MPU21032: PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
TAJUK: PLOT CERITA (ANIMASI UPIN DAN IPIN)
Mengulas sesuatu plot cerita dari filem yang berkaitan dengan
penggerak kesepaduan nasional
BY:
NURFARAINI ALIYANA BINTI MOHD HARUDIN (33DEI19F1095)
ANIS SOFIA BINTI SULAIMAN (33DEI19F1096)
SITI NORDIANA BINTI FAUZI (33DEI19F1083)
WAN NOR MUNIRAH BINTI WAN MUSTOPHA (33DEI19F1088)
SITI HAJAR AISYAH BINTI MOHD YUSRI (33DEI19F1070)
CLASS: DEI 5C
DEPARTMENT:
JABATAN KEJURUTERAAN PETROKIMIA
POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL
ISI KANDUNGAN:
1) Pengenalan..........................
2) Objektif................................
3) Watak perwatakan.............
4) Plot cerita/ sinopsis.............
5) Impak...................................
6) Nilai murni..........................
7) Ulasan..................................
8) Cadangan............................
9) Kesimpulan.........................
PENGENALAN:
Upin & Ipin (Tulisan Jawi: ;اوڤين دان ايڤينjuga dikenali sebagai Upin & Ipin dan Kawan-Kawan) ialah
sebuah siri animasi tayangan singkat Malaysia yang dihasilkan oleh syarikat animasi Les' Copaque
Production, dan juga nama bagi dua watak utama siri ini. Upin & Ipin merupakan keluaran sampingan
bagi filem Geng: Pengembaraan Bermula yang juga menampilkan watak utama siri animasi tersebut.
Mula-mulanya, Upin & Ipin disiarkan sempena bulan Ramadan pada tahun 2007 di TV9 (Malaysia),
dengan tujuan mendidik anak-anak agar menghayati erti bulan mulia, kini menjangkaui 15 musim dan
tidak terhad pada televisyen, bahkan juga dalam bentuk DVD dan penstriman video melalui saluran
YouTube rasmi Les' Copaque Production. Upin & Ipin juga berjaya dipasarkan di luar negara,
khususnya negara jiran Indonesia. Atas kejayaan menambat hati penonton serantau, Upin & Ipin
disenaraikan dalam Malaysian Book of Records sebagai "Animasi Paling Berjaya" pada tahun 2011.
Susulan filem Geng, Les' Copaque mengumumkan filem seterusnya yang dibintangi oleh Upin &
Ipin, iaitu Upin & Ipin: Angkasa pada pertengahan tahun 2009. Namun, setahun kemudian, filem
Angkasa diumumkan batal dan diganti dengan Laksamana Upin & Ipin yang dijanjikan dalam bentuk
filem 3D. Pada 29 September 2010, kugiran Padi dari Indonesia melancarkan sebuah lagu tema baru
untuk Upin & Ipin, bertajuk "Sahabat Selamanya", yang juga ditujukan kepada hubungan antara
Malaysia dengan Indonesia yang dikatakan dilanda konflik ketika ini. Video muzik lagu ini yang
sudah berkumandang di kaca televisyen Indonesia sejak bulan Ogos, menampilkan kugiran tersebut
mendendangkan lagu mereka di halaman rumah Upin dan Ipin, serta babak-babak terpilih dari siri
animasi Upin & Ipin. Selain itu, cerita Upin & Ipin ini mempunyai karakter yang berlainan bangsa
seperti Melayu, India dan Cina. Upin & Ipin juga boleh ditonton oleh semua kategori umur kerana ia
mempunyai unsur-unsur yang sangat bagus untuk dicontohi. Seterusnya, Upin & Ipin ini adalah
kanak-kanak tadika yang mempunyai sifat sentiasa ingin tahu kerana mereka akan bertanya kepada
sesiapa sahaja untuk mengetahui sesuatu benda yang mereka tidak pernah tahu . Pada tahun 2009
juga, barulah filem Geng: Pengembaraan Bermula ditayangkan, untuk menjadi filem tempatan yang
paling banyak hasil kutipan pawagam di Malaysia pada tahun itu. Upin & Ipin dan Kawan-kawan
merupakan siri animasi yang menceritakan kisah sepasang kembar 5 tahun yang menjalani kehidupan
mereka sehari-hari yang penuh dengan aktiviti menarik dan pengembaraan yang mendebarkan. Kenali
Upin & Ipin dan kawan-kawannya: Ehsan, merupakan ketua kelas yang sering menjadi pengadil
dalam sesebuah permainan. Fizi, merupakan sepupu Ehsan yang sering menjadi mangsa keadaan. Mei
Mei, kanak-kanak berbangsa Cina, comel, bersopan-santun dan sering menyuarakan pendapatnya.
Mail, suka berniaga dan sering ditonjolkan sebagai mempunyai ciri-ciri ahli perniagaan yang berjaya.
Mail sentiasa cuba untuk menjual apa saja yang boleh mendatangkan keuntungan dengan laungan
“dua, seringgit”. Jarjit, kanak-kanak Sikh yang sangat periang. Walaupun sebaya, namun suara dan
wajahnya kelihatan lebih matang serta Jarjit sangat gemar teka-teki dan berpantun. Kak Ros, kakak
mereka yang sangat garang. Opah, nenek yang lemah-lembut dan sering menasihati mereka. Akhir
sekali, Tok Dalang ialah jiran sebelah rumah dengan Upin & Ipin yang selalu memberi nasihat yang
baik kepada mereka dan sentiasa memberikan pengajaran yang baik kepada Upin , Ipin dan kawan-
kawannya.
OJEKTIF :
Objektif penulisan ini ialah untuk (i) mengenal pasti alat bantuan mengajar yang mempunyai imej
kreatif dan mudah difahami oleh pelajar, (ii) menjelaskan reka bentuk watak dan jalan cerita yang
menarik menerusi animasi Upin & Ipin Les' Copaque Production Malaysia (yang ditonton melalui
youtube) dan (iii) menganalisis ciri-ciri interaksi dalam penyampaian maklumat oleh pengajar kepada
pelajar. Selain itu, adakah animasi Upin & Ipin dapat menarik perhatian pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan daya kreatif pelajar ketika berinteraksi dengan tenaga
pengajar di dalam kelas.
WATAK PERWATAKAN:
a) Watak utama ialah Upin dan Ipin.
Watak utama ialah Upin dan Ipin. Dalam program kartun ini, Upin dan Ipin mempunyai
kawan-kawan yang daripada pelbagai kaum. Mereka setiasa bermain bersama-sama sambil
hormat menghormati nilai dan budaya sesama mereka seperti mengetahui tradisional kaum-
kaum. Kanak-kanak yang menonton kartun ini juga akan mengikutkan gaya watak Upin dan
Ipin berkawan dengan kaum lain. Bukan sahaja kanak-kanak akan menonton animasi ini,
ibubapa atau ahli keluarga juga akan bersama anaknya menonton animasi ini. Oleh itu,
mereka akan serapkan nilai murni kesepaduan daripada animasi ini kerana animasi ini telah
menunjukkan konsep 1 Malaysia dan sentiasa berkawan tanpa mengira agama, bangsa dan
kaum.
b) Penggunaan Bahasa Melayu.
Selain itu, watak-watak dalam animasi ini mengunakan Bahasa Melayu iaitu bahasa
kebangsaan untuk komunikasi. Ini dapat mendidik kanak-kanak berkomunikasi dengan
menggunakan bahasa kebangsaan dari kecil seperti melentuh buluh biarlah dari rebungnya,
supaya mereka berkoumikasi dapat lebih senang memahami antara satu sama lain walaupun
tidak sama kaum.
c) Ajaran menghormati orang yang lebih tua.
Apa yang menariknya walaupun animasi ini berkisar tentang kehidupan kanak-kanak yang
aktif dan nakal namun sempat juga diselitkan dengan ajaran-ajaran positif yang mengajar
penonton cilik menghormati orang yang lebih dewasa. Ini dapat dilihat dengan wujudnya
watak Kak Ros, Opah, Tok Dalang dan Cikgu Jasmin. Dalam animasi ini watak-watak yang
lebih dewasa sentiasa dihormati.
d) Episod perayaan berbilang kaum.
Setiap kali ada perayaan utama di Malaysia, siri animasi ”Upin dan Ipin” ini tidak pernah
ketinggalan untuk mewujudkan senario perayaan tersebut dalam siri mereka. Perayaan-
perayaan utama yang pernah digambarkan dalam siri animasi ”Upin dan Ipin” termasuklah
perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan juga Krismas. Malahan ada
juga episod ”Upin dan Ipin” yang menyiarkan siri khas mengenai perayaan sambutan
kemerdekaan Malaysia. Dalam setiap siri atau episod perayaan ini, animasi ini sentiasa
menunjukkan teladan yang baik dan juga secara tidak langsung mengajar penonton-penonton
menghormati perayaan agama yang berbilang bangsa. Setiap siri dan episod animasi ini
mampu memberi pengaruh dan impak besar kepada masyarakat seluruh negara. Apa yang
diterjemahkan dapat memupuk semangat perpaduan kaum berbilang bangsa, penerapan kasih
sayang terhadap negara, aspek disiplin serta gambaran suasana sosial politik Malaysia secara
lelucon tanpa berat sebelah.
e) Patriotisme
Selain itu, animasi Upin dan Ipin ini juga banyak memberi tumpuan tentang etika dan
tanggungjawab yang mana merupakan konsep penting yang perlu ada dalam melahirkan
rakyat yang bersemangat patriotisme. Watak-watak lain seperti nenek iaitu Opah dan Kakak
Ros memainkan peranan penting dalam memberi nasihat, bimbingan dan menjadi pendengar
mereka keluhan mereka berdua. Nilai-nilai murni yang cuba ditonjolkan dalam cerita animasi
ini mudah difahami oleh kanak-kanak dan menjadi satu pengalaman atau kenangan kekal
kepada mereka (Les’ Copaque, 2010).
PLOT CERITA/SINOPSIS:
i) Plot:
Suasana di Rumah Kasih Darul Makmur nampak ceria apabila sekumpulan kanak-kanak anak yatim
yang mendiami rumah itu riang bermain bola sepak sambil ditemani Noreen. Dari luar, Noreen
nampak ceria, namun pada hakikatnya, dia dilanda kesedihan memandangkan ayahnya, Haji Makmur
baru sahaja meninggal dunia. Ingatannya kembali kepada kenangan sewaktu bapanya masih lagi
mengepalai kepimpinan rumah tersebut. Dia juga teringat saat arwah bapanya menyerahkan kunci
rumah tersebut kepadanya.
Di meja pejabatnya, Noreen berasa tertekan apabila terpaksa memilih sama ada terus bersama
amanahnya atau berpindah ke syarikat yang menawarkannya untuk bekerja. Tidak lama kemudian,
Zaman, seorang lelaki berada tiba di halaman rumah tersebut. Dia datang untuk menuntut kembali
haknya ke atas tanah yang terbinanya rumah itu, memandangkan tapak itu diberikan atas persetujuan
pinjaman antara ayahnya, Haji Kaslan dengan ayah Noreen, Haji Makmur. Dia menggunakan alasan
pemergian ayah Noreen untuk mengambil kembali tanah tersebut dan memberikan sedikit masa
kepada Noreen untuk memikirkan perkara tersebut.
Perbualan itu didengari oleh Aqish sehinggakan dia sendiri meluahkan masalah tersebut kepada Upin
dan Ipin. Luahan Aqish itu didengari sendiri oleh Noreen sehingga menimbulkan persoalan dalam
dirinya. Noreen seakan-akan tidak percaya yang Aqish sedang meluah dengan Upin dan Ipin, namun
Aqish cuba meyakinkan kakaknya. Luahan itu didengari oleh Upin dan Ipin, dan mereka muncul
dalam dunia yang nyata. Namun, kehadiran mereka tidak disedari oleh sesiapapun, termasuklah Aqish
sendiri.
Keesokan harinya, Zaman sekali lagi datang ke rumah itu dan memujuk Noreen untuk menyerahkan
tanah tersebut. Namun, Noreen tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan tanah tersebut.
Kegagalan rundingan itu menimbulkan kemarahan Zaman dan dia mengugut kepada semua penghuni
itu untuk menghalau mereka dari situ sekiranya tidak ada sebarang tindakan sepanjang dua bulan akan
datang.
Situasi itu menyebabkan Aqish terus berlari ke pondok dan terus meluahkan isi hatinya kepada Upin
dan Ipin. Namun, dia merasa yang dia telah dikhianati oleh Upin dan Ipin. Walau bagaimanapun,
untuk menenangkan perasaan Aqish, Upin dan Ipin akhirnya muncul sekali lagi ke dunia nyata.
Kehadiran mereka mengejutkan Aqish selaku peminat fanatik mereka berdua. Akhirnya, Aqish berasa
sangat gembira apabila akhirnya, luahannya dapat didengari oleh mereka berdua.
Situasi itu disedari oleh Mimi. Ketika dia memanggil Aqish, dia sedar yang tiada sesiapapun di dalam
pondok itu. Hal itu menakutkan Mimi. Reaksi Mimi itu menimbulkan persoalan sehinggalah Upin
menjelaskan sebab hanya Aqish yang mampu melihat mereka. Akhirnya, Aqish dapat memahami
sebab mengapa dia diberi keistimewaan untuk melihat Upin dan Ipin.
ii) Sinopsis:
Filem ini mengisahkan kehidupan seorang gadis yatim piatu bernama Balqis yang mana watak
animasi kegemarannya tidak lain ialah Upin dan Ipin. Dia tinggal di rumah anak yatim bersama
rakan-rakannya di bawah jagaan seorang wanita muda bernama Noreen. Pada suatu hari, seorang
lelaki bernama Zaman mengunjungi rumah anak yatim dengan motif tidak diketahui. Setelah
mendengar perbualan Zaman dengan Noreen, Balqis mendapat tahu bahawa Zaman, anak kepada tuan
tanah tersebut, ingin mengambil alih rumah anak yatim dan memaksa Noreen untuk menyerah dan
membawa anak-anak yatim itu pergi, menjadikan mereka kehilangan tempat tinggal. Berasa marah
dan patah hati, Balqis meminta pertolongan dari Upin dan Ipin dalam usaha menyelamatkan rumah
mereka. Sementara itu, Awie, penyanyi rock yang pernah popular, sedang menghadapi krisis
kewangan. Dengan hari-hari kegemilangannya di belakangnya, dia sedang mencari peluang untuk
mengeluarkan album barunya untuk menghasilkan sejumlah wang. Awie dan pembantunya Bo
meminta bantuan dengan Balqis, yang mana Upin dan Ipin mencetuskan idea untuk menyelamatkan
rumah anak yatim Aqish dan karier Awie.
IMPAK:
Kesepaduan sosial merupakan cara untuk melihat konflik yang berlaku dalam kehidupan
bermasyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Sekiranya timbul pelbagai konflik,
anggotanya akan segera mencari jalan penyelesaian melalui perundingan dalam pelbagai cara dan
bentuk. Daripada perspektif kesepaduan sosial, kita dapat melihat bahawa masyarakat Malaysia
bersifat dinamik. Ertinya, masyarakat kita membina kesepaduan sosial melalui interaksi dan amalan
harian secara langsung dan tidak langsung secara berterusan.
Watak yang memberi impak yang cukup besar dalam animasi Upin dan Ipin ialah mereka
berdua itu sendiri. Kita dapat lihat dalam setiap siri episode Upin yang seringkali membetulkan
kesilapan Ipin. Ipin dapat menerima teguran daripada Upin. Ada kalanya mereka bergaduh,
namunakhirnya mereka sentiasa berdamai dan bekerjasama untuk melakukan sesuatu seperti
bermain bersama-sama serta mengemas rumah mereka apabila disuruh oleh Kak Ros.
Seterusnya ialah Tok Dalang. Dia merupakan penghulu Kampung Durian Runtuh. Dalam
episod Skuad Bebas Denggi, Musim-9 episod 3, Tok Dalang menegur Upin, Ipin dan kawan-
kawannya yang lain. Mereka tidak mengemas sampah sarap di kedai jiran. Maka Tok Dalang
menyuruh mereka mengutip sampah sarap dengan alasan bahawa sebagai satu komuniti masyarakat,
perlu bertanggungjawab. Hal ini bertujuan bagi mencegah penyakit denggi daripada merebak kerana
nyamuk membiak di tempat banyak sampah sarap. Ini merupakan contoh baik untuk memupuk
perpaduan masyarakat kerana saling mengambil tanggungjawab menjaga kebersihan kawasan.
Dalam siri Al-Kisah Malam Puasa Musim 9, Episod 3, Upin, Ipin, Ehsan, Fizi dan Dzul pergi
untuk solat terawih dengan basikal. Dalam perjalanan, mereka sampai pada suatu kawasan dan
ternampak bayang-bayang seperti kucing. Mereka ketakutan lalu pantas mengayuh basikal ke masjid.
Pakaian mereka menjadi kotor dengan selut. Tok Dalang memberi mereka pakaian yang baru iaitu
baju melayu berserta kain sarung agar mereka dapat menunaikan solat. Ini merupakan satu impak
yangamat kuat. Peristiwa ini menunjukkan Tok Dalang amat prihatin dan ambil berat kebajikan
masyarakat. Sudah tentu ianya memberi contoh, bagaimana kehidupan masyarakat yang bersatu padu
serta saling bantu membantu berlaku dalam keadaan sebegini iaitu di masjid pada malam pertama
puasa iaitu sebelum menunaikan solat terawih.
Selain itu, Kak Ros juga memberikan impak yang kuat kerana sering melarang Upin dan Ipin
daripada bermain melebihi waktu atau melakukan perkara yang bukan-bukan seperi Upin dan Ipin
yang kadangkala bergaduh disebabkan perkara kecil. Contohnya ialah berebut membuka kamus
bergambar kanak-kanak untuk melihat dan membayangkan ayam goreng ketika di bulan puasa. Kak
Ros bersikap tegas bagi memastikan Upin dan Ipin sentiasa dalam kawalan dan berdisiplin. Di sebalik
sikapnya yang tegas, Kak Ros merupakan seorang yang amat penyayang dan mengambil berat tentang
Upin dan Ipin. Opah merupakan nenek baik hati yang tidak pernah penat untuk menjelaskan kepada
Upin dan Ipin tentang setiap perkara yang ditanyakan oleh mereka.
Dalam siri animasi yang bertajuk Al-Kisah Hari Raya Musim ke-9 Episod 3, kita dalam
melihat kesepaduan sosial yang baik semasa hari raya. Jarjit dan Mei-Mei turut datang ke rumah Upin
dan Upin. Mereka disambut dengan mesra oleh Opah dan Kak Ros pada hari yang mulia tersebut.
Peristiwa ini memberi contoh yang amat baik dalam membentuk perpaduan yang utuh dalam
masyarakat. Walaupun berbeza bangsa dan agama, ianya tidak menghalang kita untuk hidup bersama
dengan harmoni saling menyayangi dan bertolak ansur. Semua peristiwa dalam animasi ini
menunjukkan ciri-ciri perpaduan dalam masyarakat dengan baik.
NILAI MURNI:
Animasi Upin dan Ipin memaparkan satu fenomena sosial yang berlaku di Malaysia. Animasi ini
menceritakan bagaimana kesepaduan dan pembentukan perpaduan dikalangan penduduk serta
kesepakatan dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Melalui animasi ini, kita ditunjukkan
bagaimana watak kanak-kanak dapat menyedarkan kita kepentingan menjaga perpaduan yang semakin
terhakis sejak kebelakangan ini.
Kepelbagaian jalan cerita dari aspek sejarah, nilai-nilai murni, pengajaran dan amalan bersatu
padu dapat menjamin kesejahteraan dan keamanan dalam komuniti ini. Ada cerita yang memaparkan
bagaimana penduduk kampung bekerjasama dalam membantu mangsa kebakaran, bagaimana cara Tok
Dalang menceritakan dan memupuk semangat cintakan negara, bagaimana cikgu mengajar kepentingan
menjaga perpaduan sepatutnya dapat diambil iktibar dan pengajaran daripada cerita ini. Animasi Upin
dan Ipin berperanan sebagai medium untuk menyedarkan masyarakat Malaysia secara keseluruhan
mengenai kepentingan menjaga dan memelihara keamanan dan perpaduan yang telah kita kecapi.
Antara usaha-usaha yang dijalankan dalam pembentukan kesepaduan ialah pengenalan konsep
kesamarataan ras di mana tiada perbezaan antara kaum dalam membentuk kesepaduan sosial
dikalangan rakyat Malaysia. Perbezaan yang berlaku telah mengakibatkan perpaduan dan keamanan
yang dikecapi telah terhakis sedikit demi sedikit tanpa kita sedari. Cuba kita lihat bagaimana hanya
dengan sedikit
propaganda, kita mudah untuk bertindak di luar batasan dan semakin tidak peduli mengenai
kepentinganmenjaga perpaduan dan keamanan yang telah kita kecapi sekarang.
Konsep budaya di mana walaupun terdapat perbezaan budaya, kita masih dapat hidup
bersama dalam suasana yang aman dan bahagia dalam satu komuniti. Perkara seperti ini jarang dapat
dilaksanakan dinegara lain kerana faktor perbezaan budaya dan fahaman. Namun, kerajaan Malaysia
dapat melaksanakan dan mengekalkan kesepaduan dikalangan penduduk yang mempunyai pelbagai
fahaman dan latar belakang.
Konsep masyarakat di mana mereka dapat berkongsi budaya yang sama, menduduki kawasan
yang sama serta memupuk kesepaduan diantara mereka. Pembentukan masyarakat yang bersatu padu
dan kepentingan menjaga keamanan yang telah kita kecapi sekarang. Berikut merupakan antara usaha
yang dijalankan ke arah pembentukan kesepaduan sosial dikalangan rakyat Malaysia.
ULASAN:
Dari hasil penelitian yang penulis lakukan mengenai nilai-nilai moral dalam Serial Kartun
Upin dan Ipin episode: “Esok Puasa”, “Puasa Pertama”, “Nikmat”, Teraweh”, Lailatul Qadar”, dan
“Zakat Fitrah”, dapat diambil kesimpulan sebagai berikut: Dalam episode ”Esok Puasa” terdapat
nilai-nilai moral yang meliputi moral terhadap Allah yang berupa: ketakwaan, dan moral terhadap
keluarga, khususnya terhadap orang tua yang berupa mematuhi perintah atau saran orang tua. Dalam
episode “Puasa Pertama” terdapat nilai-nilai moral yang meliputi moral terhadap Allah yang berupa
ketakwaan, dan moral terhadap keluarga seperti menyayangi anggota keluarga yang lebih muda.
Dalam episode “Nikmat” terdapat nilai-nilai moral seperti: moral peribadi, iaitu tentang kesopanan
dalam makan dan sabar, dan moral terhadap keluarga, yakni patuh kepada orang tua dan menyayangi
yang lebih muda. Dalam episode “Teraweh” terdapat nilai-nilai moral yang tidak jauh berbeza
dengan nilai-nilai moral yang di kandung dalam episode tersebut di atas, yakni: moral terhadap
Allah yang berupa ketakwaan, nilai moral peribadi berupa sikap rendah hati atau tidak sombong,
nilai moral terhadap keluarga, 89 90 iaitu: saling menyayangi, dan moral terhadap masyarakat atau
teman, yakni toleransi dan ramah-tamah atau bertegur sapa dengan teman. Dalam episode “Lailatul
Qadar” juga terdapat nilai moral terhadap Allah yang berupa ketakwaan dan taubat, moral peribadi
yang berupa kejujuran, dan moral terhadap sesama yang berupa toleransi. Yang terakhir dalam
episode “Zakat Fitrah’ terdapat nilai moral yang meliputi moral terhadap Allah yang berupa
ketakwaan, moral terhadap orang tua yang berupa patuh pada perintahnya, dan moral terhadap
sesama, yakni: bersedekah pada orang lemah.
CADANGAN:
Syarikat penerbitan kandungan animasi tempatan, Les' Copaque Production Sdn Bhd (Les' Copaque)
yakin cadangan membangunkan Taman Tema Upin & Ipin setaraf Universal Studios boleh membantu
pertumbuhan industri pelancongan selain limpahan faedah lain. Pengarah Urusan Les' Copaque,
Burhanuddin Md Razdi berkata, siri animasi Upin & Ipin dianggap jenama besar yang boleh
dimanfaatkan untuk meningkatkan sektor pelancongan dan industri hiliran di Malaysia. Upin & Ipin
bukan sekadar boleh diperluaskan sebagai jenama kartun, malah boleh dipelbagaikan termasuk dengan
membina taman tema.
Selama ini, syarikat sudah 'kejar' banyak pihak berkaitan, namun kita tidak mendapat sokongan.
Sedangkan, kita tahu kewujudan taman tema seumpama itu boleh dilihat daripada sudut yang lebih luas.
Ini termasuk kadar tukaran wang asing melalui pertumbuhan industri pelancongan. Dengan adanya
Taman Tema Upin & Ipin, saya yakin ia mampu menjana banyak aspek lain. Malah, kita juga boleh
buka kilang jual barangan eksklusif karakter ini di Gua Musang, Kelantan, sebagai contohnya, kilang itu
dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat.
KESIMPULAN:
Sebagai kesimpulan, kita dapat melihat kepentingan menjaga perpaduan agar kita dapat hidup
dalam keadaan harmoni. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan seperti menekankan
penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah agar dapat membantu
komunikasi antara masyarakat. Bahasa yang sama memudahkan kita berkomunikasi untuk saling
berkenalan dan memahami antara satu sama lain. Ini antara cara perpaduan itu dipupuk. Seterusnya
ialah dengan memberikan hak sekolah vernakular agar mereka melihat bangsa mereka tutur diiktiraf
dan diberi ruang untuk mendidik anak bangsa mereka dengan acuan mereka sendiri.
Animasi Upin dan Ipin merupakan suatu contoh usaha yang amat cemerlang dalam menyemai
semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Kanak-kanak yang menonton rancangan ini dapat
melihat suasana hidup dalam masyarakat majmuk. Cara-cara setiap watak berkawan, dan cara mereka
menyelesaikan konflik antara mereka. Hal ini sudah tentu dapat menanam sikap saling menghormati
individu yang berbeza agama, bangsa dan budaya dengan kita.
Perpaduan masyarakat merupakan perkara yang perlu dipelihara bersama. Jika kita tidak
mengambil endah, usaha berpuluh tahun yang dilakukan oleh pelbagai pihak akan musnah. Negara
yang mempunyai perpaduan yang lemah, tidak mampu membangun dengan baik. Oleh itu, amatlah
perlu kita menitikberatkan soal menjaga perpaduan dengan melakukan pelbagai usaha agar
masyarakat peka dengan perkara ini.
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah berlapang dada dan bertoleransi untuk hidup berjiran
dengan mereka yang mempunyai gaya hidup yang berbeza dengan kita. Janganlah pula kita
berprasangka dengan mereka. Tiada jalan lain untuk memahami dan mengenali mereka melainkan
kita bersosial dengan mereka. Jalinkan hubungan yang erat sesama komuniti dalam masyarakat agar
kita dapat bersama-sama membentuk perpaduan yang kukuh memelihara keharmonian masyarakat.