JABATAN KEJURUTERAANPETROKIMIA
( JKPK )
PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN
SESI JUN 2021
https://www.youtube.com/watch?v=kOoV7byhYXk
NAMA PENSYARAH: PUAN FARHA BINTI MUHAMMAD
KOD & KURSUS: MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
Name Matrix Number
VICKRAM SENA SO AMARASENA 33DCE19F1017
NUR IZZATI BINTI ZINOL ABBIDIN 33DCE19F1018
SITI NORZULIANA BINTI ANUAR 33DCE19F1023
SITI NOORAISHAH BINTI SAMSUDIN 33DCE19F1029
YUVANESWARAN A/L RAVI 33DCE19F1088
1
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN ……………………………………………………………………………… 3
OBJEKTIF……………………………………………………………………………………. 4
TEMA ………………………………………………………………………………………... 5
NILAI &
PENGAJARAN………………………………………………………………………………. 6-7
ULASAN &
CADANGAN…………………………………………………………………………………. 8-9
PENUTUP …………………………………………………………………………………… 10
RUJUKAN ……………………………………………………………………………………. 11
2
PENGENALAN
23 Februari 1950 – Peristiwa Bukit Kepong adalah kejadian dimana pengganas komunis
telah menyerang Balai Polis Bukit Kepong. Pertempuran yang berlaku sekitar jam 5:00
pagiini telah mengorbankan 25 anggota polis dan orang awam. Semasa kejadian tersebut
terdapat 15 anggota polis Melayu dan Konstable Polis marin yang diketuai oleh Sarjan
Jamil Mohd Shah. Pasukan ini diperkuatkan dengan 3 konstabal khas dan 4 polis
campuran. Seramai 13 isteri dan anak-anak anggota polis pula tinggal di berek kelamin di
belakang balai.
Pihak lnggeris mengisytiharkan darurat ke seluruh Tanah Melayu pada Jun 1948 akibat
daripada ancaman pengganas komunis. Othman yang baru berusia 19 tahun dan berasal
dari Kampung Keladi di Kulim Kedah berminat menjadi polis walaupun dilarang oleh
ibunya. Setelah menamatkan latihan selama enam bulan di Pusat latihan Polis Kuala
Lumpur, Othman berkahwin dengan Limah. Selepas itu dia memulakan perkhidmatan di
Pagoh, Muar, Johor. Beberapa bulan kemudian, Othman ditukarkan ke Rumah Pasung Bukit
Kepong. Limah yang sedang hamil terpaksa di hantar balik ke kampung. Pada ketika itu
ancaman pengganas komunis di Bukit Kepong dan ka wasan sekitarnya semakin hebat.
Pada subuh 23 Februari 1950, 180 orang pengganas komunis menyerang Rumah Pasung
Bukit Kepong yang hanya dipertahankan oleh 18 orang anggota polis. Pasukan polis
diketuai oleh Sarjan Jamil Mohd Shah.
Walaupun bilangan anggota polis sangat kecil tetapi mereka berjuang dengan berani.
Akhirnya, hanya empat orang anggota polis yang terselamat, termasuk seorang anggota
polis tambahan. Othman turut terselamat tetapi mengalami kecederaan di lutut kiri dan
tangan kiri. Setelah menerima rawatan selama empat minggu di Hospital Muar, Othman
dibenarkan bercuti. Dia segera balik ke kampung. Isterinya yang baru melahirkan anak
lelaki mengalami tekanan jiwa apabila mendapat berita kononnya Othman telah meninggal
dunia. Othman meletakkan jawatan apabila keadaan isterinya semakin teruk sehingga
dihantar ke Hospital Bahagia di Ipoh. Kaki kiri Othman pula terpaksa dipotong kerana
kecederaannya tidak dapat dipulihkan.
Peristiwa Bukit Kepong berakhir apabila pengganas komunis mula membakar berek dan
balai polis. Pada ketika itu 3 anggota polis dan seorang pengawal kampung telah meluru
keluar dari balai yang sedang terbakar dan menyerang kedudukan pengganas komunis.
Mereka dapat membunuh sekurang-kurangnya 3 orang sambil ditembak oleh pengganas
komunis tersebut. Hanya salah seorang daripada mereka berjaya menyeberang sungai.
Setelah hampir lima jam bertempur, komunis telah berjaya mengalahkan pihak polis dan
berundur ke dalam hutan. Sebelum itu mereka telah melontarkan mereka yang tercedera
dan terkorban ke dalam api. Antaranya Hassan bin Abu Bakar anak kepada konstebal Abu
Bakar yang dicampak hidup-hidup ke dalam api. Terdapat juga dua wanita dan anak-anak
mereka yang hangus terbakar di dalam berek kelamin.
3
OBJEKTIF
Melalui filem yang dilihat iaitu Bukit Kepong kami dapat ;
❖ Menghargai dan menanam semangat patriotisme dalam diri kami dan generasi
muda yang lain.
❖ Mengenal pasti sumber sejarah dengan tepat dan benar .
❖ Memberi pemahaman dan melatih diri kami dalam membuatkan satu kajian yang
bersifat ilmiah.
❖ Melahirkan semangat patriotik dalam diri agar sentiasa bersatu padu dalam
menentang acaman meskipun berlainan agama dan bangsa .
❖ Menyemarakkan sikap penyayang antara satu sama lain agar dapat melahirkan
generasi yang aman dan damai .
❖ Mewujudkkan semangat kerjasama anatara masyarakat agar hubungan antara satu
sama lain dapat dieratkan dengan lebih kukuh.
4
TEMA
Berdasarkan Tema yang dipilih iaitu filem ‘ BUKIT KEPONG ’ memaparkan tema
keberanian dan semangat juang anggota pasukan keselamatan dalam mempertahankan
tanah air daripada ancaman pengganas komunis. Dalam hal ini, 18 orang anggota polis
dan penduduk Kampung Bukit Kepong mempertahankan kompleks polis Bukit Kepong
daripada serangan komunis yang seramai 180 orang
.
5
NILAI
1. Kasih sayang: Othman Yusof menunjukkan kasih sayang terhadap isterinya yang
mengalami penyakit mental dengan sentiasa menziarahinya semasa di hospital.
2. Berani: Othman Yusof berani menghadapi ancaman pengganas komunis walaupun
bilangan anggota polis sangat terhad.
3. Kesabaran: Othman sabar menghadapi dugaan sehingga kakinya terpaksa dipotong
akibat kecederaan.
4. Semangat kerjasama: Orang-orang kampung dan pihak polis bekerjasama mengadakan
kawalan untuk menjaga kampung daripada ancaman komunis.
5. Bertanggungjawab: Othman merupakan suami yang bertanggungjawab kerana
mengambil berat akan isterinya yang tidak pulang-pulang akibat bas yang dinaiki oleh
Limah setelah diserang oleh pihak pengganas semasa pulang dari Muar.
6
PENGAJARAN`
1. Kita hendaklah sentiasa bersabar alam menempuh kehidupan yang mencabar: Othman Yusof
sentiasa sabar dalam menempuh dugaan demi dugaan seperti isterinya yang mengalami masalah
mental.
2. Kita perlulah mengamalkan sikap bekerjasama demi kesejahteraan: Orang kampung dan pihak
polis Bukit Kepong menjalinkan kerjasama untuk mengawal kampung daripada ancaman komunis.
3. Kita hendaklah berani mempertahankan tanah air daripada sebarang ancaman: Othman Yusof
dan anggota -anggota polis Bukit Kepong berani mempertahankan tanah air daripada ancaman
pengganas walaupun nyawa mereka dalam bahaya.
4. Kita mestilah mempunyai semangat juang dan keberanian yang tinggi: Anggota polis serta
warga Bukit Kepong bertempur mati-matian walaupun terpaksa berdepan dengan bilangan musuh
yang berlipat ganda banyaknya.
5. Kita mestilah bertanggungjawab melaksanakan tugas yang diamanahkan: Othman akur dengan
arahan supaya berpindah ke Bukit Kepong yang diancam oleh komunis.
6. Kita haruslah bersifat setiakawan. Keserasian yang wujud antara mereka telah melambatkan
kemenangan komunis. Malah, pihak komunis juga gagal memproleh kemenangan mutlak kerana
banyak juga antara pengganas tersebut yang tercedera dan terkorban.
7. Kita mestilah menyuntik semangat nasionalisme yang tinggi ke dalam diri kita . Warga Bukit
Kepong dan anggota polis memiliki semangat nasionalisme yang tinggi sehingga sanggup
mengetepikan kepentingan peribadi.
8. Janganlah sesekali kita memperdagangkan tanah air kita untuk kepentingan peribadi. Perbuatan
Madera dan Kandar yang telah memperdagangkan tanah air kita kepada pengganas komunis
semata-semata untuk memperoleh kepentingan peribadi adalah suatu perbuatan yang tidak
bermoral.
9. Kita haruslah bersedia berkorban dalam segenap aspek demi mewujudkan keamanan dan
kesejahteraan Negara. Sebagai contoh, Othman sanggup meninggalkan kampong halamannya dan
berhijrah ke Pagoh dan seterusnya ke Bukit Kepong demi berkhidmat untuk negara.
7
ULASAN DAN CADANGAN
ULASAN
Kita dapat melihat peristiwa Bukit Kepong telah dilakon semula dalam drama dan
filem serta diterbitkan dalam bentuk senaskah novel. Sehubungan dengan itu, akibat
daripada kepelbagaian versi penceritaan, maka pastinya timbul spekulasi dan unsur tokok
tambah cerita mengenai peristiwa tersebut. Maka, dengan adanya penerbitan buku ini
sedikit sebanyak memberi gambaran mengenai kejadian sebenar yang berlaku dalam
peristiwa Bukit Kepong. Seterusnya dapat menangkis tanggapan salah dan palsu orang
ramai terhadap peristiwa tersebut Kejadian ini memperlihatkan kepada kita kekejaman
komunis sehingga menyebabkan penderitaan dan kematian ramai pihak serta kehancuran
dan kemusnahan harta benda di kawasan tersebut.
Semua pihak seharusnya mengambil iktibar dan pengajaran di mana kekosongan
dalam pemerintahan negara pada ketika itu telah mengakibatkan kekejaman oleh komunis
tersebut. Oleh itu, pemerintahan yang adil dan telus sangat diperlukan demi menjaga
keamanan dan kesejahteraan sejagat. Sehubungan peristiwa ini, Darurat telah diisytihar di
Tanah Melayu 1948 sehingga 1960. Darurat bertujuan untuk menghapuskan pengaruh
komunis di Tanah Melayu. Yakni sekali gus demi memperjuangkan kemerdekaan negara
dan bebas daripada ancaman dan pengaruh komunis.
Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah dan tragis
pernah berlaku di Tanah Melayu pada 23 Februari 1950 di antara pihak polis dan Parti
Komunis Malaya (pengganas Komunis) semasa darurat selepas perang dunia kedua dan
sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai
polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak
ditebing sungai Muar, sektar 59 km dari bandar Muar, Johor ,Malaysia .Kejadian ini
bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis
dan berakhir dengan tragik apabila berlakunya penyembelihan berdarah oleh pihak
penyerang yang telah membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di sibu
pada ketika itu.
Pihak komunis hendak menjadikan serangan ini sebagai contoh apa yang bakal terjadi
kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan
pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan pihak
polis dan berjaya mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat dan mudah.
Perkara ini disebabkan oleh beberapa faktor yang menyebelahi mereka. Pihak Komunis
mempunyai kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan yang menyertai serangan tersebut
berbanding dengan jumlah anggota polis yang ada pada waktu iu Keadaan balai polis
Bukit Kepong terletak dikawasan seluas 62 meter persegi dan terletak di tebing sungai
Muar dengan deretan kedai-kedai yang dipagar dengan kawat berduri. Bukit Kepong
merupakan sebuah perkampungan yang didiami oleh lebih kurang 1200 penduduk dan
terdapat lebih kurang 20 kedai papan milik orang cina pada ketika itu. Menjelang awal
1950, ia merupakan tumpuan pergerakan phak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu
diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di
Palesan.
8
CADANGAN
Pada pandangan saya, peristiwa Bukit Kepong telah dilakon semula dalam drama dan
filem serta diterbitkan dalam bentuk senaskah novel ialah Novel Bukit Kepong merupakan
satu khazanah yang penting untuk tatapan generasi hari ini dan masa depan. Dalamnya terakam
sejarah bangsa dan negara yang akan menginsaf generasi hari ini dan masa depan betapa peritnya
kehidupan di zaman penjajahan dan betapa kentalnya perjuangan dan besarnya pengorbanan anak
watan dalam mempertahankan maruah negara yang tercinta. Kita boleh melihat wajah Johor par-
merdeka selepas meneliti novel ini.
Selain itu ,generasi hari ini dan akan datang khasnya anak-anak warisan Johor akan dapat
merenung dan meneliti kembali sejarah negeri Johor, Meneliti persekitaran Johor sebelum merdeka,
suasana kehidupan pada masa itu, menilai pergolakan-pergolakan yang berlaku. Semua itu telah
tiada dan sekiranya tidak dirakamkan pada masa sekarang ia akan hilang ditelan pembangunan
negara lebih-lebih lagi gambaran-gambaran itu tidak digambarkan dalam sejarah kerana sejarah
hanya mencatat peristiwa berdasarkan rekod-rekod yang mesti difahami dan boleh
dipertanggungjawabkan oleh sejarawan. Catatan-catatan sejarah tidak akan dipengaruhi oleh emosi
dan kenyataan-kenyataan yang tidak direkodkan dan sahih kebenarannya. Terdapat beberapa
cadangan yang digunakan pengarang dalam novel Bukit Kepong ini. Pada cadangan saya dalam
novel ini apabila bas yang dinaiki oleh Limah ditahan oleh segerombolan komunis. Pembaca
tertanya akan hal yang berlaku kepada Limah dan penumpang yang lain.
Pengarang menggunakan teknik kejutan apabila Limah seorang wanita yang lemah lembut dan
pandai mengajar itu mengalami sakit jiwa apabila menerima berita yang menyatakan bahawa
suaminya, Othman Yusof terkorban. Pengarang juga menerapkan beberapa monolong dalam
novelnya. AP Redzuan Alias misalnya, telah bermonolog untuk menenangkan hatinya apabila
mendengar bunyi yang mencurigakan semasa berkawal. Beliau berdepan dengan pelbagai konflik
dalam merealisasikan impiannya.Beliau terpaksa berdepan dengan tentangan penganas komunis
untuk mewujudkan keamanan negara.
Seterusnya, sastera pula bertolak daripada fakta sejarah, kemudian menjelajah luas dengan
tafsiran-tafsiran tersendiri dan di sinilah letaknya keistimewaan sastera kerana ia mempunyai
keupayaan menggambarkan dan melukiskan sesuatu yang futuristik serta mampu pula meraba,
menjamah dan merasakan alam ghaib, melampau sempadan masa, tempat dan pelaku yang tidak
terdapat dalam sejarah. Itulah Bukit Kepong, bertolak daripada peristiwa Bukit Kepong yang
terakam dalam sejarah kemudian menjelajah ke alam pemikiran setiap watak yang terlibat,
memperlihatkan suasana tempat sesuai dengan masa kejadian yang memerlukan penyelidikan dan
Sebagai sebuah karya kreatif, bukit Kepong tidak boleh lari daripada memasukkan unsur-unsur
imaginasi, khayalan, taksiran-taksiran pengarang dan juga wawasan yang hendak disampaikan
kerana sebagai sebuah karya kreatif imaginatif sifat-sifat seni dan estetika perlu diberi keutamaan
oleh pengarang.
Secara keseluruhan, cadangan yang dikemukakan boleh diuji dan dipertanggungjawabkan
kebenarannya berdasarkan catatan-catatan sejarah namun tidak kurang penampilan imaginasi,
fantasi serta tokoh tambah yang dilakukan oleh pengarang bagi memperjelaskan lagi dan
menambah Penghayatan para pembaca dan peneliti novel ini. Satu hasil kerja yang memerlukan
tugas yang cukup mencabar dan penulis berjaya mengimbangi kombinasi fakta sejarah dengan
9
estetika penulisan novel. Hasilnya novel ini bukan sahaja berguna untuk kajian kesusasteraan tetapi
juga boleh dimanfaatkan sebagai sumber sejarah untuk generasi akan datang. Semoga novel Bukit
Kepong ini akan menjadi dorongan dan panduan untuk penulis-penulis kreatif mengangkat
peristiwa-peristiwa lain ataupun tokoh-tokoh tertentu dalam bentuk karya kreatif kerana karya
kreatif lebih terbuka pembaca dan peminatnya. Negeri Johor khususnya masih banyak peristiwa
bersejarah dan tokoh-tokoh sejarah yang boleh diteliti dan dipindahkan dalam bentuk kreatif. Kita
mestilah menyuntik semangat nasionalisme yang tinggi ke dalam diri kita Warga Bukit Kepong dan
anggota polis memiliki semangat nasionalisme yang tinggi sehingga sanggup mengetepikan
kepentingan peribadi.
10
PENUTUP
Secara kesimpulannya ,sejarah Bukit Kepong dapat meningkatkan semangat
patriotisme dalam diri kita terutama dalam kalangan remaja masa kini .Melalui sejarah ini
,para pelajar dapat menerapkan nilai-nilai patriotisme dalam diri masing-masing .Sebagai
contoh ,penentangan yang berlaku di Bukit Kepong .Para anggota polis telah bersusah
payah untuk menentang pihak komunis sehingga sanggup mengorbankan nyawa dan
keluarga mereka .Para pelajar diajar tentang erti kepayahan dan kesulitan masyarakat lalu
dalam memperjuangkan Negara .
Hal ini sedikit sebanyak akan menimbulkan perasaan cinta yang mendalam kepada
tanah air sehingga menyebabkan mereka bersemangat tinggi untuk mengekalkan
kemerdekaan yang telah dicapai. Seramai 17 anggota polis telah terkorban dalam
pertempuran menentang serangan komunis, di mana balai polis dan berek tempat anggota
tinggal turut dibakar sehingga hangus.
Jumlah keseluruhan yang terkorban dalam tragedi itu adalah 25 orang termasuk ahli
keluarga anggota polis dan penduduk kampung. Pengorbanan pejuang negara dalam
mempertahankan tanah air semasa Darurat Pertama sedikit sebanyak telah mengekang
penularan aktiviti pengganas komunis. Setelah 70 tahun peristiwa Bukit Kepong berlalu,
banyak pengajaran berguna yang masih boleh diambil oleh generasi sekarang. Hari ini,
ancaman pandemik Covid-19 juga memerlukan pengorbanan daripada setiap rakyat
Malaysia.
Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada
masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak.Hal ini berlaku demikian kerana masing-
masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan
perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu
berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan
pendapatan semata-mata. Oleh itu, mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan
tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak
mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara
dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat
ditingkatkan.Misalnya iktibar dari peristiwa Bukit Kepong juga banyak yang boleh kita
pelajari dan dapat memupuk semangat patriotisme dalam diri.Kisah perjuangan Leftenan
Adnan sering menjadi pembakar semangat bagi pejuang-pejuang Negara kita.
Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.Satu daripada caranya adalah dengan
memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku
sekolah lagi.Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti
Bak kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya semangat
11
patriotik dapat dipupuk sejak kecil,sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan
dan dikekalkan hingga dewasa.Tambahan pula,amalan ini penting kerana kita dapat
melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-
perkara yang akan memburukkan nama negara.Cara lain yang boleh dijalankan adalah
dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat
patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi.Sekiranya perkara
ini dilakukan,murid-murid akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana
aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu.Dengan perkataan lain,perkara itu
akan dipelajari secara formal di dalam kelas,diuji dalam peperiksaan dan seterusnya
diamalkan dalam kehidupan seharian.Oleh hal yang demikian,semangat patriotik itu akan
terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan
persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.
Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah
dijalankan sepanjang masa tanpa henti.Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini
penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi
individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri.Individu yang
memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri
dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat,setanding
dengan negara-negara maju yang lain. Sekiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk
dalam kalangan remaja,pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan
menyebabkan mereka hilang jati diri.Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan
memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan
disuburkan dalam kalangan masyarakat.
12
RUJUKAN
1. Mahmud, R. H., & Ismail, M. (2003). The Value of Bukit Kepong as an Educational Film: A
Research. Turkish Online Journal of Educational Technology-TOJET, 2(2), 46-50.
2. Raof, M. P. A. (2011). Peristiwa Bukit Kepong dalam novel Bukit Kepong dan filem Bukit Kepong
berdasarkan pendekatan historisme baru (Doctoral dissertation, Universiti Putra Malaysia).
3. https://www.youtube.com/watch?v=kOoV7byhYXk
13