The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HANA JULIA EZATI BINTI CHE KHAIRUNIZAN IPG-Pelajar, 2026-03-12 00:17:45

T2_PKUK1152_K5_PK1

TUGASAN 2 BBM KUMPULAN 5

i INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU KELANTAN DARUL NAIM PKUK 1152 KOMUNIKASI AUGMENTATIF DAN ALTERNATIF MURID BERKEPELUAN PENDIDIKAN KHAS Nama :SUMAYYAH ASSYAHIDAH BINTI SULAIMAN HANA JULIA EZATI BINTI CHE KHAIRUNIZAN SOFEA UMAIRAH BINTI MOHD KOMARUL ARIPIN No. K/P :060404110148 070709110332 071116110198 Angka Giliran :2025082310320 2025082310302 2025082310319 Program : PPISMP Ambilan : OGOS 2025/2026 Unit : PENDIDIKAN KHAS 1 Nama Pensyarah : DR. HAJARUL BAHTI BINTI ZAKARIA Tarikh Hantar : 16 MAC 2026 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: Tarikh : 16 MAC 2026 PEMERIKSA MODERATORMarkah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: Tarikh : Kriteria TUGASAN 1 (--%) TUGASAN 2 (--%) TUGASAN 3 (--%) Jumlah Pemeriksa 1 Pemeriksa 2


ii INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARUBORANG MAKLUM BALAS PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PROJEK/AMALI)Nama: SUMAYYAH ASSYAHIDAH BINTI SULAIMANHANA JULIA EZATI BINTI CHE KHAIRUNIZAN SOFEA UMAIRAH BINTI MOHD KOMARUL ARIPINAngka Giliran Pelajar: 20250823103202025082310302 2025082310319Tajuk Tugasan: TUGASAN 2 PENGHASILAN PRODUKPensyarah: Dr. Hajarul Bahti Binti Zakaria Kursus/Mata Pelajaran: PKUK 1152 Komunikasi Augmentatif dan Alternatif MBPK Tarikh Hantar: 16 MAC 2026 Tarikh Diterima (Diisi oleh pensyarah):Pengakuan PelajarSaya mengaku bahawa tugasan ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan: Tarikh: 16 MAC 2026 ( SUMAYYAH ASSYAHIDAH BINTI SULAIMAN ) ( HANA JULIA EZATI BINTI CHE KHAIRUNIZAN ) ( SOFEA UMAIRAH BINTI MOHD KOMARUL ARIPIN ) Perincian Maklum Balas TugasanPemeriksa: Moderator (jika berkenaan)Kekuatan: Kekuatan:Aspek yang boleh diperbaik: Aspek yang boleh diperbaik:Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum Balas Yang Diberikan PensyarahSaya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan saya fahami.Catatan (jika ada)Tandatangan Pelajar: Tarikh:


iii HALAMAN PENGAKUAN “Saya akui bahawa penulisan laporan ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.” Tandatangan : Nama Pelajar : SUMAYYAH ASSYAHIDAH BINTI SULAIMAN Tarikh : 16 MAC 2026 Tandatangan : Nama Pelajar : HANA JULIA EZATI BINTI CHE KHAIRUNIZAN Tarikh : 16 MAC 2026 Tandatangan : Nama Pelajar : SOFEA UMAIRAH BINTI MOHD KOMARUL ARIPIN Tarikh : 16 MAC 2026


iv ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN .................................................................................................................. v 1.0 NAMA PRODUK : COMMUNICATION ADVENTURE BOARD ........................................ 1 2.0 RASIONAL PRODUK : .................................................................................................... 1 3.0 SASARAN PENGGUNA PRODUK DALAM KALANGAN MBPK : ................................... 2 4.0 LANGKAH PEMBUATAN PRODUK : .............................................................................. 2 5.0 LANGKAH-LANGKAH PENGGUNAAN AAC DALAM PENGHASILAN PRODUK : ......... 3 6.0 KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN PENGHASILAN PRODUK AAC : .................................... 4 7.0 IDEA PRODUK : ............................................................................................................. 4 8.0 KAEDAH PENGGUNAAN PRODUK : ............................................................................. 5 9.0 IMPAK PENGGUNAAN PRODUK KEPADA MBPK: ....................................................... 5 10.0 GAMBAR PRODUK ...................................................................................................... 6 11.0 TATACARA PENGGUNAAN PRODUK ......................................................................... 7


v PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya tugasan berkaitan Komunikasi Augmentatif dan Alternatif (AAC) ini dapat disiapkan dengan baik. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada pensyarah kami, Dr. Hajarul Bahti Zakaria, atas segala bimbingan, tunjuk ajar dan panduan yang diberikan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Penghargaan juga ditujukan kepada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu serta rakan-rakan seperjuangan daripada program Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) atas kerjasama dan perkongsian idea yang sangat membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Semoga tugasan ini dapat menambah pengetahuan dan kefahaman kami berkaitan penggunaan AAC dalam membantu murid berkeperluan pendidikan khas.


1 TUGASAN 2 : KUMPULAN 5 NAMA AHLI KUMPULAN : 1. HANA JULIA EZATI BINTI CHE KHAIRUNIZAN ( P250803479 ) 2. SOFEA UMAIRAH BINTI MOHD KOMARUL ARIPIN ( P250803391 ) 3. SUMAYYAH ASSYAHIDAH BINTI SULAIMAN ( P250803397 ) 1.0 NAMA PRODUK : COMMUNICATION ADVENTURE BOARD Produk ini merupakan alat Komunikasi Augmentatif dan Alternatif (AAC) berbentuk kotak permainan yang direka untuk membantu Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) berkomunikasi menggunakan simbol atau gambar. 2.0 RASIONAL PRODUK : Produk Communication Adventure Board dibangunkan bagi membantu MBPK yang mengalami kesukaran dalam komunikasi verbal untuk menyatakan keperluan dan keinginan mereka. Sesetengah MBPK seperti murid autisme, masalah pembelajaran atau kelewatan pertuturan sering menghadapi kesukaran untuk menyampaikan mesej secara lisan. Oleh itu, penggunaan simbol dan gambar dalam alat AAC dapat membantu mereka berkomunikasi dengan lebih berkesan. Selain itu, penggunaan konsep permainan dalam produk ini dapat menarik minat murid untuk terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran. Melalui aktiviti bermain sambil belajar, murid dapat berlatih menyatakan keperluan seperti lapar, ingin bermain, ingin berehat atau ingin ke tandas menggunakan kad komunikasi yang disediakan. Produk ini sesuai digunakan oleh MBPK di dalam kelas pendidikan khas bagi meningkatkan kemahiran komunikasi dan interaksi sosial.


2 3.0 SASARAN PENGGUNA PRODUK DALAM KALANGAN MBPK : Produk Communication Adventure Board sesuai digunakan oleh murid yang mengalami Speech Delay atau kelewatan pertuturan. Murid yang mengalami speech delay biasanya menghadapi kesukaran untuk menyampaikan keperluan, perasaan atau jawapan secara lisan kerana perkembangan bahasa dan pertuturan mereka lebih lambat berbanding rakan sebaya. Oleh itu, penggunaan alat Komunikasi Augmentatif dan Alternatif (AAC) seperti kad bergambar dan simbol visual dapat membantu murid menyampaikan mesej dengan lebih mudah. Dalam permainan Communication Adventure Board, murid boleh memilih kad komunikasi bergambar untuk menjawab soalan atau menyatakan pilihan mereka semasa aktiviti permainan dijalankan. Selain itu, penggunaan elemen permainan seperti membaling dadu dan bergerak di papan permainan dapat meningkatkan minat murid untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti komunikasi. Pendekatan ini bukan sahaja membantu meningkatkan kemahiran komunikasi murid, malah dapat menggalakkan interaksi antara murid dengan guru serta rakan sebaya. 4.0 LANGKAH PEMBUATAN PRODUK : 1. Bahan dan peralatan seperti dua buah kotak (satu besar dan satu kecil), kertas pembalut berwarna, gam, gunting, tali, gambar hiasan bertema pirate, nombor permainan dan kad arahan disediakan. 2. Kedua-dua kotak dibalut menggunakan kertas pembalut berwarna untuk menjadikan produk lebih menarik dan kemas. 3. Kotak kecil diletakkan di atas kotak besar dan dilekatkan menggunakan gam yang kuat supaya kedua-dua kotak bercantum dengan stabil. 4. Nombor laluan permainan ditampalkan di bahagian atas kotak dan permukaan kotak besar untuk membentuk laluan permainan dari nombor permulaan hingga tamat. 5. simbol atau gambar khas ditambahkan seperti peti harta karun, tanda soal atau ikon pirate pada beberapa nombor bagi menjadikan permainan lebih menarik dan interaktif. 6. Kotak dihiaskan dengan menggunakan elemen bertema pirate seperti gambar lanun, tali, syiling emas dan papan tanda “mula” dan “tamat” bagi mewujudkan suasana pengembaraan. 7. Bahan permainan disediakan seperti dadu, token dan kad komunikasi yang akan digunakan oleh murid semasa bermain. 8. Semua bahan permainan disusun di dalam bekas khas supaya mudah digunakan dan disimpan selepas aktiviti dijalankan.


3 5.0 LANGKAH-LANGKAH PENGGUNAAN AAC DALAM PENGHASILAN PRODUK : 1. Mengenal pasti keperluan komunikasi murid Guru mengenal pasti keperluan komunikasi murid berkeperluan pendidikan khas yang mengalami kesukaran dalam pertuturan verbal. 2. Memilih simbol atau gambar yang sesuai Simbol atau gambar yang mudah difahami oleh murid dipilih, seperti makan, minum, bermain, berehat dan ke tandas bagi memudahkan murid menyatakan keperluan mereka. 3. Mereka bentuk kotak permainan Kotak permainan direka bentuk seperti permainan papan (board game) yang mempunyai laluan pergerakan tertentu bagi menjadikan aktiviti pembelajaran lebih menarik dan interaktif. 4. Menyediakan kad komunikasi bergambar Kad komunikasi yang mengandungi simbol atau gambar disediakan bagi membolehkan murid menjawab soalan atau menyatakan pilihan menggunakan kaedah komunikasi visual. 5. Menyediakan bahan sokongan permainan Bahan tambahan seperti dadu dan token permainan disediakan untuk membolehkan murid bergerak di sepanjang laluan papan permainan.


4 6.0 KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN PENGHASILAN PRODUK AAC : AAC terbukti dapat membantu individu yang mengalami kesukaran dalam pertuturan untuk menyampaikan mesej melalui simbol, gambar atau teknologi komunikasi. AAC membolehkan individu menyatakan keperluan, kehendak dan perasaan mereka dengan lebih berkesan walaupun mempunyai keterbatasan dalam komunikasi verbal. Menurut Beukelman dan Mirenda (2013), penggunaan AAC dapat meningkatkan keupayaan komunikasi individu yang mengalami masalah pertuturan serta menggalakkan interaksi sosial dengan orang di sekeliling. Selain itu, penggunaan bahan visual seperti simbol dan gambar juga membantu murid autisme dan murid berkeperluan pendidikan khas memahami maklumat dengan lebih mudah kerana mereka lebih responsif terhadap rangsangan visual. Sehubungan itu, penggunaan simbol komunikasi dalam produk Communication Adventure Board dapat membantu murid menyampaikan mesej melalui kad bergambar semasa aktiviti permainan dijalankan. Pendekatan pembelajaran berbentuk permainan ini juga dapat meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti komunikasi secara lebih aktif dan menyeronokkan. 7.0 IDEA PRODUK : Idea penghasilan Communication Adventure Board adalah hasil adaptasi daripada konsep kotak permainan pendidikan serta penggunaan sistem komunikasi bergambar dalam AAC. Produk ini menggabungkan elemen permainan dan komunikasi visual bagi menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan interaktif. Walaupun konsep kotak permainan telah digunakan dalam pelbagai aktiviti pembelajaran, penggabungannya dengan simbol komunikasi menjadikan produk ini sesuai digunakan sebagai alat AAC untuk murid pendidikan khas dalam pembelajaran.


5 8.0 KAEDAH PENGGUNAAN PRODUK : 1. Guru memperkenalkan kotak permainan kepada murid. 2. Murid membaling dadu untuk menentukan bilangan langkah. 3. Murid menggerakkan token pada laluan papan permainan. 4. Apabila berhenti pada sesuatu kotak, murid perlu memilih kad komunikasi yang sesuai. Setiap kotak pada papan mempunyai fungsi yang berbeza:  Kotak tanda soal (?) – Murid akan melakukan aktiviti permainan seperti mengeja perkataan, menari atau melakukan aktiviti ringkas yang diberikan oleh guru.  Kotak bernombor – Murid akan ditanya soalan oleh guru dan perlu menjawab menggunakan kad komunikasi bergambar yang disediakan.  Kotak bergambar – Murid akan menerima ganjaran atau hadiah sebagai galakan atas penyertaan mereka dalam aktiviti. 5. Murid menunjukkan kad tersebut kepada guru untuk menyampaikan mesej. 6. Guru memberi respons terhadap mesej yang disampaikan oleh murid. 9.0 IMPAK PENGGUNAAN PRODUK KEPADA MBPK: 1. Membantu murid menyatakan keperluan dan keinginan mereka dengan lebih jelas. 2. Meningkatkan kemahiran komunikasi melalui penggunaan simbol dan gambar. 3. Menggalakkan interaksi antara murid dengan guru dan rakan sebaya. 4. Meningkatkan keyakinan diri murid untuk berkomunikasi. 5. Mengurangkan rasa frustrasi murid apabila mereka sukar menyampaikan mesej secara lisan.


6 10.0 GAMBAR PRODUK


7 11.0 TATACARA PENGGUNAAN PRODUK


Click to View FlipBook Version