MPU21030 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: PERUNTUKAN UTAMA
DALAM PERLEMBAGAAN
DAD5S3
NAMA NO MATRIK
MUHAMMAD KAMARUL HANIF BIN KAMARUDIN 13DAD20F1073
MUHAMMAD SUHAIDI BIN SIDI AHMAD 13DAD20F1116
WAN DZUL ILMAM SHARAFI BIN WAN MUHAMMAD 13DAD20F1068
SHAFAWI
NAMA PENSYARAH : PUAN WAN KHAIRUNI BINTI JUSOH
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN M/S
1.0 PENGHARGAAN 01
2.0 PENGENALAN 02
3.0 DEFINISI PELEMBAGAAN PERSEKUTUAN 03
04
3.1 TUJUAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA 05
3.2 CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN 06
4.0 SEJARAH PELEMBAGAAN PERSEKUTUAN 07
4.1 KONSEP PERLEMBAGAAN 08
4.2 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN 09-10
4.3 KRONOLOGI PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN 11
5 . 0 PERKARA UTAMA DALAMPERLEMBAGAAN
12-16
5 . 1 HAK-HAK ASASI 17
5.2 BAHASA MELAYU
5.3 AGAMA ISLAM 18
5.4 KEWARGANEGARAAN 19-20
5.5 KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU 21
6.0 KESIMPULAN 22
7.0 RUJUKAN 23
Bersyukur kepada hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurnia-Nya dapat juga kami menyiapkan E-
f“oPleiorleymabnaggtaealnahPderiuseskahuatukaann”s. elama ini yang bertajuk
Selain itu, kami ingin merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
pensyarah kami Puan Wan Khairuni Binti Wan Jusoh
atas bimbingan, sokongan, nasihat dan tunjuk ajar
yang amat berguna dalam membantu kami
sepanjang melakukan E-folio ini
.Kami juga turut menghargai kerana membantu kami
ketika susah dan senang. Jasa beliau yang akan kami
kenang sehingga akhir hayat kami.
Seterusnya, tidak juga lupa kepada rakan-rakan
yang telah banyak membantu kami menyiapkan dan
menyempurnakan E-folio kami yang bertajuk
“Perlembagaan Persekutuan”.
Bantuan kalian dari segi informasi terkini yang
berkaitan dengan tajuk E-folio kami amat dihargai.
Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk
memberikan maklumat kepada kami tidak akan
dilupakan. Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-
pihak yang telah membantu kami menyiapkan E-
folio ini secara langsung atau tidak langsung semasa
E-folio kami dijalankan.
01
2.0 PENGENALAN
Perlembagaan Malaysia dikenali
sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia
merupakan satu dokumen undang-
undang bertulis yang telah dibentuk
berasaskan kepada dua dokumen
terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan
Kemerdekaan tahun 1957. Ia merupakan
undang-undang tertinggi yang menjadi
sumber dan punca kepada semua
undang-undang. Perlembagaan
Persekutuan memberikan jaminan
terhadap hak asasi dan kebebasan
rakyat dan keadilan, kerjasama,
kesepakatan dan kepentingan bersama
antara Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri.
02
3.0 DEFINISI
PELEMBAGAAN
PERSEKUTUAN
Perlembagaan Persekutuan merupakan satu set
undang-undang tertinggi bagi Negara Malaysia. Ia
telah mula diguna pakai sejak Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan pada 1957.
Perlembagaan Malaysia mengandungi 183
perkara. Mana-mana undang-undang negeri yang
bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan
secara automatik akan terbatal.
Perlembagaan digubal di Parlimen
dengan tiga kali pendengaran
(pendebatan). Sesuatu
perlembagaan atau akta akan dikira
digazetkan apabila ia mendapat
sokongan 2/3 dari ahli dewan rakyat.
03
3.1 TUJUAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Malaysia pembahagian kuasa antara semua badan dengan
institusi yang terlibat serta cara pelaksanaan kuasa tersenut
dijalankan.
Memperincikan secara khusus, serta peranan eksekutif,
perundangan dan kehakiman dalam kerangka pemerintahan
negara
Menentukan cara pemerintahan sesebuah negara dilakukan,
bidang kuasa pemerintah, serta menjelaskan hak-hak yang
diperuntukkan kepada rakyat
Menyatakan secara jelas tentang tanggungjawab dan
kewajipan setiap warganegara terhadap pemerintah dan
negara
Menjaga keamanan dan kestabilan negara
04
3.2 CIRI-CIRI
PERLEMBAGAAN
Kerajaan bersifat
terbuka
Kestabilan Pembahagian
dalam negara kuasa
CIRI-CIRI
PERLEMBAGAAN
Perwakilan Tanggungjawab
rakyat dipilih ke atas rakyat
melalui pilihan
raya
05
4.0 SEJARAH
PELEMBAGAAN
PERSEKUTUAN
Hukum Kanun Melaka adalah satu bukti kukuh bahawa
Kesultanan Melayu Melaka telah memiliki perlembagaan bertulis yang
membuktikan pelaksanaan adat ternpatan dan perundangan Islarn.
Terdiri daripada pelbagai jenis bentuk undang-undang, iaitu
perlembagaan, jenayah, tanah, perhambaan, kontrak, perwakilan,
keluarga, laut dan Islam. Undang-undang Islam pula mengandungi
hukum jual-beli, tatacara pengadilan, hukum Qisas dan hukum Jenayah
Islam atau Hudud.
Sebelum era penjajahan British secara menyeluruh di Tanah
Melayu, Kerajaan Johor Moden telah menjadi negeri Melayu pertama
memasyhurkan perlembagaan kerajaan tersebut pada tahun 1895 yang
dinamakan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor (UTKJ).
Perkembangan ini diikuti oleh Kerajaan Melayu Terengganu melalui
dokumen Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (UBDKT) pada
tahun 1911. Pemasyhuran UBDKT dilihat mempunyai kaitan dengan
UTKJ disebabkan isi kandungan dan penyusunan mempunyai beberapa
persamaan (Wan Ahmad Fauzi , Anisah Mohamed Anwar, & Hanif 2017).
Pada 21 Januari 1948, Kerajaan British telah menandatangani
perjanjian negeri dengan sembilan orang Raja-Raja Melayu yang
mengesahkan kedaulatan Raja-Raja Melayu seperti mana ia wujud
sebelum 1 Disember 1941 serta menghapuskan implikasi Perjanjian
MacMichael dan penubuhan Malayan Union ke atas Negeri-Negeri dan
Raja-Raja Melayu.
06
4.1 KONSEP PERLEMBAGAAN
Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang dasar
yang menentukan cara pemerintahan sesebuah negara itu dijalankan.
Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh pelbagai
anggota negara itu, hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah
dan perhubungan antara yang memerintah dengan orang yang
diperintah.
Professor Dicey (dalam Tun Mohd. Salleh Abas, 1997)
berpendapat bahawa udang-undang perlembagaan mengandungi dua
prinsip sahaja, iatu prinsip kedaulatan parlimen dan prinsip undang-
undang. Sebagai undang-undng utama di sebuah negara, perlembagaan
mengandungi pelbagai peruntukan, antara lain Badan Perundangan iaitu
Parlimen, Badan Pemerintah seperti Jemaah Menteri, mahkamah dan
lain-lain.
Perlembagaan juga mengandungi peruntukan-peruntukan lain
seperti kenegaraan, kebebasan asasi, agama, bahasa kebangsaan dan
sebagainya.
Menurut Md. Bohari Ahmad (1997), perlembagaan merupakan
satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara.
Perlembagaan wujud daripada kehendak keadaan semasa dan
diasaskan atas kebolehan kerajaan untuk menjamin semua yang
terkandung di dalam perlembagaan itu. Jika undang-undang yang
dikanunkan berlandaskan perlembagaan yang tidak dapat dijalankan
atau hak yang dijanjikan di dalamnya tidak dapat ditunaikan, maka
perlembagaan itu tidak bermakna. Oleh itu, perlembagaan mestilah
dipegang teguh dan seimbang dengan hasrat orang ramai. Yang nyata
ialah perlembagaan bukan sahaja merupakan sebuah fikiran atau syor,
namun merupakan undang-undang agung negara.
07
4.2 KEPENTINGAN
PERLEMBAGAAN
Perlembagaan merupakan undang-undang yang
mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas
kepada pembentukan kerajaan.
Perlembagaan merupakan panduan kepada kerajaan
untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara.
Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin
kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik.
Perlembagaan menjamin pentadbiran yang cekap,
jujur, ikhlas, telus dan adil.
Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk hidup
sebagai seorang warganegara secara aman dan
harmoni.
08
4.3 KRONOLOGI
PEMBENTUKAN
PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN
• Penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP)
1909 bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
• Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu berhenti
1927 menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan.
1946 • Perlembagaan Malayan Union dibentuk namun
ditentang oleh orang Melayu kerana tiada konsep
penghormatan kepada Raja.
1948 • Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
dibentuk. Penyelarasan perundangan negeri-negeri
bermula.
1949 • Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum dibentuk
untuk menyelesaikan masalah perlembagaan,
politik dan ekonomi.
09
• Pilihanraya pertama persekutuan.
1955
1956 • Jawatankuasa Kerja dan Suruhanjaya Reid
ditubuhkan untuk penggubalan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu yang baru.
1957 • Penguatkuasaan Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu.
1963 • Perlembagaan Malaysia menggantikan
Perlembagaan Persekutuan setelah penyertaan
Sabah, Sarawak dan Singapura.
10
5.0 PERKARA UTAMA
DALAM PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Persekutuan
dibentuk dengan mengambil kira
perkembangan sejarah Negara sebelum
dan selepas penjajahan. Hal ini diambil
kira bagi merealisasikan cita-cita
mewujudkan sebuah Negara yang
demokrasi dan adil untuk semua pihak.
Beberapa perkara telah diletakkan
sebagai peruntukan utama dalam
perlembagaan seperti kewarganegaraan,
agama, bahasa, kedudukan istimewa
orang Melayu dan kebebasan asasi.
11
5.1 HAK-
HAK ASASI
Kebebasan diri
Perkara mengenai kebebasan diri telah diperuntukan dalam Fasal 1,
Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan tidak
seorang pun boleh diambil nyawanya dan dilucutkan kebebasan dirinya
kecuali menurut undang-undang. Seseorang yang ditangkap perlu
diberitahu dengan seberapa segera sebab-sebab dia ditangkap dan dia
dibenarkan untuk membela diri oleh seorang peguam yang dipilih
olehnya sendiri. Selain itu, seseorang yang ditangkap dan tidak
dilepaskan hendaklah dibawa kehadapan seorang majistret dalam masa
24 jam.
Keabdian dan kerja paksa
Perkara 6 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, memperuntukkan
bahawa tidak seorang pun boleh ditahan sebab abdi dan kerja paksa.
Segala jenis kerja paksa adalah dilarang tetapi parlimen boleh dengan
undang-undang, membuat peruntukan bagi perkhidmatan kerahan
untuk maksud-maksud Negara. Kerja yang berkaitan dengan
menjalankan hukuman penjara tidaklah dianggap sebagai kerja paksa.
12
Kesamarataan di sisi
undang-undang
Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa semua
orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat
perlindungan yang sama. Fasal 2 memperuntukkan seseorang
warganegara itu tidak boleh dibezakan semata-mata atas sebab agama,
kaum, keturunan atau tempat lahir. Walaubagaimanapun pengecualian
terdapat dalam Perkara 153 yang memperuntukan layanan istimewa
bagi orang Melayu dan kaum bumiputera yang lain di Sabah dan
Sarawak dalam beberapa lapangan seperti pemegangan jawatan-
jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa-biasiswa dan
pengeluaran permit serta lesen.
Larangan buang negeri
dan kebebasan bergerak
Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan
bahawa tidak seorang pun warganegara yang boleh dibuang negeri atau
ditahan daripada masuk ke dalam Persekutuan. Setiap warganegara
berhak bergerak dengan bebasnya dan bermastautin di mana-mana
bahagian Persekutuan. Walaubagaimanapun hal ini tertakluk kepada
undang-undang imegresen yang berkaitan dengan Sabah dan Sarawak.
Keadaan ini tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan denga
keselamatan Persekutuan seperti ketenteraman awam, kesihatan awam
dan hukuman yang dikenakan kepada pesalah.
13
Kebebasan bercakap, berhimpun dan
menubuhkan persatuan
Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan
kebebasan kepada semua warganegara untuk bercakap, berhimpun
dan menubuhkan persatuan. Namun demikian, parlimen boleh
mengenakan sekatan tertentu bagi kepentingan keselamatan,
ketenteraman awam atau moral. Adalah menjadi satu kesalahan untuk
menyoal perkara-perkara sensitif seperti hak-hak keistimewaan orang
Melayu dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Kebebasan beragama
Sungguhpun Perlembagaan Persekutuan Manakala di Sabah dan Sarawak pula, undang-
Malaysia memperuntukkan agama Islam undang negeri yang ingin menyekat apa-apa
sebagai agama rasmi persekutuan, tetapi agama, iktikad dan kepercayaan di kalangan
orang Islam berkehendakkan undi sebanyak 23
setiap warganegara Malaysia berhak daripada jumlah bilangan anggota Dewan
mengamalkan agama masing-masing. Undangan Negeri. Tiap-tiap kumpulan agama
berhak untuk:
Setiap Individu berhak untuk
i. Menguruskan hal-ehwal agamanya
mengembangkan agamanya, tetapi undang- sendiri.
undang negeri dan undang-undang
ii.Menubuh dan menyelenggara yayasan- yayasan
persekutuan boleh mengawal atau menyekat bagi maksud agama dan khairat.
pengembangan apa-apa iktikad atau
iii.Memperoleh dan mempunyai harta serta
kepercayaan agama dikalangan orang yang memegang dan mentadbirkannya mengikut
menganut agama Islam.
undang-undang.
14
Kesamarataan dalam pelajaran
Perkara 12 dalam Perlembagaan Persekutuan Tiap-tiap kumpulan agama diberi kebebasan
Malaysia menyatakan tentang hak mengenai untuk menubuh dan menyelenggara yayasan-
pelajaran. Tidak terdapat sebarang perbezaan
terhadap mana-mana warganegara semata-mata yayasan untuk pelajaran kanak-kanak atau
kerana agama, kaum, keturunan, tempat lahir untuk mengenai agama kumpulan itu. Selain itu, tidak
mendapatkan pendidikan, iaitu: terdapat perbezaan semata-mata sebab agama
dalam mana-mana undang-undang berkaitan
i. Dalam pentadbiran mana-mana yayasan
pelajaran yang diselenggara oleh suatu pihak dengan yayasan itu, tetapi dalam undang-
berkuasa awam tentang kemasukan murid-murid undang persekutuan dan negeri, boleh
atau pelajar mengenai bayaran.
mengadakan bantuan kewangan khas bagi
ii. Tentang memperuntukkan kewangan dan
bantuan kewangan pihak berkuasa awam bagi menyelenggara Yayasan Islam atau mengajar
menanggung atau membiayai murid-murid atau mengenai agama Islam kepada penganutnya.
pelajar-pelajar di mana-mana yayasan pelajar Tidak seorang pun diwajibkan menerima apa-
tertakluk kepada Perkara 153.
apa ajaran mengenai apa-apa agama atau
mengambil bahagian dalam apa-apa upacara
atau sembahyang bagi sesuatu agama yang
lain daripada agamanya sendiri.
Hak untuk berharta
Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan
tidak seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali menurut undang-
undang. Undang-undang juga tidak boleh membuat peruntukan untuk
mengambil atau menggunakan harta dengan paksa tanpa pampasan
yang mencukupi.
15
Perlindungan daripada undang-undang jenayah
yang berkuat kuasa kebelakangan dan
perbicaraan berulang
Perlindungan daripada undang-undang Fasal 2 memperuntukkan bahawa
jenayah yang berkuat kuasa seseorang yang telah dibebaskan
ataupun disabitkan dengan kesalaha n
kebelakangan dan perbicaraan berulang tidak boleh dibicarakan sekali lagi di atas
Perlembagaan Persekutuan Malaysia. kesalahan yang sama kecuali jika
Melalui Perkara 7, memperuntukkan sabitan atau pembebasan itu telah
tidak seorang pun yang boleh dihukum
kerana sesuatu perbuatan yang tidak dibatalkan dan perbicaraan semula
diperintahkan oleh mahkamah atasan
menjadi kesalahan di sisi undang-
undang pada masa perbuatan itu mengenai perkara yang dia telah
dilakukan dan tidak sesiapa juga boleh dibebaskan ataupun disabitkan
menanggung hukuman yang lebih berat
bagi sesuatu kesalahan daripada yang kesalahan itu.
telah ditetapkan oleh undang-undang
pada masa kesalahan itu dilakukan.
16
5.2 BAHASA MELAYU
• Menentukan identiti sesebuah bangsa
• Para pemimpin yang memperjuangkan
kemerdekaan negara kita telah membuat
keputusan supaya kita memiliki satu bahasa
kebangsaan untuk tujuan berikut:
I. Perhubungan umum
II. Bahasa rasmi
III. Sebagai alat untuk menyatupadukan
rakyat berbilang kaum di negara kita
• Peruntukan ini termaktub dalam perkara 152
perlembagaan persekutuan malaysia
• Peruntukan ini tidak meghalang penggunaan,
pengajaran dan pembelajaran bahasa etnik lain
ataupun bahasa asing
17
5.3 AGAMA ISLAM
• Merupakan tunjang kehidupan manusia
• Mampu membentuk rakyat malaysia yang
berakhlak mulia dan bermoral tinggi
• Prinsip pertama dalam prinsip rukun negara
ialah 'kepercayaan kepada tuhan’
• Agama Islam merupakan agama bagi
Persekutuan kerana faktor yang berikut:
1. Lama bertapak di rantau Asia Tenggara
2. Tidak ditolak oleh penjajah
3. Mempunyai penganut yang ramai
• Agama lain boleh diamalkan dengan aman dan
damai di mana-mana bahagian Persekutuan
• Setiap orang berhak untuk menganuti,
mengamalkan dan mengembangkan agamanya
dengan syarat, iaitu pengembangan agama
selain Islam tidak boleh dilakukan terhadap
penganut Islam
18
5.4 KEWARGANEGARAAN
• Merupakan status yang dimiliki oleh setiap
individu untuk hidup dalam sesebuah negara.
• Status ini memberikan hak,manfaat dan
kemudahan tertentu.
• Status ini memberikan hak untuk seorang
warganegara:
i) Mengundi dalam pilihan raya
ii) Mengambil bahagian secara aktif dalam
politik seperti bertandingan dalam pilihan
raya, menjadi wakil rakyat, menjadi menteri
dan sebagainya.
iii) Memiliki harta dan membangunkannya.
iv) Bergerak dengan bebas ke mana - mana
bahagian negara.
v) Menerima manfaat dan kemudahan seperti
pendidikan, bantuan kebajikan, perubatan dan
sebagainya.
• Hak kewarganegaraan ini disertai oleh
tanggungjawab.
19
• Rakyat bertanggungjawab untuk:
i) Mematuhi undang-undang negara dan negeri.
ii) Memberi khidmat kepada negara apabila
diperlukan seperti mempertahankan negara apabila
diserang musuh dengan menyertai pasukan
keselamatan.
iii) Menyumbang terhadap produktiviti negara
dalam bidang masing-masing.
iv) Menyokong dan mengambil bahagian dalam
rancangan dan kegiatan negara seperti menyambut
Hari Kebangsaan, membasmi kemiskinan,
membantu kerajaan membendung jenayah dan
sebagainya.
20
5.5 KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG
MELAYU
• Peruntukan khas ini memberi pertimbangan kepada
golongan berkenaan bertujuan untuk
menyamaratakan status pendidikan dan ekonomi
orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
dengan kaum-kaum lain.
• Dengan ini, dapat mewujudkan kestabilan politik
dan ketenteraman awam.
• Kedudukan istimewa orang Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak, seperti rizab khas
bagi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa,
pendidikan atau latihan khas, lesen dan permit
perniagaan, diberi melalui Perkara 153
perlembagaan.
• Rizab yang diperuntukkan mengikut radar yang
difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong.
21
6.0 KESIMPULAN
Kewujudan Perlembagaan sebagai asas
undang-undang sesungguhnya mempunyai
peranan yang sangat besar dalam membentuk
perjalanan pemerintahan negara ini. Walaupun
ia sebuah perlembagaan yang terlalu panjang
dan terperinci, setakat ini ia telah berjaya
melicinkan pentadbiran negara serta
mewujudkan keamanan dan kestabilan negara.
Perlembagaan sebenarnya adalah tunjang
kepada keamanan dan perpaduan kaum di
negara Malaysia. Ini kerana, pembentukan
perlembagaan awal-awal lagi adalah atas
dasar persetujuan semua kaum. Perlembagaan
juga menjadi dasar kepada pembentukan
demokrasi berparlimen di Malaysia. Melalui
perlembagaan setiap warganegara sama ada
pemerintah dan rakyat mendapat hak masing-
masing dan pembelaan sewajarnya.
22
7.0 RUJUKAN
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Mala
ysia
• https://www.academia.edu/41183128/SEJARAH_P
ERLEMBAGAAN_MALAYSIA
• https://pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.com/20
14/09/bab-7-perlembagaan-malaysia.html
• http://journal.kuis.edu.my/muwafaqat/images/arti
cle/vol-2/19-10_Ayu-Azilah_Perlembagaan-
Persekutuan-Malaysia.pdf
• https://www.researchgate.net/publication/326987
913_Perlembagaan_Persekutuanpdf
23