KONSEP DAN TAKRIFAN PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang
melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim
zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan
kemudaratan, ketidakselesaan kepada manusia atau
organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila
ia dibebaskan ke atmosfera.
Contoh pencemaran udara adalah seperti pelepasan gas
karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-
bauan, logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa
radioaktif.
PUNCA PENCEMARAN UDARA
Aktiviti Punca Penggunaan
pembangunan Pencemaran kenderaan
bermotor
dan Udara
perindustrian Aktiviti
harian
Pembakaran manusia
secara
terbuka
HURAIAN PUNCA BERLAKU PENCEMARAN UDARA
1) Aktiviti Pembangunan dan Perindustrian
Perkembangan ekonomi dunia bergantung kepada industri-
industri yang menghasilkan barang untuk dieksport atau
untuk aktiviti perniagaan domestik. Namun, ini telah
menambah buruk keadaan pencemaran udara. Pelepasan
nitrogen, sulfur dioksida, hidrokarbon karbon dioksida telah
membawa kesan sampingan kepada kehidupan alam
sekitar. Selain itu, bukan sahaja gas pencemar dilepaskan
oleh industri malah habuk-habuk yang mampu
mengakibatkan sesak nafas juga dilepaskan.
2) Penggunaan Kenderaan Bermotor
Kenderaan bermotor merupakan penyumbang pencemaran
utama di dunia. Masyarakat moden amat bergantung
kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, motor, lori,
kapal terbang dan sebagainya. Setiap kenderaan bermotor
memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak dan ini
perlu melalui proses pembakaran bahan api fosil untuk
menghasilkannya. Akibatnya, gas karbon monoksidsa, nitrus
oksida, hidrokarbon dan habuk-habuk terhasil.
3) Pembakaran Secara Terbuka
Pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak
pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan
tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta
pembakaran di hutan simpan. Akibatnya, partikel jelaga
yang boleh diterbangkan ke jarak jauh oleh angina telah
dihasilkan. Akhirnya, keadaan jerebu berlaku di sekeliling
tempat. Keadaan tersebut akan menjadi lebih serius pada
musim panas panjang kerana ia turut menyumbang kepada
masalah jerebu yang mampu menjejaskan kesihatan awam.
4) Aktiviti Harian Manusia
Isi rumah menyumbang kepada pencemaran udara melalui
penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik
seperti peti sejuk dan penyaman udara. Apabila cecair
penyejuk digunakan, gas “klorofluorokarbon CFC” akan
dilepaskan ke udara dan ia mampu menipiskan lapisan
ozon. Selain itu, penggunaan peralatan rumah seperti
penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga
menyebabkan pencemaran udara.
KESAN PENCEMARAN UDARA KEPADA MANUSIA
DAN ALAM SEKITAR
1) Kesan kepada kesihatan manusia.
Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah
sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida
akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah
dan melambatkan tindak balas manusia. Kesan seterusnya
akan menyebabkan seseorang itu mengantuk, mempunyai
penyakit Lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.
2) Kesan kepada tumbuhan.
Mengalami kerosakan nekrosis (keguguran daun), klorosis
(pertukaran warna) pertumbuhan terbantut. Kesan ini juga
akan menyebabkan sebahagian daripada penduduk bumi
kekurangan sumber makanan dan ekonomi yang akhirnya
mengganggu kehidupan seharian. Selain itu, kesan ini juga
akan mengganggu keseimbangan ekosistem.
3) Kesan kepada alam sekitar
Ianya berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur
dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan
seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan
terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat
lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan
dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesannya, ia
membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air.
Tambahan pula, ia juga boleh menghakis pakaian, kertas
dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga
meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah
berkurang serta tidak subur.
4) Penipisan Lapisan Ozon
Pencemaran udara akan menyebabkan berlakunya
pemanasan global akibat daripada penyusutan lapisan
ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya
matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya
matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Di samping itu,
pancaran matahari yang terik juga akan menyebabkan
berlakunya pencairan ais di bahagian kutub bumi. Pada
masa kini, ekosistem di dunia mengalami
ketidakseimbangan.
LANGKAH-LANGKAH BAGI MENGURANGKAN
PENCEMARAN UDARA
1) Menghijaukan Kawasan.
Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di
persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan
masalah peningkatan suhu. Selain itu, kandungan karbon
dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan
meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses
fotosintesis.
2) Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum
Dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam
pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat
mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di
waktu pagi dan juga dapat mengekalkan masalah
kesihatan seperti batuk dan selsema daripada
berlarutan.
3) Kempen
Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV
dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita
terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri
setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk
generasi akan datang.
4) Tindakan Undang-Undang
Salah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi
pencemaran alam ialah pihak berwajib menghukum
individu atau organisasi yang telah didapati bersalah
membuat pencemaran alam sekitar. Pihak berwajib seperti
Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar wajar
menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk
menghukum pihak-pihak yang berkenaan. Hukuman yang
dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak
terbabit yang telah mencemarkan alam sekitar.