PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN E-FOLIO MPU21032 NAMA PENSYARAH : PN.SHAHRIZAH BINTI HUSIN TAJUK : SEJARAH ALAM MELAYU MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN PERADABAN NEGARA DI MALAYSIA AHLI KUMPULAN : 1) NAQIB IKHWAN BIN SAIDIN (14DKM21F1005) 2) MUHAMMAD HAZIQ HAZLAMI BIN MOKHTAR (14DKM21F1023) 3) ALIF HAIKAL BIN NAHIRAN SABTU (14DKM21F1025) 4) ADIE ZULHAIRE BIN MAZLAN (14DKM21F1042) 5) MUHAMMAD NAZRAN HAZIQ BIN MUHD KAMSANI MISRI (14DKM21F1007)
ISI KANDUNGAN BIL. ISI KANDUNGAN 1 PENGHARGAAN 2 PENGENALAN 3 PERADABAN PRIBUMI ALAM MELAYU 4 PERADABAN ASIA 5 KONSEP ALAM MELAYU 6 PEMBENTUKAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA 7 RUMUSAN 8 RUJUKAN
PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim, Dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana limpah kurianya, dapat kami menyelesaikan tugasan e-folio ini dengan penuh jayanya. Saya mengucapkan sepenuh penghargaan kepada PN. SHAHRIZA BINTI HUSIN, pensyarah subjek penghayatan etika dan peradaban (MPU 21032) kerana meletakkan kepercayaan beliau kepada kami untuk menyiapkan e-folio ini dalam tempoh yang ditetapkan. Selain itu, tidak lupa juga buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Syukur Alhamdulillah, dalam menyiapkan tugasan ini banyak telah kami pelajari sepanjang proses perlaksanaan efolio ini. Ianya memberi kami seribu satu ilmu pengetahuan yang mungkin baru bagi kami tetapi ianya amat bermakna. Akhir kata, dengan sikap kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan dan rakan-rakan ia dapat membuahkan hasil. Tanpa bantuan mereka tidak mungkin kami dapat menyiapkan e-folio ini.
PENGENALAN SEJARAH DI ALAM MELAYU Alam melayu merupakan kawasan yang merangkumi kepulauan dan tanah besar. Sejarah alam melayu memperlihatkan kemunculan beberapa kerajaan yang masyhur. kerajaan-kerajaan ini telah berkembang maju sebagai pusat perdagangan dan keagamaan yang tersohor. Kegemilangan kerajaan ini turut dikenali standing dengan tamadun dunia yang lain. Alam melayu juga merangkumi gugusan kepulauan dan tanah besar di bahagian tenggara benua Asia. Manusia yang tinggal di kawasan ini berkongsi tamadun yang sama seperti kepercayaan, asal usul keturunan, Bahasa, budaya dan masyarakat. Oleh itu, konsep alam melayu boleh dilihat dari sudut geografi, bahasa dan budaya.
PERADABAN PRIBUMI ALAM MELAYU • Amri Marzali (2017) menyatakan bahawa Tamadun Melayu ialah tamadun yang dibina dan dimiliki oleh masyarakat yang berbudaya Melayu. Sosiobudaya mereka terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik manakala dari segi politik pada masa lampau mereka terdiri daripada pelbagai kerajaan kuno. Tamadun tersebut terus berkembang dan kini menjadi beberapa negara moden dan maju • Peradaban Melayu dikatakan berasal daripada penduduk Asia Tenggara, khasnya Gugusan Kepulauan Melayu (yang mencakupi Selatan Siam, Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Sumatera, Jawa, Madura, Sunda, Borneo, Sulawesi, Filipina, pulaupulau timur Indonesia dan juga bahagian bahagian kecil daripada Kampuchea ke Vietnam).Mereka bertutur dalam keluarga bahasa Melayu-Indonesia. Ciri seterusnya daripada tamadun Melayu, mereka beragama Islam. Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca antara orang-orang rumpun Melayu Asia Tenggara berkenaan. Kesimpulannya tamadun Melayu adalah tamadun yang dibina, dikembangkan dan dimiliki oleh penduduk Asia Tenggara yang bertutur dalam keluarga bahasa Melayu, berkomunikasi antara sesama mereka dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca. • Kesan daripada pertembungan dan kemasukan pengaruh asing, masyarakat dan budaya melayu telah mengalami perubahan khususnya terhadap pengembangan Bahasa melayu. Selain itu, fenomena yang disebut sebagai imperialisme budaya ini turut berlaku di Alam Melayu yang terkenal sebagai kawasan strategik antara Timur dan Barat, pusat perdagangan entrepot dan aktiviti keagamaan. Walau bagaimanapun,interaksi yang berlaku ini adalah sesuatu yang positif apabila hasil daripada pertembungan ini, memperlihatkan kecenderungan dalam memperkayakan bahasa dan kebudayaan. Maka berlakulah penyerapan kosa kata pinjaman daripada pelbagai bahasa dan budaya. Antaranya bahasa Inggeris, Arab, India, Cina, Portugis, Belanda dan lain-lain.
PERADABAN ASIA • Perkembangan peradaban Asia turut mempengaruhi pembinaan bangsa dan negara di Malaysia. Kedatangan masyarakat India, Cina dan pedagang Arab dari Timur Tengah telah membawa kepelbagaian adat dan budaya dan pegangan agama. Kepelbagaian ini merupakan satu keistimewaan yang ada pada negara ini namun perlu diuruskan dengan baik agar keharmonian bangsa dapat dikukuhkan setiap masa. • Kedatangan orang India dan Cina ke Malaysia adalah hasil usaha pihak penjajah yang membawa masuk pekerja asing bagi memenuhi keperluan ekonomi. Peradaban mereka merupakan waris peradaban asal mereka di negara asal. Apabila tiba di Malaysia, mereka bertembung dengan peradaban tempatan termasuk peradaban barat dan Melayu. • Peradaban Asia seperti peradaban India dan Cina yang ada di Malaysia masih tidak banyak berubah secara keseluruhannya menurut acuan tempatan. Sebagai contoh adat resam dan tabiat pemakaian bahasa ibunda masih dikekalkan dari generasi ke genarasi. Dalam aspek keagamaan juga demikian walaupun terdapat dikalangan bangsa India dan Cina yang memeluk agama Islam, namun bahasa dan kebudayaan masih diamalkan dalam sebahagian kehidupan mereka.
KONSEP ALAM MELAYU • Alam Melayu merangkumi gugusan kepulauan dan tanah besar di bahagian tenggara benua Asia. Manusia yang tinggal di kawasan ini berkongsi tamadun yang sama seperti kepercayaan, asal usul keturunan, bahasa, budaya dan masyarakat. Oleh itu, konsep Alam Melayu boleh dilihat dari sudut geografi, bahasa dan budaya. Geografi • Terdapat pelbagai pendapat tokoh-tokoh tempatan dan luar negera berkaitan aspek geografi Alam Melayu. Pendapat mereka menjadi rujukan dalam perbincangan tentang konsep Alam Melayu. Budaya • Penduduk di Alam Melayu mempunyai budaya serumpun yang merangkumi bahasa dan tulisan, persuratan, struktur sosial, kesenian, kepercayaan dan adat. Bahasa • Konsep tersebut juga boleh dilihat dari aspek penggunaan bahasa serumpun yang dikaitkan dengan bahasa Melayu. Bahasa Melayu merupakan antara 200 bahasa yang dipertuturkan di Alam Melayu.
PEMBENTUKAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA Latar belakang pembentukkan peradaban majmuk di Malaysia tidak wujud tanpa sejarah dan titik permulaan. Ianya hasil gabungan peradaban besar dunia yang didahului dengan peradaban Peribumi Alam Melayu, kemudian muncul peradaban asia iaitu peradaban India, Cina, serta Timur Tengah dan seterusnya peradaban dari Barat. Peradaban ini terus berkembang dengan pengaruh oleh peradaban globalisasi yang bermaksud melalui digital yang canggih. Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini, Islam serta agama–agama lain berada di atas landasan kerohanian dan moral yang secara berterusan tanpa banyak terjejas penilaian positif dan negatif bagi pembinaan peradaban majmuk di Malaysia. Jadi ia perlulah dilakukan dengan lebih teliti dan cermat. Kebaikannya perlu dimakmurkan dan kita hendaklah menggunakan segala kekuatan dan kekayaan dalaman yang terdapat dalam agama dan tradisi kita dengan sehabis baik meskipun berupa kerohanian mahupun intelektual ataupun keilmuan.
SEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN DUNIA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA : sejarah sosial peradaban peribumi Alam Melayu bagi Tamadun Melayu adalah tamadun yang dibina dan dimiliki oleh masyarakat yang berbudaya Melayu. Seterusnya, sosiobudaya terdiri daripada kumpulan etnik manakala dari segi politik dan pada masa lampau iaitu pelbagai kerajaan kuno. Peradaban Melayu dikatakan berasal daripada penduduk Asia Tengggara khususnya gugusan Kepulauan Melayu. Di samping itu, mereka turut bertutur dalam Bahasa Melayu meskipun berasal dari Indonesia. Pada masa itu, orang Melayu beragama Islam.Bahasa Melayu juga menjadi Bahasa Lingua France akibat daripada pertembungan dan kemasukan pengaruh asing. Selain itu, peradaban asia seperti India, Cina, dan Timur Tengah adalah kedatangan masyarakat tersebut membawa pelbagai alat dan budaya juga pegangan agama.Seterusnya, kedatanagan orang cina dan india ke Malaysia telah memberikan hasil untuk membawa masuk pekerja asing bagi. Walaubagaimanapun, peradaban India dan Cina masih tidak banyak berubah menurut acuan tempatan .Contohnya , adat resam da tabiat pemakaian masih dikekalkan.Dalam aspek keagamaan , walaupun bangsa India dan kebudayaan masih diamalkan dalam sebahagian kehidupan mereka. Peradaban barat pula semasa pemerintahan kolonial Barat khususnya pemerintahan British penyebaran agama Kristian di Tanah Melayu tidaklah begitu ketara.Peradaban Barat ledih memberi keutamaan kepada bidang material. Munculnya system Pendidikan kewujudan masyarakat majmuk , perubahan dari segi budaya, bandar – bandar moden keperluan asas insfrastruktur di bandar .Contohnya, telegraf, elektrik dan telefon. Peradaban globalisasi adalah fenomena yang menjadikan dunia kelihatan kecil dari kelihatan kecil dari segi perhubungan manusia.Seterusnya , peradaban globalisasi merupakan era dunia tanpa sempadan yang berlaku hasil interaksi dan jaringan peradaban. Globalisasi berlaku melalui pemodenan. Akhirnya ,pembinaan negara dan bangsa amat penting bagi memastikan identiti nasional yang dihasratkan dapat dikecapi. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita perlulah mempunyai asas pendidikan yang kukuh . Oleh itu , pendidikan ialah pemangkin kepada pembinaan negara dan bangsa terutamanya bagi menyemai semangat kenegaraan yang khusus pada peringkat awal perkembangan pembelajaran dan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi supaya dapat membimbing negara seiring dengan negara yang bertamdun.
RUMUSAN • Sejarah alam Melayu memiliki pengaruh besar dalam pembentukan peradaban negara Malaysia. Melalui hubungan erat dengan alam sekitarnya, masyarakat Melayu telah mengembangkan kearifan lokal dalam pemanfaatan sumber daya alam, seperti dalam pertanian, perdagangan, dan kegiatan maritim. Alam yang subur memfasilitasi pertumbuhan ekonomi serta perkembangan budaya dan kepercayaan tradisional Melayu, yang pada gilirannya membentuk asas kebudayaan dan identitas negara Malaysia. • Sejarah alam Melayu merupakan kisah tentang bagaimana hubungan erat antara masyarakat dan lingkungan alamnya telah membentuk fondasi kehidupan dan peradaban di Malaysia. Berdasarkan pola hidup agraris, pengetahuan tentang tanaman, hutan, sungai, dan laut menjadi inti kebudayaan Melayu, mempengaruhi cara hidup, sistem ekonomi, serta sistem kepercayaan dan tradisi yang masih memengaruhi kehidupan modern di Malaysia.
RUJUKAN • https://sejarahinenglish.wordpress.com/2018/09/07/form-2-sejarah-bab-1- kerajaan-alam-melayu-malay-world-kingdoms/ • https://pembinaanegarabangsa.blogspot.com/2022/05/pembinaanperadaban-majmuk-di-malaysia.html • https://www.slideshare.net/AdeebFarhan2/sejarah-sosial-pengaruhperadaban-dunia-dalam-pembinaan-negara-bangsa • https://online.anyflip.com/igghu/zkrz/mobile/index.html