The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by siti nuraishah, 2020-10-20 00:28:01

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Penghayatan Prinsip Rukun Negara

PENGHAYATAN PRINSIP
RUKUN NEGARA

MAJALAH EDISI PERTAMA

LECTURER : PN. NUR IDAYU BINTI AWANG TEH

NAMA AHLI KUMPULAN :

 WAN ZARITH SOFEA BINTI WAN ZAHIR (21DDT20F1128)
 SITI NURAISHAH BINTI MOHD SALLEH (21DDT20F1129)
 NURUL SYAMIRAH BINTI MOHD BURHANUDDIN (21DDT20F1124)

20/10/2020 1

PENGHAYATAN PRINSIP
RUKUN NEGARA

MAJALAH EDISI PERTAMA

KANDUNGAN :

I. RUKUN NEGARA 3
II. PENGENALAN RUKUN NEGARA 4
III. SEJARAH PEMBENTUKKAN RUKUN NEGARA 5
IV. OBJEKTIF DAN MATLAMAT RUKUN NEGARA 6
V. PEMBENTUKKAN RUKUN NEGARA
7
 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN 8
 KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA 9
 KELUHURAN DAN PERLEMBAGAAN 10
 KEDAULATAN UNDANG-UNDANG 11
 KESOPANAN DAN KESUSILAAN 13
VI. KESIMPULAN 14
 LANGKAH UNTUK PARA RAKYAT
MENGHAYATI RUKUN NEGARA 15
 MANFAAT PENGHAYATAN PRINSIP-PRINSIP
RUKUN NEGARA

20/10/2020 2

PENGHAYATAN PRINSIP
RUKUN NEGARA

MAJALAH EDISI PERTAMA

RUKUN NEGARA

Maka kami berikrar , rakyat Malaysia akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip
yang berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELURUHAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

20/10/2020 3

PENGHAYATAN PRINSIP
RUKUN NEGARA

MAJALAH EDISI PERTAMA

PENGENALAN RUKUN NEGARA

• Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia adalah
satu susunan cara ataupun prinsip hidup bermasyarakat yang
mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang
meliputi semua aspek kehidupan bernegara. Rukun Negara juga
adalah satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi
keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia.

• Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada

aspirasi masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk mengikut

acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang

berbilang kaum dan agama. Rukun Negara yang menjadi

pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia jelas merupakan kunci

kepada masyarakat pelbagai kaum di Negara ini untuk

m20e/1m0/2b020entuk warga berintegriti. 4

PENGHAYATAN PRINSIP
RUKUN NEGARA

MAJALAH EDISI PERTAMA

SEJARAH PEMBENTUKKAN RUKUN NEGARA

 Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta

ekoran daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei

1969. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu bukti berlakunya

permusuhan kaum yang sangat dahsyat suatu ketika dahulu.

 Permusuhan dan berbalahan ini berlaku akibat ketidakadilan

layanan yang diterima oleh masyarakat pelbagai kaum di negara

ini. Perkara ini berakar umbi sejak pemerintahan British, kemudian

diteruskan dengan penjajahan Jepun yang ternyata memberi

layanan istimewa kepada kaum Melayu. Keadaan demikian telah

menjadi ‘barah’ sehingga tercetusnya peristiwa ini.

 Masyarakat Malaysia seharusnya mengambil iktibar dan

pengajaran daripada Peristiwa 13 Mei 1969 supaya negara terus

dalam keasdaan aman dan makmur. Oleh itu, masyarakat Malaysia

perlu berpegang kepada prinsip – prinsip Rukun Negara yang telah

dit20e/1t0a/2p020kan 5

PENGHAYATAN PRINSIP
RUKUN NEGARA

MAJALAH EDISI PERTAMA

OBJEKTIF DAN MATLAMAT RUKUN NEGARA

o Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan

masyarakat

o Untuk memelihara cara hidup demokratik .
o Untuk melahirkan masyarakat yang adil dan saksama supaya

kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara harmoni dan

terjamin .
o Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi

kebudayaan yang kaya dan mempunyai pelbagai corak lapisan

kaum di kalangan masyarakat .

o Untuk membina sebuah masyarakat yang progresif dengan adanya

ilmu sanis dan teknologi-teknologi yang moden .
o Selain itu adalah untuk melahirkan semangat patriotik di kalangan

masyarakt pada hari ini supaya semua lapisan masyarakat akan

merasai betapa pentingnya Rukun Negara di dalam negara kita .

20/10/2020 6

PENGHAYATAN PRINSIP
RUKUN NEGARA

MAJALAH EDISI PERTAMA

PEMBENTUKKAN RUKUN NEGARA

• Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama

merupakan prinsip penting kehidupan rakyat di negara kita. Sebarang

bentuk ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan

(atheis) seperti fahaman komunis tidak akan mendapat tempat di

negara ini. Ini adalah kerana agama telah menjadi unsur penting

dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita

• Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa

Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama-

agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Prinsip Kepercayaan

kepada Tuhan seharusnya dapat menerapkan kepercayaan beragama

secara positif yang boleh membangun “pemikiran luhur” dalam

hubungan pelbagai kaum serta dapat membina jati diri yang padu.

• Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-

masing sebagai asas membina keharmonian dan perpaduan,

bukannya menggunakan agama sebagai alat mencipta permusuhan.

20/10/2020 7

PENGHAYATAN PRINSIP
RUKUN NEGARA

MAJALAH EDISI PERTAMA

 Seterusnya ,prinsip kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

adalah berteraskan kepada amalan Sistem Demokrasi Berparlimen

dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-

Pertuan Agong sebagai ketua negara.

 Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja

mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap

negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak

beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri

merupakan lambang perpaduan rakyat.

 Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap

warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan

ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di

peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia

kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin

tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

20/10/2020 8

PENGHAYATAN PRINSIP
RUKUN NEGARA

MAJALAH EDISI PERTAMA

 Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip

Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-

undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia

terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang

menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang

disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.

 Aspek-aspek utama dalam negara perlu dipatuhi sebagai mana yang

dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, iaitu :

a) Konsep raja berperlembagaan.

b) Kedudukan kaum bumiputera dan bukan bumiputera dalam pembanggunan

sosio ekonomi terjamin.

c) Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan disamping perkembangan

bahasa-bahasa lain tidak dihalang.

d) Agama islam sebagai agama rasmi disamping kebebasan beragama

diamalkan.

e) Hak asasi rakyat terjamin

f) Hak20k/e10r/2a0k20yatan dan sistem pemeritahan. 9

PENGHAYATAN PRINSIP
RUKUN NEGARA

MAJALAH EDISI PERTAMA

 Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan

mewujudkan satu masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan

makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting

bagi memastikan undang-undang berjalan dengan lancar. Kedaulatan

undang-undang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi

undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender

mahupun kedudukan (status sosial).

 Oleh itu, keadilan merupakan elemen penting dalam menegakkan

kedaulatan undang-undang.Kuasa kedaulatan dalam konteks undang-

undang adalah merujuk kepada autoriti perundagan ynag paling

tinggi iaitu Perlembagaan Negara.

 Namun, kebebasan asasi tidak bermakna kita bebas melakukan apa

sahaja sehingga melanggar undang-undang dan Perlembagaan

Negara.Didalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas

menyebut bahawa undang-undang menentang perbuatan subversif,

tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya.

20/10/2020 10

PENGHAYATAN PRINSIP
RUKUN NEGARA

MAJALAH EDISI PERTAMA

o Akhir sekali, prinsip kelima Rukun Negara iaitu kesopanan dan
kesusilaan menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku
setiap rakyat. Ianya bertujuan untuk membentuk warga negara yang
bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan
Nilai Murni yang dijalankan.

o Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling
bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu
sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap
bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk
seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin dan bermoral tinggi
yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.

o Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan
yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu
golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah
kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan
kehidupan bernegara.

20/10/2020 11

KESIMPULAN

20/10/2020 12

PENGHAYATAN PRINSIP
RUKUN NEGARA

• Rukun Negara harus dilihat sebagai ‘internal
cohesion’ atau kuasa dalaman yang dapat mengikat
perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan
rakyat.

• Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun
Negara itu masih releven untuk membentuk jati diri
dan keperibadian rakyat.

• Apa yang perlu ialah penghayatan terhadap Rukun
Negara mesti disemarakkan kembali melalui
gagasan 1Malaysia sebagaimana yang disarankan
oleh kerajaan.
20/10/2020 13

PENGHAYATAN PRINSIP
RUKUN NEGARA

MAJALAH EDISI PERTAMA

Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai

oleh semua negara termasuklah Malaysia. Ia penting kerana
tanpa perpaduan,sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar
untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa
luar mahupun dalam negara itu sendiri.

Rukun Negara diwujudkan ekoran daripada peristiwa rusuhan

kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah

membuka mata dan menyedarkan kita semua, betapa pentingnya

bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta

meng20h/10i/n202d0ari sifat curiga mencurigai satu sama lain. 14

PENGHAYATAN PRINSIP
RUKUN NEGARA

Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan
masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa
mengira kaum serta bersikap saling menghormati
antara satu sama lain. Melalui perpaduan yang
mampan akan dapat membantu negara
mempertingkatkan dan mempergiatkan pertumbuhan
ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem
pemerintahan negara yang demokratik.

20/10/2020 15


Click to View FlipBook Version