7:30 – 7:55 Pagi : Pendaftaran Peserta
8:00 – 10: 00 Pagi : Ucapan Perasmi: Tuan Haji Dr Kassim bin Tusin
Ketua Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan
Negeri Sabah.
Pembentangan Utama 1: Puan Shaharoom binti Hashim
Kajian Tindakan Adalah Kaedah Intervensi Yang Tepat Sebagai
Pilihan Dokumentasi Dan Mempelbagaikan Sumber Rujukan
PLC
Pembentangan Utama 2: Puan Hanita binti Ladjaharun
Memulakan Dan Memantapkan Inovasi Pengajaran Dan
Pembelajaran
Pembentangan Utama 3: Safiah binti Agimin
10: 00 – 10: 15 Pagi : Minum Pagi
10:30 -12:00 Tengahari : Pembentangan Selari Bilik 1 & 2
12:00 – 12:30 Tengahari : Ucapan Pengetua, penyampaian anugerah dan sijil
12:30 Tengahari : Jamuan
KAJIAN TINDAKAN ADALAH KAEDAH INTERVENSI YANG TEPAT SEBAGAI
PILIHAN DOKUMENTASI DAN MEMPELBAGAIKAN SUMBER RUJUKAN PLC
Oleh:
Shaharoom Binti Hashim
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah
Mempelbagaikan kaedah sesi perkongsian amalan terbaik dalam meningkatkan kualiti pengurusan
sekolah baik dari aspek Kurikulum ,HEM, Kokurikulum dan Pengurusan Pentadbiran Pejabat adalah
satu output yang akan memacu produktiviti organisasi sekaligus membangun kapasiti individu dan
organisasi ke arah yang lebih cemerlang. Oleh itu , sekiranya seorang pentadbir atau guru berhadapan
dengan sesuatu masalah atau kelemahan , ia adalah satu peluang yang tepat untuk melakukan
intervensi dan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengatasi kelemahan yang sedia ada.Kajian
Tindakan adalah kaedah terbaik untuk mendokumentasikan usaha menangani masalah yang dihadapi
dengan melaksanakan intervensi yang difikirkan sesuai dan boleh dijadikan sumber rujukan kelak oleh
barisan Senior Leader Team ( SLT ) Middle Leader Team ( MLT ) , Panitia dan semua guru dan
AKP.Guru khasnya setiap hari akan berhadapan dengan pelbagai cabaran khasnya dalam PdPc.Sudah
pasti cabaran ini akan cuba dihadapi dan diselesaikan dengan pelbagai cara agar murid mencapai
objektif PdPc.Di sinilah perlunya Kajian Tindakan dilaksanakan agar hasil dapatan dapat dikongsi
Bersama guru lain untuk meningkatkan kualiti PdPc.Hal ini sama dengan masalah disiplin yang dapat
dirungkai punca dan cara mengatasi perlu didokumentasi melalui Kajian Tindakan agar dapatan yang
diperolehi , kaedah yang digunakan dapat dirujuk oleh guru lain sebagai percambahan idea untuk
memastikan kemenjadian murid cemerlang seimbang dari segi jasmani ,emosi , rohani dan intelektual
tercapai selaras dengan Misi dan Visi sekolah.Oleh itu , saya berharap dan bercadang agar Kajian
Tindakan dapat dijadikan satu alat dan dilestarikan pelaksanaannya untuk memacu kecemerlangan
pengurusan dan pentadbiran sesebuah pada masa akan datang.
Kata kunci : Kajian Tindakan , dokumentasi , intervensi, sumber rujukan , kaedah
MEMULAKAN DAN MEMANTAPKAN INOVASI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Oleh:
Hanita binti Ladjaharun
SMK Perempuan Likas, Kota Kinabalu
Inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan.
Penghasilan inovasi adalah untuk menangani masalah bagi meningkatkan sistem pendidikan.Inovasi
dalam pembelajaran dan pemudahcaraan merupakan suatu pembaharuan digunakan bagi seseorang
guru untuk memastikan objektif pengajarannya tercapai. Guru perlu meneliti semula amalan bilik
darjah yang sesuai dengan ciri serta situasi murid sekarang. Kreativiti dan inovasi amat dituntut untuk
melahirkan generasi murid berfikiran kelas pertama dalam abad ke-21 ini untuk bersaing dalam abad
penuh cabaran ini. Dalam senario ini tugas guru semakin mencabar. Pembelajaran dan
pemudahcaraan perlu diteliti semula oleh guru agar pendekatan di bilik darjah tidak stereotype,
menggembirakan murid, berkesan dan sesuatu yang dinanti-nantikan murid. Pendidik di negara maju
telah menghasilkan amalan di bilik darjah yang lebih inovatif dan kreatif agar murid
generasi millennium mampu menghadapi dan dapat menyelesaikan masalah-masalah baharu yang
bakal timbul secara professional, berkeyakinan, berwibawa, berketrampilan dan kompeten.
PENCAPAIAN PENARAFAN 5 BINTANG PBT BAGI
PROGRAM KECERIAAN TANDAS MURID
Oleh:
Safiah binti Agimin
SMK Perempuan Likas, Kota Kinabalu
Skop pendidikan di sekolah tidak hanya terhad kepada PdPC di dalam kelas semata mata tetapi
meliputi semua aspek dan ruang di kawasan sekolah. Keselesaan murid semasa berada di sekolah
adalah penting agar mereka dapat menimba ilmu dan menjalankan semua aktiviti di sekolah dalam
situasi yang selesa dan selamat. Justeru itu Unit Pengurusan HEM melalui unit kebersihan dan
keceriaan turut menitikberatkan keadaan tandas murid agar ia bersih, selesa dan selamat untuk
digunakan. Penarafan kebersihan tandas sekolah dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, PBT
(Dewan Bandaraya Kota Kinabalu). Pemberian ‘star rating’ adalah berdasarkan aspek yang telah
ditetapkan oleh PBT. Sebagai makluman, pada tahun 2021, tandas murid SMKP telah dinilai dan
diberi penarafan 4 bintang oleh PBT. Berpandukan penilaian pada tahun 2021, penambahbaikan telah
dibuat oleh unit kebersihan dan keceriaan dan hasilnya pada tahun 2022, PBT telah menilai dan
memberi penarafan 5 bintang kepada tandas murid SMKP. Pihak sekolah berharap dengan penarafan
ini, semua murid yang hadir ke sekolah akan melaksanakan aktiviti pembelajaran dalam keadaan yang
selesa dan selamat dan seterusnya dapat menyemai amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan
seharian.
PENGGUNAAN KBeT³ UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN
DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU BAGI PELAJAR TINGKATAN 5
Oleh:
Maksan Bin Maksin
SMKA Tun Ahmadshah, Kota Kinabalu.
ABSTRAK:Kajian tindakan ini dilaksanakan dengan bertujuan untuk melihat keberkesanan
penggunaan Bahan KBET³ untuk meningkatkan kemahiran menulis karangan dalam subjek Bahasa
Melayu bagi pelajar tingkatan 5. Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan penggunaan Kata
Berdarjat Tinggi dalam penulisan karangan Bahasa Melayu melalui penggunaan bahan KBeT³
seterusnya untuk melihat bagaimana unsur KBeT³ dapat membantu dalam meningkatkan mutu
penulisan karangan Bahasa Melayu secara keseluruhannya melalui penilaian markah Ujian Pos
pelajar. Kajian ini melibatkan sejumlah 5 orang murid yang dipilih melalui tinjauan awal berdasarkan
kepada data-data yang diperolehi daripada ujian pencapaian ( Ujian Sumatif 1 2019). Data kajian di
kumpul melalui ujian awal dan ujian akhir. Data yang di kumpul kemudiannya dianalisis secara
objektif bagi mengesan sama ada berlaku peningkatan penggunaan Kata Berdarjat Tinggi dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu Tingkatan 5. Dapatan kajian seterusnya menunjukkan bahawa
sememangnya terdapat peningkatan yang signifikan terhadap kekerapan penggunaan Kata Berdarjat
Tinggi dalam penulisan karangan Bahasa Melayu pelajar terlibat sekali gus dapat meningkatkan
perolehan markah keseluruhan pelajar dalam bahagian karangan Bahasa Melayu. Peningkatan
keseluruhan markah peserta kajian dalam penulisan karangan Bahasa Melayu tingkatan 5 secara
purata bagi min skor dicatatkan sebanyak 5.8 markah bersamaan dengan peningkatan sebanyak
19.3%.
PENGGUNAAN RAINBOW GENIUS UNTUK MENINGKATKAN DAYA INGATAN MURID
TINGKATAN 1 TERHADAP KEDUDUKAN NEGERI-NEGERI PADA PETA MALAYSIA
DALAM SUBJEK GEOGRAFI
Oleh:
Azhar Awan Ali
SMKA Tun Ahmadshah, Kota Kinabalu.
ABSTRAKKajian tindakan ini dilaksanakan dengan bertujuan untuk melihat sama ada berlakunya
peningkatan daya ingatan murid Tingkatan 1 terhadap letakan kawasan di dalam peta setelah Rainbow
Genius digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi Subjek Geografi. Objektif kajian
ini adalah untuk meningkatkan daya ingatan murid terhadap letakan negeri-negeri yang terdapat di
Malaysia dengan menggunakan Colour-Map Puzzle. Kajian ini melibatkan sejumlah 20 orang murid
yang dipilih melalui tinjauan awal berdasarkan kepada data-data yang diperolehi daripada ujian
pencapaian ( Ujian Setara 1 2018). Data kajian dikumpul melalui ujian awal dan ujian akhir. Data
yang dikumpul kemudiannya dianalisis secara objektif bagi mengesan sama ada berlaku peningkatan
daya ingatan peserta terhadap letakan negeri-negeri di Malaysia pada peta. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa terdapat peningkatan terhadap daya ingatan kesemua peserta kajian terhadap
letakan negeri-negeri di Malaysia pada peta setelah Rainbow Genius didedahkan kepada murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Peningkatan keseluruhan markah peserta kajian bagi aspek
letakan negeri-negeri pada peta Malaysia secara purata bagi min skor dicatatkan sebanyak 13 markah
bersamaan dengan 47%.
TRAFFIC I’RAB: MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM MENENTUKAN
I’RAB BAGI TAJUK-TAJUK NAHU DENGAN TERATUR DALAM KALANGAN MURID
TINGKATAN 4 HANAFI
Oleh:
Fazrianah Sazillah Binti Januri
SMKA Tun Ahmadshah, Kota Kinabalu.
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan bagi mengatasi kelemahan murid dalam memahami tajuk – tajuk Nahu
(Tatabahasa) yang dihadapi oleh murid Tingkatan 4 dalam menentukan I’rab bagi tajuk-tajuk Nahu.
Pemahaman berkaitan I’rab semasa proses Pdpc seringkali dilihat sukar oleh murid-murid disebabkan
ia merangkumi semua tajuk-tajuk nahu yang terdapat dalam silibus. Tajuk nahu yang banyak dalam
mata pelajaran Bahasa Arab KSSM Tingkatan 4 agak menyulitkan murid-murid untuk
mengklafikasikan setiap tajuk Nahu mengikut I’rab yang betul dan teratur. Untuk mengatasi masalah
ini, saya melaksanakan ‘Traffic I’rab 2.0’ untuk membantu murid-murid menyebut dan menentukan
Irab bagi tajuk-tajuk nahu tingkatan 4 KSSM dengan betul dan teratur. Seterusnya murid dikehendaki
menentukan Irab perkataan yang telah ditentukan dengan melihat kepada kad ‘Traffic I’rab 2.0’.
Sasaran bagi pelaksanaan ini adalah seramai 8 orang murid dan seorang guru. Murid dilihat lebih
berminat dan fokus untuk mempelajari I’rab kerana ianya lebih sistematik, mudah ingat, dan
menyeronokkan. Seterusnya, penguasaan terhadap I’rab nahu telah dapat ditingkatkan.
MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID DENGAN MODUL CAFE MELALUI
PENDEKATAN KONSTRUKTISM DALAM SUBJEK FIZIK MUSIM PANDEMIK COVID-19
Oleh:
Chin Fah Sing
Sekolah Menengah Tinggi Kota Kinabalu, Kota Kinabalu.
ABSTRAK: Pandemik COVID-19 telah mempengaruhi sistem pendidikan di seluruh dunia, yang
terpaksa melaksanakan PdPr dalam talian secara mengejut. Walaupun PdPr dalam talian berjaya
dijalankan namun perancangan yang teliti adalah amat penting memandangkan pengembangan
sumber daya teknologi dan manusia adalah terhad, masa penyediaan mengikut keadaan semasa,
tambahan lagi kesediaan murid dari segi kepelbagaian mental emosi murid. Memandangkan musim
pandemik yang melanda negara yang memaksa pengajaran dan pembelajaran harus dipindahkan ke
format dalam talian, kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan meningkatkan pencapaian 8 orang
murid rawatan yang dikesan gagal menguasai kemahiran menjawab Kertas 2 Subjek Fizik dan
seterusnya menyebabkan kegagalan dalam subjek Fizik. Memandangkan mereka merupakan kumpulan
murid calon Peperiksan SPM, maka penggunaan Modul CAFÉ digunapakai dengan pendekatan
Konsturktivisme dalam meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan. Data kajian dikutip dan
diukur melalui kutipan markah analisis item kertas 2 subjek Fizik selepas Peperiksaan Pertengahan
Tahun dan Ahir Tahun serta Peperiksaan SPM 2020. Dapatan kajian menunjukkan dengan pendekatan
Konstruktivisme melalui Modul CAFÉ, kumpulan murid rawatan ini mampu menguasai teknik
menjawab dengan baik dan seterusnya meningkatkan pencapaian dalam subjek Fizik.
Kata kunci: Konstruktivisme, PdPr, pandemik, pembelajaran
AKTIVITI CROSS -CARD: SATU AKTIVITI UNTUK MENGUASAI KONSEP MEMBINA
FORMULA KIMIA BAGI MATA PELAJARAN KIMIA
Oleh:
Roziana Lamjad
SMK Perempuan Likas, Kota Kinabalu
ABSTRAK: Kajian ini dijalankan untuk meninjau keberkesanan Aktiviti Cross-Card dalam mengatasi
masalah yang didapati oleh pelajar tingkatan 5 aliran sains tulen bagi mata pelajaran kimia untuk
mengingat formula kimia dan cas bagi setiap ion. Seramai 7 orang pelajar dari kelas 5S1/2 di SMK
Perempuan Likas terlibat dalam kajian ini.Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui latihan bertulis
semasa ujian pra dijalankan. Hasil tinjauan saya mendapati bahawa pelajar tidak dapat membina
formula kimia semasa menyelesaikan masalah berkaitan tindakbalas kimia. Perancangan tindakan
difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kefahaman dan daya ingatan dengan menggunakan
Aktiviti ‘Cross-card’. Pelajar didedahkan penggunaan aktiviti “Cross-card” selama 30 minit dan
kajian ini telah selesai dalam tempoh 1 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan
prestasi pelajar. Dapatan soal selidik secara lisan juga menunjukkan pelajar lebih mengingati,
memahami dan seronok belajar Kimia topik formula kimia dan persamaan.
TEKNIK MNEMONIK “BEST FRIENDS DIDI”: MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID
BAGI TOPIK SISTEM TUAS DIKALANGAN MURID SAINS SUKAN 5 STEM 3
Oleh:
Siti Azura Sapar
SMK Perempuan Likas, Kota Kinabalu
ABSTRAK: Kajian tindakan yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mencari penyelesaian kepada
masalah murid Sains Sukan Tingkatan 5 Stem 3 yang kurang menguasai istilah sains yang melibatkan
topik tingkatan 4 berkaitan sistem tuas . Seramai 20 orang murid Tingkatan 5 Stem 3 terlibat dalam
kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan kaedah membuat pemerhatian, dan
berdasarkan ujian bulanan. Hasil daripada tinjauan, saya mendapati mereka kurang menguasai istilah
sains yang terdapat dalam topik sistem tuas ketika menjawab soalan objektif dan struktur. Untuk
mengatasi masalah ini, saya menjalankan kajian dengan melakukan beberapa aktiviti seperti memberi
penerangan tentang teknik mnemonik ”Best Friend Didi” dengan lebih mudah. Melalui aktiviti ini,
saya menerangkan kepada murid tentang teknik mnemonik yang lebih mudah dan lebih teratur. Saya
percaya jika murid dibimbing dengan kaedah atau cara yang betul, mereka boleh mendapatkan markah
yang lebih baik lagi pada topik ini. Maklum balas murid menunjukkan teknik mnemonik ”Best Friend
Didi” ini membolehkan murid belajar secara efektif.
TEKNIK JAM DALAM MENCARI IMEJ TITIK PUTARAN DI KALANGAN MURID-
MURID TINGKATAN 5 KEMANUSIAN
Oleh:
Hiew Yee Fun
SMK Perempuan Likas, Kota Kinabalu
ABSTRAK: Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan untuk mencari imej bagi
suatu titik di bawah putaran dalam tajuk Transformasi. Seramai 5 orang murid dari kelas 5
Kemanusian terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal menunjukkan murid-murid tidak dapat menguasai
kemahiran mencari imej titik di bawah putaran. Selain itu, murid tidak dapat menentukan sudut putaran
900. Teknik JAM telah diperkenalkan untuk mengatasi isu yang dikenalpasti memandangkan saoalan
ini dikemukakan setiap tahun dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Teknik JAM
menghubungkaitkan titik objek dan pusat putaran dalam bentuk jarum jam . Ujian Pos menunjukkan
kesemua murid telah menunjukkan peningkatan markah. Markah min telah meningkat daripada 20%
(Ujian Pra) kepada 44% (Ujian Pos). Ini menunjukkan peningkatan min markah bagi 5 orang murid
sebanyak 24% Penggunaan Teknik JAM telah membantu murid menjawab soalan melibatkan konsep
putaran dalam topik Transformasi dengan lebih mudah dan cepat. Pengajaran guru dengan
menggunakan Teknik JAM telah dapat memperbagaikan strategi pengajaran guru dan meningkatkan
mutu pengajaran guru Matematik.
Key Word: Teknik, imej, putaran
USING VOICE NOTE TO INCREASE FORM 4 STUDENTS’ PARTICIPATION IN PAIR
SPEAKING ACTIVITIES IN AN ESL CLASSROOM DURING PDPR
Oleh:
Angelina Albinus & Elvera Nancie William Norman
SMK Perempuan Likas, Kota Kinabalu
ABSTRACK: This action research study was carried out to increase 30 Form 4 students' participation
in pair speaking activities in English Language subject during PdPR or home-based learning. Speaking
skill is one of the language skills assessed in PBD and one of four papers in 1119 English Language
SPM Paper which carries 25 percent weightage. The Form 4 students were introduced to the use of
Whatsapp voice note function to record their speaking activities in pairs through teacher-led
intervention. Teacher observations, teacher checklist, PBD assessment and questionnaire were used to
record and reflect on the involvement of students participation in pair speaking activities. Through two
phases from February to March 2021, based on teacher observation and reflection as well as through
students’ responses in questionnaire, we found out there was a slight increase in students’ involvement
of pair speaking activities during PdPR, that better proficient students were more driven to complete
the speaking tasks through the use of voice note and students preferred to work in pairs to complete
speaking tasks during PdPR although they worked remotely from each other.
MorSin: MENINGKATKAN PENGUASAAN TATABAHASA DALAM KALANGAN MURID
TINGKATAN 5
Oleh:
Harliana Mohd Arifin
SMKA Tun Ahmadshah, Kota Kinabalu
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan kerana kesedaran diri tentang perlunya perubahan dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran bagi mengatasi masalah yang timbul. Kajian ini dilaksanakan untuk
membantu murid agar dapat menjawab soalan morfologi, sintaksis dan penyuntingan dengan baik.
Disebabkan kegagalan murid menjawab soalan morfologi, sintaksis dan penyuntingan ini dengan baik,
boleh menjejaskan prestasi murid dalam Bahagian A, Kertas 2 Bahasa Melayu SPM. Soalan Bahasa
Melayu SPM KSSM menekankan aspek KBAT dan jika murid tidak menguasai tatabahasa sukar untuk
murid menjawab soalan Bahagian A ini dengan baik. Tinjauan awal terhadap prestasi murid mendapati
bahawa murid tidak menguasai tatabahasa. Untuk mengatasi masalah ini, saya menggunakan MorSin.
MorSin ialah Morfologi Sintaksis iaitu satu Modul Tatabahasa yang digunakan untuk menjelaskan
aspek morfologi dan sintaksis yang terkandung dalam DSKP tingkatan 4 dan tingkatan 5 kepada murid.
Guru menggunakan MorSin ini sebelum Pentaksiran Sumatif 2. Seramai 10 orang murid terlibat dalam
kajian ini. Keputusan Pentaksiran Sumatif 2 telah menunjukkan peningkatan prestasi murid berbanding
Pentaksiran Sumatif 1. Murid lebih berminat dan fokus mengikuti pembelajaran tatabahasa kerana
mereka telah menguasai aspek morfologi dan sintaksis. Seterusnya, proses pembelajaran tatabahasa
telah dapat dipermudah.
IMPAK PELAKSANAAN PIKeBM DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM TERHADAP
KEMAHIRAN BERTUTUR BAHASA MELAYU DI SEKOLAH LUAR BANDAR
Oleh:
Nur Hafizah binti Mohd Rudzuan, Aisyah binti Muslan Roslin bin Kasan,
Nor Farahain Syazwani binti Saidi
Sekolah Menengah Kebangsaan Tebobon, Kota Kinabalu
Norzurairah binti Mohd Rudzuan
Sekolah Kebangsaan Petagas, Putatan
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk melihat impak pelaksanaan Program Interaktif Kemahiran
Bahasa Melayu (PIKeBM) dalam aktiviti kokurikulum terhadap kemahiran bertutur bahasa Melayu di
salah sebuah sekolah luar bandar di negeri Sabah. Pensampelan bertujuan telah digunakan di mana
peserta kajian terdiri daripada 30 orang murid di salah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
di luar bandar. Kaedah pemerhatian, temu bual, dan ujian pra dan ujian pos telah digunakan dalam
pengumpulan data. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan gabungan pendekatan kualitatif
dan kuantitatif, dan dinyatakan dalam bentuk kekerapan, min dan peratus. Hasil kajian menunjukkan
terdapat peningkatan kemahiran bertutur murid semasa ujian pos berbanding ujian pra sebanyak 70%
peratus. Selain itu, hasil kajian juga mendapati PIKeBM dapat meningkatkan minat murid dalam
menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu. Cadangan penambahbaikan bagi kajian
lanjutan adalah dengan memperluaskan lagi konteks kajian dalam kemahiran bahasa yang lain seperti
kemahiran mendengar, kemahiran membaca dan kemahiran menulis, memperbanyakkan peserta kajian
bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan, serta memperluaskan skop kajian ke sekolah-
sekolah di bandar.
Kata kunci: PIKeBM, kemahiran bertutur, aktiviti kokurikulum, Bahasa Melayu
KAPSUL LU’LU’ (LANGKAH ULUNG ’ADAB LULUS UNGGUL ‘A’S ) MOTIVASI
MENINGKATKAN KEHADIRAN PELAJAR KE SEKOLAH
Oleh:
Shaharoom Binti Hashim
SMKA Tun Ahmadshah, Kota Kinabalu
ABSTRAK:
Kehadiran murid ke sekolah merupakan kewajipan bagi setiap murid kerana dapat meneruskan
kelangsungan ilmu lebih lebih lagi sesi bersemuka sejak bermula fasa endermik April 2022.Cabaran
murid meneruskan pembelajaran secara atas talian adalah sukar kerana pelbagai kekangan yang
terpaksa dihadapi termasuklah kekurangan peranti , kos data dan capaian internet yang tidak stabil
mengakibatkan perubahan kepada sikap murid yang kurang bermotivasi dalam mengikuti sesi
PdPc.Selain kemerosotan kehadiran murid yang amat ketara masalah perubahan sikap tidak acuh
murid terhadap keutamaan membuat tugasan pelajaran juga amat ketara.Sikap pasca PKP ialah murid
tiada sikap kesegeraan (sense of urgency) dalam melaksanakan tugasan pengukuhan atau kerja
rumah.Semua ini kerana tidak ada motivasi kendiri kerana bersendirian melalui PdPR atas talian
dalam tempoh yang lama iaitu (2020 – 2022 )berbeza bersama rakan-rakan di bilik darjah jika
bersemuka.Hal ini jelas dapat dilihat dalam data kehadiran murid dalam laporan kehadiran setiap
hari.Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah mengenal pasti keberkesanan sesi motivasi kapsul
LU’LU’(Langkah Ulung ‘adab Lulus Unggul A’s )dalam meningkatkan kehadiran murid ke
sekolah.Metodologi yang digunakan dalam kajian ini melibatkan pemerhatian , refleksi , kaji selidik
dan temubual.Hasil refleksi menunjukkan murid tidak hadir ke sekolah kerana kurang berpeluang
untuk menerima sesi motivasi secara bersemuka setelah mengikuti PdPR dan aktiviti sekolah secara
atas talian dalam tempoh dua tahun PKP.Justeru ,murid merasa lemau dan kurang motivasi.Selepas
intervensi dijalankan , terdapat peningkatan yang baik dari segi kehadiran murid ke sekolah.
Pelaksanaan program motivasi berjaya meningkatkan semangat daya juang dan kesatuan murid untuk
hadir dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Berdasarkan dapatan yang diperolehi, murid berasa seronok untuk belajar dan mengikuti aktiviti di
sekolah bersama rakan secara bersemuka .Oleh yang demikian , saya bercadang untuk meneruskan
kajian ini kepada kumpulan sasaran murid pada masa akan datang.
Kata kunci : Kehadiran , motivasi , atas talian, bersemuka , kapsul LU’LU’
IMPROVING THE TEACHING AND LEARNING OF COMPUTATION PROCESS IN SOLVING
MATHEMATICS (M) LINEAR PROGRAMMING PROBLEMS USING SIMPLEX METHOD
THROUGH THE USE OF CM-CMD ALGORITHM AMONG FORM SIX STUDENTS
Chung Fui Han
SM All Saints Kota Kinabalu
ABSTRACT:
The research aimed to share another algorithm of computing new tableaus in simplex method for
solving a Linear Programming problem. A total of 4 students were involved in the research. The past
experience of teaching and reflection showed that the Form 6 Students who took Mathematics (M)/(S)
were having difficulties to solve a Linear Programming problems using simplex method in a shorter
time due to the complicated operations of computing new tableaus. Teacher also needed to spend more
time to repeat the explanation of computing process using the traditional method. A new algorithm,
Cross Multiply from Pivot entry, minus another Cross Multiply and Divide with pivot entry, (CM-CMD)
was developed. In the research the students were introduced two methods: the traditional method and
CM-CMD algorithm. The research had been carried out for two days. The result showed that students
were able to solve Linear Programming problems accurately and faster by applying CM-CMD
algorithm in computing tableaus in simplex method and teacher’s lesson was more effective and
productive.
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN GEOGRAFI ESEI SPM DENGAN
MENGGUNAKAN INTERVENSI BiJaK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MURID TINGKATAN 5
Oleh:
Marynah binti Perisin
SMK SANZAC, Kota Kinabalu, Sabah
ABSTRAK
Intervensi BiJaK merupakan satu penyelesaian yang membantu murid tingkatan lima untuk
meningkatkan kemahiran menjawab soalan esei dalam SPM bagi mata pelajaran Geografi. Soalan
berbentuk esei iaitu dalam kertas 2 bahagian C, merupakan soalan yang wajib dijawab oleh semua
calon SPM yang mengambil mata pelajaran Geografi menengah atas. Peruntukan markah bagi soalan
esei adalah merangkumi 40 markah yang mewajibkan murid menjawab 2 soalan daripada 4 pilihan
soalan yang terdapat dalam kertas 2 Geografi. Murid didapati menghadapi kesukaran untuk
memberikan fakta yang tepat dan huraian yang relevan apabila menjawab soalan esei. Ini
menyebabkan murid tidak mendapat markah penuh terutamanya bagi kategori soalan rubrik yang
memerlukan murid memberikan jawapan lengkap yang mempunyai fakta, huraian dan contoh. Melalui
pelaksanaan intervensi BiJaK juga dapat membantu murid menjawab soalan bahagian struktur yang
memerlukan murid memberikan jawapan yang mempunyai fakta dan huraian atau fakta dan contoh.
Oleh itu, intervensi BiJaK bertindak sebagai serampang dua mata dalam meningkatkan kemahiran
menjawab soalan Geografi esei dalam SPM.
MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGINGATI FAKTA BAGI SUBJEK PENGAJIAN AM
MENGGUNAKAN BAHAN “KIOSK INFOGRAFIK”
Oleh:
Milawati Binti Japri
Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu
ABSTRAK
Bahan Bantu Mengajar (BBM) merupakan salah satu elemen penting dalam proses Pengajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc). Pemilihan Bahan Bantu Mengajar yang bersesuaian dengan tajuk
pembelajaran yang ingin disampaikan, menentukan hasil pembelajaran yang hendak dicapai. Sejajar
dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi pada hari ini, BBM berbantukan
komputer semakin banyak dihasilkan. Tambahan pula dengan situasi hari ini yang mengamalkan
pendidikan dalam bentuk norma baharu, aktiviti pelajar terbatas dengan pematuhan terhadap
Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mencegah penularan Covid-19. Sehubungan itu, kajian ini
dijalankan untuk menguji keberkesanan kaedah penggunaan bahan Kiosk Infografik dalam
meningkatkan keupayaan pelajar mengingati fakta bagi tajuk-tajuk yang dipelajari dalam subjek
Pengajian Am. Seramai 27 orang pelajar dalam 1 kelas yang sama terlibat dalam kajian. Semua pelajar
dilibatkan dari peringkat awal kajian iaitu dengan mengikuti pembelajaran secara konvensional,
menjawab soalan aneka pilihan untuk praujian dan pascaujian dan seterusnya menggunakan bahan
interaktif yang dibangunkan. Perbandingan dapatan daripada praujian dan pascaujian telah dianalisis
berdasarkan skor jawapan pelajar untuk set soalan aneka pilihan bagi 2 tajuk yang dipelajari.
Perubahan tingkah laku pelajar juga dilihat sepanjang kajian dijalankan. Secara keseluruhan, hasil
dapatan menunjukkan bahawa penggunaan bahan interaktif seperti Kiosk Infografik, bukan sahaja
memudahkan guru menjalankan aktiviti PdPc malah pelajar juga terlibat sepenuhnya secara aktif
sekaligus menjadikan sesi PdPc lebih menyeronokkan. Bahan Kiosk Infografik yang disediakan oleh
guru dalam kajian ini adalah menggunakan platform Google Sites sebagai salah satu laman
pembelajaran mudah akses. Berdasarkan perbandingan skor pelajar dalam praujian dan pascaujian,
prestasi pelajar menunjukkan peningkatan. Oleh itu, inovasi bahan berbantukan komputer ini akan
ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memenuhi objektif kajian dan seterusnya membantu pelajar
menguasai topik yang dipelajari dengan lebih berkesan