INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS RAJA MELEWAR
TAHUN AKADEMIK : Semester 2 / 2022
TUGASAN 1 : PENULISAN AKADEMIK
(INDIVIDU)
EDUP2132
PROFESIONALISME KEGURUAN
PROGRAM : PDPP
AMBILAN: OKTOBER 2021
SEMESTER: DUA
NAMA PENSYARAH: DR HASNAH BINTI ABDULLAH
NAMA PELAJAR: AMIRUL QASIMI BIN ALI
ANGKA GILIRAN: 2021152400080
NO KAD PENGENALAN: 931029045399
TARIKH HANTAR: 30/3/2022
Pengesahan pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas telah diberikan oleh pensyarah.
Catatan (jika ada)
Tandatangan Pelajar: Tarikh:30/3/2022
i
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN……………………………………………………………… 1
2.0 AKAUNTABILITI…………………………………………………………… 1
3.0 CIRI-CIRI PROFESIONALISME DAN AKAUNTABILITI GURU.……. 2
4.0 IMPAK TERHADAP GURU……….……………………………………… 3
5.0 RUJUKAN................................................................................................. 5
ii
PENGENALAN
Bidang perguruan seperti profesion lain di seluruh dunia terdiri daripada set
pengetahuan dan kemahiran khusus yang biasanya diperoleh melalui latihan untuk tempoh
masa tertentu seperti diploma dan ijazah perguruan daripada mana-mana institusi pengajian
tinggi. Profesion mengikut sifatnya adalah pekerjaan kerana ia mempunyai fungsi sosial yang
penting yang memerlukan seseorang individu memiliki tahap kemahiran yang tinggi. Seorang
guru profesional dikehendaki melaksanakan tugas mengikut peraturan dan etika serta
memenuhi kewajiban yang diberikan kepada bidang perguruan sebagai sebahagian daripada
akauntabiliti kepada masyarakat (Matete, 2021)
Penulisan ini akan membincangkan profesionalisme dan akauntabiliti guru berfokus
kepada guru baru iaitu guru gred 41. Guru baru mengalami peralihan sukar atau mencabar
apabila berlakunya transisi daripada seorang pelajar di institusi pendidikan kepada kehidupan
sebenar dalam kelas di sekolah mereka. Walaupun , guru baru di Malaysia mendapat sokongan
menerusi pendedahan ringkas program induksi guru baharu yang menyediakan mereka
menghadapi peralihan ini. Namun, guru baru selalunya tidak berasa cukup bersedia untuk
menghadapi cabaran yang mereka hadapi pada tahun pertama mereka di dalam bilik darjah
(Senom, Zakaria dan Ahmad Shah, 2013). Namun disebabkan nilai profesionalisme dan
akauntabiliti, guru baru tetap fokus dan menjalankan tanggungjawab mereka seperti yang telah
ditetapkan.
AKAUNTABILITI GURU
Istilah akauntabiliti seperti yang berlaku untuk profesion guru adalah pelbagai dan ia
juga telah difikirkan secara berbeza oleh individu dan organisasi yang berbeza. Ranson (2003)
menyatakan bahawa akauntibiliti bermaksud “untuk bertanggungjawab, secara konvensional,
adalah ‘dipertanggungjawabkan’, mentakrifkan hubungan kawalan formal antara pihak, yang
salah seorang daripada mereka secara mandatori dipertanggungjawabkan kepada yang lain
untuk menjalankan peranan dan pengawasan sumber awam”. Beliau mempunyai pandangan
bahawa apabila komitmen dan tanggungjawab diberikan kepada seseorang, individu tersebut
perlu diberi peluang untuk menjelaskan apa yang mereka lakukan dan kesan daripada tindakan
mereka lakukan sebelum melihat prestasi mereka.
Maksud akauntabiliti keguruan juga boleh disimpulkan sebagai tanggungjawab yang
harus difahami oleh seseorang guru itu dan dilaksanakan dengan baik. Atau dengan makna lain
1
bermaksud tanggungjawab terhadap profesion perguruan. Kaplan, L dan Owing, W (2001)
menyatakan bahawa akauntabiliti bagi guru boleh dilihat daripada dua perspektif. Dua
perspektif tersebut adalah kualiti guru dan kualiti pengajaran. Kualiti guru bermaksud bahawa
guru bertanggungjawab terhadapa keputusan dan pencapaian pelajar di dalam bidang
akademik. Manakala guru menjadikan mereka sumber ilmu sebagai rujukan kepada pelajar-
pelajar pula disebut sebagai perspektif kualiti pengajaran. Guru bertindak sebagai fasilitator
dalam membimbing pelajar mereka dalam menyelesaikan masalah dan menambah ilmu pelajar
di dalam kelas.
Kesimpulannya, akauntabiliti serta efikasi kendiri guru membantu pelajar-pelajar
mendapat keputusan yang baik dalam bidang akademik. Selain itu ia juga membantu pelajar
mendapat konsep kendiri yang tinggi seterusnya akan cemerlang dan mempunyai sumber
motivasi untuk berjaya (Hamidah et. al., 2016, Shanti & Abdul Said, 2019).
CIRI-CIRI PROFESIONALISME DAN AKAUNTABILITI GURU
Untuk pembangunan pendidikan guru perlu dilengkapkan secara profesional dengan
pelbagai kemahiran, kompetensi, komitmen, keazaman dan akauntabiliti untuk memberikan
yang terbaik. Sehubungan itu dalam perguruan sebagai satu profesion terdapat pelbagai garis
panduan, prinsip, norma moral, akauntabiliti yang perlu dipatuhi oleh seorang guru dalam
profesion keguruan semasa berhadapan dengan pelajar, pihak berkepentingan, dan
masyarakat. Setiap guru perlu mengikut prinsip ini dan harus bertanggungjawab terhadap
profesionnya (Kanika, 2016). Jenis-jenis akauntabiliti yang diperlukan oleh seorang guru adalah
Akauntabiliti terhadap murid. Murid adalah tunjang utama dalam profesionalisme guru. Guru
bertanggungjawab membimbing pelajar mengikut kapasiti pelajar tersebut. Kedua Akauntabiliti
terhadap ibu bapa,Ibu bapa adalah pihak yang berkepentingan yang paling penting kerana
mereka melabur banyak untuk pendidikan dan pembangunan anak-anak mereka. Oleh itu
kerjasama antara guru dan ibu bapa penting dalam mencapai matlamat yang diingini. Ketiga
Akauntabiliti terhadap masyarakat, seorang guru harus berfungsi sebagai jambatan antara
sekolah dan masyarakat. Maka pelbagai masalah tingkah laku dan masalah pembelajaran
seharian dapat diselesaikan dengan mudah.Keempat Akauntabiliti terhadap profesion, adalah
menjadi kewajipan seorang guru untuk memikirkan pelbagai cara dan cara untuk membantu
murid dalam memperoleh pengetahuan dan kemahiran serta membentuk masa depan mereka.
Kelima Akauntabiliti terhadap nilai dan kemanusiaan, seorang guru seharusnya mempercayai
nilai kemanusiaan seperti kejujuran, kasih sayang, kebaikan dan adil. Apabila guru itu percaya
2
maka mereka akan mempamerkan perkara yang sama dalam tingkah laku dan sistem
pengajarannya untuk kebaikan manusia.Keenam Akauntabiliti terhadap Negara, apa yang
dihasilkan daripada didikan guru akan menghasilkan generasi pemimpin masa hadapan. Oleh
itu pentingnya guru menerapkan pembelajaran dan nilai yang betul agar masa hadapan negara
terjamin.
Pastinya guru yang mempunyai akauntabiliti profesional mementingkan pembangunan
harmoni pelajar, komuniti, profesionnya, kemanusiaan dan pembangunan negara. Jadi sebagai
seorang guru baru, ciri-ciri ini penting diterapkan agar guru berada di landasan yang betul
dalam pembangunan diri. Kanika (2016) dan Tichenor & Tichenor (2005) juga menyatakan
terdapat beberapa ciri guru yang yang profesionalisme dan akauntabiliti. Sememangnya guru
perlu menjadi seorang yang berdedikasi dan penyabar, bersikap positif, memberi bimbingan
dengan cara yang betul dan kemas kini pengetahuannya dari semasa ke semasa,memulakan
sebarang kerja dengan pengetahuan yang sesuai, menggunakan kepelbagaian sumber dan
fahami masalahnya, memahami masalah dan menyelesaikan masalah dalam profesion
perguruan dan mempunyai integriti
IMPAK TERHADAP GURU
Apabila guru memahami dengan betul profesion guru dari segi profesionalisme dan
akauntabiliti akan menghasilkan impak atau keputusan yang terbaik kepada sekolah dan bidang
pendidikan. Hanna (2018, Nov 21) menyatakan dalam artikel beliau bahawa impak yang
diperolehi hasil pemahaman guru di Malaysia berkaitan isu ini. Guru di Malaysia adalah antara
yang paling berdedikasi di dunia untuk memastikan pelajar mereka cemerlang dalam bidang
akademik, menurut penyelidikan oleh Cambridge Assessment International Education
(Cambridge International). Ia juga mendapati bahawa 70 peratus guru Malaysia merasakan
bahawa mengajar adalah kerjaya yang bermanfaat. Malaysia juga mencatatkan peratusan
tertinggi guru yang melaburkan masa tambahan dalam memastikan pelajar memahami kunci
kejayaan peperiksaan mereka. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru Malaysia sangat
fokus untuk membantu pelajar mereka mencapai gred yang baik dan dapat memenuhi aspirasi
kerjaya mereka kerana 75 peratus guru yang mengambil bahagian dalam tinjauan itu berkata
mereka mempunyai kelas tambahan untuk membantu pelajar mereka mencapai gred
peperiksaan yang baik. – yang tertinggi daripada semua negara yang dikaji. Ini adalah salah
satu impak positif hasil kajian sebenar daripada kefahaman guru terhadap profesionalisme dan
akauntabiliti.
3
Prinsip akauntabiliti dan integriti memainkan peranan utama dan menyumbang ke arah
keyakinan orang ramai, kebolehpercayaan tahap tinggi, kualiti dan imej sesuatu agensi
kerajaan atau swasta. Oleh itu apabila guru patuh dengan akauntabiliti akan menambahkan
kepercayaan masyarakat luar dengan institusi pendidikan negara. Apabila kepercayaan tinggi
masyarakat terhadap institusi pendidikan maka lebih senang guru untuk membuat kerja dan
perancangan. Secara tidak langsung ia juga membantu guru baru dalam memfokuskan tugasan
mereka dengan dengan tekanan atas bahu mereka dapat dikurangkan.
4
RUJUKAN
Ahmad Fauzi, M. (2014, Sept 13). Akauntabiliti, Integriti Penjawat Awam Jadi Taruhan. Berita
Harian. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2014/09/5853/akauntabiliti-integriti-
penjawat-awam-jadi-taruhan
Hamidah, Y., Muhammad Nursalam, A.O., & Mohd Asri, M.N. (2016). School culture and its
relationship with teacher leadership. International Journal of Academic Research in
Business and Social Sciences, 6(11), 272–286. https://doi.org/10.6007/IJARBSS/v6-
i11/2396
Hanna, S.M. (2018, November 21). Malaysian Teachers Amongst World's Most Dedicated. New
Strait Times. https://www.nst.com.my/education/2018/11/433265/malaysian-teachers-
amongst-worlds-most-dedicated
Kanika. (2016). Teachers’ Accountability: Key To Quality Education. International Journal of
Advanced Research in Education & Technology (IJARET), 3 (1), pp. 53 – 54.
Kaplan, Leslie & Owings, William. (2001). Teacher Quality and Student Achievement:
Recommendations for Principals. Nassp Bulletin. 85. 64-73.
10.1177/019263650108562808.
Matete, R., (2021). Teaching profession and educational accountability in Tanzania. Heliyon,
7(7), p.e07611.
Ranson. S. (2003). Public accountability in the age of neo-liberal governance. Bob Lingard,
Ozga Jenny (Eds.), The Rutledge Falmer Reader in Education Policy and Politics, 18, pp.
459-480
Senom, F., Zakaria*, A.R, dan Ahmad Shah, S.S. (2013). Novice Teachers’ Challenges
and Survival: Where do Malaysian ESL Teachers Stand? American Journal of
Educational Research, 1 (4), pp. 119-125.
Shanti, G dan Ahmad Said, A. (2019). Pengaruh Tahap Akauntabiliti Guru, Peranan
Pentadbir dan EfikasiKendiri Guru Terhadap Pelaksanaan Pengajaran
Abad Ke-21 Sekolah Rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities (MJSSH), 4 (6), pp. 170-180.
5
Tichenor, M.S. & Tichenor, J.M. (2005). Understanding Teachers’ Perspectives on
Professionalism. The Professional Educator, 27 (1&2), pp. 89-95.
6