The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Seminar Inovasi Pendidikan (SIP'21)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mr Sazali, 2021-03-26 03:38:44

BUKU PROGRAM SIP'21

Buku Program Seminar Inovasi Pendidikan (SIP'21)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KLANG

TARIKH : 27 MAC 2021 (SABTU)
MASA : 8.30 PAGI

APLIKASI GOOGLE MEET

http://gg.gg/seminar-inovasi

PERASMIAN
…….

PN. MAIMUNAH BINTI MUSTAFFA

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KLANG

ANJURAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KLANG

PENGENALAN

 Pembelajaran masa kini menuntut keupayaan guru melaksanakan
pengajaran yang kreatif dan menunjukkan impak positif.
Keperluan menguasai kandungan kemahiran pengajaran
akan meningkatkan keyakinan guru untuk merancang dan
melaksanakan proses pembelajaran dalam bilik darjah. Warga
pendidik, secara umumnya perlu mengorak langkah ke arah
mewujudkan jaringan dan jalinan dengan pelbagai pihak
melalui perkongsian pintar, pemindahan maklumat, penyaluran
idea yang kreatif dan mengoptimumkan ilmu serta kemahiran
sejajar dengan pendidikan era digital.

 Meningkatkan profesionalisme guru memerlukan

kecenderungan untuk mencari, menyelami, menganalisis maklumat

secara menyeluruh. Profesionalisme guru-guru boleh

dipertingkatkan melalui aspek kompetensi seperti penguasaan

kandungan, kemahiran, psikologi pendidikan, pedagogi dan seni

mengajar. Warga Pendidik, berupaya mengenal pasti dan

menyelesaikan isu dalam bilik darjah yang tercetus daripada

fenomena tertentu. Melalui SIP’21, guru-guru akan diberi peluang

menjelaskan hasil dapatan yang diperoleh melalui pemerhatian,

penyelidikan dan projek inovasi yang dijalankan. Dalam usaha

memperkasakan kompetensi guru, SIP’21 akan menjadi medan

perkongsian dan percambahan ilmu yang sangat bermakna

agar kita mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dalam

perspektif pendidikan alaf baharu.

OBJEKTIF SIP’21

 Membudayakan inisiatif penyelidikan dan inovasi
dalam kalangan warga pendidik

 Membentangkan laporan kajian tindakan yang
terhasil melalui penyelidikan, amalan terbaik dan inovasi
dalam bilik darjah.

 Perkongsian ilmu dan kemahiran melalui amalan
terbaik pengajaran & pembelajaran selari dengan PAK
21

 Menyampaikan dan memperluaskan usaha
penyelidikan dan inovasi untuk meningkatkan
kompetensi warga pendidik.

 Memberi keyakinan tinggi, merangsang motivasi dan
mengiktiraf usaha penyelidikan / inovasi agar terus
komited untuk meningkatkan kualiti pembelajaran

 Menyediakan asas yang realistik dalam penulisan
penyelidikan, penulisan ilmiah dan reka bentuk inovasi
secara berstruktur.

ATUR CARA

8.30 pagi
Link Google Meet dibuka

9.00 pagi
Kata Aluan Pengerusi Majlis
Mohd Hafizuddin bin Muzaiyin

9.10 pagi
Bacaan doa
Ustaz Asyaful Adli bin Satimin @ Wahab

9.15 pagi
Ucapan Perasmian
Pn. Maimunah binti Mustaffa
Pegawai Pendidikan Daerah Klang

9.30 pagi
Sesi Pembentangan Kertas Seminar

2.00 petang
Bersurai

ATUR CARA
SESI PEMBENTANGAN SIP’21

9.40 pagi
Sesi 1 : 5 Pembentang kertas seminar

(1-5)

10.45 pagi
Sesi 2 : 5 Pembentang kertas seminar

(6-10)

11.50 pagi
Sesi 3 : 5 Pembentang kertas seminar

(11-15)

12.55 tengah hari
Sesi 4 : 5 Pembentang kertas seminar

(16-20)

2.00 petang
Sesi Pembentangan selesai

BERSURAI

#masa tertakluk kepada perubahan semasa
#Sesi soal jawab hanya di ruang chat sahaja

JAWATANKUASA SIP’21

Penasihat 1
Pn. Maimunah binti Mustaffa
Pegawai Pendidikan Daerah Klang

Penasihat 2
Pn. Sa’adah binti Kasiran
Timbalan PPD Sektor Pembelajaran

Penyelaras
Anuar bin Md. Amin
Penyelaras Pengurusan Kajian Tindakan & Inovasi

Pengerusi Majlis Sijil
Mohd Hafizuddin bin Muzaiyin Zalinda binti Rahmat

Bacaan Doa Teks Ucapan
Ustaz Asyaful Adli bin Satimin @ Wahab Mohamad Asri bin Ayob

Teknikal / Kehadiran Penyelia Moderator / Pembentang
Cik Wan Norasyidah binti Meor Mohd Dr. Rashidah binti Karnain

Affandi Dokumentasi
Mazlan bin Abdul Kadir
Poster Mohd Syuhardi bin Ahmad
Chiang Wei Luan

Pelaporan Buku Program
Hjh. Nor Afsah binti Ishak Sazali bin Mat Abu

MODERATOR

Norlida binti Mat Adam
SMK Telok Gadong

Hasliza binti Yunus
SK Batu Unjur

Maslihah binti Ishak
SMK Taman Klang Utama

Daniel Heryanto bin Zainal Abidin
SK Kampong Idaman

PANEL PENILAI

En. Amat Tarop bin Sumo

Pensyarah
IPG Kampus Ilmu Khas

Tn. Hj. Johari bin Jonit

Pensyarah
IPG Kampus Bahasa melayu

SENARAI PEMBENTANG SIP’21

BIL NAMA SEKOLAH TAJUK BIDANG
INOVASI
PEMULIHAN
SESI 1 : BAHASA
MODERATOR : NORLIDA BINTI ADAM
INGGERIS
SMK TELOK GADONG PENDIDIKAN

1 NUR SYURIATI BINTI SK KAMPUNG JAWA 2 D’MASA ISLAM
SHAMSUDDIN SEJARAH
KAUNSELING
2 AZRINA BINTI HADZMAN SK RANTAU PANJANG SHOW ME
QUICK PEMULIHAN

3 NORZAM BIN MOHD SENIN SMK TENGKU AMPUAN PG ALHAJ
RAHIMAH

4 DR. AZIZAN BINTI ZAMHARI SMK SHAHBANDARAYA, RANTING

5 EMILIA BINTI MAN SMK BUKIT TINGGI BINGKAI
KLANG

SESI 2 :

MODERATOR : HASLIZA BINTI YUNUS
SMK BATU UNJUR

6 LOGESWARY A/P K . MANIAM SJKT METHODIST KAPAR TETAB

7 KHADIJAH BINTI ISHAK SAM NURUL IMAN TAKAR BAHASA
MELAYU

8 JAYALETCHUMI VADIVELOO SMK TENGKU AMPUAN PUCOS SEJARAH
JEMAAH

9 NORLIYANA BINTI MD. ARIS SMK TAMAN KLANG FORME SAINS
UTAMA

10 SANISAH BINTI ABDUL AZIZ SMK JALAN KEBUN D’FLY D’SIFIR MATEMATIK

SESI 3

MODERATOR : MASLIHAH BINTI HASHIM

SMK TAMAN KLANG UTAMA

11 SITI NOREHAN BINTI MOHD SAM NURUL IMAN, MAGIC RULER MATEMATIK
YUSOF

12 LAILI BINTI RAHAIRUDIN SAM NURUL IMAN IHSAN SEJARAH

13 MOHD SUFIAN BIN OMAR SMK BUKIT KAPAR BAS TIB MATEMATIK

14 NURULRAUDZATULADIBAH SJKC KHE BENG KaDO-Q PENDIDIKAN
BT MOHAMAD ALIAS ISLAM
SAINS
15 NOOR FA'ASILLA BINTI JASNI SMK KOTA KEMUNING MOLE
PYRAMID MATEMATIK
PEMULIHAN
SESI 4 PRASEKOLA

MDERATOR : DANIEL HERYANTO BIN ZAINAL ABIDIN H
SAINS
SK KAMPONG IDAMAN

16 SANGETHA A/P KUPPUSAMY SK TELOK GONG MONORAIL

17 NOR SHAHIDA BINTI SARONI SK MERU UN FAMILY

18 SHANTHIE A/P KRISHNAN SJKT LADANG NT2WF
HIGHLANDS

19 VANITHA A/P VELOO @ SMJK CHUNG HWA 2WYO
THIRUNAVAKARSU

20 NURUL HIDAYU BINTI ABD. SMK TAMAN KLANG 3 IN 1 KENDIRI PENDIDIKAN
HALIM UTAMA KHAS

RINGKASAN
KERTAS PEMBENTANGAN

SIP’21

NUR SYURIATI BINTI SHAMSUDDIN
SK KAMPUNG JAWA 2
D’MASA

Diari Masa adalah satu bahan pengajaran yang menggunakan kaedah
pembelajaran kontekstual untuk meningkatkan tahap penguasaan membaca dan
menulis dalam kalangan murid-murid pemulihan khususnya dan murid kelas
lemah secara umumnya. Menurut John Dewey (1916), pembelajaran kontekstual
merupakan keadaan di mana pelajar, akan belajar dengan baik jika apa yang
dipelajari berkaitan dengan apa yang berlaku di persekitaran. Ia merupakan satu
model dinamik dan terbuka yang dapat memastikan pelajar berpeluang untuk
menjadikan pembelajaran bermakna melalui pengalaman dan informasi demi
membina pengetahuan sendiri. Masalah yang saya hadapi semasa pengajaran dan
pembelajaran adalah sikap murid-murid yang kurang berminat untuk membaca.
Mereka beranggapan bahawa membaca adalah sangat sukar untuk dikuasai.
Selain itu, murid-murid juga tidak fokus semasa belajar dan mudah lupa perkara
yang telah dipelajari. Kesannya, murid-murid akan gagal mencapai tahap
penguasaan minimum (TP3) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Masalah ini
telah mencetuskan idea untuk saya menghasilkan Diari Masa dengan kaedah jam.
Semasa menggunakan bahan bantu belajar ini, murid-murid dapat
menggabungkan isi kandungan pembelajaran dengan pengalaman harian masing-
masing dalam setiap jam.

AZRINA BINTI HADZMAN
SK RANTAU PANJANG
SHOW ME QUICK

Inovasi ini dijalankan setelah melihat sikap dan minat murid dalam mempelajari
matapelajaran Bahasa Inggeris khasnya. Majoriti murid berasa tidak yakin dan
malu untuk respon soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru matapelajaran
ketika PdPc berlangsung. Dengan pelaksanaan permainan ‘Show Me Quick’ ini,
dilihat dapat membantu murid-murid yang lemah untuk turut serta mengambil
bahagian secara menyeluruh samada secara individu mahupun berkumpulan.
Mereka tidak malu lagi untuk berkongsi idea dan respon malah menjadikan
suasana PdPc di dalam kelas lebih meriah dan menyeronokkan Secara tidak
langsung pentaksiran dapat dilaksanakan secara menyeluruh bagi kemahiran yang
ditaksir pada hari itu. Di samping itu, kaedah Pembelajaran Abad ke21 dapat
diterapkan dalam kalangan murid-murid sekolah.

NORZAM BIN MOHD SENIN
SMK TENGKU AMPUAN RAHIMAH

PG ALHAJ

Inovasi ini adalah untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah memahami
serta menguasai tajuk Haji dan Umrah dalam kalangan murid SPM. Kemampuan
mereka menguasai tajuk ini masih lagi di tahap tidak memuaskan kerana isi
kandungan tajuk yang luas melibatkan rukun haji, wajib haji, cara mengerjakan
haji dan syarat-syarat sah di samping ibadah haji perlu mengambil masa yang lama
serta di luar kebiasaan murid. Inovasi teknik PG Alhaj dibangunkan atas prinsip
‘aktiviti dalam aktiviti’ melalui kaedah peta kronologi, akronim, “game” dan
analisis ujian. Seramai 24 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid bagi semua tahap kemampuan dalam
memahami dan menguasai bab Haji dan umrah dengan mudah lagi gembira.
Melalui pemerhatian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, murid
kurang dapat berfikir secara kreatif dan kritis untuk memahami tajuk.

DR. AZIZAN BINTI ZAMHARI
SMK SHAHBANDARAYA
RANTING

Inovasi ini adalah untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah menulis ayat
Sejarah dalam kalangan murid sekolah menengah. Kemahiran menulis ayat sejarah dalam
kalangan murid sekolah menengah masih lagi di tahap tidak memuaskan kerana sikap
malas menjawab soalan esei dan sambil lewa untuk mengingat teknik menulis ayat
sejarah. Inovasi kaedah Ranting dibangunkan atas prinsip ‘aktiviti dalam aktiviti’ melalui
kaedah percambahan ayat, penggunaan formula, ilustrasi dan analisis teks. Seramai 36
orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk
membantu murid yang sederhana dan lemah dalam menulis ayat sejarah. Melalui
pemerhatian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, murid tidak dapat berfikir
secara kreatif dan kritis untuk menulis ayat sejarah. Murid kurang memahami, tidak
mencatat kata kunci soalan dan jawapan dalam setiap ayat dan kurang tumpuan ketika
aktiviti dijalankan.

EMILIA BINTI MAN
SMK BUKIT TINGGI

BINGKAI

Inovasi ini membincangkan suatu hasil kajian mengenai teknik pendekatan
kaunseling yang pelbagai. Intervensi kaunseling yang mengfokuskan murid-
murid kategori HALUS dan lemah dari aspek pemahaman, pembacaan dan
masih dalam keadaan tidak dapat mengenalpasti konsep-konsep asas dalam
matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Program sentuhan kasih ini telah
dimulakan sejak tahun 2018 dan secara berperingkat dengan kerjasama panitia
bahasa melayu dan sejarah. Konsep pendekatan PDPC lebih santai dan fokus
utama dalam pemcapaian mereka untuk lulus matapelajaran tersebut serta
menarik minat mereka untuk berada di dalam kelas dan mendalami
matapelajran tersebut. Pendekatan secara konsensus adalah hasil dari
pemerhatian terhadap sikap dan kesan terhadap akademik dan disiplin murid-
murid ini. Program ini juga sepanjang tahun dengan penglibatan pentadbir
sebukti, guru kanan matapelajaran bahasa, ketua panitia Bahasa Melayu dan
sejarah, guru-guru Bahasa Melayu dan Sejarah Ting 5 dan semua ibu bapa yang
terlibat. Ianya juga telah membuka satu lembaran baru terhadap pendekatan
PDPC yang lebih berfokus dan menvariasikan pendekatan kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang lebih berkesan. Pelbagai teknik telah digunapakai dan
diaplikasikan dalam pelbagai setting dan kumpulan sasaran murid. Selain itu
gabungan idea dan teori dalam bidang kaunseling telah diserap masuk sebagai
salah satu alternatif mencapai KPI bukan sahaja dari aspek akademik malah
perkembangan kendiri murid di sebukti. Fokus untuk tidak kepada pencapaian
gred sahaja. Teknik yang berkesan dan pendekatan yang lebih santai dan
menghiburkan telah menjadikan suasana pdpc lebih teraputik dan berlanjutan
sepanjang tahun. Tanpa lelah guru dan semua jawatankuasa terlibat telah
menjadikan program sentuhan kasih menjadi program utama dalam bidang
kurikulum bergabung bersama Unit Bimbingan Dan Kaunseling.

LOGESWARY A/P K.MANIAM
SJKT METHODIST KAPAR
TETaB

Inovasi ini adalah direka khas untuk murid -murid pemulihan yang menghadapi
masalah mengeja, membaca dan membina ayat mudah. Secara umumnya, TETaB
ini merangkumi semua aspek pengajaran dan pembelajaran dimana guru dapat
menunjukan gambar, suku kata, perkataan ,ayat dan latihan membina ayat
dalam satu model inovasi ini. Inovasi ini mengurangkan beban guru untuk
membuat bahan bantu mengajar setiap kali semasa menjalankan pdpc. TETaB
ini juga boleh digunakan untuk ke semua kemahiran pemulihan. Inovasi ini juga
merangkumi kemahiran motor halus yang dipengaruhi oleh 3 elemen utama iaitu
kekuatan jari untuk memegang sesuatu objek, koordinasi mengawal jari untuk
bergerak dan sensori untuk memegang sesuatu objek. TETab ini memberi
peluang kepada murid pemulihan untuk belajar sambil bermain.

KHADIJAH BINTI ISHAK
SAM NURUL IMAN
TAKAR

Inovasi ini dihasilkan bertujuan untuk membantu murid meningkatkan
penguasaan kemahiran menganalisis teks secara kritis dengan menggunakan
pemikiran kritikal dan dapat mengaplikasikan maklumat yang diperoleh
daripada bahan tersebut untuk disusun semula secara kreatif mengikut aspek-
aspek yang dikehendaki. Tinjauan awal melalui pemerhatian saya terhadap
pelibatan murid yang menjadi kumpulan sasaran semasa sesi pembelajaran,
murid yang menjadi sasaran ini tidak dapat menuliskan ayat-ayat baharu
dengan maklumat yang ada daripada bahan yang dibaca. Hal ini bermakna
mereka tidak menguasai kemahiran menganalisis, tidak kritis dan tidak kreatif
kerana mereka tidak dapat mengaplikasi, menganalisis sesuatu bahan
seterusnya menilai untuk mencipta sesuatu yang baharu daripada bahan yang
dibacanya. Perancangan tindakan difokuskan untuk meningkatkan kemahiran
menganalisis bahan secara kritis sama ada teks prosa atau teks puisi untuk
disusun semula secara kreatif dengan menggunakan kaedah Tadabbur Karya
(TAKAR). Kumpulan sasaran kajian ini ialah murid tingkatan 5 as-Syafie
Sekolah Agama Menengah Nurul Iman sebanyak 5 orang murid lelaki. Saya
telah menggunakan kaedah TAKAR iaitu menggunakan lima langkah atau
aktiviti. Yang pertama aktiviti membaca, kedua aktiviti menggarisi atau
membulatkan maklumat dalam bahan : watak(siapa), perbuatan(buat apa)
lokasi(di mana), dan sebab(mengapa) pada bahan prosa yang dibaca. Aktiviti
ketiga ialah murid mengesan perbuatan watak. Aktiviti keempat mengaitkan
perbuatan watak (buat apa) yang telah dikenal pasti dengan 17 nilai murni
untuk membantu murid-murid tersebut membina ayat-ayat baharu dengan
menggunakan maklumat yang telah diperoleh. Aktiviti kelima murid akan
menulis ayat komsas dengan mudah. Saya akronimkan kelima-lima aktiviti
tersebut sebagai Budak(baca) Genius(garis) Kunyah(kesan perbuatan/sifat)
Kismis(kaitkan dengan nilai) & buah Tin(tulis ayat). Murid yang menggunakan
kaedah TAKAR dalam pengajaran dan pembelajaran boleh membina ayat-ayat
baharu dengan menggunakan maklumat yang diperoleh. Mereka dapat
memberikan kerjasama yang baik dalam PdPC dan boleh menjawab soalan
latihan yang diberi oleh guru dengan lebih baik daripada sebelumnya. Dengan
kaedah TAKAR, PdPc secara modular dapat dijalankan dengan mudah kerana
murid boleh membuat kajian komsas atau menganalisis teks prosa dan puisi
sendiri dan guru hanya bertindak sebagai pembimbing. Mereka tidak perlu
merujuk buku-buku ulasan.



JAYALETCHUMI VADIVELOO
SMK TENGKU AMPUAN JEMAAH

PUCOS

Inovasi ini telah dijalankan bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran atas talian
(online) sepanjang tempoh perlaksanaan cuti perintah kawalan pergerakan (PKP) dan
cuti perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB). Pembelajaran menggunakan
PUCOS telah dijalankan dalam kalangan murid dalam penyampaian PdPR Tingkatan 2
untuk memastikan murid-murid memahami fakta sejarah dengan cara yang mudah dan
senang diimbas kembali khususnya dalam pendekatan menjawab soalan KBAT.
Pendekatan PUCOS telah memberi satu pendedahan yang amat positif dan disenangi,
malahan murid dapat mengingati fakta sejarah dengan lebih baik dan tepat tanpa
sebarang keraguan dalam aktiviti serta pengujian soalan KBAT yang berkonsepkan 5W
1H telah digunapakai. Seramai 10 orang murid Tingkatan 2 terlibat sebagai responden
sepanjang kajian ini dijalankan. Hasilnya, murid-murid lebih berkeyakinan dan lebih
progesif dalam sebarang pendedahan soalan subjek sejarah. Kaedah pengumpulan data
yang telah digunakan sepanjang kajian ini ialah pemerhatian atas talian, rekod ujian
pra dan pos, penilaian dalam bentuk whatsapp, quizizz dan google form serta temubual
rakan kritikal. Data dianalisis dan hasil kajian menunjukkan terdapat kesan yang
positif antara penggunaan kaedah PUCOS dalam penguasaan fakta sejarah dengan
peningkatan prestasi murid sehingga dapat menyiapkan satu tugasan (problem based
learning) dapat dikecapi dengan penyediaan buku POP UP ciptaan oleh murid-murid
sendiri.

NORLIYANA BINTI MD. ARIS
SMK TAMAN KLANG UTAMA

FORMe

Kemahiran membina formula kimia merupakan asas kepada kemahiran – kemahiran yang
melibatkan persamaan kimia, persamaan setengah dan persamaan ion dalam banyak
topik kimia tingkatan 4 dan 5. Murid didapati tidak dapat menguasai kemahiran membina
formula kimia dengan baik. Kelemahan ini amat membimbangkan kerana mempengaruhi
keyakinan murid dalam kelas kimia. Inovasi Teknik Hantaran FORMe merupakan satu
pendekatan dalam usaha membantu murid agar dapat menguasai kemahiran membina
formula kimia dengan betul dan seterusnya membantu murid menulis persamaan kimia
yang seimbang. Inovasi ini juga digunakan sebagai alat yang dapat melibatkan murid
secara aktif dalam pembelajaran. Bilangan sampel adalah seramai 12 orang yang dipilih
daripada keputusan PT3 2018 dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan. Data telah dianalisis dengan menggunakan kaedah
kualitatif dan kuantitatif yang melibatkan penggunaan ujian pra pos dan soal selidik.
Hasil dapatan kajian menunjukkan peningkatan pencapaian pos-ujian kumpulan rawatan
iaitu dari 41% kepada 83.2% berbanding kumpulan kawalan iaitu 45.20%. Dapatan soal
selidik pula menunjukkan min minat terhadap kelas kimia meningkat dengan Teknik
hantaran FORMe iaitu 60.43. Manakala dapatan melalui temu bual pula tidak menafikan
tentang persepsi murid terhadap pembinaan formula kimia menunjukkan kesan positif.
Implikasi daripada kajian ini mendapati Teknik Hantaran FORMe dapat menjadikan
pembelajaran lebih menyeronokkan dalam membantu murid membina formula kimia dan
secara tidak langsung mendorong murid untuk mengingat cas ion-ion positif dan ion-ion
negatif (siri elektrokimia) dengan lebih baik.

SANISAH ABDUL AZIZ
SMK JALAN KEBUN
D’FLY D’SIFIR

Inovasi ini adalah merupakan suatu proses mudah untuk mengatasi masalah
tidak mahir sifir dua digit dari kalangan murid menengah rendah di SMK Jalan
Kebun. Inovasi ini dibangunkan semata-mata bertujuan untuk membantu
meningkatkan kefahaman dan kemahiran mendarab dari kalangan murid
sederhana dan lemah di Tingkatan 3 seramai 5 peserta di SMK Jalan Kebun.
Masalah ketidakupayaan dan ketidakecekapan murid dalam mendarab dua digit
nombor adalah faktor yang menunjukkan murid tiada konsep asas pendaraban.
Ini bukanlah satu penghalang untuk murid perbaiki pencapaian mereka.Tinjauan
awal telah dibuat berdasarkan latihan pra ujian. Hasil menunjukkan
penguasaan murid dalam pendaraban dua digit agak lemah sekali tanpa
menggunakan kalkulator. Perbandingan keputusan aktiviti yang dijalankan amat
memberangsangkan dan mendapat perhatian serta respon yang baik dari
kalangan murid. Walaupun pada awalnya terdapat banyak halangan dari tingkah
laku murid sendiri. Daripada beberapa aktiviti soalan yang dijalankan
membuktikan peserta amat berpuashati, dan kagum dengan kaedah yang mereka
gunakan. Berdasarkan Ujian post yang dijalankan, mereka memberi maklum
balas yang positif. Menurut mereka penggunaan kaedah EZ Sifir 2-Digit ini
sebagai satu tool yang banyak membantu dalam mengaplikasikan pengetahuan,
kefahaman dan kemahiran pendaraban dua digit dalam pdp.

SITI NOREHAN BINTI MOHD YUSOF
SAM NURUL IMAN
MAGIC RULER

Penguasaan kemahiran dalam menentukan kecerunan objek maujud sangat
penting kerana ia merupakan perkaitan antara perwakilan konkrit , grafik dan
simbolik bagi membina kefahaman murid dengan lebih baik. Inovasi ini bertujuan
menentukan peningkatan tahap penguasaan kemahiran dan memupuk minat
murid dalam menentukan kecerunan ke atas objek maujud menggunakan
Pembaris PMR (PVC Magic Ruler). Ia juga bertujuan untuk meningkatkan
amalan kendiri saya dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Inovasi ini
dijalankan ke atas empat orang murid yang dipilih daripada kelas 2 Al Hanafi.
Data awal dipungut melalui kaedah ujian dan temubual. Melalui tinjauan awal
saya mendapati murid menghadapi masalah dalam menentukan kecerunan objek
maujud. Oleh itu, saya telah mencari penyelesaian dengan menghasilkan alat
bantu mengajar yang dinamakan Pembaris PMR dalam menentukan kecerunan
objek maujud. Hasil dapatan yang dijalankan menunjukkan peningkatan
penguasaan kemahiran PK dalam menentukan kecerunan

LAILI BINTI RAHAIRUDIN
SAM NURUL IMAN
IHSAN

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan salah satu keperluan utama
untuk melahirkan insan yang berupaya menghadapi cabaran kehidupan pada
peringkat global dan menghasilkan murid yang berfikiran kreatif, kritis serta
cerdas dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21. Namun, terdapat murid
yang tidak dapat menguasainya. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk
menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh murid 5 As-
Syafie yang tidak menjawab soalan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi).
Murid hanya menjawab soalan objektif dan soalan struktur yang memperuntukkan
markah yang sedikit. Seramai 15 orang murid Tingkatan 5 As-Syafie serta seorang
guru terlibat dalam kajian ini. Objektif kajian ini difokuskan kepada penguasaan
kemahiran menjawab soalan KBAT. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui
pemerhatian semakan buku latihan, ujian pra, temubual dan soal selidik. Hasil
tinjauan menunjukkan peserta kajian gagal menjawab soalan KBAT dengan tepat
dan teknik menjawab yang salah menyebabkan murid mendapat markah yang
kurang memuaskan. Murid juga kurang meminati mata pelajaran Sejarah. Lima
sesi pengajaran dan pemudahcaraan (60 minit setiap sesi) telah dijalankan dalam
tempoh lima minggu iaitu murid mempelajari teknik penguasaan KBAT Sejarah.
Melalui penggunaan Kad KBAT IHSAN Sejarah serta latihan berpandu secara
individu dan kumpulan, keputusan ujian pasca telah menunjukkan peningkatan
prestasi murid. Murid lebih meminati mata pelajaran Sejarah. Latihan yang
diberikan oleh pengkaji juga dilaksanakan dengan jayanya oleh murid. Latihan
berpandu yang diberikan oleh pengkaji telah membantu murid untuk mengatasi
masalah mereka.

MOHD SUFIAN BIN OMAR
SMK BUKIT KAPAR
BAS TIB

Inovasi ini adalah untuk mengatasi masalah atas murid untuk kemahiran
menambah dan menolak terutama melibatkan integer dan nombor perpuluhan.
Kemahiran asas ini akan dibawa untuk bab yang seterusnya seperti ungkapan
algebra dan persamaan linear yang terdapat di aras yang lebih tinggi. Inovasi
teknik BAS TiB ini dibangunkan untuk membantu murid yang sederhana dan
lemah dalam operasi tolak dan tambah bagi integer dan nombor perpuluhan.
Sepanjang pemerhatian dan proses pengajaran dan pembelajaran murid didapati
tidak dapat memahami konsep integer terutamanya nombor negatif dan
melibatkan operasi tolak dan tambah bagi integer tersebut.

NURULRAUDZATULADIBAH BINTI MOHAMAD ALIAS
SJKC KHE BENG
KaDO-Q

Sepanjang menjalankan sesi pembelajaran dan penilaian bacaan solat, didapati
murid masih tidak dapat membaca bacaan solat dengan betul. Ketika program
Kem Bestari Solat yang dijalankan oleh pihak sekolah turut mendapati sebilangan
besar murid ini tidak menguasai bacaan solat dengan baik. Kelemahan ini
berpunca kerana murid kurang mahir dalam membaca perkataan Arab dan teknik
pengajaran guru yang membosankan. Hal ini terbukti melalui Laporan Pencapaian
Bacaan Solat pada bulan Oktober 2019 menunjukkan hanya 23% murid yang
menguasai dengan baik. Ekoran permasalahan yang semakin membimbangkan,
inovasi ini dibina bertujuan menambah baik amalan pengajaran dalam
meningkatkan tahap kualiti bacaan solat khususnya doa qunut melalui kaedah
transliterasi yang dinamakan KDQ (Kad Doa Qunut). Seramai 6 orang murid dan
seorang guru terlibat dalam kajian ini.

NOOR FA’ASILLA BINTI JASNI
SMK KOTA KEMUNING
MOLE PIRAMID

Inovasi ini bertujuan untuk menentukan dan mengatasi masalah yang dihadapi di
kalangan murid tingkatan 4 aliran Sains Tulen dalam pengiraan yang berkaitan
dengan Konsep Mol. Kemahiran mengira Konsep Mol dalam kalangan murid-
murid ini masih lagi di tahap kurang memuaskan kerana mereka kurang
mengingati dan menguasai proses penukaran formula atau rumus, dari bilangan
zarah kepada bilangan mol serta sebaliknya. Justeru, inovasi “Super Cubic
Pyramid Mole” diilhamkan daripada Rubik’s cube puzzle yang sememangnya
popular di kalangan kanak-kanak mahupun remaja dan digabungkan dengan
formula yang berkaitan dengan Konsep Mol. Seramai 4 orang murid dan seorang
guru yang terlibat dalam kajian ini. Tujuan kajian ini juga adalah untuk
membantu murid lemah dan sederhana dalam mengingat dan menguasai Konsep
Mol dan dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan. Melalui pemerhatian
sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran, murid tidak dapat mengaitkan
formula atau rumus dalam Konsep Mol dalam menyelesaikan masalah yang
berkaitan kerana mereka kurang mengingat dan menguasai formula.

SANGETHA A/P KUPPUSAMY
SK TELOK GONG
MONORAIL

Teknik ‘Model Monorail’ dihasilkan bagi membantu murid-murid menguasai
operasi bahagi dalam kalangan murid tahun 5. Teknik ‘Model Monorail’ ini
dijalankan terhadap lima orang murid tahun 5. Kesalahan yang sering dilakukan
oleh murid-murid ialah semasa melakukan ‘long division’ murid meletakkan hasil
bahagi pada kedudukan yang salah. Hal ini menunjukkan bahawa murid tidak
menguasai konsep nilai tempat iaitu sa, puluh, ratus, ribu, dan puluh ribu. Maka,
teknik ‘Model Monorail’ diperkenalkan mengatasi masalah operasi bahagi
melibatkan nombor sehingga 5 digit dengan 1 digit.

NOR SHAHIDA BINTI SARONI
SK MERU
un FAMILI

Kaedah Keluarga “u dan n” Ajaib yang digunakan adalah satu inovasi amalan
pengajaran yang melibatkan teori memperkenalkan keluarga huruf dan
diperkembangkan ke dalam bahan-bahan konkrit. Pengintegrasian terapi muzik,
terapi pasir dan terapi gambar digunakan agar Keluarga “u dan n” Ajaib dapat
digunakan secara menyeluruh. Janaan huruf “u” dan “n” akan membentukkan
satu-satu huruf yang baru. Keluarga “u” merujuk kepada huruf a, d, y, g dan q.
Manakala, Keluarga “n” ialah huruf b, p dan h.

SHANTHIE A/P KRISHNAN
SJKT LADANG HIGHLANDS

NT2WF

Tujuan inovasi ini adalah untuk menghasilkan sistem penyaringan air buangan
yang menggunakan bahan buangan untuk sistem penjirusan tandas (toilet
flushing system). Tiga bahan buangan utama yang digunakan adalah puntung
rokok (CB-Cigarette butts), beg plastik sekali guna (SUPB-Single use plastic bag)
dan daun kelapa sawit kering (OPL-Oil palm leaf). Bahan buangan ini yang
menyumbang kepada kesan rumah hijau dan masalah persekitaran yang serius
dikitar semula menjadi bahan penapisan komposit hijau (green composite
filtration material-GCFM) dengan nisbah berat kandunagn CB: 60%, SUPB: 20%
dan OPL: 20%. Hasil ujian yang diperoleh dari sistem penyaringan air sisa
mencatat pH antara 8-9. Oleh itu, kami ingin mencadangkan penghasilan dan
penggunaan penapis air sisa Nanoteknologi Eco-Reuse ini untuk sistem
penjirusan tandas di sekolah, dan terutamanya yang berada di kawasan luar
bandar.

VANITHA T. VELOO
SMJK CHUNG HWA

2WYO

‘2WYO’ iaitu singkatan bagi ‘Write What You Observe’ adalah satu inovasi yang
telah dihasilkan untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran membuat
pemerhatian dan inferens melalui teknik mengenal pasti, membaca, dan menulis
semula apa yang dilihat dalam data keputusan eksperimen bagi subjek Biologi
dalam kalangan murid sekolah menengah. Tahap penguasaan murid-murid
terhadap kedua-dua kemahiran ini masih tidak memuaskan sehingga
menyumbangkan markah yang rendah. Inovasi kaedah ‘2WYO’ telah
dibangunkan dalam bentuk manual agar murid-murid dapat mengikuti langkah-
langkah yang betul untuk menguasai kemahiran menjawab soalan membuat
pemerhatian dan membuat inferens. Inovasi ini tercetus daripada kajian tindakan
yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid untuk menjawab soalan
membuat pemerhatian dan inferens dalam kertas 3 subjek Biologi menggunakan
Kaedah ‘2WYO (Write What You Observe)’ serta membantu meningkatkan
bilangan murid yang memperoleh markah yang lebih tinggi dalam menjawab
kedua-dua soalan tersebut. Seramai 29 orang murid dan seorang guru terlibat
dalan kajian ini. Hasil semakan latihan semasa Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) berkuatkuasa, didapati murid-murid masih lemah dalam menguasai dua
kemahiran proses sains iaitu kemahiran membuat pemerhatian dan inferens.
Puncanya ialah murid kurang membuat latihan kertas 3 dan kurang faham cara
mentafsir data yang diberi dalam latihan serta telah lupa akan teknik untuk
menjawab soalan tanpa bimbingan guru akibat tidak hadir ke sekolah sekian lama
kerana PKP.

NURUL HIDAYU BINTI ABD. HALIM
SMK TAMAN KLANG UTAMA
3 IN 1 KENDIRI

Inovasi ini dijalankan terhadap murid-murid Pendidikan Khas di SMK Taman
Klang Utama yang khususnya murid kefungsian rendah. Murid-murid ini
menghadapi kesukaran menulis. Tinjauan awal diperolihi melalui proses
pemerhatian dari aspek emosi. Minat menggunakan dan meneroka alat teknologi
telah mendorong terhasilnya inovasi ini. 3 IN 1 Kendiri menekan pembelajaran
kendiri dalam kalangan murid-murid dengan menggunakan aplikasi digital yang
menarik seperti zepeto, powtoon dan animaker.



PENGHARGAAN

PN. MAIMUNAH BINTI MUSTAFFA
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KLANG

PN. SA’ADAH BINTI KASIRAN
TIMBALAN PPD SEKTOR PEMBELAJARAN

PN. AZILAWATI BINTI ABU BAKAR
PENYELARAS KAJIAN TINDAKAN JPN SELANGOR

TIMBALAN-TIMBALAN SEKTOR PPD KLANG

PENGETUA DAN GURU BESAR
SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KLANG

TN. HJ. JOHARI BIN JONIT
PENSYARAH, IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

EN. AMAT TAROP BIN SUMO
PENSYARAH, IPG KAMPUS ILMU KHAS

MODERATOR DAN JK PELAKSANA

PEMBENTANG SIP’21

PESERTA SIP’21

INDIVIDU YANG MENYOKONG SIP’21

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DAN KERJASAMA BAGI
MENJAYAKAN SIP’21


Click to View FlipBook Version