The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Dalam menuntut ilmu perlu menyediakan diri dengan adab supaya ilmu diperolehi mendapat keberkatan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Orang Bujang Turun Dapur, 2021-08-01 18:45:24

Adab Menuntut Ilmu Imam Al Ghazali- Bersama Cikgu Ewan

Dalam menuntut ilmu perlu menyediakan diri dengan adab supaya ilmu diperolehi mendapat keberkatan

Keywords: Adab belajar,Menuntut ilmu

ADAB MENUNTUT
ILMU

MENURUT IMAM AL-GHAZALI

BERSAMA CIKGU EWAN

Bersuci

Berwuduk, mensucikan hati, niat untuk belajar

Bersuci Seorang murid harus terlebih dahulu
membersihkan jiwa dari segala bentuk

akhlak yang negatif.
Apa yang di maksudkan dengan
kebersihan dalam hal ini bukan sahaja
terletak pada menjaga kebersihan
pakaian dan penampilan semata-mata
tetapi juga merangkumi kebersihan

jiwa.
Betulkan niat menuntut ilmu kerana

Allah S.W.T

Rendah Hati

Patuh pada arahan guru dan tidak merasa lebih dari yang lain

Rendah Hati

Jangan bersikap sombong terhadap ilmu dan
tidak membantah apa yang telah guru arahkan

untuk disiapkan atau dilakukan.
Ikutlah arahan yang diberikan guru. Jika
bermasalah, maklum dan berbincanglah
dengan baik bagi mencapai kata sepakat.

Bersungguh-sungguh

Bersedia mengorbankan masa, harta dan tenaga untuk ilmu

Bersungguh-sungguh

Berusahalah bersungguh-sungguh
dalam belajar. Siapkan jadual yang
teratur supaya masa untuk belajar
dapat diuruskan dengan sistematik.

Janganlah bersikap malas atau
sambil lewa serta tidak

mementingkan ilmu dalam
menyiapkan sesuatu tugasan yang

guru berikan.
Hargailah usaha yang dilakukan oleh

guru dalam menyampaikan ilmu.
Gunakanlah harta dan tenaga untuk

memperolehi ilmu

Hindarkan perselisihan

Bila berbeza pendapat, utamakan penyelesaian

Hindarkan Perselisihan

Elakkan berlaku salah faham atau perselisihan
sama ada dengan guru atau rakan. Jika
berbeza pendapat, jagalah lidah dan

pertuturan serta penulisan. Berbincang dan
elakkan merasa bangga mendedahkan aib
sesiapa sahaja semasa menuntut ilmu atau
memaki hamun. Jika perlu, gunakan orang

ketiga menyelesaikan masalah.

Sebarkan Ilmu

Tekun belajar dan berkongsilah ilmu

Sebarkan Ilmu

Ilmu yang diberikan guru harus
dipelajari dengan tekun. Fahami apa
yang ada dalam ilmu tersebut serta
gunakan dalam kehidupan seharian

kita. Ilmu yang dimiliki harus
dikongsikan dengan mengajar
sahabat lain atau berkongsi cara
penyelesaian supaya ilmu tersebut

berkembang.
Jangan kedekut menyebarkan dan
berkongsi ilmu kerana semakin kita

berkongsi, semakin kita
mengukuhkan ilmu dalam diri kita.

Sekian, Terima Kasih.

Ilmu yang dimiliki
ibarat setitis air di lautan yang luas.

Ilmu itu milik Allah.
Janganlah sombong bila mempunyai ilmu.

Merendah diri dan bantulah orang lain
menggunakan ilmu yang kita miliki.
Nescaya hidup kita akan diberkati.


Click to View FlipBook Version