The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitiaisahabdulkadir, 2021-05-27 21:14:13

SINOPSIS SILIR DAKSINA

by Cikgu Aisah

Silir = Angin Sepoi-sepoi
Daksina = Selatan

BAB 1 : Haiqal begitu teruja membaca
manuskrip yang ditulis oleh penulisnya
Abdullah Kayan, nama yang pernah disebut
uminya. Ketika itu fikiran Haiqal menerawang
pada masa usianya 6 tahun masih di sekolah
tadika ketika Uminya membuka rahsia
bahawa ayahnya bukan walid tetapi ayahnya
Abdullah Kayan yang berada jauh dari tempat
tinggal mereka. Haiqal menyimpan tekad
untuk mencari ayahnya.

BAB 2 : Ketika itu, Haikal sedang menunggu keputusan
STPM. Pada suatu hari Haiqal menghabiskan waktu
petangnya di gerai makanan kawan baiknya, Ratna di
pantai Batu Buruk. Ratna merupakan kawan sekelasnya
di sekolah menengah. Haikal memberitahu Ratna
bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. Sambil
mereka bersiar-siar di pantai ,Haikal dan Ratna bercerita
mengenai kisah cinta ayah dan ibunya Haiqal. Walau
bagai manapun Haiqal tidak tahu punca perpisahan
mereka dan niat untuk bertanya Uminya mengenai
perkara itu dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian
umi walid dan Nurul Aisyah.

BAB 3 : Bab tiga ini menceritakan isi kandungan
manuskrip yang dibaca oleh Haiqal menggambarkan
watak ‘Aku’ iaitu Cikgu Amirulnizam (Abdullah Kayan)
yang menjalani kehidupan di kampungnya iaitu di
Batu Pahat Johor. Kisah hidup Aku yang menjalankan
kehidupannya setelah terpisah dengan anaknya
Aiman (Haiqal) dan melepaskan kerinduannya
terhadap Aiman melalui Lim Ai Ling (Ong Swee Hwa)
yang merupakan anak Tauke Lim (Tauke Ong) yang
tinggal berjiran dengan aku. Manuskrip ini
menceritakan aktiviti sastera dan budaya di Kampung.

BAB 4 : Haikal berada dalam dilema setelah membaca
manuskrip ayahnya dan hatinya melonjak-lonjak untuk ke
kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana
tidak mengenali sesiapa disana serta takut Uminya
menghalang. Haikal memberitahu Ratna dia bahawa dia
berasa cerita yang dikarang ayahnya itu ialah tentang diri
ayahnya sendiri yang merupakan seorang penulis yang
mengalami kekecewaan. Haikal mula menyedari
kebencian Umi kepada ayahnya ada kaitan dengan dunia
sastera ayahnya malahan dia juga meminati bidang itu
tetapi penglibatannya itu tidak menggembirakan Uminya

Bab 5 : Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun
tiada sebarang memori yang dia ada bersama-sama
ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-
beleknya. Akhirnya, Haikal bertekad untuk
menyampaikan hasratnya kepada umi. Manuskrip
ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan
hasratnya Haikal terkenang kembali tentang
kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya
tujuh tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia menziarahi
jenazah dengan alasan Haikal sedang menduduki
peperiksaan UPSR.

BAB 6 : Haikal bertekad untuk pulang ke kampung
ayahnya. Haikal tetap akan pergi walaupun uminya
membantah keras. Hasrat Haikal mencetuskan
pertengkaran antara dia dan umi. Pertengkaran
menyebabkan umi membuka cerita punca
perpisahannya dengan Abdullah Kayan. Haikal berasa
tindakan ayahnya pulang ke kampung halamannya
kerana tanggungjawabnya sebagai seorang anak.
Akhirnya dengan penuh kemarahan umi
membenarkan Haikal pulang ke kampung ayahnya .
Walid memujuk Haikal dan merestui keputusan Haikal.

BAB 7 : Walaupun walid mahu menghantarnya
namun ditolak oleh Haikal kerana khuatir
tindakan walid akan menaikkan lagi kemarahan
uminya. Ketika keluar dari rumah, hanya walid
dan Nurul Aisyah yang menghantarnya di muka
pintu.. Uminya tidak kelihatan. Haikal berasa
uminya masih marah dan jengkel akan Abdullah
Kayan. Haikal berharap agar segera sampai ke
destinasinya.

BAB 8 : Haikal tiba di stesen bas Batu Pahat pada pukul
5.30 pagi. Haikal mendapatkan perkhidmatan teksi untuk
ke Kampung Seri Purnama. Mereka tiba di sebuah
warung. Sebaik sahaja mengetahui Haikal ialah anak
Cikgu Abdullah, Haikal terus dipelawa makan roti canai
sementara menunggu Tauke Ong tiba. Tauke Ong
membawa Haikal ke rumah arwah ayahnya yang telah
diamanahkan oleh arwah ayahnya untuk dijaga oleh
Tauke Ong sehingga Haikal sampai ke kampung itu. Di
rumah arwah ayahnya, Haikal mendapat tahu bahawa
manuskrip itu diberi kepada Ong Swee Hwa dua hari
sebelum ayahnya meninggal dunia.

BAB 9 : Tepat pukul 11.30 pagi, Tauke Ong datang
menjemput Haikal untuk makan tengah hari di pekan.
Tauke Ong datang bersama-sama anak gadisnya. Haikal
yakin itulah Swee Hwa. Haikal cuba mengawal
kegelisahannya. Dalam perjalanan ke pekan, Tauke Ong
memberitahu Haikal bahawa dia akan menyerahkan
semua urusan berkaitan arwah ayahnya kepada Haikal.
Sesampai di pekan, Tauke Lim meninggalkan Swee Hwa
dengan Haikal untuk makan tengah hari di sebuah
restoran mamak. Swee Hwa juga fasih berbahasa
Melayu. Petang itu, Haikal menerima pesanan SMS
daripada NuruI Aisyah. Terbayang kesedihan dan
kesunyian adiknya itu. Haikal menjadi rindu akan
adiknya juga rindu akan keluarga dan Ratna.

BAB 10 Tauke Ong meminjamkan motosikal kegunaan anak
keduanya See Hui kepada Haikal untuk kemudahan Haikal bergerak
di dalam kampung itu. Setelah diberitahu tentang lokasi pusara
arwah ayahnya di kawasan perkuburan kampung itu, Haikal terus ke
sana. Haikal tergerak untuk berhenti berhampiran sekumpulan
remaja yang sedang memancing di tepi parit. Hikal memberi salam
kepada seorang lelaki yang berusia sekitar 40-an di dalam kumpulan
remaja yang dipanggil Pak Cik Bakar atau Pak Cik Burn dalam
kalangan anak muda kampung. Haikal berjanji akan ke rumah Pak Cik
Bakar kerana banyak perkara yang dia perlu tahu tentang bapanya
daripada Pak Cik Bakar. Pada malamnya Haiqal bertemu dengan Pak
Cik Bakar dan orang di Warung Wak Min. Haiqal mendengar pelbagai
cerita yang baik berkaitan ayahnya. Malahannya Haiqal juga
menghabiskan masa sehingga pukul dua pagi di beranda rumah
Pakcik Bakar.

BAB 11. Sudah seminggu Haikal berada di Kampung Seri
Purnama. Semua wang simpanan ayah Haikal telah diserahkan
oleh Tauke Ong kepadanya dan Tauke Ong meminta Haikal
belajar mengurus harta peninggalan ayahnya. Menurut saranan
Tauke Ong adalah lebih baik Haikal mengekalkan perkhidmatan
Abang Bidin dan Abang Salleh kerana cara kerja mereka yang
sistematik dan upah yang tidak mahal. Dalam seminggu itu
juga , Haikal sempat berkenalan dengan beberapa orang
remaja di Kampung Seri Purnama. Mereka amat mesra dan
menerima kehadiran Haikal di situ dengan baik dan mula
berkawan Lazim anak Haji Salim yang sebaya dengannya.
Haiqal juga belajar tarian zapin dan membuat persempahan.
Haiqal sangat gembira kerana Walid, umi dan adiknya datang
menyaksikan persembahan tersebut.


Click to View FlipBook Version