The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bab 1 ting 4 - pengenalan/ konsep asas perniagaan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ella.rahmah, 2021-03-02 00:01:58

Bab 1 ting 4 - Tujuan perniagaan

Bab 1 ting 4 - pengenalan/ konsep asas perniagaan

1BAB

TUJUAN PERNIAGAAN DAN
PEMILIKAN PERNIAGAAN

Adakah anda tahu bagaimana sesebuah negara dapat mencapai kestabilan ekonomi?
Ukuran paling mudah yang digunakan pada masa kini ialah mengukur keupayaan negara dan rakyat

untuk menjanakan pendapatan dalam bentuk kewangan.
Di Malaysia, menceburi bidang perniagaan merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menjanakan

pendapatan yang lumayan dan mengubah sosioekonomi diri, keluarga atau masyarakat. Perniagaan ialah salah
satu aktiviti penting yang menjanakan ekonomi individu dan juga negara. Aktiviti perniagaan terbahagi kepada
barang dan perkhidmatan.

Dalam bab ini, anda akan mengenal pasti pelbagai organisasi perniagaan yang wujud dan cara perniagaan
dapat menyumbang kepada kesejahteraan negara. Anda juga akan mempelajari aspek pengurusan, pemilikan
dan klasifikasi perniagaan di Malaysia.

KATA KUNCI • Klasifikasi perniagaan
• Tujuan perniagaan • Skala perniagaan
• Bentuk pemilikan • Barang dan perkhidmatan
• Francais • Perkembangan perniagaan
• Usaha sama

Standard Pembelajaran

Selepas mempelajari bab ini, murid boleh:
1 menerangkan tujuan perniagaan
2 membezakan setiap bentuk pemilikan perniagaan secara milikan tunggal, perkongsian, syarikat

sendirian berhad atau berhad, koperasi dan kerajaan
3 mengklasifikasikan perniagaan mengikut saiz kecil, sederhana dan besar
4 menerangkan skala perniagaan berdasarkan kriteria tempatan, zon dan kebangsaan
5 menjelaskan sesuatu perniagaan berdasarkan penawaran barang dan perkhidmatannya,

pemilikan, saiz dan skala serta klasifikasinya
6 membezakan perkembangan perniagaan dalam sektor utama, kedua dan ketiga

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1 3

1Peta Konsep

Tujuan perniagaan dan pemilikan perniagaan

Tujuan Perkembangan
perniagaan sektor perniagaan
di Malaysia
Bentuk pemilikan
perniagaan Perkaitan antara
• Milikan tunggal penawaran barang dan
• Perkongsian perkhidmatan, bentuk
• Syarikat berhad pemilikan, klasifikasi
• Koperasi dan skala perniagaan
Skala perniagaan
Bentuk-bentuk
Perniagaan Lain
• Francais
• Usaha sama

Klasifikasi perniagaan
• Saiz perniagaan
• Sektor perniagaan

4 BAB 1  Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

1.0 Pengenalan Bab 1

Perniagaan ialah aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli Cintai Negara
barang atau perkhidmatan antara penjual dengan pembeli
bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Aktiviti Bidang perniagaan merupakan
perniagaan melibatkan pertukaran nilai antara penjual dengan suatu bidang yang perlu menjadi
pembeli bagi membolehkan penjual memperoleh keuntungan. pilihan pertama rakyat bagi
Keuntungan yang diperoleh boleh dilaburkan semula untuk membantu mengukuhkan
me­majukan cabang perniagaan. Sebagai peniaga yang beretika, ekonomi diri, keluarga
sebahagian kecil keuntungan boleh digunakan untuk memenuhi dan negara.
tanggungjawab kepada masyarakat.
EMK
Setiap perniagaan dalam pasaran bertanggungjawab untuk
menghasilkan barang atau perkhidmatan bagi memenuhi Arahan:
keperluan dan kehendak masyarakat. Perniagaan juga turut Bincangkan dalam kumpulan.
bertanggungjawab untuk membantu meningkatkan taraf hidup Soalan:
masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan. Selain Berikan pendapat anda berkaitan
itu, perniagaan juga bertanggungjawab untuk menjalankan dengan kepentingan konsep
tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti melindungi alam asas perniagaan kepada setiap
sekitar dan meningkatkan infrastruktur setempat. organisasi perniagaan.

1.0.1 Konsep Asas Perniagaan Internet

Konsep asas perniagaan merupakan perkara utama dan asas
yang membolehkan wujudnya proses urus niaga antara penjual
dengan pembeli. Setiap asas yang terdapat dalam perniagaan
mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Konsep asas
perniagaan merangkumi enam komponen utama seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1.1 yang berikut:

Peta -THINK

Buku rujukan Memuaskan
kehendak dan

keperluan
pengguna

Penjual dan Konsep Pertukaran
pembeli asas nilai

perniagaan

Barang dan Keuntungan
perkhidmatan perniagaan

Usahawan Kontrak Majalah
perniagaan

Rajah 1.1  Konsep asas perniagaan 5
Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1

Bab 1 Minda Kreatif (a)  Barang dan Perkhidmatan

Jelaskan kaedah yang boleh Secara umumnya, kombinasi barang dan perkhidmatan dikenali
digunakan oleh sesebuah sebagai produk. Barang dan perkhidmatan ini disediakan dan
perniagaan bagi memenuhi ditawarkan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
keperluan dan kehendak
pengguna yang tidak terhad. Barang ialah sesuatu yang mempunyai bentuk fizikal.
Barang merupakan objek yang dapat dilihat serta disentuh.

Perkhidmatan ialah aktiviti yang memberikan faedah kepada
pengguna dan peniaga. Perkhidmatan tidak mempunyai bentuk
fizikal secara khusus dan disalurkan terus kepada pengguna oleh
peniaga yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Contoh

Barang: perabot, makanan dan pakaian
Perkhidmatan: pengangkutan, insurans dan pelancongan

RM Celik Kewangan (b)  Memuaskan Keperluan dan
Kehendak Pengguna
Untuk menjadi pengguna dan
usahawan yang bijak, setiap Keperluan ialah sesuatu yang diperlukan oleh manusia untuk
individu perlu berupaya untuk meneruskan kehidupan. Keperluan adalah terhad dan mudah
memahami perkara yang berikut: dipuaskan serta sama bagi semua individu.
• nilai wang
• kepentingan wang Kehendak pula ialah keinginan manusia untuk hidup
• pengurusan wang dengan lebih selesa. Kehendak tidak terhad dan sukar dipuaskan
serta berbeza antara individu.

Peniaga perlu menawarkan barang dan perkhidmatan yang
dapat memenuhi dan memuaskan keperluan dan kehendak
manusia jika mereka mahu memajukan perniagaan.

Gambar foto 1.1  Keperluan Gambar foto 1.2  Kehendak
6 BAB 1  Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

(c)  Pertukaran Nilai EMK Bab 1

Pertukaran nilai merupakan aktiviti urus niaga yang melibatkan Arahan:
tindakan pembeli memberikan sesuatu yang bernilai (wang) Dapatkan maklumat melalui
kepada penjual sebagai balasan kepada produk yang diperoleh. kaedah sumbang saran.
Urus niaga akan berlaku sekiranya wujud persetujuan antara Soalan:
penjual dengan pembeli tentang harga yang ditetapkan. 1 Bincangkan peranan penjual

(d)  Keuntungan Perniagaan dan pembeli dalam memacu
pertumbuhan perniagaan
Keuntungan ialah lebihan hasil jualan setelah ditolak semua kos secara keseluruhan
yang terlibat. Contoh kos-kos yang terlibat ialah kos pengeluaran di Malaysia.
dan kos operasi. 2 Nyatakan sumbangan yang
boleh diberikan oleh peniaga
Keuntungan = Jumlah jualan – Jumlah kos kepada masyarakat.

Tahap keuntungan yang diperoleh sesebuah perniagaan Buletin Keusahawanan
boleh dijadikan petunjuk jika perniagaan itu berjaya dan mampu
bersaing di pasaran. Pada masa yang sama, keuntungan akan Akta Kawalan Harga dan Anti
melambangkan imej dan kecemerlangan sesebuah perniagaan. Pencatutan 2011
Apabila sesebuah perniagaan telah berjaya memaksimumkan
keuntungan seperti yang telah ditetapkan, perniagaan tersebut Akta ini berfungsi untuk
bertanggungjawab untuk menyumbang semula sebahagian melindungi pengguna dan
daripada keuntungan kepada masyarakat setempat. memastikan bahawa peniaga
berniaga secara jujur tanpa
(e)  Penjual dan Pembeli menaikkan harga barang atau
perkhidmatan secara sesuka hati.
Penjual ialah individu yang menawarkan barang atau
perkhidmatan. Pembeli pula ialah pihak yang memerlukan atau
menghendaki barang atau perkhidmatan tersebut. Peniaga dan
pembeli melakukan urus niaga di pasaran.
Urus niaga berlaku apabila peniaga dan pembeli setuju dengan
masa, harga, kuantiti serta tempat barang atau perkhidmatan
tersebut dibekalkan.

(f)  Kontrak Perniagaan QR Code

Kontrak ialah perjanjian yang dimeterai oleh dua atau lebih Akta Kontrak 1950
individu. Pihak-pihak tersebut akan terikat secara sah kepada http://www.docfoc.com/akta-
perjanjian yang telah dipersetujui.
Kontrak dikuatkuasakan melalui Akta Kontrak 1950. Contoh kontrak-1950-act-136
kontrak perniagaan ialah kontrak jual beli barang dan kontrak
sewa beli. Kontrak perniagaan berperanan untuk melindungi
pengguna dalam urusan perniagaan.

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1 7

Bab 1 1.0.2 Aktiviti Perniagaan

Buletin Keusahawanan Aktiviti perniagaan dapat dibahagikan kepada aktiviti berasaskan
barang dan perkhidmatan.

• Program 1AZAM merupakan (a) Aktiviti Berasaskan Barang
salah satu usaha atau Aktiviti berasaskan barang melibatkan penggunaan faktor-faktor
inisiatif kerajaan dalam pengeluaran untuk menghasilkan barang fizikal. Contohnya,
melahirkan usahawan dan kilang perabot menghasilkan perabot seperti meja, kerusi dan
mengeluarkan rakyat daripada kabinet untuk dijual kepada individu, organisasi dan kedai perabot.
kepompong kemiskinan.
Gambar foto 1.3  Kilang perabot
• Antara program yang terdapat
dalam program 1AZAM adalah (b) Aktiviti Berasaskan Perkhidmatan
seperti yang berikut: Aktiviti berasaskan perkhidmatan melibatkan penawaran barang
– AZAM KERJA tidak nyata yang dapat memberikan keselesaan, kepuasan dan
Memberi kemahiran kecekapan kepada pengguna. Contohnya, pendidikan merupakan
tambahan bagi meningkatkan aktiviti perkhidmatan yang menawarkan pembangunan modal
produktiviti dan kemahiran insan dari aspek mental dan fizikal. Perkhidmatan ini melibatkan
– AZAM TANI sektor awam dan sektor swasta.
Menyediakan peluang
menjana pendapatan melalui
aktiviti pertanian
– AZAM NIAGA
Menyediakan peluang
menjana pendapatan
melalui aktiviti perniagaan
secara kecil-kecilan dengan
kemudahan latihan dan
kredit mikro
– AZAM KHIDMAT
Menyediakan peluang untuk
menjana pendapatan melalui
aktiviti perkhidmatan

(Sumber: Dipetik dan disesuaikan
daripada laman sesawang http://

www.kpwkm.gov.my/nkra/1azam)

Gambar foto 1.4  Perkhidmatan pendidikan
8 BAB 1  Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan

Gerak Minda 1.0

SOALAN STRUKTUR
Arahan: Jawab semua soalan.

1 Senaraikan empat komponen utama dalam konsep asas perniagaan.
(a)
(b)
(c)
(d)

2 Kenal pasti aktiviti yang dijalankan oleh perniagaan yang berikut:

Jenis perniagaan Aktiviti yang dijalankan
Agensi Pelancongan
Percetakan
Kedai Dobi
Kilang Kopi

3 Nyatakan lima kepentingan konsep asas perniagaan kepada bakal usahawan.
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)

4 Berikan dua perbezaan antara keperluan dengan kehendak dalam perniagaan.

Keperluan Kehendak
(a) (c)
(b) (d)

5 Senaraikan empat contoh aktiviti perniagaan yang boleh diceburi dengan modal yang kecil.
(a)
(b)
(c)
(d)

Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan  BAB 1 9


Click to View FlipBook Version