The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku mengenai biografi DSP James Peter Ongkili. Mengesahkan perihal hidup tokoh.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by vensaid.alonto, 2023-06-12 10:22:10

Buku Biografi - Orang Kita Pemimpin Kita

Buku mengenai biografi DSP James Peter Ongkili. Mengesahkan perihal hidup tokoh.

Keywords: James

B U K U B I O G R A F I JAMES PETER ONGKILI ORANG KITA, PEMIMPIN KITA


B U K U B I O G R A F I JAMES PETER ONGKILI ORANG KITA, PEMIMPIN KITA SANTE SANELAWA VILLAMON JILIA EMELDA ONGKILI FLORENCE PAUL BAKLIN


Iris Publisihing & Distributors, 2023 Sante Sanelawa Villamon, Julia Emelda Ongkili, Florence Paul Baklin 2023 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman dan sebagainya tanpa izin bertulis daripada Iris Publishing & Distributors. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan dalam - Penerbitan Sante Sanelawa Villamon, Julia Emelda Ongkili, Florence Paul Baklin – James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita ISBN 978-967-2294-62-7 1. Biogra - Authorship. 2. Judul. Rekabentuk kulit IRIS PUBLISHING & DISTRIBUTORS Dicetak dan diterbitkan oleh IRIS PUBLSHING & DISTRIBUTORS Blok 208A, Aras 2, Wisma MUIS Peti Surat 13132 88835 Kota Kinabalu.


KANDUNGAN Prakata Penulis viii BAB 1 MENDEKATI DATUK SERI PANGLIMA DR. JAMES PETER ONGKILI 1 1.1 Secara Ringkas Orang Kita, Pemimpin Kita BAB 2 KAMPUNG HALAMAN 5 2.1 Kampung halaman Datuk Seri Panglima Dr. James Peter Ongkili BAB 3 PENDIDIKAN DAN KERJAYA AWAL 8 3.1 Pendidikan 3.1.1 Pendidikan Sekolah Rendah dan menengah 3.1.2 Melanjutkan Pendidikan di luar Negara dan dalam Negara 3.2 Kerjaya Awal 3.2.1 Perkhidmatan Awam BAB 4 PERJALANAN POLITIK 18 4.1 Sejarah Ringkas Perjalanan Politik Datuk Seri Panglima Dr. James Peter Ongkili 4.2 Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah atau BERJAYA 4.3 Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) 4.4 Pilihan Raya Umum (PRU) Parlimen 4.5 Sumbangan Datu Seri Panglima Dr. James Peter Ongkili ketika dalam Kerajaan 4.5.1 Menteri Pertanian dan Perikanan 4.5.2 Timbalan Ketua Menteri 4.5.3 Menteri Kehakiman Persekutuan 4.6 Bersara Daripada Dunia Politik


4.7 Kata-Kata Hikmah Dr. James Peter Ongkili BAB 5 PRINSIP 35 5.1 Prinsip Datuk Seri Panglima Dr. James Peter Ongkili BAB 6 PEMIKIRAN DAN KETOKOHAN 39 6.1 Perpaduan dan Persefahaman Kaum 6.2 Penulis Buku, Jurnal, Artikel dan Pencipta Lagu 6.2.1 Buku Pertama, Susuzan Totopot Do Sabah 6.2.2 Buku Response to Malaysia 1961-1963 6.2.3 Buku Modernization in East Malaysia 1960-1970 6.2.4 Buku Nation building in Malaysia 1946- 1974 6.2.5 Lagu ciptaan JPO, Tadau Tagazo Do Kaamatan BAB 7 PERKAHWINAN DAN KELUARGA 54 7.1 Perkahwinan 7.2 Apa Kata Mereka 7.2.1 Kuyang @ Datin Margaret 7.2.2 Dr James Francis Jr @ Jimmy 7.2.3 Julia Emelda Ongkili 7.2.4 Judith Caroline Ongkili 7.2.5 Paul Martin Ongkili 7.2.6 Billy Ongkili BAB 8 SALASILAH 82 8.1 Salasilah Keluarga Datuk Seri Panglima Dr James Peter Ongkili


BAB 9 DALAM KENANGAN 86 9.1 Dalam Kenangan 9.2 Me and JPO by Teddy Chin BAB 10 KRONOLOGI MENJEJAKI KISAH PERJUANGAN TOKOH DATUK SERI PANGLIMA DR. JAMES PETER ONGKILI 101 10.1 Citra di belakang tabir menyiapkan Buku Biogra Datuk Seri Panglima Dr. James Peter Ongkili 10.1.1 Tamparuli 10.1.2 Rumah Ongkili di Kampung Ria Keningau 10.2 Rumah Ongkili di Kampung Ria Keningau 10.2.1 Keningau 10.3 Kisah Merentas Kudat ke Kampung Langkon 10.3.1 Kudat-Kota Marudu 10.4 Kembali ke Tambunan 10.4.1 Kembali ke Tambunan 10.4.2 Kampung Keranaan, Tambunan 10.5 Jalan Istana Sandakan dan Lamag Kinabatangan 10.5.1 Sandakan dan Kinabatangan Rujukan 116 Sekalung Budi 118


PRAKATA PENULIS Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Tuhan atas dengan limpah kurnia-Nya maka buku Biogra Datuk Seri Panglima (DSP) Dr. James Peter Ongkili atau nama sebenarnya, James Peter Julitih Ongkili ini akhirnya dapat disempurnakan dengan baik. Buku ini ditulis berdasarkan temubual dengan orang yang mengenali tokoh ini. Mereka yang paling rapat dengan DSP Dr. James Peter Ongkili. Antaranya ialah Datin Margaret Gunduong, adik beradik serta anak dan juga rakan yang mengenali tokoh ini selain sumber daripada koleksi buku DSP Dr. James Peter Ongkili sendiri. Segala maklumat yang ditampilkan diberikan perhatian. Begitu juga penulisan buku ini dilakukan secara teliti bagi memastikan butiran yang ditulis diperolehi daripada sumber yang sahih, terutama berkaitan dengan zaman kanak-kanak, remaja, dewasa, perkahwinan, keluarga dan pekerjaan tokoh ini. Buku Biogra ini mengunakan nama tokoh ini, bagi memberikan manfaat kepada pembaca, ahli akademik, penyelidik dan sejarahwan disamping sebagai bahan dokumentasi untuk generasi muda terutama ahli keluarga ini di masa akan datang. Buku biogra ini memberikan penjelasan dan penerangan mengenai siapa DSP Dr. James Peter Ongkili, iaitu seorang ahli politik di Sabah, orang kita pemimpin kita yang pertama sekali dipilih oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak menyertai jawatankuasa bagi merangka Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Terima kasih kepada Datin Margaret Gonduong (isteri DSP Dr. James Peter Ongkili) atas motivasi dan sokongan untuk menyiapkan buku ini. Sekalung ucapan terima kasih kepada Datuk Jasni Matlani, penerima SEA Write Award 2015, yang banyak memberikan nasihat. Tidak lupa Datuk Matbali Musah ketika menjadi Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Jabatan Ketua Menteri Sabah yang memberikan galakkan dan sokongan kepada penulis. Akhir sekali, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Haji Almain Ajirul, Puan Faridah Giau, Encik Abdul Manap Abdul Ruhjm, Tuan Billy Ongkili, Dr James Francis @Dr Jimmy atas sumbangan idea dan bahan penulisan buku ini. Terima kasih juga kepada Encik Aliuddin Mohd Salleh atas nasihat dan pandangan terhadap kepakaran beliau dalam penulisan buku ini. Begitu juga Encik Akup & Sekeluarga dari Kota Marudu, Encil Aliosius Jakil, Muhammad Azley Stanley Abdullah dan Azrel Denilson Awang Fauzeh yang turut serta membuat kajian sepanjang penerbitan buku ini dari Kota Kinabalu, Tuaran, James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita viii


Tambunan, Kota Marudu, Kudat, Sandakan dan Kinabatangan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan buku Biogra DSP Dr. James Peter Ongkili sama ada secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan penerbitan buku ini. Sante Sanelawa Villiamon Julia Emelda Ongkili Florence Paul Baklin James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita ix


1 BAB 1 MENDEKATI DATUK SERI PANGLIMA DR. JAMES PETER ONGKILI 1.1 SECARA RINGKAS ORANG KITA, PEMIMPIN KITA Datuk Seri Panglima (DSP) Dr. James Peter Ongkili atau nama sebenarnya James Peter Julitih Ongkili dilahirkan pada 13 Mac 1939, di Kampung Karanaan. Sebuah perkampungan yang terletak di Pendalaman dalam daerah Tambunan, Sabah. Julitih adalah nama asal yang diberikan sejak kecil lagi. Bapanya merupakan seorang anggota polis berpangkat Sarjan Mejer iaitu Ongkili Bin Indoh. DSP Dr James ialah anak yang kedua daripada tiga belas adik-beradik. Daripada tiga belas adik beradik, hanya seorang perempuan. Bagaimanapun kisah adik beradik perempuan mereka tidak banyak diceritakan kerana meninggal dunia ketika usianya masih kecil. Kisahnya ada tercatat dalam peristiwa 14 hari Ongkili merentas Kudat – Langkon Kota Marudu ketika perang dunia kedua. Julitih atau nama penuhnya James Peter Julitih Ongkili, lebih dikenali dengan nama James Peter Ongkili. Bapanya, Ongkili berasal dari Kampung Desa Ria, Keningau dan Ibunya, Batindoi Binti Kondiab pula berasal daripada daerah Tambunan. Ongkili dan Batindoi berketurunan Dusun. Ongkili merupakan anggota keselamatan bagi Syarikat Berpiagam Borneo Utara, pasukan North Borneo Armed Constabulary manakala ibunya


2 hanya seorang suri rumah. Bapanya kemudian diserapkan sebagai anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia pada tahun 1963, apabila Sabah diserahkan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara kepada kerajaan British. Selepas perang Jepun, Ongkili nekad menggunakan duit gaji sebagai anggota polis untuk menyekolahkan anak-anaknya termasuk James ke sekolah St. Francis Xavier, Keningau. Pada tahun 1946 ketika James memasuki sekolah itu, ia hanya sebuah rumah Rektor dan Gereja yang dijadikan sebagai bilik darjah. Dua tahun kemudian Ongkili telah dipindahkan bertugas ke Balai Polis Kepayan di Jeselton nama bandaraya Kota Kinabalu sebelumnya. Ongkili nekad meneruskan persekolahan anak-anaknya ketika itu. DSP Dr James menyambung persekolahan di sekolah Sacred Heart Kota Kinabalu. Bagaimanapun pada tahun 1955, Ongkili menamatkan perkhidmatannya sebagai anggota polis di Balai Polis Kepayan dan kembali ke kampung halaman isterinya di Tambunan. Ketika ini, DSP Dr James nekad tidak mengikuti keluarganya kembali ke kampung halaman kerana cita-citanya ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Keputusan tidak mengikuti ibu bapanya balik ke kampung halaman itu suatu keputusan yang sangat menyedihkan kedua ibu bapanya. Ongkili membiarkan keputusan anaknya itu kerana memahami jiwa dan impian DSP Dr James yang sangat minat membaca dan mahu belajar lebih tinggi dalam bidang akademik. DSP Dr. James seorang kanak-kanak yang gemar membaca buku. Ketika usia remaja, dia sangat rajin belajar sambil bekerja untuk membantu keluarga. Ketika itu, dia berada di Sekolah Menengah La Salle, Tanjung Aru. Keputusan itu, bagi DSP Dr James sangat menyedihkannya tetapi dia terpaksa berpisah dengan keluarganya demi “Ilmu” dia mahu melanjutkan pelajarannya ke tahap lebih tinggi lagi. Pada usinya 20 tahun pada 13 Mac 1959, beliau berkahwin dengan wanita pilihan hatinya seorang guru bernama Kuyang @ Datin Margaret K u y a n g G o n d u o n g y a n g b e r a s a l d a r i d a e r a h k e c i l Kauluan,Tamparuli.Tuaran. DSP Dr. James Menjadi anak Sabah yang dianugerahkan sebagai penerima tajaan pendidikan melanjutkan pengajian ke luar negara pada tahun 1961 di bawah biasiswa ”Colombo Plan”. Dia memperolehi ijazah Kedoktoran - PhD ketika menjadi Pensyarah di Universiti Malaya. Setelah menceburi bidang politik dan menjadi wakil rakyat, DSP Dr. James Ongkili ialah seorang menteri yang membawa identiti “anak kampung” ketika era kegemilangannya sebagai seorang pakar akademik dan ahli politik di Sabah. Sumbanganya paling membanggakan rakyat Sabah apabila menjadi salah seorang ahli panel yang turut merangka Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB), ketika itu beliau menjadi James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita


3 Gambar 1 Datuk Seri Panglima Dr James Peter Ongkili Pensyarah di Universiti Malaya (UM). Hasil perkahwinan Datuk Seri Panglima Dr James Ongkili dengan isterinya, Kuyang @Datin Margaret, mereka telah dikurniakan enam orang anak iaitu, Dr. David, Dr James Francis @ Jr Jimmy, Judith, Julia, Paul Martin dan Mark Moses. Daripada enam orang anak itu hanya Judith yang dilahirkan di Brisbane, Australia. Ketika itu James sedang belajar di Universiti Queensland, Brisbane Australia. Ketika berkahwin dengan DSP Dr. James, dikatakan beliau masih lagi bersekolah manakala Datin Margaret sendiri masih menyambung pengajiannya di Maktab Perguruan Kent Tuaran. Kisah pasangan ini sangat menarik untuk tatapan anak cucu mereka selain menjadi rujukan para penyelidik, sejarahwan dan golongan muda mengenai sejarah perjuangan seorang tokoh anak tempatan yang berani keluar dari kepompong kesukaran hidup melalui pendidikan ketika pasca kemerdekaan negara. Kehidupan Datuk Seri Panglima Dr. James Peter Ongkili dapat dibahagikan kepada tiga zaman iaitu zaman perang, pasca kemerdekaan dan moden. * * * Kegemaran Datuk Seri Dr James Peter Ongkili ialah menangkap ikan, memancing, bermain, mendengar muzik dan memburu. Selain itu beliau mempunyai “habit” menghisap rokok mengunakan penghisap “cerut” kayu dan sentiasa berpakaian rapi ketika bertugas. James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita


4 Gambar 2 DSP Dr. James Peter Ongkili menerima pingat kebesaran SPDK Gambar 3 Mantan Menteri Kehakiman Malaysia dan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr James Peter Ongkili (1939-2006) James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita


5 BAB 2 KAMPUNG HALAMAN 2.1 KAMPUNG HALAMAN DSP DR. JAMES Kira-kira dua jam perjalanan mengunakan kenderaan dari Kota Kinabalu. Pekan Tambunan kini semakin pesat membangun dengan deretan kedaikedai makanan dan pasar raya selain pusat pelancongan domestik yang menjadi tumpuan orang ramai ke pekan ini. Pastinya daerah Tambunan telah dikenali sebagai kampung halaman tokoh-tokoh tempatan. Gambar 4 Gambar rumah lama Ongkili


6 Gambar 5 Rumah lama DSP James di Kampung Telibong, Jalan Tuaran Tapak rumah kelahiran DSP Dr. James di Kampung Keranaan Tambunan kini tinggal tapak tanah sahaja kerana struktur rumah yang dibina nipah papan itu sudah lama roboh. Malah bekas tapak rumah lama mereka terletak tidak jauh dari rumah kediaman keluarga Kitingan. Difahamkan susur galur keluarga DSP Dr. James ada kaitan dengan Aki Kitingan sebelah ibunya Batindoi yang berasal dari Tambunan. Pada sekitar tahun 1970-an. Aki Ongkili dan isterinya berpindah kediaman dari rumah nipah papan ke tanah yang dimiliki mereka. Pada awalnya hanya sebuah rumah papan yang sederhana dan kini telah dibaiki dengan dikenali sebagai Pogun Sakag Ongkili. Gambar 6 Rumah agam Pogun Sakag Ongkili di Kampung Karanaan Tambunan James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita


7 Gambar 7 Terkini rumah Pogun Sakag Ongkili. Setiba kami di lokasi kediaman Pogun Sakag Ongkili. Waktu senja makin melabuh tirainya. Saya bersama Julia menghabiskan masa seharian di Pogun Sakag Ongkili untuk melihat beberapa sudut koleksi peninggalan Aki Ongkili yang masih tersimpan rapi dan kelihatan beberapa gambar kenangan adik beradik DSP Dr. James Peter Ongkili di dinding rumah lama di kediaman keluarga ini. Perjalanan kami menjejaki ketokohan pemimpin tempatan ini bermula dari daerah kelahiran, zaman kanak-kanak, zaman dewasa dan saat akhir perjuangan beliau. Gambar 8 Andy menunjukkan tapak asal kediaman DSP Dr James di Kampung Karanaan Tambunan James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita


8 BAB 3 PENDIDIKAN DAN KERJAYA AWAL 3.1 PENDIDIKAN 3.1.1 P e n d i d i k a n Sekolah Rendah dan Menengah Sejak zaman kanak-kanak lagi Datuk Seri Panglima Dr James Peter Ongkili seorang kanak-kanak yang aktif dan r a j i n m e m b a n t u i b u bapanya. Sifat rajin ini m e m p e n ga r u h i s ika p terhadap pelajarannya di mana beliau sangat suka dan minat dalam pelajarannya. Pada zaman kanak-kanak Dr James bersekolah St Francis Xiaver di Keningau dan Sacred Heart Kota Kinabalu. 8 Gambar 9 Bangunan SK St Francis Xiaver di Keningau terkini


9 Gambar 10 Sacred Heart Kota Kinabalu juga antara sekolah pernah menjadi sekolah DSP Dr James Pada tahun 1955, DSP Dr. James Peter Ongkili mengambil keputusan untuk tinggal di Kota Kinabalu bagi meneruskan pelajarannya di Sekolah Menengah La Salle, Tanjung Aru. DSP Dr. James menumpang dengan pakciknya yang juga seorang anggota polis ketika itu dikediaman rumah polis Kepayan. Namun tidak mahu menyusahkan pakciknya, beliau mengambil upah sebagai `penyiang' ikan di pasar ikan di Jeselton kini Kota Kinabalu. Upah itu adalah untuk menampung perbelanjaannya. Biarpun dibantu oleh pakciknya itu, namun beliau tidak mahu terus-menerus bersandar kepada bantuan itu. Pada zaman remajanya, DSP Dr. James seorang yang periang dan pandai membawa diri. Ketika di sekolah menengah di La Salle, dia minat dalam pelajaran, beliau bukan sahaja dalam ilmu bahasa tetapi pandai menyanyi ketika bersama kawan-kawannya. Minatnya itu hanya sekadar hobi. Darah seorang anak seni tetap ada pada dirinya sejak dibangku sekolah lagi. Dia berjaya menghabiskan persekolahannya dengan kelulusan Gred kedua dalam Peperiksaan Sijil Pesekolahan Senior Cambridge. Selepas tamat persekolahan dia antara pelajar yang terpilih mengikuti pemilihan untuk menerima biasiswa pendidikan. Pengetua La James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita


10 Salle yang dikenali sebagai Charles telah memberikan sokongan untuk mengisi borang biasiswa pendidikan di bawah program “Colombo Plan” Sementara menunggu permohonannya lulus Dia menawarkan diri menjadi guru sandaran di St John, Tuaran. Keseriusan DSP Dr. James terhadap pendidikan boleh dilihat dari kesungguhannya semasa belajar di sekolah berkenaan. Lahir ketika Sabah diperintah oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, kemudiannya menyaksikan Sabah diperintah oleh Jepun sebelum kembali diperintah oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara yang kemudiannya menyerahkan Sabah kepada British (Tanah Jajahan British) menjadikan Dr James menyedari betapa pentingnya pendidikan pada bangsanya akan datang. 3.1.2 Melanjutkan Pelajaran Ke Luar Negara dan di Dalam Negara September 1961, DSP Dr. James menerima tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana melalui tawaran biasiswa luar negara yang dianugerahkan kepadanya “Columbo Plan” sebuah biasiswa pendidikan bagi melanjutkan pengajian ke luar negara. Setelah beberapa tahun menunggu berita gembira itu. Akhirnya DSP Dr James dengan bangganya memenuhi impiannya melanjutkan pelajarannya. Sewaktu ini, dia sudah berkeluarga. Pasangan ini masing-masing menceburi bidang pendidikan. DSP Dr James masih belajar sementara Datin Margaret sudah berkhidmat sebagai guru. Segala usahanya ternyata berbaloi apabila DSP Dr. James ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera (Sejarah) di Universiti Queensland Brisbane, Australia. Ketika ini usia perkahwinannya dengan Datin Margaret baru memasuki dua tahun. Sewaktu itu beliau dan Datin Margaret sudah dikurniakan dua orang anak iaitu Dr David dan Dr Jimmy. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di universiti yang sama untuk Ijazah Sarjana bagi pengajian yang sama dan ketika ini, baharulah Datin Margaret mengikutinya ke Australia. Dua anak mereka, Dr David dan Dr Jimmy turut dibawa sekali. Keputusan untuk membawa isteri dan anak ke Australia merupakan keputusan yang salah kerana keputusan ini membuatkan Datin Margaret perlu untuk meletakkan jawatan sebagai guru. Semakin tidak berbaloi apabila dikirkan bahawa Datin Margaret adalah pembantu utamanya bagi menampung perbelanjaan ketika belajar untuk Ijazah Sarjana Muda di universiti itu meskipun menerima biasiswa. Begitupun keputusan yang dibuat sudah tentu berasaskan kepada perancangan dan perbincangan. DSP Dr. James Peter Ongkili James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita


11 sesungguhnya sudah bersedia dan mempunyai perancangan apabila membuat keputusan membawa Datin Margaret dan anaknya ke Australia. Biarpun terpaksa bekerja, namun pelajaran DSP Dr. James tidak pernah terganggu, sebaliknya berjaya menamatkan pengajiannya untuk Ijazah Sarjana di universiti itu pada tahun 1965. Gambar 11 DSP Dr James (duduk paling kanan depan), bersama-sama rakan pelajar di Universiti Queensland Brisbane Australia. Gambar 12 DSP Dr James ketika berada di Australia James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita


12 Gambar 13 DSP Dr James bersama sahabatnya ketika belajar di Australia. Gambar 14 DSP Dr James bersama dua anaknya, Dr David (kanan), dan Dr Jr James @ Jimmy (Kiri) ketika menyambung pengajian peringkat sarjana di Australia tahun 1964 James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita


13 Kesungguhan dan komitmen DSP Dr. James dalam pendidikan tidak berakhir apabila mencapai ijazah sarjana. Biarpun sedikit lewat dan sudah bergelar sebagai pemimpin, ianya tidak menghalang beliau untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat ijazah kedoktoran. Beliau melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah kedoktoran di Universiti Malaya. DSP Dr. James telah membuat tesis yang bertajuk The Nasionalism in Malaysia. Ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Pensyarah di Universiti. Biarpun DSP Dr. James amat tegas khususnya dalam pendidikan. Namun beliau tetap dilihat sebagai seorang suami dan ayah yang penyayang. Beliau sentiasa menggalakkan anak-anaknya untuk berusaha mencapai pendidikan yang tertinggi.Beliau amat tegas dalam pendidikan anak-anaknya, Beliau sentiasa menggalakkan dan mendorong anakanaknya untuk berusaha mencapai pendidikan yang tertinggi. Beliau sendiri menjadikan contoh kepada anak-anaknya dan ianya terbukti apabila dua anaknya iaitu Dr David dan Dr James Francis @ Jr Jimmy masing-masing memperolehi ijazah kedoktoran (PhD). Selain itu anaknya, Judith dan Julia pada ketika ini calon PhD. Selain itu DSP Dr. James antara tokoh pemimpin yang disegani dan dikenali sebagai pemimpin ringan tangan untuk menyokong mana-mana permohonan untuk melanjutkan pelajaran kepada anak-anak Sabah. Ramai di kalangan para pemimpin politik dan penjawat awam ketika ini telah mendapat sokongan beliau mendapatkan biasiswa di bawah kerajaan Negeri Sabah ketika beliau menjadi Timbalan Ketua Menteri dan Menteri. Margaret (2022). menyifatkan DSP Dr. James sangat menyukai anakanak tempatan yang bercita-cita tinggi dalam pelajaran. Antara salah satu nama pemimpin yang disebut oleh Margaret yang mendapat sokongan penuh DSP Dr. James Peter Ongkili ketika menjadi wakil rakyat Tuaran dan Timbalan Ketua Menteri ialah pemimpin nombor 1 negeri Sabah ketika ini. Pemimpin itu i a l a h D a t u k S e ri Panglima Haji Hajiji Haji Noor iaitu Ketua Menteri Sabah ketika ini. James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita Gambar 15 DSP Dr James merakamkan gambar kenangan bersama adik beradik di Universiti Malaya.


14 James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita Gambar 16 DSP Dr James menerima PhD sempena Konvokesyen di Universiti Malaya Ringkasan Pendidikan - Sekolah Rendah St Francis Xavier's, Keningau dan Sekolah Rendah Sacred Heart, Kota Kinabalu - Sekolah Menengah La Salle, Kota Kinabalu - Sarjana Muda BA (Hons), University Queensland, Brisbane, Australia (1965) - Sarjana MA, University Queensland, Brisbane, Australia (1967) - PhD, University Malaya (1975) 3.2 KERJAYA AWAL 3.2.1 Perkhidmatan Awam Hanya beberapa minggu di kampung halaman isterinya di Tuaran, selepas berjaya menamatkan pengajian Sarjana di Universiti Brisbane, Australia pada 1967. DSP Dr. James telah membawa isterinya Margaret dan tiga orang anaknya. David, Jimmy dan Judith ke Sandakan. Di Sandakan beliau


15 telah dilantik sebagai Penolong Residen di Sandakan. Ia merupakan pekerjaan pertama yang disandang beliau. Bagaimanapun ia hanya bersifat sementara kerana DSP Dr. James telah ditawarkan Jawatan Pegawai Daerah Lamag. Difahamkan hanya tiga bulan memangku kerja Penolong Residen AO di Sandakan, beliau ditukarkan ke pejabat daerah Lamaq kini dikenali sebagai Kinabatangan pada tahun 1967 dengan jawatan pegawai daerah (DO). Sebaik DSP Dr. James berpindah tugas ke pejabat daerah Lamag, Pada ketika keluarganya kembali ke Tuaran berikutan suasana dan keadaan di Lamaq yang terletak di kawasan luar bandar sering dilanda bencana banjir. Tempoh perkhidmatan bertugas DSP Dr. James di daerah Lamag / Kinabatangan begitu singkat daripada 1967 sehingga1968. Difahamkan selepas tragedi helikopter terhempas di Sungai Kinabatangan. Namun tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan. Kejadian itu berlaku pada tahun 1968 ketika bencana banjir melanda daerah berkenaan. Menurut kisah yang di ceritakan oleh Margaret (2022), kisah yang tidak diketahui ini nyaris mengorbankan nyawa suaminya, DSP Dr. James yang ketika itu bersama seorang pengawai British. Mereka membuat tinjauan banjir mengunakan helikopter tiba-tiba terbang rendah dan menjunam ke sungai. Dr. James menyelamatkan pegawai British dan juru terbang helikopter itu. Kemalangan helikopter yang dikenali (mungkin) sebagai pesawat ambia atau pesawat laut itu bagaimanapun tidak mengorbankan nyawa. Kemalangan itu berlaku berlaku pada tahun 1968 di Sungai Kinabatangan dan kesemua penumpang terselammat termasuk DSP Dr.James yang diselamatkan oleh penduduk kampung. Pada tahun itu juga kejadian banjir besar berlaku dan telah memusnahkan struktur bangunan pejabat Daerah Lamaq serta menengelamkan penempatan di kawasan tersebut. Gambar 17 Gambar Pejabat Derah Lamag pada tahun 1968 yang dinaiki banjir. James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita


16 James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita Setahun kemudian pada tahun 1969, DSP Dr. James Peter Ongkili dipindahkan ke Pejabat Daerah Keningau dengan jawatan yang sama iaitu sebagai pegawai daerah Keningau. Isteri dan anak-anaknya telah mengikutinya ke Keningau kerana daerah Keningau juga merupakan kampung halaman kepada Sarjan Ongkili. Namun tidak berapa lama berkhidmat di Keningau, DSP Dr. James mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai pegawai daerah. Beliau berhenti berkhidmat sebagai penjawat awam dengan mengambil keputusan untuk menjadi pensyarah di Universiti Malaya bagi pengajian sejarah di Kuala Lumpur pada tahun pada tahun 1969. Pada waktu inilah, DSP Dr James dipilih oleh Perdana Menteri Tun Razak untuk menyertai jawatankuasa bagi merangka Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Gambar 18 Di sini terletaknya tapak pejabat daerah Lamag yang hanya boleh dikunjungi menggunakan bot. Gambar 19 DSP Dr James membaca buku di ruang pejabatnya


17 Gambar 20 DSP Dr James di ruang pejabatnya ketika menjadi Pensyarah 3.2.2 Pengalaman Kerja Dr James Peter Ongkili. · Pegawai Daerah Lamag/Kinabatangan 1967-1968 · Pegawai Daerah Keningau 1968-1969 · Pensyarah di Universiti Malaysia 1969 – 1976. James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita


18 BAB 4 PERJALANAN POLITIK 4.1 SEJARAH RINGKAS PERJALANAN POLITIK DSP DR. JAMES PETER ONGKILI Penglibatan dalam dunia politik DSP Dr.James Peter Ongkili bermula pada tahun 1976. Ketika itu usianya baru 37 tahun. Salah seorang yang bertanggungjawab membawa beliau ke dalam dunia politik adalah Allahyarham Tun Fuad Donald Stephens. Begitupun dunia politik bukanlah asing kepada keluarga Ongkili. Selain DSP Dr. James Peter Ongkili, turut menceburi dunia politik adalah abang beliau, Medi Ongkili (Haji Ahmad Medi Ongkili) serta adik beliau iaitu Roger Ongkili dan Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili yang pernah menerajui barisan kabinet di Persekutuan. Allahyarham Tun Fuad Donald Stephens mengajak beliau untuk menyertai Parti Berjaya yang baharu ditubuhkan. Ketika itu beliau masih lagi menjadi pensyarah di Universiti Malaya. Keinginan dan semangatnya yang kuat untuk turut serta dalam membawa perubahan Sabah agar membangun serta kemajuan menerusi persefahaman dan perpaduan kaum, akhirnya DSP Dr. James mengambil keputusan untuk menceburi bidang politik. Beliau meletakkan jawatan sebagai pensyarah dan kembali ke Sabah untuk menyertai parti BERJAYA. Pada 20 April 1976, DSP Dr. James telah terpilih menjadi calon parti 18


19 BERJAYA. Ia telah diumumkan di bawah pimpinan Tun Fuad Stephen selepas dipilih sebagai calon untuk bertanding pada pilihan raya negeri di kawasan Tamparuli. Beliau menang pada pilihan raya tersebut dengan majoriti 1,595 undi menewaskan calon USNO dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah pada 20 April 1976. Kerjaya politik beliau semakin menyerlah apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perusahaan dan Desa pada 17 Julai 1976. Pada Mac 1977 DSP Dr. James dilantik sebagai Timbalan Presiden Berjaya. Pada pilihan raya umum 1978, DSP Dr James bertanding Parlimen Tuaran dan pilihan raya negeri 1981. Kedua-duanya dimenangi oleh beliau. DSP Dr. James dikekalkan sebagai Timbalan Ketua Menteri sehingga satu rombakan dilakukan oleh parti BERJAYA yang tidak melantik beliau kembali menyertai anggota barisan kabinet Sabah. Sebaliknya beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad pada 2 Jun 1983. Pada 14 Julai 1984, Tun Mahathir membuat rombakan kabinet dan ia menyaksikan DSP Dr. James dilantik sebagai Menteri Kehakiman di Persekutuan. Pada tahun 1986, DSP Dr. James tidak dicalonkan oleh parti Berjaya bagi kerusi Tuaran. Beliau keluar dari Parti BERJAYA pada bulan Mei 1988 dan dua bulan kemudian menubuhkan parti baru iaitu Parti Rakyat Sabah (PRS) pada Julai 1988 dan merupakan presiden pertama parti tersebut. DSP Dr. James telah bertanding di parlimen Tuaran tetapi kalah kepada Datuk Wilfred Bamburing dari Parti Bersatu Sabah (PBS) yang dipimpin oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. Pada 1 Ogos 1990 berundur dari parti PRS dan bersara dalam politik. Jawatan Politik Datuk Seri Dr James Peter Ongkili · Menteri Pertanian dan Perikanan – (20 April – 16 Julai 1976 · Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Menteri Pembangunan Perusahaan dan Desa Negeri Sabah (17 Julai 1976 – 1983) · Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1983-1985) · Menteri Kehakiman Malaysia (1985-1986) James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita


20 Gambar 21 Potret Dr James ketika menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah era Berjaya. 4.2 PARTI BERSATU RAKYAT JELATA SABAH ATAU (BERJAYA) Parti BERJAYA atau nama penuhnya, Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah atau Sabah People's United Front ditubuhkan pada 15 Julai 1975, hasil daripada kerjasama Tun Mohammad Fuad Stephens (mantan presiden Pertubuhan Bersatu Pasok Momogun (UPKO) yang asalnya bernama Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO)), Tan Sri Harris Mohd Salleh (mantan setiausaha agung Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)) , Datuk Salleh Sulung termasuk Datuk Seri Dr James Peter Ongkili sebagai orang baharu dalam dunia politik. Keahlian parti Berjaya James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita


21 adalah dari kalangan mereka dari parti USNO dan UNKO. Dalam Pilihan Raya Negeri Sabah pada April 1976, parti BERJAYA memenangi 28 kerusi daripada 48 kerusi DUN. Sementara USNO hanya memenangi 20 kerusi yang membawa kemenangan kepada parti BERJAYA. Pada 20 April 1976 kerajaan BERJAYA diumumkan sebagai kerajaan negeri Sabah dengan Tun Mohammad Fuad Stephens sebagai Ketua Menteri Sabah buat kali kedua sebagai Ketua Menteri Sabah yang kelima menggantikan Mohammad Said bin Keruak daripada USNO. Namun hanya selepas 44 hari menjadi ketua menteri, Tun Fuad meninggal dunia di dalam peristiwa nahas kepal terbang di Kota Kinabalu pada 6 Jun 1976 yang dikenali sebagai Tragedi Double Six. Tan Sri Harris Salleh menggantikan tempatnya sebagai Ketua Menteri Sabah. DSP Dr. James Peter Ongkili dilantik menerajui Kementerian Pertanian dan Perikanan. Pada kabinet BERJAYA ini dapat dilihat semua kaum utama berada dalam parti yang berkonsep parti berbilang kaum itu. Gandingan mereka dilihat berkelebihan serta parti BERJAYA mampu memancu Sabah lebih ke depan menerusi kolobrasi antara mereka berdasarkan kredibiliti yang mereka miliki. Apa yang menarik mengenai penubuhannya ialah parti BERJAYA sebuah parti yang terdiri dari pelbagai kaum yang menjadi faktor dan minat DSP Dr. James Peter Ongkili menjadi ahli politik. Pengalaman DSP Dr. James dalam organisasi pentabdiran, pakar akademik memberi kelebihan kepada beliau membantu parti BERJAYA menjadi sebuah parti yang berasaskan kaum. Malah konsep menyatupadukan kaum adalah satu perjuangan beliau terutama asas kepada pembangunan dan keharmonian adalah perpaduan seperti yang diterapkan dalam setiap buku yang ditulis oleh beliau. Jika diamati jiwa pemimpin bernama DSP Dr. James Peter Julitih Ongkili ini boleh ditelaah melalui karya dan penulisan dalam beberapa tajuk bukunya yang melihat perpaduan kaum adalah aset kepada pembangunan rakyat Sabah. Di dalam pilihanraya negeri 1981, BERJAYA telah mengekalkan kemenangan dengan majoriti yang lebih besar dengan memenangi 44 daripada 48 kerusi yang dipertandingkan. Pada 1984, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan meninggalkan BERJAYA untuk menubuhkan Parti Bersatu Sabah yang kemudiannya menumbangkan kerajaan negeri BERJAYA di dalam Pilihanraya Negeri Sabah 1985. Dalam Pilihanraya Negeri Sabah 1990, sokongan terhadap BERJAYA telah berkurangan sehingga gagal memenangi sebarang kerusi. BERJAYA akhirnya terkubur dengan kemasukan UMNO ke Sabah dan Harris Salleh menjadi penasihat parti negeri. James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita


22 Gambar 22 : Senarai Kabinet Negeri Sabah (30 Mac 1981 hingga 31 April 1985) James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita


23 4.3 PILIHAN RAYA DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) DSP Dr James Peter Ongkili telah dipilih menjadi calon parti BERJAYA yang diumumkan oleh Tun Fuad Stephens. Beliau bertanding di Dewan Undangan Negeri kawasan Tamparuli pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun 1976. Dalam pilihan raya tersebut DSP Dr James telah memenanginya dengan menewaskan 3 calon lain daripada USNO, Bebas dan BERSATU. Gambar 23 Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabah pada tahun 1976. Dalam pilihan raya negeri ini DSP Dr James telah memperolehi undi sebanyak 2,775 dan majoriti sebanyak 1,595 undi. Pada pilhan raya negeri 1981, DSP Dr James Ongkili sekali lagi diberi kepercayaan bertanding untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya sebelum ini. Berikut di bawah adalah keputusan PRN tersebut. James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita


24 Gambar 24 Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabah pada tahun 1981 DSP Dr James Ongkili sekali lagi memenangi PRN ini dengan mengalahkan tiga calon lain iaitu daripada parti USNO, PASOK dan PUSAKA. Beliau telah memperolehi sebanyak 3,503 undi dengan majoriti sebanyak 2,559 undi. Pada Pilihan Raya Negeri 1985, DSP Dr James tidak mempertahan kerusi yang dimenanginya. Datuk Seri Dr James Peter Ongkili menjadi Ahli DUN Tamparuli selama dua panggal dari tahun 1976-1981 dan 1981- 1984 James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita


25 Gambar 25 DSP Dr James yang memakai baju etnik Kadazan Dusun bersama para pemimpin meraikan kemenangan parti Berjaya. 4.4 Pilihan Raya Umum (PRU) Parlimen DSP Dr James Ongkili telah dicalonkan bertanding kerusi parlimen pada PRU 1978 atas tiket Barisan Nasional (BN). Beliau bertanding di parlimen Tuaran. Dalam PRN tersebut, beliau telah berjaya mengalahkan calon dari parti PUSAKA dengan undi sebanyak 8,166 dan majoriti sebanyak 4,575 undi. Gambar 26 Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU), Parlimen pada tahun 1978 James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita


26 James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita Gambar 27 Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU), Parlimen pada tahun 1982 Pada PRU tahun 1982, sekali lagi DSP Dr James diberi peluang bertanding atas tiket BN untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya sebelum ini. Dengan usaha dan semangat juang yang jitu, sekali lagi DSP Dr James dapat memenangi PRU tersebut dengan mengalahkan tiga calon lain iaitu dari parti PASOK, Bebas dan PUSAKA. DSP Dr James memperolehi undi sebanyak 9,606 undi dengan majoriti sebanyak 6,662 undi. DSP Dr James menjadi Ahli Parlimen Tuaran dari tahun 1978-1982 dan 1982-1986 (BN-Berjaya).


27 4.5 SUMBANGAN DSP DR JAMES PETER ONGKILI KETIKA DALAM JAWATAN KERAJAAN 4.5.1 Menteri Pertanian dan Perikanan. Setelah parti BERJAYA mengambil alih kerajaan negeri Sabah daripada USNO, DSP Dr James Ongkili telah dilantik menjadi Menteri Pertanian dan Perikanan pada 20 April 1976. Pentadbiran awal Parti BERJAYA berlandaskan Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980). Ia juga adalah perlaksanaan dasar ekonomi baru yang tujuanya membasmi kemiskinan serta menyusun semula pembangunan rakyat. Ketika ini pelbagai agensi ditubuhkan di bawah pentabdiran kerajaan Negeri Sabah. Berdasarkan kepakaran dan kredibilliti beliau telah dapat membantu parti BERJAYA menaiktaraf ekonomi rakyat. Sebaik saja diangkat menjadi Menteri Pertanian dan Perikanan, DSP Dr. James telah menjalankan tugasan pertama beliau dengan memperkenalkan Koperasi Pembangunan Desa (KPD). Setahun kemudian ia telah diiktiraf sebagai Badan Berkanun di bawah Jabatan Ketua Menteri. Kerana KPD telah pesat membangun maka ia telah dijadikan sebagai agensi pelaksana pembangunan luar bandar di bawah Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah yang dipengerusikan oleh beliau sendiri. Penubuhan KPD telah memberi nafas baharu kepada ekonomi masyarakat Sabah apabila fungsi-fungsinya telah dapat mewujudkan pekerjaan dan peluang ekonomi kepada golongan masyarakat luar bandar untuk berniaga berasaskan pertanian dan perikanan. Tujuannya mahu masyarakat diluar bandar membangun bersamasama. Ia diletakkan di bawah Jabatan Ketua Menteri sehingga KPD dijadikan sebagai agensi pelaksana pembangunan luar bandar. Dengan slogan “Mengungguli Industri Asas Tani di Sabah” dengan misinya meningkatkan pengeluaran makanan, hasil pertanian dan pendapatan masyarakat tani. Sumbangan atau idea DSP Dr James sangat bernas dan melangkau ke depan dengan merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar. Selangkah demi selangkah ia dipertingkatkan sehingga koperasi ini ditukar kepada sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah. Tidak dapat dinakan sumbangan beliau dalam kerajaan BERJAYA telah memberikan impak yang menjadi pengukur kepada kestabilan ekonomi Sabah. Begitu juga penubuhan KO-NELAYAN. Ia ditubuhkan pada 16 September 1978 ketika beliau Menteri berkenaan. James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita


28 4.5.2 Timbalan Ketua Menteri Peristiwa nahas udara pada 6 Jun 1976 di Sembulan, Kota Kinabalu yang dikenali sebagai “Tragedi Double Six” telah mengorbankan Ketua Menteri Sabah, Tun Mohammad Fuad Stephens dan beberapa pemimpin yang menyertai rombongan balik dari Wilayah Persekutuan Labuan ketika itu. Antara mereka yang terkorban pada nahas udara ialah, Datuk Peter Mojuntin, Datuk Salleh Sulong, Datuk Chong Thien Vun dan Datuk Dairus Binion. Pemerintahan hanya sebulan lebih itu, telah menyaksikan perubahan senarai kabinet kerajaan BERJAYA. Tan Sri Harris Salleh telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah mengantikan Tun Mohammad Fuad Stephens. Kerjaya politik DSP Dr. James semakin menyerlah apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perusahaan dan Luar Bandar pada 17 Julai 1976. Ini adalah rombakan kabinet selepas peristiwa ini yang mana peristiwa ini dikenali sebagai tragedi Double Six. Peranan DSP Dr. James ketika menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah terus diperhebatkan dengan memacu agenda membasmi kemiskinan melalui pewujudan Koperasi Ko-Nelayan telah ditubuhkan pada 16 September 1978 di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama Kerajaan Negeri Sabah. Pada tahun 1981, Koperasi Ko-Nelayan telah menjadi sebuah Badan Berkanun. Badan ini kemudian diletakkan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah. Penubuhan badan ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk memajukan masyarakat nelayan dan memperbaiki sistem ekonomi nelayan di Sabah. Selain sumbangan besar itu kepada parti BERJAYA. DSP Dr. James telah terpilih menjadi perunding bagi usaha membantu kerajaan Malaysia menyelesaikan masalah tuntutan Filipina ke atas Sabah bersama Perdana Menteri Malaysia, Tun Hussien Onn dan Ketua Menteri Sabah ketika itu Tan Sri Mohd Harris Salleh. Dalam usaha menyelesaikan isu tuntutan ke atas Sabah. Isu tuntutan ini bukan sahaja masalah ke atas Sabah tetapi kesannya kepada Malaysia serta Suruhanjaya Cobbold yang telah memperakui Penubuhan Malaysia pada 1963. Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri itu telah berusaha untuk menyelesaikan masalah tuntutan yang pernah dikemukakan sejak tahun 1962. Presiden Filipina pada ketika itu, Ferdinand Marcos telah mengumumkan bahawa kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan ke atas Sabah pada Ogos 1977. Kemudian DSP Dr.James membahas usul di Dewan Negeri pada James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita


29 Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada September 1977 dengan ucapan penghargaan kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah atas komitmen serta kepercayaan kepada beliau. Kejayaan tersebut bukti telah memberi sumbangan besar kepada tanah air. Kepimpinan orang muda yang berjiwa besar dalam memperjuangkan hak rakyat Sabah dalam konteks perpaduan serta keharmonian rakyat berbilang kaum. Beliau sangat rapat dengan pembangunan Pendidikan atau yang berkaitan pembangunan rakyat Sabah termasuk beberapa pekan-pekan kecil di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan ketika menjadi Menteri Pertanian dan Timbalan Ketua Menteri. Pada pilihan raya umum 1978, Datuk Dr James bertanding Parlimen Tuaran dan pilihan raya negeri 1981. Kedua-duanya dimenangi oleh beliau. Datuk Seri Dr James dikekalkan sebagai Timbalan Ketua Menteri sehingga rombakan dilakukan oleh Parti Berjaya yang tidak melantik beliau ke dalam senarai Kabinet Kerajaan Negeri pada ketika itu, menyaksikan portfolio beliau bertukar ke Menteri di Persekutuan di bawah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad. Beliau juga merupakan Timbalan Presiden Parti Berjaya dan Presiden Persatuan Sekolah Sabah dan akitif dalam kerja kemasyarakat. Kerjaya sebagai ahli politik beliau telah memberikan peluang untuk beliau menimbah ilmu dalam selok belok Politik dan Sosial. Antara negara yang dilawati ialah British, France, Italy, Greece, Iran dan Moscow. Beliau juga pernah menjadi delegasi Malaysia ke Leningrad dan Cairo pada tahun 1971-1972. Delegasi Malaysia ke Jepun pada tahun 1978 dan ahli delegasi ke negara China pada tahun 1979. Pada tahun 1976, beliau dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato” dan pada tahun 1979, Datuk Seri Dr James dianugerahkan pingkat Darjah Setia Panglima Darjah Kinabalu (SPDK), yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima, 4.5.3 Menteri Kehakiman Persekutuan Datuk Seri Dr James Peter Julitih Ongkili sangat disegani seorang tokoh tempatan yang tidak asing lagi di tanah air. Pemikiran serta ketokohan beliau terserlah sebaik memenangi kerusi Parlimen Tuaran pada tahun 1978. Beliau adalah seorang pemimpin dan tokoh yang mempraktikan kebolehan Seni Sejarah dan Sains Politik dalam pentabdirannya. Pada tahun 1983 hingga 1986, Pemimpin dari Sabah inilah yang pertama dilantik menjadi Menteri Kehakiman. Beliau juga seoang Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika berkhidmat di Persekutuan. Ahli Parlimen Tuaran ini, terbukti tidak mengecewakan pengundinya apabila menjadi Menteri diperingkat persekutuan. Memetik satu artikel James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita


30 dari Portal Rasmi Bahagian Hal Undang-Undang Jabatan Ketua Menteri bahawa Kementerian Kehakiman bukanlah satu urus tabdir yang mudah kerana ia diwujudkan bagi memberi khidmat sokongan dan bantuan kepada Jabatan-Jabatan Kehakiman. Pemegang Amanah Raya serta Biro Guaman. Bagaimanapun ketokohan, kredilibti serta kemahiran semulajadi yang ada pada DSP Dr. James membolehkan beliau berjaya menjalankan tugasan yang diamanahkan kepada beliau dengan amanah dan bertanggungjawab. Tugas-tugas yang digalas oleh beliau telah dilaksanakan dengan penuh didikasi dan menyerlahkan kredibiliti beliau seorang pemimpin dan tokoh masyarakat yang berkarisma. Beliau menjadi Ahli Parlimen dan Menteri di Persekutuan selama dua penggal sebelum membuat keputusan meninggalkan dunia politik tanpa sebarang jawatan dalam kerajaan pada usianya 50 tahun. Perdana Menteri ketika ini sangat menyukai sikap dan pendirian DSP Dr. James sehingga beliau dipanggil dengan jolokan “my boy from Sabah” oleh Tun Mahathir setiap kali memanggil Dr. James. Namun keputusan meninggalkan dunia politik dengan prinsip dan pendirian Dr.James perlu dihormati oleh semua pihak ketika itu. Gambar 28 : Rekod jawatan DSP Dr James yang tersimpan di Portal Rasmi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri. James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita


31 James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita Gambar 29 Senarai Menteri Kehakiman Malaysia dan salah satunya ialah DSP Dr James Gambar 30 Datuk Dr James menghadiri majlis yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad ketika beliau menjawat Menteri Kehakiman Malaysia.


32 4.6 BERSARA DALAM DUNIA POLITIK. Pada tahun 1986, beliau tidak dicalonkan oleh Parti BERJAYA bagi kerusi Parlimen Tuaran dan kemudian pada Mei 1988, beliau mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada menyertai parti BERJAYA. Walaupun banyak sumbangan yang telah beliau lakukan sepanjang berkhidmat sebagai wakil rakyat, namun pergolakan politik ketika adalah senario biasa dalam dunia politik semasa. Pada Julai 1988, DSP Dr James Peter Ongkili menubuhkan Parti Rakyat Sabah (PRS). Beliau menjadi Presiden pertama bagi parti yang berkonsepkan parti pelbagai kaum. Bagaimanapun parti yang ditubuhkannya gagal memenangi sebarang kerusi pada Pilihan Raya Negeri pada tahun 1990. Kekalahan PRS pada pilihan raya negeri itu membuatkan DSP Dr James mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden parti itu pada Ogos 1990 dan seterusnya mengambil keputusan meninggalkan dunia politik. Parti BERJAYA tumbang kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) selepas lapan tahun memerintah Sabah dari 1976 hingga 1985. Selepas bersara dari arena politik, DSP Dr James Peter Ongkili tidak lagi berpolitik walaupun ada pelawaan untuk dirinya menyertai parti tempatan yang telah menumbangkan parti BERJAYA ketika itu. Pelawaan dari PBS yang diterajui oleh Tan Sri Pairin Kitingan yang merupakan Ketua Menteri Sabah yang baharu. Melihat kepada senario politik semasa pada tahun berkenaan, beliau memilih untuk berundur selepas kekalahan parti baharunya. Ia disifatkan tidak memihak kepada parti tempatan yang berkonsepkan pelbagai kaum sebaliknya sentimen parti tempatan menjadi pilihan dan memenangi pilihan raya negeri pada tahun berkenaan. Akhirnya DSP Dr James Peter Ongkili memilih untuk bersara dalam dunia politik d a n m e n i n ga lka n semua aktiviti politik dengan menyerahkan kepada rakan-rakan seperjuanganya untuk meneruskan khidmat ke p a d a r akya t d i kawasan Tampuruli dan Tuaran. Gambar 31 Kempen PRN Sabah 1990, DSP Dr James Peter Ongkili berucap pada majlis kempen bersama masyarakat di Tamparuli. Gambar 31 Kempen PRN Sabah 1990, DSP Dr James Peter James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita


33 James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita Memetik kata-kata Dr James Peter Ongkili (Sumber Margaret: 2022) Suatu ketika DSP Dr James pernah berkata: Jika orang tanya saya mengapa menceburi bidang politik sedangkan seorang yang terpelajar, mempunyai pekerjaan tetap tetapi masih mahu cemburi bidang politik? Ini jawabnya: Mengapa orang terpelajar perlu berada dalam kelompak orang-orang politik kerana orang politik memegang kuasa serta memainkan peranan penting dalam pembangunan bangsa negara. Selain itu ia bagi tujuan untuk mengimbangi proses urus tabdir sebuah pemerintahan agar terus berjalan lancar. Menjadi ahli politik tidak semestinya orang-orang yang terpelajar, kerana politik itu bersifat semulajadi. Jika mereka diterima oleh rakyat, mereka layak menjadi ahli politik tetapi apabila membina sesebuah organisasi pemerintahan, ia memerlukan sistem urus tadbir yang baik, kemas dan teratur serta didukung oleh mereka yang “bijak, mahir dan memiliki kepakaran.- JPO Gambar 32 Keratan akhbar Borneo Mail 17 Mei 1992


34 Gambar 33 DSP Dr James sedang menikmati air buah kelapa bersama Tan Sri Pairin Kitingan pada tahun 1993 James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita


35 BAB 5 PRINSIP 5.1 PRINSIP DSP DR JAMES ONGKILI Bukan sahaja orang yang paling rapat bercerita mengenai prinsip dan sikap tegas Datuk Seri Dr James Peter Ongkili. Malah, sebaliknya beliau amat dikenali oleh ramai pihak termasuk ahli kelaurga yang menganggapnya sebagai seorang yang tegas, berprinsip dalam memimpin dan membawa hala tuju negeri Sabah. Sejak zaman kanak-kanak, dan sehingga dewasa, beliau memang dilihat sebagai seorang individu dan tokoh yang mempunyai visi dan misi yang jauh ke hadapan. Ketokohan dirinya terbukti apabila cita-citanya untuk mengubah nasib diri dan keluarga tercapai melalui pendidikan. Beliau amat menyedari pentingnya pendidikan bukan sahaja dalam mengubah taraf hidup diri dan keluarga tetapi rakyat Sabah seluruhnya. Begitu juga peranan dan sumbangan beliau terhadap tanah air yang tercinta ini. Bermula sebagai seorang pegawai kerajaan, sudah jelas memberikan gambaran akan ketokohan dan pengalaman beliau sebagai seorang yang berpendidikan, dan hanya dengan pendidikan sahaja membolehkan sesiapa sahaja bersaing, menyumbang dengan lebih berkesan, serta dapat mengemudi sebuah tadbir urus perkhidmatan awam itu dengan lebih baik dan berkesan. Cinta beliau yang mendalam dalam bidang pendidikan tidak dapat dipisahkan dalam dirinya apabila meninggalkan pekerjaan sebagai pegawai daerah 35


36 yang merupakan satu jawatan berpengaruh ketika zaman pentabdiran kolonial British. Beliau memilih untuk menjadi seorang Pensyarah di Universiti Malaysia, Kuala Lumpur. Apa yang menarik mengenai diri DSP Dr James mengenai prinsipnya ini ialah beliau di peringkat awal lagi adalah seorang pemimpin yang menentang gejala rasuah di negara ini. Begitu juga walaupun beliau berpendidikan tinggi, mempunyai jawatan yang tinggi dalam kerajaan sama ada di peringkat negeri atau di peringkat Persekutuan, tetapi personaliti beliau sungguh menarik, dan malah memperkenalkan dirinya sebagai “anak kampung” sahaja Selain itu beliau juga merupakan seorang yang memiliki kemahiran dan kepakaran dalam mengolah sejarah Sabah melalui tulisannya sejak dibangku sekolah lagi. “Tiada jalan mudah dan pintas untuk mendapatkan sesuatu tanpa melalui proses kerja yang jujur dan berusaha bersungguh-sungguh” JPO Menurut Datin Margaret, DSP Dr James memang seorang yang tegas, berpirnsip dan berpendirian. Sepanjang hidup bersama, suaminya itu tidak pernah menyusahkan dirinya serta keluarga, sebaliknya dia amat bertanggungjawab pada ahli keluarga. Begitu juga hubungannya dengan masyarakat. Ketika menemui Datin Margaret di kediamannya. Wanita yang kini berusia 84 tahun ini sangat petah berbicara dalam bahasa ibundanya Dusun, Inggeris dan Bahasa Melayu. Beliau tidak kekok menceritakan kisah hidup mereka dari awal perkenalan sehingga menyentuh tentang prinsip hidup suaminya itu. “Saya pernah dimarahi oleh Dr. James, dan beliau memang sangat marah kepada saya. Ketika itu, saya tidak menjawap sepatah kata pun. Saya hanya dengar dan mengikut sahaja apa yang diarahkan olehnya.” kata Datin Margaret. Kisah itu berlaku di Keningau pada lewat tahun 1968. Ketika itu beliau ialah pegawai daerah di Keningau. Pengaruh dan sokongan pegawai daerah ketika itu amat diperlukan oleh orang-orang yang berkepentingan dalam isu tanah dan hasil bumi di Sabah. Menurut Margaret selepas kejadian itu, dia tidak lagi membuka pintu dari mana-mana pihak kecuali atas arahan daripada suaminya. “Kami baharu berpindah ke Keningau Ketika itu, dan saya mengikuti Dr James bersama anak-anak saya ke sana.” Sambungnya. Pada satu hari ada seorang yang datang mengunjungi mereka di kediaman mereka dengan membawa bakul berupa hamper. Agak tidak biasa, kata Datin Margaret tetapi itulah buat pertama kali dia dikunjungi oleh orang luar. “Saya masih ingat dengan jelas. orang itu, bertanya di mana tuan DO? James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita


37 Saya cuma menjawab, Tuan DO pergi melawat kampung. Kemudian orang itu meninggalkan bungkusan bakul hadiah tersebut. Demi Tuhan “saya tiada niat untuk menerima bungkusan itu. Lelaki itu tinggalkan di atas meja. Saya langsung tidak mengusik pemberian itu dan membiarkannya di situ sehingga DSP Dr James pulang ke rumah lewat petang hari berkenaan.”ujarnya. Setiba suaminya dari luar kawasan, beliau bertanya kepada isterinya dari siapa bungkusan hadiah tersebut. Lalu isterinya menceritakan tentang kedatangan seorang lelaki yang membawa bungkusan hadiah itu untuk suaminya. Raut wajah suaminya terus berubah ketika itu. Sebagai seorang pegawai daerah, sudah tentu beliau tidak selesa dan tidak senang dengan apa yang berlaku. Dengan nada tegas DSP Dr James meminta kami mengembalikan pemberian bungkusan hadiah itu kepada lelaki berkenaan. Sebagai renungan ketika itu beliau pernah berkata, “Semua pemberian ini ada makna tersirat. Mereka yang memberikan itu bersebab. Mereka ada niat untuk kita berikan sesuatu imbalan balik kepada mereka, kerana kita ada kuasa untuk itu. Jika kita jual hak kepada bangsa lain. Kita akan kehilangan identiti bangsa kita. Kita akan hilang hak kita. Kita akan berdosa kepada anak-anak bangsa kita nanti” JPO Kata-kata nasihat daripada suaminya itu masih segar dalam ingatan Datin Margaret sehingga hari ini. Sejak daripada peristiwa itu, sebagai isteri penjawat awam dia amat percaya dan menghormati prinsip suaminya itu. Beliau secara tegas, terus berpegang kepada prinisp dan pendiriannya untuk menentang segala bentuk rasuah. Prinsip dan pendiriannya itu terbawa-bawa sehingga ke dalam rumah, terutama dalam konteks mendidik dan membesarkan anakanaknya agar patuh dan amanah kepada diri, menerapkan budaya hormat menghormati serta tidak “besar diri” ketika diamanahkan memikul tanggungjawab yang diberikan. Be li au l ebih memilih j a l an penye l e s a i an ma s a l ah dan mempermudahkan urusan yang berkaitan urus tabdir pentabdiran dan pembangunan rakyat. Sikap itu disematkan dalam dirinya, sejak beliau menjadi seorang pegawai kerajaan, pendidik, ilmuan sehingga menjadi orang tokoh dan ahli politik yang dihormati dan kemudian kembali menjadi orang biasa atau rakyat biasa. Setelah perjuangan politik beliau tidak lagi berjalan lancar, beliau memilih untuk berehat dan memberikan laluan mudah kepada rakanrakan untuk meneruskan perjuangan dan berkhdimat kepada masyarakat di kawasan Tuaran. DSP Dr James juga pernah terlibat dalam bidang perniagaan. Beliau mula menceburi bidang perniagaan pada tahun 1986 dengan mendirikan James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita


38 Monsok Enterprise dan membuka ladang untuk tujuan menanam buah durian seluas lima ekar di kawasan Topokon Tamparuli. Keluarga DSP Dr. James juga berpindah ke kediaman di Bulit Aman Villa, di kampung Kionsom Kiulu, Tuaran. Bakat dan kemahiran yang ada padanya, memudahkan lagi DSP Dr James merealisasikan minatnya pada produk pertanian. Pasangan ini juga mempunyai minat yang sama iaitu bercucuk tanam. Ketika akhir hidupnya. Dr James juga dikenali sebagai seorang pemimpin berjiwa besar, berani, tabah dengan memperjuangkan agenda membasmi kemiskinan rakyat melalui pendidikan dan sektor ekonomi berasaskan pertanian. Ketika dirinya seakan tidak berdaya maka bahanbahan bacaan seperti surat khabar dan menulis menjadi inspirasi kepada dirinya sebagai motivasi. “Tidak mudah untuk mendapatkan sesuatu tanpa usaha dan kerja keras” JPO Gambar 34 Lukisan Potret 1 Datuk Seri Panglima Dr. James Peter Julitih Ongkili James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita


39 BAB 6 PEMIKIRAN DAN KETOKOHAN 6.1 PERPADUAN DAN PERSEFAHAMAN KAUM Membesar dalam empat pemerintahan iaitu zaman Syarikat Berpiagam Borneo Utara (British), Jepun, British dan Malaysia. Ternyata melahirkan semangat perjuangan yang tinggi kepada DSP Dr James Peter Ongkili. Keinginan dan hasratnya untuk melihat rakyat Sabah tidak lagi berhadapan dengan kepayahan sepertimana zaman pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara (British), Jepun dan British sudah diperlihatkan sebelum DSP Dr James menceburi dunia politik. Ia dibuktikan dengan terbitan buku-buku yang dihasilkan oleh beliau dan jurnal serta tulisan di akhbar tempatan Sabah. Empat buah buku yang beliau hasilkan sudah cukup memberikan gambaran mengenai keinginan dan semangat yang beliau miliki. Empat buah buku itu adalah Borneo Participation in Malaysia, Susuzan Totopot Do Sabah (History of Sabah), Modernization in East Malaysia dan Nation-Building in Malaysia. Selain menghasilkan buku, DSP Dr James juga menghasilkan artikel yang diterbitkan dalam akhbar tempatan seperti dan jurnal di Universiti Malaya. Kebanyakkan tulisan yang beliau hasilkan adalah berkaitan mengenai perpaduan dan persefahaman antara suku kaum di Sabah. DSP Dr James memberikan pandangan betapa pentingnya perpaduan dan persefahaman 39


40 kaum itu dalam usaha menjadikan Sabah maju dan membangun. Pandangan ketika zaman itu, bayangkan kesukaran rakyat Sabah yang masih jauh ketinggalan. Bagaimana DSP Dr James yang lahir dari keluarga sederhana dan besar menarik dirinya ke depan semata-mata mahu bangsanya maju. Selaku pakar akademik dan pejuang dalam pembangunan rakyat Sabah terlihat dalam usahanya ketika menjadi Menteri di Persekutuan. Usaha untuk mengubah Sabah sebagai sebuah negeri yang membangun dan maju tidak akan tercapai sekiranya perpaduan dan persefahaman itu diabaikan. DSP Dr James juga memberikan pendapat yang positif terhadap penyertaan Sabah dalam membentuk Malaysia. Penyertaan itu sebenarnya berupaya untuk membawa Sabah maju dan membangun dan seterusnya mewujudkan keharmonian di kalangan rakyat. Sikap yang utamakan persefahaman dan perpaduan kaum membolehkan beliau dipilih oleh Perdana Tun Abdul Razak bagi menyertai sekumpulan pegawai untuk merangka Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1969. Rukun Negara diwujudkan untuk memastikan keharmonian rakyat selepasnya berlakunya peristiwa 13 Mei pada tahun tersebut. DSP Dr James ketika itu baharu sahaja bertugas di Universiti Malaya sebagai Pensyarah di Universiti Malaya bagi subjek Sejarah Malaysia dan Asia Tengara. Apa yang harus dibanggakan ialah beliau adalah satu-satunya rakyat Sabah yang dipilih bagi menyertai kumpulan pemikir tersebut. Ketika memegang jawatan sebagai pegawai daerah di Keningau, DSP Dr James berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik. Ketelusan dan amanah yang beliau pegang dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan perkara ini turut diperakui oleh Datin Margaret apabila ada individu yang cuba mempengaruhi DSP Dr James. Ketika menjadi menteri dan juga timbalan ketua menteri, DSP Dr James adalah antara pemimpin yang mudah didekati dan dijumpai oleh rakyat. Tanpa mengira suku kaum, DSP Dr James sentiasa memberikan layanan yang baik. Namun bukan mudah untuk mempengaruhi DSP Dr James terutamanya ahli keluarga sendiri. Biarpun memberi keutamaan kepada rakyat ia bukanlah bermakna bahawa DSP Dr James mengabaikan ahli keluarga. Sebaliknya DSP Dr James lebih suka sekiranya ahli keluarganya berdikari. Keutamaan terhadap perpaduan dan persefahaman kaum itu juga dapat dilihat apabila DSP Dr James tidak akan berbelah-bahagi untuk memberikan sokongan kepada rakyat berkaitan dengan hal pendidikan. Permohonan rakyat untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran sentiasa diberikan keutamaan oleh beliau. Malah beliau tanpa James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita


41 mengira suku kaum, sentiasa memberikan galakkan khususnya kepada anak muda untuk sentiasa berusaha mencapai pendidikan yang tertinggi. Gambar 35 Lukisan Potret 2 Datuk Seri Panglima Dr. James Peter Julitih Ongkili 6.2 PENULIS BUKU, JURNAL, ARTIKEL DAN PENCIPTA LAGU DSP Dr James juga merupakan seorang penulis buku. Malah bakat menulis sudah dipupuk sejak zaman remaja lagi. Ini terbukti dengan siapnya buku pertama beliau iaitu Suzuzan Totopot Do Sabah yang ditulis dalam bahasa Kadazan Dusun. Beliau menghasilkan empat buah buku non kreatif. Kesemua buku yang dihasilkan olehnya berkisarkan sejarah. Buku sejarah yang berkaitan sejarah negeri kelahirannya dan bagaimana Borneo menyertai Malaysia dan juga pembinaan bangsa. Empat buah buku itu ialah Borneo Participationi in Malaysia, Susuzan Totopot Do Sabah (History of Sabah), Modernization In East Malaysia dan Nation-Building In Malaysia. Selain menghasilkan buku, Dr James juga menghasilkan artikel yang diterbitkan dalam akhbar tempatan seperti dan jurnal di Universiti Malaya. Satu lagi yang dapat beliau terbitkan dalam bentuk buku ialah hasil kajian Sarjana (Master of Art Thesis) bertajuk Borneo Participation In Malaysia 1963-1966. Kesemua buku ini sangat menarik untuk ditelaah dan dijadikan bahan bacaan serta rujukan untuk menyiapkan kajian mengenai Sabah, kerana ia disiapkan sebelum dan selepas menyertai Malaysia. James Peter Ongkili: Orang Kita, Pemimpin Kita


Click to View FlipBook Version