Unit Bimbingan dan Kaunseling
PERANAN ANAK MEMAHAMI
IBU BAPA YANG KEHILANGAN
PEKERJAAN AKIBAT COVID 19
SMK Ambrose, Ayer Tawar, Manjung, Perak.
PENGENALAN
Tiada siapa pernah terfikir dalam zaman serba maju ini, akan timbul satu virus yang bukan sahaja
meragut banyak nyawa di seluruh dunia namun mengakibatkan berlaku keadaan yang boleh
dikatakan sebagai huru hara dalam kalangan manusia sejagat.
Kehadiran virus Covid 19 bukan sahaja mengancam nyawa manusia tetapi mengakibatkan
gangguan kepada ekonomi dunia secara keseluruhan. Banyak sektor ekonomi yang mengecilkan
saiz perniagaan malahan ada sehingga terpaksa di tutup. Akibat daripada itu, ramai individu yang
terkesan dengan situasi ini kerana kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan.
Mereka yang kehilangan pekerjaan ini adalah individu yang mungkin menyara ibu bapanya,
mempunyai anak dan isteri yang perlu ditanggung nafkahnya serta individu yang mempunyai
komitmen perbelanjaan setiap bulan yang perlu di langsaikan demi meneruskan kehidupan.
Ini mengakibatkan ramai yang mengalamai tekanan. Pastinya anak-anak akan juga mengalami
tekanan selain ibu bapa. Unit bimbingan dan kaunseling SMK Ambrose cuba untuk memberi
gambaran kepada anak-anak didik sekalian bagaimana kita sebagai anak dapat membantu
meringankan tekanan emosi yang dialamai oleh ibu bapa yang terkesan dengan situasi ini dan
secara tidak langsung menyumbang kepada situasi yang harmoni dalam keluarga.
Fahami kesan kehilangan pekerjaan
kepada ibu bapa
Menurut portal myhealth.gov.my seseorang
yang mengalami situasi yang drastik sebagai
contoh kehilangan pekerjaan boleh
mengakibatkan mereka hilang akal, serangan
jantung atau boleh menjurus kepada situasi
bertindak diluar dugaan. Pada individu yang
tidak mampu menahan tekanan, tidak mustahil
individu tersebut boleh mengalami tekanan yang
besar dan mengganggu emosinya.
Jadi disini, sebagai anak kita dapat memahami
apakah situasi yang dilalui oleh ibu bapa kita
yang kehilangan pekerjaan. Ibu bapa kita
terdedah dengan masalah kesihatan dan
mungkin menjurus kepada masalah emosi.
Maka penting di sini bagaimana kita sebagai
anak dapat bersama-sama berperanan
membantu mengurangkan tekanan emosi di
alami kedua ibu bapa kita.
Peranan anak memahami ibu bapa
kehilangan pekerjaan
Sokongan Emosi
Ibu bapa yang kehilangan pekerjaan akibat dari pandemik
Covid 19 ini memerlukan sokongan emosi daripada orang-
orang sekelilingnya. Siapakah yang di maksudkan orang
sekelilingnya? Mereka ialah ibu bapanya, adik beradiknya,
saudara maranya dan tidak ketinggalan kita sebagai anak-
anaknya. Anak-anak memainkan peranan yang sangat
penting memastikan tekanan ibu bapa dapat dikurangkan
dengan mempamerkan kasih sayang dan bersama-sama
membantu mengurangkan tekanan dalam keluarga. Tapi
apakah yang dapat dilakukan oleh anak-anak?
Peranan anak memahami ibu bapa
kehilangan pekerjaan
Bentuk sokongan emosi Jadilah anak yang cemerlang
yang boleh di mainkan oleh dalam pelajaran..
anak
Dahulukan keperluan dari
Berikut adalah antara aktiviti atau
peranan yang boleh dimainkan oleh kehendak
anak-anak dalam keluarga bagi
meredakan tekanan yang sedang di Unit bimbingan dan kaunseling, SMK Ambrose.
alami oleh ibu bapa akibat
kehilangan pekerjaan. Peranan kecil Jagalah tutur bicara dan tingkah
yang dapat anak-anak hulurkan
merupakan sejuta rahmat pada ibu laku
bapa dalam pada mereka bergelut
dengan situasi ekonomi yang tidak Bantu menjalankan rutin harian
menentu. di rumah
Peranan anak memahami ibu bapa
kehilangan pekerjaan
Bantu menjalankan rutin
harian di rumah
Unit bimbingan dan kaunseling, SMK Ambrose Memandangkan sekolah di tutup dan bersambung dengan cuti
sekolah pada hujung tahun ini, ambil kesempatan untuk bersama-
sama adik-beradik yang lain melakukan rutin harian di rumah yang
biasanya di lakukan oleh ibu bapa. Antaranya membasuh baju,
menjemur baju, melipat serta menyusun di dalam almari. Bagi anak
yang sedikit dewasa, pandulah adik-adik yang lain agar dapat
bersama-sama menjaga kebersihan rumah. Bantu ibu di dapur juga
antara aktiviti yang boleh dilakukan. Walaupun aktiviti ini nampak kecil
namun kegembiraan yang dapat diberikan kepada ibu bapa adalah
sesuatu yang tidak ternilai kerana kita bersama-sama memberi
sokongan dalam waktu yang sangat mencabar ini.
Peranan anak memahami ibu bapa
kehilangan pekerjaan
Unit bimbingan dan kaunseling, SMK Ambrose Jaga tutur bicara dan tingkah
laku
Sama ada kita sedar atau tidak, perlakuan kita seharian tidak kira pertuturan
atau tingkah laku memainkan peranan yang sangat penting dalam
memastikan keharmonian terjaga di saat keluarga berhadapan dengan
situasi getir. Dalam situasi ini, bukan sahaja sebagai anak kita juga rasa
tertekan tapi tekanan lebih besar adalah pada kedua ibu bapa kerana perlu
juga menyediakan keperluan untuk meneruskan kehidupan. Untuk itu,
bantulah meredakan tekanan tersebut dengan menjaga tingkah laku serta
tutur kata. Elakkan dari menunjukkan sikap memberontak, tidak mendengar
kata, berpeleseran yang bukan sahaja memberi tekanan pada ibu bapa tapi
juga memberi tekanan kepada keseluruhan ahli keluarga. Kawallah tingkah
laku. Jika kita anak yang dewasa, jadilah contoh yang baik pada adik-adik
yang lain.
Peranan anak memahami ibu bapa
kehilangan pekerjaan
Unit bimbingan dan kaunseling, SMK Ambrose Dahulukan keperluan dari
kehendak
Jika sebelum ini segala keperluan dan kehendak anak-anak dapat ditunaikan
oleh ibu bapa kita namun dalam keadaan ini pastinya menjadi satu
kesukaran bagi mereka. Anak-anak pada waktu ini perlu membezakan mana
satu keperluan dan mana satu kehendak. Bantulah ibu bapa dengan
mendahului keperluan antaranya makan pakai, keperluan pembelajaran dan
keperluan-keperluan lain bagi meneruskan kehidupan dalam situasi sukar.
Elakkan dari meminta sesuatu yang tidak begitu perlu atau boleh di lewatkan
penggunaannya bagi memberi laluan kepada ibu bapa menunaikan
keperluan keluarga. Keprihatinan anak-anak memhami keadaan ekonomi
keluarga yang mendesak ini dapat mengurangkan beban ibu bapa.
Peranan anak memahami ibu bapa
kehilangan pekerjaan
Unit bimbingan dan kaunseling, SMK Ambrose Jadilah anak yang cemerlang
dalam pelajaran
Menjadi harapan semua ibu bapa jika anak-anak dapat berjaya bukan sahaja
dari segi akhlak dan akademik. Bantulah memberi kegembiraan kepada
kedua ibu bapa. Gunakan masa yang terluang dirumah untuk mengulangkaji
pelajaran, mengikuti kelas secara atas talian dan bagi anak-anak yang akan
menghadapi peperiksaan, tumpukan pada pelajaran agar dapat memberikan
yang terbaik dalam peperiksaan nanti. Jangan buang masa di rumah tanpa
melakukan aktiviti yang di sarankan. Elak dari berada di luar rumah,
berkumpul dengan kawan-kawan dan membuang masa. Jika kita anak yang
lebih dewasa, bantulah adik-adik dalam pelajaran mereka. Situasi ini akan
memberi seribu kegembiraan kepada kedua ibu bapa dalam saat mereka
tertekan dengan situasi yang ada.
Peranan anak memahami ibu bapa
kehilangan pekerjaan
Unit bimbingan dan kaunseling, SMK Amnbrose. Perbanyakkan Banyakkan bersabar,
melakukan bagi yang beragama
serta berdoa pada Islam banyakkan
tuhan. Dalam situasi beristigfar dan
begini, kekuatan memohon agar
spiritual atau rohani segala kesulitan ini
sangat penting bagi segera berakhir. Bagi
mengelakkan kita yang bukan
dari berasa terlalu beragama Islam,
tertekan. Jika berasa Lakukan ritual ibadah
tertekan, boleh juga masing-masing.
lakukan aktiviti riadah
dan relaksasi bagi
mengurangkan rasa
tekanan.
Peranan anak memahami ibu bapa
kehilangan pekerjaan
Unit bimbingan dan kaunseling, SMK Ambrose Kesimpulan
Walaupun peranan yang boleh dimainkan oleh
anak-anak nampak kecil, namun konsep
#kitajagakita terpakai di mana sekecil mana pun
peranan/ aktiviti/perlakuan yang kita lakukan dan
sumbangkan boleh memberi impak atau kesan
yang besar dalam keluarga kita. Bersama-samalah
menjadi satu keluarga yang kuat dalam mendepani
keadaan yang sukar ini. Ibu bapa akan
meneruskan peranan mereka dan kita sebagai
anak tidak terkecuali memahami dan menyumbang
kepada keharmonian keluarga. Apabila keluarga
harmoni maka tekanan dapat dikurangkan.
Ingatan ikhlas:
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
SMK AMBROSE, AYER TAWAR, MANJUNG, PERAK