BUKU LOG
UNIT BERUNIFORM
Nama : Nur Husnina Binti Zaidi
Unit : PISMP Pendidikan Islam 5
Angka Giliran : 2020142340244
Nama Kursus : MPU3062 Unit Beruniform
Nama Pensyarah : Puan Norhaslina binti Nordin
Tarikh hantar : 20/08/2021
BIODATA
Nama: Nur Husnina Binti Zaidi
No Kad Pengenalan: 010210-04-0094
Angka Giliran : 2020142340244
Unit : Pendidikan Islam 5
ISI KANDUNGAN
1. Pengenalan
- Tujuan Persatuan
- Objektif PBSM
2. Sejarah Penubuhan
- Sejarah Penubuhan di Malaysia
- Tujuan penubuhan
3. Perlembagaan/Prinsip-Prinsip Pergerakan
- Logo/Lambang
- Protokol Tambahan III
- Lagu
- Ikrar
- Cogan Kata
- Akta-Akta Perlembagaan PBSMM
- Prinsip-Prinsip Asas PBSM
- Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa
- Konvensyen Geneva
4. Pengurusan
- Pendaftaran ahli dan Kumpulan
- Struktur Unit
- Tanggungjawab Pemimpin
- Pengurusan Buku log/Folio
- Pakaian Seragam Ahli dan Pemimpin
5. Aktiviti UB di Sekolah
- Takwim dan Rancangan Aktiviti
6. Lampiran
7. Rujukan
PENGENALAN
Persatuan Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah adalah sebuah
gerakan kemanusiaan untuk
menyelamatkan nyawa dan
kesihatan manusia.
Pada masa kini, persatuan ini
dianggotai 16 juta ahli seluruh dunia
dengan penyertaan dari 190 buah
negara. Persatuan ini mempunyai ibu
pejabat di Switzerland dan bertindak
sebelum, semasa, selepas bencana dan
kecemasan kesihatan dengan tidak
memihak kepada warganegaraan,
bangsa, jantina, kepercayaan, agama,
pendapat kelas dan politik
TUJUAN PERSATUAN
Bantuan dalam menjaga kesihatan, mencegah
penyakit dan mengurangkan penderitaan sama
ada dalam masa aman atau perang
Mewujudkan bantuan sukarela kepada yang
sakit dan cedera.
Menjalankan tanggungjawab dalam negara.
OBEKTIF PBSMM
• Mengekalkan dan meneruskan usaha untuk
mengurangkan penderitaan, penyakit;
• Mempromosikan pembentukan cawangan dan
cabang serta latihan dan mempunyai kawalan
umum ke atasnya;
• Mempromosikan serta mengekalkan minat
masyarakat;
• Bekerjasama dengan persatuan sukarela yang lain
serta agensi kerajaan untuk mengekalkan kawalan
pentadbiran sendiri;
• Menjalankan aktiviti secara sukarela;
• Menjalankan tugas menjajar dengan prinsip;
• Mencegah penyalahgunaan simbol dan lambang;
• Mempertimbangkan dan bersetuju dengan kes
yang sesuai yang diadakan oleh masyarakat.
SEJARAH
PENUBUHAN
SEJARAH
PENUBUHAN
Pada tahun 1863 sebuah jawatankuasa dinamakan
Persatuan Kebajikan Awam Geneva telah ditubuhkan.
Jawatankuasa ini terdiri dari Gustava Moynier, Dr. Maunior,
Dr. Louis Appia, General Dufour dan Henry Dunant.
Jawatankuasa ini juga dikenali sebagai Jawatankuasa
Berlima. Matlamat jawatankuasa ini ialah untuk merangka
peraturan-peraturan bagi pelaksanaan dan mempraktikkan
cadangan-cadangan yang terkandung dalam buku
‘Kenangan di Solferino’.
Pada 26 hingga 29 Oktober 1863, satu Konvensyen
Antarabangsa telah diadakan di Geneva yang dihadiri oleh
perwakilan dari 16 buah negara. Di akhir konvensyen ini,
para perwakilan telah menerima dan bersetuju melaksanakan
sebanyak 10 resolusidan 3 cadangan untuk merasmikan
penubuhan Persatuan Palang Merah.
SEJARAH PENUBUHAN
DI MALAYSIA
1948 – Palang Merah British Cawangan
Sarawak ditubuhkan.
1950 – Ditubuhkan di Pulau Pinang.
1951 – Ditubuhkan di Perak, Terengganu dan
Selangor.
1952 – Ditubuhkan di Melaka, Johor
dan Pahang.
1961 – Pada 01 Mei 1961, Rang Undang-undang
Persatuan Palang Merah
Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan) telah
dibaca di Parlimen.
SEJARAH PENUBUHAN
DI MALAYSIA
1962 – 16 April 1962 Akta Persatuan Palang
Merah Malaysia Persekutuan
Tanah Melayu (Perbadaanan) AKTA 1961 (No.4
tahun 1962) telah
berkuatkuasa.
1963 – Pada 04 Julai 1963, Jawatankuasa
Palang Merah Antarabangsa
(ICRC) menerima dan mengiktiraf secara rasmi
sebagai satu
Persatuan Palang Merah.
1963 – Pada 24 Ogos, menjadi ahli kepada
Persekutuan Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC)
1965 – Apabila Malaysia ditubuhkan,
Parlimen telah meluluskan akta
Persatuan Palang Merah Malaysia (Akta
No. 47 tahun 1965)
SEJARAH PENUBUHAN
DI MALAYSIA
1975 – 21 Ogos 1975 di atas persetujuan Di Raja,
nama Palang Merah ditukarkan kepada Bulan
Sabit Merah dan diwartakan pada 04 September
1975, (Akta 162 – pertukaran nama dan lambang
persatuan).
2007 – Pada 25 Mac 2007, Mesyuarat
Majlis PBSM kali ke-116 telah
memutuskan pertukaran nama kepada
Bulan Sabit Merah Malaysia
(BSMM).
TUJUAN PENUBUHAN
- Memberi perlindungan dan meringankan
kesengsaraan manusia di mana sahaja;
- Melindungi nyawa dan kesihatan;
- Memberi galakan perkhidmatan sukarela
dan kesediaan berterusan untuk membantu
ahli-ahli Pergerakan;
- Menentukan penghormatan diberi kepada
manusia, terutamanya di waktu
konflik bersenjata dan juga kecemasan;
- Berusaha ke arah pencegahan penyakit-
penyakit dan kebajikan sosial;
- Menghayati perasaan perpaduan yang
menyeluruh kepada mereka yang
memerlukan perlindungan dan
pertolongannya.
PERLEMBAGAAN/
PRINSIP-PRINSIP
PERGERAKAN
LOGO/LAMBANG
Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu
penghargaan kepada negara Switzerland, yang
mana simbol palang berwarna merah yang
berlatarbelakangkan putih seperti mana warna
bendera negara Switzerland yang diterbalikkan.
Lambang ini di wujudkan untuk mengenalpasti
perlindungan bagi mereka yang tecedera di
masa perang dankakitangan-kakitangan yang
menjaga dan merawat mereka.
LOGO/LAMBANG
Pada bulan November 1876, Turki yang sedang
berperang dengan Russia, mengumumkan kepada
Majlis Persekutuan Swiss, sebagai penjaga Konvensyen
Geneva, bahawa lambang Palang Merah menghina
kepercayaan agama anggota tenteranya dan mereka
menggunakan lambang Bulan Sabit Merah untuk
perkhidmatan ambulans mereka.
Langkah tersebut diikuti oleh banyak negara-negara
Arab dan negara-negara yang majoriti penduduknya
adalah beragama Islam. Kini, sebanyak dua puluh
sembilan buah negara telah menggunakan lambang
Bulan Sabit Merah untuk menandakan kakitangan-
kakitangan dan barang-barang yang dilindungi oleh
Konvensyen Geneva.
Negara-negara yang menandatangani Konvensyen
Geneva mestilah mengawal penggunaan lambang
tersebut. Lambang hanya boleh dipamerkan di atas
kenderaan, kapal terbang, kapal laut, bangunan,
pembinaan dan juga oleh orang-orang yang ditugaskan
untuk menjaga dan mengangkut mereka yang tercedera
akibat perang.
Adalah dilarang menggunakan lambang ini bagi tujuan
peperangan, perniagaan dan pusbiliti. Persatuan Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah dibenarkan
menggunakan lambang ini untuk mengenalpasti
bangunan, barang dan kenderaan kepunyaan mereka.
Konvensyen Geneva 1949 menetapkan penggunaan
lambang ini sebagai Pelindungan.
Protokol
Tambahan III
• Mengiktiraf lambang tambahan yang tersendiri yang
bebas daripada konotasi agama, budaya atau politik,
dengan status yang sama di sisi undang-undang
seperti Palang Merah dan Bulan Sabit Merah;
• Meningkatkan perlindungan untuk pekerja
kemanusiaan dan mangsa konflik bersenjata;
• Membolehkan Persatuan Kebangsaan yang tidak
mahu menggunakan palang merah atau bulan sabit
merah untuk menyertai Pergerakan ini;
• Membolehkan Persatuan untuk menggunakan
palang merah dan bulan sabit merah bersama-sama;
• Mencegah pembiakan lambang.
LAGU
LAGU RASMI
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya
Lirik: Dato’ Dol Ramli
Lagu: Dato’ Johari Salleh
IKRAR
Ikrar Bulan Sabit Merah Malaysia
Bahawa kami ahli Persatuan Bulan Sabit Merah
Malaysia,
Berikrar,
Taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia,
Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan
Pemerintah-pemerintah
Di negeri kami,
Berdasarkan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara
Bahawa kami berikrar,
akan sentiasa patuh kepada Perlembagaan dan
Undang-undang
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Undang-
undang yang lain
dan arahan walaupun di mana jua kami berada
Bahawa kami berikrar,
akan sentiasa memberikan khidmat sukarela kami,
kepada mereka yang sakit dan menderita di waktu
aman dan bencana,
berdasarkan kepada prinsip Bulan Sabit Merah
Malaysia seperti
KEMANUSIAAN
KESAKSAMAAN
BERKECUALI
KEBEBASAN
KHIDMAT SUKARELA
KETUNGGALAN
KESEJAGATAN
COGAN KATA
Cogan kata primer Cogan kata primer
untuk The untuk The
International Federation of Red
Committer of the Red Cross and Red
Cross (ICRC)/ Crescent Societies
Jawatankuasa (IFRC)
Antarabangsa Palang
/Persekutuan Palang
Merah ialah Merah dan Bulan
Sabit Merah ialah
"Inter Arma Caritas"
(In War, Charity) “Per Humanitatem
ad Pacem” (With
humanity, towards
peace)
AKTA DAN
PERLEMBAGAAN BSMM
Akta 4 – Akta Persatuan Palang Merah Persekutuan
Tanah Melayu (Perbadanan)
- Akta ini dikemuka pada tahun 1961 di Parlimen dan
diluluskan di Dewan Negara pada Mei 1961;
- Akta ini dikuatkuasakan pada 16 April 1962.
Akta 1965 (Akta No. 47 tahun 1965) [ACT47/65]
- Akta ini telah mengabungkan Persatuan Palang Merah
Persekutuan Tanah Melayu, Cawangan -cawangan
Persatuan Palang Merah British di Sabah, Sarawak dan
Singapura;
- Nama baru pergerakan ini di bawah akta berkenaan
ialah Persatuan Palang Merah Malaysia;
- Akta ini dikenali sebagai AKTA PERSATUAN PALANG
MERAH MALAYSIA (PERBADANAN).
AKTA DAN
PERLEMBAGAAN
BSMM
Akta 1962
- Akta Persatuan Palang Merah (pertukaran nama dan
lambang persatuan) telah diluluskan oleh Parlimen
Malaysia dan diwartakan pada 04 September 1975;
- Nama pergerakan ditukarkan kepada Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia (PBSMM) dan lambing Bulan Sabit
Merah menjadi hak milik persatuan ini.
Akta 162, 1975 – Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
- Akta Persatuan Palang Merah Malaysia berkuatkuasa pada
1 Julai 1965.
- Tujuan persatuan ialah:
- Bantuan dalam menjaga kesihatan, mencegah penyakit
dan mengurangkan penderitaan sama ada dalam masa
aman atau perang;
- Mewujudkan bantuan sukarela kepada yang sakit dan
cedera;
- Menjalankan tanggungjawab dalam negara.
Prinsip-prinsip Asas BSMM
Terdapat 7 Prinsip Asas yang di amalkan di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa yang diterima bersama pada tahun 1965 oleh Konferen
Antarabangsa ke-20.
KEMANUSIAAN
Berusaha mencegah dan meringankan kesengsaraan serta
memupuk persefahaman, persahabatan, kerjasama dan
kedamaian antara manusia
KESAKSAMAAN
Memberi bantuan tanpa membezakan bangsa, kaum, agama,
darjat atau perbezaan politik
BERKECUALI
Tidak menyebelahi mana-mana pihak
KEBEBASAN
Diberi kuasa untuk bertindak secara bebas
PERKHIDMATAN SUKARELA
Satu badan sukarela yang bertindak tanpa memikirkan
keuntungan
BERSATU
Hanya terdapat satu PALANG MERAH atau BULAN SABIT
MERAH di dalam sesebuah negara
KESEJAGATAN
PALANG MERAH atau BULAN SABIT MERAH adalah sebuah
pergerakan antarabangsa
UNDANG-UNDANG
KEMANUSIAAN ANTARABANGSA
Satu badan peraturan yang mengenakan had terhadap
penggunaan senjata dan kaedah peperangan
Bertujuan untuk melindungi maruah manusia dan
menghadkan penderitaan semasa peperangan.
Undang-undang Undang-
peperangan undang konflik
bersenjata
KEPENTINGAN UUKA- Menjamin keselamatan dan maruah
manusia semasa perang
SIAPAKAH YANG DILINDUNGI UUKA
- Orang Awam
- Anggota perubatan dan kor agama angkatan tentera
-Mereka yang tidak lagi terlibat di dalam pertempuran
- Tawanan Perang
Konvensyen-konvensyan
Geneva 1949
Konvensyen Geneva Konvensyen Geneva
Pertama (1864): Kedua (1899):
Palang Merah sebagai Melindungi anggota
perlindungan atas tentera yang cedera,
sakit dan yang karam
anggota tentera yang
cedera dan sakit di di laut.
daratan dan kepada
pegawai perubatan
Konvensyen Geneva Konvensyen Geneva
Ketiga (1929): Keempat (1949):
Memberi Melindungi orang
perlindungan kepada awam dan harta
tawanan perang dan benda mereka semasa
berhak menerima berlaku
berita daripada peperangan.
keluarga.
Keputusan Konvensyen Antarabangsa yang Pertama, yang
dihadiri oleh 16 buah negara telah memberi peruntukan
seperti berikut:
Setiap negara perlu Ambulan, Hospital
menubuhkan sebuah Tentera dan
Jawatankuasa kakitangan Perubatan
Bantuan yang boleh adalah dilindungi
semasa
membantu peperangan.
Perkhidmatan
Perubatan Tentera di
masa peperangan.
Mengesahkan satu
jenis lambang yang
seragam iaitu
gelangan tangan
dengan
lambang palang
merah yang
berlatarbelakangkan
putih.
PENGURUSAN
Pendaftaran ahli
dan kumpulan
Pendaftaran ahli Pasukan
Kanak-Kanak
Penerimaan dan Yuran
Keahlian
Ahli Kanak-Kanak Bulan Sabit Merah (Link)
didaftarkan di Sekolah Rendah samada sekolah
tersebut di bawah tajaan Kerajaan atau Sekolah
swasta atau sekolah Persendirian di dalam negara
Malaysia. Ahli Kanak-Kanak di dalam lingkungan
umur 9-12 tahun bagi tahap 4,5,6 di kategorikan
sebagai ahli kanak-kanak. Penerimaannya dalam
Keahlian Bulan Sabit Merah (Sekolah Rendah)
atau dipanggil “Red Cross Link”
Kaedah Pendaftaran Unit
Yuran Keahlian Kanak-Kanak dikenakan kepada
setiap murid sebanyak RM1.00 (Satu Ringgit)
setahun. Pendaftaran Keahlian tersebut di sahkan
melalui Cabang/Cawangan/Ibu Pejabat
Kebangsaan. Setiap Pasukan Kanak-Kanak
mestilah mengandungi sekurang- kurangnya 12
orang ahli kanak-kanak.
Kanak-Kanak BSMM (Link) perlu mendapat
kebenaran bertulis daripada Ibu bapa/Penjaga
masing-masing sebelum menyertai Pasukan
Kanak-Kanak di sekolah masing-masing.
Sijil Pendaftaran Unit
Kanak-Kanak
Sijil Pendaftaran Pasukan akan dikeluarkan oleh
Ibu Pejabat Kebangsaan dan diserahkan kepada
Guru Besar sekolah yang telah disahkan
pendaftaran Unit melalui Pejabat BSMM
Cawangan/Cabang.
Borang-Borang BSMM
Mengenai Unit Kanak-
Kanak
Guru Pemimpin Unit Kanak-Kanak Hendaklah
Mengisikan Borang Pendaftaran Unit Dan
Menyerahkan Borang Tersebut Bersama-Sama
Borang Keahlian Tahunan Kepada Cabang Dan
Seterusnya Kepada Cawangan Untuk Disahkan.
Sijil Keahlian Kanak-Kanak
Setiap murid-murid sekolah rendah dari umur 9-
12 (tahap 4,5,6) yang didaftarkan didalam
Pasukan Kanak-Kanak BSMM (Link) akan
diberikan Sijil Keahlian Kanak-Kanak.
Keahlian hendaklah dipantau dan dikawal selia
oleh BSMM Cawangan yang diselaraskan bersama
oleh Cabang.
Murid-murid yang telah meninggalkan sekolah
rendah selepas tamat Darjah 6 boleh
menyambung keahlian mereka di sekolah
menengah dengan mendaftarkan diri di Pasukan
Belia Sekolah Menengah.
STRUKTUR UNIT
TANGGUNGJAWAB
PEMIMPIN
Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap pegawai
dan ahli mengetahui dan memahami peraturan dan
undang-undang Persatuan. 'Kejahilan atau Tidak
Tahu' tidak boleh diterima sebagai alasan tidak
mematuhi peraturan dan undang-undang.
Pendaftaran Ahli Latihan
o Insuran Ahli o Perjumpaan
o Kad Ahli mingguan
o Kewangan o Program Latihan
dan
▪o Perlantikan o Peperiksaan
Ketua Utama o Kursus
Seksyen o Kecekapan Ahli
o Lencana kecekapan
▪ Ketua Seksyen
▪ Penolong Ketua
Seksyen
o Tauliah
Tatatertib Aktiviti
o Tatatertib dalam o Kerja Kemasyarakatan
pasukan. o Pembangunan Belia
o Melahirkan ahli o Program Darah
yang berdisplin o Menjaga Kesihatan
Asas
o Program Anti-Dadah
o Lawatan ke Hospital
o Lawatan ke rumah
orang tua
o Perkhemahan
o Lawatan sambil belajar
o Gotong royong dan
lain-lain
Pakaian Seragam Kebajikan Ahli
o Menentukan ahli o Masalah,
mempunyai Pakaian o Sakit dan lain-lain
Seragam mengikut
peraturan
PENGURUSAN BUKU
LOG/FOLIO/LAPORAN
AKTIVITI
Biodata.
Laporan bagi setiap aktiviti /
perjumpaan mingguan
Nota bagi tajuk-tajuk yang
berkaitan
Bahan-bahan lampiran serta
gambar / grafik
Sumber rujukan
PAKAIAN SERAGAM AHLI
DAN PEMIMPIN
AKTIVTI-AKTIVTI UB
DI SEKOLAH
CONTOH TAKWIM DAN
RANCANGAN AKTIVITI
CONTOH TAKWIM DAN
RANCANGAN AKTIVITI
CONTOH TAKWIM DAN
RANCANGAN AKTIVITI