The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Norul Salihah Ya'kub, 2021-09-29 22:00:59

Mesyuarat Agung PIBG SK KAMPUNG NYIOR sesi 2021/2022

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG 2021

Mesyuarat Agung

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG NYIOR
KALI KE 44

Dirasmikan oleh:

YANG BERBAHAGIA,TUAN HAJI KASMAN BIN EMBONG

KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN,PPD DUNGUN

Tarikh : 1 Oktober 2021 ( Jumaat)
Masa : 2.30 Petang.
Tempat : Kediaman masing-masing.
Medium : Google Meet
https://meet.google.com/nzj-hzfc-rga

CIKGU RUSMADI BIN ABDULLAH TUAN HAJI KASMAN BIN EMBONG
GURU BESAR KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN
PPD DUNGUN
SK KAMPUNG NYIOR

EN AHMAD ATMA BIN ALI
YDP PIBG

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA
SURAT
1 PERUTUSAN YDP PIBG
1
2 PERUTUSAN GURU BESAR 2
3
3 ATUR CARA MAJLIS 4
5
4 AGENDA MESYUARAT KALI KE-44 6
7
5 NOTIS PEMBERITAHUAN 8

6 AHLI JAWATANKUASA PIBG KALI KE - 43 9-12
2020/2021
13
7 JAWATANKUASA INDUK MESYUARAT 14
AGUNG PIBG 2021 14
15
8 JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT
AGUNG PIBG 2021

9 MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE -43
2020/2021

10 PENYATA KEWANGAN 2020

11 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG
2020

12 USUL-USUL/CADANGAN

13 PENGHARGAAN

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul sekali lagi bagi menjayakan mesyuarat
Agung PIBG kali ke-44 pada tahun ini. Saya mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang
telah dapat meluangkan masa untuk hadir pada hari ini.
Pertama sekali, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah
dan syabas kepada semua AJK PIBG kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan Mesyuarat
Agung PIBG pada tahun ini walaupun secara dalam talian. Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini
merupakan platform terbaik untuk semua ibu bapa bertemu muka bagi berkongsi idea dan
pendapat yang bernas untuk melonjakkan lagi kecemerlangan sekolah sama ada dalam akademik
mahupun kokurikulum. SK Kampung Nyior terus bergerak dan memperoleh banyak kejayaan
sehingga ke peringkat antarabangsa dari sudut Ko-Akademik dan Kokurikulum.Syabas dan tahniah
terutamanya kepada murid-murid,ibubapa dan guru yang saling menggembeling tenaga dalam
menguruskan anak-anak sehingga berjaya.Alhamdulillah.

Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK telah berusaha untuk menjalankan tugas
yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam segala tindakan yang dilakukan, kami
sentiasa memikirkan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini dan ingin sentiasa memberikan yang
terbaik walaupun kadang kala berdepan dengan kesukaran terutamanya masalah kewangan.
Sumbangan PIBG yang telah diberikan oleh tuan puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya
untuk membantu membiayai program-program sekolah untuk meningkatkan pencapaian
pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Oleh itu saya juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada ibu bapa yang telah memberi sumbangan PIBG. Hal ini memudahkan pelbagai
program sekolah dapat dilaksanakan demi pembelajaran anak-anak.

Pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan daripada ibu bapa.
Sumbangan tersebut bukan semata- mata wang ringgit tetapi kerjasama daripada ibu bapa untuk
memastikan anak-anak sentiasa hadir ke sekolah. Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa itulah
yang lebih utama dan penting sebagai kunci kejayaan anak-anak. Oleh itu saya menyeru agar ibu
bapa turut membantu anak-anak dalam proses pembelajaran mereka.

Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa menyokong dan
memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan Skior terus
melakar kejayaan dan saya juga berharap supaya semua AJK PIBG akan dapat meneruskan usaha
dengan lebih gigih lagi bagi membantu pihak sekolah sama ada dari segi kewangan mahupun
tenaga.

Sekian, terima kasih

1

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya kita dapat berkumpul secara maya sempena Mesyuarat
Agung PIBG SK Kampong Nyior kali ke-44 tahun 2021 ini. Sesungguhnya, jauh di sudut hati saya, saya mengimpikan
mesyuarat ini dilakukan secara bersemuka kerana sejak saya mengemudi SK Kampong Nyior ini, saya belum
berkesempatan bersua muka, beramah mesra dengan para waris di sekolah ini. Namun apakan daya, pandemik Covid-19
menjadi kekangan bukan sahaja kepada kita bahkan kepada masyarakat seluruh dunia.Kita perlu akur kepada Prosedur
Operasi Standard yang ditetapkan demi memastikan kita kembali ke dalam norma yang biasa. Walau bagaimanapun,
sebagai pentadbir saya tetap akan melaksanakan tugas saya sebaik mungkin. Justeru, atas sokongan ibu bapa dan guru-
guru, saya akan pastikan prasarana di sekolah ini adalah yang terbaik untuk kemudahan pembelajaran murid-murid .
Setiap kelas dipastikan mempunyai kipas dan lampu yang berfungsi, pintu dan tingkap yang sempurna, tandas murid
dibaik pulih, bilik guru yang selesa dan persekitaran sekolah diceriakan.

Banyak kecemerlangan dan kejayaan yang telah pihak sekolah cipta sama ada dalam bidang akademik mahupun
dalam bidang kokurikulum. Kejayaan dan kecemerlangan ini menggambarkan usahasama/jalinan antara guru dan ibubapa
yang tidak pernah putus asa dalam mendidik anak-anak. Kejayaan ini juga menggambarkan usaha dan kerjasama yang
terjalin kukuh antara guru dengan ibu bapa selama ini diberkati oleh Allah SWT.

Antara kejayaan yang dikecapi kita terpilih untuk membentangkan pelaksanaan amalan terbaik kepada
kementerian Pelajaran Malaysia,dalam kokurikulum pula kejayaan kita sehingga keperingkat antarabangsa dalam
penyertaan Program The 18th scoute-camp Korea.Diperingkat kebangsaan pula anak2 kita terpilih dalam acara
Pertandingan Nyanyian solo e Kokurikulum Diperingkat negeri pula pelibatan kita dalam Anugerah Tokoh Nilam setelah
menjadi Johan peringkat daerah dan banyak kejayaan lain turut dikecapi.Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan
ini, pihak PIBG sentiasa menyokong pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti. Pihak PIBG juga banyak memberi
sumbangan dalam bentuk kewangan untuk pelbagai aktiviti sekolah serta hadiah kecemerlangan untuk anak-anak yang
berjaya. Sumbangan yang PIBG berikan dalam menjayakan semua aktiviti ini adalah hasil sumbangan ibu bapa kepada
tabung PIBG. Untuk itu, saya menyeru kepada ibu bapa agar terus menyumbang kepada tabung PIBG untuk kita sama-
sama terus menjana dan merancang pelbagai aktiviti yang menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak kita.

Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru mengajar, pakarnya pihak
pentadbir mengurus sekolah, malah perlu seiring dengan komitmen ibu bapa. Kita tidak boleh lepas tangan menyerahkan
bulat-bulat urusan mendidik anak-anak kepada pihak sekolah. Jika pihak sekolah mengambil tahu segala tindak-tanduk
anak-anak dari sekecil-kecil salah laku umpamanya datang lewat kepada sebesar-besar masalah, umpamanya merosakkan
harta benda sekolah, itu menggambarkan kecaknaan guru-guru dan pihak sekolah terhadap anak-anak. Pesanlah selalu
kepada anak-anak untuk sentiasa menjaga harta benda sekolah seperti menjaga harta benda di rumah sendiri.Sempena
dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan pendekatan musyawarah jika timbul sebarang masalah atau
salah faham sesama kita. Masalah disiplin dan tingkah laku anak-anak perlu ditangani bersama. Masalah ponteng sekolah
yakni tidak hadir ke sekolah tanpa sebab mesti diambil tindakan segera. Jangan kita biarkan anak-anak kita tidak hadir
tanpa sebab. Para guru akan berasa bangga jika ibu bapa sentiasa mengambil berat dengan disiplin anak-anak di
sekolah.Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibu
bapa yang hadir dalam majlis pada hari ini. Kehadiran para ibu bapa menggambarkan kesungguhan dan komitmen dalam
meningkatkan kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

2

ATUR CARA MAJLIS

2.00 PETANG ➢ PENDAFTARAN DAN KEHADIRAN IBU BAPA
2.30 PETANG ➢ ALUAN PENGERUSI MAJLIS

➢ BACAAN DOA

CG MOHD ZULKIFLI BIN ISMAIL

➢ BACAAN AL QURAN

ADAM ELMAN BIN NOR HEZRI

➢ UCAPAN TN GURU BESAR

CG RUSMADI BIN ABDULLAH

➢ UCAPAN YDP PIBG

EN AHMAD ATMA BIN ALI @ YUSOF

➢ UCAPAN PERASMIAN

TN HJ KASMAN BIN EMBONG

KETUA PENGAWAI PENDIDIKAN, PPD DUNGUN

➢ PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAHATI KEPADA AJK
PIBG 2020/2021 DAN PENYUMBANG

➢ CABUTAN BERTUAH
➢ BERMULA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 44
➢ BERSURAI

3

AGENDA MESYUARAT SESI 2021/2022

3.15 PETANG ➢ UCAPAN YDP PIBG
➢ MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT
MESYUARAT KALI -43
➢ MEMBENTANG PENYATA KEAWANGAN PIBG
➢ MELULUSKAN KUTIPAN SUMBANGAN PIBG BAGI
TAHUN 2021
➢ MEMBAHAS USUL
➢ PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG 2020/2021
➢ PELANTIKAN JAWATANKUASA PIBG 2021/2022
➢ CABUTAN BERTUAH
➢ UCAPAN PENANGGUHAN YDP BAHARU
➢ BERSURAI

4

NOTIS PEMBERITAHUAN

Ruj. Kami : PIBG/SKKN/008/005/001/Jld.IIV( )
Bertarikh : 23 September 2021

Semua Ibubapa/Penjaga Murid
SK Kampung Nyior,
Paka,Terengganu

Tuan/Puan,

NOTIS PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK KAMPUNG NYIOR KALI KE-44

Dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Kali Ke 44 akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 1 Oktober 2021 ( Jumaat)
Masa : 2.30 Petang.
Tempat : Kediaman masing-masing.
Medium : Google Meet : https://meet.google.com/nzj-hzfc-rga
Perasmian : Yang Berbahagia,Tuan haji Kasman Bin Embong

( Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Dungun )

2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
2.1 : Ucapan YDP
2.2 : Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke 43
2.3 : Membentang dan menerima penyataan kewangan
2.4 : Membahaskan usul
2.5 : Ucapan Penangguhan

3. Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati menjemput tuan untuk hadir ke majlis tersebut. Segala
kerjasama dan keprihatinan pihak tuan didahului jutaan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.

“Mendepani Pendidikan Global”
“ MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”

Saya yang menjalankan amanah,

( MUHAMMAD KHAIRUL IKHWAN BIN YAHAYA )
Setiausaha
PIBG SK Kampung Nyior,,
23100 Dungun, Terengganu.

s.k. 1. Guru Besar SK Kampung Nyior
2. YDP SK Kampung Nyior

5

JAWATANKUASA PIBG 2020/2021

PENASIHAT : CG RUSMADI BIN ABDULLAH

PENGERUSI : CG HAMZAH BIN ISMAIL

N. PENGERUSI 1 : CG SHERLIZA BINTI ISMAIL

N. PENGERUSI 2 : CG NOR SAKINAH BT ABU BAKAR @ GHAZALI

N. PENGERUSI 3 : CG CHE KHAIRUL ANNUAR B CHE AMRI

YANG DIPERTUA : EN. AHMAD ATMA BIN ALI @ YUSOF

N.YANG DIPERTUA : EN. SHAIMI BIN HAMZAH

SETIAUSAHA : CG MUHAMMAD KHAIRUL IKHWAN B YAHAYA

NAIB SETIAUSAHA : CG HASNAH BINTI MAT SAID

BENDAHARI : CG NORUL SALIHAH BINTI YA’KUB

PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 : PN. RAMLAH BINTI MOHAMAD

PEMERIKSA KIRA-KIRA 2 : EN. ABD RASHID BIN ABU BAKAR

AJK GURU :
CG. ISHAK BIN ISMAIL
CG. MARIAM BIN IBRAHIM
CG. MOHD ALIZAN BIN GHAZALI
CG. WAHIDA BINTI MAMAT
CG. NOORKAMILAH BINTI ABDUL RAZAK

AJK IBU BAPA :
EN. M GHAZALI BIN MAT SOH
EN. CHE WAN MUSTAFA BIN CHE WAN KAMAN
EN. AHMAD BUSRA BIN MUDA
PN. KHAMSANI BINTI MAAROF
PN. NORAINI BINTI MUSA
PN. SUZIANA BINTI ABDUL GHANI

6

JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT :
CG. RUSMADI BIN ABDULLAH

Guru Besar
PENGERUSI
CG HAMZAH BIN ISMAIL
GPK Hal Ehwal Murid

NAIB PENGERUSI 1 :
CG SHERLIZA BINTI ISMAIL

GPK Pentadbiran

NAIB PENGERUSI 2 :
CG NORSAKINAH BT ABU BAKAR

GPK Kokurikulum
NAIB PENGERUSI 3 :
CG CHE KHAIRUL ANNUAR BIN CHE AMRI
GPK Pendidikan Khas

SETIAUSAHA:
CG. MUHAMMAD KHAIRUL IKHWAN BIN YAHAYA

NAIB SETIAUSAHA :
CG. HASNAH BINTI MAT SAID

BENDAHARI :
CG. NORUL SALIHAH BINTI YA’KUB

7

JAWATANKUASA KERJA

PENGERUSI MAJLIS CG WAN HASLINDAYATI BINTI WAN HUSSAIN
BACAAN DOA
Admin Google Meet ,DIGITAL CG MOHD ZULKIFLI B ISMAIL
& MULTIMEDIA
HADIAH CG MOHD SHUKRI BIN LOT (K)
CG NASIR BIN BAHARUM
BUKU PROGRAM CG MOHD HAFIZ BIN TAWANG
DOKUMENTASI CG AIMAN BIN HAMIDUN

DOKUMENTASI CG NORAZITA BINTI SHAMSUDIN (K)
TUGAS-TUGAS KHAS CG NORASHIKIN BINTI DERAMAN
PENCATAT CG MASNORA BINTI ARRIPPIN
CG MARIAM BINTI IBRAHIM
CG NURFAJRINA BINTI ABD WAHAB
CG SITI FUZIAH BINTI AZIZ

CG NORUL SALIHAH BINTI YA’KUB(K)
CG MUHAMMAD KHAIRUL IKHWAN BIN YAHAYA

CG MOHD ZAMREE BIN ZAKARIA (K)
CG MARZAIRAIHAM BIN ABDUL ZAHID
CG NOORKAMILAH BINTI ABDUL RAZAK

CG MOHD ZAMREE B ZAKARIA
CG MOHD HAFIZ B TAWANG
CG WAHIDA BT MAMAT

CG ISHAK BIN ISMAIL
CG MOHD ALIZAN BIN GHAZALI

1. CG ROFINI BINTI ZINA’ ALI
(UCAPAN TUAN GURU BESAR)
2.CG ZURAIDA BINTI ISMAIL
(UCAPAN YDP PIBG)
3. CG MAHANOR BINTI MAMAT
(UCAPAN PERASMI)
4. CG HASNAH BINTI MAT SAID
(MESYUARAT AGUNG)

8

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI

KE – 43 / 2020

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE – 43 / 2020
SK KAMPUNG NYIOR

Tarikh : 03 Mac 2020
Hari / Masa : Selasa / 9.30 Pagi
Tempat : Dewan Nyior Gading SK Kampung Nyior
Perasmi : Yang Berbahagia Tn Hj Kasman Bin Embong

( Pegawai Pendidikan Daerah Dungun )

KEHADIRAN - 353 orang.
1. Kehadiran Ibu bapa / penjaga - 64 orang.

2. Kehadiran Guru dan Kakitangan

AGENDA 1 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan semua

ibu bapa penjaga murid SK Kampung Nyior.
1.2 Pengerusi menjemput semua AJK sesi 2019/2020 tampil ke hadapan bagi

memulakan mesyuarat.

AGENDA 2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 42
2.1 Encik Ahmad Sukri bin Mat Saman membentangkan minit mesyuarat dan meminta

cadangan untuk diterima dan disahkan.
2.2 Dicadang oleh Pn. Tuan Rosidah binti Tuan Zainudin.
2.3 Disokong oleh semua ibu bapa.

AGENDA 3 MEMBENTANG LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2018 / 2019
3.1 Encik Ahmad Sukri bin Mat Saman membacakan aktiviti-aktiviti PIBG untuk makluman

semua yang hadir.

9

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI
KE – 43 / 2020

AGENDA 4 MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN PIBG BAGI TAHUN KEWANGAN
BERAKHIR DISEMBER 2019
4.1 Pn. Norul Salihah binti Ya’kub membentangkan laporan kewangan dan meminta

cadangan untuk diterima dan disahkan
4.2 Dicadang oleh Puan Normalinda binti Muhammad.
4.3 Disokong oleh semua ibu bapa

AGENDA 5 MEMBAHASKAN USUL-USUL DARIPADA AHLI
5.1 Pn. Nordalila binti Zulkifli mencadangkan agar mengadakan gotong-royong antara ibu

bapa dan guru untuk menghiasi kelas. YDP memaklumkan ianya telah pun dibincang
dalam mesyuarat ajk PIBG tetapi tidak dapat dilaksanakan dan terpaksa ditangguhkan
dahulu memandangkan kos yang diperlukan agak besar
5.2 Pn. Ainon Maziah binti Mohd mencadangkan agar Sumbangan PIBG dan Sumbangan
Program Kecemerlangan Pendidikan dikekalkan. YDP meminta persetujuan semua
ibu bapa/penjaga iaitu;

5.2.1 Sumbangan Program Kecemerlangan Pendidikan RM 20.00 seorang.
5.2.2 Sumbangan PIBG RM 30.00 sekeluarga.
5.2.3 Usul yang dicadangkan mendapat sokongan ibu bapa sepenuhnya.
5.3 Pn Norliza binti Mohd Tahar mencadangkan agar pihak sekolah perlu menyediakan baldi
di dalam tandas guru dan murid. YDP memaklumkan bahawa pihak sekolah telah pun
menyediakannya.
5.4 Pn Rosimah binti Abdullah mencadangkan agar pihak sekolah membuat sesi bergambar
setiap tahun untuk semua murid dan guru kelas. YDP memaklumkan bahawa ianya akan
dibincang dalam mesyuarat ajk PIBG kerana melibatkan kos yang agak tinggi.

10

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI
KE – 43 / 2020

5.5 Pn Julaida binti Ahmad ingin mengetahui adakah surat cuti hospital jika dilampirkan
akan dikira kehadiran murid tersebut atau sebaliknya. Guru Besar menerangkan
bahawa kehadirannya tetap tidak dikira pada hari berkenaan tetapi dicatat sebagai
tidak hadir bersebab.

5.6 Pn Haznizai binti Azmi mencadangkan agar kedai sekolah beroperasi juga pada waktu
rehat kelas agama fardhu ain. Guru Besar menerangkan bahawa pihak sekolah
kekurangan kakitangan untuk tujuan tersebut.

5.7 En Mohd Kamaro Zaman bin Mad Zin menyatakan rasa tidak puas hati terhadap
kualiti makanan di kantin. Selain itu beliau juga memohon agar pihak sekolah dapat
awalkan ( 30 minit ) waktu pulang kelas agama fardhu ain. Guru Besar menerangkan
yang beliau akan sentiasa memantau kualiti makanan pihak pengusaha kantin
memandangkan beliau masih baru lagi. Berkaitan waktu pulang pula ianya tidak dapat
dilaksanakan kerana peruntukan waktu kelas agama fardhu ain telah ditetapkan oleh
KPM dan ianya tidak dapat diubah.

11

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI
KE – 43 / 2020

AGENDA 6 UCAPAN PENANGGUHAN
6.1 Encik Atma bin Ali ( YDP ) mengharapkan agar hubungan baik di antara pihak guru-

guru dan ibubapa penjaga sentiasa elok. Selain itu beliau mengharapkan ibubapa
penjaga sentiasa memberi komitmen sepenuhnya dalam apa-apa program yang
dianjurkan oleh pihak sekolah. Beliau juga mewakili ajk pibg yang lain berjanji akan
sentiasa meluangkan masa untuk bersama pihak sekolah sama ada untuk aktiviti
gotong-royong, mesyuarat dan lain-lain lagi.
6.2 YDP memohon maaf seandainya sepanjang beliau mempengerusikan Mesyuarat
Agung PIBG kali ini terdapat kesilapan serta perkataan yang mengguris hati yang tidak
disengajakan. Beliau juga memaklumkan bahawa tahun ini tidak ada pemilihan ajk
PIBG.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.45 petang.

Disediakan oleh ; Disemak oleh ;

-------------------------------------------- --------------------------------------------
( AHMAD SUKRI BIN MAT SAMAN) (AHMAD ATMA BIN ALI) @ YUSOF
Setiausaha PIBG sesi 2019/2020 YDP PIBG Sesi 2019 / 2020,
SK Kampung Nyior SK Kampung Nyior

12

PENYATA KEWANGAN PIBG 2020

PENYATA PENDAPATAN & PERBELANJAAN
PIBG SK KAMPUNG NYIOR 2020

TARIKH PENERIMAAN RM TARIKH PERBELANJAAN RM
600.00
31.12.2019 BAKI DI BANK 11024.33 21.01.2020 BAYARAN ROTI MERENTAS DESA 567.00
100.00
BAKI DI TANGAN 29.01.2020 BAYARAN PEMBELIAN KIPAS 3320.00
TAHUN 1 605.00
110.00
262.00 29.01.2020 BAYARAN PENYELENGGARAN 1000.00
200.00
KIPAS
06.02.2020 BAYARAN PERBELANJAAN 1533.00
150.00
MESYUARAT AGUNG PIBG
23.02.2020 BAYARAN DUIT PKG PAKA – MURID

27.02.2020 BAYARAN PEMBELIAN TABUNG
SIMPANAN SUMBANGAN SURAU

28.06.2020 BAYARAN PEMBELIAN PERALATAN
SEKOLAH COVID-19

28.12.2020 BAYARAN PEMBELIAN HADIAH
PERSARAAN CG NOORSIDAH DAN
EN SALUDIN(PEJABAT)

28.12.2020 BAYARAN MAKAN MURID
(JAMUAN TAHUN 6 2020)

28.12.2020 BAYARAN PEMBELIAN HADIAH
UPKK 8A 2019

16.02.2020 SUMBANGAN MESYUARAT 2200.00
AGUNG KALI KE – 43 20600.00

30.12.2020 DUIT KUTIPAN PIBG 2020

JUMLAH PENERIMAAN 31624.33 JUMLAH PERBELANJAAN 8185.00

BAKI 23439.33

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

NORUL SALIHAH BT YA’KUB AHMAD ATMA B. ALI @ YUSOF
BENDAHARI PIBG SKKN YDP PIBG SKKN

13

AKTIVITI TAHUNAN PIBG 2020

BIL AKTIVITI / PROGRAM

1 PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 1
2 PERJUMPAAN IBU BAPA PRA
3 PERJUMPAAN IBU BAPA PPKI
4 PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6
5 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 43
6 MESYUARAT AJK PIBG
7 MAJLIS JAMUAN PERTUKARAN GURU
8 MAJLIS PERPISAHAN DAN KECEMERLANGAN MURID

TAHUN 6 & PPKI

USUL-USUL

1. MEMPERKETATKAN LAGI KAWASAN SEKOLAH SUPAYA IBU BAPA TIDAK BOLEH
MEMASUKI KENDERAAN SEMASA MENGAMBIL ANAK DI DALAM KAWASAN
SEKOLAH. (MAHANI BINTI MOHD NOR)

14

PENGHARGAAN

DENGAN TULUS IKHLAS MERAKAMKAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI
PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

KEPADA :

YB DUN PAKA USTAZ HJ SATIFUL BAHARI BIN MAMAT
PENGAWAI PENDIDIKAN DAERAH DUNGUN
YDP DAN AJK PIBG

GURU-GURU & KAKITANGAN SK KAMPUNG NYIOR
KEDAI SK KAMPUNG NYIOR
HBE SERVICE SDN BHD
VITAL EQUITY SDN BHD
CASALINK SDN BHD
QIMILY MINI MARKET
PN. ISAH BEE BT ABDULLAH
PN. SUZIANA BT ABD GHANI
PN. KHAMSANI BT MAAROF
PN. HASNAH BT MAT SAID

PN. WAHIDA BT MAMAT

DAN SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG
DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE — 44

VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI
UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI
MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

15


Click to View FlipBook Version