MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
SUKAN PEMANGKIN
PERPADUAN
1.MUHAMMAD SYAFI HAKIM BIN BONYAMIN (21DDT20F1123)
2.MUHAMMAD ARIFF BIN TAMIRZI (21DDT20F1165)
3.MUHAMMAD DANISH ADRY BIN ANDRY (21DDT20F1143)
4.MUHAMMAD HAIKAL BIN AZMAN (21DDT20F1121)
KANDUNGAN M/S
3
TOPIK 4-11
MAKSUD SUKAN PEMANGKIN PERPADUAN 12-17
USAHA MENINGKATKAN NILAI PERPADUAN DALAM SUKAN 18-19
BUKTI-BUKTI SUKAN PEMANGKIN PERPADUAN
KESIMPULAN
MAKSUD SUKAN PEMANGKIN PERPADUAN :
SUKAN merupakan medium perpaduan yang paling berkesan dalam menyatukan
masyarakat berbilang kaum di negara ini.Tanpa mengira bentuk sukan yang menjadi
pilihan sama ada bola sepak, badminton, olahraga dan bermacam-macam lagi aktiviti
sukan, rata-rata penggemarnya mampu mengeratkan hubungan silaturahim.Setiap kali
skuad negara bertarung di persada antarabangsa, pastinya rakyat pelbagai bangsa
bersatu dalam memberikan sokongan padu kepada atlet negara yang berjuang di
gelanggang sukan.Bahkan ada yang sanggup mengeluarkan belanja dan meredah
perjalanan beribu kilometer atau setidak-tidaknya sekadar menjadi penyokong setia di
kaca televisyen demi sokongan padu kepada atlet negara tanpa mengira bangsa mereka.
USAHA MENINGKATKAN
NILAI PERPADUAN
MELALUI SUKAN
1.SAMBUTAN
APA ITU HARI SUKAN NEGARA?
Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua
bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif
Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah proaktif didalam proses
transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara
Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda
nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.
https://seriputeri.edu.my/2016/10/05/hari-sukan-negara/
Selain itu, Sambutan Hari Sukan Negara juga berperanan penting dalam isu
meningkatkan perpaduan kaum di Malaysia.Pada hari sukan negara dijalankan kita boleh
dapat melihat sendiri dan mengukurkan tahap perpaduan kaum di Malaysia,di mana
setiap kaum berinteraksi antara satu sama lain tanpa membezakan warna kulit dan
budaya masing-masing.Dengan pelaksanaan sambutan hari sukan negara dapat
meningkatkan tahap perpaduan di Malaysia dengan lebih baik.
GAMBARAN HARI
SUKAN NEGARA
https://images.app.goo.gl/73amofRCkBsvtdq47
2.SAMBUTAN HARI
FIT MALAYSIA ,merupakan satu gerakan secara besar – besaran (National
Movement) yangakan membawa Malaysia dari sebuah Negara Pencinta Sukan (Sports
Loving Nation)kepada Negara Bersukan (Sporting Nation). Ia juga merupakan satu
pendekatan terhadapperubahan gaya hidup masyarakat secara total.FitMalaysia
berteraskan lima prinsip utama iaitu kesihatan, perpaduan, komuniti, inklusifdan bakat
sukan. Ia bukan sahaja memberi fokus tentang amalan gaya hidup sihat, tetapimemberi
inspirasi kepada rakan dan keluarga untuk bersama – sama sihat melaluipenganjuran
aktiviti berasaskan komuniti seperti menubuhkan kumpulan berbasikal ataumelakukan
aktiviti berlari, berjalan dan bersenam mingguan bersama keluarga atau rakansupaya
amalan kecergasan ini berterusan dan konsisten.
http://habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1404-gerakan-fitmalaysia.pdf
SUASANA HARI
FIT MALAYSIA
Pelbagai kaum di Malaysia menyertai sambutan hari FIT
Malaysia tanpa mengira warna kulit dan budaya
BUKTI-BUKTI SUKAN
PEMANGKIN PERPADUAN
JARINGAN N.Thanabalan pada perlawanan separuh akhir menentang Indonesia dalam
Sukan SEA 2017 (KL2017), meletakkan negara ke pertandingan akhir menentang
Thailand, malam ini. Apa yang lebih menarik ialah sokongan tidak berbelah-bahagi
daripada seluruh rakyat Malaysia kepada pasukan bola sepak dan juga kepada semua
atlet dan pasukan negara yang bertanding dalam KL2017. Dalam hal ini, sokongan
adalah kepada semua atlet Malaysia tanpa mengira kaum. Ini membuktikan yang sukan
sememangnya boleh menyatupadukan rakyat Malaysia.
https://www.bharian.com.my/amp/kolumnis/2017/08/318993/contohi-perpaduan-
rakyat-dalam-sukan
PETIKAN “Saya lihat sukan sejak dulu sehingga hari ini tidak didominasi oleh sesuatu kaum sahaja.
Semua kaum ada dalam sesebuah pasukan sebagai pemain, jurulatih mahupun pengurus.“Mereka
bersatu hati untuk mengerakkan sukan negara tanpa mengira kaum dan agama. Contohnya, dalam
pasukan bola sepak negara kita. Jurulatihnya berbangsa Cina (Tan Cheng Hoe) dan pemain-pemain
kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu,” ujarnya kepada Sinar Harian baru-baru ini.Beliau
memberitahu, sukan bukan sahaja dapat meningkatkan perpaduan, malah kegiatan berterusan dalam
sukan juga akan dapat meningkatkan produktiviti, tahap kesihatan dan kecergasan serta kualiti
kehidupan dalam kalangan rakyat Malaysia.
https://www.sinarharian.com.my/article/59429/BERITA/Sukan/Sukan-wadah-erat-perpaduan-kaum
Ketika bersukan, kita akan melupakan warna kulit.Kita tidak
peduli sama ada rakan sepermainan itu orang Melayu, Cina,
atau pun India.Sebagai contoh, sebelum sesuatu
pertandingan, kebiasaannya para atlet atau pemain akan
berkumpul di kem latihan dalam tempoh tertentu,biasanya
tidak kurang dari seminggu.Di situlah mereka tinggal,berlatih,
makan, dan berehat.Pergaulan dan interaksi sesama atlet dan
pemain daripada pelbagai kaum mampu mewujudkan
perpaduan kaum.Ketika pertandingan dijalankan,mereka
akan mempunyai satu misi untuk mengharumkan nama
sekolah, negari, ataupun negara tanpa memikirkan warna
kulit.
https://www.scribd.com/doc/146105737/Kepentingan-
Sukan-Kepada-Negara
Usaha memelihara perpaduan kaum
melalui sukan tidak terhenti di situ sahaja
apabila Menteri Belia dan Sukan, Syed
Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini
turut mengharapkan agar sukan dapat
dimartabatkan oleh semua pihak sekali gus
merapatkan hubungan sesama kaum.
Katanya, apabila sukan dapat menyatukan rakyat, kita akan dapat
menghapuskan tembok politik perkauman dan agama.“Sukan bukan
sahaja untuk kita lihat dan nikmati, tetapi jauh lebih besar kerana sukan
adalah ejen perpaduan yang akan menyatukan kita semua."Jadi rakyat
Malaysia perlu bangga dengan negara ini dan bangga dengan Jalur
Gemilang,” katanya.
https://www.sinarharian.com.my/article/45996/SUARA-SINAR/Analisis-
Sinar/Sukan-wadah-eratkan-perpaduan-1Malaysia
Bak kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas menyaksikan perlawanan
akhir perseorangan antara Datuk Lee Chong Wei dengan Cheng Long: "Saya percaya rakyat
Malaysia merasakan kebanggaan sama walaupun tidak menang, tapi ia detik
mengharumkan nama Malaysia.".Hal ini dapat dibuktikan bahawa sukan memainkan
peranan penting dalam memupuk dan mengukuhkan lagi semangat perpaduan di negara
kita. Ayuh rakyat Malaysia, jangan berputus asa dan terus beri sokongan padu kepada ahli
sukan yang berjuang untuk negara yang kita cintai ini.
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2016/08/186101/sukan-kukuh-perpaduan-rakyat-majmuk
KESIMPULAN
SUKAN
PEMANGKIN
PERPADUAN
KESIMPULANNYA, biarlah bidang sukan ini terus kekal bebas
sebagai agen perpaduan sesama rakyat tanpa mengira kaum,
kepercayaan, latar belakang mahupun status sosial kerana sedikit
sebanyak ia akan menjadi pemangkin kepada masyarakat untuk
bersemangat bersukan dan menjadikan kehidupan seharian sihat
sejahtera.Oleh itu, kita mestilah bersama-sama mengembleng tenaga
agar sukan di negara kita dapat berkembang lebih maju untuk negara
sekali gus akan memupuk perpaduan di Malaysia