The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by qasamy93, 2022-04-09 11:09:18

PEMBENTANGAN ETIKA PERGURUAN

PEMBENTANGAN ETIKA PERGURUAN

EDUP2132
PROFESIONALISME KEGURUAN

Tugasan 2 : Membentangkan hasil analisis
isu berkaitan etika dan perundangan
dalam pendidikan di sekolah anda.

PENSYARAH : DR HASNAH BINTI ABDULLAH

PEMBENTANG :
AMIRUL QASIMI BIN ALI

2021152400080

ISU GURU
BERNIAGA DI

SEKOLAH

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN

Isu-isu etika dan perundangan dalam pendidikan di sekolah :
Guru Berniaga di Sekolah.
Mengenalpasti Faktor Guru Berniaga di Sekolah

Kesan Guru Berniaga di Sekolah ke atas perkembangan
serta Profesionalisme Guru
RUMUSAN.

Guru, sebagai profesional, harus menggunakan teori
untuk membimbing dan mengubah suai tindakan mereka
dan harus memikirkan amalan bilik darjah mereka yang

melaluinya mereka boleh meningkatkan pemahaman
mereka sendiri tentang pengajaran.
( Bridges et al. ,2018)

PENGENALAN

Profesion Perguruan merupakan pekerjaan yang penting dalam proses
pembagunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion Perguruan
juga murupakan satu proses penyampaian penyerapan ilmu
pengetahuan kepada individu dan masyarakat.
Kod etika profesion keguruan sama seperti profesion lain yang
mempunyai kod etikanya tersendiri. Di Malaysia, "Tatasusila Profesion
Keguruan" yang digariskan oleh kementerian pendidikan malaysia
adalah landasan dan garis panduan untuk setiap guru menjaga iimej
profesionnya.
Seorang guru profesional dikehendaki melaksanakan tugas mengikut
peraturan dan etika serta memenuhi kewajiban yang diberikan kepada
bidang perguruan sebagai sebahagian daripada akauntabiliti kepada
masyarakat (Matete, 2021)

DEFINISI ETIKA

Etika berasal dari perkataan bahasa
inggeris "ethic" dan ia diambil dari bahasa
Greek " ethos" yang membawa maksud sikap
atau adat yang menentukan tingkah laku
sesuatu golongan.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,
ETIKA bermaksud satu sistem dasar akhlak,
adat atau tingkah laku atau kesusilaan

KONSEP ETIKA

Berkaitan dengan perlakuan seseorang yang
disetujui oleh sekumpulan masyarakat.
Nilai-nilai baik.
Menjamin Kesempurnaan dan keharmonian
hidup.

MAKSUD ETIKA DAN
PERUNDANGN

Salah satu alat kawalan sosial yang digunakan
sebagai salah satu panduan dalam mendisiplinkan
diri ke arah yang lebih beretika.

Sebuah garis panduan yang bertujuan
meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan
disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi
penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan
dengan peraturan,peradaban,peranan nilai serta
tingkah laku profesion dalam masyarakat.

PERATURAN DAN
TATATERTIB PENJAWAT

AWAM
Guru mesti patuh akan pera
turan–peraturan dalam aspek

kelakuan dan tatatertib seperti yang terkandung dalam Peraturan

Kelakuan dan Tatatertib 1993 (Pindaan 2002).

Tatakelakuan ( code of conducts ) bagi anggota perkhidmatan

awam adalah seperti diperuntukkan di bawah peraturan 4.

Antara peraturan tersebut:- Peraturan 4 (1) : guru ditegah

membocorkan rahsia kerajaan,menentang dasar -dasar kerajaan

dan lain -lain lagi.- Peraturan 4(2) : tidak boleh membelakangkan

tugas demi kepentingan peribadi, menggunakan pengaruh,

mencemarkan imej

PERATURAN DAN
TATATERTIB PENJAWAT

AWAM

Isu-isu etika dan
perundangan

dalam pendidikan
di sekolah :

Guru Berniaga di
Sekolah.

Isu-isu etika dan perundangan dalam pendidikan di
sekolah : Guru Berniaga di Sekolah.

Isu Etika dan perundangan dalam pendidikan yang membabitkan
guru sememangnya pelbagai dan luas.
Isu-isu ini terjadi kesan dari pelbagai faktor dalaman mahupun
luaran.
Isu kesantunan guru,isu banding beza murid,etika pemakaian dan
pelbagai lagi pelbagai lagi isu merupakan permasalahan yang sering
dikaitkan dengan pelanggaran kod etika keguruan.

Guru berniaga di sekolah bukanlah satu isu baru dalam dunia pendidikan.
Sememangnya Isu Guru Berniaga di Sekolah bukanlah satu-satunya isu
etika dan perundangan yang berlaku disekolah malahan pelbagai isu-isu
etika lain yang terkait dengan profesion guru itu sendiri seperti isu yang
dinyatakan sebelum ini.
Menerusi perkeliling Peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 (Pindaan
2002) jelas memberitahu bahawa guru tidak boleh terlibat dan berniaga
disekolah.
Perniagaan bermaksud perihal urusan jual beli yang melibatkan barangan
dan bertujuan untuk mencari keuntungan.

Menerusi permerhatian yang dijalankan kebanyakan guru-guru lebih
cenderung melibatkan diri dengan perniagaan secara terus ataupun
sistem MLM ( Multilevel Marketing) yang melibatkan pemberian komisien.
Ketika musim-musim tertentu ada guru-guru yang berniaga kuih raya,
baju raya, tempahan pakaian, perhiasan wanita dan sebagainya akan
sibuk mengurus perniagaan tersebut dan membelakangkan
tanggungjawab mereka sebagai guru.

Laporan Berita Harian (2020, Oktober 6) mendedahkan guru yang
berniaga termasuk menjual makanan kepada murid dan pelajar sekolah
ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan boleh dikenakan tindakan
tatatertib termasuk dibuang kerja sekiranya didapati bersalah. Setiausaha
Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Harry Tan
Huat Hock menyatakan guru sekolah tidak boleh menjalankan perniagaan
dalam waktu persekolahan. Beliau turut menambah aktiviti perniagaan
menjual makanan untuk dibekalkan kepada murid tidak sepatutnya
berlaku dan perlu ditangani kerana ia bukan tugas hakiki seorang guru.
Beliau juga meminta agar dilaporkan kepada Kementerian Pendidikan
Malaysia jika masih berlaku perkara sebegini.

KERATAN AKBAR MENGENAI
GURU BERNIAGA

Pastinya isu guru berniaga di sekolah ini perlu
dikenalpasti mengapa ia berlaku?

MENGENALPASTI
FAKTOR GURU
BERNIAGA DI
SEKOLAH

MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN

Selain daripada terlibat dengan aktiviti pendidikan
dan sekolah, seorang guru juga mempunyai masa
yang perlu diluangkan secara peribadi mahupun
dengan individu lain. Terdapat juga di kalangan

guru yang me
ngambil inisiatif melakukan sesuatu

dalam usaha menambah pendapatan dengan
melakukan kerja sampingan seperti berniaga.
Terdapat banyak punca guru berniaga dan salah
satu daripadanya adalah guru menjalankan
perniagaan di waktu persekolahan demi untuk
menjana pendapatan sampingan.

MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN

Guru yang dikenal pasti terlibat dalam
aktiviti perniagaan di sekolah biasanya

mwaekntjau
latnekralunaunrgussaenpemrtei rweakkatsuermehaasat dan

semasa tiada waktu mengajar.
Jika ada waktu terluang, guru tersebut akan
segera mempromosikan barangan mereka
kepada rakan-rakan guru lain dan juga
orang yang ada disekitarnya.

MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN

Mereka menjana pendapatan sampingan kerana

pinegnininmgkeantaa
mnbtaahrapfehndidauppa.tan keluarga berikutan

Pendapatan yang diterima sebagai seorang guru
tidak mencukupi ditambah lagi dengan kos sara
hidup yang semakin meningkat di negara ini juga
menjadi faktor mereka menjana pendapatan
sampingan.

KEKURANGAN MOTIVASI DALAM DIRI GURU

Guru pada hari ini terbeban dengan hal-

hal persekitaran yang mungkin

mkeec
neyweababkkaunrangguru dibelengu rasa
motivasi, lemah

semangat, dihimpit bebanan sehinggakan

guru merasa tertekan, depresi, kurang

minat mengajar dan sebagainya.

Hal-hal persekitaran yang dimaksudkan

adalah melitupi dari pelbagai aspek

seperti faktor kehidupan dibandar yang

mendesak mereka berniaga disekolah.

KEKURANGAN MOTIVASI DALAM DIRI GURU

Maka guru tersebut akan terus terpesong

daripada realiti kerjaya yang sebenar,

lantaran menjadikan bidang perniagaan

mseebna
ggeani epkiekuatnamhaaakn-hadki sekolah dengan
yang seharusnya

diperolehi oleh murid.

Tambahan lagi, kesan daripada sikap ini

akhirnya mendorong mereka untuk berniaga

disekolah kerana mereka lebih mendapat

kepuasan meniaga dengan mendapat duit

secara tunai setiap hari.

Kesan Guru Berniaga
di Sekolah ke atas

perkembangan serta
Profesionalisme Guru

Hilangnya fokus guru dalam

perkhidmatan

Guru sepatutnya hadir ke sekolah

sebagai memenuhi syarat

perkhidmatan dan mengajar murid-

am
muarindah.di sekolah sebagai satu

Apabila guru terlibat dengan aktiviti

berniaga di sekolah, ia akan

menyebabkan jiwa dan raga tidak

komited kerana ada agenda lain yang

lagi menguntungkan menanti mereka

di sekolah

Terjejasnya kerja-kerja rutin seorang guru

Apabila guru tidak dapat fokus
kepada tugas-tugas hakiki, ia akan
memberi kesan kepada pengurusan
di sekolah dan yang paling

m
enyedihkan ia juga akan

menyebabkan prestasi murid akan
terjejas dan merudum.
Mereka akan perlahan-lahan beralih
arah dan melepaskan tanggungjawab
dan hilang daya tumpuan dalam
mengajar murid didalam kelas.

Ibubapa akan mempunyai tanggapan yang

salah kepada pihak pengurusan sekolah

Ada dikalangan guru yang bukan
sahaja menjalankan perniagaan
sesama guru namun ada yang
menjual barangan mereka kepada

m
urid.

Hal ini pastinya, akan sampai ke
pengetahuan ibu bapa murid.
Lantaran itu, ibabapa pastinya akan
mempersoalkan mengenai tindakan
guru yang sepatutnya mengajar dan
bukan berniaga.
Perkara ini pasti memburukkan
keadaan.

Pastinya, menerusi kesemua kesan kegiatan guru berniaga
disekolah akan menimbulkan isu yang akan memberi pandangan
buruk terhadap perkembangan profesion guru sebagai pendidik.
Tidak mustahil jika dalam jangka masa panjang jika isu
pelanggaran etika ini tidak dibendung ia akan membuatkan
pandangan terhadap profesion guru terkesan.

Rumusan

Tuntasnya, isu guru berniaga disekolah adalah isu etika yang
sering terjadi didalam dunia pendidikan, sememangnya peranan
penting perlu dimainkan oleh para pendidik terutamanya guru-
guru dan pihak pentadbir supaya profesion keguruan ini tidak

dipandang rendah oleh masyarakat. Sememangnya, isu guru
berniaga ini turut memberikan kesan buruk kepada guru yang

melaksanakan amanah mendidik dengan baik dan sempurna.
Lantaran itu, sorang guru yang bertanggungjawab haruslah
sentiasa berkomitmen dalam tugas mereka dan menjaga etika
profesion keguruan sepertimana yang dipelajari oleh mereka

sebelum diiktiraf menjadi seorang guru. Pengorbanan dan
tanggungjawab Guru bukan hanya sekadar lilin membakar diri,

tetapi guru juga adalah cahaya yang menerangi kegelapan.


Click to View FlipBook Version