PEMUPUKAN BUDAYA JOHOR
Tarian zapin (Zafn) yang bermaksud pergerakan
kaki cepat mengikut pukulan merupakan se-
jenis tarian masyarakat Melayu tradisional yang
dikenali sejak kurun lamanya.
Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan
dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah
menular luas di kalangan penggemar seni tari di
Nusantara. Pada awalnya, tarian ini ditarikan oleh
kaum lelaki sahaja tetapi pada masa kini kaum
wanita juga turut serta bagi menjadi pemanis dalam
tarian tersebut.
TARIAN ZAPIN JOHOR
Tarian zapin hidup dengan suburnya dan berakar
umbi di seluruh pelusuk Johor dan pada satu masa
dulu, tarian itu pernah dijadikan sebagai satu kemes-
tian bagi pelbagai acara keramaian masyarakat
kampung.
Menariknya seni zapin mula berkembang di Johor
sejak kira-kita 500 tahun dahulu sehingga kini masih
memberikan keutamaan kepada nilai murni dan
resam budaya Melayu.
Rentak tarian zapin mengikut resam padi lebih
berisi menunduk ke bumi yang memerlukan penari
memperhalusi tingkah laku dan gerak tarinya sejajar
dengan iringan muzik dan instrumen.
TARIAN ZAPIN JOHOR
Zapin merupakkan tarian tradisional masyarakat
Johor. Selain Kuda Kepang yang diperkenalkan oleh
masyarakat Jawa di Johor, Zapin juga mempunyai
nilai-nilai estetika tersendiri. Jika sekumpulan penari
Zapin dapat membuat persembahan yang baik dan
teratur ia mampu menarik perhatian orang ramai di
sesebuah majlis. Begitulah hebat dan asyiknya tarian
zapin ini.
JENIS TARIAN ZAPIN JOHOR
JENIS TARIAN ZAPIN JOHOR
PAKAIAN ZAPIN JOHOR
Sungguhpun zapin mempunyai pengaruh Arab-Parsi,
tetapi dari segi pakaian, penari-penari memakai pakaian
Melayu selengkapnya iaitu;
LELAKI
BAJU MELAYU JOHOR
SONGKOK TINGGI
SAMPING DI BAWAH PARAS LUTUT
JAMBUL (DI SONGKOK)
KERONGSANG
PAKAIAN ZAPIN JOHOR
Sungguhpun zapin mempunyai pengaruh Arab-Parsi, teta-
pi dari segi pakaian, penari-penari memakai pakaian
Melayu selengkapnya iaitu;
PEREMPUAN
BAJU KURUNG MELAYU JOHOR
SAMPING
BERSANGGUL ATAU BERTUDUNG
RANTAI BERWARNA EMAS
ALAT MUZIK TARIAN ZAPIN
Petikan gambus untuk membawakan
lagu, sementara rentak gendang atau
rebana menentukan rentak dan
pecahan tari. Antara lagu zapin ialah
Lancang Kuning, Zapin Asli, Gendang
Rebana dan lain– lain.
ALAT MUZIK TARIAN ZAPIN
ALAT MUZIK TARIAN ZAPIN
TARIAN ZAPIN OLEH MURID SKeMAS 3
GHAZAL TRADISI JOHOR
Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyara-
kat Melayu Negeri Johor yang popular. Pada peringkat
permulaannya, seni muzik ghazal ini disebut sebagai
Qamat yang bererti nyanyian dan beriuh rendah
dikatakan berasal dari Tanah Arab.
Ghazal merupakan kesenian tradisional masyarakat
Melayu Negeri Johor yang popular dewasa ini. Pada
Peringkat permulaannya, Seni ghazal ini disebut sebagai
"Gamat" yang bererti riuh-rendah dan dikatakan ia
berasal dari Tanah Arab. Pada akhir abad ke-19, apabila
kerajaan Johor menjalinkan hubungan yang erat dengan
Kerajaan Riau Lingga, beberapa orang daripada
golongan bangsawan Johor sering berulang alik ke Riau.
Di mana mereke sering dihiburkan dengan permainan
ghazal.
GHAZAL TRADISI JOHOR
Di Istana Teluk Belanga, kesenian muzik ghazal ini telah
mendapat perhatian daripada sultan, pembesar-pembesar
negeri dan lain-lain golongan istana. Justeru itu, perkembangan
ghazal ke peringkat rakyat jelata menjadi cepat dan pesat.
Apabila pentadbiran Johor berpindah dari Teluk Belanga ke
Tanjung Puteri, kesenian ini turut diperkembangkan dengan lebih
pesat lagi di Tanah Besar Johor.
Perkembangan seni muzik ghazal di Negeri Johor sering dikaitkan
dengan nama Allhayarham Datuk Bentara Luar, Mohd. Salleh Bin
Perang. Semasa membuka daerah-daerah baru di Johor, Datuk
Bentara turut juga memperkenalkan seni ghazal dimainkan di ru-
mah-rumah penghulu dan juga pada hari-hari keramaian
tertentu. Selain daripada Allahyarham Datuk Bentara Luar, ramai
lagi pembesar istana yang turut menyumbangkan tenaga da-
lam memperkenalkan kesenian muzik ini. Di antaranya ialah
Ungku Ahmad Bin Mohd. Khalid (Ungku Chik), Ungku Mohammed
Bin Mohd. Khalid , Ungku Sulaimen Bin Daud, Ungku Abdul Aziz
Bin Abdul Majid dan Encik Dapat.
GHAZAL TRADISI JOHOR
Di tengah-tengah arus perkembangan seni muzik ghazal di Johor
pada Ketika itu muncullah Haji Musa Bin Yusof atau lebih di ke-
nali dengan panggilan Pak Lomak. Pak Lomak adalah cucu
kepada Datuk Bentara Luar. Sebagai seorang anak yang lahir di
tengah-tengah keluarga mencintai seni ghazal, Pak Lomak tidak
dapat memisahkan dirinya daripada seni ini. Beliau telah
mempelajari seni muzik ghazal ini dengan begitu mendalam
sekali. Ditinjau daripada sudut sejarah perkembangan seni muzik
ghazal di Johor dari tarikh perkembangannya
bermula dari tempat asalnya di Tanah Arab hingga ke zaman
Pak Lomak, perkembangan seni muzik ini telah
melalui satu penjelajah yang agak panjang dan mengambil
masa yang lama.
TOKOH –TOKOH GHAZAL
1. Datuk Bentara Luar, Mohd. Salleh Bin Perang.
- Beliau memperkenalkan dan memainkan seni muzik
ghazal kepada penduduk semasa pembukaan daerah-
daerah baru.
2. Ungku Ahmad Bin Mohd. Khalid (Ungku Chik).
3. Ungku Mohammed Bin Mohd. Khalid.
4. Ungku Sulaimen Bin Daud.
5. Ungku Abdul Aziz Bin Abdul Majid.
6. Haji Musa Bin Yusof (Pak Lomak).
- Cucu kepada Datuk Bentara Luar dan digelar sebagai
Bapa Ghazal Johor.
ALAT MUZIK GHAZAL
Peralatan muzik ghazal pada mula- mulanya terdiri daripada Peti
Harmonium, Biola, Gambus dan Tabla atau Do(Gendang).
Kemudian alat-alat ini ditambah lagi dengan beberapa jenis alat
muzik yang sesuai seperti gitar, kecepi Jepun, Keroncong dan
Marakas. Setelah itu dicampurkan dengan alat muzik yang lain
seperti ukelele dan sebagainya tetapi oleh kerana terlampau riuh
dan mengganggu serta boleh menghilangkan silau dan lemah
lembut lagu-lagu Melayu maka alat- alat itu dibatalkan. Hanya
alat-alat yang dinyatakan di bawah ini sahaja di gunakan se-
bagai Muzik Ghazal Melayu Johor yang tradisional iaitu:-
Harmonium
Tabela
Gambus
Gitar
Tamborin
Marakas
Violin
ALAT MUZIK GHAZAL
ALAT MUZIK GHAZAL
ALAT MUZIK GHAZAL
TOKOH GHAZAL
Ahmad Yusoh dilahirkan dan dibesarkan
di Kampung Kelantan, Muar, Johor pada
tanggal awal 1930an. Ahmad Yusoh adalah
anak sulung kepada Yusoh Bin Taib dan Fati-
mah Binti Wan Ali. Mereka ini boleh dikatakan
golongan bangsawan dan terhormat di kam-
pung ini.
Minat dengan musik, Ahmad Yusoh telah merantau ke Sin-
gapura, Kuala Lumpur dan Batu Pahat. Ahmad Yusoh pernah
belajar musik dengan Pak Lomak, Hamzah Dolmat dan ramai
lagi. Disebabkan ini beliau boleh bermain pelbagai peralatan
musik, mahupun tradisi ataupun moden. Semasa bertugas
dengan Syarikat Penambang Muar, beliau telah menunjukkan
kebolehan bermain kesemua peralatan musik dengan cekap.
Nama komersial bagi Ahmad Yusoh juga dikenali sebagai
Ahmad Jusoh.
LAGU GHAZAL
SELAT TEBERAU
CIPTAAN AHMAD JUSOH
SEKITAR TAHUN 1970-an
Selat Tebrau airlah yang jernih
Tempatlah yang orang mengail gelama
Senda gurau penyambunglah kasih
Selatlah yang Tebrau
Hiduplah yang mati sama biarlah Bersama
Selat Teberau airlah yang tenang
Pantailah Lido tuan pasirnya putih
Orang yang lama lagikan dikenang
Selatlah yang Teberau
Inikanlah pula kasih sedangkan yang berkasih
Johor ROBIK
J.Robik adalah satu program kecergasan yang diusahakan oleh
Kerajaan Negeri Johor yang menekankan kepada penyertaan
menyeluruh dari semua lapisan masyarakat ke arah gaya hidup
yang sihat dan cergas.
Oktober 2002, Majlis Sukan Negeri Johor telah membuat
persembahan gerak J.Robik yang telah diciptakan kepada
YB Tuan HajiAhmad Zahri bin Jamil dalam mesyuarat di Stadium
Larkin. Setelah dipersembahkan, YB Tuan Haji Ahmad Zahri
menyatakan ianya tidak sesuai dan tidak menepati kehendak
YAB Menteri Besar Johor. Oleh itu, beliau telah memutuskan
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor untuk
mengetuai projek ini.
Satu gerakan senaman kecergasan berteraskan gerak latihan
seni mempertahankan diri iaitu Silat Sendeng, Silambam, Tai
Chi dan gerak tarian Zapin sepertimana kehendak YAB Menteri
Besar Johor. Gabungan gerak-gerak latihan ini mestilah ber-
sesuaian dengan konsep perpaduan antara kaum seterusnya
mewujudkan masyarakat cergas dan sihat. Program ini di-
namakan 'Johor-Robik'.
Johor ROBIK
Program Kecergasan J.Robik ini mengandungi fasa, gerak
latihan, muzik dan rentak serta masa seperti berikut:-
BIL MUZIK/RENTAK FASA DAN GERAK LATIHAN MASA
1 Gambus (a) Fasa Persediaan - 0.05 minit
Pembuka Gelanggang
2 Zapin I b) Fasa Memanaskan Badan 8.00 minit
- Pemanasan Badan I(Warming-up)
- Intensiti Rendah
3 Silat Sendeng I (c) Fasa Reganggan (Stretching) 4.00 minit
4 Silat Sendeng II (d) Fasa Aerobik I 3.00 minit
- Pemanasan Badan II
- Intensiti Sederhana 3.00 minit
6.00 minit
5 Silambam (e) Fasa Aerobik II - Intensiti Tinggi 8.00 minit
3.00 minit
6 Zapin II (f) Fasa Aerobik II 1.00 minit
7 Aikido - Intensiti Sederhana
8 Tai Chi (g) Fasa Suaian Fizikal
- Intensiti Rendah
(h) Fasa Regangan I (Recovery)
9 Semerah Padi (i) Fasa Reganggan II (Brething)
SENAMAN J.ROBIK
JAWI EXCHANGE
JAWI EXCHANGE
Cetusan idea DYAM Tunku Mahkota Johor, Tengku Ismail
Ibni Sultan Ibrahim telah ememberi inspirasi kepada
pengarah Pendidikan Negeri Johor Tuan Haji Shaharudin bin
Sharif untuk melaksanakan karakter Murid Johor (KrMJ).
Usaha memupuk KrMJ dilaksanakan melalui tiga fasa.
Fasa pertama dimulai dengan keseragaman pemakaian
T-shirt, budaya bersalam, lagu-lagu patriotik Johor dan ama-
lan doa. Bacaan doa yang diselaraskan untuk semua
sekolah negeri Johor telah direstui oleh Jabatan Mufti Johor.
Penampilan sebagai Murid Johor dititikberatkan dalam
fasa kedua melalui potongan rambut yang kemas selain ta-
hu dan faham mengenai budaya Johor yang penuh
dengan kesantunan.
JAWI EXCHANGE
Pada fasa ketiga pula, budaya kepimpinan diterap-
kan kepada anak-anak murid di sekolah melalui aktiviti dan
program kendalian mereka sendiri dan malaksanakan
program-program kepimpinan. Karektor Murid Johor Pelajar
beragama Islam perlu menguasai tulisan jawi kerana ia
merupakan tulisan nombor dua berpengaruh di dunia
selepas rumi selain membantu mereka memahami al-Quran.
Tulisan Jawi selain digunakan dalam al-Quran, kita patut
berbangga kerana tulisan jawi diiktiraf di peringkat
antarabangsa dan pernah menjadi tulisan perdagangan
pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Pelbagai program di jalankan di sekolah bagi memperkasa-
kan jawi dalam karekter murid Johor.
JAWI EXCHANGE
ڤمنڠ ڤرتنديڠن توليسن جاوي