, terpilih sebagai pemenang dalam pemilihan MPP Sesi 2025/2026yang berlangsung pada 13 November 2025.Hazriq Izzuan bin Jaafar,Mohd Rusdy bin Yaacob,Aminurrashid bin Noordin46


Secara keseluruhan, pencapaian kadar pengundian sebanyak 95.21% pada tahun 2025 bukansahaja mencerminkan peningkatan kematangan dan kesedaran sivik dalam kalangan pelajar FTKE,malah menjadi penanda aras baharu bagi keterlibatan pelajar yang lebih inklusif dan berkesan dalamusaha melahirkan bakal pemimpin masa depan negara.47


Kebolehpasaran graduan merupakan antara indikator utama dalam menilai kualiti sesebuah institusipengajian tinggi. Ia merujuk kepada keupayaan graduan memperoleh pekerjaan, melanjutkan pengajianatau membina kerjaya dalam tempoh tertentu selepas tamat pengajian. Sehubungan itu, KajianPengesanan Graduan telah dilaksanakan bagi menilai keberkesanan program akademik universiti dalammelahirkan graduan yang kompeten, berkemahiran tinggi dan relevan dengan keperluan industrisemasa.FTKE UTEM CATAT 97.5% KADARKEBOLEHPASARAN GRADUAN BAGI TAHUN2024Berdasarkan analisis bagi graduan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tahun 2024, kadarkebolehpasaran keseluruhan mencatatkan peratusan membanggakan sebanyak 98.1%. Bagi FakultiTeknologi dan Kejuruteraan Elektrik (FTKE) pula, kadar kebolehpasaran graduan mencapai 97.5%, sekaligus membuktikan keupayaan graduan fakulti ini memenuhi tuntutan pasaran kerja yang semakinkompetitif. Daripada jumlah keseluruhan graduan, seramai 387 orang telah berjaya memperolehpekerjaan atau melanjutkan pengajian, manakala hanya 10 orang (2.5%) masih belum bekerja ketikakajian dijalankan. Pencapaian ini mencerminkan keberkesanan struktur kurikulum, latihan industri sertajaringan kerjasama strategik antara universiti dan pihak industri.Dari sudut program pengajian, beberapa program di FTKE mencatatkan kadar kebolehpasaran 100%,antaranya Diploma Kejuruteraan Elektrik, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik(Automasi Industri & Robotik), Sarjana Kejuruteraan Mekatronik serta Sarjana Sains dalam KejuruteraanElektrik. Kejayaan ini memperlihatkan program yang ditawarkan terus mendapat pengiktirafan danpermintaan tinggi dalam pasaran pekerjaan.Selain itu, beberapa program lain turut menunjukkan prestasi cemerlang dengan kadar kebolehpasaranmelebihi 95%, termasuk Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (98.7%), Ijazah Sarjana MudaKejuruteraan Mekatronik (98.3%), Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri)(98.2%), Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (95.8%) serta Ijazah Sarjana MudaTeknologi Penyelenggaraan Sistem Elektrik (95.0%). Statistik ini membuktikan bahawa pendekatanakademik dan latihan yang berorientasikan industri terus menjadi kekuatan utama fakulti.Secara keseluruhannya, FTKE berada pada landasan kukuh dalam usaha melahirkan graduan yangkompeten, relevan dan berdaya saing di peringkat nasional mahupun global. Momentumkecemerlangan ini diharapkan dapat dikekalkan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa, selarasdengan aspirasi universiti untuk terus menjadi peneraju pendidikan teknikal dan kejuruteraan negara.48RAHIFA BINTI RANOM


Penganjuran HBF bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar baharu mengenaistruktur fakulti, sistem akademik serta hala tuju pembelajaran sepanjang tempoh pengajiandi FTKE. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dekan FTKE yang menekankankepentingan persediaan awal dalam menghadapi kehidupan sebagai mahasiswa universiti.Menurut Profesor Madya Ts. Dr. Mohamad Fani bin Sulaima, Dekan Fakulti Teknologi danKejuruteraan Elektrik (FTKE), “Program Hari Bersama Fakulti merupakan platform pentingdalam membantu pelajar baharu memahami struktur akademik dan budaya pembelajaran diFTKE. Pendedahan awal ini diharap dapat membentuk pelajar yang lebih bersedia, berdisiplinserta mampu merancang perjalanan akademik mereka dengan lebih sistematik danberkesan.”Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik (FTKE), Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM) telah menganjurkan Program Hari Bersama Fakulti (HBF) pada 1 Oktober 2025 (Rabu)bersempena Minggu Haluan Siswa (MHS) sesi kemasukan 2025/2026. Program inimelibatkan seramai 790 orang pelajar baharu daripada tujuh (7) program akademik yangmerangkumi bidang Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, Teknologi dan Diploma di KampusInduk serta Kampus Teknologi FTKE.HARI BERSAMA FAKULTI FTKE:PEMACU KECEMERLANGANAKADEMIK PELAJAR BAHARUProgram diteruskan dengan taklimat akademik oleh Timbalan Dekan Akademik (TDA) yangmemberi penjelasan berkaitan struktur kurikulum dan sistem penilaian akademik, diikuti sesiperkongsian oleh wakil Pusat Pembelajaran Bahasa (CeLL) berhubung sokonganpembelajaran bahasa serta pembangunan kemahiran komunikasi pelajar. Antara pengisianutama program ialah sesi pendaftaran kursus kokurikulum bagi Semester 1 sesi 2025/2026yang dilaksanakan dengan bimbingan Penasihat Akademik (PA) masing-masing. Pendekatanini membolehkan pelajar mendapatkan panduan secara langsung serta menyelesaikansebarang kekeliruan berkaitan perancangan akademik sejak awal pengajian.Ketua Program (KP) turut menyampaikan taklimat khusus berkaitan struktur programpengajian, termasuk prosedur permohonan pengecualian kredit bagi pelajar lepasan diplomayang layak. Selain aspek akademik, HBF juga berperanan sebagai platform pembentukankemahiran insaniah dan penyesuaian diri pelajar baharu. Seorang pelajar baharu FTKEberkata, “Program ini sangat membantu kami memahami sistem pembelajaran di universiti.Penerangan yang diberikan jelas dan kami berasa lebih yakin untuk memulakan pengajian diFTKE.”49NURUL AIN MOHD SAID


Kejayaan penganjuran HBF FTKE turut disokong oleh komitmen padu seramai 49 orangPenasihat Akademik, 15 ahli Jawatankuasa HBF, 10 orang staf pentadbiran, 26 PenolongJurutera, 16 staf akademik serta 37 orang wakil Persatuan Pelajar FTKE (e-TESA) yangmemainkan peranan penting dalam membantu dan membimbing pelajar baharu sepanjangprogram berlangsung. Secara keseluruhannya, Program Hari Bersama Fakulti FTKE bukansahaja menjadi medium pengenalan fakulti, malah menjadi langkah awal penting dalammembentuk pelajar yang berdaya saing, berdisiplin dan bersedia menghadapi cabaranakademik di peringkat universiti.Suasana sekitar Program Hari Bersama Fakulti (HBF) FTKE yang memaparkan penglibatanaktif pelajar baharu dalam sesi taklimat, bimbingan akademik dan sokongan staf fakulti.50


Intervensi akademik berfokus merupakan antara pendekatan yang digunakan di institusi pengajiantinggi bagi menyokong pelajar berisiko akademik, khususnya mereka yang mempunyai prestasiakademik kumulatif yang rendah. Sejajar dengan keperluan tersebut, Program B2B – Bridges toBrilliance 2025 telah dilaksanakan sebagai satu inisiatif sokongan akademik di Fakulti Teknologidan Kejuruteraan Elektrik (FTKE), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Program inimenyasarkan pelajar berstatus Kedudukan Sementara (KS) serta pelajar yang memperoleh PurataNilai Gred Kumulatif (CGPA) di bawah 2.50. Pelaksanaan program ini telah berlangsung pada 23Disember 2025 dengan penglibatan seramai 35 orang pelajar sasaran, selaras dengan usahafakulti untuk menangani jurang pencapaian akademik melalui pendekatan sokongan awal yangberstruktur dan bersifat holistik.INTERVENSI AKADEMIK SEBAGAI MEKANISMEMENANGANI RISIKO AKADEMIK PELAJAR ATIKAH BINTI RAZI ATIKAH BINTI RAZIReka bentuk program ini menekankan pendekatan pembelajaran kendiri, pembelajaran berpasukanserta pengukuhan motivasi intrinsik sebagai elemen utama intervensi akademik. Pendekatan iniselari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 4 yang menekankan akses kepadapendidikan berkualiti, inklusif dan saksama, khususnya bagi pelajar yang memerlukan sokongantambahan. Penglibatan pihak pengurusan fakulti, pensyarah serta Pegawai Psikologi UTeM telahmembolehkan pelaksanaan sesi perkongsian akademik dan motivasi yang berfokus kepada aspekpengurusan pembelajaran, kesejahteraan emosi serta pembinaan matlamat akademik yang realistikdalam konteks pengajian kejuruteraan.Selain pengisian berbentuk ceramah dan libaturus akademik, pelajar turut didedahkan kepadaaktiviti Latihan Dalam Kumpulan sebagaimekanisme pembangunan kemahiran insaniah.Aktiviti ini berperanan memperkukuh kemahirankomunikasi, kerjasama berpasukan, pemikirankritis serta keupayaan menyelesaikan masalah,yang dikenal pasti sebagai faktor sokonganpenting kepada kejayaan akademik jangkapanjang. Pendekatan pembelajaran dalampersekitaran yang lebih tidak formal turutmenyumbang kepada interaksi yang lebih terbukadan reflektif antara pelajar dan warga akademik,sekali gus meningkatkan keberkesanan prosesbimbingan dan sokongan.51


Secara keseluruhannya, pelaksanaan inisiatif sokongan akademik ini menunjukkan potensi yangsignifikan sebagai model sokongan fakulti yang berkesan dalam meningkatkan kesedaran kendiri,motivasi serta daya tahan pelajar berisiko akademik. Inisiatif ini selari dengan aspirasi TUAH–TEJAUTeM dalam melahirkan pelajar yang tangkas, adaptif dan holistik, di samping menyumbang kepadaagenda kelestarian pendidikan melalui pendekatan sokongan yang inklusif dan berfokuskan impak.52


S E K S Y E NI N O V A S IHI HI-LIGHT FTKE -LIGHT FTKEE D I S I K E - 52 0 2 6


PENGKOMPOSAN TAKAKURASEBAGAI PENDEKATAN INOVATIFDALAM PENGURUSAN SISAORGANIK MESRA ALAM Dalam pelaksanaan kaedahpengkomposan Takakura, beberapabahan utama diperlukan bagimemastikan proses penguraian berjalandengan berkesan. Antara bahan yangdigunakan ialah air, gula atau garam,tempe atau sisa kulit buah-buahan dansayur-sayuran, tanah, sekam padi sertasisa makanan yang dipotong kecil.Bahan-bahan ini berfungsi sebagaimedium pertumbuhan mikroorganismayang membantu mempercepatkanproses pereputan bahan organik.Penggunaan bahan yang mudahdiperoleh dan berkos rendah menjadikankaedah ini praktikal untuk diamalkanoleh masyarakat umum tanpamemerlukan perbelanjaan yang tinggi.Kaedah pengkomposan Takakuramerupakan satu teknik inovatif dalampengurusan sisa organik yangdiperkenalkan oleh Profesor KojiTakakura dari Kitakyushu, Jepun sekitartahun 2002. Kaedah ini menumpukankepada proses penguraian sisamakanan dan bahan organik melaluiaktiviti mikroorganisma semula jadi bagimenghasilkan baja kompos yangberkualiti. Pendekatan ini semakinmendapat perhatian dalam bidanginovasi dan penyelidikan kerana iamudah dilaksanakan, menjimatkan kosserta mesra alam. Selain itu, kaedah inisesuai diaplikasikan di peringkat isirumah, sekolah dan komuniti keranatidak memerlukan peralatan yangkompleks serta mampu mengurangkanjumlah sisa makanan yang dibuang ketapak pelupusan sampah.SYAHAR AZALIA BINTI AB SHUKOR53


dipindahkan ke bekas lain untukmeneruskan proses penguraian sehinggamenjadi baja kompos yang matang dansedia digunakan untuk tanaman.Secara keseluruhannya, kaedahpengkomposan Takakura memberikanpelbagai manfaat kepada masyarakat danalam sekitar. Teknik ini bukan sahajamembantu mengurangkan sisa makanan,malah menghasilkan baja organik yangmenyokong amalan pertanian mampanserta mengurangkan kebergantungankepada bahan kimia. Melalui penyelidikandan inovasi yang berterusan, kaedah iniberpotensi untuk diperluaskanpenggunaannya dalam komuniti bandardan luar bandar. Pengamalan kaedah inijuga mampu meningkatkan kesedaranmasyarakat terhadap kepentingankelestarian alam sekitar sertamenggalakkan gaya hidup hijau yang lebihbertanggungjawab.Kaedah Takakura melibatkan beberapalangkah utama. Langkah pertama ialahpenyediaan cecair penapaianmenggunakan campuran air bersamagula dan tempe, atau air bersamagaram serta kulit buah-buahan dansayur-sayuran. Campuran inidigoncang sehingga sebati dandiperam selama lima hingga tujuh haribagi menghasilkan mikroorganismaaktif. Langkah kedua ialah prosespenapaian tanah denganmencampurkan tanah dan sekam padisebelum ditambah cecair penapaiansecara berperingkat. Tahapkelembapan campuran perlu dikawalpada kadar sekitar 40 hingga 60peratus dan dibiarkan selama limahingga tujuh hari sehingga berlakupeningkatan suhu yang menandakanproses penguraian sedangberlangsung.Langkah seterusnya ialah prosespenghasilan kompos denganmemasukkan sisa makanan yang telahdipotong kecil ke dalam bekas komposyang mengandungi campuran tanahtersebut. Bekas kompos perlu ditutupdengan kain bagi mengekalkanpengudaraan serta mengelakkangangguan serangga. Campurankompos hendaklah digaul sekurangkurangnya sekali sehari bagimemastikan proses pereputan berlakusecara sekata. Apabila bekas kompostelah penuh, sebahagian kompos boleh54


P E N U L I S A NK R E A T I FHI HI-LIGHT FTKE -LIGHT FTKEE D I S I K E - 52 0 2 6


MOHD RUSDY BIN YAACOBLooking back, it’s clear how a single decision can open thedoor to countless opportunities. Saying yes to the ToTHydraulic Program in Germany set everything in motion.That experience still influences my teaching philosophytoday, reminding me that remarkable journeys often startwith one simple step. Many see administrative work as aburden, but when we learn to expand its potential andtransform it into meaningful outcomes across differentareas, that’s when the true domino effect comes into play!Looking back, it’s clear how a single decision can open thedoor to countless opportunities. Saying yes to the ToTHydraulic Program in Germany set everything in motion.That experience still influences my teaching philosophytoday, reminding me that remarkable journeys often startwith one simple step. Many see administrative work as aburden, but when we learn to expand its potential andtransform it into meaningful outcomes across differentareas, that’s when the true domino effect comes into play!THE DOMINOSEFFECT“ ONE CHANCE STARTSTHE CHAIN “When I returned to UTeM after submitting my PhDthesis, my mind was focused on preparing for theupcoming viva. Little did I know that one opportunitywould trigger a domino effect that shaped the nextseveral years of my academic and professionaljourney. It all began with an offer to attend the Trainthe-Trainer (TtT) Hydraulic Certification in Germany.Although I was still waiting for my viva date, I decidedto accept the invitation. It felt like a bold move at thetime, but it turned out to be a turning point in mycareer. After completing the certification, I continuedconducting hydraulic training for my students atUTeM, just as it was supposed to be. When I returned to UTeM after submitting my PhDthesis, my mind was focused on preparing for theupcoming viva. Little did I know that one opportunitywould trigger a domino effect that shaped the nextseveral years of my academic and professionaljourney. It all began with an offer to attend the Trainthe-Trainer (TtT) Hydraulic Certification in Germany.Although I was still waiting for my viva date, I decidedto accept the invitation. It felt like a bold move at thetime, but it turned out to be a turning point in mycareer. After completing the certification, I continuedconducting hydraulic training for my students atUTeM, just as it was supposed to be. As the training improved and positive feedback increased, Igained the confidence to expand the sessions toparticipants from industry. This shift allowed the trainingto grow into a continuous series of consultation projects,which also contributed to income generation for thefaculty and the university.Wanting to make better use of the certification, Iintegrated hydraulic modules into a 2-week non-creditmobility program, UTeM Winter School 2024. Thisinitiative provided both international and local participantswith hands-on industrial experiences. The success of theprogram was recognised when our team received theAnugerah Khas Kumpulan as well as Anugerah KhasKomuniti under the recent Anugerah Akademik Universiti.As the training improved and positive feedback increased, Igained the confidence to expand the sessions toparticipants from industry. This shift allowed the trainingto grow into a continuous series of consultation projects,which also contributed to income generation for thefaculty and the university.Wanting to make better use of the certification, Iintegrated hydraulic modules into a 2-week non-creditmobility program, UTeM Winter School 2024. Thisinitiative provided both international and local participantswith hands-on industrial experiences. The success of theprogram was recognised when our team received theAnugerah Khas Kumpulan as well as Anugerah KhasKomuniti under the recent Anugerah Akademik Universiti.The momentum continued when I introduced hydraulicbased tasks into SULAM activities for four consecutivesemesters. These efforts created a wider impact andopened opportunities to join SULAM-related innovationcompetitions, where the projects highlighted the strengthof experiential and community-based learning. Throughthis journey, I was later invited to serve as a judge for theSULAM Innovate Competition, a meaningful recognition ofthe approaches and ideas developed. The chain ofdevelopments eventually led to another milestone: beingselected as a finalist for the Anugerah Akademik Universitiin the Anugerah Pengalaman Pembelajaran Immersifcategory. This honour reflected the commitment toimmersive learning that had guided the entire process.The momentum continued when I introduced hydraulicbased tasks into SULAM activities for four consecutivesemesters. These efforts created a wider impact andopened opportunities to join SULAM-related innovationcompetitions, where the projects highlighted the strengthof experiential and community-based learning. Throughthis journey, I was later invited to serve as a judge for theSULAM Innovate Competition, a meaningful recognition ofthe approaches and ideas developed. The chain ofdevelopments eventually led to another milestone: beingselected as a finalist for the Anugerah Akademik Universitiin the Anugerah Pengalaman Pembelajaran Immersifcategory. This honour reflected the commitment toimmersive learning that had guided the entire process.How One Opportunity Sparked a Chain of Impactful Achievements55


Transformasi ini menuntut perubahanpendekatan pedagogi dalam pendidikan teknikal.Pembelajaran berasaskan projek, analisis kesindustri sebenar dan penyelesaian masalahterbuka perlu diperkukuh bagi memastikanpelajar mampu menilai hasil analisis teknologisecara kritis. Selain itu, aspek etika dantanggungjawab profesional dalam penggunaan AIperlu diberi penekanan bagi memastikankeputusan teknikal yang dihasilkan tidak hanyabergantung kepada algoritma, tetapi disokongoleh pertimbangan keselamatan dan kepakaranmanusia.Secara keseluruhannya, integrasi AI dalam pendidikan terutama bidang kejuruteraan dan TVET merupakansatu perkembangan yang tidak dapat dielakkan dan menawarkan peluang besar dalam meningkatkankeberkesanan pembelajaran teknikal. Namun, kejayaan penggunaan teknologi ini bergantung kepadakeseimbangan antara penguasaan teknologi dan pembangunan pemikiran kritis. Pendidikan teknikal masahadapan perlu memastikan graduan bukan sahaja mahir menggunakan teknologi pintar, tetapi juga mampumenilai, mengawal dan mencipta inovasi teknologi secara bertanggungjawab.Walau bagaimanapun, kebergantungan berlebihan terhadap teknologi AI berpotensi menjejaskanpembangunan kemahiran berfikir aras tinggi. Pelajar mungkin mampu melaksanakan tugasan teknikalberdasarkan cadangan sistem automasi, tetapi berdepan cabaran apabila perlu membuat keputusanteknikal secara manual atau menghadapi situasi operasi yang tidak dijangka. Dalam bidang kejuruteraanelektrik misalnya, penguasaan prinsip asas seperti analisis litar, kestabilan sistem kuasa dan rekabentuksistem kawalan masih merupakan asas penting dalam pembentukan kompetensi profesional.APABILA AI MASUK KELAS:PELAJAR LEBIH PINTAR ATAU LEBIHBERGANTUNG?APABILA AI MASUK KELAS:PELAJAR LEBIH PINTAR ATAU LEBIHBERGANTUNG?Transformasi digital dalam Revolusi Industri 4.0 dan 5.0 telah mempercepat integrasi kecerdasan buatan(Artificial Intelligence-AI) dalam pelbagai sektor termasuk pendidikan tinggi. Perkembangan ini telahmembawa perubahan besar dalam pendidikan terutamanya bidang kejuruteraan dan TVET. Integrasiteknologi seperti simulasi pintar, Internet of Things (IoT) dan analitik data masa nyata telah mengubahpendekatan pembelajaran tradisional kepada ekosistem pembelajaran yang lebih interaktif danberasaskan teknologi. Pelajar kini berpeluang memahami konsep teknikal melalui simulasi sistem kuasa,automasi industri dan analisis prestasi peralatan elektrik secara maya sebelum diaplikasikan dalampersekitaran makmal atau industri sebenar.Penggunaan AI dalam latihan teknikal meningkatkankecekapan pembelajaran dan membantu pelajarmenguasai kemahiran kompleks dengan lebih pantas.Teknologi ini membolehkan pemantauan sistemsecara masa nyata, diagnosis kerosakan secaraautomatik dan cadangan penyelesaian teknikal yanglebih tepat. Dalam konteks pendidikan TVET,perkembangan ini selari dengan keperluan industrimoden yang memerlukan tenaga kerja mahir dalamsistem automasi dan teknologi pintar.Syahar Azalia Binti Ab Shukor 56


YAKULT Kisah Besar di Sebalik Botol KecilYakult diasaskan di Jepun padatahun 1935 oleh seorang saintis,Dr. Minoru Shirota. Beliaupercaya bahawa kesihatanmanusia bermula daripada usus.Dengan rasa masam manis yang mudah dikenali,Yakult bukan sekadar minuman biasa. Di sebalikbotol kecil tersebut tersimpan gabungan sains,kesihatan dan teknologi yang telah dibangunkansejak hampir satu abad lalu.Daripada kepercayaan inilah lahirnya bakteria baikLactobacillus casei strain Shirota (LcS), iaitu sejenisprobiotik hidup yang membantu mengekalkankeseimbangan sistem pencernaan. Idea inimemperkenalkan konsep kesihatan pencegahan,iaitu menjaga tubuh sebelum penyakit berlaku.Pendekatan ini semakin relevan dalam gaya hidupmoden masa kini.Di Malaysia, Yakult dihasilkan oleh Yakult (Malaysia)Sdn. Bhd. yang beroperasi di Seremban, NegeriSembilan. Kilang ini menggunakan teknologi modendan sistem pengautomatan bagi memastikan setiapbotol Yakult dihasilkan secara konsisten danselamat. Walaupun kelihatan ringkas, prosespengeluarannya sangat teliti dan melibatkankawalan kebersihan yang ketat, pemantauan suhuyang berterusan serta pemeriksaan kualiti yangmenyeluruh.Pernahkah kita terfikirbagaimana sebotol kecil Yakultboleh menjadi sebahagiandaripada rutin harian jutaanmanusia di seluruh dunia?Nur Irrina Balqis Binti Mohd Farriz57


Bermula daripada proses penapaian, pembotolansehinggalah ke peringkat pengedaran, setiaplangkah dirancang dengan rapi bagi memastikankualiti produk kekal terjamin apabila sampai ketangan pengguna.Penghasilan Yakultmemerlukan perhatian khususkerana produk inimengandungi bakteria hidupyang sensitif terhadapperubahan persekitaran.Penghasilan Yakult memerlukan perhatian khususkerana produk ini mengandungi bakteria hidup yangsensitif terhadap perubahan persekitaran. Bermuladaripada proses penapaian, pembotolan sehinggalahke peringkat pengedaran, setiap langkah dirancangdengan rapi bagi memastikan kualiti produk kekalterjamin apabila sampai ke tangan pengguna.58


Saiz botol Yakult direka supaya mudahdiminum setiap hari, terutamanya oleh kanakkanak dan warga emas.*Kandungan bakteria hidupSetiap botol mengandungi berjuta-juta bakteriaLcS yang masih hidup ketika diminum danberfungsi membantu sistem pencernaan.*Formulasi yang konsisten di seluruh duniaWalaupun dipasarkan di pelbagai negara,formulasi asas Yakult dikekalkan bagimemastikan kualiti dan fungsi yang seragam.Fakta Menarik TentangYakultYakult turut aktif menjalankan programpendidikan kesihatan serta meningkatkankesedaran tentang kepentingan penjagaansistem pencernaan.Secara keseluruhannya, Yakult bukan sekadarproduk di rak pasar raya, tetapi simbolbagaimana sains dan teknologi dapatdimanfaatkan dalam kehidupan seharian.Produk ini membuktikan bahawa inovasi tidaksemestinya besar atau rumit. Kadangkala,perubahan ke arah gaya hidup yang lebih sihatbermula daripada langkah kecil, sama sepertisebotol Yakult yang diminum setiap hari.Hari ini, Yakult bukan sekadarproduk di rak pasar raya, tetapisimbol bagaimana sains danteknologi boleh dimanfaatkandalam kehidupan seharian. Iamembuktikan bahawa inovasitidak semestinya besar ataurumit. Kadangkala, perubahangaya hidup yang lebih sihatbermula daripada langkah kecil,sama seperti sebotol Yakult yangdiminum setiap hari.59“Botol kecil dengan Fungsi besar”“Lebih daripada sekadar minuman”


tythtjjj1:MAP (IMAGE, BODY OWN (HAND)) → PERCVOB2:MAP (IMAGE, OBJECT (BELL)) → PERCVOO3:MAP (TOUCH, BODY (HAND)) → PERCTOB4:MAP (TOUCH, OBJECT (BELL)) → PERCTOO5:MAP (SOUND, BODY (CLAP HAND)) → PERCSOB6:MAP (SOUND, OBJECT (BELL)) → PERCSOODari manakah persamaan logik ini datang? Ia datang dari penjelasan bagi beberapa fenomenapersepsi yang terpisah-pisah, seperti Phantom Limb (PL), Ventriquese Effect (VE), Rubber HandIllusion (RHI), dan lain-lain lagi. Kenapa pengertian yang pelbagai nama ini perlu kita kumpulkan &simplisitikan? - Apabila 4 persamaan elektromagnet dapat dikumpulkan bersama oleh Maxwell,bukankah pengertiannya berada di aras yang lebih tinggi?Pemilihan perkataan yang spesifik di sini bertujuan untuk memudahkan pemahaman anda tentangbagaimana keenam-enam persamaan logik ini dapat digunakan untuk menerangkan pelbagai jenispersepsi diri dan objek di sekeliling kitaSebagai contoh, objek 'Bell' dipilih kerana ia mudah difahami sebagai objek yang menghasilkan bunyi.Begitu juga dengan 'Body Clap Hand' untuk menggambarkan bahawa tangan kita adalah punca bunyitersebut. Ini kerana, bagi otak kita, bunyi dan objek adalah dua perkara yang berbeza. Oleh itu, otakterpaksa memetakan kembali (mapping) kedua-duanya agar persepsi yang betul dapat dihasilkan.Kunci utama dalam kefahaman ini sebenarnya datang dari Ventriquese Effect (VE).Uji diri anda sendiri, adakah proses pemetaan ini mula memberi kefahaman yang intiutif? Ya, otak kitaterpaksa memetakan semula (mapping) persepsi bunyi kepada bahagian tertentu dalam otak, untukmemastikan kita merasakan persepsi yang betul. Sebagai contoh, jika rakan anda bercakap, tetapisuaranya datang dari kakinya, situasi ini pastinya akan membingungkan. Dalam keadaan seperti ini,kita tidak dapat hidup dengan cara itu. Ini merujuk kepada Persamaan 6, di mana otak perlu mencarisemula imej mulut di dalam Occipital Lobe untuk dikaitkan semula berdasarkan kue (isyarat) bunyidan getaran imej yang diterima.Penulis: Shahrudin Zakaria,Norazlina Abd Razak &Sulaiman SabikanAPAKAH PEMETAAN INIKEPERLUAN JURUTERA AIPADA MASA DEPAN...?Sama seperti kami, anda mungkin telah lama melihat rajah ini. Mungkin juga anda tertanya-tanyabagaimana untuk memahami konsep ini dengan lebih mendalam. Sekiranya dibaca secara langsung,keterangan dalam bahagian ini mungkin kurang memberi penerangan yang intuitif, terutamanya bagimereka yang berlatarbelakangkan mekatronik / robotik yang mencari penjelasan bagaimanamemahami sebuah robot yang mempunyai kepekaan seperti manusia atau haiwan sebenar.Berikut diperturunkan enam susunan logik utamayang boleh membantu untuk menjelaskan bagaimanaasasnya persepsi tergabung yang memungkinkanpembangunan robot berpersepsikan kesedaransendiri pada masa depan:60


Merujuk Rajah 1, pemetaan bahagian-bahagiantubuh seperti kaki, tangan, dan sebagainyamembolehkan kita merasakan anggota badan kita,seperti ketika berjabat tangan atau menyepak bola.Pemetaan ini adalah kekal sejak kita kecil, dan akanterus berkembang sepanjang hidup kita. Sebagaicontoh, apabila seseorang kehilangan kepekaan dibahagian kaki dan tidak dapat menggerakkannya,mereka mungkin akan merasakan sesuatu yang ganjil- kaki tersebut seolah-olah bukan lagi milik mereka.Perasaan negatif terhadap kaki ini mungkin timbulkerana perasaan terbeban apabila terpaksa bergerak. Rajah 1: Pemetaan deria anggota badananda di dalam otak. Perkara ini bertentangan dengan kajian Rubber Hand Illusion (RHI), di mana sentuhan pada tanganpalsu berulangan yang dilihat melalui mata (imej) akan menyebabkan otak menukarkan pemetaansentuhan tersebut kepada objek yang lain, iaitu tangan palsu. Ini merupakan contoh bagaimanaPersamaan 3 dan 4 berubah seiring dengan pengaruh input visual palsu tadi.‘Mapping’ Anggota Tubuh ItuAdalah ‘Real’…‘Mapping’ anggota tubuh dalam Rajah 1 ini adalahnyata (real), sebagai contoh: kehilangan anggotabadan secara tiba-tiba (akibat peperangan,kemalangan atau penyakit), boleh menyebabkansuatu fenomena Phantom Limb (PL). Hal ini dapatmenyebabkan individu me’rasa’kan kewujudananggota badannya yang telah tiada, seperti rasagatal, kepedihan, atau kesakitan, contohnya kakitetap dirasakan walaupun telah dipotong sepertiillustrasi di Rajah 2.‘Mapping’ anggota tubuh dalam Rajah 1 ini adalahnyata (real), sebagai contoh: kehilangan anggotabadan secara tiba-tiba (akibat peperangan,kemalangan atau penyakit), boleh menyebabkansuatu fenomena Phantom Limb (PL). Hal ini dapatmenyebabkan individu me’rasa’kan kewujudananggota badannya yang telah tiada, seperti rasagatal, kepedihan, atau kesakitan, contohnya kakitetap dirasakan walaupun telah dipotong sepertiillustrasi di Rajah 2.Rajah 2: Gambaran Phantom Limb, merasakankaki yang telah tiadaKeadaan ini boleh mendatangkan penderitaan yang berterusan dan sukar untuk diubati. Fenomenaini sebenarnya telah lama wujud ratusan tahun dahulu, dan hanya baru-baru ini dapat ditanganidengan teknik baru, seperti yang dibangunkan oleh Dr. Ramachandran menggunakan cermin. Teknikini memungkinkan individu yang kehilangan anggota badan untuk ‘melihat’ kembali anggota badanmereka menggunakan refleksi imej di dalam cermin, ianya ibarat menggunakan Persamaan 1 untukmembetulkan Persamaan 3.Demikianlah sedikit sebanyak mengenai konsep pemetaan dalam persepsi tubuh dan objek yangmungkin berbeza daripada pemahaman konvensional kita. Semoga penjelasan ini memberi inspirasibagi perkembangan teknologi AI dan robotik di masa hadapan.61


Berbincang dengan komputer kini bukan lagi sesuatu yang asing. Anda tentu faham maksudnya.Apabila memerlukan minuman sejuk, anda melangkah ke dapur untuk mendapatkan air Coway yangsegar. Sambil menunggu air memenuhi mug, tangan kiri membuka penutup botol kordial sarsi lalumeletakkan ‘cap’nya di atas peti air jenama Coway.Selesai menuangkan pati kordial ke dalam ‘mug’ yang berat, mata mula mencari semula ‘cap’ tadi.Namun, ia tiada di situ. Tiba-tiba suasana bertukar menjadi kehairanan - ke manakah perginyasilinder putih itu? Tercengang, anda menoleh ke kiri dan ke kanan, malah memeriksa lantai. Tiada.Dalam kekecewaan itu, anda terlihat pula penutup botol lain yang sedikit kecil. Dengan memaksanyamelalui ketukan dan tekanan, tiba-tiba ‘cap’ tadi tadi muncul kembali di atas peti Coway. Haaah…kenapa tidak kelihatan tadi? Nak ketawa pun ada...Jawapan misterinya…Ketika meletakkan tudung botol tersebut, perhatian anda sepenuhnya tertumpu kepada aliran airyang sedang dicurah ke dalam ‘mug’. Tanpa disedari, ‘cap’ itu sebenarnya diletakkan di atas peti,kira-kira 30-40% di bawah pelapik plastik, sedikit tersembunyi.Menurut kertas kerja popular, “Attention is all you need” - frasa yang dipetik daripada kertas kerjapopular dalam pembangunan kecerdasan buatan untuk Chat-GPT. Pengertian ‘attention’ berada didalam rekabentuknya. Namun, prinsipal atau paradigma ini sedikit berbeza daripada pandangandominan dalam neurosains dan AI sebelum ini, iaitu ‘predictive coding’: sistem neural otak sentiasameramal persekitaran dan hanya menggunakan input untuk meminimumkan ralat ramalan.Penulis: Shahrudin Zakaria,Norazlina Abd Razak &Sulaiman SabikanPertembungan ‘Prediction’ dan‘Attention’ Dalam Persepsi VisualHarianKE MANAKAHHILANGNYA TUDUNGBOTOL ITU?Rajah 1: Ilustrasi fenomena ‘attention’ dan‘prediction’ dalam persepsi visual, gorila dankapal terbang sebagai simbol bagaimanaobjek yang jelas secara fizikal boleh ‘hilang’daripada kesedaran.62


Di sinilah mungkin berlakunya pertembungan antara ‘prediction’ dan ‘attention’. Teori sebelum ini:Inattentional Blindness, Change Blindness serta Blind Spot gagal menerangkan sepenuhnyafenomena ‘cap’ ini. Inilah ramalan kami: Otak telah menjangkakan bahawa cap berada sepenuhnya diatas peti Coway, sedangkan input sebenar menunjukkan ia tidak benar-benar berada di situ.Sekiranya terjatuh di titik buta, imej di sebelah mata seharusnya nampak dan memenuhi gap ini(dilihatkan dengan mata sebelah lagi).Dalam inattentional Blindness, kuasa ‘attention’ sebenarnya amat luar biasa. Di sana, satu ujikajipsikologi terkenal, seekor gorila hitam bersaiz besar pun boleh “hilang” daripada pandangan pesertaapabila mereka terlalu fokus kepada tugasan lain. Teori ini tidak dapat menerangkan kehilangan ‘cap’itu.Dalam ujikaji lain yang nampaknya ada kaitan: dua imej kapal terbang dipaparkan: satu denganempat enjin, satu lagi dengan hanya tiga (satu enjin dipadamkan). Namun, majoriti peserta gagalmengesan perbezaan tersebut. Imej-imej ini di-’flash’ dengan sangat pantas, menyebabkan otakkekurangan kepastian terhadap input. Peserta hakikatnya telah melihat ‘enjin ramalan’. Dalamkeadaan ini, membayangkan ‘prediction’ menjadi terlalu dominan, mengatasi ‘attention’.Lebih pelik lagi, selepas pendedahan sebenarnya terdapat 3 enjin saja, para peserta tidak lagimampu melihat 4 enjin pada imej kedua. Seolah-olah otak telah “mengunci” kesedaran baharu itu -mereka tidak boleh ‘undo’ persepsi yang telah diperbetulkan. Ini mencadangkan manusia melihatdunia hanya pada ‘layer’ yang kedua (yang otak mahu paparkan).Seekor GorilaHitam bersaiz besar pun boleh“hilang”!!Kesimpulannya, kehilangan ‘cap’ ini mungkin bolehdianggap sebagaii suatu jenis ’Blindness‘ yangbaru dalam Kognitif Sains, yang membayangkankuasa prediktif ‘neural network’.Gambaran illustrasi kehilangan ‘cap’dihadapan mata63


FAKULTI TEKNOLOGI DANKEJURUTERAAN ELEKTRIKFAKULTI TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK (FTKE)UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM)HANG TUAH JAYA, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA, MALAYSIA [email protected] +606-229 2117 +606-229 24172026 | Edisi Ke-5


Click to View FlipBook Version