Mesyuarat Agung
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG NYIOR
KALI KE 45
Dirasmikan oleh:
YANG BERHORMAT DATO’ SERI DR HAJI AHMAD BIN SAID
PENGERUSI LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH
SABTU / 25 JUN 2022 / 9.00 PAGI
DEWAN NYIOR GADING, SK KAMPUNG NYIOR
ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
BIL PERKARA
1
1 NOTIS PEMBERITAHUAN 2
2 PERUTUSAN YDP PIBG 3
3 PERUTUSAN GURU BESAR 4
4 ATUR CARA MAJLIS 5
5 AGENDA MESYUARAT KALI KE -45 6
6 AHLI JAWATANKUASA PIBG 2022 7
7 JAWATANKUASA INDUK MESYUARAT 8
AGUNG PIBG 2022 9-11
8 JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT
12
AGUNG PIBG 2022 13
14
9 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE -44 15
2021/2022
10 PENYATA KEWANGAN 2021/2022
11 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG 2021
12 USUL-USUL/CADANGAN
13 PENGHARGAAN
NOTIS PEMBERITAHUAN
فرساتوان ايبو باف دان ضورو
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG NYIOR,
23100 PAKA, DUNGUN,
TERENGGANU.
TEL/FAX : 098286621
Ruj. Kami : PIBG/SKKN/008/005/001/2022/ (03)
Bertarikh : 15 Jun 2022
Semua Ibu bapa/Penjaga Murid
SK Kampung Nyior,
Paka,Terengganu
Tuan/Puan,
NOTIS PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK KAMPUNG NYIOR KALI KE-45
Dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Kali Ke 45 akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 26 Jun 2022 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Nyior Gading, SK Kampung Nyior
Perasmian : Yang Berhormat Dato’ Seri Dr Haji Ahmad bin Said
(Penegerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah)
2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
2.1 : Ucapan YDP
2.2 : Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke 44
2.3 : Membentang dan menerima penyataan kewangan
2.4 : Membahaskan usul
2.5 : Ucapan Penangguhan
3. Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati menjemput tuan untuk hadir ke majlis tersebut. Segala
kerjasama dan keprihatinan pihak tuan didahului jutaan terima kasih.
Sekian. Terima kasih.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“ MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”
Saya yang menjalankan amanah,
( MUHAMMAD KHAIRUL IKHWAN BIN YAHAYA )
Setiausaha
PIBG SK Kampung Nyior,,
23100 Dungun, Terengganu.
s.k. 1. Guru Besar SK Kampung Nyior
2. YDP SK Kampung Nyior
1
EN AHMAD ATMA BIN ALI @ YUSOF
Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul sekali lagi bagi menjayakan Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-45 pada tahun 2022 ini. Saya mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa
yang telah dapat meluangkan masa untuk hadir pada hari ini.
Pertama sekali, saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan
syabas kepada semua AJK PIBG kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung
PIBG pada tahun ini. Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini merupakan salah satu cara yang terbaik
untuk semua ibu bapa bertemu muka bagi berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk
melonjakkan lagi kecemerlangan sekolah sama ada dalam akademik mahupun kokurikulum.
Sekolah Kebangsaan Kampung Nyior terus bergerak dan memperoleh banyak kejayaan dari sudut
koakademik dan kokurikulum. Syabas dan tahniah terutamanya kepada murid-murid,ibu bapa dan
guru yang saling menggembeling tenaga dalam menguruskan anak-anak sehingga berjaya.
Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK telah berusaha untuk
menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam segala tindakan yang
dilakukan, kami sentiasa memikirkan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini dan ingin sentiasa
memberikan yang terbaik walaupun kadang kala berdepan dengan kesukaran terutamanya
masalah kewangan. Sumbangan PIBG yang telah diberikan oleh tuan puan telah digunakan
dengan sebaik-baiknya untuk membantu membiayai program-program sekolah untuk
meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Oleh itu saya juga
ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberi sumbangan PIBG. Hal ini
memudahkan pelbagai program sekolah dapat dilaksanakan demi pembelajaran anak-anak.
Pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan daripada ibu bapa.
Sumbangan tersebut bukan semata- mata wang ringgit tetapi kerjasama daripada ibu bapa untuk
memastikan anak-anak sentiasa hadir ke sekolah. Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa
itulah yang lebih utama dan penting sebagai kunci kejayaan anak-anak. Oleh itu saya menyeru
agar ibu bapa turut membantu anak-anak dalam proses pembelajaran mereka.
Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa
menyokong dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan
sekolah terus melakar kejayaan dan saya juga berharap supaya semua AJK PIBG akan dapat
meneruskan usaha dengan lebih gigih lagi bagi membantu pihak sekolah sama ada dari segi
kewangan mahupun tenaga.
Muafakat membawa berkat.
Sekian, terima kasih
2
CG RUSMADI BIN ABDULLAH
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya kita dapat berkumpul secara bersemuka
sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Kampung Nyior kali ke-45 tahun 2022 ini. Sesungguhnya, pada tahun
ini,kita semua amat bersyukur kerana diberikan keizinan olehNya,untuk kita melaksanakan Mesyuarat
Agung ini secara bersemuka dan saya rasakan ini merupakan peluang yang terbaik untuk kita
bersua,bertukar pandangan dan pendapat dalam memacu kejayaan sekolah dan anak-anak kita. Justeru,
atas sokongan ibu bapa dan guru-guru, saya akan pastikan prasarana di sekolah ini adalah yang terbaik
untuk kemudahan pembelajaran murid-murid . Setiap kelas dipastikan mempunyai kipas dan lampu yang
berfungsi, pintu dan tingkap yang sempurna, tandas murid dibaik pulih, bilik guru yang selesa dan
persekitaran sekolah diceriakan.
Banyak kecemerlangan dan kejayaan yang telah pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang
akademik mahupun dalam bidang kokurikulum. Kejayaan dan kecemerlangan ini menggambarkan
usahasama dan jalinan antara guru dan ibub apa yang tidak pernah putus asa dalam mendidik anak-anak.
Kejayaan ini juga menggambarkan usaha dan kerjasama yang terjalin kukuh antara guru dengan ibu bapa
selama ini diberkati oleh Allah SWT.
Antara kejayaan yang dikecapi kita terpilih untuk membentangkan Pelaksanaan Amalan
Terbaik kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, dalam kokurikulum pula kejayaan kita sehingga ke
peringkat daerah,negeri mahupun antarabangsa. Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan ini, pihak
PIBG sentiasa menyokong pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti. Pihak PIBG juga banyak memberi
sumbangan dalam bentuk kewangan untuk pelbagai aktiviti sekolah serta hadiah kecemerlangan untuk
anak-anak yang berjaya. Sumbangan yang PIBG berikan dalam menjayakan semua aktiviti ini adalah hasil
sumbangan ibu bapa kepada tabung PIBG. Untuk itu, saya menyeru kepada ibu bapa agar terus
menyumbang kepada tabung PIBG untuk kita sama-sama terus menjana dan merancang pelbagai aktiviti
yang menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak kita.
Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru
mengajar, pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah, malah perlu seiring dengan komitmen ibu bapa. Kita
tidak boleh lepas tangan menyerahkan bulat-bulat urusan mendidik anak-anak kepada pihak sekolah. Jika
pihak sekolah mengambil tahu segala tindak-tanduk anak-anak dari sekecil-kecil salah laku umpamanya
datang lewat kepada sebesar-besar masalah, umpamanya merosakkan harta benda sekolah, itu
menggambarkan kecaknaan guru-guru dan pihak sekolah terhadap anak-anak. Pesanlah selalu kepada anak-
anak untuk sentiasa menjaga harta benda sekolah seperti menjaga harta benda di rumah sendiri. Sempena
dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan pendekatan musyawarah jika timbul sebarang
masalah atau salah faham sesama kita. Masalah disiplin dan tingkah laku anak-anak perlu ditangani
bersama. Masalah ponteng sekolah yakni tidak hadir ke sekolah tanpa sebab mesti diambil tindakan segera.
Jangan kita biarkan anak-anak kita tidak hadir tanpa sebab. Para guru akan berasa bangga jika ibu bapa
sentiasa mengambil berat dengan disiplin anak-anak di sekolah. Akhir kata, sebelum saya mengakhiri
ucapan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dalam majlis
pada hari ini. Kehadiran para ibu bapa menggambarkan kesungguhan dan komitmen dalam meningkatkan
kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan.
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
3
ATUR CARA MAJLIS
8.15 PAGI ➢ PENDAFTARAN DAN KEHADIRAN IBU BAPA
9.00 PAGI ➢ KETIBAAN DIF JEMPUTAN DAN PERASMI
➢ NYANYIAN LAGU NEGARAKU
➢ ALUAN PENGERUSI MAJLIS
➢ BACAAN DOA
CG MOHD ZULKIFLI BIN ISMAIL
➢ BACAAN AL QURAN
ADIK ADAM ELMAN BIN NOR HEZRI
➢ UCAPAN TN GURU BESAR
CG RUSMADI BIN ABDULLAH
➢ UCAPAN YDP PIBG
EN AHMAD ATMA BIN ALI @ YUSOF
➢ UCAPAN PERASMIAN
YANG BERHORMAT DATO’ SERI DR HAJI AHMAD BIN SAID
(PENGERUSI LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH)
➢ GIMIK PERASMIAN
➢ CABUTAN BERTUAH (1)
➢ PERSEMBAHAN MURID
➢ PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAHATI KEPADA AJK PIBG
2021 /2022 DAN PENYUMBANG
➢ PENYAMPAIAN CENDERAHATI PERASMI
➢ SANTAPAN DIF DAN PERASMI
➢ MESYUARAT AGUNG BERMULA
➢ BERSURAI
4
AGENDA MESYUARAT SESI 2022
11.00 PAGI ➢ UCAPAN YDP PIBG
➢ MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT
KALI -44
➢ MEMBENTANG PENYATA KEAWANGAN PIBG
➢ MELULUSKAN KUTIPAN SUMBANGAN PIBG BAGI TAHUN
2022
➢ MEMBAHAS USUL
➢ CABUTAN BERTUAH
➢ UCAPAN PENANGGUHAN YDP PIBG
➢ BERSURAI
5
JAWATANKUASA PIBG 2022
PENASIHAT : CG RUSMADI BIN ABDULLAH
PENGERUSI
TIMB. PENGERUSI (GURU BESAR)
N. PENGERUSI 1
N. PENGERUSI 2 : EN. AHMAD ATMA BIN ALI @ YUSOF
N. PENGERUSI 3
N. PENGERUSI 4 (YDP)
SETIAUSAHA
NAIB SETIAUSAHA : EN. FAUZI BIN HASHIM
BENDAHARI
(NYDP)
: CG HAMZAH BIN ISMAIL
(GPK HAL EHWAL MURID)
: CG A.BADRUSSALAM BIN IBRAHIM
(GPK PENTADBIRAN)
: CG NOR SAKINAH BINTI ABU BAKAR @ GHAZALI
(GPK KOKURIKULUM)
: CG CHE KHAIRUL ANNUAR BIN CHE AMRI
(GPK PENDIDIKAN KHAS)
: CG MUHAMMAD KHAIRUL IKHWAN B YAHAYA
: CG HASNAH BINTI MAT SAID
: CG NORUL SALIHAH BINTI YA’KUB
AJK IBU BAPA :
EN. CHE WAN MUSTAFA BIN CHE WAN KAMAN
EN. BAZALI LAKSANA BIN AHMAD
EN. WAN SUHAIMI BIN WAN ISMAIL
EN. MOHD FAIZ FARHAN BIN JAMALUDDIN
EN. ALIUDDIN BIN USMAN
PN. RAMLAH BIN MOHAMAD AJK GURU :
PN. KHAMSANI BINTI MAAROF CG. ISHAK BIN ISMAIL
PN. NORAINI BINTI MUSA CG. MARIAM BIN IBRAHIM
PN. KAMSHAH BINTI ISMAIL CG. MOHD ALIZAN BIN GHAZALI
PN. CHE ZATINI BINTI CHE NGAH CG. WAHIDA BINTI MAMAT
CG. NOORKAMILAH BINTI ABDUL RAZAK
CG. NORAZITA BINTI SHAMSUDIN
6
JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT :
CG. RUSMADI BIN ABDULLAH
Guru Besar
PENGERUSI :
EN AHMAD ATMA BIN ALI @ YUSUF
YDP PIBG
TIMB. PENGERUSI :
EN FAUZI BIN HASHIM
NYDP PIBG
NAIB PENGERUSI 1 :
CG HAMZAH BIN ISMAIL
GPK Hal Ehwal Murid
NAIB PENGERUSI 2 :
CG SHERLIZA BINTI ISMAIL
GPK Pentadbiran
NAIB PENGERUSI 3 :
CG NORSAKINAH BT ABU BAKAR
GPK Kokurikulum
NAIB PENGERUSI 4 :
CG CHE KHAIRUL ANNUAR BIN CHE AMRI
GPK Pendidikan Khas
SETIAUSAHA:
CG. MUHAMMAD KHAIRUL IKHWAN BIN YAHAYA
NAIB SETIAUSAHA :
CG. HASNAH BINTI MAT SAID
BENDAHARI :
CG. NORUL SALIHAH BINTI YA’KUB
7
JAWATANKUASA KERJA
BACAAN DOA MAKANAN IBU BAPA DAN MURID
CG MOHD ZULKIFLI BIN ISMAIL CG MARIYANI BINTI ABD RAHMAN
CG NOR AKMAL ASIYAH BINTI MOHD AZHAR
PENGERUSI MAJLIS CG NORAZIZAH BINTI JUSOH
CG NOR AINI BINTI GHANI CG NOR’ATIQAH BINTI MANAF
CG NORMAH BINTI JUSOH CG SHARIFAH HAFZAN BINTI TUAN LONG
CG AZNIEZA@ NUR AZNIEZA BINTI ABDULLAH
PROTOKOL SAMBUTAN DAN JEMPUTAN CG NOOR ZIEHAN BINTI SAMAT
YDP PIBG
PENGURUSAN SEKOLAH MAKANAN JAMUAN VVIP
AJK PIBG CG SITI FUZIAH BINTI AZIZ
CG NOR ASHIBA BINTI EMBONG
SURAT MENYURAT / TAJAAN DAN SUMBANGAN CG NURULHUDA BINTI SAMAT
CG MUHAMMAD KHAIRUL IKHWAN BIN YAHAYA CG FATMAH@RAFIDAH BINTI ABD AZIZ
CG HASNAH BINTI MAT SAID
PERSEMBAHAN MURID
BUKU PROGRAM / BANNER CG NOORKAMILAH BINTI ABDUL RAZAK
CG NORUL SALIHAH BINTI YA’KUB CG RAJA NARIZA BINTI RAJA MAMAT
CG MOHD ALIZAN BIN GHAZALI CG MARIAM BINTI IBRAHIM
CG WAN HASLINDAYATI BIN WAN HUSSAIN
LAPORAN
CG MUHAMMAD KHAIRUL IKHWAN BIN YAHAYA HADIAH CABUTAN DAN CENDERAMATA AJK, PERASMI
CG HASNAH BINTI MAT SAID CG NORAZITA BINTI SHAMSUDIN
CG MASNORA BINTI ARRIPPIN
PENDAFTARAN DAN NOMBOR CABUTAN BERTUAH CG NORASHIKIN BINTI DERAMAN
CG ZURAIDA BINTI ISMAIL CG NURHAKMAH BINTI MOHAMED
CG HAFAWATI BINTI ZAKARIA CG NORA BINTI HUSSIN
CG RAZANA BINTI AB RAHMAN
DOKUMENTASI / GIMIK PERASMIAN CG JUMAIYAH BINTI BEE@HUSSAIN
CG MOHD ZAMREE BIN ZAKARIA CG CHE NATIFAH BINTI ABD GHANI
CG MARZAIRAIHAM BIN ABDUL ZAHID CG FAIROS BINTI OTHMAN
CG MOHD HAFIZ BIN TAWANG CG ROSLINA BINTI ALI
CG AIMAN BIN HAMIDON
LATAR BELAKANG DAN PENTAS
PENCATAT CG WAHIDA BINTI MAMAT
1. CG ROFINI BINTI ZINA’ ALI CG NORASEKEN BINTI MAMAT
(UCAPAN TUAN GURU BESAR) CG ROHANA BINTI JUSOH
2.CG WAN NORLY AFEEZA BINTI WAN AB RAHMAN CG MUNIRAH BINTI MUHAMED
(UCAPAN YDP PIBG) CG ROS AZLINA BINTI MOKHTAR
3. CG NURFAJRINA BINTI ABD WAHAB CG SALAHUDEN BIN MOHD ZAID
(UCAPAN PERASMI) CG MOHD NURUL FAUZAN BINTI ISMAIL
4. CG HASNAH BINTI MAT SAID
(MESYUARAT AGUNG)
PERSIAPAN TEMPAT DAN DEWAN
CG MOHD SANIZAN BIN ABDUL GHANI
CG ISHAK BIN ISMAIL
CG KAMARUL HAFIZAN BIN MOHAMAD
CG ROSJUNAIDAH BIN AWANG HAMAT
CG NOOR ZURAIFAH BINTI ABDUL RAHMAN
CG MUHAMMAD ASLAM BIN ABDUL MULTALIB
CG AHMAD
CG WAN SHAFIAN ISMA BIN WAN HARUN
8
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI
KE – 44 / 2021
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE – 44 / 2021
SK KAMPUNG NYIOR
Tarikh : 01 Oktober 2021
Hari : Jumaat
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Kediaman Masing-masing
Medium : Google Meet
Perasmi : Yang Berbahagia Tn Hj Kasman Bin Embong
(Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Dungun )
KEHADIRAN
1. Kehadiran Ibu bapa / penjaga - 146 orang.
2. Kehadiran Guru dan Kakitangan - 60 orang.
AGENDA 1 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG
AGENDA 2 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa murid SK
Kampung Nyior yang dapat bersama dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke
44 secara maya.
MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 43.
2.1 Encik Mohd Khairul Ikhwan bin Yahaya selaku setiausaha membentangkan
minit mesyuarat dan meminta cadangan untuk diterima dan disahkan.
2.2 Puan Tuan Rasidah binti Tuan Zainudin mencadangkan agar Minit Mesyuarat
Agung kali ke 43 diterima dan disahkan.
2.3 Disokong oleh Encik Mohd Alizan bin Ghazali.
AGENDA 3 MEMBENTANG LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2019 / 2020
3.3 Encik Mohd Khairul Ikhwan bin Yahaya membentangkan aktiviti-aktiviti PIBG
yang dijalankan untuk makluman semua yang hadir.
AGENDA 4 MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN PIBG BAGI TAHUN
KEWANGAN BERAKHIR DISEMBER 2020
4.1 Puan Norul Salihah binti Ya’kub selaku bendahari membentangkan laporan
kewangan dan meminta cadangan untuk diterima dan disahkan
Encik Shaimi bin Hamzah mencadangkan agar penyata kewangan 2020 diterima
dan disahkan.
4.2 Disokong oleh Puan Masnora binti Arrippin .
9
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI
KE – 44 / 2021
AGENDA 5 MEMBAHASKAN USUL-USUL DARIPADA AHLI
5.1 Puan Mahani binti Mohd Nor mencadangkan agar memperketatkan lagi
kawasan sekolah supaya ibu bapa tidak boleh memasuki kenderaan semasa
mengambil anak di dalam kawasan sekolah.
5.2 Puan Khamsani bin Maarof mencadangkan agar Sumbangan PIBG dan
Sumbangan Program Kecemerlangan Pendidikan dikekalkan. YDP meminta
persetujuan semua ibubapa/penjaga iaitu;
i. Sumbangan Program Kecemerlangan Pendidikan RM 20.00 seorang.
ii. Sumbangan PIBG RM 30.00 sekeluarga.
iii.Usul yang dicadangkan mendapat sokongan ibu bapa sepenuhnya.
AGENDA 6 PEMBUBURAN JAWATANKUASA PIBG 2020/2021
6.1 Encik Ahmad Atma selaku Yang Dipertua PIBG 2020/2021 mengumumkan
tentang Pembubaran Jawatankuasa PIBG 2021/2021.
AGENDA 7 PELANTIKAN JAWATANKUASA PIBG 2021/2022
7.1 Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021/2022
Encik Ahmad Atma bin Ali @ Yusof - YDP
Encik Fauzi bin Hashim - NYDP
Encik Bazali Laksana bin Ahmad - AJK
Encik Wan Suhaimi bin Wan Ismail - AJK
Encik C.Wan Mustafa bin C.Wan Kaman - AJK
Encik Mohd Faiz Farhan bin Jamaluddin - AJK
Encik Aliuddin bin Usman - AJK
Puan Khamsani binti Maarof - AJK
Puan Ramlah binti Mohamad - AJK
Puan Che Zatini binti Che Ngah - AJK
Puan Noraini binti Musa - AJK
10
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI
KE – 44 / 2021
AGENDA 8 UCAPAN PENANGGUHAN
8.1 Encik Ahmad Atma mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang
diberi kepadanya sebagai Yang Dipertua PIBG sesi 2021/2022 . Beliau juga
mewakili ajk pibg yang lain berjanji akan sentiasa meluangkan masa untuk
bersama-sama pihak sekolah sama ada untuk aktiviti
gotong-royong,mesyuarat dan lain-lain lagi.
8.2 Beliau juga mengharapkan agar hubungan baik di antara pihak guru-guru
dan ibu bapa penjaga sentiasa erat. Selain itu beliau mengharapkan ibu
bapa penjaga sentiasa memberi komitmen sepenuhnya dalam apa-apa
program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 6.00 petang.
Disediakan oleh ;
--------------------------------------------
( MUHAMMAD KHAIRUL IKHWAN BIN YAHAYA)
Setiausaha PIBG sesi 2021/2022.
Disemak oleh ;
---------------------------------
(AHMAD ATMA BIN ALI)
YDP PIBG Sesi 2021 / 2022,
SK Kampung Nyior.
11
PENYATA PENDAPATAN & PERBELANJAAN
PIBG SK KAMPUNG NYIOR 2021/2022
TARIKH PENDAPATAN RM TARIKH PERBELANJAAN RM
23,439.33 200.00
31.12.2020BAKI DI BANK 08.03.2021 PEMBELIAN HADIAH PERTUKARAN SU PIBG DAN 2,300.00
1,050.00 PROGRAM CAKNA ZIARAH 467.50
990.00
BAYARAN UNTU PROJEK KECERIAAN KELAS DAN 1,050.00
14.04.2021 PEMBERSIHAN KAWASAN SEKOLAH 350.00
760.00
06.05.2021 BAYARAN PEMBELIAN KERTAS PUSTAKA MEGA 665.00
AKADEMIK 1950.00
PEMBELIAN HADIAH PERSARAAN, PERTUKARAN
15.09.2021 DAN HADIAH AJK PIBG
01.10.2021 PENEGELUARAN DUIT SUMBANGAN MESYUARAT
AGUNG 2021
16.10.2021 BAYARAN MAKANAN GOTONG-ROYONG
18.10.2021 PEMBELIAN CAT GOTONG-ROYONG
20.10.2021 PEMBELIAN HAMPER UNTUK MESYUARAT AGUNG
PIBG 2021
30.09.2021ASGUUMNBGAN20G2A1N MESYUARAT 15.11.2021 BAYARAN MAKAN MURID UNTUK MAJLIS
APRESIASI KOKURIKULUM 2021
04.12.2021 DUIT BAKUL SUMBANGAN 1,320.00 22.12.2021 BAYARAN PROJEK BANGKU MURID- CABLE TRAY 630.00
23.02.2022KSEUCMEMBAENRLGAANNGMANAJLIS ANUGERAH 2,900.00 628.00
22.12.2021 BAYARAN UNTUK PROJEK PINTU PAGAR
BELAKANG SEKOLAH
22.12.2021 BAYARAN UPAH WELDING 250.00
1300.00
22.12.2021 PENGELUARAN DUIL BAKUL SUMBANGAN 1,440.00
11.01.2022 BAYARAN HADIAH UPKK TAHUN 5 DAN 6 – 72
ORANG MURID
27.01.2022 BAYARAN UPAH PEKERJA-PROJEK SEKOLAH 200.00
DIS 2021- KUTIPAN SUMBANGAN PIBG 08.02.2022 PERBELANJAAN HADIAH DAN MAKANAN – MAJLIS
MAC 2022 2021/2022 ANUGERAH KECEMERLANGAN
14,210.00 2,000.00
03.03.2022 BAYARAN JAMUAN MAKAN MURID TAHUN 6 2021 1,500.00
3000.00
21.03.2022 PENGELUARAN DUIT SUMBANGAN MAJLIS
ANUGERAH KECEMERLANGAN
JUMLAH PENDAPATAN 42,919.33 JUMLAH PERBELANJAAN 19,680.50
JUMLAH KESELURUHAN 23,238.83
Disediakan oleh : Disahkan oleh:
NORUL SALIHAH BT YA’KUB AHMAD ATMA B. ALI @ YUSOF
BENDAHARI PIBG SKKN YDP PIBG SKKN
12
AKTIVITI TAHUNAN PIBG 2021
BIL AKTIVITI / PROGRAM
1 GOTONG-ROYONG KECERIAAN SEKOLAH
2 PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 1
3 PERJUMPAAN IBU BAPA PRA
4 PERJUMPAAN IBU BAPA PPKI
5 PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6
6 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 44
7 MESYUARAT AJK PIBG
8 MAJLIS JAMUAN PERTUKARAN GURU
9 MAJLIS PERPISAHAN DAN KECEMERLANGAN MURID TAHUN 6 &
PPKI
10 MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN MURID TAHUN 6
13
USUL-USUL
14
PENGHARGAAN
DENGAN TULUS IKHLAS MERAKAMKAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI
PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
KEPADA :
YANG BERHORMAT DATO’ SERI DR HAJI AHMAD BIN SAID
PENGERUSI LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH
YDP DAN AJK PIBG
GURU-GURU & KAKITANGAN SK KAMPUNG NYIOR
KEDAI SK KAMPUNG NYIOR
HBE SERVICE SDN BHD
VITAL EQUITY SDN BHD
DIN BROTHER SDN BHD
HAINI ENTERPRISE
CASALINK SDN BHD
QIMILY MINI MARKET
EN. WAN SUHAIMI BIN WAN ISMAIL
EN. FAUZI BIN HASHIM
PN. ISAH BEE BT ABDULLAH
PN. KHAMSANI BT MAAROF
DAN SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG
DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE — 45
VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
MISI
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI
UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI
MEMENUHI ASPIRASI NEGARA