Nasi Ayam Hainan
Nasi Ayam Hainan merupakan makanan Cina yang
sering dikaitkan dengan makanan
Malaysia atau Singapura, dan juga ditemui di
negara berjiran Thailand, serta juga di
wilayah Hainan, China. Nasi ayam Hainan yang
dinamakan sedemikian kerana asal-usulnya
dalam makanan Hainan dan pengamalannya oleh
populasi orang Cina seberang laut bersuku
Hainan dalam kawasan Nanyang, versi makanan
ini yang didapati di Malaysia atau Singapura
menggabungkan unsur-unsur masakan
Hainan, Korea dan Kantonis ditambah lagi dengan
citarasa pemakanan di Asia Tenggara.
Kuih Bakul
Kuih Bakul ialah makanan Cina yang dibuat
daripada tepung pulut dan gula lalu
dibentukkan seakan seperti dodol.
Sungguhpun kuih ini boleh dimakan pada bila-
bila masa, secara tradisi kuih ini paling
selalunya dimakan ketika sambutan Tahun
Baharu Cina. Memakan kuih bakul dipercayai
membawa tuah pada masa perayaan ini
kerana namanya: "nian gao" di mana
perkataan (gao) bermaksud 'kuih' dalam nama
kuih ini berbunyi sama seperti perkataan (gao)
bermaksud 'tinggi' melambangkan erti "tahun
demi tahun semakin tinggi" atau mafhum
ringkasnya, "setahun lagi kehidupan, setingkat
lagi kemajuan".
Kura-Kura
Kuih kura-kura (Cina tradisional: Ang-Ku-Koe)
adalah pastry Cina berbentuk bulat kecil atau
berbentuk bujur dengan kulit pulut tepung yang lembut
dan melekit yang dililit dengan rasa manis di tengah. Ia
dibentuk menyerupai cangkang kura-kura dan disajikan
bersandar pada sekeping persegi daun pisang. Seperti
yang disarankan namanya, kuih kura-kura merah
secara tradisional berwarna merah dan mempunyai
tekstur yang melekit dan kenyal ketika dimakan. Kek
kura-kura merah berbentuk seperti cengkerang kura-
kura kerana orang Cina secara tradisional percaya
bahawa memakan kura-kura akan membawa umur
panjang bagi mereka yang memakannya dan membawa
nasib baik dan kesejahteraan. Dianggap sebagai barang
yang menggembirakan, pastri manis ini disediakan
terutamanya semasa perayaan penting seperti Tahun
Baru Cina sebagai persembahan kepada dewa Cina.