Unit Bimbingan & Kaunseling
SMK AMBROSE
AYER TAWAR, MANJUNG, PERAK
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SMK AMBROSE
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SMK AMBROSE
Peranan ibu bapa
membantu anak menghadapi peperiksaan
Pengenalan
Peranan ibu bapa
Musim peperiksaan tiba lagi. Selain demam peperiksaan dirasai oleh
para pelajar dan guru, ibu bapa juga adalah di antara yang mula merasa
hangatnya bahang peperiksaan. Harapan yang tinggi terhadap anak-
anak menyebabkan ramai dalam kalangan ibu bapa menjadi kelam kabut
hingga hilang fokus apa yang patut di lakukan oleh mereka.
Selain kesibukan para guru memberikan maklumat berkaitan akademik
dan emosi kepada pelajar untuk memastikan mereka kekal berada di
landasan bagi menghadapi peperiksaan, ibu bapa tidak seharusnya
lepas tangan dan hanya mengharapkan faktor luaran sahaja mendorong
anak-anak tetapi mengambil usaha bersama kearah kecemerlangan anak
-anak dalam peperiksaan yang bakal mereka duduki.
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SMK AMBROSE
Peranan Ibu bapa
1 Fahami tekanan di hadapi anak
2 Bantu tingkatkan keyakinan diri
anak
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SMK AMBROSE
Beri dorongan positif dan kata-
3 kata semangat pada anak
4 Beri kerjasama sepenuhnya
5 Kurangkan aktiviti tidak penting
Peranan Ibu bapa
6 Kawal waktu tidur anak
7 Kurangkan tugasan rutin harian
anak
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SMK AMBROSE
Nyatakan ganjaran dengan jelas
8
9 Peruntukan masa dengan
mengambil cuti
10 Banyakkan berdoa/ solat hajat
Perbincangan
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SMK AMBROSE
1. Fahami tekanan di hadapi anak
Peranan ibu bapa membantu anak menghadapi peperiksaan
Apabila menghampiri peperiksaan, anak-anak akan merasa bimbang. walaupun ada di
antara mereka tidak menunjukkan kebimbangan tersebut dengan jelas namun sebagai
ibu bapa, kita dapat melihat perubahan tersebut melalui perubahan sikap dan tingkah
laku mereka antaranya mungkin hilang selera makan, mengambil masa yang lama
untuk ulangkaji, kurang bercakap, resah atau ada di antaranya menjadi terlalu
berselera makan dan menjadi kuat tidur. Ini adalah antara tingkah laku yang mungkin
menunjukkan anak-anak kita berada dalam keadaan bimbang untuk menghadapi
peperiksaan.
Pada ketika ini, ibu bapa boleh berperanan mendekati anak-anak dan berbual bagi
meredakan kebimbangan mereka. Elakkan memberi tekanan lain seperti memaksa
mereka memanjangkan masa ulangkaji atau menekan mereka menyiapkan atau
menjawab soalan yang sangat sukar kerana pada ketika ini tekanan seperti ini akan
meningkatkan lagi kebimbangan mereka dan secara tidak langsung mengurangkan
keyakinan diri anak-anak.
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SMK AMBROSE
2. Bantu tingkatkan keyakinan diri anak
Peranan ibu bapa membantu anak menghadapi peperiksaan
Keyakinan diri adalah sesuatu yang sangat penting pada anak-
anak menjelang peperiksaan. walaupun ada dalam kalangan
anak-anak ini telah membuat persediaan awal namun ada faktor-
faktor lain yang mungkin menjadikan keyakinan mereka
berkurang semakin menghampiri peperiksaan.
Sebagai ibu bapa yang prihatin, pastikan anak-anak membuat
persediaan awal bagi mengurangkan tekanan dan meningkatkan
keyakinan. Bagi anak-anak yang telah membuat persediaan awal,
ibu bapa berperanan meningkatkan atau memastikan keyakinan
itu tidak berkurangan.
Ibu bapa bolehlah meluangkan masa bersama anak-anak
sewaktu mereka mengulangkaji atau memberikan kata-kata
semangat kepada anak-anak setiap hari semasa mereka
mengikuti kelas secara atas talian atau pada ketika kita melihat
anak-anak berada dalam tekanan. Bantu mereka dengan
mewujudkan suasana yang harmonis kerana secara tidak
langsung akan mengurangkan tekanan dan meningkatkan
motivasi dan keyakinan mereka.
3. Beri dorongan positif dan
kata-kata semangat
pada anak
Sebagai ibu bapa yang ingin melihat kejayaan anak-anak
haruslah sering memberikan harapan kepada anak-anak
dengan melontarkan kata-kata semangat dan positif. kata
-kata yang diucapkan oleh ibu bapa boleh menjadi
pembakar semangat pada anak-anak dan apa yang
diucapkan akan menjadi gambaran positif dalam minda
anak-anak.
Ucapkanlah ' tak mengapa, cuba lagi', 'Mak percaya kamu
boleh'.
Tukarkan kata-kata semangat kepada ayat yang lebih
positif misalnya 'banyakkan bertenang dan buat dengan
tersusun', daripada ayat 'jangan kelam-kabut”.
Ramai ibu bapa yang rasa janggal ingin mengucapkan
kata-kata semangat takut dikatakan seperti dalam filem
tapi sebenarnya kata-kata semangat dari ibu bapalah
yang dapat melembutkan hati anak-anak terutama
apabila mereka berasa tertekan. UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SMK AMBROSE
4. Beri kerjasama sepenuhnya
Peranan ibu bapa membantu anak menghadapi peperiksaan
Apabila ada salah seorang ahli keluarga merupakan bakal calon
peperiksan, penting bagi kesemua ahli keluarga memberikan
kerjasama sepenuhnya.
Ibu bapa harus berperanan memastikan semua ahli keluarga
menghormati waktu ulangkaji anak terbabit dan pastikan ahli
keluarga yang lain tidak mengganggu waktu tersebut. Ibu bapa juga
harus memahami jadual belajar anak-anak dan tidak meminta mereka
melakukan perkara yang boleh mengganggu waktu tersebut.
Ibu bapa juga harus memastikan jika ada ahli keluarga terutama adik-
adik yang masih kecil tidak menggangu kakak atau abang mereka
semasa mereka mengulangkaji atau semasa kelas secara atas talian.
Elakkan dari ahli keluarga yang lain membuat bising atau menonton
rancangan TV yang boleh menggangu fokus anak yang sedang
mengulangkaji. Sediakan ruang yang sesuai untuk mereka
mentelaah.
5. Kurangkan aktiviti tidak penting
Peranan ibu bapa membantu anak menghadapi peperiksaan
Ibu bapa seharusnya tahu membezakan apakah aktiviti keluarga yang boleh dan yang patut
dielakkan di saat anak-anak akan menduduki peperiksaan. Mungkin pada pandangan ibu bapa
aktiviti tersebut dapat meredakan kebimbangan anak namun harus di kaji sama ada aktiviti
tersebut bersesuaian dilakukan pada waktu tersebut.
Di antara aktiviti yang perlu dielakkan terutama saat menjelang peperiksaan adalah aktiviti
seperti keluar membeli belah, balik kampung, menziarah saudara mara, berkelah dan aktiviti
yang mungkin akan menganggu kesihatan fizikal anak-anak. itu tidak bermakna tiada langsung
aktiviti yang boleh dilakukan tetapi carilah aktiviti yang boleh membantu perkembangan anak-
anak umpamanya bersolat jemaah bersama di surau atau masjid, makan-makan bersama
keluarga dan aktiviti yang dirasakan tidak menjejaskan persediaan anak-anak untuk
menghadapi peperiksaan.
Kurangkan aktiviti diluar kerana aktiviti ini akan hanya mendedahkan anak-anak terhadap
perkara luar jangkaan seperti masalah kesihatan dan kemalangan.
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SMK AMBROSE
6.Kawal waktu tidur anak
Pantau jadual belajar anak-anak dan aktivitinya menjelang peperiksaan. Pastikan
jadual belajar yang anak-anak bina tidak sehingga lewat malam. Tidur yang tidak
sempurna akan menyebabkan tumpuan anak-anak keesokkan hari akan terjejas.
Dalam hal ini ibu bapa boleh berbincang dengan anak-anak untuk membina
jadual belajar yang baik. Pastikan anak-anak tidur awal.
7. Kurangkan tugasan rutin harian anak
Peranan ibu bapa membantu anak menghadapi peperiksaan
Jadilah ibu bapa yang prihatin.
Menjelang peperiksaan, berikan sedikit layanan istimewa kepada
mereka sebagai satu bentuk sokongan emosi dan moral. Jika sebelum
ini anak-anak tersebut diberi rutin tugasan setiap hari untuk diselesaikan
seperti mengemas rumah, membersihkan halaman, menjemur baju atau
apa sahaja tugasan lain namun apabila menjelang peperiksaan berikan
sedikit ruang kepada anak-anak untuk mengulangkaji
pelajaran.
ibu bapa yang prihatin akan cuba mengagih-agihkan tugasan rutin
tersebut pada anak-anak yang lain dan terangkan pada mereka
bagaimana semua ahli keluarga seharusnya bekerjasama dan saling
bantu-membantu
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SMK AMBROSE
8. Nyatakan ganjaran dengan jelas
Peranan ibu bapa membantu anak menghadapi peperiksaan
Ganjaran adalah sebahagian daripada
peneguhan positif yang boleh diberikan ibu
bapa jika anak-anak melakukan perkara yang
positif. Dalam konteks peperiksaan, ibu bapa
Ganjaran bukan yang berkemampuan bolehlah memberi
sesuatu yang wajib ganjaran pada anak-anak dan jelaskan pada
mereka apa jenis ganjaran tersebut.
di sediakan. Namun ganjaran kebendaan bukanlah
sesuatu yang wajib diberikan. Pada ibu bapa
yang kurang berkemampuan, ambil masa dan
berbicaralah dari hati ke hati dengan anak-anak,
terangkan pada mereka di mana pencapaian
yang baik akan mengubah landskap ekonomi,
sosial keluarga dan masa depannya. Hadiah
bermakna jika ibu bapa dapat memberi pelukan
mesra atas kejayaan anak-anak.
Ukurlah baju di badan sendiri dan jangan
terikut-ikut dengan cara orang lain.
9. Peruntukan masa dengan mengambil cuti
Peranan ibu bapa membantu anak menghadapi peperiksaan
Bagi ibu bapa yang bekerja, bolehlah mengambil cuti sama ada
serentak atau bergilir pada hari pertama atau hari-hari tertentu
semasa anak-anak menduduki peperiksaan sebagai satu bentuk
sokongan moral dan emosi pada mereka. Jika sesuai, hantarkan
anak-anak tersebut sehingga ke pagar sekolah, berikan kucupan
mesra pada mereka. Gunakan masa menghantar anak-anak ke
dewan peperiksaan dengan memberi kata-kata semangat.
Bantulah anak-anak meredakan keresahan mereka.
10. Banyakkan berdoa/ solat hajat
Peranan ibu bapa membantu anak menghadapi peperiksaan
Tiada yang lebih bermakna dan berharga di saat anak-anak ingin menduduki
peperiksaan selain daripada doa dan restu dari kedua orang tuanya. Kita sedia
maklum doa ibu bapa adalah sesuatu yang besar maknanya di sisi tuhan. Luangkan
masa bersama semua ahli keluarga untuk melakukan solat hajat atau
pada yang bukan beragama Islam untuk sama-sama ke rumah ibadat dan berdoa agar
dipermudahkan urusan anak-anak kita semasa menduduki peperiksaan. Biarkan anak-
anak menyedari bahaya seluruh ahli keluarga terutama ibu bapanya sentiasa
mendoakan kejayaannya kerana dengan cara ini, anak-anak akan lebih menghargai
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SMK AMBROSE
Jurnal Kemanusiaan UTM: Peranan institusi keluarga dalam penjanaan bangsa bertamadun
Menurut Ratna Roshida Abd. Razak dan Nik Haslinda
Nik Hussain (2007),
Memelihara dan mendidik anak dengan sebaik-
baiknya adalah kebaktian yang
besar terhadap agama, nusa dan bangsa. Sebaliknya
mensia-siakan pendidikan dan
pemeliharaan anak, bererti mereka telah merosakkan
negara. Ini kerana kerosakan batin
manusia itulah yang menjadi pokok pangkal
kerosakan negara.
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SMK AMBROSE
Ingatan ikhlas
Unit bimbingan dan kaunseling
SMK Ambrose.
Terima kasih.
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SMK AMBROSE