The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by akmalyusof959, 2022-06-14 01:09:42

E folio_clone

E folio

MPU 21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

E-FOLIO(SISTEM PENTADBIRAN ZAMAN KESULTANAN
MELAYU MELAKA)

EN. Abdul Samad Bin Mat @ Isa

ADIB BIN AZIZUL (16DPM21F2037)
MUHAMMAD AKMAL BIN YUSOF (16DPM21F2041)
MUHAMAD JAILANI BIN NORDIN (16DPM 21F2067)

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
3
NO. KANDUNGAN 4
1. PENGENALAN
2. PEMBUKAAN MELAKA 5-6
3. SISTEM PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAKA 7
4. STRUKTUR PENTADBIRAN MELAKA 8
5. PENGARUH ISLAM DALAM SISTEM PEMERINTAHAN
6. KEJATUHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA 9 - 10
7. PENUTUP 11
8. RUJUKAN 12

2

PENGENALAN

Kesultanan Melayu Melaka memang jelas mempunyai kedudukan yang strategik
dan istimewa dalam sejarah Malaysia dan Asia Tenggara. Kemunculannya itu
merupakan peristiwa berlakunya perubahan atau perpindahan kuasa daripada

Srivijaya dan Palembang ke Melaka atau dengan kata lain ia adalah merupakan
kemunculan sebuah lagi empayar Melayu di Alam Melayu dan dalam konteks
tempoh tersebut,merupakan yang termuda. Pada asasnya empayar Melaka itu
adalah sambungan daripada empayar Srivijaya itu juga,iaitu yang telah runtuh
pada lewat kurun keempat belas Masihi.

Melaka telah mewarisi pelbagai unsur sosio-budaya dan adat-istiadat diraja
Srivijaya yang diamalkannya sekurang-kurangnya pada tahap awal

perkembangannya. Kemudian,mulai awal dekad kedua kurun kelima belas itu
Melaka telah menjadi negara “Islam” setelah rajanya yang kedua, iaitu Mahkota

Iskandar Syah memelok agama Islam pada kira-kira tahun 1414. Penerimaan
Islam ini adalah suatu titik permulaan bagi perkembangan Melaka menjadi sebuah
empayar kelautan Melayu yang pesat pada kurun kelima belas dan awal keenam

belas dahulu.

3

PEMBUKAAN MELAKA
✣ Kesultanan tertua dalam sejarah Melayu
✣ Mencapai zaman kegemilangan pada abad ke-15
✣ Melaka diwarisi oleh kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang
✣ Melaka dinamakan oleh seorang putera raja yang berasal dari

Palembang iaitu Parameswara

✣ Berketurunan Dinasti Sailendra
✣ Tidak mahu tunduk kepada kuasa Majapahit lalu timbul kemarahan

lalu menyerang Palembang

✣ Parameswara terpaksa melarikan diri ke Temasik pada masa itu dan

berada di bawah Siam

✣ Namun, tidak kekal lama lalu berpindah ke sebuah perkampungan

nelayan yang diberi nama Melaka

✣ Parameswara telah memilih nama Melaka sempena nama jenis pokok

yang menjadi tempat berehat Parameswara dan pengikutnya

✣ Mengisytiharkan dirinya sebagai raja Melaka menggunakan gelaran
4
Raja Iskandar

SISTEM PEMERINTAHAN KESULTANAN
MELAKA

Pembentukan pemerintahan Islam telah berlaku secara beransur-ansur di
Nusantara, bermula dari tahap penyebaran Islam kepada tahap penerapan
Syariah, sehingga akhirnya mewujudkan sebuah kerajaan dan pemerintahan

Islam berbanding dengan Samundera-Pasai yang menjadi pusat
perkembangan dakwah Islam, kemunculan Melaka dengan Sistem
Pemerintahan Islam yang lebih menonjol.Walaupun secara relatif,
kewujudan Melaka adalah sezaman dengan Samudera-Pasai, tetapi kerana

Samudera-Pasai mewarisi Perlak yang wujud sejak 840M, maka
perkembangan Sistem Pemerintahan Islam di Melaka lebih mendapat
perhatian. Latar belakang kerajaan-kerajaan Islam di Utara Sumatera
itulebih dipengaruhi oleh tradisi Arab-Parsi-India,kerana raja-raja mereka
dikaitkan dengan negara-negara tersebut,sedangkan Melaka benar-benar
mewarisi dan mewakili peradaban Melayu Islam.Kewujudan Melaka yang
merupakan lanjutan kerajaan Srivijaya,telah memperlihatkan percantuman
Sistem Pemerintahan Islam dengan tradisi kerajaanan Melayu di Nusantara.

5

Pemerintahan islam di melaka lebih bertenaga,perkasa dan berwibawa
berbanding kerajaan-kerajaan islam di utara sumatera,di mana melaka
bukan sahaja menjadi pusat peradaban islam, tetapi sebuah kuasa politik
yang mampu membentuk empayar dan menjadi tumpuan pedagang dari
seluruh dunia. Hakikat kemajuan yang dicapai oleh melaka ini adalah
berpunca daripada Sistem pentadbiran dan pemerintahan islam yang
dipraktiskan. Dengan sistem pemerintahan islam yang dicantumkan dengan
system pemerintahan melayu tradisional telah dapat membina kekuatan
baru sehingga mengangkat kedudukan melaka dalam bidang politik dan
juga ekonomi.Tradisi pemerintahan Islam yang diterap daripada model
kepimpinan Rasulullah S.A.W dan para Khulafa’ ar-rashidin telah melahirkan
suasana baru dalam kehidupan bernegara bagi orang melayu yang sebelum
ini sangat mendewa dan mensucikan raja-raja melalui kosep “devaraja” ,
kepada menjadikan sultan sebagai bayangan Allah di atas muka bumi yang
ditaati selagi baginda semua mentaati Allah dan Rasul-nya.

6

STRUKTUR PENTADBIRAN MELAKA

Dengan berasaskan Sistem Kesultanan, Pemerintahan Melaka
mengekalkan tradisi pentadbiran Melayu. Pada asasnya, sistem ini
berasaskan pentadbiran Kerajaan Melayu di Palembang dan Singapura
sebelum Sistem Islam diterapkan. Dalam sistem pentadbiran yang
bermula pada zaman Sultan Muhammad Shah, Sistem Pembesar Empat
Lipatan diamalkan. Sistem ini didahului oleh empat orang pembesar
iaitu Bendahara,Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.
Bendahara yang menjadi Menteri Utama Melaka adalah ketua
pentadbir(seperti Perdana Menteri), dengan tokoh yang paling terkenal
iaitu Tun Perak. Di sampin itu, juga wujud jawatan-jawatan lain yang
merupakan pengukuh pentadbiran di Melaka, yang biasa bergelar
Datuk,Penghulu,Pemungut Cukai dan Saudagar. Struktur ini
menggambarkan ketersusunan sistem pentadbiran kerajaan Melaka.

7

PENGARUH ISLAM DALAM SISTEM
PEMERINTAHAN

• Agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka
• Sehubungan itu, beberapa institusi Islam didirikan seperti Jabatan

Agama Islam dan Syariah
• Gelaran raja bertukar menjadi sultan dan disamakan dengan khalifah
• Rakyat berkuasa dalam menentukan penubuhan sistem beraja dan boleh

mengubah perjanjian jika syarat-syarat dilanggar oleh raja
• Berbeza dengan asas penubuhan yang disarankan oleh Tajus-Salatin dan

Bustanus Salatin
• Konsep dewaraja bertukar kepada konsep sultan yang berperanan

sebagai khalifah Allah
• Sultan berperanan sebagai ketua dalam agama Islam dan ketua negara

8

KEJATUHAN KESULTANAN MELAYU
MELAKA

Kesultanan Melayu merupakan sebuah kerajaan melayu yang terkenal pada
zaman dahulu. Menurut sejarah melayu Sri Lanang pada tahun 1565,
Kesultanan Melaka telah ditubuhkan oleh Parameswara seorangPutera yang
berasal dari Palembang. Kesultanan Melaka telah berkembang pesat
sehinggamenjadi sebuah kerajaan besar dan terkenal dengan kegiatan
perdagangan, pusat penyebaranAgama Islam dan sebagai pusat pentadbiran
tertinggi dalam perhubungan diplomatik dengankuasa-kuasa besar pada
ketika itu. Melaka juga menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di
kepulauan melayu. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang
berkata “Sesiapa yangmenguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan
dunia”. Kerajaan Melayu Melaka dikatakan mencapai puncak
kegemilangannya pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah(1459-1477)
dan Bendahara Paduka Raja Tun Perak (1456 – 1498). Namun selepas
ituKesultanan Melayu Melaka mula melalui zaman keruntuhannya sehingga
ke tahun 1511 apabilaMelaka ditawan oleh Portugis, iaitu di zaman
pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488 -1511)dan Bendahara Paduka Tuan.
Kesultanan Melaka hanya dapat bertahan selama 110 tahun.

9

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kuasa Kesultanan Melayu
Melaka merosotselepas kematian Tun Perak, Bendahara Melaka yang
dianggap sebagai “empire builder”. Antara faktornya adalah kelemahan
kepimpinan Kesultanan Melayu Melaka pada masa itu.Sultan Mahmud Syah
dikatakan seorang sultan yang lemah. Baginda tidak memberi
tumpuankepada pentadbiran Kerajaan Melaka dan wilayah takluknya. Ini
terbukti apabila baginada gagalmengawal pembesar-pembesarnya seperti
yang disebutkan dalam Wikipedia, ensiklopedia bebas bahawa Pemerintahan
Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih.Beliau
bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa
keadaan.Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat pada usia yang
masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak.
Dalam Artikal Kejatuhan Empayar Melaka. Pengajaran yang tersirat. Mac
27,2010. Anak Waris menulis bahawa Sultan Mahmud Shah juga tidak
mementingkan kesejateraan rakyatnya. Semua perempuan cantik hendak
dipunyainya.. TunFatimah, anak Bendahara Melaka yang cantik dicemburui
sultan, telah berkahwin dengan Tun.

10

Penutup

Menjelang kurun ke-16, Melaka masih merupakan sebuah empayar yang
gagah,makmur dan masyhur.Kegemilangan dan keunggulan kerajaan Melaka
berada di kemuncak semasa negeri itu berada di bawah kepimpinan
Bendahara Tun Perak. Walaubagaimanapun,kegemilangan itu tidak kekal
lama apabila kerajaaan Melaka menghadapi kemerosotan dan kejatuhan
selepas kematian Bendahara Tun Perak. Kejatuhan empayar Melaka
disebabkan beberapa faktor dalaman dan luaran.Secara
kesimpulannya,perkembangan Zaman Kesultanan Melayu Melaka banyak
bergantung kepada kebijaksanaan pemerintahnya yang gigih merangka dan
menyusun struktur serta strategi pentadbiran kerajaannya. Kejayaan Melaka
memainkan peranan sebagai sebuah entreport baru dapat dilihat dalam tiga
bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-
barangan,menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat
termasuk Nusantara,dan juga bertindak sebagai penyebar barang- barangan
yang dibawa ke Melaka ke tempat lain.Walaupun Melaka merupakan warisan
Srivijaya,namun perkembangan dan pencapaian Melaka adalah berbeza
daripada Srivijaya kerana Melaka mampu menjadi satu tempat asas yang
mempelopori kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.

11

Rujukan

✣ Https://anyflip.com
✣ Https://www.scribd.com
✣ Https://myprojectpm.12blogspot.com
✣ Https://anyflip.com/oieoc/peui/
✣ DR.SUFFIAN BIN MANSOR, 2017, SEJARAH,KUALA LUMPUR,

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

12


Click to View FlipBook Version