MATAPELAJARAN PERNIAGAAN SASARAN TINGKATAN 4
Tajuk
Standard 2.0 Organisasi Perniagaan
Kandungan
Standard 2.1 Penetapan Visi, Misi dan Objektif Perniagaan
Pembelajaran
Objektif 2.1.6 Menerang dan menilai kesan kegagalan mencapai matlamat
Pembelajaran dan objektif kepada perniagaan
Pada akhir pembelajaran ini, murid akan dapat :
Kriteria Kejayaan
1. Menyatakan kesan kegagalan dalam mencapai matlamat
Tempoh masa dan objektif perniagaan.
Nota
Aktiviti 2. Menerangkan kesan kegagalan dalam mencapai matlamat
dan objektif perniagaan.
3. Menerangkan langkah penyelesaian apabila gagal
mencapai sesuatu matlamat perniagaan
Murid akan Berjaya jika dapat:
1. Menyatakan 3 kesan kegagalan dalam mencapai matlamat
dan objektif perniagaan.
2. Menerangkan 3 kesan kegagalan dalam mencapai
matlamat dan objektif perniagaan.
3. Menerangkan 3 langkah penyelesaian apabila gagal
mencapai sesuatu matlamat perniagaan
1 jam
Rujuk Lampiran 1
1. Murid diminta membaca nota yang disedikan dan mencatat
isi-isi penting dalam bentuk peta i-Think.
2. Murid dikehendaki menjawab soalan Kertas 1 dan Kertas
(LAMPIRAN 2 DAN LAMPIRAN 3)
Pentaksiran Murid akan dinilai berdasarkan tugasan yang diberi.
LAMPIRAN 1
3.6 KESAN KEPADA PERNIAGAAN AKIBAT KEGAGALAN MENCAPAI MATLAMAT
DAN OBJEKTIF
Keadaan persekitaran dalaman dan luaran perniagaan yang sentiasa berubah boleh
mempengaruhi pencapaian matlamat dan objektif perniagaan.
Faktor dalaman perniagaan boleh menjadi satu halangan kepada pencapaian
matlamat dan objektif sesebuah organisasi perniagaan.
Begitu juga ancaman daripada faktor persekitaran luaran boleh menjadi sekatan
terhadap pencapaian matlamat dan objektif perniagaan.
Kegagalan mencapai matlamat dan objektif perniagaan boleh memberi kesan negatif
kepada perniagaan.
Jualan merosot Hasil jualan merupakan sejumlah keuntungan perniagaan
yang berperanan penting sebagai sumbangan modal dalam
membiayai pengembangan perniagaan.
Boleh menjejaskan objektif dan matlamat perniagaan dalam
memaksimumkan keuntungan.
Keuntungan yang diperoleh perniagaan menjadi tanda aras
kepada pihak berkepentingan dan perniagaan yang lain.
Tidak mampu membayar Kegagalan mendapat keuntungan akan menyebabkan sukar untuk
kos perniagaan
membuat bayaran kos perniagaan.
Jenis Kos
Kos tetap Kos berubah
Kos yang tidak dipengaruhi oleh Kos yang dipengaruhi oleh kuantiti
kuantiti dalam sesuatu pengeluaran. dalam sesuatu pengeluaran.
Kos yang ditanggung sama tanpa Kos yang ditanggung bergantung
perlu mengikut jumlah kuantiti pada kuantiti produk yang dikeluarkan
pengeluaran
Contohnya, kos bangunan, insurans, Contohnya, bahan mentah, kos air,
pekerja, kilang dan jentera kos elektrik dan kos telefon
Gagal dalam persaingan Tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk
Imej perniagaan terjejas membina strategi dalam menghadapi persaingan pasaran.
Imej perniagaan pada mata pihak berkepentingan akan tercalar.
Tidak mampu Kesan:
mengembangkan Sukar mendapat kerjasama daripada pihak berkepentingan seperti
perniagaan bank untuk mendapat pinjaman kerana pihak bank kurang yakin
kemampuan untuk bayar balik pinjaman.
Mengalami kesukaran dalam mengembangkan perniagaan.
Tidak dapat membesarkan perniagaan
Tidak mampu bertahan dalam industri
Antara langkah penyelesaian apabila gagal mencapai sesuatu matlamat perniagaan
ialah
mengurangkan kos
menurunkan harga produk
mempelbagaikan barang atau perkhidmatan yang ditawarkan
mengurangkan jumlah atau kadar pembayaran dividen kepada pemegang
saham
menggunakan kaedah atau teknologi baharu dalam pengeluaran
menyemak semula matlamat perniagaan.
LAMPIRAN 2 (KERTAS 1)
Jawab semua soalan.
1. Di bawah ini adalah kesan-kesan dialami oleh perniagaan secara berurutan jika gagal
mencapai matlamat perniagaan.
I Gagal dalam persaingan II Imej perniagaan terjejas
III Jualan merosot IV Tidak mampu membayar kos perniagaan
A I, II, III dan IV C III, IV, I dan II
B II, I, III dan IV D IV, III, II dan I
2. Maklumat di bawah menunjukkan keadaan perniagaan Kedai Ramli.
Encik Ramli ingin mencapai jualan sebanyak RM10 000 pada bulan
Jun. Namun, beliau hanya mencapai jualan sebanyak RM8 000
Apakah langkah penyelesaian masalah tersebut?
A Memberhentikan pekerja
B Mengurangkan gaji pekerja
C Mengurangkan pengeluaran barang
D Mempelbagaikan barang atau perkhidmatan yang ditawarkan
3. Maklumat berikut berkaitan dengan kesan kegagalan perniagaan mencapai objektif.
Kegagalan mencapai objektif boleh menyebabkan imej Syarikat
Jamil terjejas.
Apakah kesannya kepada Syarikat Jamil?
A Gaji pekerja ditangguhkan
B Nilai saham syarikat meningkat
C Syarikat terpaksa berhenti operasi
D Sukar untuk memperoleh pinjaman
4. Antara berikut, yang manakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan
kos operasi perniagaan.
A Mengambil pekerja secara kontrak
B Menghasilkan produk secara besar-besaran
C Membeli bahan mentah secara pukal berdasarkan keperluan
D Menyimpan produk yang siap di dalam stor sebagai langkah mengelakkan kehabisan stok
5. Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya perniagaan gagal mecapai matlamat dan
objektif?
A Menjimatkan kos
B Memberhentikan pekerja
C Mengurangkan gaji pekerja
D Mengurangkan pengeluaran produk
6. Pernyataan di bawah merujuk kepada kesan kegagalan perniagaan mencapai matlamat dan
objektif.
Kegagalan mendapatkan untung boleh menjejaskan imej
Apakah kesannya terhadap perniagaan?
A Sukar untuk mendapat pembiayaan bank
B Terpaksa membayar pembekal secara tunai
C Pengguna tidak akan membeli produk syarikat
D Sukar untuk mendapatkan bekalan bahan mentah
7. Yang manakah merupakan kesan dialami oleh perniagaan jika gagal mencapai matlamat
perniagaan?
A Jualan meningkat
B Imej perniagaan terjejas
C Mampu membayar kos perniagaan
D Boleh mengembangkan perniagaan
LAMPIRAN 3 (KERTAS 2)
Jawab semua soalan.
1.
Ciri-ciri objektif yang baik dibentuk berdasarkan konsep SMART,
dimana SMART merupakan akronim yang dirangka untuk membentuk
objektif yang berkesan
Maklumat di atas berkaitan dengan objektif perniagaan.
Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan empat kesan yang dihadapi oleh perniagaan
apabila gagal mencapai matlamat dan objektif. [4 markah]
2. Terangkan 3 kesan sekiranya sesebuah perniagaan gagal mencapai objektif yang ditetapkan.
[6 markah]
3. Syarikat AMN Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik bumiputera yang telah ditubuhkan pada
tahun 2020 dan menjalankan perniagaan mengeluarkan pakaian sukan jenama Dedora.
Pihak syarikat telah menetapkan objektif untuk menghasilkan keluaran minima 150 000 unit
pakaian pada bula Februari 2021. Namun pihak syarikat hanya dapat mengeluarkan 100 000
unit pakaian sahaja pada bulan tersebut.
Berdasarkan maklumat tersebut:
a. Apakah maksud kegagalan perniagaan dalam mencapai objektif? [2 markah]
b. Terangkan 4 kesan kepada perniagaan syarikat kerana tidak mencapai objektif tersebut?
[8 markah]
c. Huraikan 4 tindakan yang perlu diambil sekiranya perniagaan gagal mencapai objektif
tersebut? [4 markah]
Skema Jawapan : 5. A
Soalan Objektif. 6. A
1. C 7. B
2. D
3. D
4. C
Soalan Kertas 2
1. H1 Jualan merosot
H2 Tidak mampu membayar kos perniagaan
H3 Gagal dalam persaingan
H4 Imej perniagaan terjejas
H5 Tidak mampu mengembangkan perniagaan
(mana-mana 4H) (4m)
2. F1 Jualan merosot
H1 Boleh menjejaskan objektif dan matlamat perniagaan dalam
memaksimumkan keuntungan
F2 Tidak mampu membayar kos perniagaan
H2 Kegagalan mendapat keuntungan akan menyebabkan sukar untuk membuat
bayaran kos perniagaan seperti kos tetap dan kos berubah.
F3 Gagal dalam persaingan
H3 Tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk membina strategi
dalam menghadapi persaingan pasaran
F4 Imej perniagaan terjejas
H4 Sukar mendapat kerjasama daripada pihak berkepentingan seperti bank
untuk mendapat pinjaman
F5 Tidak mampu mengembangkan perniagaan
H5 Mengalami kesukaran dalam mengembangkan perniagaan dan sukar untuk
bertahan dalam industry
(mana-mana 3F+3H) (6m)
3. a. H1 Perniagaan gagal merealisasikan/ mencapai objektif yang telah ditetapkan.
H2 Hal ini boleh menjejaskan operasi perniagaan pada masa hadapan.
b. F1 Jualan merosot
H1 Boleh menjejaskan objektif dan matlamat perniagaan dalam
memaksimumkan keuntungan
F2 Tidak mampu membayar kos perniagaan
H2 Kegagalan mendapat keuntungan akan menyebabkan sukar untuk
membuat bayaran kos perniagaan seperti kos tetap dan kos berubah.
F3 Gagal dalam persaingan
H3 Tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk membina
strategi dalam menghadapi persaingan pasaran
F4 Imej perniagaan terjejas
H4 Sukar mendapat kerjasama daripada pihak berkepentingan seperti bank
untuk mendapat pinjaman
F5 Tidak mampu mengembangkan perniagaan
H5 Mengalami kesukaran dalam mengembangkan perniagaan dan sukar
untuk bertahan dalam industry
C. H1 Mengurangkan kos melalui pengurangan bilangan pekerja dan saiz
premis perniagaan.
H2 Menurunkan harga produk dengan tujuan untuk menggalakkan jualan
dan seterusnya meningkatkan keuntungan.
H3 Mempelbagaikan barang atau perkhidmatan yang ditawarkan
H4 Mengurangkan jumlah atau kadar pembayaran dividen kepada
pemegang saham
H5 Menggunakan kaedah atau teknologi baharu dalam pengeluaran
H6 Menyemak semula matlamat perniagaan supaya sesuai dengan
persekitaran perniagaan semasa dan masa hadapan.
(mana-mana 4H) (4m)