PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
MPU 21032
7.5 BERKONGSI ISU SEMASA TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
NAMA PENSYARAH: PUAN LEZAWATI BINTI SERON
NAMA AHLI KUMPULAN: ABANG KHAIRUL IZWAN 20DAT21F1014
BRANDON COLE 20DAT21F1042
NURUL ERNA ERMYZA 20DAT21F1036
KRISTEN SHEERA 20DAT21F1050
PROGRAM: DIPLOMA AKAUNTASI (DAT1A)
SESI: 2020/2021
KUMPULAN: 5
PENGHARGAAN
Salam sejahtera dan salam malaysiaku gemilang.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana izin dan limpah kurnia-Nya
kami dari kumpulan 5 dapat menyiapkan EBOOK bagi kod subjek Penghayatan Etika dan
Peradaban (MPU 21032) ini dengan penuh jayanya. Diharap, tugasan ini akan memberi
banyak manfaat kepada kami dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat
carian di masa hadapan kelak.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada pensyarah kita, Puan Lezawati Binti Seron kerana tidak jemu-jemu
memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar kepada kami.
Ucapan penghargaan ini juga ingin saya berikan kepada rakan seperjuangan saya kerana
telah banyak menghulurkan bantuan tentang tugasan ini. Tidak lupa juga kerjasama yang
telah rakan-rakan saya wujudkan bagi merealisasikan usaha menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.
Akhir kata, ucapan ini juga ditujukan kepada pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Segala bantuan yang
telah kalian hulurkan amatlah kami hargai. Sekian, Terima Kasih.
ABSTRAK
Penghasilan EBOOK berfokuskan kepada isu semasa Teknologi
Maklumat Dan Komunikasi (TMK). Tujuan penghasilan ini untuk
menberitahu lebih dalam tentang pengenalan teknologi maklumat
dan komunikasi (TMK), senaraikan isu semasa berkaitan dengan
teknologi dan komunikasi, huraian bagi setiap isu yang dihadapi
serta kesimpulan yang dapat diambil dari isu ini. Sumber rujukan
yang digunakan dalam penghasilan EBOOK ini melalui buku
rujukan~Politeknik Malaysia Edisi Keenam [2020]. Penghayatan
Etika Dan Peradaban [M/S141-160]. Diterbitkan oleh Perpustakaan
Negara Malaysia. Ditulis oleh Munirah Mustaffa, Muhamad Bazli Md
Radzi, Naimah Ghazali, Wan Mohd Tamizi Wan Othman, Mohamad
Faizal Ahmad, Mohammad Tamizi Balya serta sumber carian dari
internet ~ https://www.youtube.com/watch?v=Nsa8rFoF6ag . Hasil
yang dapat disimpulkan tentang isu ini menunjukkan bahawa
terdapat banyak masalah dan kesan negatif yang berlaku daripada
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang masih tidak dapat
dibendung sehingga ke hari ini.
NO ISI KANDUNGAN
1 PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
2 RINGKASAN BAGI PENGENALAN TMK
3 SENARAI ISU SEMASA YANG BERKAITAN DENGAN TMK
4 HURAIAN BAGI SETIAP ISU TMK
5 KESIMPULAN
6 SENARAI RUJUKAN
PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
(TMK)
Teknologi ialah suatu sistem bagi memudahkan manusia memenuhi keperluannya dari
masa ke semasa. Seterusnya maklumat bermaksud data yang tersusun dan komunikasi
lalah proses saling menghantar dan menerima maklumat dari satu pihak ke pihak yang
lain. TMK merupakan suatu alat perkongsian maklumat yang berpotensi untuk
mempertingkatkan kualiti pendidikan, ekonomi, politik dan juga sosial, sama ada
digunakan secara formal ataupun tidak formal. lanya melangkaui batas umur, etnik,
gender sama ada lelaki atau perempuan, orang kurang upaya, muda atau tua, bangsa
tanpa ada sempadan masa.
Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) berkembang dengan begitu cepat.
Perkembangan kemajuan TMK ini sangat memberi kemudahan kepada manusia. Namun
begitu terdapat juga kesan negative kepada pengguna. Hal in bergantung kepada
pengguna untuk menggunakan TMK sama ada untuk urusan yang boleh member manfaat
atau memberi mudarat. Dalam kontek hubungan antara manusia, TMK tidak boleh
dipisahkan. Boleh dikatakan pada masa ini setiap orang menggunakan TMK bagi
berinteraksi dengan orang lain sama ada untuk urusan peribadi atau rasmi, perseorangan
atau berkumpulan dan jarak jauh atau dekat. Kebergantungan manusia dengan TMK
menunjukkan Ia adalah salah satu alat untuk berinteraksi dan berhubung, seterusnya
dapat merapatkan hubungan.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi in telah digunakan dalam pelbagai lapangan
keilmuan. Keadaan ini kerana TMK bersifat fleksibel dan mudah suai dengan semua
bidang. TMK meliputi semua teknologi yang membantu penyampaian maklumat seperti
radio, televisyen, telefon mudah alih, komputer dan internet. Selain daripada
penyampaian maklumat, TMK juga turut bertindak sebagai teknologi komunikasi sama
ada jarak dekat atau jauh. Secara mudah, TMK mesti bersifat penggunaan teknologi
untuk menyampaikan maklumat dan melibatkan komunikasi antra dua pihak.
Dalam konteks kesepaduan nasional di Malaysia, TMK sangat besar peranannya. TMK
berperanan penting dalam usaha memupuk semangat perpaduan erat dan mengekalkan
keamanan yang berterusan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. TMK memainkan
peranan yang penting dalam revolusi industri 4.0, dengan memperkenalkan pelbagai
media seperti saluran maklumat melalui media sosial Facebook, Twitter, Instagram dan
lain-lain. Semua alat ini boleh menjadi medium utama dalam mengukuhkan kesepaduan
nasional.
.
RINGKASAN BAGI PENGENALAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT
• Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah
yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar
maklumat.
• Maklumat tersebut boleh wujud dalam pelbagai bentuk
samada bentuk fizikal contohnya kertas dan buku, bentuk suara,
paparan visual, pergerakan atau dalam bit.
DEFINISI KOMUNIKASI
• Melibatkan percakapan atau perbualan dan penulisan yang
bertujuan menyampaikan mesej daripada satu pihak kepada
pihak yang lain.
• Pihak yang menerima mesej itu pula akan memproses mesej
yang diterima itu.
• Komunikasi tidak terhad secara "face to face" saja, malah
komunikasi secara virtual atau maya seperti chatting, e-mail dan
video confrence juga adalah dikategorikan sebagai komunikasi
lisan
JENAYAH SIBER
MENJEJASKAN HUBUNGAN
HARMONI
ISU SEMASA TEKNOLOGI MELAYARI LAMAN SESAWANG
MAKLUMAT DAN YANG TIDAK BERMORAL ATAU
KOMUNIKASI
PORNOGRAFI
MENCEROBOH HALAMAN WEB
WUJUD BUDAYA PLAGIARISM
(PLAGIAT)
PENGGODAM MAKLUMAT
BANYAK MEMBUANG MASA
Terdapat beberapa isu semasa berkaitan dengan TMK:
1. Jenayah Siber
- Jenayah siber merupakan penipuan atas talian
- Ia mampu menggodam sistem pertahanan negara dan rahsia-rahsia negara
- Semakin maju teknologi maklumat, semakin meningkat jenayah siber
CONTOH JENIS JENAYAH SIBER
MENJALIN PERISIAN TIDAK SAH
PENGINTIPAN
JUDI SIBER
PORNOGRAFI
PENGGODAM
2.Menjejaskan hubungan harmoni
-Penggunaan gajet pada tempat yang tidak sesuai akan menjejaskan hubungan antara
keluarga dan masyarakat. Hal ini menyebabkan pergaduhan dan akan memberi kesan
kepada anak-anak merekadan wujudnya suasana yang kurang menyenangkan.
3. Melayari laman web sesawang yang tidak bermoral atau pornografi
- Kebiasaannya generasi muda khususnya lebih terdedah kepada laman sesawang yang
tidak bermoral. Hal ini menyebabkan kes social meningkat seperti zina, rogol dan
seumpamanya.
4. Menceroboh halaman web
- Perkara ini adalah dilarang dan akan dikenakan undang-undang. Ia merupakan satu
jenayah untuk mendapatkan maklumat rahsia, mencuri wang dan sebagainya.
5. Wujud budaya plagiatrism (plagiat)
- Plagiat ialah mengambil hak cipta orang lain tanpa izin. Perbuatan ini akan
mengakibatkan individu yang tidak terlibat dan tidak menghasilkan tugasan dengan
sendiri.
6. Penggodam maklumat
- Kecanggihan TMK membuka ruang kepada penggodam dan pengganas siber untuk
memusnahkan data.
-Mengubah sistem komputer
- Mencuri maklumat individu, syarikat dan organisasi
- Mendapat untung dengan menjual data pesaing
- Hal ini akan menjejaskan keselamatan agensi kerajaan dan swasta serta negara
7. Banyak membuang masa
- Mereka terlalu leka bermain dengan media social seperti Facebook, Instagram, Twitter
dan ‘online game’.
- Hal ini menyebabkan produktiviti seseorang terganggu.
- Timbul bermacam penyakit kerana kurang melakukan aktiviti social yang lebih
bermanfaat.
[Kesannya]
> Sukar tidur
> Gangguan mental
> Rabun
KESIMPULAN
Sebagai pengguna siber, kita haruslah menggunakan kemajuan teknologi dengan betul.
Hal ini demikian dapat mempelihara daripada berlaku sebarang jenayah atau perkara
yang boleh menyebabkan kakacauan. Terutamanya, golongan muda seperti pelajar,
mereka perlu sedar tentang baik buruk penggunaan teknologi. Ia dapat dipupuk dengan
meningkatkan jati diri dan sentiasa menasihati rakan-rakan supaya tidak
menyalahgunakan Komputer. Oleh itu, sama-sama kita membanteras jenayah siber agar
dapat menjadikan negara kita sebuah negara yang aman dan damai.
SUMBER RUJUKAN
Buku Rujukan:
~ Politeknik Malaysia edisi keenam [2020]. Penghayatan
Etika Dan Peradaban. [M/S 141-160]. Diterbitkan oleh
Perpustakaan Negara Malaysia. Ditulis oleh: MUNIRAH
MUSTAFFA, MOHAMAD BAZLI MD RADZI, NAIMAH
GHAZALI, WAN MOHD TARMIZI WAN OTHMAN, MOHAMAD
FAIZAL AHMAT, DAN MOHAMMAD TARMIZI BALYA
Internet:
~ https://www.youtube.com/watch?v=Nsa8rFoF6ag