MPU2113
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
Topik 7 : Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Penggerak Kesepaduan Nasional di Malaysia
NAMA PELAJAR SIOW LE RONG 2022/1150/MUE2
ANG YU EN 2022/1149/MUE2
SEMESTER NG YI YAN 2022/1152/MUE2
TARIKH WONG HO LEN 2022/1147/MUE2
LIM SIEW CHING 2022/1151/MUE2
LIM JIE JING 2022/1148/MUE2
1 ( MEI - OGOS 2022 )
03 / 08 / 2022
PENGENALAN
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
merujuk kepada semua teknologi yang digunakan
untuk mengendalikan telekomunikasi, media
penyiaran, sistem pengurusan bangunan pintar,
sistem pemprosesan dan penghantaran
audiovisual, dan fungsi kawalan dan pemantauan
berasaskan rangkaian.
KESAN NEGATIF 1
Kesan negative ict pertama dalam masyarakat
Malaysia ialah kes penipuan internet. Kes
penipuan Internet semakin meningkat di
Malaysia. Saban hari, portal berita menyiarkan
kisah mangsa sindiket penipuan Internet yang
mengalami kerugian yang mencecah ratusan
ribu atau jutaan ringgit. Persoalannya,
bagainamakah penipuan Internet berlaku?
Penipuan ini dilakukan melalui panggilan
palsu yang dibuat secara rawak oleh 'scammer'
yang menyamar diri sebagai pegawai kerajaan.
Mereka akan meminta maklumat kewangan
seperti nombor akaun bank daripada mangsa.
Kesannya, mangsa turut menyerahkan kata
laluan bank tanpa kesedaran. Sesungguhnya,
sindiket ini menekan mangsa secara psikologi
yang terbabit dalam kesalahan jenayah.
Seterusnya, jenayah penipuan Internet ini
dapat menyebabkan mangsa terseksa sepanjang
hayat. Buktinya, mereka dihukum atas kesalahan
yang tidak dilakukan. Impaknya, sindiket
KESAN NEGATIF 1
penipuan Internet ini mampu menimbulkan
kekeliruan dan kekecohan dalam kalangan
masyarakat. Secara ringkasnya, mangsa yang
terlibat dalam penipuan Internet akan
menghadapi masalah yang negatif.
Selain itu, Mangsa biasanya gelap mata
dengan harga murah produk ditawarkan melalui
iklan di media sosial, sekaligus menyebabkan
mereka dijerat.Ini antara punca utama
mendorong mereka menjadi mangsa penipuan
e-dagang.Namun, ada pihak tidak
bertanggungjawab menjadikan platform
berkenaan untuk menipu.Penipuan pekerjaan
dalam talian sentiasa berlaku. Gaji yang sangat
lumayan, konsep bekerja dari rumah, dan
pelbagai umpan lain digunakan untuk
memerangkap anda. Sesetengah majikan palsu
yang bertopeng wakil rekrut daripada syarikat-
syarikat terkemuka akan memerlukan anda untuk
mendepositkan sejumlah wang sebagai yuran
pemprosesan yang boleh dikembalikan supaya
dapat menjamin peluang pekerjaan anda.
Selepas itu, tentulah mereka akan melarikan diri
KESAN NEGATIF 1
dengan wang anda tanpa meninggalkan jejak.
Phishing ialah satu usaha penipuan untuk
mencuri maklumat peribadi seperti nama
pengguna dan kata laluan akaun bank anda.
Penipu biasanya menghantar e-mel yang
kelihatan sah, dan akan memaklumkan penerima
untuk mengemaskini maklumat mereka untuk
menambah baik pengalaman langganan
mereka.Setelah mengklik link tersebut, anda akan
diarahkan ke laman web palsu yang kelihatan
sama dengan laman web perbankan yang asal.
Love scammer pun merupakan satu penipuan
internet yang semakin serius di Malaysia. Mangsa
tidak pernah berjumpa dengan suspek secara
bersemuka sebaliknya hanya berhubung melalui
Instagram dan WhatsApp. Suspek menggunakan
gambar lelaki/perempuan, single handsome dan
punya kerjaya stabil dan gambar tersebut adalah
gambar yang telah disunting. Pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman,
Datuk Zainuddin Yaacob, berkata sebanyak 1,535
kes penipuan Love Scam dilaporkan pada tahun
KESAN NEGATIF 1
2019 membabitkan kerugian RM79.11 juta.
"Jumlah kes meningkat 47 kes pada tahun 2020
kepada 1,582 kes dengan jumlah kerugian
RM58.33 juta, manakala untuk tempoh empat
bulan pertama tahun ini, sebanyak 549 kes
dilaporkan membabitkan kerugian RM20.58
juta. "Berbanding tempoh sama pada tahun
2020, jumlah kes dicatatkan untuk tahun ini
menunjukkan peningkatan sebanyak 87 kes,"
katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kesimpulannya, penipuan Internet akan
membawa keburukan kepada masyarakat.
Orang awam dinasihati agar sentiasa
berwaspada terhadap modus operandi
penipuan supaya tidakmenjadi mangsa
penipuan Internet yang seterusnya. Moga-moga
penipuan Internet akan ditangani oleh pihak
berkuasa pada masa hadapaniklan tentang cari
kerja, dapat gaji banyak dgn kerja yang murah.
KESAN NEGATIF 2
Fitnah merupakan satu bentuk komunikasi kepada
satu pihak atau lebih yang bertujuan untuk
memberikan stigma negatif atas sesuatu peristiwa
yang dilakukan oleh pihak lain, ia berdasarkan atas
fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat
penghormatan, buruk sangka, obses, atau
menjatuhkan dan/atau menaikkan nilai reputasi
seseorang atau sesuatu pihak. Kata "fitnah"
diserap dari bahasa Arab, dan pengertian aslinya
adalah "cubaan" atau "ujian".
Terdapat banyak medium yang digunakan bagi
menabur khabar angin atau fitnah kepada sesuatu
pihak. Ia boleh dilakukan melalui kaedah
pertuturan atau berbisik antara seseorang kepada
seseorang yang lain. Selain itu, medium
komunikasi moden juga digunakan bagi
penyebaran fitnah seperti menggunakan media
massa sama ada melalui berita, akhbar, radio,
televisyen, internet dan lain-lain. Fitnah juga boleh
dikembangkan antara satu pihak yang bertelagah
dengan pihak lain dengan hanya menjadikan
habuan atau keistimewaan sebagai janji atau upah
kepada pihak yang terlibat dalam aktiviti berfitnah.
KESAN NEGATIF 2
Terdapat 3 perspektif fitnah iaitu fitnah antara
individu, keluarga dan masyarakat. Fitnah antara
individu menjatuhkan maruah individu,
menyebabkan pertelagahan, rompakan, samun,
berbunuhan antara sesuatu individu yang
bertelagah. Fitnah antara keluarga menyebabkan
keluarga sukar untuk saling memahami antara satu
sama lain, hubungan antara keluarga sentiasa
dipengaruhi rasa tidak tenteram, dendam, tidak
mesra, pergaduhan, kekasaran, pukul-memukul,
bercerai antara suami isteri, kehilangan anak dan
lain-lain. Fitnah antara masyarakat akan
menyebabkan masyarakat menjadi tidak muafakat,
enggan bekerjasama dalam aktiviti kejiranan,
perbalahan antara komuniti, saling memburukkan
antara pelbagai pihak, kemajuan masyarakat
menjadi lembab, wujudnya jurang sosial yang luas,
pergaduhan, kecurian, rompakan, pembakaran
kawasan penduduk, persekitaran yang tidak
tenteram, dan lain-lain.
Kes fitnah di platform media sosial biasanya
bermula dengan 3 jenis orang dalam senario dan
KESAN NEGATIF 2
persekitaran yang berbeza. Seseorang boleh
membuat akaun yang baru di platform media
sosial untuk komen atau menyebarkan khabar
angin tentang seseorang, kumpulan atau subjek.
Dengan melakukan cara ini, mereka boleh
mengelak dikenali dengan segara dan boleh
memadamkan akaun itu bila-bila masa mereka
mahu, dan keluarkan sebarang kesan di internet.
Selain itu, seseorang boleh menggunakan akaun
mereka sendiri untuk komen atau menyebarkan
khabar angin. Di samping itu, kalau seseorang
menggunakan identiti orang lain di platform media
sosial, ia akan menyebabkan kekeliruan di kalangan
orang ramai, terutamanya apabila identiti
seseorang dicuri. Lebih-lebih lagi, pemerhati
mungkin menuduh salah orang dan menyebabkan
kesusahan kepada orang yang tidak bersalah.
Kes-kes fitnah biasanya disasarkan untuk
mencederakan seseorang atau kumpulan yang
boleh menyebabkan manipulasi emosi dan
masalah kesihatan mental. Contohnya, seseorang
boleh menyebarkan khabar angin mengenai subjek
tertentu seperti menulis ulasan buruk tentang
KESAN NEGATIF 2
restoran di platform media sosial walaupun tidak
benar, boleh mencemarkan reputasi perniagaan
dan boleh menyebabkan perniagaan ditutup.
Apabila perniagaan ditutup, banyak orang
kehilangan pekerjaan. Ini boleh menyebabkan
mereka banyak berfikir, bimbang dan tertekan
untuk mencari pekerjaan yang baru untuk hidup
dan menjaga keluarga mereka.
Walau bagaimanapun, dengan teknologi wujud di
Malaysia, pihak berkuasa boleh mengesan
pesalah jika fitnah telah menyebabkan kekecohan
di kalangan orang ramai. Akibat daripada
tindakan pesalah termasuk tangkapan oleh pihak
polis untuk dijatuhkan hukuman oleh mahkamah
dan mungkin pergi ke penjara and berada di sana
selama bertahun-tahun.
KESAN NEGATIF 3
Kesan negatif ICT yang ketiga terhadap masyarakat
Malaysia ialah pendedahan kepada informasi atau
maklumat yang tidak baik. Maklumat-maklumat
tersebut boleh disebarkan melalui pelbagai
peralatan elektronik. Sebagai contohnya, komputer,
telefon, television dan sebagainya. Pengguna yang
meggunakan perkakasan tersebut akan menerima
informasi yang salah, khususnya golongan remaja
yang masih darah setampuk pinang yang tidak
matang dalam membuat keputusan.
Antara sebab penyalahgunaan ICT akan
menyebabkan remaja mendapat maklumat yang
tidak baik adalah kerana mereka menggunakan
alatan ICT seperti telefon dalam jangka masa yang
Panjang. Dengan ini mereka berpeluang tinggi
terdedah kepada maklumat yang tidak sahih atau
bermoral. Dengan penggunaan alatan ICT dalam
jangka masa yang panjang juga akan menyebabkan
remaja melayari laman web yang tidak sesuai untuk
mendapatkan keterujaan.
KESAN NEGATIF 3
Berdasarkan kajian, secara purata kanak-kanak di
Malaysia didapati menghabiskan masa antara tujuh
hingga lapan jam sehari dengan teknologi seperti
telefon bimbit, televisyen dan komputer (Nahar, et.
al., 2017). Dengan ini tidak dapat dinafikan bahawa
remaja akan banyak menerima maklumat daripada
internet. Jika tidak ditapis dengan teliti, mereka
mudah terpengaruhi oleh unsur-unsur negative
yang dipapar dalam kontent yang dilihat mereka.
Contohnya, unsur keganasan dan unsur lucah.
Perasaan ingin tahu yang kuat dalam remaja akan
menyebabkan mereka untuk meniru perbuatan
tersebut. Tingkah laku tersebut adalah sangat
bahaya kerana mereka akan menganggap
perbuatan tersebut sebagai perbuatan yang sahih
dan normal atas kebiasaan mereka dalam
menonton perbuatan tersebut dalam internet.
Jika kita fokus dalam isu pendedahan unsur
keganasan terhadap remaja, pendedahan tersebut
telah menyebabkan kes buli dalam kalangan remaja
Malaysia bertambah secara drastik. Buli membawa
maksud perbuatan seperti mempermain-mainkan
orang, mengejek, memeras ugut, menunjuk isyarat
lucah, menumbuk, memaki, menggertak dan
sebagainya. Perbuatan membuli dan keganasan
dalam kalangan pelajar dan remaja perlu dikawal
kerana budaya itu sekarang bertapak dalam
masyarakat tempatan, kata Naib Pengerusi Kanan
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri
Lee Lam Thye pada tahun 2017.
Antara kes buli yang berlaku di Malaysia ialah
seorang pelajar Tingkatan Dua dari sebuah sekolah
menengah berasrama penuh di Labu, Negeri
Sembilan telah dibuli dan dipukul oleh pelajar senior
sehingga cedera parah berdasarkan berita yang
dipaparkan oleh Berita Sinar Harian. Selain itu, pada
23 Jun 2022, polis telah menahan 10 pelajar sebuah
asrama sekolah menengah di Teluk Intan berhubung
kes buli sehingga mendatangkan kecederaan
membabitkan seorang pelajar lelaki tingkatan dua di
asrama itu. Hasil siasatan awal mendapati mangsa
dipukul secara beramai-ramai serta dicederakan
dengan menggunakan seterika panas dipercayai
berpunca akibat cemburu terhadap mangsa yang
berbual dengan seorang pelajar perempuan yang
juga teman wanita kepada seorang daripada
suspek. Tambahan pula, pada bulan Disember
2021, seorang pelajar sebuah sekolah berasrama
menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar lelaki di
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan
Shah sehingga menular di media sosial yang
memaparkan mangsa dikepung dan ditumbuk di
bahagian perut.
Jika kita meninjau dari sudut unsur kelucahan,
Kajian Malaysians Against Pornografi (MAP) pada
2018 mendedahkan data amat mengejutkan apabila
kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia antara 10
hingga 17 tahun telah menonton pornografi secara
sengaja. Selain daripada nafsu sendiri, mereka
berbuat demikian adalah kerana rekod laman web
yang dilayari oleh mereka boleh dipadamkan.
Apabila ibu bapa melakukan pemeriksaan, mereka
susah untuk mengetahui laman web yang pernah
dilayari oleh anak mereka. Secara tidak langsung, unsur
kelucahan akan ditanam dalam remaja sendiri. Ketagihan
menonton video pornografi akan menyebabkan mereka
melakukan tindakan tersebut. Secara tidak langsung, kes
pembuangan bayi akan berlaku. Menurut berita yang
disampaikan oleh Berita Harian, seorang pelajar kolej
yang mencampak bayi yang baharu dilahirkannya dari
tingkat 13 rumahnya di apartmen di Bandar Baru Farlim,
Air Itam, Georgetown pada 10 Julai 2020. Bayi itu
meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan
susulan kejadian tersebut, remaja itu dan teman
lelakinya ditahan reman bagi siasatan lanjut. Menurut
Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual,
Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan
Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner (ACP)
Siti Kamsiah Hassan juga, Siti Kamsiah berkata, kes
buang bayi di seluruh negara pada 2018 mencatatkan
128 kes diikuti 125 kes (2019), 104 kes (2020) dan 86 kes
pada tahun 2021. Antara 443 kes, 149 orang ditemukan
masih hidup manakala 294 bayi meninggal dunia. Ini
bukan sahaja terlibat dalam jati diri seseoang remaja,
malah juga terlibat hak bayi tersebut untuk meneruskan
kehidupan mereka.
Pada pendapat saya, ICT memang akan membawa
keburukan kepada masyarakat, khususnya remaja.
Perkara ini tidak boleh dilihat ringan kerana pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara. Remaja
memainkan peranan yang signifikan dalam menentukan
perkembangan negara. Justery, pemikiran remaja
wajarlah betul and berpositif agar remaja dapat memikir
dan membuat keputusan yang bijak mengikut situasi.
KESAN NEGATIF 4
Alat ICT menjadi masalah hubungan silaturahim
Duduk di kereta bawah tanah, semua orang melihat
telefon mereka.Duduk dalam bas pun sama, semua
。orang menunduk ke arah telefon masing-masing
Apabila ICT mula-mula keluar, ramai orang mempunyai
keraguan: Adakah ICT memjadi orang lebih kesepian?
ICT telah memberikan lebih banyak kemudahan kepada
kehidupan kita. ICT membolehkan kita berkomunikasi
dengan mudah walaupun jaraknya beribu-ribu batu. Cara
hubungan yang cekap ini meningkatkan kualiti hidup kita.
Tetapi kemunculan ICT juga memisahkan hubungan
antara kami masing-masing.
Walaupun kami telah mendapat lebih ramai kawan yang
tidak dikenali, ia juga menjadikan kami interaksi sosial
macam makanan segera. Tidak ada rakan yang boleh
dipercayai dan mengekalkan sesuatu tempoh.
KESAN NEGATIF 4
Alat ICT menjadi masalah hubungan silaturahim
Duduk di kereta bawah tanah, semua orang melihat
telefon mereka.Duduk dalam bas pun sama, semua
。orang menunduk ke arah telefon masing-masing
Apabila ICT mula-mula keluar, ramai orang mempunyai
keraguan: Adakah ICT memjadi orang lebih kesepian?
ICT telah memberikan lebih banyak kemudahan kepada
kehidupan kita. ICT membolehkan kita berkomunikasi
dengan mudah walaupun jaraknya beribu-ribu batu. Cara
hubungan yang cekap ini meningkatkan kualiti hidup kita.
Tetapi kemunculan ICT juga memisahkan hubungan
antara kami masing-masing.
Walaupun kami telah mendapat lebih ramai kawan yang
tidak dikenali, ia juga menjadikan kami interaksi sosial
macam makanan segera. Tidak ada rakan yang boleh
dipercayai dan mengekalkan sesuatu tempoh.
Ada pepatah seperti ini: "Jarak paling jauh di dunia adalah
apabila anda duduk di hadapan saya tapi bermain
dengan telefon anda sendiri." Oleh itu, kita harusah
keluar dari Internet, menghargai orang di hadapan kita,
dan menikmati kehidupan sebenar.
KESAN NEGATIF 5
ALAT ICT MENDORONG KEPADA MASALAH KESIHATAN
Sehubungan dengan itu, penggunaan ICT secara tidak
terkawal akan mendorong kepada masalah kesihatan
manusia secara kroniknya. Masalah kesihatan yang
paling jelas kita jumpai misalnya kecacatan penglihatan
mata. Penggunaan gajet-gajet elektronik ICT dalam
tempoh masa yang lama akan menyebabkan mata kita
terasa tegang akibat keletihan. Kajian telah
membuktikan bahawa jika kita melihat skrin 3C pada
masa yang panjang tanpa melegakan mata, hal ini akan
mengakibatkan mata kita menjadi rabun pendek.
Para era globalisasi ini, manusia gemar menggunakan
ICT untuk berkomunikasi sehingga perbuatan mereka ini
telah memberikan impak yang besar kepada
masyarakat. Lama-kelamaan manusia akan hanya
bergantung pada gajet-gajet elektronik untuk
menyelesaikan masalah kecil dalam kehidupan seharian.
Perbuatan ini turut menyebabkan kesihatan badan kita
terjejas. Misalnya, kekurangan masa untuk melakukan
aktiviti sukan akibat penggunaan gajet-gajet elektronik
boleh menyebabkan penyakit obesiti dan lain-lain
penyakit.
KESAN NEGATIF 5
ALAT ICT MENDORONG KEPADA MASALAH KESIHATAN
Seterusnya, kesan negatif ICT kepada masalah
kesihatan manusia yang agak ketara ialah menyebabkan
penyakit insomnia. Penggunaan telefon pintar untuk
melayari Iaman sesawang, bermain permainan video
pada waktu malam akan menjejaskan kualiti tidur. Bukan
itu sahaja, penggunaan telefon pintar atau komputer
dengan tidak berfaedah misalnya akan mengakibatkan
ketagihan. Contohnya, remaja pada masa kini gemar
membazirkan masa dalam dunia sosial media sehingga
melupakan diri sendiri sebagai manusia yang harus
hidup dalam dunia yang nyata ini. Kekurangan masa
tidur boleh menjejaskan fikiran kita serta boleh
menyebabkan kita menjadi murung. Perkara ini amat
serious kerana akan menimbulkan segala penyakit
psikologi. Hakikatnya, kemurungan pada jangka masa
yang lama dapat memupuskan azam seseorang.
KESAN NEGATIF 6
FGDFFHSHWy text
KESIMPULAN
Kesimpulannya, ICT merupakan sesuatu alatan yang
akan memudaratkan masyarakat kita jika kita tidak
menggunakannya dengan cara yang betul. Setiap
ciptaan di bumi oleh manusia mesti ada kebaikan
dan keburukan tersendiri. Justeru, kita sebagai insan
yang bijaksana mestilah pandai membezakan
perkara yang baik dan yang buruk, bak kata
perpatah buang yang keruh, ambil yang jernih.
RUJUKAN
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perbuatan-membuli-
keganasan-di-kalangan-pelajar-perlu-dikawal-lam-thye-146088
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/03/544573/80-peratus-
kanak-kanak-10-17-tahun-tonton-pornografi
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/02/923248/jenayah
-buang-bayi-masih-berleluasa
https://ms.theastrologypage.com/information-communications-
technology
https://ms.wikipedia.org/wiki/Fitnah
https://prezi.com/p/wocbvystd7iz/kesan-ict-terhadap-kesihatan/
Terima Kasih