The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-19036120, 2022-01-08 02:51:15

PEMUPUKAN BUDAYA JOHOR 2

PEMUPUKAN BUDAYA JOHOR 2

SEJARAH SEPAK RAGA

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain
dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata
juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah
Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad,
putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal
tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun
Besar.

Pada alaf ini, permainan sepak takraw adalah amat
terkenal dan dikenali ramai, bukan sahaja di negara
kita bahkan di negara-negara lain. Sepak takraw
yang asalnya dikenali sebagai sepak raga lengkung
atau kandang ialah permainan tradisi pusaka yang
dimainkan oleh raja-raja melayu sejak sebelum
tahun 1478 lagi.

Asal-usul permainan ini yang sebenarnya tidak
dapat diberikan kerana telah banyak sejarah
termusnah akibat perang dunia kedua. Dengan
berlalunya masa dan semakin meluas minat
terhadap permainan ini di seluruh Malaya, maka
pada akhir tahun 1945 satu peraturan baru lagi
moden dengan menggunakan jaring telah
diwujudkan oleh pemain-pemain di Pulau Pinang.
Dengan terciptanya cara ini, maka tidak dinafikan
lagi bahawa Pulau Pinanglah tempat asal
bermulanya sepak raga menggunakan jaring yang
kini dikenali sebagai sepak takraw

SEPAK RAGA

CARA-CARA BERMAIN

Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan
membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan
salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya
dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan
kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke
arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk
lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang
bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika
bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Menimang Bola

Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal
serta ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat
setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima
hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama
yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan
kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan
sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat
timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang
ditetapkan, dikira menang.

Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah
ditukar dengan nama kepada sepak takraw. Sepak takraw
mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti
dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri
daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan
mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit
kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan
memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.

SEJARAH SEPAK BULU AYAM

Sepak Bulu Ayam merupakan sejenis permainan
tradisional yang dimainkan di Malaysia. Ia juga
dikenali sebagai sebuyam atau capteh

Permainan ini boleh dimainkan secara
berseorangan atau lebih. Sekiranya ia dimainkan
secara berseorangan, pemain akan cuba
menyepaknya seberapa banyak yang mungkin
dan seberapa lama yang mungkin. Ini biasanya
dikenali sebagai menimang.

Menimang juga boleh dimainkan lebih daripada
satu orang, dan pemain bergilir menimang bulu
ayam, sementara pemain lain mengira berapa kali
sepakan dibuat.

Sekiranya ia dimainkan lebih dari satu pemain,
kumpulan dengan terdiri beberapa orang boleh
dibentuk. Permainan ini adalah seperti
permainan sepak raga, tetapi bola yang
digunakan adalah dari bulu ayam yang telah
dibentuk seperti sejambak bunga.
dibuat.

BAHAN-BAHAN PEMBUATAN SEPAK BULU AYAM

Membuat Bola

Beberapa bahan asas diperlukan bagi membuat
bola bulu ayam ini. Beberapa helai bulu ayam
yang terdapat pada ekor atau kepak ayam (tidak
kurang dari tiga helai). Sebatang paku sederhana
besar, kepingan tiub tayar yang telah dibentuk
bulat berukuran antara 4cm. garispusat dan getah
skrap atau getah gelang sebagai pengikat.

Beberapa keping getah tiub yang telah dibentuk
bulat hendaklah dicucok paku menembusi
ditengah-tengahnya.

Lima helai bulu ayam sama panjang dilekatkan
disekeliling paku tadi dan diikat dengan getah
sekrap atau getah gelang dengan kemas.

Jika untuk mendapatkan kekemasan bola tersebut
sejenis gam yang kuat boleh digunakan sebelum
ikatan dibuat.

SEPAK BULU AYAM
CARA –CARA PERMAINAN

1. Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam
tersebut dengan menggunakan tepi tumit kaki
sahaja atau dengan lutut . tidak dibenarkan, jika
dilakukan oleh pemain, ianya dikira mati dan giliran
pemain seterusnya mengambil alih pula. permainan
juga dikira mati sekiranya bola jatuh ketanah.

2. Mata dikira dengan cara, pemain mestilah

menimbang bola tanpa henti atau mati dengan

seberapa banyak timbangan yang dapat dilakukan.

pemain yang mendapat mata terendah jumlah

timbangan dikira kalah, dan ia akan dikenakan

denda. pemain yang kalah dikehendaki

melambungkan bola kepada pemenang dan

pemenang pula mestila menimbang bola sebanyak

3 kali, sekiranya pemenang gagal berbuat demikian

maka denda terhadap pemain yang kalah akan

dikira tamat.

3. Pusingan seterusnya boleh dilakukan beberapa
kali, pemain yang memenangi disetiap pusingan
atau jumlah kemenangan banyak kali dan melebihi
dari yang lainnya dikira juara.

PERMAINAN
SEPAK BULU AYAM



PENGENALAN KrMJ

Inisiatif bagi memastikan murid sekolah di negeri
Johor mempunyai jati diri utuh maka program
Karakter Murid Johor (KrMJ) diperkenalkan. Cetusan
idea DYAM Tunku Mahkota Johor, Tengku Ismail Ibni
Sultan Ibrahim telah memberi inspirasi kepada
Pengarah Pendidikan Negeri Johor iaitu Tuan Haji
Shaharudin bin Sharif untuk malaksanakan Karakter
Murid Johor (KrMJ)

Matlamat inisiatif KrMJ ini adalah untuk melahirkan
murid yang mempunyai karakter yang terserlah,
disanjung, dipandang tinggi dan dikenali di mana
sahaja diperingkat nasional mahupun di peringkat
antarabangsa.

PERMAINAN
SEPAK RAGA

BAJU KEBAYA

Kebaya dipercayai berasal daripada Pulau
Jawa dan kemudian menyebar ke seluruh
bahagian Nusantara (Bali, Sumatera, Melaka, Sulaw
esi) selama masa kejayaan kerajaan-kerajaan
Jawa, khususnya dibawah kekuasaan
empayar Majapahit yang mempunyai pengaruh
besar di wilayah maritim Asia Tenggara.

Baju kebaya dipercayai sebagai hasil dari asimilasi
budaya masyarakat Jawa yang menggunakan
kemban dibahagian dalam dan budaya Arab yang
menggukan jubah abaya.[2] Setelah berlakunya
asimilasi budaya yang berlangsung selama ratusan
tahun, pakaian itu diterima oleh penduduk
setempat.

Sebelum tahun 1600an, kebaya adalah pakaian
khas yang hanya dikenakan oleh golongan
keluarga kerajaan di pulau Jawa. Selama zaman
penjajahan Belanda di Indonesia, wanita-wanita
Eropah mula mengenakan kebaya sebagai pakaian
rasmi mengikut kebiasaan pakaian tradisional
kerajaan-kerajaan dan masyarakat Jawa. Saban
hari, kebaya diubah dari hanya menggunakan
barang tenunan mori menggunakan sutera dengan
sulaman warna-warni.

PAKAIAN TRADISIONAL
BAJU KEBAYA

SEJARAH BAJU KURUNG TELUK BELANGA

Baju Melayu Teluk Belanga atau Baju Kurung Johor
mula diperkenalkan semasa pemerintahan
Almarhum Sultan Abu Bakar tatkala Almarhum
bersemanyam di Teluk Belanga Singapura.
Almarhum menetapkan supaya baju lelaki
labuhnya sehingga kebawah punggung dengan
leher yang berlapik lebar dan berkocek dua
manakala baju perempuan pula labuhnya hingga
bawah lutut dengan alas lehernya halus dan tidak
berkocek.

Semasa pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim
pakaian tersebut telah diubah mengikut cadangan
Allahyarham Dato'Jaafar bin Haji Muhamad,
Menteri Besar,kocek pada baju lelaki ditambah
menjadi tiga dan alas lehernya halus seperti baju
perempuan dan diadakan satu kocek pada baju

perempuan.

Pakaian tersebut dilengkapkan dengan kain yang
dipakai secara dagang dalam samada dari kain
pelikat, kain Bugis, kain mastuli atau kain sutera.
Kepala kain diletak dibelakang dan kain dipakai
selabuh paras lutut atau kebawah lutut. Kain
dagang luar hanya dipakai oleh anak-anak Raja
dan Tuan Sayed.

PAKAIAN
BAJU KURUNG JOHOR


Click to View FlipBook Version