https://meet.google.com/kxa-jzox-xsv
PERASMIAN OLEH:
YAB TUAN HAJI MUHAMMAD SANUSI BIN MD NOR
MENTERI BESAR KEDAH
30.10.2021 10:00 PAGI
0
KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA
SURAT
1 ATUR CARA MAJLIS
2 AGENDA MESYUARAT 1
3 UCAPAN ALUAN GURU BESAR 2
4 UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 3
5 AHLI JAWATAKUASA PIBG SESI 2019/2021 4
6 JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KE 45 5
7 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 44 6
8 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG 2021 8
9 LAPORAN KEWANGAN PIBG 16
10 SURAT JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PIBG 17
11 PENGHARGAAN 18
20
0
ATURCARA MAJLIS
9:40 pagi : Pendaftaran Waris
10:00 pagi : Waris dan VVIP berada di dalam dewan dan atas
talian.
: Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
: Nyanyian Lagu Negaraku
: Bacaan Doa
Tuan Hj. Ku Ahmad Jamil Bin Ku Seman
: Tayangan video
: Ucapan Aluan Yang Dipertua PIBG SK Darul Hikmah
En. Mohd. Nizam bin Mat Isa
: Ucapan Aluan Guru Besar SK Darul Hikmah
En. Zaidi bin Ibrahim
: Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Darul Hikmah
YAB Muhammad Sanusi bin Md Nor
: Menteri Besar Kedah
: Cabutan Bertuah
: Mesyuarat Agung PIBG dimulakan
: Cabutan Bertuah
Bersurai
1
AGENDA MESYUARAT
1. ALUAN PENGERUSI MESYUARAT
2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI YANG KE 44
3. MEMBENTANG PENYATA KEWANGAN PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN
DARUL HIKMAH
4. MEMBAHAS USUL
5. HAL-HAL LAIN
6. UCAPAN PENANGGUHAN
2
UCAPAN ALUAN GURU BESAR
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita
bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG SK Darul Hikmah Kali Ke-45 tahun
2021 secara maya. Sekalung tahniah dan penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa
Pelaksana program ini. Terima kasih kepada ibu bapa yang dapat hadir ke
Mesyuarat Agung PIBG kali ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang
tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan
dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah murid.
Mesyuarat agung PIBG kali ini menempa sejarah kerana diadakan secara
maya disebabkan kekangan yang wujud. Kita perlu akur kepada Prosedur
Operasi Standard (SOP)yang ditetapkan demi memastikan kita kembali ke norma
yang biasa. Walau bagaimanapun, sebagai pentadbir saya akan tetap
melaksanakan tugas saya sebaik mungkin demi kecemerlangan SKDH. Saya dan
pihak sekolah akan memastikan anak-anak tuan puan sentiasa diberi keutamaan
dari segi keselamatan apabila sekolah dibuka untuk semua pelajar nanti.
Dalam era globalisasi ini, dunia pendidikan sentiasa mengalami banyak
perubahan dari semasa ke semasa. Peluang pendidikan harus digunakan
sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina personality yang
cemerlang. Pendidikan merupakan bidang yang dinamik dan pragmatik serta
memerlukan pelaksanaan yang cekap. Sokongan padu daripada pelbagai pihak
khususnya PIBG sangat diperlukan terutamanya dalam pembangunan fizikal dan
prasarana sekolah ini. Selain itu sumbangan PIBG sangat dialu-alukan dalam
menjayakan pelbagai program peningkatan akademik.
Semoga jaringan serta kolaboratif yang kuat ini dapat dikekalkan dan
mampu dijadikan pentas utama dalam mencipta resipi kecemerlangan bagi
sekolah ini. Insya-Allah bersama-sama kita berdoa dan merealisasikannya.
Sekian, terima kasih.
ZAIDI BIN IBRAHIM
Guru Besar
SK Darul Hikmah
3
UCAPAN ALUAN YANG DIPERTUA PIBG
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Bersyukur kita kepada Ilahi kerana kita dapat berkumpul mengikut norma baharu
bagi menjayakan mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 45 pada tahun ini. Saya
mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang dapat meluangkan masa pada hari
ini. Kehadiran ibu bapa akan dapat menyemarakkan lagi semangat ibu bapa
untuk melibatkan diri secara aktif dalam program pendidikan yang dirancang
oleh pihak sekolah.
Pertama kali saya ingin mengucapkan syabas kepada semua AJK PIBG
kerana telah Berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG walaupun dalam
keadaan yang sukar. Mesyuarat Agung ini merupakan medan terbaik untuk
semua ibu bapa berkogsi idea dan pendapat yang bernas demi melonjakkan
kecemerlangan akademik dan kokurikulum SK Darul Hikmah. Saya menyeru
kepada ibu bapa agar membantu anak-anak dalam proses pembelajaran mereka.
Sokongan daripada ibu bapa penting sebagai pemangkin kejayaan anak-anak.
PIBG memainkan peranan yang sangat penting dalam menjalinkan
pemuafakatan dengan pihak sekolah supaya SK Darul Hikmah dapat mencapai
visinya. Tanpa sokongan padu daripada ibu bapa, tidak mungkin pihak sekolah
berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang dan mengharumkan nama sekolah.
PIBG juga merupakan medium yang sangat berkesan untuk mengeratkan lagi
hubungan antara pihak sekolah dengan komuniti.
Akhir kata, saya selaku YDP PIBG berharap agar kita sebagai ibu bapa
dapat memberi sokongan terhadap program-program yang dilaksanakan oleh
pihak sekolah. Kerjasama daripada ibu bapa akan memberi suntikan semangat
kepada anak-anak untuk terus maju dalam apa jua bidang yang diceburi.
Semoga SK Darul Hikmah terus menempa kejayaan yang cemerlang pada
masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
MOHD NIZAM BIN MAD ISA
YDP PIBG
SK DARUL HIKMAH
4
AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2019/2021
PENASIHAT : EN.ZAIDI BIN IBRAHIM
YANG DIPERTUA : EN.MOHD NIZAM BIN MD ISA
NAIB YANG DIPERTUA : EN. BUKHORI BIN ABDUL MAJID
SETIAUSAHA : PN. HALIMATUN BINTI AB LAH@ ABU BAKAR
PEN.SETIAUSAHA : EN. MOHD IZHAM BIN ABD RASHID
BENDAHARI : PN. ROZOH BINTI RAMLI
AJK GURU : 1) EN. MOHD NIZAT BIN OMAR
2) EN. AZEMI BIN AHMAD
3) PN. BUSHRA BINTI MARZUKI
4) PN. ESHAH BINTI ISMAIL
AJK WARIS : 1) PN. NORMAYUNI BINTI ABDUL MAJID
2) PN. ZURIATI BINTI FADZIL
3) EN. ABDUL LATIF BIN SALLEH
4) EN.WAN ISWANDI BIN WAN MUHAMMAD
5) PN. ANNALIA BINTI MOHD NASIR
6) PN. HABSAH BINTI ISMAIL
PEMERIKSA KIRA-KIRA : PN. ROSNI BINTI MD REJAB
: PN. NORMALA BINTI ABDULLAH
5
JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45
PENASIHAT
En. Zaidi Bin Ibrahim
Guru Besar SKDH
PENGERUSI
En. Mohd Nizam bin Md Isa
YDP PIBG SKDH
NAIB PENGERUSI
En. Bukhori bin Abdul Majid
NAIB YDP SKDH
NAIB PENGERUSI I
Pn. Siti Hajar binti Othman
PK KOkurikulum SKDH
NAIB PENGERUSI II
En. Zulkifli bin Ahmad
PK Pentadbiran SKDH
NAIB PENGERUSI III
En. Mohd. Fauzi bin Ismail
PK Hal Ehwal Murid
SETIAUSAHA
Pn, Halimatun binti Ab Lah@Abu Bakar
NAIB SETIAUSAHA
En. Mohd. Izham bin Abd. Rashid
BENDAHARI
Pn. Rozoh binti Ramli
6
PENYELARAS PROGRAM & PERSIAPAN TEMPAT
1. En. Mohd. Nizat bin Omar
2. En. Zuhairi bin Abdul Rahman
3. En. Abdul Latif bin Salleh
BACAAN DOA
1. Tuan Hj. Ku Ahmad Jamil bin Ku Seman
TEKNIKAL & e-PENDAFTARAN WARIS
1. En. Affan bin Abdullah
2. Pn. Khairul Nazirah binti Mohd. Mokhtar
JURUACARA
1. Pn. Rosshirleyzawati binti Mohd Thauzan
2. Pn. Ulaiya binti Ali
VIDEO&MONTAJ
1. En. Mohd Izham bin Rashid
2. Pn. Rozoh binti Ramli
PENCATAT
1. Pn. Asmahan binti Abdul Rahman@ Radzi
2. Pn. Eshah binti Ismail
3. Pn. Norhashimah binti Ramli
BUKU PROGRAM, FOTOGRAFI & DOKUMENTASI
1. Pn. Halimatun binti Ab Lah@ Abu Bakar
2. Pn. Bushra binti Marzuki
3. Pn. Nor Farizahani binti Md. Saad
4. Pn. Norhidayah binti Abdul Aziz
HADIAH DAN CABUTAN BERTUAH
1. Pn. Zurina binti Mohd Saad
2. En. Azemi bin Ahmad
3. En. Wan Iswandi bin Wan Muhammad
4. Pn. Rosni binti Md Rejab
5. Pn. Zuriati binti Fadzil
6. Pn. Annalia Binti Mohd Nasir
JAMUAN
1. Pn. Zuriada binti Ahmad
2. Pn. Surelawati binti Ahmad
3. Pn. Habsah binti Ismail
4. Pn. Normayuni binti Abdul Majid
7
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44
MINIT MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN DARUL HIKMAH
KALI KE 44
HARI : KHAMIS
TARIKH : 25 APRIL 2019
MASA : 2:30 PETANG
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH
AGENDA 1 : ALUAN PENGERUSI MESYUARAT
Encik Abd Rani bin Baharun selaku pengerusi mengalu-alukan kehadiran
semua ahli yang hadir ke mesyuarat pada kali ini. Beliau turut merakamkan
ucapan terima kasih kepada semua hadirin yang dapat melapangkan masa bagi
menunaikan tanggungjawab sebagai ahli PIBG sekolah ini. Beliau berharap
agar mesyuarat pada kali ini dapat berjalan lancar dengan penuh berhemah.
AGENDA 2 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT
AGUNG KALI KE 43 LALU
2.1 Setiausaha memulakan pembentangan dengan memohon semua ahli
membaca Ummul Kitab agar majlis diberkati dan dirahmati serta mendapat
petunjuk Ilahi dalam merancang dan mengambil sebarang keputusan bagi
meneruskan agenda Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini demi
kecemerlangan murid-murid dan pembangunan sekolah.
2.2 Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Agung yang lalu bermula
daripada muka surat 7 hingga muka surat 10 untuk diterima dan disahkan.
2.3 Puan Ariani binti Abdullah mencadangkan supaya minit mesyuarat yang
lalu diterima dan disahkan.
2.4 Puan Suraya binti Mahmud menyokong cadangan tersebut dengan
persetujuan sebulat suara oleh semua ahli yang hadir tanpa sebarang bantahan.
AGENDA 3 : MEMBENTANG PENYATA KEWANGAN PERSATUAN IBU BAPA
DAN GURU BERAKHIR 31 DISEMBER 2018
3.1 Puan Asmak binti Ismail selaku Bendahari PIBG membentangkan
Penyata Kewangan pada muka surat 12 untuk diterima dan disahkan.
3.2 Puan Analia binti Mohd Nasir mencadangkan supaya penyata kewangan
PIBG diterima dan disahkan.
8
3.3 Puan Rohana binti Mohd Saad menyokong cadangan tersebut dan
dipersetujui sebulat suara tanpa sebarang bangkangan.
AGENDA 4 : LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU 2018
4.1 Encik Abd Hamid bin Zainol selaku setiausaha membentangkan laporan
aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru sepanjang 2018 hingga Mac 2019 pada
muka surat 11.
4.2 Setiausaha juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua waris
yang terlibat dalam menjayakan setiap aktiviti yang telah berjaya
disempurnakan.
4.3 Setiausaha juga turut menyeru para waris supaya dapat bersama Warga
sekolah pada setiap Khamis dalam Majlis Bacaan Yassin Mingguan.
Penyertaan para waris juga merupakan motivasi kepada anak-anak dalam
proses pembelajaran mereka. Oleh itu kehadiran waris juga diharapkan dapat
meningkatkan keberkatan kepada anak masing-masing.
AGENDA 5 : MEMBAHASKAN USUL
5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat jawatankuasa PIBG telah
diadakan bagi membincang usul-usul daripada ahli sebelum mesyuarat agung
diadakan.
5.2 Setiausaha menjelaskan bahawa semua usul yang diterima daripada para
waris sebenarnya bukan usul sebaliknya merupakan cadangan sahaja.
5.3 Pihak jawankuasa PIBG telah bersepakat membawa dua usul untuk
dibahaskan dalam mesyuarat pada kali ini.
5.3.1 Usul 1 dibentangkan oleh Puan Habsah binti Ismail.
5.3.1.1 Jawatankuasa PIBG telah bersepakat mengusulkan supaya para ibu
bapa dan waris dalam kalangan PIBG memberi kuasa dan kebenaran kepada
Guru Besar, Guru-Guru Penolong Kanan, Guru Disiplin dan Guru yang
diperturunkan kuasa kepadanya oleh Guru Besar menggunting rambut murid
yang melanggar peraturan/disiplin/etika rambut murid sekolah.
5.3.1.2 Encik Zaidi bin Ibrahim selaku Guru Besar dan Penasihat PIBG
memohon para hadirin memberi maklum balas tentang usul ini.
5.3.1.3 Puan Suraya binti Mahmud berharap pihak pentadbir dan sekolah
memberi amaran terlebih dahulu sebelum perkara ini dilaksanakan.
5.3.1.4 Encik Zaidi bin Ibrahim menegaskan bahawa perkara ini bukan sekali
dua diperkata dan diperingatkan kepada murid-murid tetapi selalu diulang-
ulang bukan sahaja oleh guru bertugas mingguan atau Guru Disiplin tetapi
9
oleh beliau dan para penolong kanan sendiri terutamanya Penolong Kanan
HEM.
5.3.1.5 Mesyuarat akhirnya sebulat suara bersetuju dengan usul ini untuk
dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Darul Hikmah.
5.3.2 Usul 2 dibentangkan oleh Puan Zaiton binti Mahmud.
5.3.2.1 Jawatankuasa PIBG mengusulkan supaya sumbangan tahunan PIBG
dinaikkan kepada RM30.00 setahun bagi waris yang mempunyai seorang anak
dan tambahan RM20.00 bagi waris yang mempunyai anak lebih daripada
seorang.
5.3.2.2 Puan Asmak selaku Bendahari PIBG menjelaskan bahawa sejak lebih
10 tahun yang lalu yuran PIBG belum pernah dinaikkan sedangkan semua kos
perbelanjaan dan pengurusan telah meningkat dan berlaku perubahan berkali-
kali.
5.3.2.3 Encik Mohd Nizam bin Mat Isa menyatakan bahawa kenaikan yuran
akan membebankan para waris sekiranya dinaikkan apatah lagi sekiranya
waris terpaksa melunaskan yuran berkenaan semasa pembelian buku tulis.
Oleh itu beliau mencadangkan supaya diberi kelonggaran supaya waris dapat
menjelaskan yuran secara ansuran.
5.3.2.4 Encik Abd Hamid menjelaskan tujuan kutipan sumbangan dinaikkan
sebenarnya adalah bertujuan untuk meningkatkan tabungan PIBG demi
merancang dan melaksanakan aktiviti demi kebaikan dan kecemerlangan
anak-anak murid SKDH juga bukannya untuk guru-guru atau kepentingan
orang-orang tertentu.
5.3.2.5 Encik Abd Hamid juga menegaskan lagi bahawa sebagai ibu bapa
waris pengorbanan amat diperlukan sekiranya ingin melihat anak-anak kita
meraih kejayaan. Masa, tenaga dan wang ringgit sememangnya diperlukan
demi kecemerlangan anak-anak. Bersabarlah kita buat sementara demi anak-
anak usah asyik memuaskan kehendak nafsu sehingga lupa keperluan anak-
anak.
5.3.2.6 Encik Zaidi bin Ibrahim selaku Guru Besar dan Penasihat
mencadangkan supaya melakukan pengundian terhadap usul ini bagi
menentukan sama ada bersetuju atau tidak dengan usul menaikkan sumbangan
PIBG ini.
5.3.2.7 Setelah undian dilakukan seramai 58 orang bersetuju dengan cadangan
usul ini dan tidak ada seorang pun yang membantah. Oleh itu, usul ini diterima
sebulat suara untuk dilaksanakan bermula sesi persekolahan akan datang.
5.3.3.1 Tiada sebarang usul yang diterima daripada waris atau ahli PIBG untuk
dibahaskan kerana semua usul waris hanya diterima sebagai cadangan sahaja.
10
5.4 Cadangan yang diterima daripada ahli untuk dibincangkan dalam
mesyuarat jawankuasa PIBG yang baharu belum dilaksanakan.
5.4.1.1 Encik Mohd Nizam mencadangkan supaya semua murid Tahap 2
diwajibkan menunaikan Solat Zohor berjemaah di Surau Al Hikmah sebelum
dibenarkan pulang pada setiap hari.
5.4.1.2 Encik Abdul Hamid menjelaskan bahawa memang pihak sekolah
mewajibkan murid menunaikan solat Zohor berjemaah di Surau Al Hikmah
tetapi tidak berjaya kerana sambutan waris agak dingin. Oleh itu beliau
mencadangkan supaya para waris juga dapat berjemaah bersama anak-anak di
surau sekolah.
5.4.1.3 Ustazah Bushra binti Marzuki menjelaskan sebenarnya murid Tahap 2
hanya diwajibkan menunaikan solat Zohor berjemaah pada hari-hari tertentu
sahaja mengikut giliran Kelas Tasmik. Pada hari Ahad, Isnin dan Selasa tidak
diwajibkan kerana murid-murid terlibat dengan kelas KAFA.
5.4.2.1 Encik Hailmy bin Kassim dan Puan Annalia binti Mohd Nasir berharap
agar pihak sekolah dapat menyampaikan info tentang aktiviti sekolah lebih
awal supaya pihak waris dapat membuat persediaan lebih awal terutamanya
bagi para waris yang bekerja.
5.4.2.2 Encik Zaidi bin Ibrahim terlebih dahulu memohon maaf dengan insiden
ini dan berjanji akan lebih prihatin pada masa akan datang.
5.4.3.1 Puan Annalia binti Mohd Nasir mencadangkan dan berharap supaya
Facebook sekolah sentiasa mengemaskini info yang berkaitan dengan aktiviti
anak-anak supaya para waris dapat mengetahui penyertaan anak masing-
masing dalam setiap aktiviti sama ada pada peringkat sekolah, zon, daerah atau
peringkat seterusnya.
5.4.3.2 Guru Besar menjelaskan perkara ini sebenarnya memerlukan
seseorang yang memang mahir dan rajin menguruskannya. Walau bagaimana
pun pihak sekolah akan cuba membaiki kelemahan ini dan mengemaskinikan
info yang berkaitan dengan aktiviti anak-anak dan sekolah.
5.4.4.1 Encik Mohd Zamri bin Mohd Noor mencadangkan supaya:
5.4.4.4.1 ditubuhkan TABUNG PEMBINAAN DEWAN SEKOLAH bagi
melengkapkan prasarana sekolah.
5.4.4.4.2 pihak sekolah dapat berusaha memohon seorang Guru KAFA
lelaki bagi memantapkan lagi pengurusan dan disiplin murid kelas KAFA
berkenaan.
5.4.4.2 Encik Zaidi bin Ibrahim menjelaskan bahawa perkara ini perlu dibawa
dalam mesyuarat ahli jawatankuasa PIBG manakala perkara Guru KAFA
lelaki pula sememangnya pernah disuarakan kepada pihak Majlis Agama tetapi
belum mendapat pertimbangan.
11
5.4.5.1 Nur Hazwani binti Remli mencadangkan supaya diadakan aktiviti
GOTONG ROYONG PERDANA pada setiap tahun bagi membantu
meningkatkan lagi tahap keceriaan, kebersihan dan keselamatan sekolah.
5.4.5.2 Perkara ini akan dibawa dalam mesyuarat jawatankuasa untuk tindakan
seterusnya.
5.4.6.1 Nur Mayuni binti Abdul Majid mencadangkan supaya pihak sekolah
membuat permohonan lampu jalan berhadapan pintu pagar sekolah demi
keselamatan murid terutamanya pada awal pagi dan ketika pada waktu malam.
5.4.6.2 Perkara ini akan dibawa ke dalam mesyuarat jawatankuasa PIBG.
5.4.7.1 Puan Siti Zaida binti Di mencadangkan supaya TABUNG DERMA
MUSIM MENUAI diteruskan kembali bagi meningkatkan DANA
TABUNGAN PIBG sekolah agar dapat membantu menjayakan pelbagai
perancangan demi kemajuan dan kecemerlangan anak-anak dan sekolah ini.
5.4.7.2 Setiausaha menjelaskan bahawa cadangan ini sememangnya
merupakan keputusan Mesyuarat Agung PIBG. Oleh itu, ianya akan
diteruskan kembali demi kepentingan PIBG mulai musim menuai yang akan
datang.
5.4.8 :Penama berikut:
1. Encik Bukhori bin Abdul Majid
2. Encik Mohd Zamri bin Mohd Noor
3. Puan Nur Hazwani binti Ramli
4. Puan Nur Hamizawati binti Ahmad
5. Encik Mohd Shukri bin Bakar
6. Puan Rosshierlyzawati binti Mohd Thauzan
7. Encik Che Ahmad Tarmizi bin Abu Bakar
8. Puan Hayati binti Shaari
9. Encik Mohd Nizat bin Omar
10.Puan Huda binti Hanafiah
11.Puan Rohana binti Yusof
telah mencadangkan supaya diadakan semula perlantikan jawatankuasa
PIBG bagi memantapkan lagi pengurusan demi kecemerlangan murid-
murid dan sekolah ini.
Cadangan ini mendapat sokongan dan persetujuan sebulat suara oleh
ahli yang hadir.
Agenda 6 : PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2018/2019
6.1 : ENCIK ABD RANI BIN BAHARUN mengumumkan
pembubaran ahli jawankuasa PIBG sesi 2018/2019.
6.2 : Perlantikan pengerusi mesyuarat sementara.
12
Mesyuarat sebulat suara melantik Cikgu Othman bin Yusoff
sebagai pengerusi sementara bagi mengendalikan agenda
seterusnya.
Agenda 7 : Perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Darul
Hikmah Bagi Sesi 219/2020
7.1 : Yang Dipertua
Encik Bukhori bin Abdul Majid mencadangkan Encik Mohd Nizam bin
Md Isa sebagai Yang Dipertua PIBG.
Puan Zuriati Fadzil menyokong cadangan tersebut.
Encik Mohd Nizat mencadangkan supaya cadangan ditutup dan
mendapat sokongan sebulat suara oleh ahli yang hadir.
Keputusannya : ENCIK MOHD NIZAM BIN MAT ISA
No.K.P.T. : 780227025879
YANG DIPERTUA PIBG SKDH
7.2 : Naib Yang Dipertua
Puan Elyani binti Abdullah mencadangkan Encik Bukhori Abdul Majid
sebagai Naib Yang Dipertua PIBG.
Cadangan mendapat sokongan sebulat suara oleh ahli yang hadir.
Puan Habshah binti Ismail mencadangkan cadangan ditutup dan
disokong oleh semua ahli yang hadir.
Keputusannya : ENCIK BUKHORI BIN ABDUL MAJID
NO.K.P.T. : 740713025501
NAIB YANG DIPERTUA PIBG SKDH
7.3 : Setiausaha
Pelantikan dilakukan oleh Guru Besar melalui Mesyuarat Guru-guru dan
Staf sekolah.
Keputusannya : ENCIK ABD HAMID BIN ZAINOL
NO.K.P.T.: 610712025467
7.4 : Penolong Setiausaha
Keputusannya : PUAN HALIMATUN BINTI AB LAH@ABU BAKAR
NO.K.P.T. : 801218095074
7.5 : Bendahari
Perlantikan dilakukan oleh Guru Besar melalui Mesyuarat Guru-guru dan
Staf sekolah.
Keputusannya : PUAN ASMAK BINTI ISMAIL
NO.K.P.T : 840704715090
13
7.6 : 5 Orang Ahli Jawatankuasa Waris
Mesyuarat sebulat suara telah bersetuju melantik penama-penama berikut
sebagai ahli jawatankuasa PIBG SKDH bagi sesi 2019/2020.
7.6.1 : PUAN NORMAYUNI BINTI ABDUL MAJID
NO.K.P.T : 841010025276
7.6.2 : PUAN SURAIYA BINTI MAHMUD
NO.K.P.T : 711213025276
7.6.3 : PUAN ZURIATI BINTI FADZIL
NO.K.P.T : 821002025948
7.6.4 : EN. ABDUL LATIF BIN SALLEH
NO.K.P.T : 800401025619
7.6.5 : ENCIK WAN ISWANDI BIN WAN MUHAMMAD
: NO.K.PT : 850709025813
7.6.6 : PUAN HABSAH BINTI ISMAIL
: NO.K.P.T : 680825025782
7.7 : 5 Orang Ahli Jawatankuasa Guru
En. Zaidi bin Ibrahim, Guru Besar SKDH mengumumkan pelantikan ahli
jawatankuasa dalam kalangan guru yang dipersetujui melalui Mesyuarat
Guru-guru dan Staf sekolah.
7.7.1 : ENCIK MOHD IZHAM BIN ABD RASHID
NO.K.P.T : 790819 11 5105
7.7.2 : ENCIK ROZMI BIN RASHID
NO.K.P.T : 620504 02 6069
7.7.3 : ENCIK OTHMAN BIN YUSOF
NO.K.P.T : 650330 02 5329
7.7.4 : ENCIK AZEMI BIN AHMAD
NO.K.P.T : 620417 02 5279
7.7.5 : PUAN BUSHRA BINTI MARZUKI
NO.K.P.T : 720112 02 5532
7.7.6 : PUAN ESHAH BINTI ISMAIL
NO.K.P.T : 620620 02 5175
7.8 : 2 Orang Pemeriksa Kira-kira
7.8.1 : PUAN NORMALA BINTI ABDULLAH
14
7.8.2 : PUAN ROSNI BINTI MD REJAB
Agenda 8 : Hal-hal Lain
8.1 : Penyampaian hadiah penghargaan kepada Ahli
Jawatankuasa PIBG Sesi 2018/2019 oleh Encik Zaidi bin Ibrahim, Guru
Besar SKDH.
8.2 : Cabutan Bertuah
Semua ahli dapat menerima hadiah cabutan bertuah yang telah disampaikan
oleh Guru Besar SKDH.
Agenda 9 : Ucapan Penangguhan
9:1 : Yang Dipertua PIBG yang baru berharap semua ahli
jawatankuasa dapat memainkan peranan masing-masing demi
kecemerlangan anak-anak dan sekolah ini dengan kerjasama dan sokongan
sepenuhnya oleh setiap ahli. Insya-Allah gandingan PIBG dan Guru-guru
dan seluruh warga sekolah kita akan dapat menjayakan aktiviti dengan lebih
sempurna kerana Budaya Muafakat Membawa Berkat.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5:50 petang.
Disediakan oleh:
(ABD HAMID BIN ZAINOL)
Setiausaha PIBG
SKDH
Disemak oleh:
(MOHD NIZAM BIN MAT ISA)
YDP PIBG
SKDH
Disahkan oleh:
(ZAIDI BIN IBRAHIM)
Guru Besar
SKDH
15
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN
LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI 2021
BIL TARIKH AKTIVITI
1. 03/01/2021 SERAHAN PAKAIAN BAJU ZAKAT
2. 09/03/2021 PEMUGARAN EMOSI
3. 22/03/2021 PEMBUKAAN SEKOLAH TAHAP 2
4. 5/5/2021 KARNIVAL PENDIDIKAN ISLAM PERINGKAT
DAERAH
5. 24/04/2021 TADARUS & KHATAM AL-QURAN
6. 24/04/2021 PROGRAM JOM BACA 10 MINIT
7. 14/01/2021 GOTONG ROYONG BERSAMA WARIS
8. 17/01/2021 MAJLIS DOA SELAMAT & SEMPENA
PEMBUKAAN SEKOLAH
9. 21/O8/2021 MAJLIS BACAAN YASSIN DAN BICARA
MOTIVASI MAAL HIJRAH
10. 30/08/2021 MALAYSIA QURAN HOUR
11. 22, KARNIVAL PUSAT SUMBER PERINGKAT
23&&24/9/2021 NEGERI JOHOR
12. 29/09/2021 PERTANDINGAN TOKOH NILAM PERINGKAT
DAERAH KATEGORI BAHASA MELAYU
13. 03/10/2021 PROGRAM SEMARAK MERDEKA
14. 21/10/2021 MAJLIS PELANCARAN SAHSIAH UNGGUL
MURID(SUMUR), BACAAN YASIN DAN
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
16
LAPORAN KEWANGAN PIBG
PENYATA KEWANGAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2020
BIL PENDAPATAN JUMLAH BIL PEMBELANJAAN JUMLAH
RM
RM
2000
1 Baki b/h berakhir 6870.29 1 Sumbangan Penutup muka
pada 31.12.2020 & barangan murid
2 Yuran Murid 3960.00 2 Sumbangan kepada SKDH 2000
3 Yuran Guru 60.00 3 Belian buku resit 39.50
4 Sumbangan 81.15
peribadi
JUMLAH 10971.44 JUMLAH 4039.50
BAKI SEHINGGA 31.12.2020 = RM6931.94
Disediakan oleh: Disemak oleh: Disemak oleh:
(ROZOH BINTI RAMLI) (ROSNI BINTI MD REJAB) (NORMALA BINTI ABDULLAH)
Bendahari PIBG Pemeriksa Kira-Kira I Pemeriksa Kira-Kira II
SKDH SKDH SKDH
Disahkan Oleh:
(MOHD NIZAM BIN MAT ISA)
YDP PIBG
SKDH
17
SURAT JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PIBG
Ruj. Kami: PIBG SKDH/60/002/4A(3/2021)
Tarikh : 20 OKTOBER 2021
Kepada:
Semua waris,
Sekolah Kebangsaan Darul Hikmah,
Tuan/Puan,
JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK. DARUL HIKMAH KALI KE-45
Dengan hormatnya perkara tersebut adalah dirujuk.
2. Sehubungan dengan itu saya bagi pihak jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Darul Hikmah dengan sukacita dan berbesar hati menjemput tuan/puan
ke Mesyuarat Agung PIBG SKDH yang akan diadakan pada ketetapan berikut:
Hari : SABTU
Tarikh : 30 OKTOBER 2021
Masa : 10:00 PAGI
Pautan : GOOGLE MEET
Agenda Mesyuarat :
1. Ucapan YDP PIBG
2. Ucapan Penasihat PIBG
3. Ucapan Perasmian oleh YAB Menteri Besar Kedah
4. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-44
5. Perkara-perkara berbangkit
6. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan Berakhir pada 31 Disember 2020
7. Membahas dan menerima usul
18
8. Hal-hal Lain
9. Ucapan Penangguhan
3. Sehubungan dengan itu, kehadiran tuan/puan dialu-alukan bagi memastikan
perjalanan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 dapat dilaksanakan dengan jayanya.
4. Kerjasama dan perhatian tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan jutaan
terima kasih.
Sekian.
“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT NEGERI”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”
Yang menjalankan tugas,
(PN. HALIMATUN BINTI AB LAH@ABU BAKAR)
Setiausaha PIBG
Sekolah Kebangsaan Darul Hikmah
19
SEKALUNG PENGHARGAAN
Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Darul Hikmah
Merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada
YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor
Menteri Besar Kedah
En. Zaidi Bin Ibrahim
Guru Besar SKDH
AJK Induk
AJK Kerja Mesyuarat Agung PIBG
semua ibu bapa dan guru
serta semua pihak yang memberi kerjasama dalam menjayakan majlis ini.
TERIMA KASIH
20